WOIII MAT JARGON.,NI APA MACIAM ?

 

Apa komen Wan Ahmad Fayhsal eh? Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.

KAH..KAH..LEBAI MEMANG SUKANBUAT PERSEPSI








 Ini ke pemimpin PAS yang hebat tu? Setakat baca tajuk je? Patut la walaun pun macam tu perangai.


Bila dengar cerita ada kandungan diturunkan, gelabah habis. Terus kata kerajaan sekat kebebasan bersuara. Nampak sangatlah dia sedar memang parti dia pakar buat fitnah.


Sedangkan kenyataannya, kandungan yang diturunkan itu adalah yang berkaitan dengan penipuan. Scammer. Sejak bila PAS jadi pelindung scammer? Atau lebai pun scammer?


Nampaknya politik PAS penuh sampah. Demi politik, rela rakyat jadi mangsa scammer. Macam tu ke?


Bukak TikTok, tengok FB, berderet kandungan fitnah oleh lebai dan walaun elok je tersebar. Tak kena sekat pun. PapaGomo siap fitnah DS Anwar kena ADIS lagi. Tak bebas lagi?


Kenapa teruk sangat otak pemimpin PAS ni? Patutnya bila dapat berita ni, periksa dulu kandungan apa yang diturunkan tu. Bukannya terus menyalak. Kan dah jadi malu sendiri!


Begini taraf pemikiran lebai? Baca berita pun tengok tajuk je. Patutlah negeri yang lebai tadbir jadi mundur. Sebab lebai pun berotak kundur. Mujur aku bukannya walaun. Kalau tak malu ada pemimpin kartun yang macam ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BERANIKAH PN BERJANJI AKAN PINDA PERLEMBAGAAN JIKA BERKUASA, MALAH MULA MELETAKAKKANNYA DALAM MANIFESTO PRU16?


 Isu perlu atau tidak meminda perlembagaan bagi memastikan orang Melayu saja menduduki jawatan Perdana Menteri, menuding jari kepada pihak lain untuk melakukannya bukanlah suatu bentuk penyelesaian yang munasabah.


PN misalnya, mereka tidak perlu menggesa PH melakukan pindaan tersebut kerana gesaan itu jelas difahami berniat jahat dan tidak ikhlas.


Lagi pula, pendirian PH dan lain-lain parti ialah mereka mahu peruntukan sedia ada dikekalkan iaitu sesiapa saja boleh dan berhak menjadi Perdana Menteri.


Tetapi, berserta kefahaman dan kesepakatan, dalam masa yang sama mereka yakin bahawa berdasarkan orang Melayu merupakan penduduk majoriti negara ini, orang Melayu tetap merupakan pilihan utama untuk menjadi Perdana Menteri.


Bermakna, tidak perlu dipinda perlembagaan atau diwajib-paksakan perkara tersebut.


Penyelesaian melalui persefahaman, kesepakatan dan saling memahami adalah bentuk yang lebih harmoni dan itulah yang berlaku selama ini.


Tambahan lagi, sudah 15 kali PRU diadakan di negara ini, tidak pernah terpacul nama bukan Melayu ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri.


Jadi, kenapa kita perlu kecoh dan kelam-kabut?


Dalam hal ini, kiranya PN sepertimana kenyataan beberapa pemimpinnya benar-benar mahu hanya orang Melayu saja boleh jadi Perdana Menteri, adalah lebih baik mereka sendiri yang memperjuangkan perkara itu mulai sekarang.


Kalau mereka mahu perkara itu menjadi kenyataan, merekalah yang mesti memperjuangkannya.


Contohnya, mereka hendaklah mula menabur janji mulai sekarang bahawa jika PN berkuasa atau berjaya memerintah negara suatu hari, maka pindaan itu wajib akan dilakukan.


Dalam PRU16 akan datang, perkara meminda perlembagaan untuk memastikan Melayu saja boleh jadi Perdana Menteri itu pula mesti diletakkan sebagai manifesto utama dan tunjang dalam semua gerakan kempen yang dibentangkan kepada pengundi.


Jika rakyat atau pengundi memberi sokongan, sudah barang tentu PN akan senang-senang beroleh kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam PRU16 akan datang bagi membolehkan pindaan tersebut dilakukan.


Soalnya, beranikah PN berbuat demikian? – ShahbudinHusin 16/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/16/beranikah-pn-berjanji-akan-pinda-perlembagaan-jika-berkuasa-malah-meletakkannya-dalam-manifesto-pru16.html




TU NAMA DIA PIANG...KIOK..

 

Pengacara Tarmizi Mizi


NAK KATA TAK PANDAI MENGAJI SAMPAI U NAK KATA TAK CERDIK TAPI JADI MB. PERKARA SIMPLE MACAM NI PUN TAK BOLEH NAK NILAI

# hang bodo

# kepala bapak hang




𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗞𝗢𝗧𝗔𝗞 𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜, 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡. 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗘..!! 👍👏





1) Cuba anda baca FB posting terbaru YB Rafizi Ramli smlm bertajuk 𝗬𝗕𝗠 = 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Saya setuju dengan "𝗘𝗫𝗣𝗘𝗥𝗜𝗠𝗘𝗡𝗧" yg mahu dilakukan beliau ke atas para walargon, walaun & untit yg dok bising memfitnah, mencarut dan mengutuk-ngutuk beliau di SocMed.


2) Nampak simple, tapi bagi saya ia pemikiran di luar kotak, TABIK YB Rafizi Ramli kerana sanggup "turun padang" menangani sendiri 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁. Kita pun faham Rafizi sangat benci dengan 𝗱𝗼𝗸𝘁𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 sbb ia adalah "𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙨𝙪𝙡𝙩 𝙩𝙤 𝙊𝙪𝙧 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙡𝙞𝙜𝙚𝙣𝙘𝙚". Meskipun ia bukanlah dalam tujuan mereka dijemput, di sini walargon, walaun & untit 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 menyatakan rasa tidak puashati, mengutuk dan memaki hamun secara bersemuka dan dirakam secara online. JIKA mereka BERANI lah, seperti mana yg mereka lakukan dlm content akaun TikTok mereka.


3) JUJURnya saya sangat suka dan setuju dengan usaha Rafizi ini dan diharap Menteri-menteri yg lain turut berani mengambil pendekatan yg sama terhadap "haters", walaun & untit kaki kutuk, fitnah dari pihak 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮. Pada saya, cara sebegini sebenarnya punya matlamat yg baik seperti yakni 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 supaya lebih bertanggungjawab terhadap FITNAH, caci cerca, maki hamun yg mereka tularkan di SocMed terutama TikTok. 


4) Sbb itu dalam borang jemputan berkenaan walargon, walaun & untit diminta memasukkan maklumat / data peribadi agar tidak lagi boleh berselindung di sebalik FAKE ACCOUNT atau Digital ID yg PALSU. Saya juga biasa mnengkritik YB Rafizi Ramli dan DS Saifuddin Nasution Ismail serta mesti bertanggungjawab atas kritikan saya. Tapi perbezaannya ialah mereka tahu siapa saya dan saya tidak perlu sembunyikan identiti. 


5) Sebaliknya, cara Rafizi ini adalah utk menguji sejauh mana walargon, walaun & untit yg tidak dikenali beliau ini BERANI bertanggungjawab atas kritikan mereka sambil mendedahkan identiti serta data peribadi mereka. Dalam erti kata lain, nak kritik boleh, "𝗯𝗲 𝗮 𝗴𝗲𝗻𝘁𝗹𝗲𝗺𝗮𝗻" atau anak jantan.


6) Pengalaman saya yg sering dimaki hamun dan dikapiarqkan oleh walaun dalam whatsapp, messenger dan SocMed seperti FB, bila saya berdepan dengan walaun yg cabar utk bertemu, walaun tak berani maki hamun dan kapiarqkan depan muka saya dgn ada saksi apabila saya benar-benar sahut cabaran walaun utk berjumpa. KUNUNnya dia mahu "luku" kepala saya. TIDAK. Walaun TIDAK BERANI maki depan muka saya. Saya kira Rafizi sangat faham tentang ini, sebab itu beliau jemput walaun PEMBANGANG utk berdiskusi, berwacana atau mungkin berdebat dengan beliau. dalam Podcast.


7) Cuba baca apa yg ditulis oleh Rafizi dalam postingnya smlm di : YBM = Yang Bakar Menteri 

Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=924469779048385&id=100044561133929&mibextid=Nif5oz

Saya suka apabila Rafizi menulis di para 7 hingga 10. Akhirnya beliau kata : 𝗘𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗣𝗡 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗬𝗕 𝗩𝗶𝗿𝗮𝗹.


8.) Ini bermakna akan ada lagi Eksperimen seterusnya ke atas para walargon, walaun & untit kaki kutuk, fitnah dan maki hamun PMX dan Menteri di TikTok atau mana-mana platform SocMed. Buat walargon, walaun dan & untit, BERSEDIAlah untuk dijemput dan menunjukkan 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡𝗔𝗡 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗧𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗮𝗻𝗱𝗮 dihadapan Menteri. Cuba le maki hamun depan muka Menteri dan dirakamkan secara live di SocMed. Ada bran??


Jika berasa hybat la, tak gitew?? 🤣


- Zus Din 

16122023



ANTARA KESALAHAN JENAYAH, MORAL DAN KESALAHAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH








Che Ibrahim


Hari ini geger gegok pakar pakar perundangan persendirian yang ngaji tak habis dan tak faham apa apa pun tentang perundangan negara mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan peruntukan menggoda isteri orang sebagai satu jenayah. Kononnya Malaysia Madani telah menghalalkan perbuatan goda isteri orang, tidak boleh lagi didakwa di mahkamah!!! 


Ambo nak sebut dalam undang undang, bukan semua kesalahan moral dianggap satu kesalahan jenayah sebagaimana ada perbuatan yang dianggap mulia di sisi manusia, tetapi ianya merupakan satu kesalahan jenayah di segi undang undang. 


Berlagak bodoh adalah satu kesalahan tidak bermoral, tetapi ianya bukan satu jenayah. Fitnah dan tuduhan jahat walaupun bagi sesetengah puak dianggap satu keperluan demi survival politik, namun ianya satu kesalahan di segi moral dan undang undang. 


Dalam agama Islam pun, bukan semua maksiat adalah jenayah sebagaimana bukan semua kesalahan jenayah adalah maksiat. Kahwin poligami adalah satu sunnah, tetapi ianya merupakan satu jenayah syariah jika dilakukan tanpa kebenaran isteri pertama atau mahkamah. 


Tidak membayar nafkah anak, isteri dan ibubapa adalah satu dosa, tetapi ianya tidak dianggao satu jenayah selagi tidak ada perintah mahkamah dan melanggar perintah tersebut. Maknanya melanggar perintah Allah dengan tidak membayar nafkah bukan satu jenayah wpun ianya satu dosa kecuali melanggar perintah mahkamah berkaitan bayar nafkah, baru dianggap satu jenayah. 


Zina dan derhaka kepada ibu bapa adalah antara dosa dosa besar, namun ianya tidak diperundangkan sebagai satu kesalahan jenayah mengikut undang undang negara... Setakat ni walaun tak bising lagi!!! 


Lebih menghairankan ambo lagi, dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan, ada berbagai peruntukkan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang spt kesalahan mengganggu rumahtangga (Seksyen 24), memujuk lari isteri orang (seksyen 27), gangguan seksual (seksyen 31) dan banyak lagi. 


Apabila pakar pakar undang undang separuh mahir ini mendakwa Malaysia Madani telah menghalalkan perbuatan goda isteri orang, maka sekaligus mereka telah tidak mengiktiraf dan memperlekehkan undang undang syariah yang selama ini mereka amat menyanjungnya apabila dicabar oleh Nik Elin Nik Rashid 


Heran ambo gat dengan otak puak dia....ada ke takdak???



HABIS DERHAKA MAKBAPAK GUANE

 

Mohd Nuri Mat Yaakub maaf ambo nak tanya;


Che Ibrahim


1. undang undang tak kata pun Zina, derhaka kepada ibubapa adalah satu kesalahan jenayah, adakah maknanya Zina Dan derhaka kpd kedua ibubapa adalah dihalalkan oleh kerajaan madani?


2. Dlm undang undang sebelum ini, goda isteri orang adalah jenayah, tapi isteri orang goda suami orang bukan jenayah.. adakah ini bermaksud isteri orang dihalalkan goda suami orang???



MAKNA ISTIDRAJ ( الاستدراج)


Che Ibrahim






Petang ni anak beranak ambo dok geger pasal makna istidraj, ambo pun korek korek semula ilmu yang sudah lama ditinggalkan. 


Istidraj ni kalau ikut syarah orang alim, dia kata wat Allah balas atau kenakan azabnya secara beransur ansur, bukan serta merta atau sekaligus. Setiap kali mereka lakukan dosa, Allah tak tarik nikmat mereka, sebaliknya Allah semakin beri koho banyak, dan dalam masa yang sama Allah lalaikan mereka, lupa untuk bertaubat, kemudian Allah kenakan kepada mereka balasan atau azab sedikit demi sedikit sebelum dikenakan secara menyeluruh.


Istidraj ini Allah beri belaka samada kafir atau Muslim, mereka hidup dengan kaya raya, boleh belaka apa yang mereka mahu....duit, kuasa, pangkat dsbnya sehingga mereka menjadi takbur dan hagah, dalam masa yang sama Allah semakin lalaikan mereka sehingga terjerumus dalam situasi yang mustahil untuk diselamatkan, lalu akhirnya dengan tidak disangka sangka, Allah turunkan bala ke atas mereka.



MENGGODA ISTERI ORANG ADALAH PERBUATAN TIDAK BERTAMADUN DAN HUKUMNYA ADALAH HARAM




1. Islam mengharamkan lelaki meminang seorang perempuan yang berada dalam edah secara tasrih (jelas) sama ada talak raj'ie, bain atau kematian suami.


2. Sekiranya perempuan itu dalam edah talak raj'ie, adalah haram seseorang lelaki cuba meminangnya dengan cara tasrih atau kiasan. Ini kerana perempuan itu masih dianggap milik suaminya dalam ertikata beliau boleh merujuk isterinya pada bila² masa. Hal ini berdasarkan ayat :


وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلاحا) (البقرة : 228)


3. Jika berada dalam edah baain dan kematian suami, syarak membenarkan perempuan itu dipinang secara secara kiasan dengan menggunakan lafaz² yang menunjukkan keingin bernikah secara jelas. Keharusan ini dinyatakan dalam ayat :


وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ (البقرة : 235) 


Rumusan daripada penjelasan di atas, perempuan² yang bersuami termasuk dalam kategori mereka yang diharamkan kawin (المحرمات من نكاحهن) dan dipinang oleh mana-mana lelaki ajnabi.  Sekiranya semasa edah raj'ie pun haram, apatah lagi jika perempuan itu masih bersuami. Para ulama seperti Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan perbuatan menggoda isteri orang merupakan maksiat paling keji (اقبح المعاصي).


Jika perkahwinan yang baik itu pun diharamkan apatah lagi menggoda atau mengoratnya untuk tujuan melakukan zina sudah pasti hukumnya lebih berat. Perbuatan seperti ini bertentangan dengan maqasid syariah yang menjaga kemuliaan nasab dan keharmonian institusi kekeluargaan.


Lelaki yang sengaja mengahwini perempuan dalam edah adalah tidak sah dan wajib dibubarkan menurut ijmak ulama sehingga edahnya tamat. Namun untuk dia berkahwin semula selepas habis edah, majoriti ulama  membenarkan mereka berkahwin. Ini pendapat jadid Imam al-Syafie. Menurut pendapat Imam Malik, satu riwayat Imam Ahmad dan qawl qadim Imam Syafie, pasangan tersebut tidak boleh berkahwin semula selama-lamanya sebagai hukuman keras kerana tergesa² memperolehi sesuatu sebelum tiba masanya berdasarkan kaedah من استعجل شيئا قبل اوانه عوقب بحرمانه.


Sehubungan perkara di atas, undang-undang (Seksyen 498 Kanun Keseksaan) pada zaman penjajah yang menjenayahkan perbuatan mana-mana lelaki yang menggoda isteri orang lain adalah lebih menepati hukum Islam berbanding keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskannya sebagai tidak berpelembagaan kerana disifatkan sebagai suatu diskriminasi ke atas wanita.


Walaupun asal muasal undang² kita dibuat oleh British, janganlah sampai hilang akal untuk tafsirkan semua peruntukan itu seolah² negara Malaysia kita ini bukan negara Islam. Undang² adalah buta, maka para hakim berikanlah petunjuk yang benar.


Institusi kekeluargaan di Malaysia termasuk dalam kalangan bukan Islam akan huru hara jika isteri orang boleh diajak berzina sesuka hati!


Dr HK

16.12.2023



PMX TIBA DI JEPUN.

 



Alhamdulillah, saya dan Azizah tiba di Tokyo malam tadi untuk lawatan kerja sulung di Jepun untuk menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun bersama-sama rakan pimpinan lain.


Seraya disambut oleh Duta Besar Malaysia Ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan Naib Menteri Luar Jepun Yasushi Hosaka, saya sempat bertegur sapa dengan warga kedutaan selain staf lokasi penginapan.


Sepanjang lima hari di negara matahari terbit ini, saya turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida, dan disusuli perjumpaan dengan ketua-ketua eksekutif syarikat korporat gergasi dan pemimpin-pemimpin industri.


Tidak lengkap juga lawatan ini jika tidak bertemu dengan diaspora Malaysia dalam satu pertemuan yang diatur nanti.


Mohon dititipkan doa agar semua yang dirancang berjalan lancar sebaiknya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗠𝗘𝗠𝗚 𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞 𝗜𝗠𝗘𝗝 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡


Setuju dengan Ibnu Muhammad. Fahmi buat apa? Serah penjelasan tentang polisi dan pencapaian kerajaan kpd JKOM? Jabatan Penerangan buat apa? Benda yg sama? JKOM ni punya kekuatan dan budget terhad. Berapa kali je boleh turun bg penjelasan pada orang kampung??


Media Perpaduan lagi bagus.  Tapi disingkirkan dan tidak dibenarkan bersama PC yang dihadiri wartawan main stream media.


- Zus Din

13122013

**********

https://www.malaysiakini.com/news/689853


KOMENTAR | Kita masih mengharapkan Fahmi?


Ibnu Muhammad Falastini

Diterbitkan:  Dec 13, 2023 


KOMENTAR | Saya tidak berhasrat menulis panjang untuk topik ini selain daripada memberi fokus ringkas kepada dua perkara: kegagalan kerajaan menyampaikan maklumat sepatutnya kepada rakyat, dan kegagalan menteri menjadi penerang sekali gus mengabaikan tenaga media sosial pendukung kerajaan untuk membantu.


Sebelum menulis ini, saya telah melayari media sosial milik kementerian komunikasi dan menterinya. Hampa terasa apabila saya gagal menemui maklumat lengkap mengenai kejayaan kerajaan perpaduan sempena satu tahun pentadbirannya.


Apa yang saya jumpa hanyalah beberapa maklumat tentang inisiatif digital dan hiburan, kemeriahan menteri membeli-belah dan lambakan info dari kementerian lain yang dibuat sambalewa.


Ia adalah maklumat yang dikongsi dari hantaran pihak lain.


Tiada kelihatan inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk kementerian komunikasi bertindak menjadi lidah kerajaan, penyampai maklumat dan penerang yang mampu membuka minda rakyat terhadap kesungguhan kabinet membangunkan negara.


Kerana itu apabila nama Fahmi Fadzil dikekalkan sebagai menteri komunikasi, saya sangat kecewa. Dia seorang menteri level atas yang hanya memberi tumpuan kepada program digital, tidak menunjukkan kesungguhan dan kesanggupan untuk turun ke kampung-kampung menerangkan konsep Malaysia Madani.


Jika Fahmi tidak melakukannya, siapa lagi? Dan sekarang kita masih mengharapkan Fahmi?


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu nampaknya tidak menunjukkan minat untuk mengotorkan tangan bergaul bersama rakyat marhaen untuk memastikan mereka kenal kerajaan ini, faham tindakan kerajaan dan akhirnya tidaklah mereka termakan dakyah sesat lagi menyesatkan daripada pembangkang.


Tak dapat diterima akal


Apalah erti ratusan bilion ringgit pelaburan, pembukaan pejabat urusan pelbagai syarikat besar, kupasan mendalam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim tentang konsep Madani serta pelbagai inisiatif agensi kerajaan jika majoriti rakyat tak tahu dan tidak endah?


Lebih malang, ia berlaku bukanlah dalam keadaan rakyat enggan mengambil tahu, tetapi mereka gagal diberitahu!


Itu belum lagi kita membicarakan kegagalan kerajaan menyekat sebaran fahaman takfiri yang sangat berbahaya di media sosial, serta fitnah yang berleluasa dan dilakukan secara sedar oleh pihak lain kerana mereka yakin ia akan diganjarkan dengan pahala.


Entah faham atau tidak Fahmi akan gejala takfiri, pemikiran melampau dalam beragama, dan pembohongan-pembohongan yang berleluasa dalam kalangan pengamal media sosial.


Kenapa tidak digunakan tenaga-tenaga pengguna media sosial penyokong kerajaan yang ada ribuan orang jumlahnya ini? Kenapa tidak digunakan saluran televisyen dan radio bagi menjelaskan bahaya takfiri dan mengetengahkan asatizah yang fahaman benar agama dalam kalangan pendukung kerajaan?


Tidak dapat diterima akallah jika alasan yang diberikan bahawa tiada seorang pun tokoh agama dalam kerajaan perpaduan yang dikenali oleh Fahmi.


Semasa Gobind Singh Deo menjadi menteri komunikasi beberapa tahun lalu, melantik pegawai khas untuk menyelia program-program agama dalam saluran kerajaan. Pegawai itu telah membina rangkaian yang besar dengan asatizah PH ketika itu.


Tetapi hari ini, Fahmi seakan-akan langsung tidak menjawab mesej-mesej dan input yang mahu membantu dia dalam melakukan penerangan agama dan penjelasan konsep Madani.


Jika Fahmi kekal dengan pace perlahannya seperti sebelum ini untuk mewujudkan wahana dan perantara kepada dakwah Islam sebenar, konsep Madani, sebaran informasi kerajaan, maka rakyat akan kekal beranggapan kerajaan adalah kerajaan yang anti-Islam, dipengaruhi musuh Islam, liberal dan gagal membangunkan negara.


Jika ia berlaku begitu, maka apa lagi hujah untuk menafikan bahawa menteri komunikasi kita ini bukanlah seorang reformis yang mampu menjadi lidah - apatah lagi jurucakap - kerajaan perpaduan.


Melainkan Fahmi kembali sedar pada kelemahannya selepas membaca coretan ini dan bertindak pantas untuk duduk semeja dengan penggerak media sosial perpaduan serta merancang semula pembentukan barisan tenaga penerangan kerajaan dan parti dengan strategi yang betul.


IBNU MUHAMMAD FALASTINI ialah ahli Parti Amanah Negara, pelajar sains politik dan menjadi pembaca Malaysiakini sejak awal penubuhannya



BAGAIMANA KERAJAAN MENJAGA KEBAJIKAN PESARA


1. Tahukah anda, Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan RM1.3 bilion bagi menjaga kebajikan pesara dari Julai hingga Disember 2023?


2. Peruntukan ini dinamakan Penghargaan Khas Kepada Pesara  (PKKP) dan dibuat bagi menjamin pesara mendapat amaun pencen semasa.


3. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah terbatal dan tidak sah.


4. Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 diperkenalkan ketika era Najib Razak dimana pesara diberi kenaikan pencen 2% setahun.


5. Ia bertentangan dengan Akta Pelarasan Pencen (1980) yang menetapkan amaun pencen pesara diselaraskan dengan kenaikan gaji penjawat awam.


6. Aminah Ahmad, seorang pesara telah membawa isu ini ke mahkamah dan bertindak menyaman kerajaan dan Ketua Pengarah JPA.


7. Mahkamah telah mendapati bahawa pindaan yang diperkenalkan oleh Najib Razak telah melanggar Akta 147 Perlembagaan Malaysia.


8. Justeru mahkamah mengarahkan kerajaan mengguna pakai kembali Akta Pelarasan Pencen 1980 dan membayar pencen pesara mengikut amaun asal.


9. Pun begitu, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim prihatin dengan kebajikan pesara lalu mengambil keputusan untuk memberikan PKKP berjumlah RM1.3 bilion bagi menanggung perbezaan antara amaun pencen asal dan amaun pencen semasa dari Julai hingga Disember 2023. 


#MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #PMX #AnwarIbrahim



DOAKAN KESEMBUHAN JAMAL.


Ibrahim Mat Isa



 Dulu, dia ni antara orang yang aku suka kutuk dan perli. Hari ni jadi sedih pulak bila dengar khabar beliau. Semoga Allah permudahkan..

Shafakallah shafakallah shafakallah 🤲



MUTLAK KA MUGHALAZAH KAH. KAU DAH KLUSTER MAHKAMAH. PANGGE ANAK MENANTU BALIK ...


Henry De Banten


 Tak mutlak...? Esok Agong bagi jawapan balas, pasti dia menggelabah kata statement dia diambil luar kontek.



USAHA TANPA HENTI KPKM, KALI INI MELIBATKAN ANGKASA BERSAMA 15 RIBU KOPERASI DALAM PEMBANGUNAN AGROMAKANAN NEGARA







DS Abg Mat Sabu hari ini menerima kunjung hormat dari Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan rombongan di Wisma Tani, Putrajaya. Antara topik perbincangan pagi ini memfokuskan kepada Penglibatan Angkasa dalam Pembangunan Agromakanan Negara.


Angkasa adalah antara pertubuhan koperasi terbesar dalam negara dengan mempunyai jumlah keanggotaan menghampiri 8 juta orang. Pihak Angkasa telah menggerakkan 14,975 koperasi di bawah agensi tersebut untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran makanan bagi mengurangkan kos import makanan dalam negara.


Kementerian sangat mengalu-alukan penglibatan dari pihak swasta, NGO mahupun pertubuhan koperasi untuk sama-sama meneroka peluang untuk membantu Kementerian meningkatkan pengeluaran makanan negara menerusi rantaian atau ekosistem melibatkan penanaman, penternakan, pemprosesan atau pembekalan yang berkaitan dengan pertanian.



KEH.KEH...NAMPAK DIA PUNYA TAK CERDIK. MACAM KES KETA DIA JUGA. CANANG MASAALAH TEKNIKAL...ROADTAX TAK DAK....IALA KAN. DAKWAH HUKUM DUNIA...



Leary Jabul


 Dalam hidup ini ada kalanya kita perlu cerdik dalaam membuat pertimbangan tanpa dipengaruhi oleh emosi... 

Poket kosong tapi ego tinggi, memang tak kena la cara seperti itu... Kalah di mahkamah seksyen, kena baayar rm11k, tak Puas hati buat rayuan di mahkamah tinggi, kalah lagi... Kena byr tambahan rm7k.. Kemudian filekan kes ke mahkamah rayuan, namun sendiri yang tarik blk rayuan, kena bayar pula kos rm5k... 3 peringkat mahkamah sdh arahkn untuk bayar kpd mujahid.. Tap tetap juga liat nak bayar... Kesannya mungkin nanti boleh di isytihar muflis kalau masih lagi berdegil...



MIMPI DIA NI TAK LEH KIRA. DIA MIMPI CAMPOQ CAMPOQ.SAT FEKAH SAT LEENA.....BUKAN BOLEH KIRA...


Haslee Zainordin



 Laa yang korang canang Dr Sam akan jadi PM11 tu menipu walaun je ke? Awat bila dunia nyata lain, dalam mimpi lain? 


Apa pon tak chukop jumloooh lagi lebai. Lebai mimpi la dulu puas-puas. Jangan mimpi  Fikah atau lena sudah la ye..



TAK SOKONG ATAU SOKONG,KERAJAAN DAH CUKUP JOMMMLAH. MELEBIHI DARI CUKUP.


Wang Xiang




 INIlah pemikiran PNyakau Negara.

Setiap sokongan mesti ada balasan jawatan.

Bukan mereka pikir pun masalah rakyat.

Sebab itu bila jadi kerajaan mereka Sakau Wibawa betul2.

Scheme of things Midin betul2 membuatkan mereka menjadi lalokkkk ....




TAK LEH MENGAJAR DAH DI SELANGOR. KENA BALIK JERANTUT LAH TENGOK UMAH KOT KOT SIAP KA TIDAK.


 PENGERUSI Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor memaklumkan,tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada aktivis politik di Selangor ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2023.

Perkara itu diputuskan MAIS yang menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Abdul Aziz berkata, mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.


DUSUKI...WOIII..BILA NAK BAYAQ. TINDAKAN PELAKSANAAN (EXECUTION PROCEEDING) TERHADAP USTAZ AHMAD DUSUKI.

 




1.   Saya telah mengarahkan Peguam saya untuk meneruskan dengan tindakan pelaksanaan ("execution proceeding") terhadap Ustaz Ahmad Dusuki di atas keengganan dan keingkaran beliau untuk menjelaskan kos-kos Mahkamah yang kesemuanya berjumlah RM23,000.00 rentetan dari kes saman beliau yang kalah di Mahkamah tempoh hari.


2.   Umum mengetahui bahawa saman yang beliau failkan terhadap saya berhubung isu "_penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam_" telahpun ditolak (kalah) di Mahkamah Sesyen, kemudian rayuannya juga ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan akhirnya beliau terpaksa menarik-balik rayuannya di Mahkamah Rayuan. Ketiga-tiga Mahkamah tersebut telahpun memerintahkan beliau selaku Plaintif/Perayu dalam kes tersebut untuk membayar kos-kos tindakan kepada saya.


3.   Walaupun sejak awal September dan Oktober lalu Peguam saya telah dua kali menghantar surat tuntutan  kepada Ustaz Dusuki untuk beliau mematuhi arahan Mahkamah dan membayar kos-kos yang telah diperintahkan tersebut, beliau masih lagi ingkar, enggan dan gagal berbuat demikian. Malah, dalam beberapa posting di Facebooknya, beliau masih lagi mempertikaikan keputusan Mahkamah yang menolak saman tersebut walaupun beliau sendiri yang menarik-balik rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya 


4.    Lanjutan dari itu, Peguam saya telahpun memfailkan Saman Penghutang Penghakiman di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut jumlah kos yang masih belum dibayar. Saya dimaklumkan bahawa sebanyak empat percubaan telah dibuat untuk menyerahkan saman tersebut kepada Ustaz Dusuki tetapi sehingga kini beliau masih enggan untuk menerimanya ataupun sengaja mengelak walaupun temujanji telah dibuat oleh pihak Peguam sejak dari awal lagi.


5.   Peguam saya akan terus menggunakan segala ruang yang dibenarkan di sisi undang-undang untuk menyerahkan saman tersebut bagi menuntut supaya Ustaz Dasuki patuh kepada arahan Mahkamah dan membayar kos-kos yang diperintahkan itu. Suka saya ingatkan bahawa itu adalah satu hutang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk dibayar oleh beliau. Saya telah mengeluarkan perbelanjaan dan kos yang banyak untuk membela diri saya terhadap tuntutan beliau yang akhirnya Mahkamah telah memutuskan bahawa tuntutan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak bermerit sama sekali. 


6.    Sebagai orang yang arif tentang hukum-hakam syarak khususnya yang berkaitan dengan hutang-piutang,  seharusnya beliau memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dan tidak bersifat angkuh dan tidak peduli seperti ini.


Sekian


YB Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Parti AMANAH

Pengerusi Nadwah Ulamak

 (NUNJI)


15hb Dis 2023