HUDUD KATANYA DAH DILULUSKAN DI KELANTAN PADA 1993- LAMA SANGAT. MASA BERKUASA 2019 DULU TAK HALANG ?




20 UNDANG UNDANG INI TIDAK DIBUAT DI NEGERI LAIN. MENAGAPA TAKIYUDDIN KATA SERAGAM DI SEMUA NEGERI ?




KES NIK ELIN VS KERAJAAN KELANTAN





Kalu tak silap maklumat alik ambo, esok adalah pendengaran permohonan Nik Elin Nik Rashid vs Kerajaan Kelantan yang mencabar keabsahan 18.5 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di Mahkamah Persekutuan.


Ambo nak oyatnya, kalau Nik Elin sebagai pemohon @ pempetisyen telah dikecam, dihina, diugut sehingga Nik Elin terpaksa membuat laporan Polis (setakat ini dah 3 laporan polis yang berasingan telah dibuat), bagaimana pula nasib 9 orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar permohonan ini, lebih lebih lagi jika permohonan itu memihak kepada Nik Elin???


Apa nak jadi dengan negara ku sehingga isu undang undang dengan isu agama gagal difahami dan dibezakan sehingga menimbul polemik kerana sentimen keagamaan, hilang rasional??? atau mereka sengaja menutup kebenaran dengan menunggang agama??






 “JIKA ANDA pulang ke tanah air tercinta nanti, jangan jadi engineer biasa-biasa tetapi jadi engineer yang bertaqwa. 


Bila bertugas di kampung, jaga solat dan jadilah makmum di saf hadapan bila masuk waktu. 


Jadilah engineer yang menjadi contoh baik pada masyarakat dan berkhidmat untuk tingkatkan kehidupan orang kampung kerana Allah”


Begitulah ucapan semangat saudara Siddiq Fadzil (Allahyarham Profesor Dato' Dr) ketika saya menghadiri usrah yang diketuai beliau di Manchester pada tahun 1980. 


Beliau pada masa itu adalah aktivis ABIM bersama Anwar Ibrahim. 


Persatuan pelajar MMM (Manchester Malaysian Muslim) selalu mengadakan usrah dan kali ini saudara Siddiq Fadzil hadir untuk menyuntik semangat keislaman pada bakal jurutera dan teknokrat yang akan pulang ke Malaysia dengan membawa satu skrol ijazah.


Kata-kata motivasi saudara Siddiq Fadzil berdesing di kepala setelah selesai usrah, membakar semangat dan menguatkan azam saya untuk berkhidmat pada masyarakat terutama orang kampung bila balik nanti. 


Itu sahaja cara untuk ‘pay back’ atau pulangkan balik jasa negara yang membantu saya belajar dengan biasiswa dari tingkatan satu sehingga mendapat ijazah.


Tanpa bantuan tentunya saya masih terperap di kampung memotong getah atau menjadi nelayan tidak mendapat peluang belajar ke tahap paling tinggi. 


************************


Baca tulisan MUHAIMIN SULAM, anggota Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional mengenai Allahyarham Dr Siddiq Fadzil. 


Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia beberapa bulan sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan yang diterajui sahabatnya, Anwar Ibrahim.


Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu juga merupakan antara sosok penting dalam proses pembentukan Parti Keadilan Nasional pada 1999.


Kira-kira 16 tahun kemudian dia turut memainkan peranan penting dalam proses penubuhan Amanah. Bahkan tidaklah keterlaluan jika dikatakan Siddiq adalah ideolog kepada Amanah.


Fikrah dan wawasannya disampaikan atas pentas Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (Nunji) yang menjadi medan percambahan pemikiran dalam kalangan sarjana dan ulama, sama ada dari kelompok tradisional ataupun kontemporari di dalam mahupun luar negara.


Dalam konteks organisasi Amanah, pihak yang bertanggungjawab membangunkan modal insan dalaman ialah biro pembangunan sumber manusia yang diketuai Mujahid Yusof dan dibantu Suhaizan Kaiat.


Nunji lahir hasil pertemuan antara pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan sarjana serta ulama. Ia muncul pada fasa awal penubuhan Amanah.


Kekuatan parti memang sangat bergantung kepada kualiti ahli yang menjadi penggerak, pemimpin dan pengubah zaman yang berasosiasi dengan tradisi ilmu.


Individu yang mempunyai daya tahan kesan menanggung penderitaan sewaktu susah akan mampu juga mengelak diri daripada terjerumus ke lembah hina sewaktu berkuasa.


Siddiq membawa gagasan Islam dalam persekitaran Nusantara yang lebih sesuai dan hampir dengan sosiobudaya tempatan. 


Bukan bermakna dia menolak budaya Arab atau Timur Tengah dalam konteks kebudayaan dan kecenderungan semasa.


Ia lebih kepada penekanan terhadap persoalan identiti tempatan yang disesuaikan dengan agama menjadikan Islam berkembang cepat di dunia timur khususnya di Nusantara.


Delegasi Amanah ketika itu diketuai Mohamad Sabu dan disertai Salahuddin Ayub, Mujahid, Anuar Tahir dan Dzulkefly Ahmad. 


Mereka bertamu di Balai Rakyat yang merupakan tempat perbincangan peribadi Siddiq di pekarangan rumahnya di Bandar Baru Bangi.


Abim pula diwakili tokoh kanan pertubuhan itu seperti Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, Ahmad Azam Ab Rahman, Amidi Abdul Manan dan Prof Dr Shaharuddin Baharuddin.


Balai itu juga pernah menjadi tempat Lim Kit Siang, Ong Kian Ming dan Syahredzan Johan bertamu. 


Di situ jugalah para tetamu menerima pandangan Siddiq tentang persoalan pembangunan bangsa dan negara, selain usrah.


Memang dia mempunyai hasrat memberi kefahaman Islam kepada ahli-ahli politik terutama yang bukan Islam dalam memahami tasawur agama dalam konteks Malaysia.


Dalam pertemuan itu Siddiq menitipkan tiga pesanan yang harus dipegang kuat oleh pemimpin Amanah. 


Mendengar butir kata dari mulut sang pujangga bangsa itu, memang diri terasa bagai sirna dalam kabut politik.


Tentu saja pesanan itu bukan atas sifat dirinya sebagai ‘orang tua’ yang pernah bersahabat akrab dengan Almarhum Fadzil Noor. 


Ia adalah pesanan sebagai rasa tanggungjawab besar berdakwah di tanah air.


Pesanan pertama Siddiq, Amanah mestilah menjadi sebuah parti Islam yang progresif. 


Ia mesti melaksanakan pembaharuan (tajdid) yang membawa Islam lebih berkembang dan maju.


Islam bukan lagi dilihat sebagai penghukum sebaliknya berperanan sebagai penyelesai masalah.


Progresif juga membawa maksud lebih maju. Tentu sekali indikator bagi mengukur kemajuan bukan hanya pada angka yang bersifat objektif tetapi kepada hal-hal yang abstrak.


Lawan kepada progresif adalah jumud dan kolot. Progresif tidak bermakna melarutkan prinsip perjuangan Islam semata-mata untuk mendapatkan undi atau sokongan politik lalu menjadi sesumpah politik (political chameleon).


Parti politik Islam yang progresif merujuk kepada organisasi yang secara bijaksana menterjemah dan mengolah Islam dalam kerangka masyarakat yang berada dalam sistem moden, dan menggariskan keutamaan semasa.


Semua itu berasaskan kepada syariah dan realiti semasa.

Oleh itu, parti - dan lebih utama, kepimpinan - mesti mampu mengambil manfaat daripada perkembangan pemikiran dan persekitaran semasa tanpa menggadai prinsip dan dasar perjuangan parti.


Amanah juga perlu berani meneroka segmen yang kurang diberi tumpuan sebagai medan dakwah atau politik mereka. Jalan paling ampuh adalah memperbanyakkan hubungan pelbagai hala dengan pihak-pihak yang mampu berganding tangan mendaulatkan Islam.


Pesanan kedua Siddiq ialah Amanah perlu menjadi sebuah parti yang inklusif. Istilah inklusif memang dijadikan moto Amanah selain peduli dan progresif.


Persoalan inklusif di sini perlu difahami dalam erti kata yang lebih membumi. Fitrah kehidupan di dunia ini, manusia mempunyai pelbagai warna kulit, keturunan, budaya, harta benda dan sebagainya.


Inklusif bermakna kita menolak aliran asabiah yang sempit atau konsep ketuanan bangsa. Kedua-dua aliran itu digunakan oleh golongan ultranasionalis dan agamawan jumud.


Rasulullah SAW menggagaskan masyarakat Madinah al-Munawarah yang majmuk dari segi agama dan keturunan sebagai satu ummah. 


Piagam Madinah membuktikan bahawa dalam membangunkan negara dan peradaban manusia, agama dan iman seseorang bukanlah penghalang pembinaan persaudaraan kemanusiaan (ukhwah insaniah) apatah lagi untuk mengangkat martabat insan.


Amanah perlu membuka ruang penyertaan yang seimbang dari segmen yang pelbagai terutama apabila melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan semasa proses awal penubuhannya.


Menyedari majoriti keahlian Amanah berasal dari PAS, Amanah perlu meraikan penglibatan kelompok-kelompok lain agar ia menjadi wadah yang seimbang dan sederhana.


Pesanan ketiga Siddiq ialah Amanah mestilah berusaha untuk tidak dilihat menjadi ‘kuda tunggangan DAP'. 


Pesanan terakhir dititipkan Siddiq itu tidak lagi bersifat falsafah tetapi sesuatu yang memerlukan kebijaksanaan taktikal politik. 


Siddiq menyedari stigma ‘kuda tunggangan DAP' bukanlah mudah untuk dileraikan dari dalam melainkan Amanah sendiri bersikap lebih tegas dalam soal-soal melibatkan Islam dan Melayu yang menjadi asas identiti parti.


Tentu sekali Siddiq tidak bermaksud untuk Amanah menjarakkan diri dari DAP dan terus terperangkap dalam mainan politik musuh.


DAP adalah rakan dalam pakatan politik. DAP bukanlah pesaing atau ‘big brother’ kepada parti lain. DAP yang membawa ideologi sosial demokrat dalam politik juga akan lebih berperanan membentuk sebuah negara bangsa yang progresif. 


Bukan hanya Amanah yang mendapat manfaat daripada dasar DAP tetapi juga parti dalam kerajaan perpaduan menerima faedahnya.


KENANGAN ZAMAN PN BILA TELOQ TAK ADA DIA SALAHKAN KARTEL TELOQ.








 Menggamit memori. Ada yang beri link ke berita ni dalam komen tadi. Bila baca aku masih gelak lagi. Syabas! Lawaknya sangat bagus hinggakan lepas setahun aku masih gelak bila baca.


Isunya kekurangan telur. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan yang ada PAS/PN di dalamnya ini adalah tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diketuai oleh Annuar Musa.


Apa yang Annuar Musa ni buat pula ialah MERAYU kepada kartel telur yang seludup telur ke Thailand. Tu je. Merayu je? Bengonglah kalau dia fikir dengan merayu bekalan telur akan pulih.


Dan memang tak pulih pun. Sehinggalah Kerajaan ambil alih pentadbiran, Abg. Mad jadi menteri dan uruskan isu ni, barulah bekalan telur pulih. Sekarang harga dah kembali normal.


Tapi walaun lupa kegagalan kerajaan yang ada PN ni. Kerajaan paling gagal dalam sejarah tamadun manusia. Namun Kerajaan Perpaduan telah banyak selesaikan masalah yang PN wariskan.


Kini walaun dan lebai nak kata Kerajaan Perpaduan gagal? Memanglah. Sebab walaun dan lebai berhati hitam dan busuk bak zionis. Sebab tu mereka suka nak nafikan kebenaran.


Abang Mad seorang je dah beratus kali ganda lebih baik dari deretan menteri PN dalam kerajaan dulu. Dalam pasukan jihad mereka ni, tak salah ada lima orang menteri. Tak selesai pun masalah rakyat.


Tapi Abg. Mad tak perlu bentuk pasukan khas yang ada berderet menteri. Abg. Mad guna resource yang sedia ada di kementerian je boleh selesaikan. Itulah beza orang yang ada kemahuan dengan yang kerja sekadar melepaskan batuk di tangga.


Tapi hari ni ada lebai dengan muka tak malu nak kata Kerajaan Madani ni gagal. Kenapa? Biasalah. Sebab mereka mana ada maruah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Guna politik khidmat, dekati hati pengundi - Tan Sri Affandi


Oleh: Abdullah Zaid



Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan pendekatan politiknya adalah konsep khidmat yang menjadi panduan untuknya bergerak sehingga ke akar umbi.



Dengan tekad ‘Kemaman untuk Kemaman’, calon anak jati memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah utama yang membelenggu buat warga itu



"Buat masa sekarang kita ambil dan tumpu apa yang disuarakan oleh rakyat sebagai input untuk kita selesaikan secara immediate dan perkara yang memerlukan proses jangka masa tertentu akan dibawa ke Kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Chabang, Kerteh, hari ini.



Dalam pada itu, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut menganggap musim hujan akibat angin Monsun Timur Laut itu tidak menghalang pergerakannya bertemu dengan seramai mungkin pengundi di Kemaman.





Jeneral (B) Affandi mendengar masalah pengundi Kemaman



Justeru, Raja Mohamed yang lebih mesra dipanggil Affandi itu berkata, beliau tidak mahu membuang masa malah tetap meneruskan kempen walaupun dalam keadaan hujan.



"Hujan bukan halangan bagi saya untuk berkempen, bertemu pengundi dan tidak akan buang masa (berkempen) dalam masa agak singkat ini.



"Masa itu emas, dalam keadaan agak singkat dan cuaca tidak menyebelahi kita, apa yang ada pada waktu itu, saya ambil, saya buat.



"Lagipun saya askar, hujan tidak menjadi halangan buat saya," jelasnya lagi.



Dalam tempoh berkempen pada 18 November hingga 2 Desember ini, Affandi (calon nombor satu) bakal merebut kerusi Parlimen Kemaman dengan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas.



Kira-kira 141,790 pengundi diberi hak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam memilih calon baharu bagi kerusi itu setelah penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan kemenangan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.

 

 

PRK Kemaman: Kuasai media sosial bina naratif pro Perpaduan


 Oleh: Abdullah Zaid


Keutamaan kempen bagi jentera KEADILAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman seharusnya tertumpu kepada penggunaan media sosial bagi memikat hati pengundi


Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob.


Kata beliau, naratif kerajaan perlu diterjemahkan menerusi platform media sosial untuk menarik perhatian orang ramai, khususnya generasi muda.


"Jika kita tengok peranan Tiktok yang berjaya memberi tafsiran yang mudah dah cepat untuk difahami berbanding platform media sosial yang lain lebih terarah kepada penjelasan berbentuk cerita dan pengguna perlukan interaksi


"Penyampaian dalam Tiktok lebih mudah kerana pengguna hanya perlukan 15 saat hingga 30 saat dah cukup untuk mempengaruhi naratif yang hendak disampaikan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.

Ahmad Nadhir Yob.

Justeru itu, tegas beliau, dalam tempoh 14 hari berkempen, jentera perlu memainkan peranan untuk membina dan mengawal naratif yang dibawa kerajaan bagi membolehkan kemenangan dalam PRK kali ini.


"Ia penting kerana jika kita tidak mengambil usaha untuk mengawal naratif jahat yang dimainkan pihak lawan dalam kempen nanti, ia akan membenamkan terus segala usaha kempen yang dilakukan," katanya lagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November ini bagi tarikh mengundi awal, manakala 2 Dis bagi hari mengundi untuk PRK berkenaan yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Dijangka kira-kira 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

GIGIHNYA BERSATU MENCIPTA PERSEPSI


"Saya juga ingin menyanggah kenyataan Dato’ Dr Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan berkenaan penafian peranan 'Datuk Botak' yang mengugut, menjanjikan projek dan habuan wang tunai kepada ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). "Sebaliknya, ahli-ahli Parlimen Bersatu khususnya turut dipujuk untuk menyokong Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mana habuannya adalah peruntukan Parlimen.




BUKIT AMAN AMBIL ALIH KES, DR AGUS DAN WAHAB AKAN DIPANGGIL SEGERA


 Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil Bukit Aman untuk dirakam keterangan semula.

Perkembangan itu selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes penyebaran video perbualan lucah membabitkannya daripada polis Selangor.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga akan memanggil seorang lagi individu dikaitkan dengan rakaman video itu, iaitu Abdul Wahab Abdul Kadir untuk dirakam keterangan.

Katanya, proses merakam keterangan mereka akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Bila dan di mana (proses rakam keterangan), kita masih atur buat masa ini,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan polis selesai merakam keterangan Agus selepas beliau membuat laporan berkait video itu di IPD Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata buat masa ini pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu, dan beliau merujuk kepada laporan oleh Agus, semalam.

Susulan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Pada sidang media semalam, Agus mendakwa video perbualannya bersama individu bernama Wahab yang tular di media sosial sebenarnya disunting.

Wahab yang turut serta dalam sidang media itu mengaku merakam video asal yang didakwa sudah diubah suai.

Beliau yang bekerja di J-Kom sebagai pembantu pegawai komuniti daerah mendakwa diarahkan individu berjawatan tinggi dikenali “Mr H” untuk merakam video bagi memerangkap Agus.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/18/bukit-aman-akan-panggil-agus-wahab/



VIDEO DR AGUS, KERAJAAN JANGAN LARI DARI REALITI


Sejak awal lagi nampaknya terdapat kecenderungan untuk membina naratif bahawa isu berkaitan video Dr Agus yang hangat diperkatakan sejak tiga empat hari lalu tiada kena mengena sama sekali dengan kerajaan, PH mahu pun PKR.


Hujah yang cuba dipakai ialah Prof Dr Agus Mohd Agus Yusof bukanlah ahli mana-mana parti dalam PH, selain sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-Kom.


Ada yang mengatakan Dr Agus bukanlah seperti Azmin Ali yang ada jawatan penting dalam parti dan kerajaan.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil paling awal memberi reaksi bahawa kes Dr Agus tiada kaitan lagi dengan kerajaan kerana beliau sudah pun menghantar surat perletakan jawatan.


Soalnya, kenapa kerajaan cuba mahu lari daripada realiti?


Walaupin video Dr Agus hanya tersebar selepas beliau menghantar surat perletakan jawatannya pada 15 November lalu, tetapi notisnya adalah selama sebulan dan hanya sah pada 15 Disember depan.


Ini bermakna, Dr Agus ketika ini masih lagi dalam jawatan yang disandangnya, cuma barangkali mungkin sedang menghabiskan cutinya sebelum berundur pergi.


Selain itu, kejadian perbualan itu sudah tentu berlaku ketika beliau masih memegang jawatan Ketua Pengarah J-Kom.


Dengan demikian, untuk mengatakan isu video berkenaan tiada kena mengena dengan kerajaan adalah tidak tepat sama sekali.


Isu melibatkan video Dr Agus bukan saja terkait dengan kerajaan, malah harus juga disedari bahawa J-Kom adalah sebuah agensi yang terletak PMO atau Pejabat Perdana Menteri.


Dalam hal ini, selaku jurucakap rasmi kerajaan, Fahmi tidak harus lari daripada realiti, sebaliknya mesti tampil menanganinya dengan cara paling bijaksana dan tidak menjejaskan sedikit pun nama baik Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.


Lari daripada realiti bukanlah pilihan yang boleh diberikan pujian.


Di samping itu, walaupun Dr Agus bukan ahli mana-mana parti, tetapi difahamkan rakan bualnya yang bernama Wahab itu adalah Naib Ketua AMK sebuah cabang di Selangor.


Maklumat ini telah dikongsi banyak pihak dalam pelbagai platform media sosial sejak awal lagi.


Carian di laman FB AMK cabang berkaitan mendapati ia sudah tidak boleh diakses lagi ketika ini.


Tetapi, dalam masa yang sama tiada sebarang penafian berkaitan jawatan parti yang dipegang oleh Wahab sebagaimana dihebohkan itu.


Dipendekkan cerita, berdasarkan semua fakta yang ada, baik berkaitan kerajaan atau PH, khususnya PKR, isu video Dr Agus itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dan tidak boleh juga dibuat tak tahu saja.


Ia adalah sebahagian cabaran yang perlu dihadapi dengan matang dan paling penting, pastikan sebaik mungkin tidak berlaku lagi perkara-perkara sebegini di masa depan. – ShahbudinHusin 19/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/19/video-dr-agus-kerajaan-jangan-lari-dari-realiti.html



TEPU KATA MAHIADDIN



 Dengan lain kata, Muhyiddin beranggapan PAS tidak berkemampuan membentuk Kerajaan Pusat bersendirian kerana sudah tepu. 


Jumlah pengundi yang undi PAS sudah tepu dan tidak akan bertambah. 


PAS menang banyak kawasan kerana undi dari ‘renegade’ Umno yang tak suka Zahid Hamidi dan ahli Bersatu. 


************

Muhyiddin Yassin berpendapat PAS tidak akan mampu mencipta kemenangan besar andai parti itu bergerak sendirian seperti sekarang.


Menganggap pencapaian PAS sebagai "sudah tepu" pengerusi PN itu menjelaskan hanya bergerak bersama parti lain mereka mampu membentuk cabaran yang bermakna.


Dengan cara itu jugalah, kata bekas perdana menteri berkenaan, PAS boleh mengumpul undi yang "luar biasa."


"PAS, Bersatu dan Gerakan melihat ini (kerjasama dan gabungan dalam PN) sebagai satu kekuatan. Mereka (PAS) tak boleh bersendirian… boleh tetapi kesannya tak sebegini (menang besar).


"Contohnya dalam PRU lepas majoriti mereka (PAS) biasa 10,000 ke 15,000 undi tetapi (presiden PAS) Hadi (Awang) contohnya sampai 40,000 undi.


“Dia (PAS) dah sampai tahap tepu tetapi dengan gabungan PN penerimaan rakyat begitu besar sekali sehingga catat majoriti luar biasa,” katanya yang dipetik portal FMT hari ini.


Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu juga yakin PAS tidak akan meninggalkan PN di sebalik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa dia mempelawa parti berkenaan menyertai kerajaan perpaduan.


"Setahu saya tak berganjak sebab PAS pun bijaksana kerana tahu tiada parti politik boleh berjuang sendirian, solo dan (boleh) bentuk kerajaan.


"Bersatu sendiri tak mampu bentuk kerajaan (kalau bersendirian), PAS pun tak mampu walaupun menang besar sikit… malah mereka lebih lama daripada kita," katanya.


Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berpendapat, kerjasama yang cuba dibentuk antara PH dan PAS tidak akan berjaya kerana kedua-dua pihak tidak sehaluan dari segi ideologi dan pegangan agama yang berbeza.


Sebelum ini Anwar berkata dia pernah memberikan tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan yang dibentuk hasil kerjasama pelbagai parti ekoran kegagalan mana-mana pihak mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat.


Walaupun PAS menolak tawaran itu ketika itu, Anwar berkata, dia tidak akan menghalang kerjasama itu cuba diusahakan lagi pada masa hadapan.


Pada PRU ke-15 lalu PAS memenangi 43 kerusi parlimen dengan hampir keseluruhannya adalah kerusi majoriti Melayu.

Parti itu - dengan kerjasama PN - juga menawan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 


Perkembangan itu disifatkan sebagai 'gelombang hijau' oleh penganalisis politik tanah air.



𝗠𝗣 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗟𝗘𝗩𝗘𝗟 𝗧𝗢𝗟𝗢𝗟




𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗕𝗢𝗡𝗚𝗢𝗞 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗣𝗔$. MP PA$ memg hamPA$. Belum reda kebongokan 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗘𝗕𝗔𝗜𝗛 dia mai pulak yg hampaih. Pemimpin tu cerminan Rakyat. Pemimpin yg tolol dipilih Rakyat yg bahalol. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘆𝗴 𝗯𝗮𝗱𝗶𝗴𝗼𝗹 𝘀𝗼'𝗼𝗱.


Tu pasal semasa PNyakau Nasional memerintah, kacau bilau sistem pentadbiran negara ni. 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗥𝗠𝟭.𝟱 𝗧𝗿𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝟰.𝟳𝟱% 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗵𝘀𝘆𝗮𝘁. 𝗙𝗗𝗜 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺, 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗯𝗯 𝗧𝗥𝗨𝗦𝗧 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗖𝗜𝗧 bila ada kerajaan dipenuhi puak Tolol.


Yg kelakarnya meskipun angka2 ekonomi ketika Kerajaan Perpaduan MADANI jauh lebih baik, depa tak cermin diri dan masih kata era PNyakau Nasional tu baik KUNUNnya rindu era Abah Coww Middin. 𝗥𝗶𝗻𝗱𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗕𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗛𝗮𝗻𝗴...!!!


Tengok MP PA$, Level paling bawah pun kalah dgn lebai kelarah. Depa lagi rendah...kah kah..🤣 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚...!!


𝗡𝗼 𝘄𝗼𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗵 𝟰 𝗠𝗣 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗣𝗕𝗠 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗠𝗫. Malu pun ada kalau tengok geng PA$ yg kuasai PNyakau Nasional ni 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸 𝗼𝘁𝗮𝗸, 𝗯𝗶𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗰𝗶𝗽𝗮𝗻.


Wallahualam.


- Zus Din 

17112023