PAS JANGAN LA HABIS MODAI....CUBA CARI YANG NAMPAK GINIUS SIKIT.
Anak Sg Derhaka
LEPAS NI.. APA PULA MODAL PAS?
Pada tahun 2016, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang, mengemukakan pindaan kepada RUU355 sebagai rang undang-undang ahli persendirian.
Pindaan tersebut bertujuan mengenakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan syariah dengan meningkatkan had hukuman maksimum mahkamah syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000, dan 100 sebatan rotan.
Pada masa itu, had tersebut adalah hukuman penjara selama tiga tahun, denda RM5,000, dan enam sebatan rotan.
Pada ketika itu, dilaporkan bahawa PAS berharap untuk mengenakan kod jenayah Islam yang lebih ketat iaitu hudud, tetapi ia telah mendapat tentangan yang kuat dari orang ramai. RUU pindaan kemudian dikemukakan sebagai resolusi untuk memperkuatkan mahkamah syariah.
SERBA SIKIT TENTANG RUU 355
* RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.
* Ketika dibentang dan diluluskan di Parlimen pada 1965, akta itu memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan maksimum denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.
* Kemudian, akta itu melalui dua kali proses pindaan, masing-masing 1984 dan 1989.
* Pada 1984, ia dipinda bagi meningkatkan bidang kuasanya kepada denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi enam kali atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau gabungan ketiga-tiganya.
* Pada 26 Mei 2016, cadangan pindaan akta itu diusulkan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati, namun ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.
* Pada 24 November tahun sama, Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan pindaan kepada usul pertama yang dibuat pada 26 Mei, dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali sebelum usul itu ditangguhkan.
* Ia disusuli pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam oleh Abdul Hadi dan diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkannya ke persidangan berikutnya.
* Kemudian pada 19 Oktober 2022, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Datuk Idris Ahmad memaklumkan, RUU 355 sudah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022, namun tidak sempat dibentangkan susulan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober.
Akhirnya.. pada 18 Februari 2024, di bawah Kerajaan Malaysia Madani, Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar..
NI SEKOQ LAGI WALAUNG TAK CERSIK..BACA TAK FAHAM
Che Ibrahim
Dik... Dalam Islam suci dan bersih mempunyai makna yang berbeza.
Bila disebut suci, maknanya ianya boleh digunakan untuk bersuci, mandi junub dll. Bersih belum tentu boleh boleh digunakan untuk bersuci. air Milo adalah bersih, tapi tidak suci, yakni tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Soal kamu ada liur atau takde liur untuk diminum, itu soal kedua... Dhab, arnab, tupai halal di makan, tapi ramai yang tak mahu makan. Poligami juga halal, tapi ramai yang tak boleh terima.
HABAQ LA MACAMANA PUN. MANA DEPA PAHAM SWMUA NI
La Jo Ir
OPR Masih terendah diasia Tenggara, adakah ATA's dasar sifat peri kemanusian Masih tidak menaikkan Kadar OPR? Semua negara didunia menaikkan Kadar OPR utk mengukuhkan matawang negara mereka..puak-puak khawarij akan Jadi isu retorik politik mereka akibat RM semakin merosot, ibarat ditelan Mati bapa diluah Mati emak, 1 keputusan yang agak sukar untuk dibuat, kalau dinaikkan OPR ramai yang akan terkesan teruk Nanti, tak dinaikkan pentaksub-pentabsub jahil Gunakan untuk memutar belit Kan fakta..
KEDAH LAGU MANA PMX- DEPA KATA OK DAH...SEMUA ELOK.....KALAU PI LOQ SETAQ ,KEPALA PENUH KAKI KETAQ.,
Mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-142 di Putrajaya hari ini.
Mesyuarat ini menyentuh beberapa perkara antaranya melibatkan pembangunan negeri dan kesejahteraan serta ekonomi rakyat.
#MalaysiaMADANI
BAB BOLEH BACA, TAPI BACA TAK FAHAM...TU MENGGELUPUR
𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 (𝘸𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘳?) meroyan di post aku. Walaupun aku tak mention nama pujaannya tu.
Tapi dari komen dia aku tahu dia 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀. Baru baca sikit terus menggelupur. Mungkin sebab tu dia jadi wala pada orang tu sebab jenis tak reti nak guna otak sendiri.
Tak ada pun aku tulis Azhar tak layak jadi ustaz. Cuma aku kata, dia 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗳𝗶𝘀𝗿 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀. Dan aku kata lagi, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸. Dia tak baca aku tulis tu sebab tu dia bangkitkan soal Abu Jahal pun fasih Bahasa Arab.
Point aku pun jelas. Aku tak kritik Azhar tak pandai berbahasa Arab. Tapi aku kritik sikapnya suka kutuk orang lain bodoh sedangkan terbukti 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮.
Azhar ni dikritik sebenarnya 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 sangat pun sebenarnya. Penyokong kerajaan dan PMX dah lama tahu Azhar 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘂𝘀𝘂𝗹 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮.
Kita pun tahu Azhar ni spesis walaun. Lebih tepat, waladi. Dia punya wala kepada Hadi Awang tinggi melangit. Apa Hadi Awang kata 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀.
Hadi kutuk DS Anwar, dia pun kutuk. Hadi kecam DAP, dia pun kecam. Kalau esok tiba-tiba Hadi buang tabiat puji DS Anwar, 𝗮𝗸𝘂 𝗴𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴.
Jadi kita tak heran pun dengan kelakuan Azhar. Tapi yang ada masalah dengan Azhar sebenarnya dari kelompok 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗳𝗶. Iaitu penyokong Dr. MAZA dan Dr. Rozaimi.
Sebab Azhar memang 𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 bila bercakap soal dua orang ulama ni. Dia juga selalu merendah-rendahkan intelek kedua tokoh ini walau mereka berdua 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗵𝗗.
Serangan politik terhadap Azhar bermula ketika 𝗶𝘀𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗞𝗮𝗵𝗳𝗶. Masa tu penyokong PMX dan Salafi bergabung tenaga secara tak rasmi. Sebab Azhar telah 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂𝗶 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀.
Bila keluar video Azhar terpinga-pinga depan Pak Arab ni, memanglah jadi 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 nak kutuk dia sebab 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗵𝗶𝗻𝗮 𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯 tak macam dia.
Satu lagi, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯. Bahkan kebanyakan kitab hadits pun dalam Bahasa Arab juga. Jadi macamana nak kata 𝗱𝗶𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗼𝗸𝗼𝗵 𝘁𝗮𝗱𝗶 kalau Bahasa Arab pun dia tak reti.
Faham? Bukanlah Azhar tu tak boleh jadi ustaz. Boleh je tapi dia 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝘀 daripada pakar hadits yang dua orang tu. Itu je isunya.
𝘞𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘳 ni nak marah aku sangat kenapa agaknya? Aku tak hina Azhar 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗗𝗿. 𝗠𝗔𝗭𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗿. 𝗥𝗼𝘇𝗮𝗶𝗺𝗶 pun. Inilah masalahnya dengan pentaksub. 𝗞𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻. Guane boh?
Raja Gelap II
.
NAK HERAN APA..PECACAI UN&PN NI BUKAN MAU ELOK ELOK...DEPA MAU SEMUA FREE JA....
Ada yang berseloroh, bahkan meremehkan, apabila acap kali saya berkongsi kejayaan Kerajaan MADANI membaiki tandas di sekolah dan kuarters penjawat awam yang sudah lama dibiar bobrok. Namun, saya harus bertanya, apakah Malaysia boleh bangkit maju jika hak manusia paling asas seperti kebersihan dan keselamatan tidak boleh dijamin?
Hatta, tatkala ucaptama saya di Majlis Perasmian The International Conference on Islamic Economics & Finance (ICIEF) tahun ke-15 pada pagi ini, sayugia saya berkata kemajuan dan keberadaan itu tidak hanya boleh diukur dengan statistik dan data ekonomi semata. Pengajaran ekonomi Islam sudah lama menganjurkan pembangunan manusiawi berlandaskan prinsip agama. Justeru apabila Kerajaan MADANI dibentuk, saya mahu memastikan teori dan didikan daripada ekonomi Islam ini dipraktikkan di dalam pentadbiran negara — yakni lebih daripada sekadar dibincang di menara gading dan pelantar akademik.
Kerangka Ekonomi MADANI yang diketengahkan oleh Kerajaan saya bukan sahaja ingin mendambakan pengejaran materialistik dan kecanggihan dunia. Usaha Kerajaan adalah untuk berlaku adil kepada semua, rahmatan lil alamin, waima kaya atau miskin; muda atau tua; Islam mahupun bukan. Itulah mengapa Kerajaan berikhtiar untuk menoktahkan kemiskinan tegar.
Negara tidak boleh maju jika kesenjangan kekayaan kekal ada, hak kemanusiaan dan batil tidak diberi kepada semua, serta keadilan sosial dinafikan kepada sesetengah kelompok. Walhasil, bagi kesejahteraan semua, Kerajaan MADANI akan kekal ikhtiar untuk membawa Malaysia ke paras ekonomi yang lebih tinggi.
#MalaysiaMADANI
MMMM....GITU JUGAK ...
W.Faudzin
Kadang-kadang kita terpaksa terima kenyataan bahawa di pusat pun mereka ramai yang bodoh macam taik pusat.
AMANAH TEMERLOH AKTIF CAKNA PENDUDUK
Serahan Bakul Rahmah Madani oleh Azharie Sulaiman ,Setiausaha AMANAH Kawasan kepada penduduk kampung di Dun Kuala Semantan. Peluang ziarah disamping menyerahkan bakul ini amat bermakna kepada Amanah Kawasan kerana ini lah masanya bertanya khabar dan mendengar pandangan daripada penduduk kampung.
Semoga silaturrahim terus erat dan berkekalan.
#AmanahProgresifPeduli
#pedulitemerloh
#MalaysiaMadani