KEMANAKAH DUIT RAKYAT RM 393.8B DIBELANJAKAN



Norman Radzuan


Bila kita jadi kerajaan kita bicara sebagai kerajaan. Nak cari kekurangan atau salah silap itu kerja pembangkang. 


Di bawah ini adalah fakta kemana wang rakyat dibelanjakan utk berhujah dgn lawan.


Rumusan Ringkas Belanjawan 2024


PMX Anwar Ibrahim Membentangkan RM 393.8 Billion Untuk Bajet 2024  


✅ Kerajaan menyasarkan pertumbuhan KDNK pada kadar 4-5% untuk tahun 2024

✅ Defisit 2024 dianggarkan pada kadar 4.3%


*👥 Kebajikan Rakyat 

✅ RM2,000 *bayaran insentif* untuk penjawat awam *sebelum kajian sistem saraan dilengkapkan*

✅ RM1,000 kepada pesara Kerajaan dan veteran tanpa persaraan 

✅ RM55 juta subsidi elektrik untuk golongan miskin tegar sebanyak RM40 sebulan

✅ RM100 juta kepada badan NGO yang membantu rakyat 

✅ RM2.47 bilion untuk projek perumahan rakyat

✅ “The My50 Unlimited Travel Pass” akan disambungkan 

✅ RM500 kepada golongan muda yang membuat program dan kerja sukarelawan diiktiraf kerajaan

✅ Pertambahan RM10 juta untuk membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket *penipuan di luar negara* 

✅ Harga Siling untuk ayam dan telur akan diapungkan *bagi memastikan keterjaminan bekalan*

✅ RM11.8 bilion untuk projek tebatan banjir 

✅ Akaun Fleksibel KWSP Akan Diperkenalkan 

✅ RM2.4 bilion untuk Pusat Kebajikan

✅ RM50 juta untuk suri rumah dibawah program e-Kasih 

✅ RM400 juta untuk projek keterjaminan makanan 

✅ RM200 juta untuk program Payung Rahmah 

✅ RM10 billion Sumbangan Tunai Rahmah yang akan manfaatkan 60% Rakyat Malaysia 

✅ RM100 sebulan untuk setahun kepada *700,000* penerima Sumbangan Asas Rahmah

✅ RM1.2 billion untuk membantu golongan OKU 

✅ RM333 juta kepada orang Asli 


*💸 Cukai 

✅ 5-10% Cukai Mewah Akan Diperkenalkan 

✅ Cukai perkhidmatan akan naik dari 6% kepada 8%, *namun perkhidmatan makanan, telekomunikasi, parkir dan logistik kekal pada 6*

✅ Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax) sebanyak 10% kepada syarikat akan dilaksanakan mulai 1 Mac 2024

✅ E-invoicing akan diwajibkan kepada pembayar cukai melebihi RM 100 Juta mulai Ogos 2024 


*🔥 Penambahbaikkan


✅ RM2.8 billion untuk membaiki jalan dan jambatan *Persekutuan*

✅ RM5.8 billion untuk Sarawak & RM6.6 billion untuk Sabah

✅ RM38 juta untuk menaiktaraf mahkamah dan melatih lebih banyak hakim

✅ RM2.4 billion untuk membaiki kemudahan dan bangunan kerajaan dan kuarters penjawat awam

✅ RM150 juta untuk membaiki tandas awam

✅ RM100 juta untuk penyelegaraan lampu jalan 

✅ RM10 juta untuk naik taraf 10,000 kedai dan penjaja di seluruh negara 

✅ RM1.1 billion untuk masalah air di Kelantan, Sabah, Labuan

✅ RM70 juta untuk meningkatkan industri kelapa sawit Malaysia 

✅ RM4.7 billion untuk projek LRT3 

✅ RM2.4 billion untuk Felda dan Risda.


*🎭 Seni , Kebudayaan & Pelancongan 


✅ 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia 

✅ RM350 Juta untuk mempromosi aktiviti pelancongan di Malaysia 

✅ RM80 juta untuk mengekalkan Warisan bangunan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESC0 

✅ Pengurangan Cukai Hiburan 10% untuk persembahan artis antarabangsa di Wilayah Persekutuan

✅ RM160 Juta untuk industri kreatif di Malaysia 

✅ Artis tempatan akan dikecualikan daripada bayaran duti *hiburan bagi persembahan pentas*

✅ RM60 juta untuk mempromosi karya tempatan 

✅ RM90 juta untuk industri perfileman negara million 

✅ RM10 juta untuk MyCreative


*🏢 Perniagaan 

✅ Pelan NIMP 2030 Mahu Mencapai RM95 bilion dengan purata gaji rakyat sebanyak RM 4,510 menjelang 2030

✅ GLC & GLIC akan menyediakan dana RM1.5 billion untuk startups termasuk SME menceburi bidang high-growth, high-value (HGHV) seperti digital economy dan aerospace

✅ Pemprosesan sijil halal akan dipendekkan dari 51 Hari kepada 30 hari 

✅ RM44 billion untuk menyokong Industri Kecil dan Sederhana (SME)

✅ RM10 juta untuk membantu perkembangan industri francais mengembangkan eksport

✅ TNB, Gentari and Tesla Malaysia komitted untuk memberi RM170

juta untuk membina station pengecasan EV 


*🏫 Pendidikan

✅ RM58.7 billion kepada Kementerian Pendidikan

✅ RM1.9 billion untuk tujuan naik taraf dan menyelenggara sekolah

✅ Had siling yuran kemasukan Universiti Awam pada RM1,500

✅ RM100 juta kepada pelajar yang tidak dapat sambung belajar disebabkan pandemik 

✅ RM250 juta untuk meningkatkan jalur dan kapasiti WiFi di semua universiti awam 

✅ 10% to 15% diskaun kepada pembayar hutang PTPTN 


*🩺 Kesihatan

✅ RM41.2 billion untuk Kementerian Kesihatan

✅ Cukai gula dinaikkan daripada 40 sen/liter kepada 50 sen/liter.



WALAUN BANYAK BAGI SALAM 8% DAH BENGONG JANGAN LA IKUT..AMBIK LAH TAHU...

 

Ramai orang bagi salam SST 8 peratus hari ni.





Pada saya, mengkritik tak ada masalah. Cuma mesti kena ada fahaman yang betul.


Masalah orang kita, dia pun tak faham apa yang naik 8 peratus tu, tapi melompat bising lebih-lebih.


Di Malaysia, cukai kita adalah SST (Sales and Service Tax). Kadar cukai sales dan service adalah berbeza.


Sales tax dikenakan pada kadar 10 peratus (ada sesetengah barangan kena 5 peratus) tapi service tax sebelum ni ialah 6 peratus.


Yang kerajaan nak naikkan itu ialah service tax dari 6 peratus kepada 8 peratus. 


Sementara itu, tiada perubahan kepada sales tax.


Salah jika kita cakap SST naik 8 peratus


Betul jika kita cakap service tax naik 8 peratus


Akan tetapi, kenaikan dalam service tax ni pun ada pengecualian. Makanan, minuman dan telekomunikasi akan kekal pada 6 peratus.


Contohnya, kau pegi restoran yang sebelum ni caj kau service tax dia akan still kenakan kau caj 6 peratus service tax. Rate ni tak berubah.


Tapi kalau kau check in hotel, rate dia akan naik dari 6 peratus kepada 8 peratus.


Kau check in hotel hari-hari ke?


Soalnya, adakah akan wujud tekanan pada harga? ya jika yang dinaikkan itu adalah sales tax. Tapi yang naik ni ialah service tax.


Kenaikan mungkin ada tapi minimal sebab yang naik ni ialah service tax terhadap perkhidmatan bukan makanan dan minuman.


NazriHamdan

BroEconomist


#PeneranganPKRPahang 

#KPKualaKrau 

#MalaysiaMadani



NAMA PUN WALAUN. TAK MAKI,KAPIRKAN ORANG DIKIRA BAIK. YANG BENGONG. MACAM HADI KATA LA TAK BANYAK YANG CERDIK. YANG CERDIK ALHAMDULILLAH.

 


Ramai juga rupanya walaun yang bertanya, mana pergi duit pelaburan yang dikatakan berbilion ringgit tu? Rupanya daripada lebai ke walaun sama dungu.


Bila orang sebut pelaburan, bukanlah bermaksud syarikat yang nak buat pelaburan tu beri duit tunai kepada kerajaan. Pelaburan bukan begitu.


Contoh macam Infineon kata nak tambah pelaburan sebanyak RM25 bilion, bukan bermakna syarikat tu akan beri kerajaan duit RM25 bilion.


Kalau pelaburan maknanya begitu, tak ada syarikat sanggup nak melabur. Boleh jatuh muflis, dik.


Dari pelaburan, kerajaan akan buat untung daripada cukai. Ada bermacam jenis cukai yang wujud. Cukai perniagaan, duit import, eksport dan lain-lain.


Pelaburan juga membuka peluang pekerjaan. Dari situ kerajaan dapat kutip cukai pendapatan. Selain itu dapat juga jana income dari pelancongan dan lain-lain fasiliti yang mereka akan bina atau guna.


Jadi agak kelakar la kalau walaun tanya mana pergi duit pelaburan yang dikatakan berbilion ringgit tu. Walaun ni faham macamana agaknya?


Saya ulanggg!!! Duit pelaburan tu akan dilihat pada bangunan, fasiliti, peluang pekerjaan. Bukan dalam bentuk tunai. Duit akan masuk ke akaun kerajaan hanya selepas pelaburan dibuat, iaitu selepas cukai dikutip. Ada faham?


Aku bukan pakar ekonomi. Dan tak mahir pun pasal perniagaan dan pelaburan. Tapi benda ni basic je. Anak aku yang masih sekolah pun boleh tahu.


Sama ada walaun dungu atau sengaja dungukan diri semata-mata sebab nak hasut rakyat bencikan PMX dan kerajaan. Aku tak pasti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BAJET 2024, APA RAKYAT MARHEIN DAPAT??




Che Ibrahim


Ramai yang cuba pertikai bayaran insentif kepada penjawat awam rm2000 dan pesara rm1000 seolah olah kerajaan telah ketepikan rakyat marhein yang bukan penjawat awam. 


Ketahuilah ada berbagai insentif yang kerajaan perkenalkan yang bakal dinikmati oleh rakyat marhein melebihi dari insentif yang diberikan kepada penjawat awam. 


1. Rm2.4 billion untuk Pusat Kebajikan (sudah tentu yang berada di pusat kebajikan ini bukan penjawat awam atau orang kaya).

2. Rm10 billion untuk sumbangan Tunai Rahmah (STR), sudah tentu yang layak dapat STR ini bukan penjawat awam (kira kira 60% rakyat Malaysia akan menerima STR sehingga rm3700 setahun)

3. Rm1. 2 billion untuk OKU... Majoriti OKU ialah hidup secara marhein. 

4. Rm333 juta untuk orang asli. 

5. Rm200 juta untuk Payung Rahmat


..... Dan banyak lagi termasuk harga lantai getah, padi dll bantuan kpd petani, peladang dan nelayan. 


Owww pekerja swasta???... 


Nama lagi pekerja swasta, mereka ada "tuannya" yang akan bertanggungjawab kpd pekerjanya selain gaji minima yg kerajaan tetapkan. Mereka juga layak mendapat berbagai bantuan/sumbangan kalau mereka adalah rakyat marhein.

TAK PAYAH LA AJAK BERUNDING..MENYUSAHKAN SAJA..MANA ADA ORANG BOLEH DENGAN PARTI LEBAI NI.DIA SAJA BETUL.



Jamzuri Ardani.


 Bila dah setuju untuk bincang, maknanya penolakan PAS terhadap kerajaan madani bukanlah soal prinsip tetapi soal untung rugi.  Kalau prinsip dah tentu tolak terus, tak payah bincang dah. 


Samada PAS setuju atau tidak akhirnya nanti tidak penting kerana telah terbukti bahawa penentangan PAS terhadap kerajaan madani hanya atas pertimbangan politik dan bukannya soal prinsip.



JADUAL CUKAI INDIVIDU...HAAA....BANYAK KA ?

 


Pendakwah Teknologi


Info belanjawan menarik. 

Kadar cukai untuk Individu berpendapatan antara: 

- 35,001 - 50,000

- 50,001 - 70,000

- 70,001 - 100,000

DITURUNKAN.



AWAT UN DOK PI KARAOKE KA MASUK PADANG GOLF TIAP HARI KA ?


Che Ibrahim.


 Kesian ke orang serupa ambo... Masuk hotel, pawagam, kelab malam, padang golf kena taxs (bukan kena naik teksi) 8%.....





SOKONG KERAJAAN TAK HILANG KERUSI PUN

 


"MP Kuala Kangsar tu tak hilang pulak kerusi sebab dia sokong kerajaan. Cuba MP kerajaan sokong pembangkang, mesti kena Akta Lompat Parti."


Aku terdengar komen sebegini daripada walaun. Soalan aku, kenapa dia nak hilang kerusi pula? Akta tu anti lompat parti, bukan anti tukar sokongan.


MP Kuala Kangsar masih kekal ahli Bersatu. Cuma dia menyatakan sokongan terhadap DS Anwar. Itu pun bukan sentiasa. Perkara yang baik untuk rakyat sahaja.


Perbuatannya tidak menyalahi undang-undang anti lompat parti, sefaham aku. Sebaliknya ia adalah masalah disiplin. Jadi partinyalah yang kena ambil tindakan.


Kalau Lembaga Disiplin Bersatu merasakan ianya satu kesalahan, mereka boleh jatuhkan hukuman. Sama ada digantung atau pecat, itu terpulang pada mereka.


Tapi nampaknya kepimpinan Bersatu bacul. Tak berani nak ambil tindakan. Iyalah, kerusi dah la sikit. Kalau pecat yang ini, makin kurang la nampaknya.


Sebab itu mereka tuduh MP itu diugut. Untuk tutup sifat bacul mereka daripada mengambil tindakan terhadap pemimpin yang ingkar arahan parti.


Aku sendiri, secara jujurnya, tidaklah teruja mana dengan berita ini. Sebab aku tak pasti apa rahsia di sebalik perbuatannya. Adakah ini satu perangkap?


Apa akan terjadi kalau MP Kerajaan Perpaduan pula yang menyokong pemimpin pembangkang? 


Sebenarnya tak ada masalah. Dalam MoU antara parti yang ditandatangani sewaktu pembentukan kerajaan perpaduan ini, telah dinyatakan semua MP bebas menyokong usul dibawa oleh mana-mana pemimpin termasuk pembangkang. Dna juga bebas untuk tidak menyokong usul kerajaan.


Kecuali jika undian itu memberi kesan terhadap keabsahan PM, MP itu dikira telah mengosongkan kerusinya. Ini bukan akta lompat parti tapi peraturan parti.


Kerajaan Perpaduan lebih cekap. Dah bersiap awal hadapi situasi ini. PN kena belajar daripada PH-BN. Jaga MP sendiri dahulu sebelum sibuk nak rampas kerajaan.


PN tak perlu risau la. Jumlah kerusi PN tak berubah pun. Hanya DS Anwar dapat sokongan tambahan itu pun hal yang menguntungkan rakyat. Takkan hal yang untungkan rakyat pun PN tak nak? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MP KUALA KANGSAR KONON DIUGUT, KENAPA HAMZAH TAK BUAT LAPORAN POLIS?


Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin mendakwa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah diugut untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Katanya, Iskandar Dzulkarnanin telah diugut sama ada memberi sokongan kepada Anwar atau menghadapi pertuduhan di mahkamah.


“Adalah dipercayai intimidasi dan ugutan inilah yang digunakan ke atas Ahli Parlimen Kuala Kangsar bagi mendapat sokongan agar kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.


“Pada 1 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnan telah dibawa untuk bertemu dengan seorang pegawai tertinggi SPRM di sebuah lokasi hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah sekiranya enggan menandatangani kenyataan media yang telah pun disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Terdahulu daripada itu, pada 26 September, Hamzah mendakwa, Islandar Dzulkarnan telah didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.


“Beliau telah ditekan dan didesak untuk menyokong Perdana Menteri serta dijanjikan habuan wang ringgit dan kedudukan dalam beberapa syarikat,” tambahnya lagi.


Menurut Hamzah, Iskandar Dzulkarnain dilihat dalam keadaan tertekan akibat intimidasi yang dikenakan terhadapnya ketika bertemu Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini.


“PN pada masa yang sama kesal di atas kenyataan media yang dibuat secara terburu-buru oleh Iskandar Dzulkarnan dengan menggunakan hujah peruntukan pembangunan sebagai alasan dan ini amat berbeda dengan penjelasan yang diberikan kepada beberapa pemimpin parti sebelumnya,” kata Hamzah sambil mendakwa kerajaan pimpinan Anwar berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang.


Sebelum bergelar Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja.


Difahamkan, kes yang cuba dikaitkan untuk menekan Iskandar Dzulkarnan adalah berkaitan beberapa urusan semasa beliau memegang jawatan tersebut.


Melihat kepada segala dakwaan yang dibuat Hamzah ini, serta senarai nama beberapa individu yang didakwanya telah melakukan ugutan terhadap Iskandar Dzulkarnain, kononnya mereka itu dipergunakan oleh Perdana Menteri, persoalan utamanya di sini – sudahkah beliau membuat laporan polis sebelum mengeluarkan kenyataan medianya itu?


Tidakkah sepatutnya PN membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat segala dakwaan tersebut?


Diugut melalui media sosial pun biasanya seseorang itu akan buat laporan polis, takkan dakwaan ugutan sebegini cukup dengan kenyataan media saja?


Jika tiada laporan polis dibuat, bagaimana segala dakwaan itu ternampak ada kebenaran dan boleh dipercayai? – ShahbudinHusin 14/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/14/mp-kuala-kangsar-konon-diugut-kenapa-hamzah-tak-buat-laporan-polis.html



BELANJAWAN BALING



49 tahun lalu, negara terpana dengan seorang pemimpin muda. Di Baling, beliau adakan demonstrasi, membela penduduk miskin. 


Paksinya, menolak penindasan golongan kapitalis dan Mahakaya, terhadap golongan marhein. 


Disebabkan beliau, Akta Universiti dipinda. Haramkan pelajar kacau ganggu pentadbiran negara. Dipaksa mereka duduk kuliah saja. Tidak boleh bersuara. 


Beliau juga ditahan dan dipenjara, ISA punya angkara. Kali pertama ke Penjara, dalam usia muda, 2 tahun lamanya. 


Nama beliau meniti di bibir masyarakat ketika itu. Lahir di kalangan mahasiswa pra merdeka, yang memberontak terhadap pemerintah negara. Pencetus budaya anti establishment, di kalangan rakyat yang biasanya taat. 


Ironinya, fast forward nearly 50 years, pemuda itu diangkat pula memerintah negara. Semalam beliau bentangkan Belanjawan kedua selepas beliau berkuasa. 


Saya tonton kesemuanya. Akhirnya, goosebumps jua. 


“Pemuda” ini masih sama fikrahnya. Belanjawan yang beliau bentang semalam, with “Baling” in mind. Fokus kepada marhein. 


Dari baiki lebuhraya dan lampu jalan. Ke perkasakan kuarters tentera dan sekolah desa. Dari janji pembekalan air bersih seluruh negara. Ke bantuan kepada wanita, kanak2, OKU dan gelandangan. Cash in hand rakyat pun ditambah. 


Simply said, it is back to basic. Addressing our needs! 


Tiada lagi Belanjawan kita dipenuhi dengan projek mega atau belanja melangit. Yang biasanya khas untuk golongan kayangan dan elit politik. 


Wacana dan kata yang diguna masih level tinggi. “Marcapada”, “Kendatipun”, “Arakian”, buatkan kita berlari cari Kamus Dewan. 


Namun, substance wise, masih berpaksi di bumi. Ini pada saya, antara semua Belanjawan yang ada, ia Belanjawan yang paling praktikal sekali. 


Ini Belanjawan “Baling”. Signifies even after 49 years, he remains loyal to his true north. Membela rakyat marhein… 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


p/s- Part 2 coming! And I won’t be this nice ✌🏼



SOKONGAN MP KUALA KANGSAR KEPADA ANWAR TAK LANGGAR AKTA LOMPAT PARTI, IA UMPAMA CSA DENGAN KERAJAAN


Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam menerajui negara, tetapi dalam masa yang sama kekal setia bersama Bersatu, adalah suatu tindakan yang berani serta terpuji.


Dengan itu, Anwar kini kembali mendapat sokongan dua pertiga Ahli- Ahli Parlimen.


Penarikan sokongan oleh Syed Saddiq sudah diganti dengan sokongan yang didatangkqn oleh Iskandar Dzulkarnian.


Kenapa keputusan Iskandar Dzulkarnain ini terpuji?


Pertama, senario politik yang kini jelas memperlihatkan Anwar dan kerajaan perpaduan pimpinannya tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga habis penggal, keputusan yang dibuat oleh Iskandar Dzulkarnian ini memang amatlah tepat sekali.


Dalam erti kata lain, bagi Ahli Parlimen yang ingin berkhidmat kepada rakyat seperti Iskandar Dzulkarnian ini, adalah membuang masa saja jika beliau terus jumud bersama blok pembangkang.


Untuk itu, beliau harus memikirkan sesuatu agar dapat bertungsi dengan berkesan kepada pengundi-pengundi Kuala Kangsar serta tidak meninggalkan partinya.


Takkan nak bagi hidangam makan ceramah saja kepada pengundi-pengundi di kawasannya?


Kedua, sesuai dengan Anwar tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga PRU16 akan datang, fokusnya dalam memberi sokongan itu hanyalah untuk mendapatkan peruntukan.


Ini kerana, PN yang menaungi beliau nampaknya masih kekal dengan sikap degil dan keras kepala untuk datang kepada wakil kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof bagi membincangkan soal peruntukan tersrbut.


Dengan mengumumkan sokongan kepada Anwar serta berharap diberi peruntukan untuknya, tindakan Iskandar Dzulkarnain ini menunjukkan beliau bersedia secara individu untuk menandantangani perjanjian keyakinan dan perbekalan atau CSA dengan pihak kerajaan.


Jika PH sebelum ini menandatangai CSA dengan Ismail Sabri Yaakob dan diberi peruntukan sebagai balasannya, bermakna tiada tiada salah daripada tindakan Iskandar Dzulkarnain ini.


Beliau sekadar membuat keputusan demi manfaat rakyat dan pengundi di kawasannya.


Begitu pun, sebagai Ahli Parlimen blok pembangkang, Iskandar Dzulkarnanin masih boleh memainkan peranan semak dan imbang sebagaimana biasa dengan mengambil suaranya mestilah untuk manfaat rakyat dan bukan lagi untuk menjatuhkan kerajaan.


Ketiga, bersama kedegilan dan keras hati PN untuk datang berbincang dengan kerajaan, keputusan Iskandar Dzulkarnain ini harus membuka pintu hati lain-lain Ahli Parlimen PN untuk berbuat perkara yang sama.


Untuk itu, sebagai respon segera, Anwar dan Fadillah harus mengalu-ngalukan serta menyambut baik keputusan Iskandar Dzulkarnain itu.


Jemputlah beliau untuk menandatangani perjanjian CSA dengan kadar segera dan seterusnya luluskanlah peruntukan yang sewajarnya kelada beliau.


Kemudian, kita lihat berapa ramai lagi Ahli Parlimen PN akan datang untuk menandatangani CSA dengan kerajaan?


Keempat, tindakan yang diambil oleh Iskandar Dzulkarnain ini tidak melanggggar undang-undang anti lompat parti kerana beliau tidak keluar parti dan tidak juga menyertai lain-lain parti.


Beliau hanya menyokong kepimpinan Anwar untuk terus menerajui negara, khususnya bagi memulihkan ekonomi sehinggalah PRU yang seterusnya.


“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


“Oleh yang demikian, saya menyokong Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataannya berkaitan keputusan yang diambilnya.


Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Iskandar Dzulkarnain, tetapi jika kepimpinan PN dan Bersatu terasa koyak, mereka bolehlah mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.


Namun, jika dipecat daripada Bersatu, Iskandar Dzulkarnain tidak perlu mengosongkan kerusinya dan beliau selepas itu, bebas menyertai mana-mana parti.


Mungkinkah dengan ini,  beliau bakal digantung keahliannya daripada Bersatu? – ShahbudinHusin 13/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



BELANJAWAN HEBAT BUAT SEKTOR PENDIDIKAN


Radin Mihammad Imaduddin




5 sebab kenapa belanjawan kali ini begitu luar biasa hebat kepada sektor pendidikan


1. Ini kali pertama diumumkan belanjawan untuk pembinaan 26 buah sekolah sejak sekian lama. Kebiasaannya, sekitar 5 atau 6 buah sahaja. Perkara ini akan memberikan manfaat kepada lebih 50,000 orang murid dan 3,000 orang guru. Isu kepadatan murid dalam satu satu sekolah semakin parah apabila perencanaan pembinaan sekolah terlalu perlahan. Kali ini, luar biasa.


2. Peruntukan geran perkapita murid untuk sekolah agama rakyat yang dihapuskan sejak 2003, dikembalikan semula. Hal ini bakal memberikan manfaat kepada lebih 2,000 buah sekolah agama persendirian dengan bilangan murid menjangkau 245,000 orang (Anggaran semua). Kebanyakan sekolah agama persendirian ni mengalami cabaran prasarana yang amat daif serta kebajikan guru yang perlu dibela dan terpaksa bergantung penuh kepada yuran dan sumbangan daripada ibu bapa serta masyarakat. Setelah 20 tahun, barulah kita mendengar semula inisiatif ini dikembalikan. 


3. Fokus kepada penyelenggaraan sekolah daif diteruskan lagi pada 2024 kepada 450 buah sekolah, termasuk 185 buah di Sarawak dan 155 buah di Sabah. Perkara ini amat penting memandangkan akses kepada kemudahan asas persekolahan merupakan teras kepada pendidikan. Maknanya, jika ditambah pada tahun ini, jumlahnya mencecah 1450 buah sekolah. Ada tempat belajar yang baik itu jelas suatu yang asas. As simple as that. 


4. Isu keciciran murid dalam pembelajaran, khususnya terkait dengan asas literasi 3M akibat pandemik diberikan penekanan. RM100 juta diperuntukkan menunjukkan betapa hal ini menjadi keutamaan agar tidak ada siapa dipinggirkan dalam mendapat akses asas pendidikan. Pada waktu ini, murid tercicir adalah dalam lingkungan 0.99% yang mana jika dijumlahkan menghampiri 50,000 orang. Jelas inisiatif ini terus kepada golongan rakyat yang terpinggir yang hampir keseluruhan adalah kelompok termiskin dalam negara. 


5. Kerajaan mengambil tindakan tepat dengan mengumumkan pelibatan semua pihak dalam membina rupa wajah pendidikan masa depan. Maka, komitmen ini dijelmakan melalui perencanaan mendapatkan sebanyak mungkin input dalam Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara. Hakikat ini menunjukkan kesediaan kerajaan merakyatkan proses penggubalan pelan pendidikan; keterbukaan yang amat penting dalam dunia masa depan.


Nampak?


😊


#PMX

#KaramahInsaniah

#MalaysiaMadani

#reformasipentadbiranpmx

#BelanjawanMadani



TAK SALAH JANGAN TAKUT...JANGAN LA BUAT CERITA






Che Ibrahim


 Intimidasi, ugutan dan tekanan tidak akan terkesan kepada orang yang tidak melakukan apa apa kesalahan, kaedah ini hanya berkesan ke atas orang yang ada kaitan dengan perbuatan salah.


Apabila PN amat yakin bahawa MPnya telah di intimidasi dan diugut untuk menyokong PMX, bererti pemimpin PN amat yakin MPnya telah melakukan kesalahan atau terlibat dengan apa apa perbuatan salah, mungkin mereka sendiri ada pengalaman ini.



MANA SATU PERJUANGAN

 

Che Ibrahim


Antara perintah Allah ialah jangan buat/tabur fitnah... adakah Pas berjuang menghalang fitnah atau fitnah sebagai alat perjuangan Pas??




BELANJAWAN 2024: "REFORMASI EKONOMI, MEMPERKASA RAKYAT”


Husam Musa






🔹 Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2024 : RM393.8 bilion dari mana datangnya?


                            [ADMIN] 


#InfografikBernama #Belanjawan2024

#MalaysiaMADANI #Belanjawan2024 #MEM2024 #BelanjawanMADANI



MANA DIA ????


Rafizi Ramli


 Atuk &:Lebai Hadi Awang mana...?




TAK KELIRU MACAMANA...DIA TAU CETAK DUIT SAJA

 




Aku lagi keliru. Apahal pelaburan Tesla nak kena masuk dalam belanjawan pulak?


Bila pelabur masuk, keuntungan yang kita dapat adalah melalui cukai dan peluang pekerjaan. Apa pasal belanjawan nak sebut Tesla pulak? Kerajaan umum pakej untuk rakyat cukup la.


Lain macam cara pembangkang ni berfikir. Kalau MP pun dah tara ni, boleh difahami kenapa walaun melalut macam hidu gam. Negara kita kerugian ada pembangkang begini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MP GERIK PUN SOKONG PM?

 


Zusdin.


JIKA INI SAH DAN BENAR... Mungkinkah MP Gerik pun akan sokong PMX macam MP K.Kangsar??




SADDING NI LENA KA APA?






 Pening tengok sidang media Saddiq tadi. Ingatkan pandai sangat. Tapi standard MP PN yang lain juga rupanya. Kedunguan tanpa batasan.


Dia sebut 4 tapi dalam video tu 2 perkara je yang disentuh. Pertama soal subsidi. Dia kata golongan M40 akan paling terjejas.


Siap buat contoh T20 di Kelantan akan jadi B40 di KL. Saddiq tak pergi parlimen ke? Atau dia tidur? Dia tak scroll social media ke? Atau cuma tengok awek bergelak di TikTok?


Berulang kali Rafizi beritahu, kerajaan takkan pakai lagi klasifikasi yang ada sekarang. Satu database baharu sedang dikemaskini.


Pangkalan Data Utama (PADU) akan mula diuji awal 2024 dan perlaksanaan sepenuhnya di penghujung tahun 2024. Saddiq tak tahu ke?


PADU nanti bukan hanya lihat kepada pendapatan isi rumah saja sebaliknya pendapatan boleh pakai. Bermakna jumlah anak, lokasi dan sebagainya akan dimasukkan dalam kira-kira.


Jadi yang T20 sekarang mungkin nanti akan jadi M40. Yang M40 boleh jadi B40. Bermakna akan lebih ramai akan dapat subsidi.


Perihal harga ayam dan telur, sekarang ni bekalan telur mungkin masih belum cukup. Tapi ayam dah melambak di pasar dah. Malahan banyak pasaraya yang jual di bawah harga siling.


Berkenaan SST. Saddiq keliru antara SST dan GST. Dia sebut cukai barangan dan perkhidmatan. Tapi SST sebenarnya cukai jualan dan perkhidmatan.


Cukai jualan 0%, 5% dan 10% berdasarkan barang yang ditetapkan oleh kerajaan. Cukai perkhidmatan pula 6%. Yang naik dari 6% ke 8% adalah cukai perkhidmatan. Tak dikenakan pada barangan.


Boleh baca di https://tinyurl.com/bdhmp8h9


Pengecualian diberi pada F&B dan telekomunikasi. Cukuplah sebab itu yang selalu marhaen gunakan setiap hari. Itu dah memadai.


Tapi contoh yang budak ni pakai tentang pengurus restoran tu mengelirukan. Dia sebenarnya tentang SST dinaikkan atau dia marah F&B dikecualikan?


Kalau dengar dia cakap, cerita kepayahan pengurus restoran tu, macam dia nak suruh PMX tarik balik pengecualian tu.


Kesian aku tengok Saddiq ni. Dia dah jadi macam Sanusi dah. Sengaja cari salah PMX walaupun tak ada sampai diri sendiri nampak bodoh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.