DULU DR MAZA LA YANG BELA AZHAR IDRUS NI

 



Teringat saya dulu pernah jadi isu besar yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus.


Saya taknak sebut pasal apa.


Cuma saya nak bagitau, Dr Maza antara orang yang bangun pertahankan Ustaz Azhar dalam bab itu serta mengkritik dan mengecam orang yang melakukannya.


Ya... Dr Maza yang awak benci sangat tu.


Dr Maza yang dikatakan "Mufti Boddo" tu.


Tapi "Mufti boddo" itulah yang mempertahankan Ustaz Azhar dengan tegas.


Sebenarnya, perkara ni takkan jadi kalau tak ada orang mula. Awak yang mula, awak yang hina, yang kata. Padanlah kalau kifarah datang sua muka.


Semoga Allah jauhi kita dari sikap yang melampau dalam beragama dan pelihara lisan kita dari buruk berkata-kata.


By : A L K H A I R I Z


"Perunding Hartanah & Harta Pusaka yang bijaksana dan bijaksini."



𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗦: 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝


✍️  Ahmad Mursi


1. Saudaraku ahli PAS, aku nasihatkan ini kerana kasihan kepada kalian.


2. Bebaskanlah diri Kalian dari perangkap ilusi Khawarij yang sangka mereka di atas perjuangan jihad, tapi sebenarnya 'mereka terkeluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya'.


3. Ini bukan penyakit yang diada-adakan, Nabi saw dah ingatkan 1,400 tahun dulu bahawa penyakit ini akan berulang hingga kiamat.


4. Segunung kebaikan yang dibuat, tiada guna sedikitpun bila mula kufurkan mukmin lain.


5. Kalian tak kata 'mung kapir' tapi dengan tuduh 'mung liberal sekular terkeluar dari Islam' itulah Takfiri.


6. Setiap kali kalian sebut perkataan Qazaf, kami tidak rasa dihina, tapi kasihan kerana kalian dibrainwash oleh 'Tok Guru' hingga sanggup lakukan dosa besar masuk ke akaun peribadi kalian yang susah untuk dipadam.


7. Tentulah seronok malukan lawan politik tapi soal maruah peribadi tak sama seperti isu kepentingan awam. Itulah had sempadan berpolitik ikut Islam.


8. Saudaraku ahli PAS, jangan tertipu dengan kelompok asatizah yang petah dan dilihat punyai ilmu, kerana begitulah Ibn Muljam guru Al-Quran zaman sahabat pembunuh Saidina Ali. Di belakangnya beribu-ribu Al-Qura' (ahli Al-Quran).


9. Penyakitnya bukan pada ilmunya, tapi Ghuluw dan Takfirinya.


10. Mungkin kalian tak rasa tersesat kerana dari muda ditamrin, diusrah, dididik dan dibiasakan dengan fikrah itu.


11. Kalian dalam 'bubble' fanatik yang sebabkan kalian buta sudut pandang ilmuan lain. Itu kelemahan kita sebagai manusia dan masih belum terlambat.


12. Dulunya saya seperti kalian. Kader dan berjuang dari muda dalam PAS. Alhamdulillah saya terselamat.


13. Saudaraku ahli PAS, cuba kosongkan dan bebaskan minda kalian sejenak dan tanya soalan ini: Adakah aku sebenarnya di atas jalan kebenaran atau kebatilan?


14. Kalian mungkin terikut-ikut cytro2 Upahan yang tidak lalui tarbiyah seperti kalian. Ratu Naga pun mengaku, hal fitnah dan dosa pun mereka sebar kerana dibayar. Tapi kelian tumpang dan gandakan dosanya itu.


15. Walaupun kita tak setuju banyak perkara hal politik, tapi sebagai mukmin, saya sayang kepada kalian. Biarlah  husnul Khatimah pengakhiran kita semua.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/780119497488108




NAMPAK BILA JAWAB JA NAK SALAHKAN ORANG BODOW JA DIA PANDAI KATA

 

Tular satu lagi video Azhar Idrus. Dia ditanya kenapa kuliyah dilarang di Pulau Pinang tapi acara tarian dibenarkan. Macam biasa, Azhar tanpa ragu salahkan Madani.


Tapi hakikatnya, tidak ada acara kuliyah atau majlis berkaitan Islam yang dilarang di Pulau Pinang. Azhar menjawab suatu yang bukan dalam pengetahuannya.


Sekali lagi Azhar gopoh. Dan sekali lagi, aku melihat kebencian dan kesumatnya terhadap kerajaan dan DS Anwar punca dia gopoh dalam memberikan jawapan.


Apa yang malang, kegopohan Azhar telah menjadi satu fitnah yang dahsyat. Mencipta persepsi seolah kerajaan pusat menghalang dakwah. Sedangkan tak begitu.


Azhar ambil peluang dengan soalan yang ditanya itu untuk kempen politik. Sebab tu aku kata aku lihat dia sekarang lebih sebagai ahli politik, bukan agamawan.


Bila aku tulis begini, bukan bermakna aku persoalkan keilmuannya. Dia mungkin berilmu dalam bab fiqh tapi itu tak menutup hakikat dia gunakan ceramahnya untuk berkempen politik dan mencipta fitnah.


Aku tak tahu bagaimana Azhar ini boleh dibetulkan kerana dia enggan mengaku salah manakala walaun pula sanggup bersekongkol dengan kemungkaran.


Cara terbaik hanya menasihatkan keluarga agar tidak terus percaya apa yang Azhar katakan bagi mengelak terjerumus dalam fitnah yang dicipta. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Mereka semakin gabra...



DESA FM


Satu demi satu, mula dibongkar...


Kalau smpai hujung bln depan, tak dpt ambil alih kerajaan, ramailah yg akan  menjadi penghuni tetap asrama Sg Buloh...


Baru 22 bulan jadi kerajaan, dah belanja RM700 juta utk publisiti... Publisiti apa? 


Bayangkan kalau 5 tahun...Fuhhhh.... Tak tau lah, apa nak jadi. 


Sebab tu, depa benar2 desperade. Walau apa cara pun ..kerajaan perpaduan wajib dijatuhkan.


Dan, Pas yg kononnya memperjuangkan melayu dan Islam.... Pun turut sama bersekongkol dgn 'langkah' ini...


Benarkah ...langkah ini demi agama dan bangsa, atau demi menyelamatkan beberapa kerat pemimpin yg korup, sewenang2nya meratah dana2 dari tabung negara?


Come on la....dah nk masuk tahun baru, tak kan masih nk jadi rakyat yg masih nk 'pajak otak' kpd segelintir pemimpin pengkhianat amanah rakyat?


Berpolitik pun... 

Agak2 la....


🙄🙄🙄🙄🙄



SAYA TIDAK LAGI BERSAMA JK FATWA NEGERI P.PINANG



 Mulai 1 Januari 2024, saya bersama semua ahli JK lama tidak terlibat lagi dengan JK Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi sesi baharu.


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SS Dato' Seri Mufti atas kepercayaan melantik saya/kami sebagai salah seorang JKF pada 2020 sehingga 31 Dis 2023.


Juga terima kasih kepada SF Timb Mufti, SU Fatwa dan semua urusetia JMNPP atas layanan kepada semua JKF.


Saya ingin memohon kemaafan atas salah dan silap atas ucapan dan tindakan yang tidak sepatutnya sepanjang berkhidmat sebagai JKF.


Semoga Allah SWT memperkukuhkan DS Mufti dengan barisan JKF baharu yang lebih segar, energetik dan efektif bagi penghasilan fatwa yang bernas dan tepat untuk umat Islam Pulau Pinang.


Insya Allah, kami sentiasa berhasrat utk membantu jabatan Mufti dalam kerja² penyelidikan bersama mantan JKF lain Insya Allah.


Diharap Prof. Dr Irwan Bin Mohd Subri dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. 


Yang benar,


Dr. Mohd Hapiz Bin Mahaiyadin, AMK.

UiTM Shah Alam.

1.1.2024




BEKAS PM BAKAL DISIASAT SPRM

 

Shahbudin Husin


Jeng Jeng Jeng…nampaknya ada lebih daripada seorang bekas PM bakal mengadap SPRM…



MAHATHIR BERLAKUN LAGI

 W.Faudzin.





Solidariti Palestine mlm tadi di hadapan kedutaan US khabarnya didatangi oleh seorang bekas pemimpin yang telah memenjarakan beberapa orang pemimpin Pas ketika itu yang berdemontrasi menentang pasukan kriket Israel.  Pemimpin itu juga sewaktu berkuasa, mengizinkan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Malaysia sehinggalah PMX menamatkan kebenarannya.  Malam tadi, lakunannya berjaya.




NAFI KHABAR ANGIN, SPR TEGASKAN TIADA PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merancang untuk melaksanakan urusan kajian semula persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah, berikutan lat tempoh yang masih berkuat kuasa.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.


Beliau berkata urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.


“Bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada 2018, manakala bagi Sarawak dan Sabah masing-masing pada 2015 dan 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Abdul Ghani berkata sesuatu syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri oleh SPR, serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.


Beliau berkata SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkan perlu, bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri berlandaskan prinsip dan tatacara ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.


Prinsip berhubung persempadanan pilihan raya antaranya ialah kewajaran memudahkan semua pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri, serta mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu, bagi pendaftaran dan pengundian.


“Bilangan pemilih yang lebih kurang sama banyak bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan kesukaran lain yang dihadapi bahagian pilihan raya di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan dan perhatian kepada pemeliharaan hubungan tempatan,” katanya.


Sumber – Bernama


https://shahbudindotcom.net/2024/01/01/nafi-khabar-angin-spr-tegaskan-tiada-persempadanan-semula-kawasan-pilihan-raya.html



DAP dan masalahnya.







1. Aku sebenarnya malas nak tulis benda ni. Bila tulis kang, orang kata backup DAP. 


2. Tapi sebagai penulis, pemikir, penganalisis politik yang dilantik oleh diri sendiri, aku sebenarnya bebas nak tulis apa pun. Aku tidak terikat dan tidak perlu menjaga kepentingan mana-mana pihak.


3. Aku lebih rasa nak menulis benda ni bila ada yang main kempen nak haramkan DAP. Atas alasan yang tak jelas. Hanya main sentimen.


4. DAP dikatakan memperjuangkan negara Sekular. Benda ni aku dah jawab, boleh rujuk sini.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6594606707274110&id=100001745393116&mibextid=2JQ9oc


5. Jadi sebenarnya perjuangan DAP untuk negara Sekular itu tidak salah dari segi undang-undang,  kerana itu lah yang kita amalkan dan diputuskan oleh mahkamahPersekutuan. 


Begitu juga perjuangan PAS untuk negara ISLAM,  tak salah sebab Malaysia, agama Persekutuan nya adalah Islam dan Malaysia berpotensi menjadi negara Islam dengan lebih baik.


Kedua-duanya, negara Sekular atau Islam akhirnya adalah ditentukan oleh pengundi atau rakyat. 


Tapi jangan keliru, rakyat tolak PAS bukan sebab tolak Islam, tapi tolak Islam versi PAS.


Rakyat terima DAP bukan sebab setuju semua dasar mereka, tapi isu lebih besar seperti bab keadilan, reformasi sistem dan tatakelola. 


6. DAP mahu hak sama rata setiap rakyat Malaysia?


Ini pun bukan satu kesalahan,  walaupun Perlembagaan Persekutuan sendiri mengamalkan diskriminasi tertentu seperti hak Istimewa tertentu kaum Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak. 


Sama macam PAS nak buat negara Islam dan undang-undang syariah, Perlembagaan setakat ini, tidak membenarkan. 60 tahun pemerintahan dibawah orang Melayu pun, masih tak buat undang-undang syariah, kerana Perlembagaan tidak membenarkan dan tiada usaha meminda Perlembagaan itu. Pokoknya ialah tiada keinginan politik. Malah masa PAS dalam kerajaan 33 bulan pun, bukan pinda Perlembagaan,  pinda akta pun tak mampu buat untuk naik taraf mahkamah syariah. 


Kembali kepada hak sama rata, ianya adalah perkara yang baik, dan tidak bercanggah pun dengan agama Islam. Namun dalam konteks Malaysia, ia memerlukan kepada kesediaan orang-orang Melayu itu sendiri.


Selagi orang Melayu tidak bersedia dan menerima, maka selagi itu pasaran politik DAP tidak diterima dikalangan orang Melayu,  maka terpulang pada DAP sendiri. 


Setakat ini DAP lebih memilih untuk tidak bercakap soal ini, walaupun Perlembagaan parti mereka masih tertulis. Malah setiap kali pilihanraya, DAP pasti akan tandatangan setuju untuk mempertahankan beberapa peruntukan penting Perlembagaan termasuk hak Istimewa Melayu dan Bumiputra. 


Selain itu....kena faham juga Real politic dalam isu ini dan keperluan kepada majaroti di Parlimen. Jadinya walaupun ada cita-cita, tanpa kuasa mutlak di Parlimen,  pastinya tidak berlaku. Setakat hari ini dan mungkin 50 tahun akan datang pun, DAP pasti tidak mampu untuk mendapat kuasa tunggal.


7. PM dari bukan Melayu. 

Ini telah aku ada tulis disini.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6986631298071647&id=100001745393116&mibextid=2JQ9oc


8. Mewujudkan pilihanraya PBT.


Pilihanraya PBT sebenarnya satu yang bagus. Sebab rakyat dapat akses terus dari wakil yang mereka pilih untuk isu Perbandaran yang sering berlaku seperti masalah jalan, longkang, pokok dll yang sebenarnya bukan tugas seorang ADUN apatah lagi Ahli Parlimen. 


Tapi, pilihanraya PBT di Malaysia ni dah jadi isu perkauman,  sebabnya kaum yang menguasai bandar terdiri ramainya dari orang Cina. Jadi takutlah cina ni akan kuasai pentadbiran bandar dan jadi Datuk bandar.


Pilihanraya PBT juga dikatakan antara punca tragedi 13 Mei.


Akhirnya 47 lalu, pilihanraya PBT dibatalkan. Ahli Majlis adalah dilantik hasil rundingan parti politik pemerintah. Bukan dari rakyat.


Aku kira selain DAP, PKR juga senada soal pilihanraya PBT. PKR tidak menolaknya, sebaliknya memperjuangkannya. Bekas Ketua Wanita PKR  semasa menjawat sebagai Menteri KPKT konsisten untuk melaksanakan pilihanraya PBT. 


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/597089/kpkt-sasar-3-tahun-lagi-laksana-pilihan-raya-pbt


Namun semasa zaman PN, Zuraida yang kekal menjawat Menteri KPKT, memaklumkan yang kerajaan PN tidak akan melaksanakan pilihanraya PBT. 


https://www.sinarharian.com.my/article/95400/berita/nasional/pn-tidak-akan-laksana-pilihan-raya-kerajaan-tempatan-zuraida


Namun baru-baru ini, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan membangkitkan semula cadangan pilihanraya PBT, sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. 


Pada aku cadangan Tan Kok Wai ini relevan, khususnya pilihanraya PBT di Kuala Lumpur. 


Kita perlu ingat bahawa Kuala Lumpur adalah bandar besar yang terpisah dari Selangor selepas tragedi 13 Mei.


Setelah menjadi Wilayah Persekutuan, KL hanya ada perwakilan di peringkat Parlimen. Tiada ADUN.


Walaupun ada ahli majlis lantikan, pastinya tidak sama, dan tanggungjawab juga tidak sepenuhnya jika dipilih dari pilihanraya. 


Malah Tan Kok Wai juga menyebut, tiada cukai tanpa perwakilan. Yang bermaksud cukai pintu yang dikutip oleh Majlis atau DBKL itu sewajarnya diikuti dengan hak rakyat KL memilih wakil mereka sendiri.


Namun sayangnya cadangan ini ditutup rapat dengan isu perkauman.


Soal rakyat, demokrasi dan keberkesanan pentadbiran dibiar begitu sahaja akibat ketololan perkauman menebal dan keghairahan menjadikan DAP sebagai punching bag.


9. Yang terbaru AP Bruas, Ngeh Koo Ham mencadangkan agar pakar bukan Islam dilantik dalam JK Kompetensi Undang-undang Syariah.


Maka ramailah membantah. DAP sendiri, melalui Setiausaha Agongnya  Anthony Loke turut menolak cadangan tersebut dan menggangap Ngeh Koo Ham sebagai terkhilaf. 


Walaupun cadangan ini dianggap melampau dan mencampuri agama Islam, tapi aku seakan memahami akan cadangan tersebut. 


Ia berkaitan pertembungan mahkamah syariah dan sivil seperti perebutan mayat

 https://m.malaysiakini.com/news/265475 


dan anak

 https://malaysiagazette.com/2017/05/11/tribunal-khas-selesai-hak-rebut-anak-ibu-bapa-lain-agama/


Mungkin trauma itu dan mewakili suara bukan Islam yang membuatkan Ngeh Koo Ham memberikan cadangan tersebut. 


Aku fikir, kita boleh sahaja menolak cadangan tersebut dengan baik, berbanding menutupnya dengan sentimen agama. Yang menyebabkan otak tidak dibenarkan berfikir waras.


Namun aku juga faham, jenama DAP ini telah terlalu buruk pada pandangan kebanyakan orang Melayu. 


Malah setiap tindakan DAP itu walau sebaik mana pun dianggap beragenda jahat dan lakonan semata.


10. DAP kena berubah. Pemimpin dinasor DAP kena berubah. Real politic Malaysia setakat ini, khususnya orang Melayu masih tidak boleh menerima apa-apa campur tangan dan pandangan DAP berkaitan Melayu dan Islam.


Aku yakin Anthony Loke mampu bawa DAP ke arah lebih baik. Maka pemimpin dinasor DAP yang lain kena beri ruang dan peluang kepada Anthony untuk buat yang terbaik.


11. Kepada semua pemimpin politik dan parti politik, kembalilah kepada tujuan asal kita berpolitik.


Iaitu untuk membantu meningkatkan kesejahteraan negara kita, untuk membantu rakyat dan mewujudkan keadilan. 


Walau sebaik mana agenda kita, agenda bumi dipijak wajib kita jaga dan sedia toleransi agar agenda baik yang lain tidak terbubar sayu.


Hentikanlah polimik perkauman dan agama.


Jangan jadikan ia sebagai senjata dalam peperangan kita. 


Jadikan kestabilan, kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan ekonomi  sebagai agenda besar kita bersama.


Siapa pun yang naik, siapa pun yang memerintah, pastikan agenda besar itu diperjuangkan.


*aku tulis ni dari tahun 2023, 2024 baru siap.


Terima kasih.

 

 Muhammad Fairul Al Qasas

Jengka



SAYA TAK DAK DUIT..GAJI SAYA JA ADA..KATA MAHATHIR




 Mahathir kata dia tak curi duit rakyat. Boleh periksa akaun dia. Berapa je harta dia ada.


Mungkin betul tak ada banyak duit dalam akaun dia. Tapi sebab dia tak bodoh. Bukan sebab dia tak curi.


Tapi tak apa. Kita bukan nak penjarakan Mahathir. Kita cuma nak dapatkan semula duit rakyat.


Duit tu tak semestinya ada dalam akaun Mahathir tapi mungkin juga ada dalam akaun anaknya.


Jadi kita tunggu sajalah agensi berkenaan buat kerja mereka. Kalau tak bersalah, apa mereka nak risaukan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KALAU ADA MP TARIK SOKONGAN TAK SALAH MAKA YANG SOKONG JUGA TAK SALAH.

 



Ini kelakar. Ada pemimpin Bersatu kata tindakan MP tarik balik sokongan terhadap PM tak boleh dianggap khianat kerana dibenarkan oleh perlembagaan.


Ok. Kalau macam tu tindakan MP Bersatu sokong PM bukan khianat la kan? Macam dia kata, setiap MP berhak nak sokong siapa yang mereka suka. Dah tu kenapa meroyan hari tu?


Boleh tu memang boleh. Tapi nak buktikan PM hilang sokongan cuma dengan undi tak percaya. Kena buat usul di parlimen dulu baru boleh cerita tentang ini.


Sebab sekarang dah ada Akta Anti Lompat Parti. Tak boleh dah sesuka hati nak kumpul SD dan persembah kepada YDP Agong. Melainkan kalau DS Anwar letak jawatan.


Barang diingat juga ada MoU di kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Mana-mana MP yang mengundi perkara yang boleh memberi kesan pada keabsahan kerajaan, dia akan dikira telah mengosongkan kerusi.


Bermakna, kalau ada undi tak percaya dan ada antara MP kerajaan sokong undi tersebut, maka kerusi MP itu dikira telah dikosongkan dan PRK akan diadakan.


Selain itu, MP yang tinggalkan parti akan perlu bayar RM10 juta (Keadilan) dan RM100 juta (UMNO). Bukan kecik anak punya duit tu. Ada yang sanggup bayar ke?


PN ni cukup-cukuplah cakap soal tebuk atap tu. Cuba jadi MP yang bertanggungjawab. Parlimen PN banyak masalah sekarang ni. Cuba tumpu pada rakyat.


Ini tak. Tak habis cerita pasal kuasa. Rakyat parlimen sendiri kena banjir dia tak peduli. Kalau macam ni perangai, hancur negara. Cukup la wei. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.