SOQANG DAH KENA PENJARA . DI KELANTAN SEBAB BERLAKU PERBUATAN LUCAH. SEORANG LAGI PULA TAK ADA BUAT LUCAH CUMA BUAL LUCAH. JADI YANG JAJA NI SEBAB POLITIK. TAK GUNA BETOI WALAUN PAS.

 

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari inimengekalkan sabitan dan hukuman 13 bulan penjara terhadap seorang guru agama atas kesalahan kelucahan melampau pada seorang ahli perniagaan lelaki.



Beberapa hari sebelum ini, tular rakaman perbualan yang dikatakan oleh seorang Ketua Jabatan dengan seorang lelaki lain. Bagaimanapun Ketua Jabatan dan lelaki itu mengatakan suara dalam rakaman itu adalah suntingan AI.



Dua kejadian. Satu telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah manakala satu lagi dikatakan sebagai fitnah. Satu telah berlaku kejadian manakala satu lagi, tiada berlaku apa-apa kecuali perbualan lucah.


Menurut Islam, seseorang itu tidak dikira berdosa selama mana dosa itu belum dilakukan. Perbualan lucah mungkin berdosa tapi tidaklah dosanya itu sebesar melakukan kelucahan melampau.


Nampak perbezaannya?


Tapi yang menjadi bualan hangat, yang dijadikan bahan kutukan, yang mendapat cemuhan, adalah yang berbual itu walaupun sebenarnya tidak ada perbuatan secara fizikal. Kenapa agaknya?


Mudah je jawapannya. Sebab politik. Itu saja.


Jadi puak yang acah suci, yang konon benci kepada kepada kemungkaran, hanya mencerca pihak yang mereka tidak suka walaupun ianya satu fitnah. Atau kalau bukan fitnah pun, dosanya belum berlaku lagi.


Tetapi sekiranya kaum mereka sendiri yang lakukan, biarpun mahkamah dah sabitkan kesalahan bahkan telah pun jatuhkan hukuman, mereka akan diamkan.  Begitulah tahap hipokrasi mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KOT MANA TN IBRAHIM JELASKAN BAB LIWAT NI. BIÀR BETUL.


Che Ibrahim.


 Boleh  Tn Ibrahim Tn Man tolong ajar ambo, undang undang mana yang kata liwat tidak menjadi satu kesalahan jika pelakunya berumur lebih 18 tahun dan tiada paksaan??




Sikap tegas atas konflik Palestin tidak jejas pelaburan Barat - Anwar


 Sikap tegas Perdana Menteri (PM) Malaysia dalam isu konflik Palestin - Israel tidak menjejaskan pelaburan asing terutama dari negara Barat ke Malaysia.



Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat kebimbangan bahawa ucapan beliau yang agak keras di Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengecam Israel dan mempersoalkan sokongan Barat ke atas kekejaman rejim Zionis akan mempengaruhi kemasukan pelaburan.



"Selepas saya keluarkan kenyataan (kecaman), tentu di sini (Malaysia) juga ada suara kebimbangan. Takut beri kesan kepada kedudukan ekonomi negara. Tentunya sebagai orang bertanggungjawab kepada pertumbuhan ekonomi, kita mengambil kira dan prihatin tentang masalah ini



"Sebab itu dalam semua kegiatan kita yang lain (di persidangan APEC), kita memberikan tumpuan untuk menjalin hubungan dan menggunakan pertemuan itu mengadakan pertemuan rasmi atau bukan (dengan pelabur)," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) dalam Dewan Rakyat sesi pagi.



PM yang juga Menteri Kewangan membariskan beberapa gergasi teknologi yang beliau temui sewaktu menghadiri sidang APEC di San Francisco baru baru ini termasuk Google dan Tiktok.



Komitmen pelaburan yang diperolehi Malaysia dalam lawatan itu katanya mencecah RM 63 bilion.



Tegas Anwar, kelantangan Malaysia dalam membela Palestin setakat ini tidak menjadi pertimbangan syarikat asing untuk masuk melabur. Mereka masih mengutamakan kestabilan politik dan dasar ekonomi negara.



"Ini penting kerana ada yang melahirkan kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan AS dan Eropah menjejaskan ekonomi.



"Namun setakat ini saya ingin berikan penjelasan dan jaminan bahawa menemui beberapa pelabur utama AS nampaknya keutamaan masih diberikan kepada politik yang stabil, dasar ekonomi jelas dan mempercepatkan proses kelulusan yang sekarang dikendali oleh MAIDA," katanya lagi.



 

Palestin: 'Satu hari tambahan serangan, makin banyak korban berjatuhan'

Perang di antara Palestin dan Israel diberi fokus utama dalam lawatan kerja dan menghadiri persidangan oleh Perdana Menteri di luar negara sejak seminggu lalu.


Hal itu ditegaskan dalam jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) di Dewan Rakyat pagi ini bagi menjelaskan pertanyaan Ahli Parlimen Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya apakah hasil lawatan PM keluar negara menghadiri persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).


"Sebagai tamu (di APEC) tentu ada beberapa peraturan yang kita patuhi. Tetapi kerana hal ini (kekejaman Israel) terlalu parah dan pembunuhan berterusan maka saya tidak ada pilihan menggunakan setiap ruang, sementara membicarakan hal ekonomi, saya juga bangkitkan soal penindasan berterusan.


"Walaupun tidak dalam perencanaan awal, saya sebut bahawa negara kita membantah tindakan Rusia menakluki wilayah yang dianggap miliknya di Ukraine (ditentang negara Barat) dan kemudian tidak bersama (pula) membantah tindakan Israel.


"Memang tidak ada jawapan, sebab itu dalam sidang akhir (APEC), kebetulan kedudukan kerusi Malaysia itu betul betul berdepan Joe Biden (Presiden Amerika Syarikat), sebelah kanan saya itu, setiausaha negara (AS) Blinken. Saya suarakan dengan tegas bahawa ada permasalahan, manakala kita diminta mengutuk Rusia soal Ukraine tetapi membisu apabila ada pembunuhan kejam (oleh Israel).


"Saya sebut ungkapan agak penting, 'jangan lagi orang Barat menganggap ini (amalan era) kolonial, menentukan dasar dan bentuk tindakan kita'.


"Dia tidak boleh memaksa kita menentukan pendirian kita. Saya kata mesti sekurang kurangnya (Israel) menghentikan serangan sekarang. Saya sebut, satu hari tambahan (perang) bermakna masih ada anak anak, wanita dan orang awam dijadikan korban," kata Anwar pada sesi pagi Dewan Rakyat.


Sebelum itu, PM turut menjelaskan hasil persidangan negara negara Islam di atas jemputan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohamad bin Salman.


Kata Anwar, selepas mesyuarat negara Islam beliau berunding dengan Presiden Turkiye, Reccep Tayyib Erdogan dan Presiden Mesir Adbel Fatah el Sisi berkenaan kedudukan terkini konflik Palestin - Israel.


"Malaysia mempunyai pendirian tegas dan kita tidak mahu sidang hanya mengemukakan usul atau desakan tetapi mesti ada tindakan lebih berkesan. Sebab itu selepas di Riyadh saya ambil kesempatan berunding dengan Tayyib Erdogan dan Abdel Fatah Sisi, Mesir


"Apa yang dibangkitkan, setakat yang dirumuskan di Riyadh adalah menyegerakan keputusan menghentikan serangan ke atas Gaza yang belum berhasil sampai sekarang.


"Ada cadangan Mesir, Jordan, negara jiran ambil pelarian Palestin dan itu tidak disetujui negara Islam kerana beri peluang Israel menakluki Gaza. Yang dilakukan oleh UAE adalah mengambil yang sakit parah terutama bayi dan anak kecil untuk rawatan di Abu Dhabi atau Dubai.


"Keputusan berikutnya untuk mendapatkan penyertaan 10 negara utama memikirkan strategi dan menteri luar dimasukan. 5 - 6 orang dari satu rantau dan kita mengusulkan Indonesia sebagai negara terkesan dalam hal ini.


"Terakhir serangan ke atas hospital milik Indonesia, dan mereka mengambil sikap yang keras membantah dan kita turut mengeluarkan kenyataan. Tetapi sebagaimana kita tahu, hal ini tidak memberikan kesan kerana keangkuhan kuasa (Israel) kerana didukung oleh negara Barat," katanya.


Dalam kesempatan pagi tadi juga PM menyuarakan rasa tekilan terhadap beberapa suara penentangan di dalam negara mengenai keprihatinannya terhadap rakyat Palestin.


Mengenai isu kaum minioriti, kata beliau, keadaan di Malaysia bukan seperti di Palestin yang memerlukan pembelaan yang lebih intensif.


Begitu juga terhadap nasib warga Palestin itu sendiri yang bukan sahaja terdiri daripada umat Islam tetapi juga orang Kristian dan terdapat rumah ibadat mereka dimusnahkan oleh Israel.


"Bahawa ini bukan sahaja isu agama Islam, penduduk Kristian juga terlibat. Walaupun kebanyakan masjid diroboh namun 7 gereja dimusnahkan di Gaza. Sekali lagi ditegaskan keperluan kita melihat isu ini sebagai isu kemanusiaan yang harus difahami dan mencuit perasaan kita, dan mendorong tindakan kemanusiaan diambil," katanya lagi.



 

Pertikaian undang undang syariah: Kerajaan tubuh jawatankuasa, menteri PN buat apa?


 Kes cabaran ke atas undang undang syariah negeri Kelantan yang kini di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tuduhan pembangkang seolah olah Kerajaan Perpaduan mahu melemahkan undang undang Islam dijawab di Dewan Rakyat hari ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) menyelar pembangkang PN yang beretorik menyalahkan kerajaan Madani berkenaan petisyen difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman, sedangkan cabaran undang undang tersebut dimulakan pada era pemerintahan PN.


"Saya tidak ada permasalahan dalam kes ini, supaya rakyat memahami dan mengetahui bahawa harus ada usaha peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah.


"Namun saya kesal seolah olah ada usaha mengalih tindakan Kerajaan Perpaduan sekarang. Semua tahu kes Selangor tahun 2021 dan Mahkamah Persekutuan telah buat keputusan, yang mana keputusan dibuat oleh DUN (hukuman syariah) bercanggah dengan Perlembagaan negara. Dan saya tidak dengar setahun dua yang lalu jawatankuasa (mengkaji masalah) ditubuhkan tetapi sekarang dihebohkan.


"Saya nak tanya menteri menteri, termasuk menteri undang undang dahulu, dia buat apa? Ada kata, saya tidak tahu. Bagaimana seorang menteri tidak tahu dalam kes seberat ini?


"Saya tegaskan ini kerana ada percubaan nak melagakan seolah olah kita (Kerajaan Perpaduan) tentang (undang undang syariah). Di mana yang kita tentang," katanya dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Mohd Azizi Abu Naim (Pas-Gua Musang).


Tegas PM, isu yang telah dibawa ke mahkamah pada tahun lalu itu sepatutnya dibahas atau dipertikaikan oleh pemimpin PN pada tahun lalu lagi. Bukannya menunggu tahun 2023 untuk dipersalahkan kepada kerajaan yang baharu.


"Kes ini diputuskan oleh DUN Kelantan (peruntukan hukuman), dicabar oleh Nik Elin yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Maknanya DUN tak boleh buat keputusan, parlimen tidak, PM tidak, bawa ke mahkamah.


"Bila dibawa ke Mahkamah Persekutuan? 25 Mei tahun lalu. Siapa yang perintah 25 Mei tahun lalu? Siapa PM? Siapa menteri undang undang? Dan sekarang ini semua dibebankan kepada kita," ujarnya.


Jelas PM, Kerajaan Perpaduan pada ketika ini telah berusaha dan mendapat perkenan Sultan Selangor yang merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji pertembungan undang undang syariah dan sivil dan mencari kaedah penyelesaian.


PM juga membawakan isu Perkara 121 (1a) yang beliau bawa suatu ketika dahulu apabila timbul hukuman yang diputuskan oleh mahkamah syariah sering dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.


Katanya, hal itu perlu diselesaikan pada waktu ini biar pun telah berdekad dekad lama dipendamkan.


"Kuasa mahkamah syariah harus ditingkatkan, bawa dalam perundingan. Jangan melalui DUN masing masing negeri. Itu terserah (pertindihan) kepada Mahkamah Persekutuan sekiranya (untuk) dianggap teratur (berperlembagaan) atau tidak," katanya.


Oleh itu, PM menolak keras tindakan pembangkang yang mempolitikkan isu pertembungan undang undang syariah yang dicabar di Mahkamah Persekutuan pada waktu ini untuk menyalahkan pihak kerajaan.


Katanya, hal itu cuba sedaya upaya sedang diselesaikan secara kompresensif oleh Kerajaan Perpaduan dan tidak perlu ianya menjadi pertikaian politik sama sekali.