'Mentaliti terkepung', manipulasi agama punca kekalahan di Kemaman


 Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam biar pun telah diduga tetapi tidaklah ke tahap Pas memperolehi majoriti sebesar 37,000 undi.



Biar pun terdapat hujah Pas mengekalkan undi pada Pilihan Raya Umum ke 15 tetapi pengundi Pakatan Harapan dan BN yang kurang keluar membuang undi, namun bagi Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kekalahan PRK lebih kepada kejayaan strategi Pas memanipulasi emosi pengundi dan menggunakan hujah agama sempit.



"Modal (kempen) masih sama, sokong Pas masuk syurga. Ditambah isu konsert LGBT, konsert Coldplay. Pas juga berjaya tunjuk mereka lebih sokong Palestin daripada orang lain.



"Orang Terengganu ini sentimen kepada agama kuat. Antara kelemahan orang Terengganu kita tengok ialah mudah dimanipulasi tentang isu agama. Sangat sensitif bab agama. Pas berjaya dalam hal ini," katanya.



Menurut beliau, Pas juga mengelirukan pengundi dengan naratif kononnya Kerajaan Perpaduan tidak bersungguh sungguh membantu orang Islam Palestin.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_240,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nahdir Yop



Sedangkan pada era Pas-PN memerintah (2020 - 2022) tiada pun agenda untuk Palestin yang diperjuangkan.



"Pencerah Pas bawa naratif Parlimen Malaysia gagal bawa isu Palestin. Orang termakan. Ini bukan masalah penerangan lagi, bukan tak sampai, tetapi orang anggap apa kita beritahu itu bohong, yang sebelah sana betul



"Ini di luar (gerak kerja) penerangan. Kita di pihak parti buat (penerangan), kerajaan buat tetapi ia berpunca daripada fitnah atas agama dan bangsa.



"Orang Melayu di sini termakan semua itu," katanya.



Perkara yang lebih membimbangkan, kata Ahmad Nadhir ialah 'mentaliti terkepung' yang disumbat ke pemikiran orang Melayu dan menganggap orang agama lebih suci atau betul daripada masyarakat biasa.



"Di sekolah agama terutama di Terengganu dan Kelantan ada mentaliti terkepung. Kamu adalah 'insan terpilih' yang bersih, suci, holier-than-thou, orang luar dari bidang agama lakukan maksiat dan sebagainya.



"Orang Pas kebanyakannya lulusan sekolah agama dan dia rasa diri sebagai utusan Tuhan untuk membersihkan. Itu ditanam dalam doktrin sekolah agama," katanya.



Sikap rakyat yang kurang mahu memastikan kebenaran juga, kata Ahmad Nadhir, menyukarkan penerangan dan pemahaman sesuatu isu terutama yang mempunyai kaitan dengan sentimen agama.



"Mereka (orang Terengganu) merasakan apa yang Pas bawa itu agama (yang benar). Yang lain daripada Pas bawa, bukan ajaran Islam (sebenar)," katanya lagi.



Dalam PRK Kemaman semalam calon Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengalahkan calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti besar.



Kekalahan calon BN dianggap lebih buruk daripada PRU 2022 terutama apabila dicampurkan jumlah undi BN dan PH pada pilihanraya itu.

Dr Samsuri menang besar, Bersatu usah berangan kerusi PM


 Oleh : Noraini Nordin



ANALISIS: Kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, bahkan dengan majoriti lebih besar berbanding PRU15 lalu, secara umumnya membawa mesej yang pelbagai kepada masa depan politik Malaysia.



Bagaimanapun, kemenangan Pas melalui Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar, kanan), Menteri Besar Terenggganu sebagai calon, dengan majoriti 37,220 undi berbanding 27,179 undi diperolehi calon Pas pada PRU15 lalu, mesej utamanya ialah pukulan hebat kepada Bersatu, salah satu komponen yang selama ini menggambarkan diri mereka sebagai “abang besar” dalam PN.



Dalam PRK Kemaman ini, Pas bukan sahaja menang dengan majoriti lebih besar melalui calonnya yang dilihat lebih diterima dan disenangi, bahkan bersama gambaran bahawa Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri selepas ini.



Ini bermakna, majoriti besar yang diraih oleh Naib Presiden Pas itu bermakna suatu 'penerimaan' penyokongnya kepada keinginan untuk melihat beliau menjadi Perdana Menteri selepas suatu ketika nanti.



Melihat kepada keterujaan penaksub yang menjaja secara terbuka Ahmad Samsuri sebagai bakal PM apakah nasib Muhyiddin Yassin?



Dalam keadaan ini, di mana kedudukan Muhyiddin yang diketahui umum masih mengidam untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, malah telah membuat Pusingan U dengan ingin mengekalkan lagi jawatan sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan tahun hadapan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_331f4f600a8a42388515f696ba66bc39~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_250,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_331f4f600a8a42388515f696ba66bc39~mv2.jpeg

Noraini Nordin



Kalau bukan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, untuk apa beliau mahu kekal memimpin Bersatu?



Tetapi dengan adanya Ahmad Samsuri ini, sediakah Muhyiddin mengundur diri untuk memberi laluan?



Begitu juga dengan Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang sekarang yang turut dilihat sebagai calon Perdana Menteri kedua bagi blok pembangkang selepas Muhyiddin, apakah beliau juga sedia memberi laluan kepada Ahmad Samsuri?



Dengan kedudukan Pas yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN iaitu 43 kerusi, logiknya memang wajar parti itu mempertaruhkan calon Perdana Menterinya dalam PRU16 akan datang dan bukan lagi sebagai penumpang.



Berbanding Bersatu yang sebelum ini mempunyai 31 Ahli Parlimen, tetapi setelah lima daripadanya telah mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlahnya kini makin berkurangan dengan hanya tinggal 26 sahaja.



Sementara Bersatu makin mengecil, Pas sebaliknya seperti mendapat laba besar dengan menonjolkan Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri melalui PRK Kemaman semalam.



Berdasarkan kenyataan terbaru Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menyebut, parti itu kini sedia memikul tanggungjawab lebih besar di peringkat nasional berikutan kemenangan Ahmad Samsuri, ini adalah petanda jelas, sekaligus suatu isyarat buruk buat Bersatu, Muhyiddin dan juga Hamzah.



Nampaknya Pas tidak mahu menoleh ke belakang lagi, sebaliknya ingin terus mara dengan agendanya, sambil berharap agar Muhyiddin dan Hamzah tidak sukar memahaminya.



Melihat semua perkembangan ini, Bersatu memang tiada pilihan lain kecuali terpaksa akur untuk menyerahkan baton calon Perdana Menteri kepada Pas dalam PRU16 akan datang.



Lagi pun, apa pilihan yang Bersatu ada, ia adalah parti yang tiada akar umbi, malah jumlah cawangan di bahagian-bahagian juga amat terbatas sekali.



Semua kemenangan calon Bersatu pada PRU15 lalu, terutamanya dari segi kempen dan penyediaan jentera parti, adalah dengan menumpang dan melalui sumbangan kekuatan yang dimiliki Pas.



Bermula di Kemaman dan dijangka berterusan sehingga PRU16 akan datang, Pas diramal akan terus ke depan dengan agenda untuk memimpin negara, sementara Bersatu secara perlahan-lahan bakal dimendungi awan gerhana.

 

KESIHAN BERSATU- BILA PAS SUDAH ADA AHMAD SAMSURI SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI, MAHIADDIN DAN HAMZAH ELOKLAH DUDUK DIAM-DIAM DI TEPI


 

Kemenangan bergaya Pas melalui calonnya, Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman semalam, sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sudah dijangka.


Ini kerana, Terengganu berdasarkan keputusan PRU15 dan PRN lalu, jelas lagi terbukti memang merupakan kubu kuat Pas.


Pas menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen pada PRU15 dan kemudian menyapu licin 32 kerusi DUN pada PRN.


Atas hakikat tersebut, ditambah lagi kemenangan Pas melalui calonnya, Che Alias Hamid pada PRU15 lalu adalah dengan kelebihan 27,179 undi, memang sudah dijangka Pas “makan kacang” saja di Kemaman.


Dengan majoriti besar tersebut, adalah disedari juga oleh sesiapa yang waras bahawa memang mustahil untuk BN boleh berjaya merampas kerusi Parlimen Parlimen.


Cuma, ramai yang menjangkakan, kemenangan Pas dengan meletakkan Menteri Besar Terengganu sebagai calon, majoriti yang mungkin dicapai sekitar 30 ribu undi lebih sedikit saja.


Sedikit mengejutkan apabila majoriti yang dicapai oleh Ahmad Samsuri adalah sebanyak 37,220 undi, lebih 10,041 berbanding majoriti Che Alias pada PRU15 lalu.


Agaknya, majoriti besar itu adalah disebabkan gembar-gempur bahawa Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri Pas pada masa depan.


Seronok nampaknya pengundi Kemaman nak dapat Ahli Parlimen mereka sebagai bakal Perdana Menteri.


Begitu pun, di sebalik majoriti besar yang dicapai Ahmad Samsuri, undi yang beliau raih sebenarnya kurang berbanding yang diperolehi Che Alias.


Che Alias pada PRU15 lalu memperolehi 65,174 undi, tetapi undi Ahmad Samsuri ialah 64,998 – kurang 176 undi.


Hal ini mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak pulang mengundi.


Yang paling malang sekali ialah Raja Mohamad Afandi Raja Mohamad Noor yang dipertaruhkan BN sebagai calon dalam misi mustahil untuk merampas Kemaman.


Beliau bukan saja gagal, malah undi yang diperolehinya cuma 27,778 undi iaitu jauh lebih rendah berbanding 38,535 yang dicapai oleh Ahmad Said pada PRU15 lalu.


Soalnya ke mana pergi 10,757 undi lagi?


Lebih malang lagi jika dicampur undi Ahmad Said sebanyak 38,535 dengan undi calon PH, Hasuni Sudin sebanyak 8,340 pada PRU15 lalu, Raja Afandi sepatutnya boleh mendapat lebih 45 ribu undi.


Mengapa beliau hanya berjaya mendapat 27,778 undi?


Adakah pengundi UMNO sendiri menolak Raja Afandi dan kerjasama BN dengan PH tidak diterima oleh pengundi Melayu?


Apa pun, kejayaan cemerlang Pas di Kemaman dengan meletakkan Ahmad Samsuri sebagai calon, disertai dengan gambaran beliau adalah calon Perdana Menteri bagi masa depan, ini bererti sudah sampai masanya bagi Mahiaddin Md Yasin untuk bersara dan Hamzah Zainuddin untuk turut berlapang dada memberi laluan.


Lagi pula dengan Pas mempunyai 43 kerusi Parlimen, paling besar dalam gabungan PN, bahkan terbesar antara semua parti dalam negara ini, memang sudah sampai waktunya bagi parti itu meletaklan calon Perdana Menteri yang nampak berwibawa dan “boleh dijual” kepada pengundi dalam PRU16 akan datang nanti.


Jika selepas ini ada lagi PRK di mana-mana dan Ahmad Samsuri diturunkan dengan lebih kerap sebagai wajah calon Perdana Menteri, rasa-rasanya Pas akan lebih mudah memikat hati pengundi, seterusnya mencipta kemenangan.


Mahiddin dan Hamzah, dengan perkembangan ini bukan saja bertukar menjadi “PM Tepi”, malah boleh terus duduk diam-diam di tepi. – ShahbudinHusin 03/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/03/bila-pas-sudah-ada-ahmad-samsuri-sebagai-calon-perdana-menteri-mahiaddin-dan-hamzah-sudah-boleh-duduk-diam-diam-di-tepi.html

SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN MUHAMMAD SANUSI?



“Saya dijemput hadir dalam perundingan projek jajaran jalan menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, Thailand yang akan dibuat satu pintu masuk baharu bagi menangani kesesakan trafik di pintu sedia ada. “Dalam jemputan itu, jadual penuh diberikan dari pagi hingga petang diuruskan pegawai tadbir diplomatik (PTD) PMO dan pejabat Menteri Besar Kedah berdasarkan prosedur biasa hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri,” katanya dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu.




RENTASAN 1498 | PANAS!! KINI MB KEDAH 'RASA TERHINA' DENGAN TINDAKAN 'LI...




MENARIK DALAM RENTASAN 1498
1. BUKTI SUDAH BERLAMBAK, TUNGGU APA LAGI? 2. BEGINILAH DEMOKRASI DIRAI 3. SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN MUHAMMAD SANUSI?


[gempak] PAS ANGKAT SUMPAH PM11? PEMIMPIN BERSATU ‘TERCABAR’. PENYOKONG PAS TERTIPU LAGI


Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanangkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri masa depan dari Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.
Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata sebelum ini Hamzah diuar-uarkan bakal menggantikan Muhyiddin Yassin jika beliau melepaskan jawatan presiden, disokong kenyataan ‘beliau dilatih’ untuk menjadi pemimpin masa depan. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 24 Nov lalu, Muhyiddin mengumumkan hasrat enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan, namun membuat pusingan U keesokan harinya selepas mengambil kira pandangan ahli serta keluarganya.





SANUSI SPIN PULAK

 

Sanusi tidak terlibat dan tidak dijemput menyertai Mesyuarat Pre-Council di Raia Hotel Alor Setar. Dia boleh tipu walaun, tapi jangan spin isu ini dalam Sidang DUN…. Inilah sikap pimpinan PAS.




MENANG DAH. BILA NAK DI LANTIK JADI PM

Nak jadi 'PM' negeri Terengganu boleh lah. Nak jadi PM Negara berbilang kaum tak boleh. Boleh kucar kacir Negara

ISU DR AGUS DAN CABARANNYA BUAT ANWAR



Suka atau tidak, isu yang kini menjadi perbualan ramai melibatkan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Prof Dr Mohd Agus Yusof adalah petaka yang sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Sekurang-kurangnya ada dua penyebab yang berpunca daripada Dr Agus yang menyumbang kepada tercalarnya imej Anwar itu.


Pertama, Dr Agus telah gagal total selaku Ketua Pengarah J-Kom dan kerana kegagalannya itu menyebabkan Anwar dipersalahkan lantaran melantik bekas pensyarah UKM itu ke jawatan tersebut.


Selain ada yang menyifatkan Anwar telah salah pilih dan gagal melantik orang yang betul untuk mengetuai J-Kom, tidak kurang ada yang ingin tahu, siapakah yang mencadangkan nama Dr Agus kepadanya?


Sama ada melantik Dr Agus dulu itu adalah keinginan Anwar sendiri kerana latar belakang kerjayanya atau kerana ia dicadangkan oleh orang lain kepadanya, banyak pihak bagaimanapun tetap meletakkan kesalahan akhir adalah kepada Perdana Menteri.


Kata mereka, Anwar sepatutnya membuat lebih penelitian terhadap Dr Agus sebelum mahu melantiknya mengetuai J-Kom.


Tambah mereka lagi, jika Dr Agus sejak awal lagi berjaya “ deliver” dalam tugasnya sebagai Ketua Pengarah J-Kom atau jika sekiranya individu lain yang benar-benar berkemampuan dan boleh bekerja dilantik mengetuai agensi itu, sudah pasti nama Anwar tidak tercalar ketika ini.


Perkara kedua yang turut menyumbang kepada tercalarnya imej Anwar ialah berikutan perlakuan tak senonoh yang didakwa dilakukan Dr Agus sebagaimana terpapar dalam “video Wahab” yang tular di alam maya, seterusnya diikuti laporan polis oleh Wahab sendiri yang mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh bekas Ketua Pengarah J-Kom itu.


Memandangkan J-Kom adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, disertai pula peranan pentingnya adalah untuk mempromosi agenda kerajaan serta menjulang kebaikan Perdana Menteri, apa yang terserlah mengenai sisi lain Dr Agus itu jelas merupakan suatu kontradiksi yang memercikkan rasa malu kepada Anwar.


Sekali lagi dipertanyakan ramai, kenapa Anwar tidak memeriksa betul-betul latar belakang Dr Agus sebelum mahu membawanya berkhidmat dalam kerajaan?


Namun demikian, oleh kerana semuanya sudah berlaku, bahkan kini sedang dalam siasatan pihak polis, Anwar tiada pilihan lain melainkan menerima semua itu sebagai pengajaran, sekallgus cabaran dalam mengemudi negara.


Untuk akan datang, sementara difahamkan banyak pihak sedang melobi untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah J-Kom, sama ada melalui pegawai-pegawai PMO, melalui mereka yang rapat dengan Anwar atau barangkali ada yang melobi terus dengan Perdana Menteri sendiri, setidak-tidaknya tiga kriteria harus diambil kira dalam lantikan yang bakal dibuat nanti.


Pertama, pilihlah mereka yang diketahui dan dikenalpasti benar-benar boleh bekerja dan mampu melaksanakan tugas menerajui J-Kom dengan baik.


Kedua, lantiklah orang parti dan mereka yang faham serta ada pengalaman dalam sepak terajang politik di lapangan.


Hanya orang politik yang lebih faham bagaimana untuk “memasarkan” imej kerajaan dan Perdana Menteri secara lebih berkesan di mata rakyat, selain perlu berperanan menangkis tohmahan, manakala ahli akademik, pegawai kerajaan atau lain-lain kelompok tidak sebaik itu kemampuan serta pengetahuan mereka.


Ketiga, belajar daripada apa yang baru berlaku, seseorang yang mahu dilantik mengetuai J-Kom juga mestilah diketahui dan dikenalpasti dengan jelas naluri seksualnya.


Jika lelaki, ia mestilah lelaki sejati yang naluri keinginannya hanya kepada wanita, bukan lelaki yang suka kepada lelaki.


Begitu juga jika wanita, ia mestilah wanita sejati yang keinginannya cuma kepada lelaki, bukan wanita yang suka kepada wanita.


Lelaki atau wanita sejati adalah manusia normal yang biasanya lebih mampu mengawal nafsu dan ada keupayaan menghindar diri daripada terjebak dalam gejala yang bersifat melampau.


Jika tiga syarat di atas diambil kira, Insya Allah Anwar akan selamat dan tidak tercalar lagi imejnya, bahkan J-Kom lebih mampu menyerlah dalam peranannya yang sebenar. – ShahbudinHusin 02/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/02/isu-dr-agus-dan-cabarannya-kepada-anwar.html#google_vignette



GITULAH DI NEGERI KELANTAN


 Zaha Zek


Ulamak dilarang ceramah agama.Artis buat konsert sparuh bogel dibenarkan.



NAMPAK GAYA CARA FITNAH BERKESAN DALAM POLITIK

 



Che Ibrahim.


Tahniah pengundi Kemaman... BN hilang 10808 undi, Pas hilang 716 undi berbanding PRU 15.


Nampaknya Kerajaan Perpaduan masih teraba raba mencari formula kebersamaan menjelang PRU 16 sekitar 4 tahun lagi.

DULU PUN KAU KHIANAT


MohdRosli


 Masa kau khianat dulu kenapa tak letak jawatan




ADA LAGI BAKAL LOMPAT

 


Seramai empat hingga lima Ahli Parlimen dari Bersatu dilapor akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Sinchew Daily melaporkan, wakil rakyat tersebut adalah dari Kedah, Perak dan Terengganu 😁😁

HATI HATI MENGKAPIRKAN ORANG



Ahmad Mursi


 Macam kunyah kacang je panggil "Kapir". Tambah 'ha ha ha' pula. Cuba Ulama2 PAS jelaskan, kita nak panggil fenomena apa kalau bukan Khawarij?


Tarbiyyah apa yg walaun seperti ni lalui sampai sdikit pun tak rasa takut tuduhan akidah itu kembali padanya?


Kata2 mcmni jadi rutin biasa di medsos dan whatsapp dan sangat menakutkan.


Marah dan benci sekuat mana skali pun pada seseorang, saya tak akan berani panggil begini kerana kekufuran itu akan balik pada saya.