LANGKAH SETERUSNYA, MAHIADDIN KINI WAJIB AMBIL JAWATAN KETUA PEMBANGKANG DARIPADA HAMZAH


Bagi sesiapa yang pernah berjumpa dengan Mahiaddin Md Yasin, mereka pasti sedar topik pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam politik adalah antara tajuk perbualan yang jarang tidak disentuhnya.


Presiden Bersatu itu ternampak amat berbangga dengan pengalaman tersebut, terutama selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.


Ini sekaligus memberi maksud bahawa banyak kejayaannya dalam dunia politik, terutama kelicikan “memotong di korner” untuk menjadi Perdana Menteri pada 2020 lalu adalah dirangsang serta dipandu oleh pengalamannya yang cukup lama itu.


Setelah gagal bertahan lebih lama di singgahsana kuasa dan kemudian gagal juga untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas PRU15 lalu, Mahiaddin dalam sejak akhir-akhir ini berdepan satu lagi cabaran untuk cuba diketepikan daripada mengetuai parti yang sedang diterajuinya.


Dalam kalangan Bersatu sendiri, ramai yang melihat beliau sudah tidak relevan untuk memimpin Bersatu dan PN bagi menghadapi PRU16, bukan saja disebabkan beberapa kegagalannya kebelakangan ini, malah ditambah dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Selain itu, isu menantunya yang melarikan diri ke luar negara dan gagal dikesan sehingga kini lebih menjadikan bebannya membukit untuk terus relevan mengemudi kejayaan parti.


Untuk itu, bukanlah rahsia lagi bahawa Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu dan Ketua Pembangkang di Parlimen dilihat sebagai pemimpin yang layak untuk menggantikan Mahiaddin.


Mahiaddin sendiri dilihat sedar hakikat itu di mana di beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu diadakan, beliau sendiri membayangkan kesediaan untuk berundur, cuma mahukan proses peralihan harus dilakukan dengan lancar.


Dalam ucapan perasmian perhimpunan tahun parti Jumaat lalu pula, Mahiaddin akhirnya membuat pengumuman tidak akan mempertahankan lagi jawatannya.


Ramai yang melihat pengumuman itu dibuatnya kerana sedar beliau sedang sedang berada di laluan yang sempit untuk mara ke hadapan.


Terbukti akhirnya pengumuman itu hanyalah taktik dan strategi untuk memancing hati perwakilan, sudah tentu disertai gerakan yang disusun secara diam-diam melalui ucapan perwakilan, mesyuarat khas secara tergempar dan seterusnya keputusan Perhimpunan Agung yang membuat ketetapan menolak keinginan Mahiaddin untuk berundur itu.


Sebagaimana diduga, Mahiaddin sudahnya akur untuk tidak berundur, sebaliknya setuju mempertahankan lagi jawatannya pada pemilihan parti tahun depan.


Terbukti di sini, pengalaman selama lebih 40 tahun dalam politik itu memberi satu lagi kejayaan buat Mahiaddin.


Mahiaddin akhirnya berjaya melakukan Pusingan U di laluan yang dilihat makin sempit di hadapannya untuk kekal lagi menerajui Bersatu dan PN serta sudah tentu akan dinamakan sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri pada PRU16 tahun 2027 akan datang.


Dalam hal ini, apa yang Mahiaddin perlu lakukan seterusnya?


Bersama kejayaan kekal lagi memimpin parti dan menyingkirkan ancaman Hamzah daripada mencabarnya, Mahiaddin kini tiada pilihan lain jika ingin terus dilihat lebih berwibawa memimpin PN mendepani PRU16 melainkan dengan turut sama memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.


Mahiaddin perlu mengambil jawatan tersebut daripada Hamzah tanpa kompromi dan tanpa ada perasaan kesian sedikit pun.


Beliau dalam hal ini harus sedar bahawa cabaran di depannya adalah besar, selain memenangi PRU16, adalah juga untuk membebaskan diri dan menantunya daripada cengkaman kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Lihat bagaimana Anwar Ibrahim berjaya memperolehi pengampunan dan Zahid Hamidi memperolehi DNAA, semuanya adalah melalui kuasa politik dan kejayaan berada sebagai sebahagian daripada 

kerajaan.


Maka, untuk PRU16 akan datang, Mahiaddin harus merangkum semua kekuatan yang ada disekelingnya untuk memperolehi kuasa dan matlamat membebaskan dirinya.


Hanya dengan menambah jawatan Ketua Pembangkang dalam koleksi dirinya saja dilihat mampu memberi lebih kekuatan ke arah matlamat itu.


Lagi pun, dengan terus membiarkan jawatan Ketua Pembangkang dipegang Hamzah, hodohnya PN di mata rakyat ialah gabungan itu seolah-olah ada dua nakhoda dalam kapal yang sama.


Bagi tujuan melicinkan lagi Bersatu dan PN serta memudahkan Mahiaddin mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang itu, beliau juga tiada pilihan selain perlu melucutkan Hamzah daripada terus memegang jawatan Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PN.


Kedua-dua jawatan itu lebih wajar untuk Mahiaddin serahkan kepada Azmin Ali yang diketahui kebih tersusun, lebih kemas dan lebih teliti dalam gerak kerjanya politiknya selama ini, malah sejak bersama PKR lagi.


Dalam fasa menuju PRU16, Hamzah barangkali cukup sekadar diberi jawatan Bendahari Agung saja, itu pun jika Mahiaddin masih ada sedikit simpati dan kesian kepadanya. – ShahbudinHusin 26/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/26/langkah-seterusnya-mahiaddin-kini-wajib-ambil-jawatan-ketua-pembangkang-daripada-hamzah.html




Apabila lebai cuba menunggang agama.










Zaman dia halal

Zaman orang lain haram.


Negeri dia halal,

Negeri orang haram.


Dia sanggah mufti halal,

Orang sanggah mufti haram.




BIARKAN LAH . CITA DIA NAK JADI KERAJAAN

 

Kawan tu dah pakat nak surrender. Tapi Ketua lebai masih isim nak tebuk atap, tak padan dengan bertongkat.


"Tak chukuppp jhemlah masih lagi tak chukuppp"




MENFAATKAN PERHIMPUNAN AHLI MENERANGKAN HASRAT SEBAGAI KERAJAAN.

 









Menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut hadir rakan-rakan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan dari UMNO-BN, GPS dan GRS, selain sahabat-sahabat pimpinan dari Amanah dan DAP. 


Saya mencerahkan khalayak pimpinan dan anggota partai mengenai usaha dan pencapaian satu tahun Kerajaan Perpaduan meski berdepan dengan pelbagai kekangan dan mehnah, kita berjaya merangkul jumlah pelaburan sebanyak RM132.6 bilion di pelbagai sektor dan bidang dalam usaha kita mencambah pertumbuhan ekonomi. 


Saya menambah bahawa negara turut memerlukan langkah tuntas dan berani dari pihak Kerajaan dalam mendepani hutang yang kini mencecah RM1.5 trilion selain defisit yang membengkak saban tahun. Masalah subsidi pukal yang selama ini memanfaat golongan mahakaya dan lebih 3 juta warga asing juga didepani secara progresif agar yang benar-benar menerima manfaat adalah rakyat terbanyak. 


Saya turut menegaskan bahawa perubahan dan usaha mereformasi tatanan ini tidak harus dijelmakan secara gelojoh dan semberono tetapi mesti bergerak sederap dengan memahamkan rakyat selain mencari konsensus di kalangan pimpinan dan penerimaan rakyat. Ini kerana keutamaan kita adalah masalah asas rakyat yakni kemiskinan tegar, sekolah-sekolah daif serta klinik yang usang mesti diberi nafas dan ruh yang baharu. 


Saya menceritakan pengalaman menjelmakan pembaharuan seperti yang terpahat dalan lipatan sejarah saat Revolusi Perancis digerakkan di mana idea, kepentingan dan tuntutan elit dan golongan liberal diutamakan ketimbang masalah rakyat di bawah yang lebih mendesak. ‘Reign of Terror’ adalah kemuncak di mana tokoh fraksi Jacobin Robespierre diguling serta dipancung. 


Justeru, atas kesedaran ini kita mesti berhemah dalam melakukan pembaharuan dan mesti menyikapi fiqh awlawiyyat dengan cekap dan bijaksana. 


Dalam kesempatan yang sama, saya turut mengucap penghargaan kepada rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan kerana berusaha dan setia kepada usaha menegak tatakelola yang bertanggungjawab dan berkesan. 


Kepada rakan pimpinan dan anggota, saya ucapkan selamat berkongres! 


#MalaysiaMADANI



NAK BUNUH PM DAN KABINET. OLEH KERANA DIA TAK MENDAPATKAN MAKLUMAT, MAKA KITA BIARKAN PDRM JELASKAN NANTI





 Aku tak faham dengan walaun ni. Kenapa  bodoh sangat sampai tahap buat posting gila sebegini? Ingat negara ni tak ada undang-undang?


Bila aku kata PN dan PAS diselubungi ekstremisme, walaun tak terima. Tapi ini apa? Dan ini bukan kes yang pertama. Dah banyak sebegini.


Dah ada yang dikenakan tindakan. Memang walaun jenis tak baca berita ke? Takkan tak tahu sebelum ni dah ada yang kena? Dan takde sorang pun lebai yang datang membantu. Tak serik?


Posting nak tembak, nak bunuh orang macam ni memang satu jenayah. Tak payah PMX, ko kata nak bunuh mat gian pun salah. Inikan nak tembak PM.


Suatu masa dahulu PAS pernah sibuk laung politik matang dah sejahtera. Tapi palsu je. Hakikatnya, PN gagal didik pengikut sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PANCING





Dalam dunia politik, sejak berbulan dahulu, kita dah dengar cerita. Little Bird malah Big Bird sampaikan, dalam Bersatu ada pergolakan. 


Mula2 dulu kem DS Hamzah vs DS Azmin. Namun sekarang Azmin dah nampak bawak diri ke Selangor. Makanya, cengkaman Hamzah makin kuat dalam parti. Khabarnya nak lawan Presiden sendiri. 


Minggu lepas, TSMY tegaskan. Siapa nak lawan dia dijemput bertanding. Takde hal. Itu perkuatkan khabar angin, jawatan Presiden akan dipertanding. 


Semalam, kita dapat khabar TSMY secara mengejut nak lepaskan jawatan. Takkan bertanding pemilihan akan datang. Ada Dejavu di situ. Kita pernah tengok scene ni dulu. Ada Presiden Parti Melayu pernah umum pengumuman mengejut sebegitu. Dan ramailah pujuk rayu. 


Dalam selang sehari, setelah DS Hamzah sebak dalam ucapan, seolah2 merelakan Presiden pergi, Presiden buat u-turn daaaa… Dia kata isteri dia tak bagi pula. 


Bacaan saya, Hamzah kena pancing. TSMY sebagai orang lama dalam politik, banyak trick dalam poket. And he played it well this time. 


Politik ini seperti perang. Perang untuk gaining grounds. Walaupun dalam parti sendiri, mereka tak boleh 💯 mempercayai. To each their own, demi kuasa politik. 


Pelbagai undercurrent yang kita boleh baca sebulan dua ini. Bagi Pemerhati Politik, ini masa yang menarik. 


Nanti bila little bird bagi tips, saya janji update. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



DIA LAGI HEBAT BERLAKON. TANYA LAH MOKHTAR SENIK...KES LENA DULU TAK KN LUPA.....

 





Mokhtar Senik kata tindakan Chris Martin sujud dan cium tanah setibanya di Malaysia adalah lakonan untuk sesatkan orang Malaysia khususnya Muslim.


Aku baca je tergelak. Hal nak perdayakan orang tu bukan benda asing. Bukan Chris Martin je buat tu. Ada sesetengah golongan berserban pun buat juga.


Contoh, sebab nak undi, dia tunjuk alim. Sibuk nak buat hudud la, nak RUU355 la, nak jaga syariah la, eh macam macam la. Semua dia buat untuk Islam.


Tapi bila ada kuasa, hudud entah ke mana. Lepas tu pulak, siapa sebut hudud tu dikira bisikan syaitan. RUU355 pun, 33 bulan tak sempat.dah tiada kuasa baru teringat. Sakau sempat pulak.


Masa jadi pembangkang rajin bantah maksiat. Tapi masa memerintah, banyak je acara maksiat jalan. Ke masa dia ada kuasa, maksiat dapat pahala?


Dah jadi pembangkang, sibuk nak demo konon nak pelihara syariah. Tapi masa kes Nik Elin difailkan, dia yang berkuasa. Boleh dia kata tak tahu. Dah jadi menteri dulu kerja makan tidur je ke?


Ada banyak la benda hipokrit yang geng ni buat. Macam Mokhtar Senik kata la. Itu semua lakonan untuk sesatkan pengikutnya. Ramai juga terpedaya.


Aku rasa Mokhtar tahu pasal ni sebab dia berkawan dengan ramai orang yang aku sebutkan di atas. Dia kenal sangat perangai hipokrit. Tu dia berani cakap.


Chris Martin sujud sebab apa kita tak tahu. Tapi dia bukan muslim. Perbuatan dia tak sedarkan muslim pun sepatutnya. Tiada yang fikir dia sujud syukur.


Tapi golongan berserban palsu tu menipu gunakan nama Islam. Itu lebih berbahaya, lebih menyesatkan dan lebih wajib dijauhi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BUAT KERJA SETAN


Zuliadin Abdullah


Ada satu kisah, seorang individu berjalan menuju ke sebuah kelab malam dengan melengkapi dirinya dengan sebuah bom.


Tujuannya, untuk meletupkan kelab malam terbabit kerana menurutnya ia pusat maksiat. 


Dalam perjalanannya dia terserempak dengan seorang ulama, orang alim. 


Lalu dia cuba meminta restu ulama terbabit akan perbuatannya yang dianggap jihad untuk agama itu.  


Lantas ulama itu bertanya, setelah kamu meletupkan kelab malam itu dan orang di dalamnya mati, kemana pergi mereka semua. 


"Ke neraka", jawabnya bersemangat. 


Lalu ulama itu bertanya, siapa yang paling mahukan anak anak Adam itu ke neraka? apa tuhan? atau syaitan?  


Pemuda itu terdiam sebentar, kemudian lalu menjawab, syaitan. 


Nah, yang kamu lakukan ini bukan jihad untuk agama, sebaliknya kerja setan, iaitu membawa ramai anak Adam untuk ke neraka. 


Peranan pendakwah dan penghukum gagal dibezakan, maka tak hairan timbul doa doa pelik mohon bala kepada sesama Islam hanya kerana dirasakan dirinya alim, dan pihak lain ahli maksiat. Kerana merasakan diri itu mukmin, dan individu lain itu wajar dinerakakan.


YANG SOKONG TAPI TAK SOKONG BOIKOT



Mungkin poster PAS 'kemenangan akan sirna' untuk Palestin tu disengajakan. Bukanlah satu kesilapan.


Sebab apa aku kata begitu, sebab lebai ajak boikot Coldplay tapi kata tak mampu boikot Mercedes.


Sedangkan Coldplay sokong Palestin dan Mercedes pula sokong Israel. Siap beri dana lagi.


Lebai ajak boikot yang sokong Israel, dalam masa yang sama enggan boikot penyokong Israel. Apsal jadi macam tu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ULASAN | MALAYSIA: SEBUAH NEGARA PROGRESIF DI PERINGKAT ANTARABANGSA





“Stop these atrocities. Stop the killings of women and children. Now! (Hentikan kekejaman ini. Hentikan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak. Sekarang!)” 


Petikan daripada ucapan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di San Francisco.


Pada 11 November 2023, YAB Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia telah menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Kelapan bertempat di Riyadh, Arab Saudi dan seterusnya berlepas ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi terlibat sama dalam Sidang APEC untuk menyatakan pendirian dan sikap Malaysia di peringkat antarabangsa, kedudukan geopolitik dan kerjasama dengan negara luar dalam aspek ekonomi. 


Saya menyaksikan sendiri bagaimana YAB Perdana Menteri secara tegas dan jelas mewakili Malaysia melonjak isu penderitaan nasib warga Palestin serta krisis kemanusiaan yang menimpanya saat ini. 


Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, YAB Perdana Menteri tidak mengambil jalan pintas untuk memboikot pertemuan dengan warga antarabangsa, sebaliknya mengeksploit dan menggunakan ruang antarabangsa sebaiknya dalam menyatakan pendirian Malaysia secara terbuka biarpun di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden sendiri.


Dalam pada masa yang sama, kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin negara-negara luar digunakan semaksima mungkin bagi mempertingkat kerjasama strategik dalam hubungan ekonomi, kesihatan, pendidikan serta teknologi agar dapat memberi manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia. 


Hal ini terbukti apabila YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa misi perdagangan dan pelaburan ke AS secara kumulatifnya berjaya dijana hasil komitmen pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM63.02 bilion serta mencapai nilai potensi eksport sebanyak RM2.78 bilion dari Malaysia. 


Antara kejayaan delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri serta pasukan dari MITI dan KKD yang direkodkan adalah;


• Pertemuan yang diadakan bersama gergasi teknologi seperti Google, Microsoft, Tik Tok dan TPG hakikatnya telah berjaya membawa komitmen sehingga RM54.72 bilion bagi tempoh 10 hingga 15 tahun. 


• Hasil komitmen FDI berjaya diraih sebanyak RM8.3 bilion daripada Abbot Laboratories, Mondelez Internasional, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services dan Lam Research. 


• Pelaburan ini akan merancakkan pembangunan sektor seperti aeroangkasa, bahan kimia, farmaseutikal, teknologi bateri EV, peralatan kesihatan, perkhidmatan awam dan logistik. 


• Nilai eksport dari Malaysia turut berjaya dicapai sebanyak RM2.78 bilion apabila syarikat-syarikat seperti Canadian Tire Corporation, Global Agri Trade Corporation dan Unigen Corporat telah sepakat untuk memberi komitmen ini bagi mempertingkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua entiti. 


• Pemeteraian perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang antara kerajaan Malaysia dengan Blackberry Ltd untuk mengukuhkan kedudukan keselamatan siber negara.


• Hasil kerjasama yang dimeterai ini akan membawa kepada penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) di Kuala Lumpur pada 2024 -yang menjadikan ini adalah CCoE yang pertama di rantau Asia Pasifik.


Lantaran itu, pendekatan yang progresif dan strategik adalah penting untuk memastikan kestabilan ekonomi negara terjaga di samping turut menjadikan Malaysia antara negara yang vokal dan di barisan hadapan dalam menyuarakan isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. 


Akhirul kalam, usaha yang dipergiatkan ini juga diharap membuahkan kejayaan yang gemilang kepada negara serta dapat memberi tekanan kepada kuasa besar dunia agar tidak terus membisu dalam isu ini.


AHMAD FARHAN FAUZI

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri