*NOTA KEPADA PENGARANG BERITA* RAKAN MEDIA CETAK / ELEKTRONIK / PORTAL

 *NOTA KEPADA PENGARANG BERITA* RAKAN MEDIA CETAK / ELEKTRONIK / PORTAL


*Sidang Media Laporan Polis Terhadap NGO Pertubuhan Gagasan Innovasi Rakyat Malaysia yang masih menjalankan aktiviti setelah dibatalkan ROS sejak Januari lalu; DAN menjalankan kutipan sumbangan dari orang awam (crowd funding) dgn memasukkan ke dalam akaun peribadi milik presiden ngo tersebut.*


Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara di atas. 


Satu laporan Polis akan dilakukan terhadap NGO Pertubuhan Gagasan Innovasi Rakyat Malaysia pada ketetapan berikut: 


Tarikh : 4 Mac 2024

Hari : Isnin 

Masa : 2:30 ptg 

Lokasi : IPD Kajang 


Butiran aduan: 

Saya telah melihat satu posting daripada satu ngo iaitu Pertubuhan Gagasan Innovasi Rakyat dgn no pendaftaran PPM-003-10-04072022 PGIRM membuat kutipan dari orang awam dengan meminta derma / sumbangan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden ngo tu sendiri. 

Saya telah menyemak di talian ROS Selangor dan dimaklumkan bahawa NGO tersebut telah dibatalkan sejak Januari 2024. 


SIDANG MEDIA INI SANGAT PENTINV BAGI MEMBELA NASIB RAKYAT YANG TERPEDAYA DENGAN NGO TERSEBUT YANG MENGAMBIL KESEMPATAN PADA ORANG ORANG YG SUSAH SEKALIGUS MENYEKAT SCAMMER YANG KINI SANGAT BERLELUASA DI 


KALANGAN MASYARAKAT. 


KEHADIRAN TUAN/PUAN AMATLAH DI HARGAI 


SEKIAN, TERIMA KASIH

STREET KAKA 

(PEMPENGARUH SOCMED)



KISAH PELANCONG DI ROGOL DI INDIA.

 


Sedang kecoh di India apabila pasangan 'traveller' motorsikal Touring berkuasa tinggi dari Sepanyol, 

Vincente dan Fernanda yang telah diserang dan dirompak ketika mereka sedang berkhemah untuk berehat di wilayah Jharkhand di negara berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Nepal.


Pasangan pengembara motorsikal berkenaan yang dikenali sebagai Vueltaalmundomoto dengan pengikut melebihi 150,000 di Instagram telah berada di rantau Asia Selatan menjelajahi negara-negara seperti Bangladesh, Sri Lanka dan India hampir 5 bulan sebelum ini telah mengembara ke lebih daripada 66 buah negara sejak mula perjalanan mereka dari Barcelona 5 tahun yang lalu, menempuh lebih daripada 170,000 kilometer jarak perjalanan. 


Kenapa berita serangan ini menjadi kecoh? kerana bukan sahaja mereka telah dicederakan menggunakan pisau dan dirompak. Fernanda juga telah diperk0sa secara bergilir-gilir oleh 7 orang penyerang pada masa kejadian. Setakat laporan ini ditulis, 4 orang suspek telah ditahan oleh pihak Polis Jharkand. 


Komen: Mungkin boleh dah kot potong India dari 'wish-list' destinasi negara untuk dilawati lebih-lebih lagi kepada pelancong solo wanita kita.



LAGI KISAH WALAUN TAK PANDAI MATEMATIK

 




Zainuddin Omar


Saya banyak beli barangan dari shopee kerana penjimatan dari beli dari kedai-kedai biasa. 


Setakat naik 29 sen tambahan SST masih berbaloi beli online. 


Bil letrik pun yang terjejas mereka yang guna RM220 sebulan. 


Tambahan 2% sahaja bukan 8% yang selalu dikelirukan oleh walaun. 


Kalau tak sanggup bayar saya cadang pakai lampu minyak gas stail atok nenek kita dan buat unggun pakai kayu api. 


Apa-apa pun walaun tetap walaun sentiasa berfikiran negatif. Ahaks



MASIH BAB CUKAI.

 Masih lagi bab cukai.





Mohd Farul Al Qasas


Kadar cukai hanya dinaikkan dari 6% ke 8%. Maksudnya kenaikan adalah 2% sahaja.


Bukan dari 0% ke 8% kecuali untuk perkara dinyatakan. Rujuk m/s 3.


Apakah cukai baru? Contohnya 8% untuk aktiviti karaoke, kecuali karaoke jam 3 pagi di tiktok. Hat tu tak dak cukai.



ANWAR TIBA DI AUSTRALIA







 Saya dan Azizah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam ini bagi lawatan rasmi ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.


Lawatan ini juga atas jemputan rakan sejawat saya Anthony Albanese yang mana ia akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.


Sayugia, saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.


Kita akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara. 


#MalaysiaMADANI



Pas sendiri ada 3 versi berkaitan RUU 355;



1. Memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan apa apa hukuman mengikut hukum syarak (vesi I).

2. Memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan apa apa hukuman mengikut hukum syarak selain hukuman mati (vesi II).

3. Memberi kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi rm100,000, atau penjara tidak melebihi tempoh selama 30 tahun, atau sebat tidak melebihi 100 Kali, atau gabungan kepada Dua atau ketiga tiga hukuman tersebut.


Versi yang mana pilihan YB??


Alik ambo, ambo yakin ketiga tiga versi Pas itu tidak relevan bagi maksud meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kiasa Jenayah ) 1965 (Pindaan 1984).




PEMIKIRAN YANG LEBIH BAHAYA DARI DAJJAL

 

Ahmad Mursi


Khawarij - Keluar dari ketaatan kepada pemimpin yang sah. Islam angkat darjat Ulama, Islam juga ingatkan bahaya Ulama Jahat lebih dari bahaya Dajjal.




JANGAN TURUNKAN MINDA ANDA KE BAWAH SANGAT


Demi nak tunjuk SST 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, ada yang senaraikan perkhidmatan yang dikenakan SST. Contohnya tiket kapal terbang, 𝘳𝘦𝘱𝘢𝘪𝘳 telefon bimbit dan lain-lain lain.


Macam aku tulis sebelum ni, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 pertambahan belanja. Kalau tak ada, bukanlah kenaikan cukai namanya. Ceritanya sekarang, impak minimum pada rakyat.


Tiket kapal terbang, perbaiki telefon, servis kereta, semua 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗮𝗽-𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 ke? Yang penting, perkara yang diperlukan setiap hari tu tak naik. Kalau naik tapi setahun sekali, kesannya minimum.


Yang naik kapal terbang tiap hari tu cuma golongan  𝗸𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Sibuk nak bela kayangan ni dah kenapa? Dapat elaun ke?


Nak bandingkan, masa GST dulu, makan kat mamak pun kena. Sekarang 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗙&𝗕 tak naik. Takkan rendah sangat IQ tu sampai perkara macam tu pun nak kena beritahu?


Sebenarnya aku malas dah nak ulas pasal SST ni. Sebab semua komen berbentuk 𝘱𝘳𝘦𝘴𝘶𝘮𝘱𝘵𝘪𝘷𝘦. Tak nampak lagi kesan sebenar. Memang ada yang cerita barang naik tapi tak logik.


Bayangkan, naik SST tu cuma 2%. Tiba-tiba harga barang 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 100%. Mintak resit tak mau beri pulak tu. Bukti tak ada bermakna menipu. Boleh jadi 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 kalau begitu.


Eh logik la sikit. Bagi la bukti. Tapi ada juga yang percaya. Siap tag aku suruh baca. Aku dah baca tapi tak ulas sebab bagi aku adalah 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 kalau percaya cerita dia.


Biar je walau meroyan. Lepas sebulan, keadaan akan tenang sebab orang baru perasan cerita yang tersebar tu lebih kepada 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻. Bukan cerita sebenar pun.


Lebih baik 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 kerajaan kerajaan 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 defisit serta kurangkan pertumbuhan hutang. Ia tak pernah dibuat oleh 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗠 termasuklah Mahathir, selepas DS Anwar dipecat. 


Kita tak usah layan royanan walaun dan walajib soal SST ni. Untuk layan kanak-kanak, kena 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗤 setaraf kanak-kanak. Begitu juga melayan orang bodoh dan orang gila.


Biarkan walau terus meroyan. IQ kita tak serendah mereka. Baik tumpukan soal Hadi dan pemimpin PAS yang lain 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 kepada Sultan. Itu lebih bermakna. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NERATIF PALSU ADALAH FITNAH





 Cipta naratif palsu yang jahat ni sebenarnya sama dengan 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Mustahil orang yang terlibat dalam industri tak tahu di mana boleh dapat stok pada harga berpatutan.


SST tu cuma naik 2%. Untuk khidmat logistik pula, baru dikenakan dan nilainya 6%. Untuk kes koko ni, kenaikan patutnya 40 sen atau 𝘮𝘢𝘹 RM1.20. Kalau lebih, sama ada 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 ataupun yang menjual tu 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝘇𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀.


Kalau penjual tu sengaja naikkan harga, cuba 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿 𝗸𝗲 𝗞𝗣𝗗𝗡. Atau boikot penjual tu. Pilihan di tangan kita. Guna otak untuk dapatkan harga terbaik bukan untuk memfitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


GURU PASTI ADA TAK POTONGAN KWSP


Mohd Farul Al Qasas


 Sedih pula baca ni.

Harap guru Pasti dapatlah carum KWSP selepas ini.


Guru-guru BB apa cerita? Dah dapat ke KWSP dengan dividen yang tertunggak tu?






FORMULA UNTUK MAHIADDIN



MSO


Mahiaddin kata ahli partinya menasihati dia dengan mengingatkan agar lain kali kena berhati hati untuk pilih orang jadi calon pilihan raya agar tidak berlaku mereka yang mengkhianati parti.


Mahiaddin bertanya balik macam mana nak kenal orang setia atau tidak, nak tengok muka orang itu macam mana mukanya?


Saya ada formula buat Mahiaddin untuk mengenal orang yang tak setia dah jahat sanggup khianati dan maufakat melakukan pengkhianatan, muka orang itu adalah macam mukanya. Macam muka Azmin Ali, Jaffar Kamaruddin dan lain lain.


Sebab dia sendiri dan orang orang itu melakukan pengkhianatan, bermaufakat singgikir presiden partinya kerana tergila nak jadi perdana menteri dan menteri satu masa lalu.


Jadi kalau nak kenal dan tahu orang khianat dan jahat tenguk apakah orang itu macam muka kamu dan orang orang itu atau tidak. Trims.



LEMAH MATEMATIK DAN MALAS MEMBACA

 

Ada walajib (atau walaun menyamar jadi walajib) sibuk kata baik buat GST daripada naikkan SST 2%. Memang sekolah dulu tak ambik matematik ke apa? 6% 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 dari 2%?


GST ni memang sistem cukai paling cekap. Aku pun bukan bantah 100% GST. Satu dunia pakai bererti sistem percukaian ni bagus la. Tapi isunya adalah 6% tu terlalu tinggi.


Lagi satu, SST dikenakan pada perkhidmatan dan 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻. GST pula dikenakan ke atas 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dan perkhidmatan. Nampak tak bezanya?


SST dikenakan sekali saja. Tapi GST dikenakan pada setiap kali barangan itu 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸. Dari pengilang ke pemborong, kena GST. Pemborong ke pengedar, kena GST. Pengedar ke peruncit, kena lagi. Akhir sekali dari peruncit ke pengguna. Berapa level tu? Berapa 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 barangan tu agaknya?


Sekali lagi, GST ni bagus. Tapi kenapa terus mula dengan 6%? Kenapa tak mulakan dengan 2%? Atau kalau nak terus 6% pun boleh tapi 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Supaya rakyat ada lebihan duit untuk berbelanja.


Masalahnya bukan GST tapi 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻.


Tapi sekarang ni, selepas Mahiaddin hancurkan ekonomi, nak buat GST balik memang belum sesuai lagi. Tapi kerajaan masih perlukan duit tambahan. Jadi itulah caranya. Naikkan cukai secara minimum.


Nanti bila ekonomi dah stabil, baru boleh cerita semula tentang GST ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PATUT, AMAN DEPA DARI 11. NAIK PI 22...



 Walaun marah sebab ni ke? 𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹 la walaun. Memang ada SST tapi 8 sen je pun. Tak sampai 𝘀𝗲𝗽𝗼𝘀𝗲𝗻. Tak kan itu pun nak berkira. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

S.A.L.A.M 5%






Ramai bagi salam 8% hari ini.

Seolah-olah dia makan roti canai pagi ni dah naik harga mendadak.


Rakyat Malaysia ramai yang mudah dimainkan dengan emosi.


Cepat melenting dan kongsi berita palsu, dibawah saya tunjukkan berita lebih baik dari 8% iaitu Salam 5%


Minggu lepas saya baca habis buku ini, Kemakmuran Ekonomi Tanpa Riba dan amat terkejut bahawa Kerajaan Madani sedang buat langkah terbaik untuk selamatkan negara ini. Dalam buku tersebut banyak negara jadi bankrap kerana hutang dan subsidi yang tak manpan.


Ini berita semalam, Kerajaan capai defisit fiskal 5% daripada KDNK untuk tahun lalu.

Ini lah salam 5%!


Tahun sebelum ini adalah 5.6%

Turun RM8.1 bilion banding RM99.5 bilion. Alhamdulillah benda yang sukar capai kalau ikut YB Syahir dari PAS , tapi Kerajaan Madani dapat capai.


Pertumbuhan hutang negara juga turun kepada 8.6% pada tahun 2023 banding 10.2% pada tahun 2022. Jumlah hutang terkini 1.7 trilion bersamaan dengan 64.3% dari KDNK


Komitmen kerajaan untuk turunkan hutang, belanja berhemah ni dan buat tatakelola baik ni, diterjemahkan dengan buat akta fiskal negara.


Maksudnya kerajaan mana pun lepas ini, kena ikut akta tu. Jadi tak ada isu sangat PM dan Menteri Kewangan. Penetapan fiskal akan dibuat di parlimen selepas ini, bukan di pejabat Menteri Kewangan sahaja.


Hutang pun dah ditetapkan tidak lebih 65% dan kadar khidmat hutang tak lebih 15%


Ini semua nak elakkan Malaysia termasuk ke perangkap hutang dan bankrap.


Jadi ini lah yang sebenarnya rakyat kena cakna. Kesungguhan kerajaan untuk turunkan hutang negara dan belanja berhemah. 


Kerajaan naikkan cukai dari 6% ke 8% adalah untuk tingkatkan pendapatan kerajaan. Bukan untuk bayar duta khas tanpa kerja.


Untuk pengetahuan anda semua, apa yang Kerajaan Madani dah buat sebelum naikkan cukai?


1. Buat akta fiskal negara seperti diatas

2. Bayar faedah hutang 1MDB guna perbelanjaan pembangunan. Ini kali pertama dalam sejarah ya.

3. Buat PADU untuk subsidi bersasar dan

4. Mengurangkan defisit negara seperti diatas.


Mampu ke rakyat tanggung kenaikan cukai?

Insya-Allah ya mampu, 8% tu adalah bersasar dan merupakan hanya 2% kenaikan.


Dengan kemasukan pelaburan yang tinggi maksudnya peluang pekerjaan lebih banyak dan penambahan pendapatan rakyat IPR oleh Kementerian Ekonomi serta subsidi bersasar melalui PADU sekali lagi Insya-Allah rakyat Malaysia kuran terkesan dengan cukai SST ini.


Sekian.

Muhammad Fairul al-Qasas

Jengka

#KPPKRKUALAKRAU

#PENERANGANPKRPAHANG

#MALAYSIAMADANI



FUHHH..MAHAI LA SANGAT


 Hidup miskin tapi nak beli bawang india yang mahal.....lepas tu makihamun kerajaan.

Jangan jadi manusia la wahai walaun



.

𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗘 𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧






 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗘 𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧

****************

Polis siasat kenyataan Abdul Hadi

Sinar Harian

Mac 1, 2024 16:51 MYT


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟰(𝟭) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗛𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝟭𝟵𝟵𝟴.


"Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi.


"Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya pada Jumaat.


Tambah Razarudin, pihaknya masih menunggu waktu yang sesuai untuk memanggil dan mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu.


Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.


Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta raja-raja Melayu.


Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.


"Susulan itu, baginda berkenan mengutus sepucuk surat kepada beliau (Abdul Hadi) menerusi Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri," katanya dalam satu kenyataan.



PEENIAGAAN YANG GAGAL



Aidil Azwal Zainuddin



1) Saja nak tumpang sekali komen berkenaan business Ustazah Ustazah Asma' Harun yg ditutup. Pakat viral merata dan semua orang pakat komen. Siap perli doa tambah rezeki tak menjadi walaupun Ustazah.


2) Dalam dunia business, ada satu prinsip. “Businessman yg bagus tahu bila untuk memulakan sesuatu business, businessman yg cemerlang tahu bila untuk menutup sesuatu business”.


Dalam berniaga benda paling “annoying” apabila kita bertemu manusia tak praktikal dan tak realistik. Bukan maksud tidak ada optimis dalam membina perniagaan tetapi optimisnya tanpa usaha yg praktikal. Grup ni annoying sangat-sangat kalau jumpa. Challenge itu normal dalam business tapi jangan harapan palsu tanpa realiti. Mana ada business tak dak challenge tapi jangan tak realistik.


Saya kalau bertemu ahli perniagaan (minta sponsor atau investment) dan saya tanyakan status businessnya, lalu dalam perbentangan semua dia cerita positif. Tau dah scammer dan tak dak kekuatan minda as Usahawanan untuk menerima struggle dalam membina perniagaan. Nampak sangat bohong semuanya lancar. Tak logik langsung. Kalau semua ok, bank tak perlu wujud dalam dunia ni untuk bagi loan dll. Ni jenis mamat significant semua nak kena nampak cantik. Cerita gegar nampak semua cun. Bohong aih hahaha. Bila nak cerita masalah berasa berat lidah ala-ala maruah jatuh. Akhlak camni tak layak berniaga.


Manusia annoying ni, apabila sampai masa dibentang hujah dan fakta oleh team untuk menutup sebuah perniagaan atau usaha tertentu, dia diam dan tak mahu tutup. Kita tanya sebab apa? Dijawab tanpa fakta, “malu la dengan orang nanti orang kata saya gagal”. Kesannya, dia korek lubang merata untuk meneruskan usaha yg sedia maklum gagal. Usaha ini tidak menjadikan dia berjaya hanya akan menjadikan keadaan lebih parah dan masalah menjadi tidak terkawal.


3) Bagi orang yg ada otak, apabila bertemu Usahawan yg berani menutup perniagaan apabila fakta dan realiti menuntut ia dilakukan, itu kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam mengurus business. Sudah pasti apabila sesuatu business itu ditutup ia datang dari pelbagai faktor sama ada dalaman dan luaran. Faktor itu diambil pelajaran dan diperbaiki di masa hadapan. Perbaiki segala kelemahan yg ada pada diri dan business yg lalu.


4) Bila netizen bersorak keputusan tutupnya business setelah fakta menunjukkan ia perlu ditutup, kita tahu komen sebegitu bukan kategori waras. Walaupun begitu komen-komen yg boleh kita pelajari untuk mengatasi isu dalaman dan luaran kenapa business itu gagal, kita kutip dengan hati terbuka.


5) Ramai yg selalu bangga bila mereka tahu melihat peluang dan memulakan sesuatu perniagaan kemudian mencipta keuntungan. Realiti level itu hanya dianggap bagus, cemerlang dalam perniagaan adalah keupayaan untuk tahu bila untuk menghentikan. 


Bila otak sentiasa dalam mode berani menghentikan sesuatu setelah business bergerak, kita akan sentiasa berhati-hati dan melakukan perkara dengan betul. 


Optimis hanya ketika mencari peluang untuk memulakan perniagaan, apabila sudah menggerakkan perniagaan kena ada mode pesimis supaya kita tidak tenggelam dalam mode syok sendiri dan membinasakan diri kita nanti. 


Melihat perniagaan ditutup apabila ia diperlukan, kita tahu pemilik itu waras, bijaksana dan realistik. Orang sebegini apabila dia mahu mulakan semula sebuah perniagaan di masa depan, rate kejayaan di masa hadapan semakin tinggi. Orang sebegini perlu dimasukkan dalam list calon-calon boleh berjaya di masa hadapan. 


Saya teringat ada seorang “Pelabur”, dia hanya melabur kepada Usahawan yg pernah jatuh terduduk sahaja. Fresh berniaga dia suruh amik duit kerajaan hahah. Dia kata kerajaan depa tak kisah Usahawan gagal dan mereka pun tak kisah jahanamkan duit Negara. Ayat dia ganas tapi pada satu sudut ada realiti.


6) Apapun dari sini juga kita pelajari, populariti bukan indicator kejayaan. Terlalu banyak faktor yg menjadikan satu kejayaan itu sebuah kejayaan. Semua daripada kita pelengkap diantara satu sama lain dan kerjasamalah dalam semua perkara untuk membina manfaat kepada masyarakat, Agama dan Negara. 


Semua kita tak perlu perasan kejayaan berlaku itu berpunca daripada kita secara “solid”. Besar atau kecil sebuah kejayaan ia datang dari pelbagai faktor. Kalau bahasa Hadis “Kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan ada insan yg lemah dikalangan kamu”. Ada simpati daripada Allah dan ihsan orang ramai yg menjadikan kamu berjaya. Bukan sebab kita bijak dan pandai semata.


7) Saya ada temukan beberapa tokoh popular (bukan Ustazah Asma’). Dia kalut nak berniaga sendiri sebab dia rasa kalau buat dengan orang lain, orang tumpang populariti dia dan ambil untung daripada populariti dirinya. Takut kena scam dan tak dibayar setimpal kononnya. Tetapi, apabila gagal, dialah juga manusia paling tak sanggup hadapi masalah dan kesan kejatuhan sebuah perniagaan lebih-lebih lagi kejatuhan reputasi. 


Sunnatullah, Allah menjadikan semua kita memerlukan diantara satu sama lain. Tiada yg sempurna. Jadi tak payah syok sangat tengok orang lain tutup business. Dia jatuh hari ini, esok lusa dia boleh bangun semula. Minda yg seronok tengok kegagalan orang lain, minda ini sampai bila-bila takkan terbangun.


Saya tabik kat Ustazah Asma’ boleh buat live tutup restoren. Kalau orang lain, mau buat diam-diam sahaja. Dia berani setahap ni, cabaran lain dah jadi kecil. Insya Allah, di masa hadapan beliau akan semakin berjaya. 


P/s: Mungkin berkat doa beliau untuk sentiasa tambah rezeki dan beroleh rezeki berkat, dia dah stop business bila perlu. Kalau tak doa, kemungkinan buat tindakan bodoh meneruskan business yg patut ditutup dan hasilnya habis semua rezeki-rezeki yg ada. Doa yg dipohon memelihara dia dan keluarga.