UPSEREY NEPETEY : PRESIDEN PAS TAK PERLU JADI AGENT PROVOCATEUR




1. Eloklah Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang berhenti memomok-momokkan umat Islam di Malaysia serta membenih rasa benci terhadap Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas pembentukan Malaysia.


2. Kenyatan terbaru Tan Sri Hadi yang menuduh Perlembagaan Persekutuan sebagai bom jangka dan anti-Islam adalah satu kenyataan yang sangat tidak sihat. Kenyataan tersebut satu permainan provokasi sepertimana "Amanat Hadi" yang diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. "Amanat Hadi" inilah yang membawa kepada memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.


3. Kenyataan terbaru tersebut yang cuba dikaitkan dengan kes Nik Elin adalah sangat tidak relevan. Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan 16 kesalahan syariah Kelantan adalah ekoran kekhilafan ahli DUN Kelantan yang meluluskan Enakmen berkenaan walaupun jelas bercanggah dengan prinsip perundangan negara.


4. Namun, ini tidak bermaksud undang-undang syariah negeri terbatal. Enakmen syariah masih boleh dikuatkuasakan dan undang-undang Islam boleh diperluaskan di mana ada keperluan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Pemisahan kuasa antara persekutuan dan negeri tidaklah menjadikan undang-undang Islam kelas kedua sedangkan pemisahan ini selaras dengan asas pembentukan dan struktur pentadbiran negara berasaskan prinsip federalisme sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


5. Ingin saya tegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di bawah Perkara 3. Perlembagaan yang sama juga menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang didokong sehingga kini oleh seluruh rakyat Malaysia. 


6. Semua pihak harus menghormati Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin perpaduan di kalangan rakyat dan kestabilan negara. Hakikatnya Islam terus subur dalam negara ini walaupun Tan Sri Hadi terus menerus cuba menyalahkan Perlembagaan Persekutuan. Islam yang menganjurkan kaedah dakwah dengan hikmah tidak lagi menjadi panduan PAS. 


FAIZ FADZIL

23 Februari 2024



USAHA SIA SIA


Parti serpihan Umno, Bersatu akan meminda perlembagaan fasal 10 untuk memberhentikan mana² ahlinya yang jadi wakil rakyat meninggalkan parti akan hilang kerusinya bila dipecat. 


Pindaan itu untuk dikenakan kepada enam orang ahli parlimennya yang telah tinggal parti. Usaha itu dilihat sia-sia saja dan sudah terlambat.


Parti ini nampak sangat tidak cerdik dan tidak tahu mengambil kesempatan. Masa Yang diPertuan Agong minta ditubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH dan BN ditolak, sampai Pas juga ikut terkising kising sama.


Ini nak pinda perlembagaan untuk bertindak ke atas enam waki rakyatnya pula. Usaha itu tidak ubah cuba nak tangkap haiwan liar yang sudah terlepas dari kandung dan sudah berlindung dalam hutan belantara. Sia sia dan merugikan. 


Begitulah kalau pemimpin tidak cerdik dan tidak ikhlas dalam perjuangan. Trims.

MSO



TAK ADA USUL UNDI TAK PERCAYA- DAH LEBIH DARI CUKUP

 

𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 Dewan Rakyat, 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 mengesahkan 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘂𝘀𝘂𝗹 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 yang dibawa oleh ahli dewan untuk persidangan minggu hadapan.


Dalam pada meratib 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 tak sudah, rupanya 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 pun nak bawa usul tu. Maknanya selama ni yang kata cukup jumlah tu 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝘫𝘦 𝘭𝘢 kan?


Aku kesian kan walaun je. Bersungguh percaya 𝗣𝗠𝗫 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗫𝗣𝗠. Rupanya lebai bermimpi di siang hari 𝘫𝘦. Lepas ni tak payah nak sebut 𝙘𝙝𝙪𝙠𝙤𝙥 𝙟𝙤𝙢𝙚𝙡𝙖𝙝 lagi dah 𝘺𝘦? Tumpu pada isu rakyat 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘬. Tapi jangan buat fitnah dan sebar berita palsu 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘬. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NI BUKAN ZAMAN PAS-PN...MASA TU PAKAI DOLLAR BELI BARANG

 

Che Ibrahim


Dulu dulu ramai yang meramal harga ayam akan melambung naik apabila kerajaan apungkan harganya..... Alhamdulillah setakat ni harga ayam Masih bertahan.




MELANCARKAN TUN RAZAK EXCHANGE DAN MENJAWAB SOAL KEJATUHAN RINGGIT

 









Pagi tadi saya meluncurkan Tun Razak Exchange (TRX) sebagai pusat kewangan antarabangsa. Usai menyempurnakan majlis, saya diajukan soalan perihal nilai dan prestasi ringgit saat ini. 


Saya sedar akan kebimbangan rakyat berkaitan nilai pertukaran mata wang ringgit sekarang. Namun, jika dirujuk kepada angka dan asas ekonomi serta instrumen pelaburan, ia ternyata memberi gambaran yang berbeda. 


Kerajaan MADANI telah berjaya menurunkan kadar pengangguran ke paras terendah pasca-pandemik. Kendatipun, Malaysia masih menghadapi kenaikan kos barang, inflasi negara tidak sampai 2% pun pada suku keempat 2023 — sedangkan seluruh dunia masih dihimpit inflasi tinggi sejak pandemik. 


Seperti yang saya kongsikan semalam, Kerajaan MADANI telah meluluskan jumlah pelaburan langsung tertinggi di Malaysia dalam satu tahun kalendar pada tahun lepas, yakni RM329.5 bilion.


Angka ini ternyata memberi gambaran yang kukuh kepada pelabur asing bahawa prestasi dan perencanaan kewangan negara setakat ini berhasil menarik minat pelaburan syarikat-syarikat gergasi dan institusi-institusi kewangan dari seantero dunia untuk bertapak di sini. 


Dengan terluncurnya TRX, ia pasti akan menambahbaik prospek masa hadapan negara.


Saya beriltizam untuk memastikan Kerajaan MADANI akan membawa asas ekonomi kita dan kesejahteraan rakyat ke paras yang lebih tinggi. 


Saya amat berharap agar rakyat umumnya dapat mengikuti perjalanan ini dengan rapat dan menggarap keseimbangan yang cuba diwujudkan Kerajaan dalam menongkah arus cabaran geopolitik dan masalah rantaian bekalan makanan dunia sambil memastikan ekonomi kita kekal mampan dan terarah.  


#MalaysiaMADANI



KATA JENTERA SANA SINI. PROBONO JUGA BUAT KERJA. MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?

 MANA SEGALA MACAM JENTERA KOMUNIKASI KERAJAAN, HANG NI RETI JAGA PMX ATAU TIDAK?


Berikutan tindakan Anwar Ibrahim yang enggan menjawab pertanyaan media mengenai kejatuhan nilai ringgit yang paling rendah dalam tempoh 26 tahun, tetapi kemudian didapati dengan senang hati menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu Azizah di sebuah acara di Melaka, akibatnya berdentam-dentum bak gegak gempita mercun datang hentaman yang menimpanya.


Sejak dua tiga hari lalu, terutama di TikTok, pelbagai bentuk serangan terlihat meriah menghenyak Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan atas isu tersebut.


Di platform media sosial lain, termasuk beberapa podcast, masing-masing turut tidak melepaskan peluang melanyak lagi Anwar atas apa yang terjadi itu.


Hampir semuanya menyalahkan Anwar yang dianggap telah menunjukkan sikap tak sepatutnya dan langsung tidak resah atas kapasiti beliau selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas kejatuhan nilai ringgit yang sedang berlaku.


Selain mengelak soalan dan enggan menjawab soalan media, langkah susulan daripada segi rancangan mengatasinya atau setidak-tidaknya mengadakan mesyuarat, juga langsung tidak kedengaran.


Hakikatnya, dalam isu kejatuhan ringgit ini, tidak ada orang lain yang lebih layak dan paling sesuai memberi pandangan bagi pihak kerajaan, melainkan Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Tambahan lagi dalam konteks Anwar, kedua-dua jawatan berada di dalam rangkulannya.


Dalam semua keadaan itu, dapatan di media sosial jelas mendapati Anwar menerima serangan dan hentaman yang paling teruk sekali sejak beliau bergelar Perdana Menteri.


Persoalannya, di mana segala macam jentara komunikasi dan media pro kerajaan untuk mempertahanlan Anwar?


Sekurang-kurangnya ada dua kelompok komunikasi dan media yang sepatutnya berperanan mempertahan dan melndungi. Anwar dalam hal ini – satu di bawah Menteri Komunikasi dan satu lagi di bawah Unit Komunikasi dan Media PMO sendiri.


Kenapa hampir tiada ternampak usaha mempertahan dan melindungi Perdana Menteri?


Pernahkah kedua-dua kelompok berkenaan mengadakan mesyuarat dan perbincangan untuk membina naratif bagaimana Perdana Menteri harus dipertahan dan dilindungi?


J-Kom yang masih menunggu kehadiran Ketua Pengarah baru pun takkan goyang kaki saja melihat Perdana Menteri dibalun bertubi-tubi?


Atau semua mereka ini tak peduli dan tak kisah pun dengan serangan terhadap Anwar itu?


Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri dahulu, beliau diketahui memang mempunyai jentera media dan komunikasi yang besar, malah difahamkan pembiayaannya juga besar.


Namun, bersama kebangkitan rakyat dan isu-isu yang timbul ketika itu tidak ditepis dengan sebaik mungkin, Najib hilang kuasa akhirnya pada PRU14 lalu.


Selepas kekalahannya, dalam sebuah majlis, beliau secara terbuka menyebut, pasukan media maya yang bersamanya ketika beliau berkuasa dahulu hanyalah “menghabiskan beras” semata-mata.


Anwar baru menjadi Perdana Menteri selama 15 bulan dan sebelum apa yang berlaku kepada Najib itu menimpanya, elok jika beliau dapat segera menjerit kepada segala jentera media dan komunikasi yang ada di kelilingnya sepertimana beliau pernah menempik kepada pemimpin sebelum ini dalam isu kejatuhan ringgit – hang ni reti buat kerja atau tidak? – ShahbudinHusin 23/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/23/mana-segala-macam-jentera-komunikasi-kerajaan-hang-ini-reti-jaga-pmx-atau-tidak.html



AKU RASA ANWAR BUKAN TAK MAU ULAS TULIH PANJANG LEBAR NI. WALAUN BACA TAK FAHAM. DALAM ISTILAH BAHASA...MEMBACA UNTUK MEMAHAMI. TAPI UN BUKAN FAHAM. TU JA...ANWAR AKAN JAWAB LAM DEWAN.

 


ANWAR AKHIRNYA BERSUARA JUGA, INILAH ULASAN BELIAU MENGENAI KEJATUHAN RINGGIT


Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan, situasi ekonomi Malaysia ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998 kerana kedudukan negara ketika ini jauh lebih baik walaupun mata wang tempatan sedang melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pada 1998, selain daripada kejatuhan ringgit, kadar inflasi dan pengangguran meningkat dan tiada pelaburan asing masuk dalam negara.


“(Berbeza) ketika ini, ia perlu dilihat secara keseluruhan, (Malaysia) mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi terus menurun dan kadar pengangguran turut berkurangan.


“(Malah) pertumbuhan (ekonomi negara) adalah berdaya tahan sama seperti negara jiran. 


“Ya, (kejatuhan ringgit) adalah membimbangkan, tetapi kita sentiasa memantaunya dan bernasib baik (ringgit) mengukuh sedikit. Namun, perkara ini turut menjejaskan semua negara lain,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX) yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di sini, hari ini.


Sebelum ini, Anwar dikritik kerana dikatakan enggan menjawab soalan berkaitan ringgit dan sebaliknya menyerahkannya kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjawab.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, pada tempoh hari, maklum balas beliau adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sepatutnya mengeluarkan kenyataan penting mengenai pelaburan dan perdagangan dan Gabenor BNM mengeluarkan kenyataan mengenai ringgit.


“Dan saya dikritik kerana berkata sedemikian. Ringgit ada kesan dia dan saya tidak mahu mengatakan tidak harus dipantau oleh BNM, tetapi eksport itu baik kerana saya jumpa syarikat pengeksport, dia sangat senang tetapi sebaiknya ringgit itu agak terkawal. 


“Tetapi mengapa harus dilihat hanya dari segi ringgit dan dibandingkan dengan 1998, kerana seperti mana yang saya sebut tadi ringgit jatuh, pelaburan jatuh, inflasi naik jadi tidak sama. 


“Sekarang ini, angka terakhir bagi pelaburan kita yang diumumkan semalam selepas mesyuarat Majlis Pelaburan Negara tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia.


“Kalau keyakinan (pelabur) itu kurang kerana ringgit, ia tidak akan ada pelaburan tertinggi ini dalam sejarah.


Dan semalam mesyuarat pelaburan, hari ini (pelancaran) TRX dan petang ini Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan kita akan terus pantau hari-hari termasuk kos sara hidup kerana dalam perbincangan apa pun kita harus beri tumpuan kepada kesan kehidupan rakyat,” katanya.


Setakat jam 12.15 tengah hari ini, ringgit diniagakan pada 4.775 berbanding dolar AS, menurut laman web BNM.


Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1215792/anwar-jelaskan-prestasi-ringgit-tak-boleh-samakan-dengan-keadaan


https://shahbudindotcom.net/2024/02/23/akhirnya-anwar-bersuara-juga-inilah-ulasan-beliau-mengenai-kejatuhan-ringgit.html




INDON BUKAN KALENG KALENG NOW



Ahmad Mursi


Dari sudut purata pendapatan rakyat, Malaysia mengatasi banyak negara ASEAN lain, kecuali Singapura, Brunei, dan Indonesia. 


Dari sudut harga barang keperluan harian, Malaysia adalah antara yang termurah di kalangan negara ASEAN. 


Dari sudut ekonomi, negara kita berada dalam keadaan yang jauh lebih selesa berbanding negara-negara jiran kita. 


Apa yang perlu ialah supaya kita tidak complacent.  Kita perlu lebih resilient. Kita perlu lebih inovatif dan creatif. Kita perlu lebih produktif. 


Apa yang penting ... kerjasama!



𝗠𝗔𝗪𝗟𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗟𝗚𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗗𝗡 - 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔



1) Menurut MDN Mawla yg didakwa cicit Nabi adalah warganegara Algeria. Bermakna dakwaan sesetengah pihak bahawa dia dari Morocco / Maghribi tidak tepat atau mungkin Rakyat Algeria yg tinggal di Morocco? Kita tidak tahu, sehingga pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan kesahihan dakwaan org tentang individu ini.


2) Walau bagaimanapun, 𝗭𝗮𝘄𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗪𝗮𝘇𝗮𝗻𝗶𝘆𝗮𝗵, 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗔𝗪 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗴𝗵𝗿𝗶𝗯𝗶 dalam responnya tentang isu Mawla, telah menafikan dan menyatakan : “Jika dia mengaku dia Wazani, maka dia penipu”. 


3) Tanpa pembuktian yg sah, kita pun tak pasti apa sebenarnya. Namun setakat ini 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗸𝗲𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗵𝗹𝘂𝗹 𝗕𝗮𝗶𝘁 seperti yg didakwa meskipun ada dakwaan terdapat "bukti" oleh "Duam Media"?? Saya setuju Ahlul Bait perlu dihormati, namun saya cukup bimbang dgn ketaksuban melampau. Jika kita larang perkara sebegini nanti dichop "wahabbi" pulak.


4) Polis sedang memantau aktiviti individu ini tapi saya tengok ramai yg sangat taksub dgn Mawla ini? Melihat video-video beliau disambut serupa Raja, diarak, diperagakan utk tontonan, saya terfikir adakah Rasulullah SAW SETUJU keluarga baginda dilayan sedemikian? Jika benar pun individu itu Ahlul Bait, cara sesetengah orang (ramai wanita) memuja muji itu sungguh membimbangkan.


5) 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗳𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪, 𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗥𝗔 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗵𝘂𝗿 : 


“Wahai manusia! Ketahuilah sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Hidup tidak mati”. 


Lalu beliau membacakan ayat dari firman Allah Taala yang bermaksud : “Dan bukanlah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah didahului sebelumnya rasul-rasul. Maka apakah jika sekiranya dia mati atau terbunuh di medan perang nescaya kamu memalingkan tumit-tumit kamu (dari ajaran Islam). Sesiapa yang memalingkan kedua tumitnya (dari ajaran Islam) maka dia tidak memberikan apa-apa mudarat terhadap Allah dan pasti Allah akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur”. 


(𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝟭𝟰𝟰)


6) Manakala menurut MG Flash : Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’, PDRM Pantau Lelaki Mengaku Keturunan Rasulullah (Tonton video MG). Sinar Harian melaporkan : JAIS halang anjur aktiviti melibatkan Mawla Amin.


Wallahualam.


- Zus Din 

23022024



HANG BUTA HATI

 




Nak nampak macam mana kalau mata buta hatipun buta. Macam orang buta, gajah depan mata pun tak nampak. Kita percaya kalau berada sama dalam kerajaan, baru bampak macam si buta bila jamah gajah, baru tahu rupa bentuk haiwan itu.


Cuba tanya Tok Dor Hadi dia kenalkah gajah. Trims.



INTEREST RATE INFLASI BERLAKU

 





Saya baca tulsan Isham Jalil. Dia kata Ringgit jatuh berbanding Euro, Pound, Australia, New Zealand, Singapura, India, Indonesia.


Bila saya check Kadar Inflasi dan Interst Rate, kita paling rendah antara semua negara yang dia sebut.


INTEREST RATE – Malaysia (3), US (5.5), Euro (4.5), UK (5.25), Australia (4.35), New Zealand (5.5), Singapore (3.48), India (6.5), Indonesia (6)


INFLASI – Malaysia (1.5), US (3.1), Euro (2.8), UK (4), Australia (4.1), New Zealand 4.7, Singapore (3.7), India (5.1), Indonesia (2.57).


chart: TradingView



JUALAN MENINGKAT ...

 


Assalamualaikum dari Antarctika. Posting lalu di ice wall saya. 


Kalau ekonomi Malaysia begitu teruk merudum kenapa jualan kereta meningkat gile? 


Boleh sesiapa explain?




MARAH


Mukhlis Eddie


 MARAH !!!


Dah hapuskan kartel ayam MARAH.

Dah hapuskan kartel beras MARAH.

Dah hapuskan monopoli T&G  MARAH.

Dah dakwa Daim & Madey MARAH.

Bagi bonus kerajaan 2k MARAH. 

Tengah kaji naikkan gaji swasta MARAH.

Naikkan BTR MARAH.

Naikkan bantuan Risda MARAH.

Cantikkan jamban anak di sekolah MARAH.

Tak amik gaji MARAH.

Perkasakan enakmen syariah MARAH.




US MULA TURUNKAN KADAR FAEDAH



 Penganalisa jangkakan ringgit akan improve tahun 2024 bila US mula turunkan kadar faedah 5.5% yang tertinggi sejak 22thn..


Ringgit lemah banding USD pun, rakyat belanja sakan, pantang ada tempat viral mesti kena serbu.


Masa cuti akhir tahun, 2billion orang kita belanja di Thailand.




PARA LEBAI DOK PAHANG JUGAK..... MAMPOIH CAM GINI


 Geger gegok lo ni sebutir Kelantan puak tok lebai dok kecek atas masjid/surau, heret pah kedai kopi, di Kelantan lo ni boleh minum arak dah, undang undang minum arak Nik Elin Nik Rashid bbatal dah.....




Rupa rupanya kuat juga pakat bengong habis!!!


1. Wat dibatalkan tu Sek 36, berkaitan mengguna apa apa yang mengkhayalkan seperti pil kuda, dadah, minum ketum, hisap gam, hidu tahi lembu dll. 


2. Larangan minum Arak masih kekal dalam Sek 35 ekjs(I)2019... (Tu pun 10 tahun sekali takdak igat soram pun)


3. Yang bbatal tu Mahkamah Persekutuan, 9 orang Hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimon. Nik Elin hanya jong minta suruh batal jah, kalau mahkamah tak batal, Nik Elin takleh wat apa.