Serius aku tak faham cara pembangkang ni berfikir.
Kerajaan Madani usahakan beras putih pada harga yang berpatutan, mereka bukan sokong bahkan boleh pula kata tak perlu. Mereka lebih nakkan 𝗸𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 pula. Apa dia ingat rakyat makan kertas?
Dia nak buat isu kekurangan beras tempatan. Padahal 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗹𝗶, kalau bukan beratus kali dijelaskan yang sejak sekian lama beras tempatan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 kerana 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵.
Pengeluaran rendah ni pula disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 jualan, 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 belian serta 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 dalam pasaran kerana rakyat kita lebih suka beras import.
Disebabkan permintaan rendahlah maka banyak tanah tanaman padi 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹 dan 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶𝗮𝗻 seperti yang diakui oleh 𝗞𝗔𝗗𝗔 sendiri.
Selain masalah itu, terdapat 𝗸𝗲𝗴𝗶𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 oleh 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 di mana beras tempatan dicampurkan dengan beras import dan kemudiannya 𝗱𝗶𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁. Ini semua 𝘰𝘱𝘦𝘯 𝘴𝘦𝘤𝘳𝘦𝘵. Pat Mat jual tempe pun tahu. Macamana pemimpin utama PAS boleh tak tahu?
Apa yang kerajaan buat sekarang adalah jalan tengah yang sangat berkesan. Dengan kaedah begini, 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 manakala 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 dengan cara menipu rakyat.
Tapi tetap harga beras naik. Kalau sebelum ni beras tempatan 10kg baru RM26.50. Sekarang naik jadi RM30. Kenaikan sebanyak RM3.50.
Ya betul. Tapi RM3.50 tu untuk 10kg. Siapa dia yang makan sehari 10kg beras? Kalau kata sehari satu kg pun, kenaikan itu cuma 35 sen sehari. Itu pun kalau melantak satu kg beras sehari.
Lagi satu, beras harga RM26.50 tu pun payah nak jumpa dalam pasaran 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹. Sudahnya rakyat kena beli beras import yang mahal juga. Jadi 𝘽𝙚𝙧𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 membolehkan rakyat dapat beli beras pada harga yang paling berpatutan.
Bagi aku senang je. 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗶𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Mungkin bagi PAS lebih penting jaga kebajikan kartel yang kaya raya daripada permudahkan hidup rakyat. Sebab tu dia marah.
Apa yang jelas, 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 dah terbukti 𝗰𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Perkara sebaik ni jangan haraplah akan berlaku ketika PAS dan PN memerintah. Kalau tak, takkanlah banyak kes bunuh diri dan kibar bendera putih masa zaman PN dulu. Guane boh?
Raja Gelap II
.