Lulus peruntukan pembangunan Perlis ratusan juta lambang PM berjiwa besar. Tapi dalam ceramah tibai PMX zalim bagai.


 

Lawatan Perdana menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perlis kelmarin dan membawa ratusan juta ringgit peruntukan pembangunan melambangkan jiwa besar PM terhadap semua rakyat Malaysia tanpa kecuali.



Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Azzin Izzad Bahanudin, meski pun negeri paling utara Semenanjung itu merupakan kubu pembangkang namun PM tidak melupakan Perlis untuk dibangunkan dengan lebih cemerlang.



"Susulan daripada lawatan kelmarin, PM telah meluluskan peruntukan projek pembangunan negeri bernilai ratusan juta ringgit.






                                          Azzin Izzad Bahanudin



"Antaranya peruntukan mesin mengimbas Pelabuhan Darat Perlis (PIP) bernilai RM40 juta yang akan diangkat ke mesyuarat kabinet dan peruntukan tambah sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS ) Wang Kelian.



"Selain itu, permohonan Kerajaan Negeri Perlis bagi mendapatkan tambahan peruntukan mengurus bernilai kira-kira RM100 juta akan dibawa oleh PM bagi diluluskan di peringkat mesyuarat kabinet dan PM juga telah menyerahkan sumbangan bernilai RM505,000 kepada 101 Masjid di seluruh negeri Perlis," katanya dalam satu kenyataan.



Bagi Azzin, PMX merupakan satu satunya ketua kerajaan yang tidak menganaktirikan negeri pembangkang dalam sejarah negara.



Katanya, jiwa besar Anwar senantiasa mahukan pembangunan yang selaras dengan konsep Malaysia Madani, iaitu menitikberatkan keseimbangan komuniti dalam pembangunan supaya pemacuan pertumbuhan ekonomi dirasai semua golongan.



"Kelulusan peruntukkan yang diberikan oleh PM kepada negeri pembangkang ini membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang matang dalam politik dan profesional kerana sentiasa bersiap siaga membantu sesebuah negeri walaupun berlainan nakhoda.



"Inilah sifat yang perlu ditunjukkan sebagai seorang pemimpin yang adil dan lebih mementingkan kebajikan rakyat berbanding ideologi politik semata-mata," katanya lagi.



 

“PENCARIAN ERAN HAYA BELUM TEMUI PETUNJUK POSITIF”

 

Identiti individu bernama Eran Haya didakwa dicari lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac lalu, belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana siasatan di peringkat kini belum mempunyai petunjuk positif terhadap lelaki yang didakwa suspek.

“Berdasarkan pengakuan suspek memberitahu mencari seorang lelaki warga Israel bernama Eran atas isu keluarga tapi kita (polis) perlu pengesahan mengenai kewujudan lelaki itu.

“Buat masa ini, kita belum jumpa lagi. Itu alasan dia sebagai motif tapi kita melihat kemungkinan motif berbeza daripada alasan diberikannya dan hanya mengada-adakan cerita,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Ditanya kemungkinan lelaki warga Israel itu sebagai koordinator bagi perancangan membunuh Eran, Razarudin berkata, siasatan menjurus pelbagai sudut.

“Kita lihat bagaimana seorang lelaki warga asing datang ke Malaysia boleh mendapat enam pucuk senjata dalam masa beberapa hari duduk di sini, jadi kita lihat kepada semua sudut.

“Mungkin dia boleh menjadi koordinator atau mungkin juga menjadi armourer (pakar senjata) atau datang untuk ambil senjata. Jadi itulah semua sudut siasatan kita, paling mustahak adalah mengenalpasti motif,” katanya.

Katanya, siasatan ini penting demi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Razarudin berkata, polis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap keselamatan orang awam dan pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Polis perlu menentukan keselamatan orang kenamaan terutama Yang di-Pertuan Agong, Raja dan Perdana Menteri yang kita tidak tahu mungkin jadi sasaran. 

“Dia mungkin sebut nama Eran tapi sebenarnya Eran itu tiada di negara ini,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230955/siapa-eran-haya

 


MASA BUAT PHd KAMU TAK SEBUT KAFIR.


I



 Tersusun penjelasan anak Tan Sri Hadi Awang. Mengenai jenis2 kafir. 


Dia siap tanya kenapa kita perlu malu nak guna kafir?


Tapi thesis PhD beliau guna perkataan “Bukan Islam”. 


Rasanya patut kita tanya, kenapa malu dan takut nak guna Kafir saja dalam thesis dia? Hmmm…. 


Kalau kafir tu takde hal, lebih afdal guna perkataan kafir, bukan? Dia pun tak guna pulak. 


**********************


Saya terbaca tadi. Ada yang kata Kafir itu bahasa Arab maksudnya “unbeliever”. Atau orang yang tak percaya. 


Kristian pun ada istilah kafir ke atas mereka yang tak percaya agama mereka. 


Saya cuba bayangkan, kalaulah anak orang Kristian dalam kelas panggil anak kita KAFIR, apa lah kita rasa? 


Mahu meletup Malaysia dibuatnya. 


~LM~



PUNYA NAK TUNJUK ISLE.




 Punyalah usaha nak nampakkan 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺, cuma dia je Islam, habis semua benda dijadikan bahan fitnah. Sampaikan ke majlis tilawah.


Bulan 3 puasa. Bulan 4, raya. Orang kita kalau beraya memang tak cukup sebulan. Jadi sedang elok la kalau dibuat tilawah tu bulan 5. Apa masalahnya?


Masalahnya, PAS ni kalau tak tonjolkan Madani lawan Islam, dia 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗮 nak burukkan Madani. Sebab tu dia sampai sanggup cipta fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIAPA PM KETIKA INI ?

 



Terkini! TIPU KERAJAAN RM 4 BIĹLION. Pengerusi SPANCO, Tan Sri Robert Tan di dakwa di mahkamah kerana .menipu kerajaan berjumlah RM4 BILLION. Ia berlaku pada tahun 2022. Eh, siapa PM ketika itu?


LOI telah dikeluar zaman Tun kepada Naza/Berjaya. Masuk Muhuiddin, dia bagi kepada TS Robert





AIDILFITRI: KISAH AIR ASIA VS MAS, TELEFON PINTAR VS NOKIA


AIR ASIA VS MAS


Adrian Lim Chee An


Sehingga pertengahan tahun 1990an, MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan kat Malaysia.


Pada ketika itu, kos ulang alik KK-KL boleh mencecah RM1,500 seorang.


Oleh kerana industri penerbangan dimonopoli oleh MAS, secara logiknya, MAS pun mencatat keuntunganlah setiap tahun.


Pada tahun 1996, AirAsia membuat penerbangan julung kalinya. Pelbagai promosi menarik dibuat seperti RM200 RM300 untuk ulang alik KK-KL.


Suratan atau takdir, secara kebetulan atau tidak, pada tahun 2017, iaitu setahun selepas AirAsia membuat penerbangan julung kalinya, MAS pula mencatat kerugian sebanyak ratusan juta ringgit.


Kerugian ini berlaku selepas MAS mencatat keuntungan sebanyak ratusan juta ringgit setiap tahun pada tahun-tahun sebelum itu.


Pada tahun 2010 sehingga tahun 2022, sepanjang tempoh lebih 10 tahun itu, MAS tidak pernah mencatat keuntungan.


Pada masa yang sama, AirAsia pula mencatat keuntungan tahun demi tahun, kecuali zaman PKP Lockdown.


Ada tahunnya AirAsia mencatat keuntungan sebanyak puluhan juta ringgit sahaja (2008), ada tahunnya AirAsia mencatat keuntungan mencecah berbilion-bilion ringgit (2015 - 2018).


TELEFON PINTAR VS NOKIA


Sehingga hujung tahun 1990an, Nokia merupakan jenama yang mendominasi industri telefon bimbit.


Nokia 3310, Nokia 2860, Nokia N-Gage, ini antara telefon bimbit yang agak popular pada zaman sebelum tersebut.


Sebagai peneraju industri, Nokia mencatat keuntunganlah berpuluh bilion ringgit setiap tahun.


Mai awal 2000an, Sony Ericsson dan Blackberry mula memperkenalkan ciptaan baharu mereka dalam usaha merevolusi industri telefon bimbit. Mereka berjaya “mencuri” sedikit market share daripada Nokia. Namun, kedudukan Nokia masih kukuh.


Pada tahun 2006/2007, Apple memperkenalkan iPhone, iaitu telefon bimbit yang bermula merevolusikan industri telefon bimbit.


Tahun demi tahun, keuntungan Apple semakin meningkat sehingga syarikat Apple dinilai melebihi RM10 trilion (RM10,000,000,000,000) pada tahun 2021.


(Trilion = 1 juta x 1 juta = 12 kosong)


Sementara itu, Nokia pula kehilangan market share yang semakin banyak. Tahun demi tahun, jualan Nokia semakin merosot. Dari nilai RM550 bilion pada tahun 2007, nilai Nokia cuma berbaki RM100 bilion pada tahun 2021.


Pada tahun 2014, Nokia akhirnya dijual kepada Microsoft.


Dalam sidang media tentang pengambilalihan Nokia oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapannya dengan mengatakan, “we did not do anything wrong, but somehow we lost (kita tidak membuat apa-apa yang salah, namun kita kalah)”.


Masyarakat antarabangsa mentafsirkan kecundangan Nokia disebabkan kegagalan Nokia menyesuaikan diri dan membiasakan diri kepada perubahan.


—————


Aidilfitri ini, pelbagai laporan akhbar (sama ada dengan niat tersirat atau sebaliknya) melaporkan bahawa sambutan Aidilfitri pada tahun ini terpaling hambar, terpaling teruk, terpaling merosot, terpaling sunyi.


Katanya disebabkan cukai lah, disebabkan ekonomi lah, disebabkan kerajaan lah……


Saya kurang bersetuju dengan sebab-sebab ini.


MAS dan Nokia.


MAS kalah kepada AirAsia, walaupun permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan tidak pernah berkurang.

Bahkan permintaan perkhidmatan penerbangan sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Nokia kalah kepada Apple, walaupun permintaan terhadap telefon bimbit tidak pernah berkurang.

Bahkan permintaan terhadap telefon bimbit sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Sama sekali. Keperluan untuk persiapan sambutan Aidilfitri TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN PERNAH BERKURANG.

Bahkan akan sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Yang berbeza cuma…… buyer preference dan buyer behaviour telah berubah.


Pengguna perkhidmatan perkhidmatan switch daripada MAS kepada AirAsia.

Pengguna telefon bimbit switch daripada Nokia kepada Apple.


Sama sekali. Pembeli persiapan sambutan Aidilfitri switch daripada pasar malam dan kedai fizikal kepada online seperti TikTok, Facebook, Instagram, Lazada, Shopee.


Sekiranya peniaga peniaga konvensional masih tidak berubah seiring dengan trend buyer preference dan buyer behaviour, kemungkinan besar, perniagaan yang diceburi akan tersingkir, sepertimana Nokia tersingkir dan akhirnya diambil alih oleh Microsoft.


(Bukan saya nak doakan peniaga konvensional menjadi tersingkir atau muflis. Saya sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang baik-baik je. Tetapi ini adalah realiti.)


Sebaliknya, sekiranya peniaga konvensional mengikut trend buyer preference dan buyer behaviour, kemungkinan besar, peniaga konvensional boleh jadi seperti MAS.


Pada tahun 2024, MAS akhirnya mencatat keuntungan sebanyak RM744 juta.


SAYA ULANGGGGGGG.


Selepas berpuluh tahun ditinggalkan oleh AirAsia dan 13 tahun berturut-turut mencatat kerugian (2010 - 2022), akhirnya pada tahun 2023, MAS berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM744 juta.


Kejayaan membuat comeback ini disebabkan antaranya, kesanggupan MAS sebagai premium carrier, berubah dan menyesuaikan diri dengan trend di mana kelompok besar pengguna perkhidmatan penerbangan memilih kos yang lebih mampu.


Maka MAS pun mula menjual tiket seperti harga penerbangan yang mampu menyaingi AirAsia. Dan hasilnya, sebagai contoh, harga tiket ulang alik KK-KL MAS boleh didapati pada harga RM300, iaitu harga lebih kurang sama dengan AirAsia dan harga yang jauh lebih murah berbanding harga RM1,500 yang dijual pada zaman 1990an.


Maka consumer pun kembali kepada MAS. 


Selamat berpuasa. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri in advanced.


Semoga kalian mempunyai Ramadan yang mabrur dan Aidilfitri yang meriah.



BUKAN SAHAJA NAMPAK JAHIL, TAPI PEMALAS NAK CARI MAKLUMAT. AKHIRNYA TERJEBAK FITNAH. KHAWARIJ SUKA MEMECAHBELAH ISLAM.








Mohammad Norrazam B Mohd Noor



 Sambil-sambil ready untuk mengajar subjek STAM dgn pelajar hari ini, sedikit terganggu bila terbaca posting satu akaun yang menyebar fitnah tentang tiada pertandingan tilawah Al Quran pada tahun ini.


Lebih terganggu bila diselidik, rupa-rupanya bukan satu, bukan dua bahkan lebih lagi akaun yang berkongsi perkara sama. 


Berat sangkaan saya perkara begini tidak akan berlaku tanpa aturan dan tanpa susunan. 


لا حول ولا قوة إلا بالله


Kepada pemilik akaun, beringatlah tentang kesan buruk menyebarkan fitnah.


Ini belum lagi kita baca komen-komen yang memberi respon terhadap fitnah-fitnah begini.


Seakan jelas matlamat mereka untuk memalitkan sedaya upaya imej "anti Islam" @ "musuh Islam" terhadap lawan mereka. 


 https://www.facebook.com/share/p/JJLDVSFfPobuM2hX/?mibextid=oFDknk

 https://www.facebook.com/share/p/y3VoyTEou1xHwaST/?mibextid=oFDknk

 https://www.facebook.com/share/p/uBSpi9gssoziRVKm/?mibextid=oFDknk

 https://www.facebook.com/share/p/QVuKPiF48PgoQEiu/?mibextid=oFDknk

 https://www.facebook.com/share/p/T81ugd8hZtd9SGFU/?mibextid=oFDknk

 https://www.facebook.com/share/p/QNg558qnJMnBvpFG/?mibextid=oFDknk



11 BANGSA MELAYU DIREKRUT SEBAGAI AGEN MOSSAD

 




*Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia.*


Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad.  


Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api, tempur serta taktikal lain.


Penyamaran Nida? 

Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. 

Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di di Kem Rahsia Mossad di Perancis dan beberapa negara Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia. 


Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati.



AKTIVIS REFORMASI DIBANTU

 






Hari ini Setiausaha Politik saya saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi aktivis awal reformasi saudara Pospan Linggam atau lebih dikenali sebagai Puspa yang kini uzur dek kerana masalah kesihatan.


Saudara Puspa merupakan antara individu yang terlibat secara aktif dalam gerakan massa sewaktu gelombang reformasi meledak lewat 1990-an, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bagi penggal 2010/2011.


Farhan telah memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung. Saya amat berharap ia memberi sedikit kelegaan kepada saudara Puspa dalam menempuh hari mendatang. 


#MalaysiaMADANI



TULAR KONONNYA PMX DI BEBEL SEORANG MAKCIK. INI VIDEO ORIGINAL NYA...

 



Tular kononnya video PMX terkedu dibebel seorang makcik semasa lawatannya di sebuah bazar kat Perlis semalam.


Yang Mak Naga up siap compress edited sound bagi vokal makcik tenggelamkan suara PMX supaya nampak PMX terkedu siap caption gempak memang nampak ngam lah... 


Admin ni musicians dan arranger, telinga belum pekak.


Empunya diri makcik ceritakan apa yang sebenarnya berlaku, disertakan sekali video original. 


'Mereka' pakar bab pusing memusing kandungan video, dengan AI sekarang editing lagi jadi senang.


#tabbayun #tibaiyun 


https://linktr.ee/mykomnasional



MP ‘ENAM JAHANAM’ KENA AKUR BALA YANg BAKAL TIBA, SPEAKER SUDAH TERIKAT DENGAN AKTA ANTI LOMPAT PARTI


Keputusan paling tepat – itulah kesimpulan yang dapat digambarkan berikutan pindaan perlembaan Bersatu yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 2 Mac lalu kini telah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.


Surat kelulusan berkenaan pindaan perlembagaan bagi memberi hak kepada parti melucutkan keahlian mana-mana wakil rakyatnya yang menyokong parti yang bertentangan diterima oleh ibu pejabat Bersatu hari ini (2 April).


Bersatu mengadakan mesyuarat agung luar biasa yang meluluskan pindaan itu pada 2 Mac, tetapi dokumen memohon kelulusan hanya dibantar pada 11 Mac 2024 dengan Mahiaddin Md Yasin selaku Presiden Bersatu sendiri mengetuai barisan pimpinan yang hadir ke pejabat RoS.


Ibi bermakna, RoS mengambil masa tidak sampai sebulan untuk memberi kelulusan kepada pindaan tersebut.


Syabas dan tahniah, ini baru namanya cekap dan beramanah!!


Keputusan RoS memberi kelulusan yang segera dan dikira pantas ini dianggap tindakan yang tepat kerana:-


Pertama, keputusan RoS itu memperlihatkan kerajaan madani tidak campurtangan daripada segi politik dalam memberi kelulusan kepada permohonan yang dibuat oleh parti musuh.


Asalkan semua dokumen cukup, segala syarat dipatuhi dan tiada perkara-perkara yang meragukan, semua permohonan harus diberi kelulusan tanpa mengira kawan atau lawan.


Kerajaan madani kini dengan sendirinya terhindak daripada pelbagai persepsi buruk dan andaian yang bukan-bukan berhubung pindaan yang dibuat Bersatu itu.


Kedua, dengan lulusnya pindaan ini akan melengkapkan lagi Akta Anti Lompat Parti daripada sebarang kelompongan seperti yang ada sebelum ini.


Ertinya, tiada lagi wakil rakyat, khususnya daripada Bersatu yang boleh mengalihkan sokongan sesuka hati demi manfaat peribadi dan ini akan menjadikan dunia politik Malaysia lebih bersih daripada segala kekotoran yang disengajakan.


Ketiga, secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan madani tidak bergantung sangat kepada sokongan enam Ahli Parlimen Bersatu atau dipanggil “enam jahanam” yang telah mengalih sokongan itu untuk memastikannya kekal sebagai kerajaan.


Tanpa sokongan mereka pun, kerajaan madani sebenarnya mampu berdiri tegak sehingga PRU16 akan datang.


Apa yang dijangka akan dilakukan Bersatu selepas ini ialah mengurus surat kepada enam Ahli Parlimen berkenaan berhubung pendirian politik mereka.


Jika mereka kembali menyokong PN, maka kekallah kerusi Parlimen yang dipegang sekarang.


Tetapi, jika mereka kekal dengan pendirian menyokong kerajaan madani, walaupun tarikh berkuatkuasanya pondaan itu ialah 1 April, kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur.


Sebabnya, surat yang bakal dihantar oleh Bersatu nanti pastinya bertarikh selepas 1 April, begitu juga jawapan balas daripada keenam-enam Ahli Parlimen terbabit juga bertarikh selepas 1 April.


Jawapan yang akan diberikan oleh mereka itulah nanti yang akan dijadikan atas tindakan oleh Bersatu seterusnya sama ada menulis surat kepada Speaker memaklumkan kekosongan kerusi Parlimen yang diduduki atau sebaliknya.


Sementara itu, timbul andaian lain yang mengatakan jika pun enam Ahli Parlimen berkenaan kekal menyokong kerajaan madani, kerusi mereka masih tidak boleh diisytiharkan kosong kerana dikatakan masih ada lagi dua proses perlu dilepasi.


Pertama, enam Ahli Parlimen itu pasti akan membawa kes ke mahkamah dan Speaker tidak akan membuat sebarang perisytiharan kekosongan kerusi selagi mahkamah belum membuat keputusan.


Kedua, Speaker membuat keputusan sebaliknya iaitu menolak kekosongan yang diumumkan oleh Bersatu.


Dalam kedua-dua keadaan, baik mahkamah mahupun Speaker Parlimen, oleh kerana pindaan itu telah diluluskan oleh RoS dan bersekali dengan itu, Akta Anti Lompat Parti juga telah berkuatkuasa, hakikatnya tiada apa yang boleh menghalang daripada enam kerusi Parlimen itu daripada dimuktamatkan kekosongannya.


Mahkamah barangkali boleh menolak terus kes tersebut seawal ia difailkan, manakala Speaker kini telah terikat untuk akur kepada ketetapan Akta Anti Lompat Parti.


Lagi pula, Akta Anti Lompat Parti adalah perkara yang diperjuangkan oleh PH ketika memetrai persefahaman dengan kerajaan ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, nampak peliklah pula nanti jika Speaker Parlimen tidak sealiran dengan akta yang telah diluluskan oleh Parlimen.


Kepada penyokong-penyokong PH, marilah kita seikhlas hati bergembira jika berlaku pilihan raya kecil kerana inilah hukuman yang kita mahu sejak dulu terhadap pengkhianat dalam perjuangan.- ShahbudinHusin 02/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/02/mp-enam-jahanam-perlu-akur-bala-yang-bakal-tiba-speaker-sudah-terikat-dengan-akta-anti-lompat-parti.html



KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA BERHUBUNG ISU STOKIN YANG TERDAPAT KALIMAH ALLAH DI ATASNYA.





1.  Parti Amanah Negara (AMANAH), mengikuti peristiwa stokin bertulis nama 'Allah' dengan penuh keinsafan dan perasaan amat kecewa. Begitu rendah akhlak pelakunya dan terdesaknya mereka. Namun, untuk menangani keadaan ini, matlamat sebenar di sebalik tindakan ini perlu difikirkan dan dicermati secara tenang dan rasional supaya reaksi kita menepati sasarannya dan kita terpelihara dari keadaan adu domba yang diinginkan oleh musuh Islam dan musuh Negara. Jangan sesekali kita mengambil tindakan secara gelojoh mengikut emosi tanpa usul periksa. Al-Quran mengajar kita untuk "tabayyun" terlebih dahulu supaya tidak akan berlakunya tindakan terlajak sehingga dizalimi pihak yang tidak bersalah.


2. Dalam soal matlamat di sebalik tindakan ini, ada yang mengatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menghina Islam. Tetapi usaha menghina Islam itu adalah sekadar kaedah untuk mencapai matlamat sebenar, ia itu berlakunya perbalahan antara kaum dan agama di negara tercinta kita ini. Tidak mungkin ianya sekadar bertujuan menghina Islam kerana tidak mungkin Islam menjadi hina dengan tindakan sebodoh itu. Malahan kesannya pasti sebaliknya. Pelaku sebenarnya akan sudah pasti dimarahi dan kalau ada yang akan terhina ianya adalah pelaku sendiri apabila dikenal pasti. Maka pandangan bahawa ianya dilakukan sekadar untuk menghina Islam  agak meleset dan tidak masuk akal.


3. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa matlamat sebenar adalah untuk mengeruhkan lagi suasana politik negara dengan drama "Islam terancam dan tidak dihormati" serta hubungan antara kaum dan agama dijadikan semakin tegang dan meruncing. Keadaan sebegitu akan menguntungkan pihak tertentu kerana persepsi "Islam terancam" dan ketegangan kaum serta agama adalah suatu kelebihan pada mereka.


4. Malangnya apa yang dilihat sedang berlaku sekarang adalah reaksi beremosi tanpa adanya satu usaha untuk menganalisa keadaan dan kemungkinan-kemungkinan disebalik peristiwa ini. Ada golongan dan individu yang ingin menjadi 'juara' tanpa mengambil peduli samada tindakan dan hasutan mereka adalah adil atau sebaliknya. Semua berpaksikan emosi dan pendekatan gelojoh tanpa usul periksa. Ini hanya menguntungkan pelaku sebenar kerana matlamatnya adalah untuk menghasilkan ketegangan dan huru-hara.


5. Malangnya ini semua berlaku pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, Ramadhan Kareem. Sedangkan Ramadhan adalah bulan membina ketaqwaan. Dan ketaqwaan itu menuntut keadilan. Allah berfirman di dalam Al-Quran, "Bertindak Adil! Ianya lebih dekat dengan ketaqwaan."


6. Bertindak secara gelojoh dan berpandukan emosi tanpa usul periksa telah menyebabkan kemarahan dituju kepada pemilik rantaian kedai di mana dijumpai 5 pasang stokin-stokin tersebut. Sedangkan dia peniaga dengan kedai-kedai di seluruh negara. Adakah tindakan sebegini akan melariskan perniagaannya? Adakah keadaan huru-hara akan menguntungkannya? Sudah pasti sebaliknya! Maka mengapa dia ingin melakukannya? Kerana dia "anti-Islam"? Bagaimana ingin dikatakan dia anti-Islam sedangkan sumbangannya banyak, termasuk kepada masjid dan surau dan NGO Islam. Gambar-gambarnya bersama Menteri Besar Kedah, yang kononnya antara 'hero perjuangan Islam' pun sudah luas tersebar.


7. Walauapapun, seharusnya diselidik dan disiasat terlebih dahulu sebelum ingin menghukum sesiapa. Dalam kes sebegini tidakkah mungkin stokin berkenaan diselitkan bersama stokin yang ditempahnya tanpa pengetahuannya? Sudah pasti ianya satu kemungkinan. Kecuali dijumpai pesanannya (Purchase Order) kepada pembekal yang menyatakan diinginkan beberapa stokin dengan kalimah Allah di atasnya. Oleh itu biarlah disiasat dahulu sebelum menghukum. Kami ingin menasihati semua, khususnya umat Islam dan orang Melayu, supaya jangan mudah terpengaruh dengan apa yang kemungkinan besar adalah mainan jahat golongan yang berkepentingan atau berniat jahat.


8. Matlamat untuk menghuru-harakan politik negara semakin terserlah dengan dua serangan 'petrol bomb'  yang berlaku terhadap rantaian kedai yang terlibat. Dan tidak mustahil kehadiran agen Israel yang ditahan baru-baru ini adalah juga sebahagian dari perencanaan musuh Negara.


9. Oleh itu AMANAH tidak bersama dengan seruan untuk memboikot rantaian kedai berkenaan dan sebaliknya menyeru semua untuk tidak menghukum dan biarlah siasatan dan perbicaraan diselesaikan oleh pihak-pihak yang berwajib.


10. AMANAH akan sentiasa bertindak berpaksikan prinsip keadilan, tabayyun dan siasat terlebih dahulu dan tidak akan sebaliknya bertindak secara gelojoh tanpa usul periksa atau dipandu emosi semata-mata. Ini adalah kerana sifat politik Islam, yang merupakan asas dan panduan AMANAH ialah politik bertaqwa, iaitu politik yang berpaksikan prinsip keadilan.


Khalid Bin Abd Samad

Pengarah Komunikasi AMANAH



NI NAK PERSENDA APA NIH?


W. Faudzin. 


 Ini bukan nama Allah lagi, bahkan kalimah Allah dalam Alquran pun mereka persendakan hanya kerana mahu menfitnah Menteri KPM YB Fadhlina Sidek  .  Anak presiden parti lebai boleh main2 dgn ayat Alquran?





TEGUR LAH BILA BOLEH DITEGUR.





Zus Din

 

𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽-𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗷𝘂𝗴𝗮𝗸 𝗹𝗲 𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗼𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗴𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗞𝗔𝗙𝗜𝗥 𝘀e𝗯a𝗯 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻. 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗙𝗜𝗥 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵, 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿 𝘆an𝗴 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵𝟮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗙𝗜𝗥 𝗱a𝗹a𝗺 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻?


𝗔𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂. 𝗦𝗮𝗽𝗲 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗼𝘀𝗮??



Dr Maza


YAB PMX MELAWAT PERLIS


Hari ini YAB PMX melawat Perlis. Jadual beliau padat dari awal beliau sampai.  Semasa saya menyambut kedatangan beliau di airport, beliau berkata kepada saya: "ana nak sembang dengan enta sat". Saya pun sudah menjangka kerana dua minggu sebelum beliau ke Perlis, pejabat beliau sudah menghubungi saya meminta saya melapangkan tarikh hari ini kerana YAB PM akan ke Perlis.


Habis program di Pejabat Pentadbiran Perlis,  beliau mengadap DYMM Raja Perlis. Kemudian beliau ke hotel. Walaupun ruang masa sangat padat, beliau meminta saya mengiringi beliau ke bilik hotel. Beliau berbual bersendirian dengan saya beberapa hal. Saya juga menyatakan pendapat saya. Apapun, saya menaruh harapan untuk usaha-usaha baik beliau terus dapat berjalan. Niat-niat yang baik  untuk kebaikan negara semoga dikabulkan ALLAH. Hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segalanya.


Secara peribadi, saya berterima kasih dan menghargai perbincangan yang saya anggap dari hati ke hati hanya antara saya dan beliau.


Malam ini masih ada program beliau di Masjid Felda Chuping. In sha Allah saya akan sertai.


Doa kita semua semoga Allah membantu segala niat yang baik dan menjadikan negara ini aman, makmur dan sejahtera.


FITNAH JADI MAKANAN


Romna Romna




 Kan aku dah kata walaun nii kalau sehari dia tak menabur fitnah boleh demam...


#Fitnah sudah jadi darah daging bagi puak2 walaun.



KENAPA TAK WALAK WAHAI WALAUNG.


Che Ibrahim




 Mengapa penyokong Pas tidak walak kepada arahan Presiden mereka?


Jom letak jawatan beramai ramai, boikot kerajaan sehingga PMX jatuh!!!!... Arahan Presiden wajib dipatuhi.


KRONOLOGI WARGA ISRAEL YANG DITAHAN.

 


Suspek lelaki warga Israel, Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan atas kesalahan memiliki dan membekalkan senjata api bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mereka.


Isu babitkan warga Israel masuk ke negara ini berniat jahat kini semakin mencabar pihak PDRM. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia berikutan pihaknya membuka kertas siasatan terhadap ketiga-tiga suspek itu di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Berikut kronologi penahanan Shalom Avitan.




PANAS DARI PARLIMEN!


Bagaimana BATU PUTEH jatuh ke tangan SINGAPURA?

Siapa yang bertanggungjawab?



KEH.. KEH.. KEH... JENIS MALAS MEMBACA.




Najib Bakar


 Gambar profile dengan Haji Hadi. Posting tutup komen. Terpaksa la aku share camni.


Pemalas! Benda boleh Google sendiri ja pun.


Tahun ni pulak baru bulan April, ada 8 bulan lagi. Camna hang boleh yakin "tahun ni tiada pertandingan"


Kalau nak husnuzon kan boleh. Tapi saja ja buat teruk.


Yang ikut share posting pun jenih lembab. Pastu komen terpaling suci. Meluat aih.



FOKUS 5.45 | MASALAH GANGGUAN AIR DI KEDAH MASIH BERLARUTAN...



Lapan bulan selepas kemenangan 'gemilang' Pas di Kedah pada pilihan raya negeri Ogos 2023, penduduk mula melihat kelemahan menyolok mata pentadbiran Kerajaan Negeri Perikatan Nasional itu.


RENTASAN 1578 | GEMPAR!! TIADA MAAF BAGI PETUALANG NEGARA?



MENARIK DALAM RENTASAN 1578
1. SERIGALA KELAPARAN MENUNGGU MANGSA 2. USAH MENJADI PETUALANG NEGARA 3. JUSTERU PAS NAK YANG BAGAIMANA?





JUSTERU PAS NAK YANG BAGAIMANA?


“Saya kira sewaktu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri berjaya menjadikan Malaysia tenang dan meraikan pembangkang, malah kita jarang dengar isu seperti yang berlaku hari ini. “Mungkin ada kontroversi tetapi tidak sampai ke peringkat tidak selesa dan huru-hara,” katanya.




‘218 permohonan bas tambahan dilulus sempena Aidilfitri’ - Loke


 

Oleh: Abdullah Zaid



Sebanyak 218 permohonan bas tambahan telah diluluskan bagi menampung jumlah pengguna menjelang perayaan Aidilfitri.



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan itu dilakukan di bawah kendalian

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).



“Jumlah bas tambahan dijangka akan meningkat sehingga permohonan LPS tutup hari ini berbanding tahun lepas, sebanyak 256 bas tambahan telah diluluskan oleh APAD.



“Oleh itu, APAD telah memastikan bas-bas tambahan yang diluluskan disaring agar mematuhi semua kriteria-kriteria permohonan seperti pemeriksaan keselamatan kenderaan PUSPAKOM dan GPS,” katanya dalam lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Selatan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.



Jelasnya, Pengendali Terminal Bas Bersepadu (TBS) turut membuat kesiapsiagaan yang tinggi untuk mengendali lonjakan jumlah penumpang sempena musim perayaan termasuk menambah kakitangan pengurusan trafik dan pengerakan penumpang di laluan sekitar terminal.



“Selain itu, pihak TBS juga menambah kaunter tiket dan kaunter pertukaran tiket serta pemantauan keselamatan melalui 623 buah CCTV untuk keselamatan orang awam,” ujarnya.



Bagi sistem pembelian tiket dalam talian, Anthony berkata, pengendali TBS memperkenalkan penggunakan Kod QR di mana penumpang hanya perlu mencetak dan terus ke Balai Pelepasan.



Jelasnya, kaedah itu mengurangkan kesesakan kaunter dan pintu masuk utama Balai Pelepasan memandangkan 65% pembelian tiket bas adalah melalui atas talian.



“Oleh itu, saya menyeru agar Penyedia Sistem Tiket Online (OTA) bas ekspres yang masih belum melaksanakan sistem pelepasan mengunakan kod QR untuk melaksanakannya dengan kadar segera,“ ujarnya.