BUKAN DUIT JADI UKURAN...

 

MSO


Seorang demi seorang pencaci Anwar tunduk hormat kepadanya. Selama mana canduai kasih Anwar berharga




jutaan ringgit itu mujarab. Apakah selepas cenduai itu dawas rasa kasih dan hormat beralih arah?


Kemujaraban cenduai diguna pakai Anwar boleh diuji dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Baru 11 Mei nanti. Trims.



MAFHUMNYA... UPSENAPETEY

 

Ana Tahu


Dengar tu wahai sekalian walaun…. Orang umum naik gaji pun walaun sakit hati…




Projek impak tinggi, kampung tersusun keutamaan Kerajaan di Kedah

 



Projek berimpak tinggi yang boleh menjana peluang pekerjaan dan projek kampung tersusun bagi membasmi kemiskinan tegar merupakan tumpuan utama Kerajaan Persekutuan di Kedah.



Hal itu diutarakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah semalam



Katanya, projek untuk memajukan rakyat sentiasa menjadi perhatian bagi mengelakkan rakyat Kedah ketinggalan berbanding negeri lain.



"Seperti kelaziman taklimat pembangunan di negeri-negeri, saya hadir bagi mendengar sendiri pandangan dan cadangan pembangunan daripada Kerajaan Kedah, terutama bagi menyelaras keutamaan antara Persekutuan dan negeri.



"Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat telah dibentang dan dibincangkan, merangkumi aspek keterjaminan makanan, infrastruktur asas, pembangunan kawasan, pelancongan dan pendidikan.



"Keutamaan saya pastinya mengenai miskin tegar. Dalam taklimat, saya dimaklumkan terdapat kira-kira 2,500 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di Kedah.



"Saya arahkan agensi Persekutuan untuk segera menyelaras tindakan bersama Kerajaan Negeri dengan sasaran membasmi miskin di Kedah dalam tempoh dua bulan," katanya.

Dalam taklimat berkenaan Menteri Besar Kedah juga maklumkan inisiatif kampung tersusun oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan termiskin di negeri itu.



"Saya minta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan perbincangan lanjut dan menjadikan projek ini sebagai keutamaan.



"Saya tekankan kepada Kerajaan Negeri dan kementerian untuk melihat projek-projek berimpak tinggi yang memberi kesan langsung kepada penduduk Kedah keseluruhannya.



"Saya turut maklumkan ramai pelabur yang berminat untuk melabur di Kulim serta beberapa negeri lain, namun menuntut negara menyediakan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang mencukupi," katanya.




PM sewaktu mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah



Dalam pada itu, PM turut meminta Timbalan Perdana Menteri untuk melihat isu bagaimana meningkatkan penghasilan pelajar-pelajar TVET bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.



Kementerian Kerja Raya juga, katanya, diminta melihat semula keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek infrastruktur mengikut kesesuaian permohonan diperingkat negeri.



"Saya juga bersetuju supaya sebahagian daripada keluasan kawasan yang diwartakan sebagai tanaman padi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada potensi pembangunan industri, komersial dan perumahan dilaksana di Kedah, sekali gus melonjakkam hasil negeri," katanya.



PM juga mengarahkan semua kementerian dan agensi perlu beri perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di Kedah, bagi memastikan rakyat negeri ini terutama di luar bandar dapat menikmati manfaat jangka panjang.



Turut bersama dalam Taklimat Pembangunan Negeri Kedah ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan barisan Exco negeri Kedah.

 

 

BAGUS SANUSI MINTA MAAF PADA ANWAR, TAPI JANGANLAH CELUPAR MENGATA LAGI LEPAS INI



Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan beberapa menteri kabinet yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah, semalam.


Sanusi berkata, permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai yang pernah diucapkannya dalam konteks ‘hablumminannas’ (hubungan sesama manusia) selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politiknya.


“Sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing.


“Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.


Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.


Alhamdulillah, bagus Sanusi ni, ringan mulutnya untuk meminta maaf.


Sebagai manusia dan dalam hubungan sesama manusia, memanglah kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan.


Terutama ketika berucap di pentas politik, lantaran ghairah, seseorang itu kadang-kadang tidak sedar dan tidak dapat mengawal dirinya.


Sehubungan itu meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata adalah sifat yang terpuji.


Meminta maaf bukan semestinya perlu dilakukan bila tiba Hari Raya saja, tetapi bila-bila masa, sebaik-baiknya sejurus kita sedar telah melakukan kesalahan.


Dalam konteks Sanusi, tindakannya meminta maaf memang harus dipuji kerana sebagai Menteri Besar, terutama ketika kempen PRU15 dan PRN Kedah yang lepas, beliau barangkali banyak mengungkapkan kata-kata yang tidak sesuai terhadap Anwar dan beberapa menteri.


Tambahan lagi, Sanusi ini seperti kita sedia maklum, beliau jenis “mulut lepas” sikit dan mudah saja mengata dalam bahasa yang tidak enak kepada musuh-musuh politiknya.


Selain Anwar, rasa-rasanya Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri adalah pemimpin paling banyak sekali dikatanya, ketika PRN Kedah yang lepas itu.


Berbanding pemimpin pembangkang lain, Sanusi bagaimanapun nampaknya tidak kekok untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata yang pernah dilafazkannya.


Sekali lagi, memang bagus dan terpuji sekali tindakan Sanusi ini, cuma lepas ni janganlah berlebih-lebih lagi mengata Anwar dan menteri-menteri kabinet yang sudah beliau minta maaf itu.


Terutama dalam kempen PRK Kuala Kubu Baru yang mana Sanusi setakat ini antara yang paling kerap turun padang dan dijangka banyak kali lagi akan turun berkempen, kawallah bahasa pengucapannya agar tidak terlalu celupar dan “bermulut lepas” seperti sebelum-sebelum ini.


Kalau masih mengata lagi dan terkeluar pula bahasa-bahasa tidak manis selepas ini, kata-kata maaf yang diucapkan semalam itu tidak ubah seperti jatuhnya air ke atas daun keladi saja.


Takkan Sanusi jenis begitu kot? – ShahbudinHusin 5Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/05/bagus-sanusi-minta-maaf-pada-anwar-tapi-janganlah-mengata-lagi-lepas-ini.html



JUAI TANAH MANA LA PULAK..

 


Milo Suam


Adoi masaklah Sanusick, depan orang Melayu sembang bergegar perjuangkan Melayu kononnya. 


Tapi belakang orang Melayu, ada tanah rezab Melayu dijual kepada bukan Melayu. 


Hal ehwal tanah sepenuhnya di bawah kuasa kerajaan negeri. 


Adakah Sanusick akan guna kaedah menjawab sama seperti selalu dia gunakan?


"Mana saya tau, saya baca saja, jangan salahkan saya, saya tak tau apa pun!"



LAAA DUIT FITNAH TAK MASYUKKK... WOIII MALAS KERJA KA WOIII...

 




Papa Gomok bergaduh dengan Salim, Cili Kasi Taruk pulak dah, sampai dedah mendedah. Siapa ada jual pop corn, boleh DM admin ye, nak beli banyak-banyak 😂


Crdit#milosuam



𝗗𝗿𝗠𝗔𝗭𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫??



Memang le syarahan dia bab ilmu, sejarah, peradaban dan pemikiran Islam hebat. PMX ni 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁𝗲 𝗼𝗳 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗰 𝗧𝗵𝗼𝘂𝗴𝗵𝘁𝘀 (𝗜𝗜𝗜𝗧) berpengkalan di Washington DC, Amerika. Terkenal di kalangan 𝗦𝗮𝗿𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 dlm dialog, wacana dan perbincangan akademik. Orang Malaysia je tak tahu.


-Zus Din 

05052024



BAGUS LAH MINTA MAAF... KERANA TERUK SANGAT KOT DOK KATA KE HAMBA ALLAH TU.... INGAT BOLEH TENANG KA HIDUP..

 𝗧𝗲𝗿𝘀𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴






Akhirnya Sanusi 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻 atas setiap perbuatan jahatnya selama ini. Tapi rasanya baik jangan percaya. 𝗔𝗶𝗿 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘆𝗮. Minta maaf sebab ada tujuan lain.


Di belakang bukan main mengata. Bila berdepan baru tahu 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗿𝘂𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮. Aku ingat dia beranilah nak hentam PMX macam dia cakap sebelum ni. Hampeh.


Dia nampak macamana Kelantan dapat faedah bila MB Kelantan tak 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗰𝗮𝗯𝘂𝗹 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮. Barulah bersambung sikit sel-sel otaknya. Baru ada fungsi.


Tapi semua tu aku percaya 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗸𝗼𝗻𝗮𝗻. Sebab dia nakkan bantuan PMX. Dia tahu tanpa bantuan PMX pentadbirannya 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗹𝗮𝗶. Penasihat SG4 rupanya tak fungsi.


Tapi tak apa. Biar orang nampak dengan lebih jelas lepas ni macamana 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 makhluk ni. Tengok je nanti berapa lama dia bertahan lepas minta maaf ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




BUKAN LAGI SUMBER SAHIH RUJUKAN


MSO




 Selain menghadapi pembangkang kerajaan juga terpaksa berdepan dengan spekulasi berita yang dimainkan oleh media massa. Media yang bersifat judis dengan kerajaan bukan sahaja media berpengkalan di luar tetapi media massa yang berpengkalan di hadapan tangga juga.


Mereka tidak buat spekulasi secara langsung tetapi akan bersandar kepada laporan media asing dengan memetiknya laporan belum sahih untuk disiarkan. Atau untuk dilihat rasional meminta pihak kerajaan mengulasnya. Kalau sudah jelas ia bohong sepatutnya tak payah minta komen. Komen itulah yang memberi persepsi negatif.


Sebagai contoh baca berita seperti dipetik oleh portal ini ia memberi gambaran tentang harga petrol dan desel akan naik. Walaupun berita ini cuba bersikap adil dengan cuba mendapat penjelasan pihak kerajaan tetapi moral beritanya untuk memberi tahu orang ramai yang harga minyak akan naik ataupun sudah berlaku kenaikan.


Dalam hal ini tidak ada rasa tanggungjawab media ini untuk menenangkan keadaan sebalik turut menyumbangkan suasana panik dikalangan rakyat dengan memainkan isu berkenaan. Laporan atau frasa dalam laporan itu jika diguna pakai oleh pemain media memberi gambaran yang buruk kepada kerajaan apa lagi disaat pirake KKB


Sepatut kementerian Komunikasi mengawasi berita atau laporan yang boleh ditafsirkan negatif kepada kerajaan dengan membuat spekulasi. Trims.



MACAM TAK PENAT. WALAU DIMAKI WALAUN TAK BEROTAK


 Najib Bakar




Najib Bakar


Baru balik dari Riyadh. Malam tadi di Kelantan. Tengah hari tadi nampak kat Perbadanan Putrajaya. La ni kat Perlis.


Tak penat ka PMX. 😅👍


Nampak kelibat seseorang di belakang PMX tu. 😁




Siapa "ulama' " yang sering dihina??

 

Che Ibrahim


Siapa "ulama' " yang sering dihina?? 


1. Mereka yang mengaku/dipanggil ulama sedangkan penguasaan ilmu dan syakhsiyyah bukan seorang ulama'.


2. Mereka yang mengaku ulama Dan cari makan @ bergantung hidup kepada upah/derma orang ramai.


3. Tokoh tokoh politik yang mengaku sebagai ulama dengan fatwa/hukum politik yang berubah ubah.


4. Mereka yang menyamar sebagai ulama.


Adapun ulama yang sebenar @ selain dari yang disebut di atas tetap dihormati dan disanjung oleh masyarakat sepanjang zaman, dulu sekarang dan akan datang.



SUPA KERANG BUSUK OOO..


 Pak Ya Siam



Ishh la..


“Serupa kerang bulu dia punya qenyeh,hudoh sungguh”


Sawadee




KITA FAHAM SUPAYA MENTERI PUN TAHU YANG BUAT KERJA DI BAWAH NI PROBONO

 


YBM Fahmi Fadzil kata tag dia dalam posting di media sosial tidak dikira buat laporan. Kalau mahu tindakan diambil, kena 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗖𝗠𝗖.


Ya kita tahu. Kita pun bukan benak sangat sampai tak tahu benda macam tu.


Kita tag bukan sebab nak lapor. Kita tag sebab nak pak menteri semua sedar 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗻𝗶. Sebab kadang nampak macam tak tahu.


Kalau kena tag, jangan hanya baca post tu, baca sekali 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻. Tengok apa pandangan rakyat, apa sentimen rakyat. Apa rakyat fikir.


Kerajaan ni berdiri bukan usaha pemimpin je. Kita kat bawah ni pun sama berusaha. 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 dan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻.


Kita cuma 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗻𝗶. Tak mahu ia jatuh sekali lagi kerana 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻. Kita tak nak tengok negara ni rosak lagi.


Tapi kalau YB nak proaktif, bila orang tag, boleh je YB 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗬𝗕 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻. Tak salah pun kan? Biasanya post yang tag YB tu lengkap dengan segala bukti bagai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIANG HANG SAMBUT DIA MAI KEDAH.. HANG TUNDUK MACAM SEMBAH TOKONG... MALAM HANG MAKI DIA BAB AKHLAK.. QAZAF TU.... MACAM LA AKKAK HANG BAGUIH SANGAT.

 

Usai program-program di Perak, saya ke Alor Setar, Kedah dan langsung ke Wisma Darul Aman untuk mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah.










Taklimat ini dihadiri Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala pihak Kerajaan Persekutuan diwakili Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Setiausaha Negera serta pengurusan-pengurusan kanan lain.


Seperti kelaziman taklimat pembangunan di negeri-negeri, saya hadir bagi mendengar sendiri pandangan dan cadangan pembangunan daripada Kerajaan Kedah, terutama bagi menyelaras keutamaan antara persekutuan dan negeri.


Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat telah dibentang dan dibincangkan, merangkumi aspek keterjaminan makanan, infrastruktur asas, pembangunan kawasan, pelancongan dan pendidikan.


Keutamaan saya pastinya mengenai miskin tegar. Dalam taklimat, saya dimaklumkan terdapat kira-kira 2,500 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di Kedah. Saya arahkan agensi persekutuan untuk segera menyelaras tindakan bersama kerajaan negeri dengan sasaran membasmi miskin di Kedah dalam tempoh dua bulan.


Menteri Besar Kedah turut maklumkan inisiatif kampung tersusun oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan termiskin di negeri itu. Saya minta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan perbincangan lanjut dan menjadikan projek ini sebagai keutamaan.


Saya tekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian untuk melihat projek-projek berimpak tinggi yang memberi kesan langsung kepada penduduk Kedah keseluruhannya. 


Saya turut maklumkan ramai pelabur yang berminat untuk melabur di Kulim serta beberapa negeri lain, namun menuntut negara menyediakan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang mencukupi. 


Sehubungan itu, saya meminta Timbalan Perdana Menteri untuk melihat isu bagaimana untuk meningkatkan penghasilan pelajar-pelajar TVET bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi. 


Kementerian Kerja Raya juga diminta melihat semula keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek infrastruktur mengikut kesesuaian permohonan diperingkat negeri. 


Saya juga bersetuju supaya sebahagian daripada keluasan kawasan yang diwartakan sebagai tanaman padi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada potensi pembangunan industri, komersial dan perumahan dilaksana di Kedah, sekali gus melonjakkam hasil negeri.


Semua kementerian dan agensi perlu beri perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di Kedah, bagi memastikan rakyat negeri ini terutama di luar bandar dapat menikmati manfaat jangka panjang.


#MalaysiaMADANI



SAMBUTAN AIDILFITRI DI KEDAH

 










Di sebelah malam, saya bersama-sama Menteri Besar Kedah serta Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri meraikan Syawal di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra.


Saya zahir penghargaan buat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan kerjasama penuh dalam penganjuran sambutan Aidilfitri ini meskipun berbeza pandangan politik.


Dalam ucapan, saya maklumkan betapa Kedah punya peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan menjamin keterjaminan makanan, namun pada masa sama kelompok penanam padi di negeri ini kekal miskin.


Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah, khususnya bagi membasmi kemiskinan.


Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan.


Saya turut singgung soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan. Islam mengizinkan kita berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan, namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah.


Semoga perbezaan yang ada tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.


#MalaysiaMADANI



DIA BUKAN NAK UBAH PIKIRAN DIA PUN



Tak payah minta maaf, resign saja dari dipecat at least ada jugak pencen..


Crdits#MohdShahRim




BILA YANG RAJIN BERUSAHA DAN BERDOA.


Sham Ghaz


 Dasyat bila orang rajin mentauhidkan-Nya  menanam padi. Allahuakbar! 



Nanti kita akan upload video temubual dgn Pak Aep, pakar tanaman padi yang jadi tonggak kejayaan Baroh Padi Alami Kg Lubok Jambu dibawah Yayasan Ahmad Albab bawah En Yusri.


Sekarang dah buat 10 ekar, akan dibuka 40 ekar lagi dan kelas untuk usahawantani yang berminat bab padi akan dibuka bulan Jun 2024 nanti. 


Berpengalaman mengajar di 33 buah Negara dan menang pelbagai anugerah peringkat Indonesia dan antarabangsa.


Tanam padi tanpa baja kimia dan racun perosak. Boleh hidup subur dan hasil seekar dlm 5-6 tan/ekar atau 12-15 tan per hektar. Apa macam? ☺️😵‍💫


Orang yang pergi cari dan bawa dia mari Malaysia dari Tasek Malaya, Indonesia bernama Dato Husam Musa sejak tahun 2009 lagi.


Firman Allah SWT: 


“Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan  dengan  air  itu  pokok-pokok  tanaman (buah-buahan) dan biji-biji yang dituai.” - Al Quran, Al Naml ayat 60.


“Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan  dengan  air  itu  pokok-pokok  tanaman (buah-buahan) dan biji-biji yang dituai.” - Al Quran Al Qaf: Ayat 9. 


Syam Ghaz



DR MAZA NI JARANG NAK PUJI ORANG..


W. Faudzin


 Ucapan PMX berkaitan jihad di Perkampungan Sunnah di Perlis dikagumi oleh Mufti Perlis, Dr Maza.  Kalau tanya lebai Pas, mesti dia kata PMX tu buka mulut je mohong.