PMX TIBA DI SAN FRANCISCO UNTUK MESYUARAT APEC

 







Alhamdulilah, selamat tiba di San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC).

Dalam Persidangan ini, saya akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi, memantap kemakmuran ekonomi serta memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua.

Ia juga merupakan peluang terbaik negara untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai kedudukan ekonomi global semasa dan mendengar serta memberi pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berpengaruh, usahawan-usahawan dan para pemimpin APEC.

Ruangan ini juga akan saya gunakan bagi mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa warga Palestin saat ini, selain meraih dukungan global, merangkul serta memperhebat usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil.

Selain APEC, saya juga dijadual untuk menyampaikan pidato umum berjudul “Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia” di Universiti California, Berkeley.

Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat.

#MalaysiaMADANI

#APEC202 

JANGAN MAKAN GULA BANYAK FOMCA KATA. NANTI KENA KENCIN MANEH

 



Aku nak beritahu satu. Statement ni bukan datang dari menteri. Ini statement Timbalan SUA FOMCA.

Kena jelaskan sebab aku percaya walaun akan guna ini dan kata kerajaan yang keluarkan kenyataan ini.

Padahal yang pernah kata makan ayam banyak tak elok untuk kesihatan tu pemimpin PAS masa jadi timbalan menteri dulu. Guane boh?

Raja Gelap II

.



Sirul Azhar boleh kemukan rayuan, semak hukuman mandatori




 Oleh: Abdullah Zaid


Bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar yang disabit hukuman mati bagi kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu lebih sedekad lalu boleh membuat semakan rayuan berhubung keputusan tersebut di mahkamah.


Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya sabitan hukuman mati tersebut berubah mengikut budi bicara hakim, barulah proses ekstradisi melibatkan Australia boleh dilakukan.


Jelasnya, langkah itu boleh dipertimbangkan memandangkan negara baru sahaja menguatkuasakan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.


"Kita tidak lagi melaksanakan hukuman mati mandatori iaitu kita beri kuasa kepada budi bicara mahkamah atau hakim.


"Justeru dia (Sirul Azhar) boleh saja kemukakan untuk ruang ini. Jika itu semua telah dibuat, barulah proses ekstradisi kalau rayuannya berakhir dengan adanya perubahan dari segi hukuman (terhadap Sirul Azhar)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.


Pada 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Altantuya.


Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan berkenaan.


Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan mengekalkan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap mereka.


Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.


Dia kemudiannya ditahan pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.


Pada 11 November lalu, dilaporkan Sirul Azhar telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia


Pembebasan Sirul Azhar susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 Nov, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.

Armada buat laporan polis tengah malam, KDN ucap ‘tahniah’









 Menteri Dalam Negeri (KDN), Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengucapkan 'syabas' kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Hal itu susulan tindakan Armada Bersatu membuat laporan polis malam tadi berhubung dakwaan wujudnya unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Perdana Menteri.


"Saya ucap syabas (Ahli Parlimen) Machang dan Armada bekerja sampai tengah malam untuk buat laporan polis. Hakikat bahawa polis menerima aduan menunjukkan polis profesional.


"Tiada masalah dan tiada beza. Saya ulangi, kesediaan kita ada aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis (membuat siasatan).

"Unsur ugutan? (Siasatan) polis. Habuan, sogokan? SPRM Seksyen berapa? Saya bantu Machang bila buat (laporan SPRM) nanti `quotes’ terus Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM.


"Ia memang kita galakan (melakukan laporan), sebab kalau ada maklumat tetapi tidak lapor itu satu kesalahan juga," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) membidas Saifuddin Nasution kerana menyatakan tiada sebarang aduan diterima pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.


Kata Ahli Parlimen Bersatu itu, satu laporan polis baru sahaja dilakukan oleh Armada Bersatu berhubung perkara tersebut tengah malam tadi.


Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri kemudian didakwa mendapatkan peruntukan sebagai satu rasuah, Saifuddin berkata dakwaan tersebut mesti dibuktikan.


"Dakwaan wujud unsur habuan, umpan bukan ‘affirmative’, hanya dakwaan. Sebab itu, Machang buat laporan polis. Dakwaan tersebut mesti dibuktikan.


"Seperti Hulu Terengganu ‘missed’ masa perbahasan Tambun tempoh hari, undang-undang negara kita sebut adalah peruntukan Perdana Menteri. ‘There is no such thing is’ peruntukan Ahli Parlimen macam kita sedia faham," jelasnya.


Tegas beliau, bagi memastikan isu peruntukan disepakati secara bersama, pihak pembangkang digesa untuk mengikut saranan Perdana Menteri mengadakan perbincangan.


"Tambun berkali-kali menyebut (mengadakan perbincangan). Jadi kerajaan bersedia membuka ruang perbincangan, jadi kenapa (pembangkang) mesti nak prolog benda ini?," soalnya lagi.

 

SEORANG MP BERSATU ENGGAN TANDATANGAN BAI’AH KEKAL SETIA BERSAMA PN?


Sebagai langkah membendung lebih ramai Ahli Parlimennya mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PN baru-baru ini mengambil langkah menetapkan setiap mereka perlu menandatangani watikah ikrar taat setia atau bai’ah sebagai jaminan akan tetap kekal bersama gabungan itu.


Langkah tersebut berikutan setakat ini sudah empat Ahli Parlimen blok pembangkang itu mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan.


PN sebelum ini mempunyai 74 Ahli Parlimen bersamanya, tetapi kini hanya tinggal 70 saja lagi setelah empat daripadanya mengumumkan sokongan kepada Anwar.


Empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).


Keempat-empat Ahli Parlimen itu berbuat demikian demi membolehkan mereka diberikan peruntukan oleh kerajaan untuk menjaga kawasan masing-masing.


Bagaimanapun, daripada 70 Ahli Parlimen PN yang masih tinggal sekarang ini, seorang daripadanya difahamkan masih enggan menandatangani bai’ah tersebut.


Ahli Parlimen berkenaan dikatakan memberi alasan perlukan sedikit masa lagi untuk berfikir sebelum mahu menandatangani ikrar taat setia itu.


Tindakan beliau itu bagaimanapun segera menimbulkan desas-desas beliau juga akan mengumumkan sokongannya kepada Anwar selepas ini, menuruti jejak empat Ahli Parlimen PN yang berbuat demikian sebelum ini.


Jika tidak, mengapa beliau enggan segera menandatangani bai’ah itu?


“Tiada alasan munasabah untuk menangguh atau melewat-lewatkan menandatangani bai’ah jika benar ingin kekal setia lagi dengan PN,” kata seorang pemimpin Bersatu.


Siapakah Ahli Parlimen berkenaan?


Sabarrr…kita mungkin akan mengetahui siapa Ahli Parlimen itu sedikit waktu lagi bila beliau sendiri dijangka akan mengumumkan sokongan terbukanya kepada Anwar dan kerajaan perpaduan. – ShahbudinHusin 14/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/14/seorang-mp-bersatu-enggan-tandatangan-baiah-kekal-setia-bersama-pn.html



SITI BAINUN TURUN BERAT BADAN

 



Ada yang positifnya masuk penjara. 


***********

KUALA LUMPUR: Susuk tubuh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang semakin kurus, menarik perhatian semua pihak yang hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.


Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu mencecah 130 kilogram (kg) ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi, 3 Mei lalu namun kini merosot kepada 90kg sahaja.


Ini bermakna, dia yang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella telah mengalami penurunan berat badan sebanyak 40 kg dalam masa 6 bulan. 


Ia yang memakai baju jubah merah jambu, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara.


Pada 3 Mei lepas, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.


Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.


Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.


Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.


Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. - Sinar Harian



TAJUK MENIKAM...WALAUN TENTU GERAM....




 Terbaik cara Awani buat tajuk berita. Kalau jenis tengok gambar je, dah faham lain. Jenis macam walaun yang malas membaca, dah tentu bersorak tengok tajuk begini.


Click bait atau sengaja bina persepsi buruk?


Ayat seperti dalam tajuk tu sebenarnya disebut oleh Mahathir ketika program Keluar Sekejap kelolaan KJ. Memang betul Mahathir ada berkata begitu tapi bukan itu intipatinya.


Dalam program yang sama, KJ persoalkan tindakan flip flop Mahathir yang gunakan kaedah matlamat menghalalkan cara atau Machiavellian.


Mahathir boleh dikatakan ditekan hingga mengaku mempergunakan DAP untuk jatuhkan Najib dan kini gunakan PAS untuk jatuhkan DS Anwar. Itu cerita yang lebih besar.


Tapi tak. Awani mungkin nak kejarkan click, atau sengaja nak cipta persepsi buruk terhadap PM, lalu dibuat tajuk begini. Sedangkan intipati utama yang Mahathir seorang manipulator diperkecilkan.


Awani boleh je tulis "Mahathir dakwa..." sebelum disambung dengan tajuk begini. Lebih tepat. Atau letak "Mahathir sedia halalkan cara demi mencapai matlamat" kalau nak lebih jujur.


Bila tajuk berita arus perdana pun dah begini jahat, apa boleh kita harapkan dari saluran berita negara kita ini? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEH..KEH...MAT JARGON INGAT DIA TERROR SANGAT....MENTERI TOLONG BANTU LAGI





 YB Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution sekali lagi buat hal. Kali ni Wan Fayhsal pula kena. Budak mentah tu bangun dengan penuh semangat cakap konon ada fakta, tengah malam buat laporan polis MP Bersatu diugut untuk sokong PMX.


Tapi YBM bangun tenang je puji Armada yang kerja sampai tengah malam nak laporkan kes tu. Bukan setakat puji, YBM siap bantu sebutkan Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM untuk sogokan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kalau unsur ugutan.


Tak cukup tu, Saifuddin cakap pula, kalau ada fakta tapi tak laporkan pun dah jadi setu kesalahan. Aku gelak tengok jawapan Menteri. Tenang je. Tak ada risau pun. Fayhsal punya jerit tiba-tiba jadi macam bunyi angin sepoi sepoi bahasa. Ini kaedah terbaik jawab provokasi pembangkang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

Ketidakjaminan pengeluaran makanan di Perak

 

Ketidakjaminan pengeluaran makanan di Perak

Kerajaan harus mengubah sikapnya, dan membolehkan petani-petani ini mengusahakan kebun mereka secara aman demi membantu negara mencapai sara diri makanan

 
Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Kemusnahan 30 ekar lagi tanah kebun yang berkembang maju di kawasan kebun tananam makanan Kanthan bukan sekadar kerugian besar kepada enam orang petani yang mengusahakan tanah tersebut.

Semua orang di Malaysia, khususnya Perak, telah kehilangan 30 ekar tanah kebun yang telah biasa membekalkan pasar borong Menglembu dan tempat lain dengan sayur bayam, kangkung, daun bawang, jagung dan buah belimbing.

Namun, keterjaminan makanan seolah-olah menjadi perkara remeh bagi pihak berkuasa yang terlibat dalam pengusiran paksa terhadap enam orang petani itu pada 24 Oktober.

Disokong dengan notis tujuh hari di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan tidak mengendahkan semua rayuan kepada perdana menteri, menteri besar Perak, pengarah pejabat tanah dan galian, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), kerajaan negeri Perak menggunakan kekuatannya yang sepenuh untuk mengosongkan tanah tersebut.

Mereka membawa masuk jentera berat, pasukan polis pencegah rusuhan, dan penguatkuasa daripada pejabat tanah. Pegawai bertindak keras dengan mengancam untuk memandu kenderaan mereka ke arah petani-petani dan aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang membentuk halangan manusia untuk cuba melindungi kebun-kebun tersebut.

Kekerasan telah digunakan terhadap dua orang aktivis wanita. Salah seorang daripadanya mengalami kecederaan gigi hampir tercabut dan hidung berdarah akibat patah tulang muka, selepas jatuh dengan muka terhentam di atas tanah.

Jentolak telah melanggar pecah paip pengairan dan perenjis, lalu merosakkan sepenuhnya.

Empat orang – seorang petani dan tiga orang aktivis PSM – telah ditangkap dan diheret ke dalam kenderaan polis yang diletakkan berhampiran.

Dan selepas itu, petugas-petugas perobohan bertindak untuk menebas sayur-sayuran dan kebun jagung yang sedia untuk dituai dalam masa dua minggu.

Kawasan pertanian Kanthan tersebut berada di dalam kawasan parlimen Tambun dengan ahli parlimennya juga merupakan perdana menteri. Adalah baik bahawa pegawai-pegawai  dari pusat khidmatnya yang prihatin telah hadir sejak awal lagi dan cuba sedaya upaya untuk berunding dengan wakil pejabat tanah dan galian dan PKNP supaya menghenti kemusnahan tanaman.

Tetapi selepas beberapa pusingan rundingan dengan agensi yang berbeza, mereka gagal memujuk pejabat tanah dan galian yang tetap bertegas dan mengatakan bahawa mereka hanya akan berundur jika diarahkan oleh menteri besar Perak, dan perdana menteri pun tidak dapat menghentikan perobohan kebun tersebut.

Ini ialah satu pengajaran jelas tentang pembahagian kuasa antara pihak berkuasa persekutuan dan negeri berkenaan urusan tanah. Namun begitu, ia amat sukar dipercayai bahawa perdana menteri sendiri tidak dapat berbuat apa-apa.

Siapakah petani ini? Menurut kerajaan dan PKNP, mereka adalah penceroboh atau “petani haram” yang bercucuk tanah di atas tanah kerajaan secara haram.

Enam orang petani ini adalah antara kira-kira 500 orang petani yang bercucuk tanam di atas tanah seluas lebih 2,500 ekar yang merentasi lima buah “kampung baru” – di Rimba Panjang, Kanthan, Kuala Kuang, Tanah Hitam dan Changkat Kinding – terbentang dari Sungai Siput ke Chemor sehingga ke Tanjung Rambutan.

Petani-petani di kawasan Kanthan sahaja, mengeluarkan 60 tan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari. Para petani di kawasan ini merupakan pengeluar jagung terbesar di seluruh Malaysia. Namun, yang ironinya, mereka dilabelkan “penceroboh”.

Komuniti petani di sini, yang berasal dari kampung-kampung baru dan sedang memasuki generasi ketiganya, telah mula bercucuk tanah di atas tanah tersebut sejak tahun 1930-an untuk membekalkan makanan kepada penduduk pendatang yang semakin meningkat di kawasan lombong bijih timah, ladang dan pekan yang baharu didirikan.

Petani-petani awal menghadapi tugas yang sukar untuk menanam makanan – di mana pada zaman itu sebahagian besarnya ubi kayu – di kawasan lombong bijih timah yang terbiar.

Sepanjang dekad-dekad yang berikutnya, mereka telah memperbaiki tanah tersebut dan menukar banyak kolam perlombongan kepada sumber air yang mudah dan boleh diharap untuk pengairan.

Hasil sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkepelbagaian dan melimpah-limpah dari kebun-kebun ini adalah bukti kerja keras semata-mata, yang telah membawa kepada transformasi penggunaan tanah daripada perlombongan kepada pertanian.

Namun, penggubalan Kanun Tanah Negara pada tahun 1965 telah melucutkan hak petani-petani yang bekerja keras ini dan menjadikan mereka ‘penceroboh’ dan ‘setinggan’, tanpa hak ke atas tanah yang diteroka oleh mereka.

Walaupun begitu, petani-petani tersebut masih terus bekerja keras tanpa diganggu selama beberapa dekad lagi. Mereka pernah memohon pajakan dan lesen pendudukan sementara (TOL) sementara cuba mengadakan pertemuan dengan pejabat tanah untuk mengesahkan status mereka.

Pada tahun 1990-an, apabila tanah mula dijual untuk keuntungan besar, dengan sogokan kepada sesetengah pihak yang terlibat, semua tanah kebun telah menjadi perebutan. PKNP mula melupuskan tanah kepada syarikat kaya dan menjalin usaha sama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tanah-tanah kebun tersebut menghadapi ancaman serangan yang berterusan.

Namun, petani-petani masih terus mengusahakan tanaman mereka di bawah bayang-bayang ancaman jentolak, notis pengusiran dan notis mahkamah.

Kerajaan negeri mula menghantar notis pengusiran kepada petani tersebut, atau syarikat yang diberikan hak milik tanah mengheret mereka ke mahkamah.

Masa depan untuk petani semakin suram kerana undang-undang lebih memihak kepada pemegang geran tanah berbanding mereka yang telah bercucuk tanam selama beberapa generasi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keterjaminan makanan telah menjadi kebimbangan yang mendesak bagi rakyat Malaysia yang kini menghadapi masalah kekurangan makanan dan kenaikan harga untuk keperluan yang paling asas ini.

Kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meletakkan keterjaminan makanan pada kedudukan yang tinggi dalam agenda mereka.

Akan tetapi, isu pengusiran terhadap petani Kanthan telah menjejaskan dengan seriusnya keikhlasan mereka dalam menegakkan keterjaminan makanan. Apa yang dilihat di Kanthan merupakan ketidakjaminan pengeluaran makanan.

Langkah-langkah sepatutnya telah diambil oleh kerajaan untuk menyokong dan menggalakkan pengeluaran sayur-sayuran dan tanaman atau penternakan makanan lain – akar teratai, kangkong, bayam, labu, timun, cili, salad, kacang tanah, jagung, ikan dan buah-buahan – di atas tanah pertanian ini. Ini adalah kawasan yang sesuai dan masih boleh diwartakan sebagai kawasan pengeluaran makanan.

Salah satu rungutan daripada kerajaan negeri Perak adalah petani-petani Kanthan enggan menerima tawaran tapak alternatif di Changkat Kinding.

Beberapa orang petani memang telah ditawarkan tanah alternatif, tetapi apabila mereka melawat kawasan itu, mereka mendapati mereka ditawarkan kawasan cerun bukit, dengan tanah berbatu, dan terdapat kolam-kolam di kaki bukit yang sudah menjadi sumber air untuk aktiviti ekonomi yang sedang wujud seperti penternakan ikan dan penternakan lembu. Tambahan pula, mereka hanya ditawarkan dua ekar tanah, kurang berbanding dengan purata empat ekar yang sedang diusahakan mereka sekarang.

Sikap kerajaan negeri mencerminkan keengganan untuk mengiktiraf sumbangan masyarakat petani kepada keterjaminan makanan. Sebaliknya, mereka hanya dianggap sebagai penceroboh haram yang menghalang pembangunan.

Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, penternakan ikan dan penternakan haiwan adalah pekerjaan yang tidak glamor. Ia adalah kerja yang amat keras dan susah. Daun bawang perlu ditanam satu persatu, kata seorang petani, merujuk kepada ladang daun bawang tersebut yang kerap digunakan untuk menghiasi makanan.

Kebanyakan petani adalah lelaki dan wanita yang lebih tua, dan kebanyakan generasi muda telah berpindah ke pekerjaan lain. Oleh kerana ini, komuniti petani telah mengecil kepada kurang daripada separuh saiz sebelumnya. Sesetengah petani juga berputus asa sendiri daripada menentang pengusiran.

Di banyak negara, petani-petani sekurang-kurangnya ditawarkan subsidi untuk menyokong dan memudahkan pengeluaran makanan untuk kegunaan domestik. Tetapi di sini, di mana inisiatif dan input kebanyakannya adalah daripada petani sendiri, bertani merupakan pekerjaan yang tidak dihargai.

Malaysia harus mengiktiraf dan menentang dasar yang memudaratkan keterjaminan makanan, bukannya membenarkan prasangka perkauman yang tebal itu mengaburkan pemikiran rasional kita.

Dalam isu ini, mungkin wujudnya prasangka perkauman kerana petani-petani yang diusir itu adalah etnik Cina. Terdapat contoh kawasan pertanian etnik Melayu yang juga diancam dengan kepupusan apabila tiada tanah pertanian alternatif diperuntukkan untuk menggantikan tanah yang telah dilupuskan kepada pihak lain. Penternak-penternak lembu etnik India juga diancam kerana padang ragut lembu mereka berada di atas tanah yang bukan milik mereka.

Kesemua mereka mempunyai suatu persamaan: mereka semuanya petani yang tidak memiliki tanah dengan sah, dan oleh itu adalah ‘haram’, walaupun apa yang mereka semua keluarkan itu adalah halal, dijual di pasaran kita dan penting untuk penggunaan tempatan.

Semua petani ini menghadapi cabaran yang besar kerana tidak memiliki tanah dengan sah.

Tidak masuk akal untuk menolak mereka sebagai haram. Kerajaan sebaliknya harus mengubah sikapnya, dan membolehkan petani-petani ini mengusahakan kebun mereka secara aman demi membantu negara kita untuk mencapai tahap sara diri makanan yang mencukupi.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.