NAMPAK GAYA KENA GUNA DUIT SENDIRI BELI HATI..

 

Shahidan masih masih cerita tentang peruntukan pembangkang lagi. Walaupun dah dijelaskan, tiada dalam mana-mana akta yang pembangkang layak dapat peruntukan. Jadi tak timbul soal aniaya.


Bahkan PMX dah buka pintu untuk rundingan kalau nak peruntukan. Maknanya, walaupun tiada dalam akta, tapi PMX sedia beri. Tapi biasalah. Takkan la dapat free je. Kenalah ada rundingan dulu.


Tapi pembangkang sendiri yang tak nak berunding. Kenapa? Entahlah. Mungkin takut kalau berunding nanti tak dapat nak tebuk atap lagi. Niat tu sendiri dah jahat. Jadi sebenarnya pembangkang ni aniaya diri mereka sendiri. Bukan kerajaan.


Tak timbul soal rakyat di parlimen yang dikuasai pembangkang teraniaya. Sebab yang tak dapat tu wakil rakyat. Peruntukan untuk rakyat tetap ada. Hal pembangunan tidak langsung diketepikan.


Macam hantar anak ke sekolah asrama. Semua dah disediakan. Makan, dobi, buku, semua ada. Cuma tak diberi duit belanja je. Nak beri duit belanja takut nanti dibeli rokok pula. Anak tu pula jenis terjal.


Tapi kalau ada keperluan, nak beli buku tambahan ke, nak beli pensil ke, nak beli tiket bas ke, boleh minta. Kalau kena dengan sebabnya, akan diberi. Macam tu nak kata kena aniaya ke?


PMX dah kata, kalau perlu peruntukan macam ada masalah banjir dan sebagainya, boleh minta. Akan diberi kalau bersesuaian. Jadi kat bahagian mana yang nak dikatakan rakyat teraniaya?


Masalah tak ada peruntukan ni, cuma MP tak dapat nak bergaya dengan duit kerajaan. Tak nak guna duit sendiri. Elaun besar tapi taik hidung masin. Nak beri sumbangan pun pakai peruntukan. Tak nak usik elaun sendiri.


Itulah masalah yang sebenarnya. Tak ada isu rakyat teraniaya pun. Cuma MP terpaksa telan air liur tak dapat beli undi. Kalau nak, terpaksa pakai duit elaun sendiri. Tu yang dia taknak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEADILAN Kedah anjur retreat bantu rakyat perkukuh agenda Madani





 KEADILAN Kedah baru baru ini mengadakan temu rapat bagi membincangkan hala tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri Julai lalu.



Menurut satu kenyataan, temu rapat itu bagi membincangkan cara mana untuk merealisasikan agenda Madani kepada rakyat Kedah yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri pembangkang.





Nurul Izzah memberi amanat khas



"Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah telah mengadakan retreat bagi mengukuhkan lagi ukhuwah pasukan dan membincangkan halatuju KEADILAN Kedah khususnya dalam usaha membantu rakyat dan menterjemahkan usaha Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Anwar Ibrahim," kata kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu lagi, majlis yang disempurnakan dengan amanat khas dari Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Nurul Izzah Anwar tersebut berjalan lancar dan berjaya membincangkan beberapa perkara.



"Terima kasih atas semangat dan tekad yang dikongsikan, semoga istiqomah perjuangan KEADILAN akan terus mekar dan memberikan manfaat untuk rakyat Malaysia," kata kenyataan itu lagi.



 

Malaysia desak PM Israel dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa


 Oleh: Abdullah Zaid


Malaysia antara negara paling lantang memperjuangkan isu Palestin selain meningkatkan tekanan agar masyarakat antarabangsa tidak menutup sebelah mata dan membenarkan rejim Israel bermaharajalela membunuh orang awam Palestin.


Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, persoalan membawa Perdana Menteri (PM) Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah dimulakan sejak dua tahun lalu.


"Jelas beliau, Palestin sebagai ahli Statut Rom, telah mengguna pakai ratifikasi itu bagi membenarkan pihak pendakwa ICC membuat pemeriksaan awal ke atas situasi di negara itu, sama ada kriteria dipenuhi dan seterusnya membawa isu tersebut ke pra perbicaraan.


"Justeru, pada 21 Mac 2021 ICC telah membuka siasatan atas situasi Palestin sejak 13 Jun 2014 tanpa tempoh tamat.


"Maka, situasi Palestin sudah ada proses siasaran ICC," katanya bagi menjawab soalan Ahmad Fadhil Shaari (PN - Pasir Mas) berhubung desakan membawa pemimpin nombor satu Israel ke ICC.


Dalam pada itu, Zambry menjelaskan Malaysia sentiasa menyeru PBB agar dapat merujuk isu kekejaman Israel bukan sahaja ke ICC malah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


"PBB telah menerima pakai resolusi 74-247 yang meminta agar ICJ memberi pendapat nasihat berhubung isu-isu berkaitan Palestin.


"Lanjutan itu, Malaysia telah mengambil bahagian kenyataan bertulis bagi mendapatkan pendapat nasihat berhubung isu Palestin yang telah diserahkan kepada pendaftar ICJ pada 25 Julai lalu," jelas Zambry.

INDUSTRI PADI SARAWAK: KURANGKAN BIROKRASI, SEGERAKAN PEMBANGUNAN


 Jaminan Timbalan Primer Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan bahawa negeri itu mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk industri padi perlu diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, kenyataan itu seharusnya menjadi pendorong agensi Persekutuan untuk mengkaji dan menilai semua rancangan dan permohonan rakyat Sarawak yang telah menunjukan minat terlibat dalam penanaman padi setelah melihat krisis kekurangan bekalan beras negara.

“Libat urus – libat urus khas untuk mewujudkan industri padi di Sarawak harus segera dibuat. Sebarang kekangan birokrasi mesti dielakkan demi kelancaran program yang dirancang.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim perlu mengembling tenaga dan sumber untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak merealisasikan impian tersebut,” kataya dalam satu kenyataan.

Bagi Abang Zulkifli, cadangan menjadikan Sarawak Jelapang Padi kedua negara yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan perlu disusuli dengan peruntukan dan juga kepakaran. Manakala beliau yakin Sarawak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.

Katanya, sudah tiba masanya Sarawak harus mengurangkan import beras dari luar kerana negeri itu mempunyai kawasan yang subur dan sesuai untuk penanaman padi sawah atau padi bukit.

Abang Zulkifli turut mencadangkan satu taskforce ditubuhkan bagi menggalakkan lebih banyak rakyat menyertai industri padi yang boleh memberi pulangan setimpal kepada belia di Sarawak.

“Petani harus dibantu diperingkat permulaan sebelum perusahaan itu mengeluarkan hasil. Pendekatan ini perlu dilakukan terutama sekali kepada para belia lepasan sekolah dan yang masih menganggur.

“Mereka memerlukan pendapatan sara diri, malah untuk membantu keluarga. Sekurang-kurang untuk selama 4 ke 5 bulan (dibantu). Insentif sebegini saya percaya boleh menarik minat para belia untuk menjadi petani,” katanya lagi.



Wan saiful di dakwa 18. zawawi doa kerajaan tumbang?




Wan saiful di dakwa 18 pertuduhan kemudian dapat DNAA? tetapi... Zawawi akan terus doa kerajaan Jatuh. Apakah itu tuntutan Islam? MP Pas sakit hati isu hutang harakah dibangkit dalam dewan. Saifuddin nikahkan orang bukan Islam salah dari segi apa? bagaimana dengan menteri sebelumnya? Pasport untuk muhyidin ke luar negara dibantah. MP bersatu Kuala Kangsar 2 minggu tak datang parlimen lepas kata sokong Anwar.




MALAYSIA TIDAK GENTAR DIUGUT BELA PALESTIN – PM







 Sikap tegas Malaysia membela Palestin menerima reaksi kurang senang negara Barat yang pro Israel.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendedahkan Malaysia mula dikritik dan ‘diserang’ oleh beberapa kalangan negara Eropah, Amerika Syarikat dan Israel susulan kelantangan membela hak rakyat Palestin.

Bagaimanapun katanya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat beliau tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

“Negara-negara berkenaan tidak boleh mengugut Malaysia kerana Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, serta mempunyai hak untuk menentukan apa yang betul.

“Kami faham apa makna merdeka. Kamu salah pilih orang (Perdana Menteri). Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka.

“Malaysia ini akan kekal sebagai negara berdaulat, yang akan mempertahankan hak, perjuangan dan kebebasan Palestin,” ujarnya disambut sorakan lebih 18,000 peserta himpunan di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil malam tadi

Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama hadir di himpunan itu bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel.

Kebanyakan memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul di bawah satu bumbung mendesak Israel menghentikan segera serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Himpunan itu turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara, pemimpin politik dan jemputan khas, dengan dianggarkan seramai 20 wakil NGO menyampaikan ucapan.



RENTASAN 1475 | GEMPAR!! AKHIRNYA SEORANG DEMI SEORANG PIMPINAN PN BAKAL...





MENARIK DALAM RENTASAN 1475
1. DUTA KHAS MAKAN GAJI BUTA UGUT KERAJAAN 2. AMANAH YANG PERNAH DIPERSENDA 3. LAUTAN PUTIH DI AXIATA ARENA, BUKTI MALAYSIA BERSAMA PALESTIN 4. TELUR YANG MENGATA LEPANG TAK PANDAI DUDUK




MEMALUKAN MP PAS MEMOHON MAAF SELEPAS SEBUAH POSTING MEMFITNAH DS SAIF...


Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad memohon maaf susulan video yang dimuat naik di Facebook miliknya dengan persoalan “sejak bila Pudin jadi juru nikah untuk pasangan bukan Islam? Nauzubillahi min zalik”. Yang Dipertua Pas Baling itu mendakwa, hantaran beliau itu dilakukan oleh admin atau pentadbir halamannya dan bukan dirinya sendiri. “Assalamualaikum mengambil maklum satu posting video di Facebook ini pada petang semalam telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. “Ingin dijelaskan bahawa posting berkenaan bukanlah dilakukan oleh Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad tetapi oleh salah seorang admin bertugas “Justeru, pihak pengurusan ingin memohon maaf di atas kekhilafan yang telah berlaku dan akan memastikan perkara sebegini tidak berulang,” katanya.



KAKI FITNAH PATUT SEGERA DIAMBIL TINDAKAN, JANGAN DIBIARKAN LEPAS BEBAS BEGITU SAJA


Dalam beberapa hari kebelakangan ini, terdapat dua fitnah yang berlegar di media sosial dan menjadi makanan enak bagi sesetengah netizen untuk menyebar dan memanjang-manjangkannya sebagai dosa percuma.


Tidak terkecuali turut ghairah melakukan dosa tersebut ialah mereka yang bergelar pemimpin dan beberapa individu yang agak dikenali dalam masyarakat.


Dua fitnah berkenaan ialah:-


Pertama, gambar isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama isteri-isteri pemimpin dunia, termasuk isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu.


Melalui gambar tersebut, kebetulan berlaku konflik perang sedang berlaku di Gaza ketika ini, adanya Wan Azizah dalam gambar bersama isteri Perdana Menteri Israel itu digambarkan kononnya beliau seolah-olah tidak menyokong perjuangan rakyat Pakestin.


Sehingga ada netizen yang menulis, kenapa Wan Azizah tidak mengelak untuk bergambar dengan Sara Netanyahu itu?


Kedua, video berkenaan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail ketika mendaftarkan perkahwinan pasangan bukan Islam sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara semalam.


Video itu digambarkan dan diberi keterangan seolah-olah menunjukkan Saifuddin Nasution menjadi “jurunikah” untuk menikahkan pasangan bukan Islam.


Dalam hal ini, selain ramai yang memfitnah Saifuddin Nasution telah menjadi seorang “jurunikah” kepada bukan Islam, terdapat pula seorang yang dekat dengan PN meyebarkan video tersebut bersama keterangan yang mendakwa “inilah menteri yang tiada kerja yang kini telah menjadi jurunikah agama Hindu.”


Dalam kedua-dua kes, keghairahan mereka yang anti kerajaan menyebarkan gambar dan video berkenaan ternampak seperti tidak dapat dibendung lagi.


Tanpa melakukan tabayun atau menyemak fakta terlebih dahulu, mereka terus nenyebarkannya demi meraih manfaat politik dan untuk menyerang kerajaan yang ingin dijatuhkan.


Meskipun kemudoannya penjelasan telah diberikan, baik berkenaan gambar Dr Wan Azizah dengan isteri Perdana Menteri Israel dan video Saifuddin Nasution, hakikatnya fitnah telah pun lebih dulu tersebar luas dengan meluasnya.


Berkaitan gambar Dr Wan Azizah, ia diperjelaslan bahawa itu adalah gambar ketika isteri-isteri ketua kerajaan diraikan oleh isteri Presiden AS sewaktu sidang UNGA PBB pada 21 September lalu.


Ketika gambar itu diambil, konflik perang di Gaza belum lagi meletus dan dengan itu, mengaitkannya seperti Isteri Perdana Menteri tidak sentitif dengan konflik di Palestin adalah suatu fitnah yang terang lagi nyata.


Begitu juga dengan video Saifuddin Nasution mendaftarkan perkahwinan pasangan bukan Islam, selain ia bukanlah ritual agama dan tidak menjadi jurunikah. beliau selaku Menteri Dalam Negeri sebenarnya memang diberi kuasa berbuat demikian.


Selain penjelasan dan ada laporan polis turut dibuat, agak menyedihkan kerana mereka yang menyebarkan fitnah berhubung kedua-dua kes langsung tidak diambil tindakan.


Pemfitnah itu juga, meskipun setelah penjelasan diberrkan, selain tidak memadam hantaran mereka, juga tifak meminta maaf atas kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.


Dengan itu, ada kemungkinan di lain masa mereka akan terus menyebarkan perkara-perkara tidak sahih dan menyebarkan fitnah, bahkan tidak menimbulkan ketakutan kepada sesiapa juga untuk melakulan hal yang sama.


Akhirnya, apa jadi kepada negara ini?


Dalam hal ini, sudah sampai masanya untuk pihak kerajaan, khususnya PDRM dan SKMM, untuk segera bertindak tegas terhadap mereka yang mempunyai kegemaran melakukan firnah di media sosial itu.


Lagi pun, selain dua kes di atas, sebelum ini banyak juga fitnah-fitnah lain turut bertebaran.


Tidak kira waima selepas penjelasan diberikan sekali pun, kes tidak patut dianggap sudah selesai.


Mereka yang sebelum itu telah menyebarkan firnah mesti diambil tindakan tegas.


Tangkap, siasat dan kemudian dakwalah mereka yang terbabit mengikut perlbagai peruntukan undang-undang sedia ada.


Dua tiga kali kena tangkap, disiasat dan didakwa di mahkamah,- percayalah - pasti taubat mereka untuk terus jadi jahat. – ShahbudinHusin 26/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/26/kaki-fitnah-patut-segera-diambil-tindakan-jangan-dibiarkan-lepas-begitu-saja.html



MAPIM sokong kelantangan PM bela Palestin


 Kelantangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyuarakan hak Palestin dan mengkritik tindakan hipokrit negara Barat terhadap keganasan rejim Zionis dipuji Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata MAPIM menyokong tindakan Perdana Menteri dan pihaknya serta seluruh rakyat akan berdiri teguh di belakang Anwar sekiranya Malaysia menerima ancaman dari negara Barat.


"Sikap ‘double standard’ Barat dalam isu Palestin sangat jelas. Jenayah perang dan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh Israel lebih 75 tahun ke atas Palestin telah didukung oleh negara Barat, terutama AS dan United Kingdom.


"Jelas negara Barat bukan sahaja merestui jenayah Israel, malah membekal dana dan senjata tercanggih untuk Israel melakukan pembantaian paling kejam berterusan ke atas warga Palestin," katanya dalam satu kenyataan.


MAPIM turut menegaskan Israel merupakan pengganas sebenar selepas segala jenayah yang dilakukan ke atas Palestin.


Dalam pada itu, Mohd Azmi menzahirkan pendirian bersama kerajaan dengan memastikan kedaulatan ekonomi tidak tergugat.


MAPIM turut menzahirkan sokongan terhadap cadangan Anwar yang mengambil pendekatan untuk beralih menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) kepada mata wang alternatif lain dalam perdagangan dunia.


"Sudah tiba waktunya Malaysia tidak bergantung kepada negara Barat.

"Malaysia harus berdaulat mempertahankan haknya untuk bersuara atas hujah prinsip kebenaran, keadilan dan kemanusiaan serta berdasarkan undang-undang antarabangsa," kata kenyataan itu lagi.