HANG SOROK MENANTU DI MANA....

 

Parti Bersatu sedang berperang sesama sendiri. Dan seseorang dari kem parti tersebut sedang intai peluang ganti Muhyiddin. Apakah si video kabur itu punya angkara dgn memainkan isu 4 ahli parlimen yg berpaling tadah ?


Apapun Muhyiddin, kami nak tanya...hang sorok menantu kat mana. PDRM & SPRM dah lama mencari tu...😅


Wahai sdra Muhyiddin, PH & kerajaan perpaduan tak perlu nak bayar apa2 di saat akta lompat parti tu dh ada. Mereka sendiri yg perlukan dana perbelanjaan Parlimen kawasan buat survival. Bukan nak jaga rakyat sangat pun. 


Apa yg kami lihat, seseorang sdg keluarkan kuku & taring bagi membenamkan Muhyiddin. 


Sewaktu berkuasa, guna kuasa sekat Parlimen, sekat rakyat sesuka hati. Hanya berlindung dari perbelanjaan promosi RM700juta bagi menampakkan gah, hakikatnya tidak ada apa yg di buat utk jana ekonomi & kurangkan beban hutang kewangan negara. 


Jadi sdra Muhyiddin, hang terima la padahnya sendiri hasil daripada Sheraton tebuk atap.



OOWWHHHH.....GITU YA...HANG CEROI....

 



Che Ibrahim


Nasib baik mahkamah yang buktikan, bukan SPRM, jadi tak perlu letak jawatan MP la, cukup sekadar letak jawatan Presiden MUDA... muga jawatan tu bukan ada gaji pun.

AHLI PARLIMEN PN YANG MEMALUKAN, TERANG-TERANG MINTA RM30 JUTA SYARAT SOKONG ANWAR


Seorang lagi Ahli Parlimen blok pembangkang menyatakan secara terbuka kesediaannya untuk menyokong kerajaan ‘Madani’ pimpinan Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun, sokongan itu hadir dengan syarat jika Putrajaya boleh memperuntukkan dana yang mencukupi untuk kawasannya terlebih dahulu.


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Perikatan Nasional-Bukit Gantang) memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau berharap untuk mendapatkan kira-kira RM30 juta bagi kawasan parlimennya di Perak di bawah Belanjawan 2024.


Jumlah itu, kata beliau, berdasarkan beberapa siri projek dan inisiatif yang dirancang di Bukit Gantang, antaranya cadangan menaik taraf Pusat Giat Mara, membaiki 35 Tabika Kemas, dan pemasangan lampu jalan di kampung-kampung.


“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Ahmad Zahid Hamidi).


“Dengan hati yang ikhlas, kalau diluluskan RM30 juta ini, saya juga nak melihat sejauh mana kerajaan Madani ini adil dalam memberikan peruntukan.


“Dalam Dewan yang mulia ini saya mohon jika saya dapat peruntukan ini untuk membangunkan kawasan saya, saya akan berikan sokongan kepada kerajaan Madani,” katanya.


Syed Abu Hussin membuat kenyataan itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan 2024 di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.


Kenyataan beliau ini dikatakan mengejutkan beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua blok.


Yalah, mana tak terkejut…terang-terang minta peruntukan RM30 juta sebagai syarat untuk sokongan yang ingin diberikannya.


Tak pernah dibuat orang perangai macam ini.


Memalukan betul…macam ini punya wakil rakyat pun ada dalam negara kita!!


Tiada standard, tiada kelas dan langsung tiada perjuangan dalam dirinya.


Bercakap pula minta RM30 juta itu di dalam Parlimen yang mulia.


Betul-betul hampehhh….(ShahbudinHusin 10/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/10/ahli-parlimen-pn-yang-memalukan-terang-terang-minta-rm30-juta-untuk-sokong-anwar.html



MALAYSIA. PMX DIKENALI








I

 Di Instagram, sebuah portal berita Timur Tengah telah melaporkan kepada masyarakat dunia, tentang pendirian Kerajaan Malaysia dalam konflik di "G".


Kejap je posting tersebut mencecah 55 ribu sukaan- antara posting dengan sukaan tertinggi sejak portal tersebut mula beroperasi.


Dalam erti kata lain, pendirian PMX dalam konflik di "G" diminati masyarakat dunia.


Didapati rakyat negara asing dan negara jiran Indonesia sangat berbangga dengan pendirian tegas Malaysia.


Tidak kurang juga komen orang bukan Islam dan bukan Melayu dalam posting terbabit.


Mereka bantai PMX? Tak. Mereka mengaku konflik ini telah membuka mata mereka.


Itu mood masyarakat bukan Islam di Instagram, sebuah platform media sosial yang lebih diminati oleh masyarakat bukan Islam berbanding TikTok.


Di dunia nyata, melalui sembang santai saya bersama kawan-kawan bukan Islam sejak sebulan yang lalu, saya pun dapati perkara yang sama.


Orang bukan Islam ini.... ramai tidak faham tentang konflik di "G". Saya faham sejak lama lagi sebab berpeluang mendampingi kawan-kawan dan pemimpin-pemimpin yang elok, tetapi pada masa yang sama sedar bahawa ramai kawan-kawan bukan Islam tidak faham.


Segenap masyarakat bukan Islam, khususnya yang muda-muda juga tidak faham sebab apa passport Malaysia boleh masuk semua negara kecuali "I".


Maklumlah, pendedahan, pendidikan, budaya, persekitaran dan pergaulan orang Islam dan bukan Islam adalah sangat berbeza.

(Namun begitu, jangan salahkan orang bukan Islam. Bertukar pandangan, ambil peluang mendidik mereka.)


Tetapi konflik pada kali ini dan tindakan tepat Kerajaan telah membuka mata masyarakat bukan Islam.


Ada yang pada mulanya bersikap sinis dan kritik PMX, khususnya apabila PMX membuat perhimpunan solidariti "P" di stadium tertutup.


"Kamu sibuk masalah luar kenapa?"

"Engkau takde kerja lain ke?"

"Rakyat sendiri tak terjaga nak sibuk rakyat negara asing apasal?"


Itu antara komen-komen yang kita nampak pada sebelum ini.


Namun selepas itu, selepas membuat kajian lebih lanjut dan mengikuti perkembangan semasa, semakin ramai bukan Islam mula tersentuh hati dan berhenti bersikap sinis. Perjuangan "P" mula difahami dan diterima.


Saya jangka, sekiranya Kerajaan Malaysia silap langkah pada sebelum ini dan mengikut rentak sesetengah pihak yang asyik berpolitik dan membuat provokasi keganasan, semakin ramai bukan Islam akan meluat dan seterusnya tutup telinga dengan konflik di "G".


Itulah persoalan yang selalu ditanya oleh segelintir bukan Islam: "Kenapa bukan Islam tidak mahu ambil tahu tentang konflik di "G"?"


Tetapi tindakan Kerajaan yang TEGAS TETAPI TIDAK MEMBABITKAN KEGANASAN pada kali ini telah menyentuh banyak hati yang selama ini tidak memahami konflik di "G".


Ohh. Tak jumpa pula mana-mana berita dunia melapor kejaguhan tokoh-tokoh walaun. Hmmm..


Tak jumpa juga mana-mana orang bukan Islam yg berjaya dididik oleh walaun tentang konflik di G. Mungkin ahli-ahli Gerakan yang menjadi Observer Member Liberal International je kot.


Bab Takbir mufti mati?





Takbir apa tu? Kalau hal larangan takbir oleh Dr musa tu...


Awak kena faham...dalam situasi tu hukum Takbir adalah HARUS.


Kalau larangan dalam solat ke..dalam masjid itu lain, hukum Takbir pada solat..pada azan itu WAJIB.


Ingat ya dalam Islam hukum dia ada WAJIB, HARAM, HARUS, SUNAT & MAKRUH.


Jangan awak bantai semua nak wajib walaupun takbir.


Nanti jadi macam PAS, sebut kencing pun takbir, kafir takbir pun dia takbir.


https://fb.watch/odjUitdelj/?mibextid=2JQ9oc


Berkenaan McD...


Mufti melihat pada kaedah fiqh..

Mudarat besar dan mudarat kecil.


Yang mana lebih besar mudaratnya..boikot atau tidak?


Mana lebih manfaatnya pada umat khususnya disegerakan sendiri?


Belum kira lagi bab fitnah.


Seeloknya sebelum sebar kenyataan begini yang akhirnya menjadi fitnah, eloklah bawa belajar bab fiqh. 


Kang YB Howard ulas awak marah pulak.



𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝟮 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗘𝗟𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗥𝗜




𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗿𝘀𝗶 ✍️


1. Nik Elin cabar Kanun Jenayah Syariah Kelantan. Saya tak setuju dengan tindakannya. 


2. Mahkamah terima kes itu untuk dibicarakan pada bulan Mei 2022. Semasa PN-PAS masih dalam kerajaan pusat. Takiyuddin masih jadi Menteri ketika itu. Haji Hadi jadi Duta Khas.


3. Sebab itu saya hairan bila Takiyuddin tanya apa jaminan kerajaan undang2 syariah tidak lagi dicabar? Dia buat apa dulu? Sedangkan dia salah seorang ahli kabinet kerajaan semasa kes itu difailkan. 


4. Ceramah PAS tak tohmah PH direct, tapi persepsi cuba dibina PH lah dibelakang Nik Elin ni. Walhal PH tak setuju pun tindakan Nik Elin. Nik Elin juga bukan ahli mana-mana parti komponen PH. 


5. Mana-mana rakyat ada hak dibawah perlembagaan untuk cabar kesahihan mana2 undang2. Tapi akhirnya Mahkamah yang bijaksana akan putuskan.


6. Kerajaan tak boleh campur hal mahkamah kerana doktrin pemisahan kuasa yang pembangkang pun tau. Lebih-lebih lagi hal itu diperingkat perbicaraan.


7. Pun begitu, kerajaan melalui MAIWP telah memohon untuk jadi rakan mahkamah (amicus curiae) bagi perbicaraan kes ini walaupun hal ini libatkan kepentingan terus Kerajaan Negeri Kelantan ketika ini (selaku Defendan dalam kes ini). 


8. Kalau berlaku kegelinciran yang merugikan Undang2 Syariah, kerajaan buat kerja sebagai kerajaan lah. Bukan buat kerajaan samseng.


9. Iaitu Pinda atau Gubal undang2 atau perlembagaan untuk kukuhkan lagi Mahkamah Syariah.


10. Dulu yang banyak improve Mahkamah Syariah ni zaman PH, Kerajaan PN-PAS tak tau buat apa. RUU355 pun kelaut. Sembang aje deras.


11. PH dalam masa dua tahun sahaja berjaya gubal Akta Profesyen Guaman Syari'e untuk tingkatkan standard peguam syarie setaraf dengan peguam sivil, usaha tubuh Jabatan Pendakwa Syarie, usaha tingkatkan Mahkamah Syariah dari dua lapis kepada 4 lapis, Tubuhkan Mahkamah Khas Hadhanah & Nafkah.


12. Jadi jom berjuang isu ini bersama. Pertahankan Mahkamah Syariah. Elak fitnah & elakkan tunding jari.



NASIB LA ....NAK BUAT MACAMANA

 




Untuk pertama kalinya (seingat aku), aku bersetuju dengan Wan Fayhsal ni. Katanya, yang batil tetap akan hancur. Betul. Dan sebab itulah Bersatu kini sedang menuju kehancuran.


Aku tak tahulah kalau Fayhsal ni tujukan posting tu kepada siapa. Mungkinkah kepada Saddiq selepas keputusan perbicaraannya untuk kes pengubahan yang haram tu diputuskan?


Kalau ya, cuma nak bagi ingat. Saddiq sendiri yang kata dulu dia didakwa kerana tak mahu menyokong Mahiaddin. Bererti dia dianiaya Mahiaddin. Jadi tak payah nak kecoh sangat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MP BERSATU SOKONG Anwar Ibrahim KERANA KEGAGALAN MAHIADDIN!


Shazlee Nordin


1. Tiada broker yang membeli MP Bersatu. PMX sudah pun cukup majoriti 148. Bukan sahaja cukup majoriti mudah tetapi melebihi dua pertiga sokongan Dewan Rakyat. 


2. Sudah 4 MP PPBM dari Perak , Labuan dan Kelantan kini sudah membuat kenyataan rasmi menyokong  PMX. 


3. Terbukti, percaturan politik Muhyiddin yang terlalu sibuk mencuri MP dari parti lain kini memakan diri.


4. Ketika parti PPBM kini sedang retak dan berpecah , beliau berdiam diri seolah bisu. 


6. Wang berlebihan yang disakau  PN, gagal memulihkan kepimpinan Muhyiddin.


7. Wakil rakyat parti PPBM pula terus sengsara hendak memikirkan soal peruntukan kawasan kepada rakyat di setempat mereka. 


8. Wakil rundingan dengan TPM dari PN pula menolak tawaran daripada kerajaan Madani untuk membekalkan peruntukan yang sama kepada wakil pembangkang. 


9. Penolakan ini disebabkan mereka mahu terus mengekspoitasi isu ini untuk menyerang kerajaan kononnya bersifat zalim dan tidak adil. 


10. Akhirnya , wakil rakyat mereka sendiri yang sengsara.



PMX JUGA DIPERSALAHKAN DISEBABKAN KEGAGALAN KERAJAAN GANU?




Kerajaan Terenganu janji nak bagi bantuan banjir tahun lepas 1k sampai sekarang xdapat-dapat dengan alasan nak buat tapisan nama sebab ada yang bagi data fake. Tiba-tiba sekarang salahkan pmx😅


summer: pengadu online orang ganu


WHITER THAN WHITE


Bagi seorang Aktivis Politik yang selalu promosikan geng Hang Nadim, semalam sedikit lain. Kes Sayed Saddiq terkesan di hati. 


Ini cerita seorang Pemimpin Muda, yang diangkat jadi Menteri, sebelum dia betul2 bersedia. Semuda usia 26 tahun. 


Baru keluar universiti, diberi kerusi Menteri. Banyak ups and downs yang dihadapi. Bertukar2 paksi dan akhirnya beliau tubuhkan parti sendiri. 


Semalam saksikan, dia dijatuhkan hukuman. 7 tahun penjara, RM10juta denda dan 2 sebatan. Kerana kesalahan korupsi dan gubah wang haram. 


Dia juga katakan “pemimpin perlu jadi whiter than white” untuk lepaskan jawatan dia dalam parti. Tetapi saya sangsi. 


Dalam dunia politik Malaysia yang penuh toksik, wang berbilion boleh mengalir seperti air tiada hukum hakam, melainkan tertangkap. Mencari pemimpin “Whiter than White” seperti mencari jarum peniti di tengah padang. 


Kes dia ini menyentuh dana politik parti. Bagaimana dia gunakan, sampai ada money trail yang masuk dalam ASB sendiri. Mungkin pada dia tiada hal, wang itu tiada integriti. Tidak tahu pun siapa yang kasi. 


Di dalam dunia serba kelabu dan hitam, menjadi putih itu sukar. Macam mana suci bersih pun anda, kalau menyelam dalam lumpur, akan terpalit jua. 


SS ini juga cunning pada saya. Dia tahu kes dia akan lekat punya, sebab itu rayuan dibuat kurang 5 jam dari keputusan. Berbulan sebelum itu, beliau sudah umum keluar Kerajaan. Itu political expediency, trick politikus yang bijak memanipulasi. 


Cuma dia jem, yang buat kes terhadapnya, ialah Bekas Perdana Menteri yang dia sokong kembali. Yang dulu dia lantang bersuara, mereka ini nak kenakan dia. Political persecution katanya. 


Namun, sebab jatuh hukum ketika PM yang lain pula, nak cakap apa? Perlu telan saja. 


This young leader, no longer a naive politician, has learned a lot these past 5 years. The good, the bad and the ugly of Malaysia political scene. 


Time will tell, sama ada dia boleh corak diri sendiri. Jadi lain dari yang lain. Mungkin suatu hari, boleh jadi Perdana Menteri Malaysia termuda. Sudah jadi trend, boleh jadi PM selepas dipenjara. 


Pada saya, “Whiter than white” yang SS cari, seperti mencari pelangi ketika ribut. Kita akan hanya jumpa dalam mimpi. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



Dua berita yang membawa dua persepsi berbeza.




Kalau baca berita jualan Deepavali sendu, nampak macam rakyat negara ini sedang dilanda masalah ekonomi, nak berbelanja pun tak mampu.


Tapi bila tengok 90% daripada tempahan hotel di Hatyai dibuat oleh rakyat Malaysia, nampak macam orang Malaysia ni kaya-kaya semuanya.


Apa yang berlaku sebenarnya?


Tak dinafikan memang sebahagian daripada rakyat sedang menghadapi tekanan kewangan pada ketika ini. Tapi aku kira punca jualan kedai konvensional pada ketika ini sendu lebih disebabkan persaingan kedai atas talian terutamanya TikTok.


Sesekali aku melayari TikTok, kalau tak kuat iman memang habis juga aku borong barang. Terdapat begitu banyak pilihan dengan harga yang murah.


Ya, penjual di TikTok menawarkan harga yang ada kalanya tak masuk akal. Dan memang semua yang dijual di platform itu laku keras.


Pelanggan berhati-hati belanjakan wang tu mungkin benar tapi tak cukup tepat. Sebab pelanggan tak berhati-hati pun berbelanja di TikTok.


Kerajaan kena berbuat sesuatu dengan TikTok ni. Kalau berterusan begini, ia akan memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara.


Jika kedai konvensional tutup, bukan peniaga saja yang rugi, bahkan banyak peluang pekerjaan juga akan hilang. TikTok shop tak menyediakan peluang pekerjaan seperti kedai konvensional.


KKD kena bertindak cepat. Atau mungkin TikTok shop boleh diletakkan di bawah KPDN. Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur baru nak bertindak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAHAP KEBODOHAN YANG TINGGI

 

Gino Marvela


Lim Guan Eng, Lim Kuan Yew, Lim Kit Siang, Lim Tayar, Limpbizkit, Lim ji-Yeon & Lim motor's itu memang sepupu. Kesemua mereka ini sejarahnya datang dari Lim College, jalan Kalabakan...belakang hujung hutan!


Antara banyak Lim, Limbizkit paling popular. Bila dia nyanyi dengar bunyi ceng cong ceng.., cong ceng cong ceng bush bush...kiwak kiwak ceng bush. 🤬


Lee dengan Lim pun tak tahu beza. Apa punya "Delulu" la minah untit ni. Sampai Chin Peng pun dia dok pi tambah Lim Chin Peng. 


Tapi tahu tak nama sebenar Chin Peng tu Ong Boon Hua? Ka lepasnih untit tu kaitkan pula Ong Boon Hua dengan Boon Siew Honda?


Haduiiii...karawale!!! 6 Harkat dia punya bengong. Gam jenis apa lah yg dia hisap.


#ajergampang



SAMAN SAJA DAN JANGAN TANGGUH LAGI.

Gino Marvela


 Sewaktu kes mulut untit celupar mengaitkan pelbagai pihak, ada kenalan dari Singapore minta pendapat apakah perlu utk mulakan saman atau amaran saja.


Jawapan kami, silakan saman. Hantarkan nota bantahan kpd Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra dahulu. Kemudian bertindak dari sana. 


Tiba2 ada rakan beritahu Wisma Putra dh terima note. Kami pun terperanjat dgn tindakan negara jiran.


Sebab ia melibatkan ahli parlimen Malaysia & mengaitkan komunis yg buleh mendatangkan masalah kpd Singapore. Singapore mmg menjaga aspek2 sebegini kerana ekonomi mereka satu-satunya bergantung kpd ekonomi dalaman. 


Terjebaknya fitnah komunis, berkemungkinan pendapatan negara mereka juga akan ada sedikit kesan. Bukanlah mendalam sangat kesannya, tapi dh survival negara mereka sedemikian bergantung perolehan pasaran kewangan...apa jua mesti di atasi segera. 


Jadi, lantak hang lah untit oii. Singapore dh mulakan langkah awal. Hang rasalah bahananya nanti, dh beri nasihat tapi ego & masih keras kepala...terimalah natijahnya sendiri.


Dan harap LGE juga, sila saman untit tersebut segera. Harap maklum.