Macam-macam naratif dicipta untuk sisi burukkan kerajaan.










Mohd Fairul Al Qasas



1. Mula-mula kata sebab LGBT..tapi bila kita kata dulu Ellie billish, Columm Scott boleh.


Mereka diam.


2. Kemudian ubah pula akan beri pengaruh, sebab ikon. Kita kata pasukan bola MU, kereta honda dll pun ada sokongan pada LGBT..


Mereka diam.


3. Ubah pulak naratif sokong Israel...lah mana pulak datang sokong Israel..Coldplay ni memang terkenal sokong Palestine,  siap buat lagu lagi.


Harakah pun pernah keluarkan berita tu, mereka diam.


4. Tukar pulak naratif..saudara kita sedang sengsara...kenapa kita bergembira..


Lah...gegarvaganza..sebelum ni konsert aina Abdul, m nasir...deme tu buat apa? Baca Yasin ke?


Macam-macam lah cara mereka tanamkan naratif negatif.


Sampaikan netizen yang terhasut melihat yang pergi ni sebagai fasiq hakiki. Sampai doa buruk. Kalau boleh biar mereka ni mati kafir lah...


Aku terkesan dengan komen seorang Non muslim ni...dia kata makan mcd dituduh sebagai tidak berperikemanusiaan...tapi doa stadium runtuh, kena panah petir tu semua boleh pulak? Doa orang mati dan sengsara?


Dia tambah nasib baik dia tak silap pilih 'agama yang salah'


Ini lah kesan dakwah korang. Sebab tu Non muslim tak bersama korang


Macam korang ni suci sangat. Tak pernah dengar lagu. 


Aku pun tak faham...apa yang korang bayang dengan konsert Coldplay ni. Macam dalam kelab malam ke? Macam konsert punk ke?


Aduh..aku pun tak pernah pergi konsert..walaupun ada kawan selalu tawarkan tiket percuma.


Tapi tak adalah nak senang-senang hukum orang semata-mata pergi konsert. Tak adalah nak doakan keburukan orang semata-mata konsert.


Teringat aku dulu pesta teluk batik, ada orang bawak bom nak letupkan majlis maksiat katanya.


Dan teringat aku satu kisah, imam ni tanya kerja syaitan apa? Nak masukkan orang dalam neraka.


Kerja dakwah apa? Nak masukkan orang dalam syurga. 


Jika anta bom kelab malam, muslim yang mati dalam tu sempat ke bertaubat?


Tak sempat bertaubat dia masuk syurga ke neraka?


Kalau dimasukkan neraka, siapa berjaya? Syaitan ke kerja dakwah?


Jadi fikir fikirkan lah...

Maksiat memang ada. Tapi dakwah lah dengan hikmah.


Aku bagi cadangan.


Kepada peserta konsert,

1. Sila pilih konsert yang anda pergi baik liriknya.


2. Jangan bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram anda. Jaga batas pergaulan.


3. Jangan tinggalkan solat. Pihak penganjur dimohon sediakan lebih banyak ruang solat .


4. Team dakwah boleh turut disana, sediakan spray air untuk bantu mudah wuduk. 


5. Jangan terkinja-kinja. Jaga adab muslim.


Ni contoh. Bila kau buat walaupun bagai mencurah air ke daun keladi, tapi sedikit sebanyak ada yang dapat manfaat,  ada yang segan, ada yang berubah.


Bantulah umat untuk berhibur dengan betul. Bukan sebab politik kau hentam kaw-kawa konsert ni.


Nanti masa kau berkuasa ntah apa-apa konsert masuk, masa tu kau main pulak isu hak dan keperluan bukan Islam.


Orang pun pening, apa kaedah kau guna untuk haramkan dan tegur sesetengah konsert.


Walhal kementerian komunikasi dah buat garis panduan, peraturan dan terbaru suis pemati untuk kawal benda tak elok.


Terima lah negara kita bukan macam Afghanistan 100% muslim. Kita negara bercampur dengan pelbagai agama dan budaya.


Bukan sahaja konsert orang putih, Malaysia jadi lubuk untuk konsert Korea, Indonesia, China, Taiwan, Hong Kong, India, Tamil semua.


Konsert sentiasa akan datang. Peminat sentiasa ada.


Berhukumlah dengan adil dan berhikmahlah dalam berdakwah.



PAS BAYAR 2 JUTA KALAH SAMAN FITNAH. JOM BACA


 Pas bayar lebih RM2 juta sejak 2016 akibat kalah saman fitnah, ini senarai 16 fitnah yang dikeluarkan Pas


Oleh KIM SYAZIE


17/11/2022


Dalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga kini (2022), Pas menunjukkan prestasi agak buruk apabila sudah lebih 10 kali parti Islam itu terbukti memfitnah parti lawan dan kalah saman fitnah dalam pengadilan di mahkamah.


Pampasan fitnah yang perlu dibayar Pas jika dijumlahkan nilainya sehingga kini sebanyak RM2,080,150.


Antara senarai fitnah Pas..


1) 22 JUN 2016 – Pulau Pinang dituduh melarang azan | Shaharuddin Ibrahim | YDP Pas


Yang Dipertua Pas Padang Serai kemudian memohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang.


2) 17 JAN 2016 – Projek rundingan terus Pulau Pinang | Nasrudin Tantatawi | Ahli Majlis Syura Pas & Ketua Penerangan


Ketua Penerangan Pas, Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah projek rundingan terus Penang dan perlu membayar ganti rugi RM10,000.


3) 26 JAN 2017 – Khalid Samad dituduh sokong penjualan arak | Hasan Ali | ADUN Pas


Hasan Ali diarah oleh mahkamah untuk membayar RM200,000 kepada YB Khalid Samad kerana memfitnah kononnya Khalid Samad menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.


4) 26 JUN 2018 – Husam seleweng tanah | Masri Che Yusoff | Ahli Dewan Ulama Pas


Ahli Dewan Ulama Pas, Che Masri kalah saman fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan seleweng tanah.


5) 7 SEP 2018 – Menuduh Mahfuz Omar menerima dana Umno | Herman Samsudeen | Cybertrooper Pas


Cybertrooper Pas, Herman Samsudeen memohon maaf dalam mahkamah kerana memfitnah Datuk Mahfuz menerima dana Umno.


6) 1 FEB 2019 – Pas didakwa terima dana RM90 juta dari BN | Hadi Awang | Presiden Pas


Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden Pas itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno.


Hadi kemudian menarik balik kes itu dan diselesaikan di luar mahkamah dengan Hadi membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle Brown.


7) 12 MAC 2019 – Wan Azizah dituduh sokong LGBT | Rozi Muhamad | ADUN Pas


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.


8) 26 JUN 2019 – Husam didakwa kononnya terima dana DAP dan tauke judi | Wan Zawawi | CEO Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan


Wan Zawawi Wan Ismail (Pas) kalah saman kerana memfitnah Husam Musa terima duit DAP dan tauke judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat.


9) 2 SEP 2019 – Khalid dituduh meluluskan pesta Gay | Wan Asshima | Gerakan Muslimah Pas


Muslimah Pas Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana memfitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman.


10) 21 NOV 2019 – Fitnah Mujahid tunggangan DAP | Dr Kamarul Zaman Yusof | Pensyarah UUM


Tuntutan saman fitnah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusof diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Dr Kamarul Zaman Yusof memohon maaf kerana memfitnah Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai kuda tunggangan DAP.


11) 3 FEB 2020 – Nizar sokong konsep negara Sekular | Razman Zakaria | Pesuruhjaya Pas Perak


Pada 3 Februari 2020, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria diperintahkan oleh mahkamah membayar RM254,150 kepada bekas Menteri besar Perak, Nizar Jamaludin kerana memfitnah melalui kenyataan yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 melalui rencana bertajuk “Pendekatan Nizar mirip Dap”..


12) 26 FEB 2020 – “DAP anti-islam” | Syarhan Humaizi | Ketua Pemuda Pas Selangor


26 Februari 2020, Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi pula diperintahkan bayar oleh mahkamah RM80,000 kepada wakil rakyat DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah anti-Islam melalui akaun Facebook pada 2019.


13) 9 JUL 2020 – Menuduh Paulsen menghasut membenci Islam | Mohamed Hafiz | Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang


Mahkamah persekutuan mengarahkan bekas ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen kerana menfitnah berhubung penerbitan satu artikel berjudul ‘Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan’.


14) 8 NOV 2021- Pemindahan Sport Toto di Pokok Sena | Sanusi Md Nor | Menteri Besar Kedah


November 2021, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar, berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook.


Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebook pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.


15) 30 AUG 2022 – Aset Tabung Haji dijual kepada orang bukan Islam | Ahmad Dusuki | AJK Dewan Ulama Pas


September 2022, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani perlu membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa apabila mahkamah menolak saman fitnah Dusuki.


Saman fitnah oleh Dusuki difailkan rentetan ciapan Mujahid pada 22 Nov 20202 selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam.


16) 11 NOV 2022 – Undi BN/PH Masuk Neraka | Mohd. Shahiful Mhd. Nasir | Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik


Dalam satu ceramah, Shahiful telah mengeluarkan kenyataan pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.


Selepas dikecam, beliau menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf...



TAK SETIA



 PRK KEMAMAN | Kekalahan BN dalam PRK Kemaman bukan kerana peningkatan undi yang diperolehi PAS, sebaliknya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berpunca daripada pengundi setia UMNO yang tidak keluar mengundi pada hari berkenaan.




KEPUTUSAN KEMAMAN TIDAK AKAN BERI KESAN PERTUKARAN KERAJAAN*



1. Ketika ini *Kerajaan Perpaduan disokong 153 Ahli Parlimen.*


2. Perikatan Nasional hanya *tinggal 69 Ahli Parlimen*.


3. *Dakwaan palsu Tan Sri Hadi* bahawa ada Ahli Parlimen UMNO sokong PN adalah tidak berasas. Kalau semua sokong sekalipun tak cukup tubuh kerajaan (26+69=95)


4. *Ahli-Ahli Parlimen BN tidak mungkin* ingkar pendirian parti atau sokong parti lain kerana telah tandatangan perjanjian:


4.1 *Jika ingkar*, secara sukarela dia melepaskan keahlian dalam parti dan memberi kesan pengosongan kerusi Parlimen di bawah Akta Anti Lompat Parti


4.2 *Jika ingkar*, kena bayar bon RM100 juta kepada parti. Sudah ada kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi dalam kes Zuraidah kena bayar RM10 juta bon kepada PKR kerana keluar parti.


#prkkemaman #umno #barisannasional #kestabilandankemakmuran #kerajaanperpaduan 



PI DOK PASANG BUAT APA DI SITU....LEMBU JA DOK ATAIH JALAN.


 Kalau ada Pak Menteri/pemimpin yg benar2 ingin berkhidmat, inilah benda2 yg mereka akan buat utk rakyat, mungkin kecil tapi berfaedah utk semua. Bkn yg sakau, fitnah, hina, caci, makan gaji buta, kronisme, gila kuasa, dll.




TERANG DALAM GELAP | Jalan Padang Sanai ke Durian Burung dalam daerah Padang Terap, Kedah kini dipasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘Glow In The Dark’ sepanjang tiga kilometer sekali gus terpanjang di Malaysia.



PENANG PUN ADA



 Nusi Pas jgn ingat  KT Kedah je ade ree KT negari lain Pon ade ,adekah pinang akn jdi lebih Kaya dn maju




CLAIM MACAM GAZA LAK. ADA JA AKAI WALAAUN NI






 Ah sudah. Dia claim dia jadi Gaza pulak dahhh!!! Kalau dia Gaza, kerajaan pusat kira Israel la ek? Tapi celah mana pulak dia nak claim dia Gaza ni?


Gaza tu disekat serba serbi oleh Israel. Tapi kerajaan pusat beri 4 negeri ni macam-macam. Malahan dapat peruntukan tertinggi dalam belanjawan.


Mungkin dari segi bekalan air. Sebab rakyat Kelantan tak dapat bekalan air bersih juga macam Gaza. Tapi... Itu bukan salah kerajaan pusat. Itu urusan kerajaan negeri. Jadi, siapa Israel ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KERJA LAH DI KELANTAN




 Yes. Maka itu, kerjalah di Kelantan. Jangan kerja di KL atau Shah Alam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

E-Madani. Mereka gelar e-dajalni.

 







Mohd Fairul Al Qasas


E-Madani.


Mereka gelar e-dajalni.


Begitulah mereka dah lah bodoh, jahat pula tu.


Sistem e-wallet dah lama wujud dan membantu memudahkan ramai orang.


Peniaga pun tak perlu cari duit tukar lagi.

Malam-malam Peniaga tak perlu beratur kat CDM untuk masukkan duit perniagaan ke dalam akaun bank.


Zaman Lim Guan Eng dapat RM30, zaman Muhyidin dan Ismail Sabri pun ada...


Tahun lepas siswa semua peringkat dapat, Alhamdulillah saya suami isteri dapat.


Tahun ni dapat pula E-Madani RM100.


Siapa tak mau tu diam sahajalah. Jangan tunjuk bodoh dan jahat hasut orang lain dengan fitnah.



Setahun Anwar Sebagai PM Reputasi Malaysia Semakin Harum


 Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Di sebalik pelbagai cabaran dan rintangan, malah cubaan menebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan masih berterusan, sedar tidak sedar, sudah lebih setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).


Tarikh 24 November 2023 lalu genaplah setahun Anwar menerajui negara.


Dalam tempoh setahun yang sudah berlalu itu, harus diakui Anwar telah berjaya mengemudi negara ke arah yang lebih baik, malah amat jelas hala tujunya.


Walaupun pembangkang ternampak masih bising menjeritkan pelbagai isu untuk menghentam kerajaan, hakikat yang nyata ialah sokongan terhadap Anwar terus mengukuh dengan 152 daripada 222 Ahli Parlimen berpihak menyokongnya ketika ini.


Sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini ialah di mana lima Ahli Parlimen blok pembangkang secara terbuka turut menyokong kepimpinan Anwar.


Dengan kedudukan sekukuh yang ada ini, malah mungkin terus bertambah lagi, Anwar hampir tiada masalah untuk kekal mengemudi negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang.


Berjaya tarik pelaburan asing


Selain berjaya mengukuhkan kedudukannya, pentadbiran Anwar juga berjaya menarik pelaburan yang tambah meyakinkan untuk negara.


Pelaburan daripada Amerika dan China khususnya, terus menunjukkan peningkatan, bahkan setiap kali beliau melawat negara berkenaan, sentiasa saja ada pelaburan baru berjaya dibawa masuk.


Anwar juga berjaya melaksanakan pembaharuan untuk rakyat seperti perlaksanaan subsidi bersasar dan gaji progresif yang akan menjadi kenyataan pada tahun hadapan.


Semua itu memberi faedah yang besar kepada rakyat, terutama golongan B40 dan sederhana.


Satu lagi kelebihan yang nyata dimiliki Anwar ialah beliau semakin popular di peringkat antarabangsa .


Dengan populariti PMX secara tidak langsung memudahkan beliau meletakkan nama negara untuk lebih dihormati serta semakin harum disanjung di pentas dunia.


Kejayaan diplomatik Anwar juga telah berjaya mengembalikan reputasi Malaysia sehingga diyakini pelabur asing terutama syarikat teknologi tinggi Barat dan China.


Terkenal bela Palestin di forum antarabangsa


Dalam konflik di Palestin baru-baru ini misalnya, kegigihan PMX bersuara dalam pelbagai forum, pertemuan dan persidangan untuk menekankan perlunya usaha damai disegerakan, benar-benar sesuatu yang membanggakan negara.


Bahkan di suatu ketika di hadapan Presiden Amerika Syarikat sendiri beliau bersuara secara terbuka membela perjuangan rakyat Palestin.


Semua ini pada hakikatnya meletakkan nama Malaysia lebih mengharum, dihormati serta dipandang tinggi.


Setahun yang berlalu di bawah Anwar, tidak diragui lagi negara ini lebih baik keadaannya, diyakini pelabur dan suara kemanusiaan kita di peringkat dunia semakin didengari.


Tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya, yakinlah berdasarkan kegigihan dan kerajinan Anwar bekerja yang seolah-olah tiada istilah penat dalam dirinya, negara kita akan bertambah baik dan semakin dihormati oleh negara luar.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.


* Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim