𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗣𝗠𝗫 𝗟𝗜𝗕𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗣𝗨𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗙𝗜𝗞𝗔𝗡

 

Bila kita kata gejala takfiri berlaku, ramai nafikan dan minta buktikan...



𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗣𝗠𝗫 𝗟𝗜𝗕𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗣𝗨𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗙𝗜𝗞𝗔𝗡


1. PMX jelaskan dia Liberal dari segi tasamuh, dengar pandangan dan tidak diktator. 


2. Tapi Konservetif dari segi pegangan agama iaitu solat, puasa dan hal2 ibadah dan akidah.


3. Walaun tetap sebar dan cipta bahan untuk kata PMX tu Liberalisme Agama. Tak letih ke nak kapirkan orang ni?


4. Mengakulah macamana mukmin sekalipun, walaun tetap cari jalan untuk buktikan akidah PMX telah sesat. Itu Senjata politik.


5. Kalau benar PMX liberal agama, tentulah dia dah suarakan dan pertikaikan asas agama malah pertahankannya. Tapi tak pernah berlaku .


6. Disebar juga video PMX yang dipotong hingga hilang konteks sebenar penjelasan PMX berkenaan liberal.


7. Kemudian digandingkan pula dengan video Ust Azhar Idrus jelaskan kesesatan hal Liberalisma Agama.


8. Walhal istilah Liberal yang diguna pada dua konteks berlainan.


9. Tujuannya untuk bina persepsi dalam fikiran orang Melayu, PMX Liberal Agama.


10. Kamus Dewan sendiri beri pelbagai definisi dan kegunaan istilah Liberal itu. Bukan semuanya berkaitan agama.


11. Pejuang Islam sebenar tarik manusia kepada Islam, tapi PN-PAS usaha keluarkan manusia dari Islam.


12. Fenomena kita hadapi ni bukan fenomena biasa. Dia ada Istilah yang Nabi saw berikan iaitu KHAWARIJ.


Ahmad Mursi



KEPALA BAPAK HANG- BUKAN MAKI TAPI PUJI



 Laaa... Rupanya ok je bisnes di Pulau Langkawi ek? Cerita Langkawi dah jadi sendu tu, bakal jadi pulau berhantu tu kira hoax la kan?


Dah tu yang Sanusi beriya salahkan menteri tu apa? Maknanya Sanusi tu fitnah je la kan? Tapi takkan la MB pun tak tahu situasi Langkawi?


So jelas kat sini, Sanusi tu cuma tau bercakap tanpa fakta. Dia tak ambil tahu pun kawasan tadbiran dia tapi syok salahkan orang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗛𝗔𝗗𝗜𝗧𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗘𝗟𝗔 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗠𝗨


Abu Said al Khudri berkata; Sewaktu Rasulullah ﷺ sedang membahagi-bahagikan harta rampasa perang (kepada kaum Muslimin) tiba-tiba Dzhul Khuwaisirah al Tamimi datang dan berkata: ”Berlakulah adil wahai Rasulullah”. Mendengar teguran yang kasar itu baginda berkata: ”Celakalah kamu, siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”. Umar bin Al-Khattab mencelah, ”Wahai Rasulullah, adakah anda membenarkanku untuk memancung lehernya?”. Baginda menjawab: ” Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗹𝗮 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮, mereka juga mencerca puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, mereka keluar daripada agama (Islam ) sederas anak panah yang keluar daripada busurnya ” (Sahih Muslim/2456; Sahih Bukhari/6933; Kitab Muwattha/156; Sunan Abu Daud/6741).



Apa motif Sirul dan Azilah, sehingga dihukum mati?


Zainuddin Omar


Siapa beri arahan? 


Banyak persoalan boleh dijawab oleh Sirul tetapi tentu ada pihak yang tidak senang selepas beliau dilepaskan. 


*************

Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, dilaporkan dibebaskan daripada Villawood Detention Centre di Sydney, Australia semalam.


Menurut laporan The Daily Mail, ia selepas mahkamah tinggi negara itu pada 8 November lalu memutuskan penahanan imigresen tanpa tempoh ditetapkan bertentangan dengan undang-undang.


Susulan keputusan itu, Menteri Imigresen Australia Andrew Giles dan Menteri Dalam Negeri Clare O'Neil dalam kenyataan bersama berkata, kerajaan menimbang pendekatan lain yang wajar bagi menjamin keselamatan komuniti.


Mereka berkata individu yang dibebaskan atas arahan mahkamah tinggi akan dikenakan syarat visa yang sesuai, selaras dengan keperluan melindungi komuniti.


Syarat-syarat tersebut akan ditetapkan berdasarkan keadaan invidivu terbabit, kata mereka.


Menurut The Sydney Morning Herald, seramai 92 orang dibebaskan dan dibenarkan kekal di Australia di bawah syarat khas yang ditetapkan.


Menurut laporan itu lagi, anak Sirul, Shukri Azam yang tinggal di Canberra mengesahkan pembebasan bapanya.


“(Dia kini) ada bersama saya, dan saya sedang uruskan semua perkara bagi pihaknya,” katanya seperti dipetik.


Pada April 2009, mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan Azilah Harun - kedua-duanya bekas anggota pasukan komando khas polis - atas kesalahan membunuh Altantuya.


Azilah kini sedang menunggu hukuman mati di penjara di Malaysia sementara Sirul melarikan diri ke Australia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap mereka.


Sirul kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Australia. Dasar negara itu adalah tidak menghantar pulang individu yang berdepan dengan hukuman mati di negara asal.


Malaysia pula pada masa ini mengenakan moratorium terhadap hukuman mati, dengan tiada banduan yang dikenakan hukuman itu sejak 2017.



BERBINCANG SANTAI BERSAMA PM PAKISTAN






Sewaktu di luar sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), saya sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwaar-ul-Haq Kakr, Perdana Menteri sementara Pakistan sejak Ogos lepas.


Mesyuarat itu diadakan di luar sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin yang dihadiri oleh kedua-dua pemimpin.


Seraya diapit Menteri Luar Dato' Seri Diraja Zambry Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Dato' Sri Amran Mohamed Zin, mesyuarat itu antara lain diharap dapat meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan.


Sayugia, saya turut berharap hubungan mesra dan persaudaraan antara kedua-dua negara akan terus berkembang.


#MalaysiaMADANI

#OIC



PN WAJIB TUNTUT PENJELASAN HAMZAH, TAKIYUDDIN


Selepas empat Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim demi untuk mendapat peruntukan, Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin beberapa hari lalu meminta agar akta lompat parti perlu dikaji semula.


Ini kerana, kata bekas Perdana Menteri itu, masih wujud kelompangan di dalam akta berkenaan.


Susulan itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan, kelompongan berkenaan adalah disebabkan pemimpin-pemimpin PN sendiri.


Khairy Jamaluddin atau KJ berkata, menteri dan wakil rakyat Bersatu menolak cadangan asal yang dibawa Menteri Undang-Undang ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung klausa “wakil rakyat perlu mengosongkan kerusinya jika melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di Parlimen”.


KJ seterusnya menambah, pemimpin Bersatu bertegas menentang klausa tersebut apabila ia pertama kali dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hingga ia dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.


Berikutan itu, Saifuddin Nasution Ismail dan Wan Junaidi tampil mengesahkan apa yang disebut KJ itu.


Selaku Setiausaha Agung PKR dan Ketua Setiausaha PH yang menggotai jawatankuasa teknikal bagi menggubal akta berkenaan bersama dua lagi wakil PH, Gobind Singh Deo dan Hanipa Maidin pada 2022, Saifuddin Nasution berkata, pendirian PH ialah wakil rakyat yang bertindak bertengangan dengan pendirian parti perlu mengosongkan kerusi mereka.


“PN masa itu diwakili Hamzah (Zainuddin) dan Takiyuddin (Hassan). PN tidak setuju dengan cadangan PH di atas,” katanya.


Menurut beliau, disebabkan bantahan PN itu, Wan Junaidi selaku pengerusi jawatankuasa itu terpaksa mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti saja akan diterima.


Wan Junaidi pula memberitahu, ketika mengetuai pasukan khas bagi menggubal akta lompat parti, beliau sudah menyelesaikan sebarang kemungkinan kelompangan menerusi draf asal penggubalan RUU berkenaan.


Bagaimanapun katanya, draf asal yang disiapkan pada April 2022 itu ditolak jemaah menteri susulan terdapat empat menteri kabinet tidak bersetuju dengan salah satu klausa disertakan.


“Apabila draf asal ditolak barisan kabinet, saya terpaksa mengadakan semula libat urus dengan semua parti politik dan merombaknya,” jelas beliau.


Wan Junaidi berkata, beliau kemudian telah memberi amaran mengenai kelompangan akta berkenaan kepada jemaah menteri berikutan draf asal yang ditolak itu.


Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, kelompangan dalam akta lompat parti sehingga menikam diri Bersatu dan PN apabila empat Ahli Parlimennya bertindak menyokong kerajaan adalah disebabkan bantahan oleh Hamzah dan juga Takiyuddin terhadap draf asal itu.


Kiranya mereka sama pendirian dengan PH mahukan akta lompat parti yang benar-benar ketat, apa yang berlaku hari ini pasti tidak berlaku.


Kenapa mereka ketika itu membantah dan tidak setuju dengan akta lompat parti yang lebih ketat?


Apa agenda mereka?


Dalam hal ini, sebelum PN terus bercakap mengenai kelompangan dalam akta lompat parti, lebih baik mereka memanggil Hamzah dan Takiyuddin terlebih dahulu untuk memberi penjelasan.


Di peringkat ini, kalau ada yang mahu disalahkan lantaran sudah empat Ahli Parlimen PN beralih arah menyokong kerajaan, mereka itu tidak lain ialah Hamzah dan Takiyuddin. – ShahbudinHusin 12/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/12/pn-wajib-tuntut-penjelasan-hamzah-takiyuddin.html



JANGAN SEMBANG, BERAPA KAU SUMBANG

 

McD Msia dah sumbang zakat RM2 juta dan kepada penduduk Palestin sebanyak RM1 juta. Yang terpekik terlolong nak pemilik dan pekerja McD bungkus berapa dah ko sumbang kat Palestin???






CINTAI PALESTINE DI TAIPING SEMALAM









 Semalam ini saya dan ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Warisan Taiping bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada saudara kita, rakyat Palestin yang kini sedang berjuang demi kebebasan mereka. Hak rakyat Palestin dirampas secara kejam oleh Israel. 


Tarikh 14 Mei 1948 dikenali sebagai peristiwa ‘Nakba’ atau Malapetaka Palestin, ialah kemusnahan masyarakat dan tanah air Palestin. Tarikh tersebut juga merupakan hari hitam buat rakyat Palestin di atas penghapusan etnik Palestin secara besar-besaran oleh pihak Israel.


Hari ini lebih dari lebih dari 4,000 kanak-kanak dan wanita telah terbunuh di bumi Gaza. Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Israel ini. 


Kita doakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita di Palestin untuk terus berjuang demi kemerdekaan mereka. Rakyat Malaysia bersamu Palestin!


Allahu Akbar !!!



PMX BERSAMA PIMPINAN OIC DAN BERTEMU PRESIDEN IRAN

 







Saya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Islam Iran TYT Seyyed Ebrahim Raisi, di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-8 antara Negara-Negara Liga Arab dan Negara-Negara OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Zionis Israel terhadap Palestin. 


Dalam pertemuan yang penuh bermakna ini, kami sebulat suara bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera. 


Kami juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta. 


Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat.


Semasa pertemuan ini, kedua-dua pihak telah menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu. 


Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam. 


Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.


Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama. 


Pada tahun 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran ialah sebanyak RM3.68 bilion (meningkat sebanyak 40.2% dari tahun 2021) dan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan Malaysia dan Iran.


#MalaysiaMADANI


KISAH SEORANG DOKTOR YANG KERAP BERANAK PINAK DAN TAK MAU. KERJA KERAJAAN.

 


Saya nie membesar di Kl.

Lepas jadi doktor, saya pilih utk sambung belajar jadi pakar.

Option yg ada seperti University yg ada sekarang. 

UM, UKM USM.

Saya pilih USM.


Sebab.

Um dan UKM Bandar. Kos kehidupan tinggi.

Saya masih kerja government.  Gaji sangat rendah dan sama walaupun saya berada di pelusuk mana mana kat Malaysia nie. Gaji time tu dalam 2.5k kot.

So the smartest move is to move to a place yg murah.


That's why I pilih Kelantan.

Tapi I tak dapat masters. Sebab I bersalin Czer anak sulung time tu. Tak dapat pergi interview.

I apply for anaes.


My hubby dapat. Utk surgery.  Usm.

So kami berpindah dari ipoh ke Kelantan.

 Time tu sedang mengandung anak kedua. 6 bulan.

So ada 1 anak umur 1 tahun and dalam perut 1 lagi.


So I dah decide . Yg I tak kan sambung masters sebab I memang nak resign dari kerajaan. I tak tahan kerja kerajaan.


I don't like to take orders from someone else.


Bila kat kerajaan nie, yg senior akan jadi boss.

Yg muda nak jadi boss, kena tunggu lah sampai anda beruban dulu. Baru dapat pegang boss. Itu pun banyak politics tikam belakang. 


Sorry. I am not interested.  I prefer my own way.


I tak nak kerja hospital. 

Penat dah on call. Mengandung dan ada anak kecil kat tangan, saya tak larat la oncall. 

Time mengandung anak slung, sampai ke 8 bulan masih kena oncall. Time tu,  tidur atas lantai ja.


Sedih tak jika wife u yg pregnant Sarat, tidur atas lantai.

 Sebab apa I tidur atas lantai? Sebab tak larat nak jalan jauh ke tempat tidur yg disediakan.

 Better terus tidur atas lantai. Kalau ada kes, terus bangun.

Time tu, sebab iti dah tugas, saya tak peduli pun saya baring atas lantai. Bila saya imbau kembali, saya rasa kesian sangat kat diri sendiri.

Saya tak sanggup tengok anak perempuan saya go through what I went through. I love her more than me.


I ingat lagi, I dah mula sakit nak beranak. 38 weeks.  I tak bersalin lagi, I duduk rumah. Menahan sakit yg on and off. Anak sulung.


Boss call suruh masuk kerja kalau tak beranak lagi.


Yes memang . Itulah dia nasib sorang doktor ya. 


Kami kena jadi superwoman. Selagi tak beranak, selagi tak mati, kena masuk kerja.


Alhamdulillah I bersalin. I tak peduli boss I tu. I duduk ja di rumah. Lantak ko lah. U tak cukup doktor cari orang lain. Not me.


Time tu ada kawan I seorang lagi. Mengandung sama sama.

Dia lagi best.


Pecah air tuban dalam OT time tengah bagi bius kat pesakit, then terus dia rush ke labour room after dia settlekan pesakit tu..beranak hari yg sama.


Kesian kan Kami.

Cuti bersalin time saya dulu 2 bulan.


Jika ambil masters. Haaahhh. 2 minggu ja. Czer ka atau beranak biasa, lepas 2 minggu, kena masuk kerja.


Sekarang I tak tahu macamana.


So awak awak yg melihat doktor wanita pakar di kerajaan tu, mereka memang wanita besi ya. Nothing  stopped them from achieving their dreams. 


Saya tak sanggup.


So saya minta klinik kesihatan yg ada quarters.

Sebab saya plan nak duduk dekat anak.

And nak menyusu anak full.

So dapat lah 

Klinik Kesihatan  Lundang Paku.


Hari pertama saya masuk kk, I live kk life.The next day saya apply utk FRACGP. Time tu, Malaysia baru iktirafkan exam nie. 

Terus saya apply. So tak perlu buat masters bawah kerajaan and then kena bond 10 tahun ( I think) lepas jadi pakar.


Buat FRACGP pun boleh jadi pakar.

So saya buat lah exam nie.


Tapi sebenarnya,  apa yg saya nak tulis nie, bukan pasal saya.


Tapi pasal kenapa saya duduk Kelantan.


Sebab murah. 

Mampu milik.

Ada duit lebih kat tangan . Sebab tu boleh sambung belajar. 


Jika saya duduk kl, tak mampu kot buat fracgp. Alamat saya buat masters ja sebab masters dapat scholarship. 

Fracgp duit sendiri.


Sebab tu saya pilih Kelantan.


So nasihat saya pada yg sedang duduk kl.tu.

Jika gaji awak sama, if u kerja kat mana mana pun,

Dalam Malaysia, please don't stay in kl.


Tak perlu rasa duduk Kl itu hebat.

Kita kena bijak.

Nilai semula kehidupan.

Elakkan Bandar Bandar mahal if it makes no difference. 


Satu lagi tempat mahal yg mengalahkan KL is johor bharu.


Bukan saya yg cakap. Patient saya yg cakap.

Sebab dia cakap, johor lagi mahal dari kL.

Sebab orang Singapore masuk shopping. 

So everything is 3 kali ganda.


Betul ka orang johor?


So saya sampai sekarang masih duduk di kawasan kampong 


1) no tol

2) no jam

3) peaceful life

4) full of oxygen 

5) business: alhamdulillah sebab expenses tak banyak. So just enough.


Kampong life is the best.


Sila komen Langkawi jika baca sampai habis.


What is your advice to orang muda?

Sila tulis di ruangan komen.

Tq



BAGUS INGATAN SANUSI NI- DIA PERLI PUAK PUAK DALAM BERSATU .....TAPI ORANG KATA KEPALA BAPAK HANG DOK SEMBANG DERAS.



 Bagus peringatan yang Sanusi berikan ni. Memang betul katanya. Pengkhianat pasti akan terus diburu rasa bersalah. Hidup mereka sentiasa gelisah .


Kira hebat la Sanusi ni neraca di sound Mahiaddin, Hamzah, Azmin dan ramai lagi pemimpin Bersatu yang khianat berjemaah masa Langkah Sheraton dulu. Bravo!


Itulah pengkhianatan terbesar sehingga jerumuskan negara dalam kemelut yang berpanjangan. Rasanya Mahiaddin pun tengah hidup tak tenang sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PN DISAHKAN TOLAK DRAF UNDANG2 ANTI LOMPAT YANG LEBIH KETAT

 

PN sendiri menentang cadangan PH untuk memperkenalkan undang-undang antilompat parti yang lebih ketat bagi membolehkan ahli parlimen mengosongkan kerusi sekiranya pendirian mereka bertentangan dengan whip parti masing-masing.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang menggotai jawatankuasa teknikal bagi menggubal akta berkenaan bersama dua lagi wakil PH, Gobind Singh Deo dan Hanipa Maidin pada 2022.


“Pendirian PH tindakan MP (ahli Parlimen) bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan (dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa RUU yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan) adalah dikira hilang kerusi dan pilihan raya kecil diadakan.

“Juga MP yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, dikira hilang kerusi.

“PN masa itu diwakili Hamzah (Zainuddin) dan Takiyuddin (Hassan). PN tidak setuju dengan cadangan PH di atas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, disebabkan bantahan PN, Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengerusi jawatankuasa itu mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti akan diterima.

“Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira MP hilang kerusi? Isytihar masuk parti lain. Isytihar jadi MP bebas. Isytihar sokong perdana menteri? Tidak hilang kerusi,” kata Saifuddin.

Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu Sinar Harian bahawa ketika dia mengetuai pasukan khas, dia sudah menyelesaikan sebarang kemungkinan kelompangan menerusi draf asal penggubalan RUU berkenaan.

Bagaimanapun katanya, draf asal yang disiapkan pada April 2022 itu ditolak jemaah menteri susulan terdapat empat menteri kabinet tidak bersetuju dengan salah satu klausa disertakan.

“Klausa itu menyatakan, kalau seseorang ahli Parlimen bertukar sokongan di dalam Dewan Rakyat terhadap blok berlawanan, mereka tetap akan dikira melompat parti walaupun tidak isytihar keluar atau dipecat parti.

“Apabila draf asal ditolak barisan kabinet, saya terpaksa mengadakan semula libat urus dengan semua parti politik dan merombaknya,” jelasnya.

Wan Junaidi berkata dia telah memberi amaran mengenai kelompangan akta itu kepada jemaah menteri pada April 2022.


“Saya sendiri terlibat banyak sesi libat urus bagi membincangkan draf RUU ini bersama ahli-ahli Parlimen setiap parti, namun ketika itu whip Bersatu tidak menyokong draf asal.

“Dengan Jemaah Menteri tetap mahukan kelulusan draf RUU Anti Lompat Parti dicapai secara konsensus, saya tiada pilihan lain.

“Saya turut akur apabila satu draf baharu RUU berkenaan yang disiapkan Peguam Negara bagi menggantikan draf asal saya, akhirnya diangkat ke Dewan Rakyat,” jelasnya.

Sejak bulan lalu empat Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar bagi mendapatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM3 juta setiap tahun.

Semalam, Bersatu dilapor mendesak agar Akta Antilompat Parti dikaji semula susulan tindakan empat ahli parlimennya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata kajian itu perlu dibuat kerana akta tersebut ada beberapa kelemahan.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/686250



BERSATU TERIMA PADAH KERANA SALAH MEREKA SENDIRI, KATA KJ


 Tindakan beberapa pemimpin Bersatu yang menolak satu peruntukan dalam draf akta antilompat parti sebelum ia dikuatkuasakan sebelum ini ternyata memberi padah kepada parti itu apabila beberapa Ahli Parlimen mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan, kata Khairy Jamaluddin.

Mendedahkan perkara itu Khairy berkata, menteri dan wakil rakyat Bersatu menolak cadangan asal yang dibawa Menteri Undang-Undang ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung klausa “wakil rakyat perlu mengosongkan kerusinya jika melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di Parlimen”.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata, pemimpin Bersatu bertegas menentang klausa tersebut apabila ia pertama kali dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hingga ia dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.

Bersatu sebelum ini adalah sebahagian kerajaan gabungan yang menyokong pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

“Ironinya, bila dibawa ke Jemaah Menteri, untuk dibincang draf ini, antara paling lantang menentang adalah Ahli Parlimen Bersatu, menteri-menteri Bersatu, iaitu mereka dari PN sekarang.

“Mungkin sebab mereka juga ada pengalaman melompat (parti). Ironinya menteri-menteri yang bantah draf asal, kini jadi mangsa terhadap draf yang telah dipinda dan diluluskan,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap bersama bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Pada Rabu lalu, Suhaili memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya selepas menyatakan sokongan kepada pentadbiran Anwar.

Khairy berkata Wan Junaidi dapat mengesan kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti, bagaimanapun, katanya, “lubangnya terlalu besar”, sambil menambah Bersatu ketika ini juga tidak dapat berbuat apa-apa.

“Sekarang ini, Ahli Parlimen ini akan jadi Ahli Parlimen ‘zombi’. Maknanya Bersatu tak boleh pecat, mereka tak boleh sertai BN-PH atau PN, dia hidup macam ‘zombi’ dan akan dapat peruntukan,” katanya.


Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa undang-undang lompat parti sebagai cacat dan perlu dikaji semula. Katanya, terdapat kelemahan yang boleh dieksploitasi parti politik.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/catego



MELAKUKAN MUAMALAT YANG BERLAWANAN DENGAN HUKUM SYARAK.

 





CHE IBRAHIM


MELAKUKAN MUAMALAT YANG BERLAWANAN DENGAN HUKUM SYARAK.

 

Mengikut Seksyen 40, Enakmen Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan, sesiapa yang melakukan muamalat/urusan seperti jual beli, sewa (ijarah), gadaian (rahn), pinjaman (qard) atau apa apa bentuk perniagaan/perdagangan yang bercanggah dengan hukum syarak atau fatwa atau keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara atau keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda sebanyak rm2000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua duanya sekali.

Maknanya sesiapa saja yang terlibat melakukan urusan dengan mana mana bank, syarikat insuran, pelaburan saham, pajak gadai atau lain lain muamalat yang bercanggah dengan hukum syarak adalah menjadi satu kesalahan mengikut EKJS(I) 2019. Semua pekerja, pelanggan atau siapa saja yang melakukan muamalat ini di negeri Kelantan, boleh ditangkap dan didakwa di bawah Enakmen Syariah ini.

Inilah salahsatu dari 20 peruntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan yang dicabar keabsahannya oleh Nik Elin Nik Rashid.

 


APABILA MALAYSIA STABIL POLITIKNYA & NEGARA LUAR YAKIN DASAR MALAYSIAMADANI; PELABUR AKAN MASUK BERDUYUN-DUYUN

 





 November 2023

25 Rabiul Akhir 1445H

• Usaha kerajaan dalam menangani isu ketelusan dan rasuah telah dapat meningkatkan keyakinan terhadap pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Mereka akan menjalankan perniagaan di Malaysia dalam pelbagai bidang seperti perladangan, pembinaan dan sektor perkhidmatan.

• Satu petanda dan perkembangan yang baik dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun melebihi RM30 bilion (AS$6.33 bilion) dijangka akan masuk ke Malaysia pada tahun ini. Ini berikutan keyakinan yang tinggi oleh pelabur dari Negara Jepun terhadap Malaysia.

•. Lawatan Fumio Kishida baru-baru ini ke Malaysia bertujuan untuk memperbaharui kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perindustrian, pelancongan, pendidikan serta sains dan teknologi.

• Jalinan hubungan baik antara dua negara ini juga dapat mengembangkan potensi ekonomi negara ke arah yang lebih baik, dapat memasarkan produk tempatan serta melakukan aktiviti import dan eksport.

•. Disamping itu, rakyat Malaysia akan mempunyai pelbagai peluang pekerjaan dan mampu meningkatkan ekonomi negara.

• YAB Perdana Menteri, menghargai komitmen berterusan kerajaan Jepun ke arah penubuhan cawangan kampus Universiti Tsukuba di Malaysia sekali gus membolehkan lebih ramai pelajar negara ini mendapat akses kepada sistem pendidikan berkualiti tinggi seperti di Jepun.

• Adalah dimaklumkan bahawa, sejak tahun 2015, Jepun menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia. Pada tahun 2022, nilai dagangan dengan Jepun berjumlah RM181.51 bilion (AS$41.21 bilion) yang merangkumi 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia. Jepun menyambut baik inisiatif dan kerjasama dengan Malaysia khususnya dalam tiga bidang utama iaitu kerjasama keselamatan dan pertahanan, ekonomi, serta hubungan ASEAN.

#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI

HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat

 

Penerbangan bantuan Palestin, Ops Ihsan tiba di Mesir


 Penerbangan bantuan ubat ubatan dan makanan kepada umat Islam di Gaza, Palestin kali kedua berlepas malam tadi bersama sebuah pesawat kargo sewa khas.


Pengumpulan bantuan itu sebelum ini dijayakan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, MERCY Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan MAPIM sebagai koordinator utama.


Menurut Sekretariat Ops Ihsan, pengumpulan bantuan juga mendapat sokongan padu 50 buah badan bukan kerajaan dengan hampir 800 sukarelawan dari pelbagai lapisan rakyat yang menyumbang kudrat membantu urusan penerimaan, pengasingan, pengumpulan data, penyusunan barangan mengikut kluster sehinggalah ke pengurusan lojistik barangan bantuan.


Menurut Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari yang juga Presiden MAHAR, penerbangangan yang berlepas pada jam 10.45 malam tadi dijangka tiba di Lapangan Terbang Al Arish, Mesir pada jam 8.20 pagi pada 11 November.

Jismi Johari dalam sidang media malam tadi

"Setibanya pesawat sewaan khas ini di Al Arish, pengurusan barangan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa ke pintu Rafah setelah melalui tapisan dan pemeriksaan pihak berkuasa tempatan.


"Selepas itu gerak kerja bagi penilaian keperluan bantuan dan lojistik serta jaringan perhubungan dengan pihak-pihak berkaitan akan dilakukan bagi memastikan penghantaran barangan ke Gaza mengikut tatacara yang betul berlandaskan ketetapan prosedur oleh Kerajaan Mesir.


"Ini kerana terdapat prosedur prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap badan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan yang ingin menghantar barangan bantuan ke Gaza," katanya.


Tambah beliau, barangan bantuan kemanusiaan yang pertama Ops Ihsan pada 3 November lalu telah pun selamat sampai di Al-Arish, Mesir dan sedang menunggu giliran untuk melintas laluan Rafah sebaik sahaja dibuka bagi proses pengagihan kepada penduduk Gaza.


"Penghantaran ini merupakan salah satu fasa bantuan kemanusiaan yang dirancang oleh Ops Ihsan.


"Selain daripada menghantar barangan sumbangan rakyat Malaysia, siri kedua akan diteruskan melalui penghantaran barangan bahan mentah makanan seperti gandum, tepung, air minuman dan lain-lain dari Kaherah selepas ini," katanya lagi.


Dalam pada itu, Sekretariat Ops Ihsan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, rakan-rakan NGO, para media serta seluruh rakyat yang terus menyokong usaha gabungan itu atas nama keihsanan.


Terbaharu, penerbangan bantuan dilaporkan telah pun berjaya mendarat di Al Arish,pada pukul 2.15 petang waktu tempatan.


Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan #OpsIhsan boleh berhubung dengan petugas Syahrir

Azfar di talian 0132226057 emel syahrir@gpm.com.my atau Amir Arafat di talian 014-9843965 emel aarafatmr@mahar.my.