Gelombang hijau dah di tahap maksimum. Di KKB, hipotesis ini dibuktikan.
PANG ADALAH WAKIL RAKYAT ULIL AMRI, SUMBANGAN ZAINAL SAKOM JANGAN DILUPAI
Keputusan PRK Kuala Kubu Bharu sudah pun diketahui dan pelbagai pihak telah tampil dengan ulasan masing-masing mengenainya sejak malam tadi lagi.
Pihak yang menang dan menyokong calon yang menang sudah tentu dengan gaya ulasan yang gembira untuk mewajarkan kemenangan tersebut.
Yang kalah dan penyokong yang kalah pula tiada pilihan lain selain cuba mendamaikan hati sendiri dengan ulasan yang menggambarkan kekalahan tidak membawa kekecewaan, sebaliknya mengatakan kemenangan pihak yang menang bukanlah terlalu memberangsangkan.
Ada pula pihak yang kalah menyebut, mereka tidak kalah, cuma kemenangan yang tertangguh.
Begitulah adat pertandingan – ada kalah dan ada yang menang, yang menang gembira, yang kalah berduka.
Namun, proses demokrasi haruslah diterima kerana kita hidup dalam sistem yang sudah ditentukan begitu bentuknya.
Bagi PRK Kuala Kubu Bharu yang berakhir semalam, tahniah tentunya tidak lupa diucapkan kepada calon PH, Pang Sock Tao kerana telah beroleh kemenangan dan kini bergelar Yang Berhormat dalam usia yang masih muda.
Kehidupan beliau selepas ini tentunya akan berubah dalam kebanyakan perkara dan tumpuan utamanya kini ialah menyantuni pengundi KKB dengan sepenuh hati.
Jika berkerja keras daripada sekarang, tidak mustahil beberapa tahun akan datang beliau akan bergelar menteri.
Apa yang menarik dengan kemenangan Pang ini ialah beliaulah satu-satunya calon yang dijenamakan sebagai calon Ulil Amri ketika musim berkempen lagi.
Tidak pernah dalam mana-mana PRK atau PRU sebelum, baik calon Melayu atau bukan Melayu, mereka itu dijenamakan sebagai calon Ulil Amri, sambil disandarkan pula ayat Al-Quran bahawa memberi sokongan kepadanya adalah wajib.
Hanya di KKB perkara itu berlaku.
Maka, tahniah harus diberikan kepada Ustaz Zainal Sakom atas cetusan idea kempen yang dilakukannya yang diyakini sedikit-sebanyak membawa kepada kemenangan kepada Pang, khususnya dalam konteks mendapat undi daripada pengundi Melayu.
Tanpa kempen Ustaz Zainal Sakom itu yang berkempen di banyak tempat dengan hujah yang sama, kemudian tersebar lagi video ucapannya di media sosial, mungkin undi Melayu yang diperolehi Pang jauh lebih merosot.
Meski banyak yang menyanggah hujah beliau itu, yang menerima hujahnya juga pasti bukan sedikit.
Ertinya setelah menang kini, Pang daripada DAP adalah wakil rakyat Ulil Amri yang pertama di negara kita.
Tahniah kepada Pang dan syabas kepada Ustaz Zainal Sakom atas kempen berani yang dicetuskannya.
Selepas ini, jika ada lagi PRK di mana-mana dan berlaku pertembungan getir yang hampir serupa seperti seperti di KKB, maknanya Ustaz Zainal Sakom boleh didatangkan lagi untuk berkempen bagi pihak kerajaan.
Dalam hal ini, bagi pihak yang menang, dalam gembira memberi ulasan tentang kemenangan yang telah diperolehi, janganlah dilupakan sumbangan Ustaz Zainal Sakom itu.
Sebutlah namanya dalam ucapan atau bila bercakap di depan kamera serta berilah secebis penghargaan kepadanya.
Janganlah bila sudah menang, beliau dilupakan begitu saja dan menjadi seorang lagi watak wira yang tak didendang. – ShahbudinHusin 12Mei2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/05/12/pang-adalah-wakil-rakyat-ulim-amri-sumbangan-zainal-sakom-jangan-dilupai.html
MEMANG REFERENDUM RAKYAT- SUPAYA PN TAK PERBODOH ORANG RAMAI... AWAT INGAT KAMI TAK SEKOLAH KA.?
Aku setuju ni. PRK KKB memang 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Bukan kepada kerajaan tapi kepada PN. Hentikanlah main 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻, 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸.
Tak usah lagi main isu 3R. Rakyat tak bodoh menilai situasi semasa dengan 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗡 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻. Dan cukup-cukuplah menghasut kebencian.
PRK ini sepatutnya jadi medan untuk PN 𝗺𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶. Nilai sendiri berapa banyak 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 yang telah mereka bawa kepada kesejahteraan hidup rakyat demi menggapai kuasa. Guane boh?
Raja Gelap II
.
BETUL SANGAT-SOKONG PN DAPAT PAPAGOMO...
Mohd Fairul Al Qasas.
Tak segan silu anggota keselamatan dan penjawat awam nak mengaku sokong Madani.
Dah setahun lebih, mereka lebih tahu siapa yang jaga kebajikan mereka dan rakyat.
Sebab itu PMX relax.
Dia faham, manusia boleh berubah. Dia ajak berfikir dengan program Temu Anwar
Dia usaha secara konsisten majukan negara, baiki kerosakan termasuk yang paling rendah seperti tandas.
Tahniah PMX dan team. Anda buktikan ilmu itu cahaya. Maka cahaya menyuluh kebenaran.
DULU WALAUN HENTAM BUKAN BUKAN.... KINI MASYARAKAT DUNIA TAHU ANWAR ADALAH SEORANG YANG BERANI
Nasrul Hichcamp
Kesan penghinaan kepada PMX semasa kempen PRU15 pada akhir tahun 2022 masih ada hingga sekarang. Kerja jahat kempen melampau Perikatan Nasional.
Kini, komuniti Islam sedunia melihat jasa-jasa PMX membawa suara umat Islam di peringkat global.
BELUM TENTU KEKAL SAMOAI PRU 16..DAH GADUH PASAL PM PULAK
Lor... Dah gaduh pasal calon PM lepas PRU16 pulak dah. Teringat Sanusi kata 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗥𝗞 𝗞𝗞𝗕 𝗻𝗶. Tapi hang berlaku PN pulak yang kucar kacir.
Sibuk bahasa siapa PM pulak dah. Nak menang pun tak tentu lagi. 𝗣𝗡 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗣𝗥𝗨16 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶. Dari Bersatu sibuk pasal calon PM, baik kuatkan dulu akar umbi parti.
Tak ada akar umbi, tak ada jentera, bergantung harap pada PAS semata-mata. Kalau PAS tak tolong Bersatu, dah lama parti tu 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗻𝗶𝘀𝗮𝗻. Bersatu nasib baik sebab PAS tak cerdik je. Guane boh?
Raja Gelap II
.
PMX KE DOHA HARI INI
Hari ini di pejabat selesaikan beberapa perkara sebelum berangkat ke Doha petang ini.
Doakan semuanya dipermudahkan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
INGAT LAGI KA LEBAI NI. WARTAWAN TANYA DALAM BAHASA INGGERIS.. DIA TAK TAU JAWAB.. DIA MARAH WARTAWAN SOH TANYA DALAM BAHASA MELAYU.
Jamzuri Ardani
Kita nak galakkan industri pelancongan kenalah permudahkan urusan kemasukan pelancong ke negara kita.
Yang ko paranoid sangat nie pasal apa? Mereka masuk melalui saluran yang sah. Cuma prosesnya sahaja dipermudahkan. Apa masalah?
Sepatutnya kita lebih bimbang kemasukan warga asing secara haram melalui lubang-lubang tikus.
Koleksi posting pancut awal PN di Kuala Kubu Bharu.
Najib Bakar
Koleksi posting pancut awal PN di Kuala Kubu Bharu.
Perikanan Nasional ✅
Calon melayu PN ✅
KP PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden ✅
Harakahdaily ✅
Azmin Ali ✅
Cytro loyar cap ayam dan Papagomo yang dibuang dari polis sebab rasuah ✅
PRK KKB: AMANAH lakukan terbaik, menang 3 Daerah Mengundi - Mujahid
Pakatan Harapan (PH) dalam
Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) semalam merupakan hasil usaha
bersungguh sungguh semua jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
Bagi Timbalan Presiden AMANAH,
Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, kesungguhan jentera parti terbabit
dalam berkempen di tiga Daerah Mengundi (DM) di KKB telah berjaya mencatat
keputusan cemerlang, termasuk menang di DM yang PH tewas pada Pilihan Raya
Negeri Ogos 2023 lalu.
"Saya mengucapkan tahniah
di atas kemenangan calon Perpaduan dalam PRK ini dan berterima kasih kepada
semua pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) yang telah memilih calon perpaduan untuk
mewakili mereka.
"Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga juga kepada seluruh jentera Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti
Amanah yang telah diberikan amanah untuk menjaga 3 DM, iaitu DM KKB, DM Air
Jernih, dan DM Kerling.
"Kita telah berjaya
memenangi ketiga-tiga DM tersebut, di mana sebelum ini kita tewas di DM
Kerling," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Pengarah Induk AMANAH
PRK Kuala Kubu Baharu itu lagi, kejayaan tersebut dicapai dengan usaha keras
semua anggota parti yang telah berkampung di kawasan terbabit selama dua minggu
tanpa jemu.
"Terima kasih kepada semua
petugas Amanah Selangor yang turut membantu menjayakan kemenangan calon PH
"Akhir sekali, terima
kasih di atas kesepaduan yang telah ditunjukkan antara parti-parti di dalam
Kerajaan Perpaduan khususnya, UMNO yang telah menunjukkan kerjasama sepasukan
yang berkesan," katanya lagi.
Semalam, calon DAP Pang Sock
Tao menang PRK KKB dengan majoriti 3,869 undi dengan memperolehi 14,000 undi
menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Pencabar utama Sock Tao
daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.
Dua lagi calon iaitu Hafizah
Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing
memperoleh 152 dan 188 un
JUANG SEMANGAT KEADILAN.
Dalam Majlis Malam Sambutan 25 Tahun KEADILAN di Sentul malam ini saya mulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada calon Pakatan Harapan yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh jentera Kerajaan Perpaduan yang mempamerkan kesepakatan dan semangat luar biasa bagi mempertahankan kemenangan.
Kemenangan ini juga isyarat jelas untuk Kerajaan Perpaduan terus bekerja kuat menarik para pelabur dan seterusnya memulih serta memperkuat ekonomi negara.
Insya-Allah, Kerajaan Perpaduan akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan baik demi rakyat terbanyak.
Dalam pada itu, ruangan sama juga saya gunakan untuk mengingatkan semua anggota terutama generasi muda untuk menghayati idealisme dan tidak terpukau dengan godaan memunggah kekayaan.
Bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan KEADILAN mempasak perubahan.
#MalaysiaMADANI
LUPAKAN MAHIADDIN SEBAGAI CALON PM JIKA PN MAHU LIHAT ADA CAHAYA KEMENANGAN
Dengan tak semena-mena, di sebalik kehangatan kempen PRK Kuala Kubu Bharu sedang berjalan dan tarikh PRU16 pula masih jauh lagi, tiba-tiba saja Azmin Ali semalam memberi kenyataan bahawa PN kekal menamakan Mahiaddin Md Yasin sebagai calon Perdana Menteri.
Ketua Penerangan PN itu berkata, gabungan tersebut tetap yakin Ahli Parlimen Pagoh itu adalah pilihan terbaik untuk rakyat.
“Sekarang kita masih mendengar laungan ‘Abah’ sebab watak Tan Sri (Muhyiddin) sebagai ketua dalam satu keluarga, sebuah negara yang menjaga kepimpinan.
“Mereka menyaksikan kepimpinan beliau dan mendapat manfaat daripadanya.
“Saya yakin insya Allah, kita teruskan kerja yang baik, jujur dan ikhlas kepada rakyat serta buat sedaya upaya untuk memberi kemenangan kepada PN kelak,” katanya lagi.
Bagaimanapun kenyataan Azmin itu cepat disanggah oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man hanya beberapa jam kemudian dengan mengatakan PN belum membincangkan lagi perkara tersebut.
Katanya, setiap parti mempunyai calon Perdana Menteri masing-masing, namun PN belum membuat keputusan muktamad lagi.
“Isu (calon PM) ini tidak berbangkit, PRU16 masih lambat lagi,” ujarnya.
Dalam hal ini, izinkan saya memberi pandangan secara probono kepada PN.
Untuk PN barangkali boleh dilihat ada cahaya untuk beroleh kemenangan pada PRU16 akan datang, syarat utamanya ialah mesti mengenepikan Mahiaddin sebagai calon Perdana Menteri.
Mahiaddin adalah Perdana Menteri yang gagal sepanjang 17 bulan mendapat peluang berkhidmat sebagai ketua kerajaan selepas peristiwa Langkah Sheraton.
Semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah banyak menulis mengenai kegagalannya, malah turut mendesaknya meletakkan jawatan.
Di media sosial sendiri pada waktu itu bertali arus rungutan serta luahan tidak puas dengan kepimpinanya.
Mahiaddin langsung tidak menampakkan watak sebagai Perdana Menteri ketika berkuasa, yang kerap bercakap hanyalah kenyataan medianya melaui pdf serta kemunculan dalam perutusan khas di kaca tv yang mampu mencipta rekod paling banyak dalam sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga beliau akhirnya digelar Tokoh Perutussn Khas Negara.
Ditambah dengan pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini dan seolah-olah tidak lepas tangan pula dalam kes menantunya melarikan diri ke luar negara, semua ini adalah beban yang menambahkan kagi kemerosotan keyakinan rakyat terhadap PN jika beliau dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Harus diingat, Mahiaddin bukan seperti Tun Mahathir Mohamad yang ada rekod gemilang sebagai Perdana Menteri buat kali pertama, lalu apabila dicalonkan buat kali kedua untuk menghadapi PRU14, sokongan rakyat datang menderu-deru ketika itu.
Sebagai Perdana Menteri yang pernah gagal, mustahil rakyat akan teruja untuk mengundi PN pada PRU akan datang jika “sigagal yang sama” dijadikan pertaruhan.
Bahkan, dalam Bersatu sendiri saya yakin ada yang tidak akan mengundi jika Mahiaddin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.
Muhyiddin mesti terbuka memberi laluan kepada pemimpin lain seperti Hamzah Zainuddin daripada Bersatu atau Ahmad Samsuri Mokhtar daripada Pas sebagai calon baru bagi kerusi Perdana Menteri PN.
Hamzah dirasakan layak kerana beliau sejak kebelakangan ini mula menunjukkan peranannya yang berkesan sebagai Ketua Pembangkang, manakala Pas, jika parti itu kekal memenangi paling banyak kerusi Parlimen sebagaimana diperlehinya pada PRU15 lalu, adalah lebih molek pemimpin parti itu pula dijadikan sandaran menjadi Perdana.
Oleh kerana penimpin Pas belum pernah memegang jawatan Perdana Menteri, rakyat khususnya pengundi Melayu/Islam lebih terghairah untuk memberi sokongan kepada PN.
Selain itu, kalau mahu dikira, Azmin sendiri, andai kata beliau menang sebagai Ahli Parlimen pada PRU16 akan datang dan PN juga mampu beroleh kemenangan, beliau turut ada kelayakan sebagai calon Perdana Menteri.
Pokoknya, dalam PN tidak ketandusan calon untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri, tetapi mencalonkan Mahiaddin untuk menjadikannya Perdana Menteri buat kali kedua adalah kerja paling buang masa yang tidak memungkinkan kemenangan mampu diperolehi. – ShahbudinHusin 11Mei2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/05/11/lupakan-mahiaddin-sebagai-calon-pm-jika-pn-nak-lihat-ada-cahaya-kemenangan.html
KITA AKAN FAILKAN SAMAN FITNAH BUAT TAKI....
Ditinggal sepi. 𝗦𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Hahaha...
Habis 𝘣𝘪𝘨 𝘨𝘶𝘯𝘴 PN semua turun termasuklah 𝗣𝗠 𝗧𝗲𝗽𝗶 dan Hadi. Orang tua tu yang sakit bila ada persidangan dewan pun kena angkut. 𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗷𝘂𝗴𝗮𝗸!
Ikut berita rasmi majoriti PH bertambah. Maknanya tak dengarlah ayat 𝗣𝗥𝗞 𝗻𝗶 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Ye tak? Tunggu Taki failkan petisyen pulak. Guane boh?
Raja Gelap II
.
BARU MEREKA SEDAR BAHAWA MORATORIUM ITU DUIT SENDIRI DAN TAMBAH TAHUN UNTUK BAYAR HUTANG.
Pak Ya Siam
Beza undi awal 2023 vs 2024
PRN Kuala Kubu Bharu 2023
PN - 530
PHBN - 146
PRK Kuala Kubu Bharu 2024
PN - 156
PHBN - 592
Pusing habis. PRN tahun lepas undi awal memihak kepada Perikatan Nasional, tapi kali ini memihak kepada PHBN (Perpaduan).
Tahniah Saifuddin Nasution Ismail polis swing habis 👍👍
Signal jelas kerajaan di peringkat pusat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Sawadee
BERUBAH SEBAB SELAMA NI PAS TAK PERNAH SEBUT LUN DALAM MANIFESTO NAIK GAJI KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN.
Biduk lalu kiambang bertaut. Ada yang okay ada yang biut.
Polis: PH 249 PN 47 Askar: PH 84 PN 71
Awal: PH 592 PN 156