ORANG SIBUK CARI PELABUR DIA SIBUK SALAHKAN ORANG


 Aku tertengok video seorang MB Kongostan Utara melayan wanita muda mungkin di live TikTok. 


Aku teringat DS Anwar. Sibuk betul PM kita ke sana ke mari. Semalam di luar negara, hari ni di parlimen, esok luar negara lagi. Sepanjang masa sibuk.


DS Anwar berusaha cari pelabur. Sibuk perkenalkan semula Malaysia di mata dunia selepas tercemar akibat krisis politik 2020 - 2022. Bak kata Tengku Zafrul, PMX jurujual terbaik Malaysia.


Tapi sang MB tu santai betul. Sampai ada masa nak bersenda dengan gadis-gadis di platform media sosial. Banyak betul masa dia. Bila masa dia kerja?


Tapi nak buat kerja apa kalau setiap masalah boleh salahkan PM dia. Masalah air, salahkan PM. Trek lumba motor gagal siap, salahkan PM. Airport tak jadi, salahkan PM juga. Pendek kata semua salah PM Kongostan Utara. MB tu suci.


Bila gagal mentadbir tapi semuanya boleh salahkan orang lain, buat apa nak kerja. Kan? Baik layan anak dara kat media sosial?


Tapi ni MB di Kongostan Utara tau. Nasib baik takde MB macam tu di negara kita. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


IKI PUTRA

 IKI PUTRA 




Ramai yang minta saya terangkan kes di atas. Sebab banyak betul naratif di luar sana. Buat kes ni jadi bahan propaganda. Tambah2 nak dekat pilihanraya. 


Cerita nya macam ni. 


Ada seorang lelaki bernama Iki Putra didakwa atas kesalahan liwat pada tahun 2019. Tapi beliau dituduh bukan bawah Kanun Keseksaan. Tapi bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. 


Senang cerita kes dia bukan polis yang siasat. Tapi pegawai agama. 


Makanya, lawyer dia cabar lah Enakmen Syariah Negeri tu. Katanya salah pakai undang2. Patutnya dibuat bawah Kanun Keseksaan. Undang2 bawah Kerajaan Persekutuan. 


Makanya, pada tahun *2021*, Mahkamah Persekutuan putuskan. Enakmen Syariah tu terbatal kerana langgar Perlembagaan. 


Sebab apa? Sebab di bawah Perlembangaan, perkara jenayah adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Bukan Kerajaan Negeri.  


Makanya, bangkitlah pejuang bangsa guna ini jadi modal politik kaum dan agama. Tapi masa tu tahun 2021, Kerajaan Tebuk Atap masih lagi berkuasa. Takde la bunyi sangat. 


Sekarang sebab nak pilihanraya isu ini bangkit semula. Katanya Kerajaan sekarang liberal πŸ˜… walhal tahun 2021 dah diputuskan Mahkamah. 


**************************


Ini satu benda yang kita kena paham betul2. Kenapa undang2 jenayah perlu diselaraskan di peringkat Nasional. 


Contoh kes Iki Putra tu. 


Kalau bawah Enakmen Syariah Negeri, kesalahan meliwat hukumannya denda max RM5ribu, penjara hanya 3 tahun atau 6 kali sebatan. 


Kalau bawah Kanun Keseksaan, kesalahan yang sama boleh dikenakan sampai 20 tahun penjara serta sebatan. 


Kesalahan yang sama, tapi hukumannya berbeza2. Daripada segi keadilan, macam mana tu? Orang Selangor kena 3 tahun. Luar selangor kena 20 tahun. 


Dalam Selangor pula, yang Muslim terpakai undang2 Syariah kena 3 tahun sahaja. Yang non Muslim ikut Kanun Keseksaan kena sampai 20 tahun pula. Padahal kesalahan yang sama? Mana keadilannya? 


***********************************


17 Ogos ini ada suatu lagi kes. Kes Nik Ezlin. Kes ini mencabar undang2 Jenayah Syariah Negeri Kelantan pula.  


Ada 20 undang2 syariah baru yang mereka pinda dan masukkan. Termasuk lah lawan cakap ibu bapa, buat tatoo dan pembedahan muka. 


Ada juga kesalahan hubungan seks luar tabie dengan haiwan (bestality). 


Undang2 Bestality ini juga ada dalam Kanun Keseksaan. Boleh kena 20 tahun penjara beserta sebatan. 


Tapi bawah Enakmen Syariah Kelantan, hukuman hanya 3 tahun penjara dengan denda RM5ribu saja. Dan ini hanya terpakai kepada orang Islam. Orang bukan Islam bagaimana pula. Takkan hukuman berbeza? 


Ini yang mengelirukan. Itu sebab ada cabaran. Mereka guna keputusan kes Iki Putra. Supaya undang2 nya ada penyelarasan. 


**********************************


Tapi pejuang NGO acah2 terpaling Melayu, semua ini mereka taknak bgtau. Kes yang diputuskan oleh tahun 2021, yang panel hakimnya hampir semua Melayu dah bagi rasionalnya. 


Perlu ada penyelarasan undang2 semua negeri. Kerana undang2 jenayah ini bukan saja impak orang Islam. Tapi orang bukan Islam juga. 


Kalau kesalahan tak overlap saya rasa ok je. Macam murtad, zina dan judi. Tu tak terpakai kepada non Muslim. Boleh lah Kerajaan Negeri buat. 


Tapi kalau yang dah ada bawah Kanun Keseksaan, pada2 la. Takkan la nak ada juga dalam Enakmen negeri? Macam mana nak kuatkuasakan itu nanti? 


Nanti ada la yang kata saya ni SIS la liberal la. Saya cuma bagi fakta sebenar. Supaya orang tahu the whole picture. 


Demam plihanraya ni ramai yang menangguk di air keruh. Selalunya orang begini hanya akan dapat lumpur. 


Bak kata SS, Cer cer poh poh… Jangan suka main dalam lumpoh.. (ok, lame ✌πŸΌπŸ˜…) 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



CABAR HUKUM MANUSIA YANG UBAH




 Nik Elin bukan mencabar hukum dan undang-undang Tuhan. Beliau mencabar undang-undang buatan manusia, yang dibuat oleh sebuah parti politik agama. Yang tidak maksum dari salah dan dosa. 


Kredit : Liyana Marzuki




SASARAN TAK KENA


 Rimas aku orang dok cerita pasal video Prof. Agus. Lebih rimas tengok geng PH sendiri pun sama.


Aku tahu ramai tak puas hati dengan pencapaian see Prof. Agus sebagai KP J-Kom. Tapi buat serangan peribadi bukan caranya.


Dna ini yang pembangkang suka. Hilang dah cerita fitnah Mastura, cerita penipuan Taki tentang saman Nik Elin dan sebagainya.


Jangan tersalah sasarkan mata panah. Kelak nanti tertusuk kaki sendiri. Sendiri payah nak berjalan.


Musuh kita PN yang berhasrat nak rampas kerajaan dan tebuk atap. Apa tindakan kita, jangan pernah izinkan ini terjadi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

SETAKAT INI 4 SAMAN YANG BERBEZA DAN HIKUMAN YANG BERBEZA



 Syukurrrr.. Ini bermakna Ustazah Siti Mastura telah menerima 4 tuntutan saman fitnah. Antaranya daripada Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew, Tan Sri Lim Kit Siang dan Teresa Kok.


Adakah kesemua 4 kes saman fitnah terhadap Siti Mastura kes sama..?? 


TIDAK, kerana akan dibicarakan berasingan, jika bersalah akan ada lebih daripada 4 hukuman denda atau penjara atau keduanya sekali. 


INILAH NIKMAT MEMFITNAH.

HUKUMAN DI DUNIA BOLEH DIRAYU.

HUKUMAN DI AKHIRAT SANGATLAH NIKMAT...



KENA LAGI KAH...?...


 Aes bergerak pulak wei 🀣 makin senang la nk dpt saman lepas ni.Aes ini akan bermula pada …γ…€






PATUT SAMAN JA...




YA. AGAK MENGECEWAKAN tapi kita faham BUKAN MUDAH utk seorg Menteri turun naik mahkamah. Saya kira DS Saifuddin Nasution Ismail lebih tahu dan yakin kenapa dia terpaksa berbuat demikian. Mungkin juga Mak Lampir tu dah teruk kena byr RM10 juta pd PKR. Atas ihsan DS Saif lah settlement cara mudah gini.


Wallahualam

- Zus Din 

18112023

https://newswav.com/A2311_IXrdVc?s=A_bbPoUJn&language=en



SIAPA MR H


 SIAPA MR. 'H' YANG DISEBUT DI DALAM SIDANG MEDIA DATUK DR MUHAMMAD AGUS YUSOFF SEMALAM?


Ni Carta Organisasi J-KOM yg diambil didalam laman sesawang:

 https://www.jkom.gov.my/index.php/carta-organisasi/






SIDANG MEDIA DR AGUS DAN WAHAB MENIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN DARIPADA MEMBERI JAWAPAN


Sebagaimana didesak dan diminta banyak pihak, bekas Ketua Pengarah J-Kom, Prof Dr Mohd Agus Yusof akhirnya tampl mengadakan sidang media malam tadi berkaitan video tular melibatkan dirinya.


Selain membuat laporan polis berkenaan penyebaran video berkenaan, Dr Agus turut menampilkan seorang lelaki bernama Wahab yang merupakan rakan bualnya dalam video mengasyikkkan itu.


Namun, berbanding memberi jawapan, sidang media malam tadi lebih banyak menimbulkan persoalan yang terus tergantung di awang-awangan tanpa jawapan.


Secara keseluruhannya, apa yang penting sebagai kesimpulan daripada penjelasan Dr Agus dan Wahab dalam sidang media malam tadi ialah video yang tersebar itu adalah tulen, asli dan benar-benar suatu kejadian yang pernah berlaku.


Video itu disahkan bukanlah edit dan bukan juga ciptaan hasil teknologi AI atau kecerdasan buatan manusia sebagaimana heboh diperkatakan sebelum ini.


Cuma, yang dikatakan tidak asli dan disunting adalah audio atau suara perbualannya.


Dr Agus dan Wahab mendakwa, audio dalam video berkenaan telah diedit sepenuhnya apa yang didengar dalam video itu bukanlah perbualan sebenar mereka.


Wahab sendiri mengaku beliaulah yang merakam perbualan berkenaan dan hanya menyerahkan rakaman tanpa suara kepada Mr H yang didakwa memainkankan peranan di sebalik penyebaran video berkenaan.


Di sinilah timbulnya banyak persoalan yang barangkali Dr Agus perlu mengadakan sidang media sekali lagi.


Jika benar hanya rakaman tanpa suara yang diserahkan kepada Mr H, tidakkah ini bermakna Wahab telah gagal melakukan tugas yang sempurna sebagaimana telah diarahkan?


Di mana logiknya Mr H sedia menerima rakaman video tanpa suara jika benar niat rakaman itu dilakukan untuk menjatuhkan Dr Agus?


Selain itu, jika suara dalam video itu merupakan hasil suntingan dan rekaan, tentulah penulis skrip bagi video itu seorang yang benar-benar hebat kerana mampu menyesuaikannya dengan gerak bibir dan ekspresi wajah Dr Agus ketika berbual dengan Wahab itu?


Tambahan lagi, Dr Agus pula dilihat bercakap dengan sedikit slang Kelantan dalam perbualan itu.


Apakah penulis skripnya juga orang Kelantan?


Seterusnya, bolehkah Dr Agus dan Wahab menjelaskan secara jujur apakah topik perbualan sebenar mereka berdua dalam video yang diakui tulen itu yang turut ditunjukkan sama antaranya beg LV, hidangan buah-buahan dan sepiring gajus?


Mereka berbual pasal kerja atau berkenaan hal-hal lain?


Terakhir, bolehkah Wahab mendedahkan kepada orang ramai rakaman video asal yang ada suara atau menyerahkannya kepada pihak polis ketika siasatan nanti?


Dalam hal ini, jangan lupa, selain Wahab yang melakukan rakaman, malaikat pun turut sama merakam juga.


Jadi, lebih baiklah berlaku jujur demi ketenangan hidup di dunia yang sementara ini.


Turut didakwa dalam sidang media itu ialah komplot ini kononnya dilakukan untuk menjatuhkan Dr Agus yang turut didalangi pihak-pihak lain.


Dr Agus malah mengakui mereka yang terbabit itu adalah mereka yang dikenalinya.


Soalnya perlukah Dr Agus dijatuhkan dengan cara mainan sedemikian rupa?


Hebat sangatkah dia dan apakah dia terlalu bagus mengetuai J-Kom selama hampir setahun memegang jawatan tersebut?


Bukankah beliau hanya pemegang jawatan lantikan yang tempohnya memegang jawatan hanya dua tahun saja?


Tidak bolehkah mereka yang didakwa mahu menjatuhkannnya itu menunggu saja kontraknya habis?


Seorang teman mengulas…barang dah nak jatuh, buat apa nak dijatuhkan lagi? – ShahbudinHusin 18/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/18/sidang-media-dr-agus-dan-wahab-menimbulkan-lebih-banyak-persoalan-daripada-memberi-jawapan.html



KISAH NAK JADI MADU

 

Hafiza Nabila.




Ingat ko nisa bini syahmi jah ada tino DM mitok nok jadi madu, aku pun ada jugak weii orang wassap nok jadi madu. 


Sakit palo weii buleh tok laki semakkk soseh patah amin ni. Baik buleh tok laki huduh la pulok tak dok ore nok, tak sakit palo. Saruuuu aku gak!


Spendo pun mok basuh lagi ada hati nok jadi bini muda teh. Katanya tak se gapo2 , nak nikoh jah. Duit tak se, nok balik rumah aku hari2 pun tak po, dia nak title " bini faris " jah. Wat lapar! Ajok jupo tak se, mitok alamat rumah tak se wi, eh mudah2 dia nak nikoh nga tok laki orang. Masalah nyo mu sendiri oyak tok laki aku block mu lamo doh. Tok laki aku sendiri oyak baso layan tino gila. Mu tak leh contact tok laki aku mu kacau aku pulak.


Sapo hok pernah follow cerita kat status wassap aku dulu tahu la cerita ni, tino yg sama jah. Gigih dia nyamar guna no lain. Bab! laaa!!! Puas hati mu gege habis family aku, family tok tua aku sebab tino tak dok maruah macam mu.



MAT SABU DI PENAMAAN CALON KEMAMAN











 Saya berada di Kemaman pagi ini bagi mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ke Pusat Penamaaan Calon Pilihanraya Kecil (PRK) Kemaman. Beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera semasa saya menjadi Menteri Pertahanan.


Melihat ribuan penyokong BN dan PH berhimpun dengan penuh semangat sejak awal pagi di dalam keadaan hujan, saya yakin calon mewakili Kerajaan Perpaduan mempunyai peluang cerah merampas kerusi Parlimen Kemaman.


Saya terpaksa bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana hari ini merupakan hari perkahwinan anak saya. Seribu kemaafan kepada penyokong yang mengajak untuk 'berselfie' kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan.


Saya berjanji kepada Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Mohamad Hasan dan calon untuk kembali membantu kempen sepanjang tempoh pilihanraya. 


Insya-Allah saya doakan kemenangan buat calon #BarisanNasional bagi #PRKKemaman.


Tabik Jeneral!



MMMM- TAK PAYAH NAK DI IKTIRAF PUN.


Zarizi Al- Binory


 Nak jadi pejuang sunnah bukan payah, ratib bidaah, syirik pagi petang,siang malam ,dapatlah gelaran tu... Yang pakai serkop berkulat pun depa angkat jadi tokoh pejuang sunnah,ini kan mohib,dah la arab,hencem pulak tu...



NASIB HANG LA MASTURA. MEMANG AKAAN KENA PUNYA LAH

 

Kalau semua ‘sepupu’ Chin Peng saman, berapa ratus juta nak kena bayar?




WAHAB SEMPAT NASIHAT PMX SUPAYA ROMBAK JKOM KERANA ADA API DALAM SEKAM. RAMAI RAMAI BUAT APA. ? BERLONGGOK DOK SAJA...KA MAKAN GAJI BUTA ?


 Prof. Agus dah sahkan bahawa video yang tular itu adalah hasil suntingan individu yang berniat jahat. Apa yang penting, laporan polis telah dibuat, Prof juga telah arahkan para peguamnya untuk mulakan legal proceedings.


Itu sudah cukup untuk membuktikan Prof. Agus tak berasa terancam. Macam ni baru la boleh pakai tag berani kerana benar.


Dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada dua orang pemimpin PN, Mokhtar Senik dari PAS dan Azmin Ali (Bersatu). Tidak ada penafian rasmi, tidak ada laporan polis dan tiada individu yang disaman, setakat yang aku ingat.


Malah dalam kes Azmin, Haziq dah buat pengakuan bahawa dia adalah pasangan Azmin dalam video tersebut. Kalau Azmin nak saman dah boleh sangat dah. Tapi Azmin macam takut nak saman Haziq.


Begitu juga dengan Mokhtar Senik. Ada yang cabar dia saman, siap tag dia dalam lagi dalam posting FB. Tapi Mokhtar tak berani sambut cabaran. Paling habis pun, dia cuma kata page dia ada admin yang uruskan.


Video VC Prof. Agus tu, sebelum ini bolehlah kata buka aib. Tapi lepas penafian ini, maka ia dah jadi fitnah. Berhati-hati dengan apa yang kita tulis atau katakan. Jangan sampai jadi qazaf pula.


Sekali lagi cubaan walaun dan lebai nak jatuhkan pentadbiran DS Anwar dengan mengaibkan orang kepercayaan beliau gagal. Bukan setakat gagal, ia juga telah menyebabkan tersingkap semula kes-kes Azmin dan Mokhtar Senik yang dah lama senyap.


Kiranya macam senjata makan tuan la ni. Macam Wan Fayhsal la. Nak kutuk PMX tak sedar boss dia buat perkara yang lebih buruk. Tak bertebing betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENGKELASAN B40, M40, T20 DIGANTI BERDASARKAN DATA BAHARU


BERTEMU BEBERAPA PIMPINAN DUNIA DIMASA SANGGANG

 







Di sela-sela Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, saya turut berkesempatan adakan pertemuan santai bersama beberapa pimpinan lain. 


Antara yang saya temui adalah Presiden Indonesia, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Australia dan pimpinan-pimpinan lain.


Kami sempat bicara pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama serta melaungkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat menerusi kerjasama pelbagai bidang.


#MalaysiaMADANI 

#APEC2023




RENTASAN 1488 | GEMPAR!! MOTIF SEBENAR MP PN BERALIH SOKONGAN AKHIRNYA D...








MENARIK DALAM RENTASAN 1488
1. KEPINCANGAN YANG SUKAR DISOROK 2. PERANAN BESAR AMANAH 3. GERAKAN SELAMATKAN SYARIAH, PAS NAK PAKAI BAJU WARNA?


RENTASAN 1487 | GEMPAR!! AKHIRNYA TUN M DEDAH KELAKUAN BURUK, STRATEGI J...





MENARIK DALAM RENTASAN 1487
1. BODOH SOMBONG! MAAF, MEREKA TIDAK BERMINAT 2. SOKONGAN YANG MEMBAWA REBAH 3. AMBIL PENGAJARAN 22 BULAN DALAM KERAJAAN 4. TUN M SERONOK LIHAT MALAYSIA HANCUR?


Bukan mudah mengajar di pedalaman, jangan pertikai elaun kami


Tangkap layar klip video yang memaparkan sekumpulan guru meredah sungai ketika membawa motosikal.

PETALING JAYA – Sebelum ini ada segelintir individu memandang rendah profesion seorang guru, malah ada juga yang mempertikaikan kadar elaun yang diterima mereka.

Namun disebalik tohmahan tersebut, individu berkenaan tidak tahu bagaimana cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi seorang guru bagi memastikan anak bangsa terus mendapat pendidikan yang berkualiti.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Tawau Troll, ia memaparkan cabaran sekumpulan guru di pedalaman ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Mereka bukan sahaja menaiki motosikal meredah hutan belantara, malah terpaksa ‘berenang’ bersama-sama motosikal menyeberangi sungai dan hampir lemas.

“Besarnya pengorbanan seorang guru demi mendidik anak bangsa menjadi manusia yg berjaya, tidak pernah mengeluh sekali pun.

“Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang memandang rendah pada profesion seorang guru, tanpa guru, siapalah manusia yang berjaya.

“Terima kasih cikgu kerana menjadikan kami insan yang berjaya, semoga segala jasamu dibalas di sana,”tulis hantaran itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi klip video tersebut dirakam dan tarikh sebenar kejadian itu.

Susulan perkongsian klip video tersebut, rata-rata pengguna terharu dengan pengorbanan seorang guru terutamanya di pedalaman dan mereka mengecam tindakan individu yang mempersoalkan elaun yang diterima mereka.

“Semoga dengan pengorbanan cikgu-cikgu untuk mendidik anak-anak kami dibalas kebaikan. Semoga segala urusan guru-guru di permudahkan Allah,”doa Rohani Yasse.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sart Gems Sart.

“Abaikan segala tomahan tuan, hanya yang bergelar cikgu sahaja yg memahami pahit manis perjalanan seorang cikgu, teruskan khidmatmu saudara,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial