JAMINAN MENTERI KDN PATUT DIBERIKAN TABIK AWAL DUA BELAH TANGAN


Jaminan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bahawa tidak akan ada campur tangan politik dalam kelulusan RoS berkaitan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan parti itu Sabtu lalu, tentu saja sesuatu yang melegakan.


Jaminan itu bukan saja melegakan Bersatu, malah juga memberi kelegaan kepada rakyat yang mahu melihat politik negara ini sentiasa bersih dan tidak dikotori oleh golongan pengkhianat, pembelot dan mereka yang sanggup menjual sokongan.


Selepas pindaan tersebut diluluskan oleh RoS nanti, hanya ada dua pilihan bagi enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu yang telah mengalihkan sokongan mereka – berdepan pilihan raya kecil atau kembali ke lubuk asal PN.


Terserahlah kepada mereka membuat pilihan dan pertimbangan.


Kerajaan pun tidak perlu kepada sokongan kelompok seperti tujuh wakil rakyat berkenaan kerana selain ia tidak ikhlas, ia turut mencemarkan nama baik kerajaan madani yang dipimpin Anwar Ibrahim.


Hakikatnya, sama ada bakal diadakan PRK atau mereka itu kembali kepada PN, imej kerajaan dan Anwar selaku Perdana Menteri tidak lagi dilihat tercemar dan automatik kembali bersih selepas ini sebagaimana itulah pilihan yang telah dibuat oleh rakyat.


Dalam reaksinya kepada pindaan perlembagaan Bersatu Sabtu lalu, sambil beberapa pemimpinnya mengharapkan tiada masalah mendapat kelulusan RoS, Saifuddin menegaskan, pihaknya tidak sekali-kali akan membenarkan ada campurtangan politik berkaitan dengannya.


“Kita tidak sesekali akan berbuat demikian dan menjadi satu kesilapan besar sekiranya pembangkang cuba mendakwa ada campur tangan politik dalam sebarang keputusan yang akan dibuat oleh RoS kelak.


Itu masalahnya, sebab mereka pernah buat campur tangan politik, jadi mereka fikir saya akan buat macam apa yang mereka buat.


“Dia pernah buat campur tangan politik ke atas akta pertubuhan, jadi mereka fikir Menteri Dalam Negeri sekarang pun akan buat seperti yang mereka buat.


“Silap besarlah,” katanya lagi.


Bagaimanapun, Saifuddin berkata, beliau belum menerima sebarang pemakluman daripada RoS sama ada Bersatu sudah menghantar permohonan bagi kelulusan pindaan perlembagaan itu atau sebaliknya.


“Saya belum dapat apa-apa lagi setakat ini, mungkin mereka ada hantar permohonan, cuma saya belum dapat pemakluman lagi (daripada RoS),” tambahnya.


Maka itu, sementara menunggu kelulusan RoS, semua pihak, termasuk enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu yang telah beralih sokongan itu, diharap tenang-tenang saja menerima ketentuan takdir yang bakal tiba nanti.


Kerajaan madani adalah kerajaan yang berpegang pada janji, bila menteri dah kata tiada campurtangan politik, maka pastilah tiada campurtangan politik untuk menghalang kelulusan pindaan perlembagaan Bersatu itu.


Lagi pun, daripada segi logiknya, oleh kerana DAP dan UMNO telah lebih dulu meminda perlembagaan mereka bagi diselaraskan dengan Akta Anti Lompat Parti dan RoS tiada masalah meluluskannya, sudah tentulah Bersatu juga berhak mendapat layanan yang sama.


Dalam hal ini, jaminan Saifuddin yang tidak membenarkan campurtangan politik itu patut diberikan tabik awal dua belah tangan kepadanya. – ShahbudinHusin 09/03/202;


https://shahbudindotcom.net/2024/03/09/jaminan-menteri-kdn-harus-diberi-tabik-dua-belah-tangan.html



KEHEBATAN & KEISTIMEWAAN TOK DOR HADI


MSO


Semua manusia yang waras di dunia ini mahukan sesuatu yang bermakna kepada dirinya. Dia mahu dunia mengenali dirinya,  punya keistimewaan dan kelebihan agar ia dilihat hebat. Seterusnya dicatat sebagai pemegang rekod dunia. Itu adalah naluri semulajadi manusia.


Sama ada ia menjadi buruan atau tidak, tetapi ada juga individu memiliki atau dikenali dengan kehebantan itu tanpa disedarinya. Namun ia turut dinilai atau diperkirakan oleh masyarakat disekelilingnya. 


Misalnya apa yang berlaku ke atas presiden Pas Al Fadhil Abdul Hadi Awang  menunjukkan dia adalah salah seorang individu yang hebat dan menjadi juara dalam bidang atau aspek yang dia sendiri tidak menyedarinya. Ini kalau boleh disifatkan sebagai koromah Tok Dor Hadi. 


Mungkin ramai tidak sedar bahawa bekas MB Terengganu itu telah mencatatkan rekod sebagai orng politik di Malaysia yang banyak atau kerap menggunakan nama binatang atau serengga dalam memberi nasihat ataupun anologi politik. Beliau seorang berkemahiran tinggi dalam hal ini. 


Menurut sebuah kajian, Tok Dor telah menggunakan sekurang-kurang 40 nama haiwan dan serengga sebagai perbandingan, nasihat, sidir atau pun anologi politiknya. Angka ini adalah terhebat dan tidak dicapai oleh mana-mana orang politik daripada parti mana pun di Malaya sejak sebelum dan selepas merdeka. Bahkan ada tokoh politik lain tidak mengambil sekor binatang dan serengga pun sebagai umpama dan bahan sinikalnya. 


Jumlah nama haiwan dan serenggan disebut Tok Dor itu diambil daripada pengucapan rasmi dibuat olehnya yang direkod dalam media atau televisyen. Dipercayai masih ada lagi nama-nama haiwan dan serengga disebut yang terlepas dari antologi ini.   


Diantara nama-nama haiwan dan serengga yang kerap disebut Tok Dor sekurang-kurang sekali dan direkod sebagai benar:


1. Tikus.

2. Semut.

3. Ayam.

4. Bangau.

5. Anjing.

6. Babi.

7. Kera.

8. Monyet.

9. Serigala.

10.Buaya.

11. Kusuari.

12. Jerung.

13. Lembu.

14. Udang.

15. Ikan.

16.Nyamuk.

17. Agas.

18. Keldai.

19. Burung Kak Tua.

20. Tiong.

21. Kambing.

22. Lembu.

21. Cicak.

22. Labah-labah.

23. Lalat.

24. Rimau.

25. Gajah.

26. Singa.

27. Unta.


Menurut pemerhatian penggunan nama haiwan paling baru diulang sebut oleh Tok Dor ialah Kakak Tua dan Tiong yang disebut ketika membahas titah ucapan Yang diPertuan Agong di parlimen dua tiga hari lepas. 


Kesedaran atau keluasan pengetahuan Tok Dor dalam mengguna pakai nama haiwan dan serengga ini meliputi semua speciaes atau jenis dan kategori. Daripada yang tinggal di dalam air, atas darat, di hutang dan juga diawan. Juga dari sekecil kecilnya sehinggalah sebesar besarnya.


Kehebatan Tok Dor juga kerana mengambil semua jenis atau kategori haiwan, reptalia, amfabia, mamalia, “marangtilia”, dan sebagainya. Pengambilan nama haiwan itu juga berbagai ragam bersayap, berkaki dua, berkaki empat dan tiada kaki.


Sekiranya Tok Dor tidak berjaya mengikut jejak Abdullah Badawi, Najib, Anwar dan lain-lain untuk jadi perdana menteri, tetapi cukuplah beliau kekal memegang kelebihan itu sebagai rekod yang tidak akan terlawan oleh mana-mana politician setakat ini. Trims.



KENAPA AGONG BERTITAH KEMUDIAN.


 

ANIMASI: Kenapa Agong bertitah demikian? Silakan share di sosial media masing2. Tak perlu minta kebenaran. Ini komuniti servis.



MAKNANYA BOIKOT NI BERJAYA LAH YA

 



IRFAN KHAIRI


Hari ni Starbucks Timur Tengah termasuk Dubai akan BERHENTIKAN 2,000 pekerjanya penangan b0ik0t!

Manakala di Malaysia, Vincent Tan billion dollar man, pengasas Berjaya Food Bhd yang handle Starbucks Malaysia, minta kita rakyat marhein BERHENTI LAAAA b0ik0t.

Kata Vincent Tan, "b0ik0t TIDAK memberi manfaat kepada sesiapa pun".

Tapi... tahukah anda keuntungan Berjaya Food 90% datang dari Starbucks. Haa.... Camne tu?

Katanya lagi, "kalau nak, b0ik0t la benda lain... seperti iPhone dan iPad". Tak tipu, memang dia kata Description: 😭. Ni laporan dari TheEdge.

Haaa.. apa pendapat anda? Saya guna Android Description: 😅Siapa geng?

Adakah ini petanda b0ik0t kita yang marhein ni menunjukkan kejayaan?

Apa pun, positivenya isu b0ik0t ini, kita sokong perniagaan tempatan. Dan makin banyak perniagaan tempatan meningkat maju kini. Ini lah masanya untuk anda pun mulakan perniagaan.

Sekiranya anda berminat nak mulakan perniagaan, tapi tak tahu nak jual apa atau nak mula di mana, jom sertai webinar percuma bersama saya hari ini. Saya kongsikan "NAK JUAL APA? Cara mulakan perniagaan dari ZERO". Daftar percuma di www.NakJualApa.com

jommmm!

-ik

dubai

ps: Gambar Starbucks Dubai. Cantik memang la cantik, tapi...

 

OWH...MUDAH LAH ALAU MACAM ITU...MENTERI PUN LEMAH CEROI DIA NI

 

Ada pm aku tangkap layar perbualan dengan menteri tentang tajuk berita Sinar. Tak tahu nada sebenar nada menteri tapi macam marah cakap "𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶? 𝗡𝗮𝗸 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝘁𝘂?" Jelas menteri tu, Sinar ada beri penerangan dalam artikelnya. Tajuk tu cuma 𝙘𝙡𝙞𝙘𝙠𝙗𝙖𝙞𝙩.

Tahu memang cuma 𝘤𝘭𝘪𝘤𝘬𝘣𝘢𝘪𝘵 tapi ia tetap mencipta naratif palsu. Lebih jahat, ramai yang tak baca artikel penuh pun. Mereka tengok tajuk je. Dengan tajuk itu dah cukup kuat untuk 𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗮𝗻 dan buat rakyat salah faham akan situasi sebenar cukai SST.

Bukan suruh tutup syarikat tu tapi beri amaran keras agar menjaga etika kewartawanan. Kalau betul mahu jadi akhbar politik, usah menyamar sebagai akhbar neutral. 𝗧𝘂𝗸𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Kan menteri ada keupayaan untuk buat begitu.

Aku kecewa sebenarnya dengan jawapan menteri tu. Tapi tak apalah. Menteri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 perkara ini sebagai 𝘀𝗲𝗿𝗶𝘂𝘀. Jadi kenapa kita nak ambil serius? Itu kan cuma tajuk. Apalah yang ada pada tajuk berita. Kerajaan tak jatuh pun. Kan ada sokongan ⅔.

Tahniah kepada menteri. Dengan ini, aku pun akan tak peduli kalau ada berita tak bertanggungjawab seperti ini yang sengaja mengundang salah faham. Menteri pun kata 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. So biarkanlah. Lagipun bukan kerja kita untuk jelaskan kepada rakyat.Guane boh?

Raja Gelap II

.

 

'Anwar PM pertama buka pintu bertemu persatuan pemandu teksi'


 

Kesudian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dan mengambil berat masalah pemandu teksi disanjungi oleh Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain.



Menurut beliau, PM telah menemui dan mengambil maklum masalah pemandu teksi dalam pertemuan mereka beberapa minggu lalu dan semalam telah memberikan bantuan kewangan kembali ke sekolah kepada anak anak pemandu teksi GTSM bagi mengurangkan beban membeli kelengkapan pendidikan.



"Saya berjuang dalam industri teksi ini sudah lama. Saya melalui banyak PM. Inilah PM pertama dalam sejarah, baru setahun menjawat PM membuka pintu mendengar masalah kami.



"PM sebelum ini bukan sahaja tidak balas surat, jumpa kami pun tidak. Datuk Seri Anwar bukan sahaja membalas surat permohonan, bahkan membuka pintu mendengar masalah rakyat bawahan. Kami terharu dengan keprihatinan dan kecaknaan beliau," katanya.



Menurut Kamarudin, dalam pertemuan tersebut 3 cadangan telah diserahkan. Pertama, kerajaan dicadang membenarkan kenderaan recon (diperbaikkan) dari luar negara untuk diperkenal dalam industri teksi dengan jenama Malaysia Madani Yellow Cab dan Black Cab.



"Sebab kalau nak suruh pemandu beli (kereta) baru tak mampu. Kalau boleh bawa masuk (kereta recon) dari Jepun, Singapura maka mereka mampu



"Kedua, kami cadangkan untuk menubuhkan aplikasi e-hailing milik kerajaan, kerana ia melibatkan masalah rakyat. Ini bukan isu kecil, hari ini kita dapat lihat berbilion wang dari industri telah dipunggah ke luar negara (akibat aplikasi syarikat luar) tanpa memberi manfaat kepada pemandu teksi



"Tetapi jika aplikasi ini milik kerajaan maka wang terkumpul hasil komisen kita boleh pakai untuk tambah baik industri teksi, beli insurans berkelompok, pinjaman mudah dan lain lain," katanya.



Cadangan ketiga pula, jelas Kamarudin, GTSM mahu kerajaan fokus masalah kadar tambang e-hailing yang tidak ada harga lantai.



Katanya, apabila syarikat e hailing bersaing sesama mereka dengan merendahkan tambang maka bukan pemandu e-hailing sahaja teraniaya tetapi pemandu teksi juga terkesan kerana rakyat akan memilih kadar tambang paling murah.


Farhan menyerahkan sumbangan tunai peribadi DS Anwar kepada anak anak pemandu teksi



Dalam pada itu, Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi yang menyerahkan sumbangan peribadi PM kepada anak anak pemandu teksi tersebut berkata, bantuan terbabit diharap meringankan beban para pemandu teksi dalam menyediakan kelengkapan anak anak mereka memulakan sesi persekolahan baharu 11 Mac ini.



"Majlis ini (adalah untuk) anak anak pemandu teksi yang kurang berkemampuan. Kita beri dalam bentuk wang tunai 200, boleh beri kelengkapan macam beg sekolah dan sebagainya



"Sumbangan ini dari Datuk Seri Anwar sendiri," katanya.

 

Betulkah sekolah vernakular Cina penyumbang besar keretakan perpaduan Malaysia?


Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Seorang profesor tempatan etnik Cina menuduh sekolah vernakular sebagai punca besar keretakan perpaduan. Beliau berkata orang Cina tidak menghormati etnik Melayu dan memperlekehkan bahasa Melayu.

Prof Tajuddin Rasdi mengulas kenyataan dan insiden di mana orang Melayu dan pemimpin Melayu telah membuat menghina kaum lain. Beliau tidak setuju bahawa sekolah vernakular punca utama masalah perpaduan negara.

Diterbit oleh: Prof Tajuddin

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.


RENTASAN 1564 | PANAS!! KINI HADI AWANG 'MEROYAN' ISU PENCEN PENJAWAT AWAM?







MENARIK DALAM RENTASAN 1564
1. BURUNG TIONG KINI BERBUNYI TENTANG PENCEN 2. HUKUM SEPARUH MASAK PRESIDEN PAS 3. MALAYSIA KINI STABIL DAN KUKUH 4. BERSATU SEDANG MENERIMA KIFARAH PENGKHIANATAN