SEMOGA BERJAYA CALON KERAJAAN PERPADUAN












 Berucap di acara terakhir di kempen saya membantu calon Barisan Nasional untuk Dun Pelangai semalam dengan menegaskan bahawa apa yang dilakukan sedaya upaya kini adalah untuk mengangkat martabat rakyat dan negara. 


Negara ini mesti bergerak seiring dengan tuntutan zaman dan kuasa yang telah diamanahkan ini mesti diterjemahkan dengan baik melalui dasar-dasar utama yang telah diketengahkan. 


Saya turut menambah bahawa negara kini di landasan yang baik untuk berkembang tatkala kita menikmati kestabilan politik, dan ini tentunya mesej yang jelas kepada dunia luar bahawa, “we mean business”, dan Malaysia mesti melonjak ke depan menonjolkan gagasan baharu yang lebih bertenaga dan gagah. 


Saya menggesa warga dan pengundi Dun Pelangai untuk bersama Gabungan Perpaduan menterjemah hasrat Malaysia MADANI! 


#MalaysiaMADANI



TERANCAM KERANA POLITIK KEBENCIAN.



 Islam kini benar-benar terancam. Bukan kerana DAP tetapi kerana politik kebencian dan melampau dari orang Islam sendiri.




Kelebihan gunakan QR pay.



1. transaksi realtime.

2. tidak terikat dengan duit tukar.

3. ada notifikasi. mengelakkan penipuan.

4. transaksi duit keluar masuk direkod.

5. tidak perlu ke bank untuk bankin duit

6. meningkat integriti (ada rekod).

7. cas transaksi serendah 0.25%

8. lebih pilihan untuk pengguna.


rm5,000 = hanya 12.50

rm10,000 = hanya 25.00


nasihat saya berhentilah berpolitik, jgn dibodohkan orang politik. berhenti menjerut leher sendiri. jika tidak percaya, sila gunakan cash 100%. 


digitalisasi, infra IT juga perlukan kos untuk terus beroperasi.


1. kos hardware, 

2. kos software (perisian / lesen),

3. kos security

4. kos maintenance

5. kos tenaga

6. kos buruh (sektor IT juga ada pekerja).

7. kos infra (tempat)


dan anda percaya kata orang politik bahawa 0.25% adalah mahal dan ia sepatutnya nya percuma??? 


ohya, itu uncle yang buat servis hantar duit syiling & duit tukar pg kedai atau restoran tu free ka? runner tukar duit pg bank pun berbayar kan? tiba-tiba pula 0.25% jadi mahal sbb ahli politik cakap itu mahal... 


Suhimi Nain 

02/10/2023



WALAUN MUDAH JA....SEBAB OTAK KOTOR.

 





Sepatutnya KPM belajar bagaimana Pas uruskan PASTI, walaupun bangunannya tak seberapa, tandas tak terurus, gaji gurunya rendah, di bawah paras gaji minima, namun lepasan PASTI amat berjaya.


Buat apa dok bazirkan duit untuk jamban/takdas, baik perabis duit untuk beli undi macam terbukti di Kuala Terengganu dan Kemaman.



PAS PATUT CALONKAN TUN MAHATHIR TANDING DI KEMAMAN







Pas akhirnya menutup teka-teka mengenai Kemaman apabila memutuskan tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan kemenangan calonnya di kawasan tersebut.


Dalam pengumuman mengenai perkara itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR.


Dengan tidak mengemukakan rayuan, ini bermakna suatu pilihan raya kecil atau PRK bagi Parlimen Kemaman terpaksa diadakan dalam waktu terdekat ini.


Mengikut peraturan SPR, sebaik sesebuah kawasan Parlimen atau Dun diisytiharkan kosong, suatu PRK hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.


Pada PRU15 tahun lalu, Che Alias Hamid yang mewakili Pas menang besar di Kemaman dengan majoriti 27,179 undi  dalam pertembungan empat penjuru.


Beliau mendapat 65,714 undi, diikuti Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terenggganu (BN) yang memperolehi 38,535 undi, diikuti calon PH, Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi).


Di atas kertas, keputusan Pas tidak mengemukakan rayuan dan ingin bertarung sekali lagi dalam PRK di Kemaman adalah kerana parti itu yakin mampu memenangi semula kawasan tersebut.


Dengan majoriti lebih 27 ribu, adalah sukar untuk calon kerajaan perpaduan menggugat kemenangan tersebut, waima jika dicampur undi PH dan BN sekali pun, ia masih jauh daripada mencukupi.


Begitu pun, oleh kerana kemenangan Pas di Kemaman dibatalkan disebabkan didapati wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15 lalu, mencalonkan semula Che Alias untuk bertanding semula dalam PRK akan datang ternampak amat tidak kena sama sekali.


Di gambaran umum, jika Che Alias dibenarkan bertanding semula, ia seolah-olah menampakkan Pas tidak serius untuk melawan rasuah dalam pilihan raya.


Pas malah akan tampak lebih terpuji jika meletakkan calon lain yang benar-benar berwibawa dan tidak pernah terkait dengan kes rasuah yang jelas.


Dalam hal ini, sesuai dengan minat Pas yang sejak kebelakangan ini begitu mengidolakan Tun Mahathir Mohamad, maka adalah lebih baik jika bekas Perdana Menteri dua kali itu diberi penghormatan diletakkan sebagai cakon di Kemaman.


Setidak-tidaknya dengan menjadikan Tun Mahathir calon di Kemaman, ada erti jugalah kekerapan Presiden Pas, Hadi Awang dan beberapa pimpinan tertinggi parti itu berkunjung ke kediaman beliau sejak kebelakangan ini.


Dan pencalonan itu tentulah tambah bernilai lagi mengambil kira susulan daripada keputusan empat negeri tadbiran Pas – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melantik Tun Mahathir sebagai penasihat ekonomi empat negeri berkenaan atau juga dikenali sebagai SG4.


Barulah selepas ini Tun Mahathir lebih bermati-matian menarik pelaburan dan memakmurkan empat negeri itu.


Lantaran ketiadaan status sebagai Ahli Parlimen, Tun Mahathir sekarang ini sering diperlekeh setiap kali beliau bercakap yang membawa maksud untuk mengajak rakyat menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau menumbangkan kerajaan perpaduan.


Kata-katanya selalu dianggap tidak relevan dan dipersenda kerana tanpa berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, beliau seolah-olah sekadar menjerit di luar gelanggang.


Maka itu, inilah peluang terbaik untuk Pas meletakkan semula Tun Mahathir di dalam gelanggang.


Dalam masa yang sama, kalau sudah berstatus Ahli Parlimen nanti, bolehlah beliau “digeli-gelikan” untuk kembali sekali lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 03/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KALAU MACAM GINI GAYA, NAK HARAP JADI PEMERINTAH KAH



 Lobai punya wakil rakyat minta sedekah pd pengikutπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



RAMAI DAH TUNJUK TASNDAS. WALAUN KATA PM TAK BUAT APA. ANAK WALAUN KE SEKOLAH TAK SEDO DAN TAK PAHANG.



NAMUN DI KAWASAN PEDALAM , DIMANA PERHUBUNGAN MASIH LAGI BOLEH DIHUBUNGI, KONTRAKTOR DEMAN KONONNYA KOS PENGANGKUTAN SAMPAI RM30K. 
PIHAK SPRM HARUS SIASAT KEADAAN INI.













NILAI RINGGIT BANDING BATH

 





Baht sudah start jatuh berbanding RM. 


Kalau cecah 1RM - 8 THB dah boleh paint the town red in Hadyai.

TALIAN MENGHADAPI MASAALAH SEJAK JAM 9 PAGI.

 

Pengunjung yang budiman. Talian terganggu sejak jam 9 pagi tadi.

Blog ini akan di update dalam masa 1 jam selepas kestabilan talian.


Harap maaf.



YANG MENUDUH TU PUN PATUT CERMIN JA DIRI


 Penyokong sebuah parti yang bawa cop Islam sibuk melaungkan qazaf, menuduh PMX peliwat tanpa membawa sebarang bukti. Sedangkan tuduhan zina dan liwat ni, penuduh perlu melihat sendiri perkara itu bagaimana 'benang masuk jarum'.


Qazaf ni sangat berat dosanya. Menurut hudud, yang parti tu konon nak buat sangat, qazaf mesti dihukum dengan 80 kali sebatan. Bukan itu saja, orang yang qazaf tidak akan diterima kesaksian mereka sampai bila-bila.


Maknanya, kalau dia jadi saksi akad nikah, maka akad nikah itu tidak sah kerana tak cukup syarat 2 orang saksi adil. Sebab kesaksiannya tak diterima. Begitu sekali. Malah walikan anak bernikah juga tak dibolehkan.


Tapi parti itu dakwa mereka ramai ulama. Habis tu kenapa ulama tak tegur pengikut mereka berbuat dosa yang amat besar ini? Takkan mereka tak tahu perbuatan qazaf ini berdosa?


Mereka yang digelar ulama dalam parti itu amat arif dengan hukum ini. Sebab itu mereka tak berani nak ulang tuduhan itu. Tapi tuduhan itu untungkan parti mereka. Jadi rugi kalau mereka tak gunakan.


Maka sebab itu dibiarkan para penyokong mereka berterusan melakukan qazaf. Jadi nanti, yang akan tertolak kesaksian, yang wajib dihukum dengan 80 sebatan adalah penyokong mereka.


Sementara mereka akan menuai hasil. Kalau kata tuduhan itu mempengaruhi sokongan rakyat, maka mereka akan dapat jawatan. Soal dosa, itu biarlah penyokong tanggung sendiri. Mereka yang buat.


Jadi untuk apa ditegur dan ingatkan penyokong mereka tentang dosa qazaf? Maka sebab itulah mereka diamkan diri dan biarkan qazaf berleluasa. Janji mereka dapat hasilnya.


Baginikah ulama yang kamu sangka akan berikan syafaat di akhirat kelak? Jauh panggang. Kesian penyokong mereka kerana diperkudakan oleh orang yang mereka panggil ulama. Tapi nak buat macam mana. Mereka sendiri yang rela. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HOWARD LEE DINASIHATI. TAK MACAM PARTI YANG BERKAWAN DENGAN LEBAI....PISHANGGG

 Cerita malam tadi...






YB Howard Lee 李存孝 hadir mengunjungi saya di Casuarina Kuala Kangsar 


Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.


YB Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati2 dalam mengambil petikan ayat Al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini.


Pagi ini 3 Oktober 2023, jam 9.00am saya akan hadir merasmikan International Conference On Mufti Harussani Legacy di Universiti Sultan Azlan Shah - USAS Kuala Kangsar.