NAGA APA....BARU KENA PANGGE TAKKAN KECUT




 Naga kata dia kecewa dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan himpunan pada 16 September. Katanya lagi, sesiapa pun berhak untuk bersuara asalkan tak melanggar  undang-undang.


Masalahnya, himpunan tu langgar undang-undang. Sebab tu la dia dipanggil. Itu pun tak faham? Tapi anak nak diharap kepada Naga ni.


Sedangkan beza antara kes mamat yang mengaku bersalah kes menghina YDP Agong dengan Iswardy Morni yang minta dibicarakan pun tak faham, apa lagi dengan isu begini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BILA KENA KUTUK MELONCAT




 Ini satu lagi peristiwa yang menarik perhatian aku. Shahidan naik berang bila Rafizi kata dia nak buat hiburan politik. Suruh Rafizi tarik balik.


Tapi dalam masa dia suruh Rafizi tarik balik tu, dia panggil Rafizi Menteri Formula. Dia tak rasa apa ke? Atau memang Shahidan ni otak tak normal?


Pemimpin PN kalau bab mengutuk dan menggelar orang ni memang champion. Paling champion si Sanusi tu la. Hina fizikal orang tak sedar diri sendiri pun tak semenggah mana.


Tapi bila Rafizi sentuh sikit je, dia punya melompat macam badan dihurung kerengga jadinya. Huru hara. Sampai orang gila pun nampak lebih waras.


Sebelum ini Shahidan pernah tanya Hadi tentang hukum DNAA dalam Islam. Dia tak sedar yang dia sendiri pernah DNAA kes cabul budak bawah umur.


Begitulah PN. Tak sedar diri. Buat orang boleh, tapi bila dia kena, terus jadi bengong. Harap umur je tua tapi perangai macam belum mumaiyiz. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CUEPACS MOHON KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM

 

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan.

Kesatuan itu turut berharap kerajaan memberikan bonus minimum satu bulan setengah kepada penjawat awam, yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, kenaikan gaji itu perlu diberikan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa, sementara menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

"Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Adnan berkata, Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

Pada pembentangan belanjawan itu, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

motivasi dalam pekerjaan.

Pada pembentangan belanjawan itu, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir. Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya. – Bernama


BILA AKAL GAGAL MENGUASAI EMOSI

 


EMOSI 


Aristotle, 2000 tahun dahulu, dalam buku The Art of Rhetroric, pernah menyebut:


“Semua orang boleh jadi marah, itu senang. 


Tapi untuk marah kepada orang yang tepat, pada masa yang tepat, dengan tujuan dan cara yang tepat, dan dengan amaun marah yang tepat, 


Itu perkara sangat sukar dan tak ramai dapat lakukan”. 


Buku the Art of Rhetoric adalah buku must have and must read untuk semua politikus newbie. Ia mengajar seni berpolitik. 


Dalam konteks moden, Aristotle ajar macam mana politikus nak amalkan Emotional Intelligence atau Cerdik Emosi. 


*************************


Semalam saya saksikan, seorang Politikus Otai menggunakan trick Aristotle di Parlimen. 


Dalam pada beliau sedang menjelaskan isu DNAA Timbalannya, beliau buat trick diversion. 


Beliau buat2 marah, orang yang gelakkan beliau. Walhal berapa banyak kali dah sebelum ni, pihak lawan gelak dan mengeji. Kenapa semalam secara khusus, beliau point out YB sorang ni? 


True enough, YB ni termakan umpan. Bangun penuh emosi, sampai hilang kawalan. Satu Malaysia saksikan. Seorang Bekas Menteri seolah2 meroyan. 


Episod “Tarik Balik”, drag sampai 20 minit. Yang lain pun terikut sama, sampai buat stage out.


Apa jadi selepas tu? Politikus Otai tadi sambung dengan aman. Kurang soalan 😅 


Obvious winner semalam si Otai yang hadam dan faham buku Aristotle. 


Obvious loser, si YB tadi, yang orang hilang percaya. Kita saksikan dia hilang composure, hilang cerdiknya, bila terlalu emosi. Bahaya kalau nak jadi Menteri. Bila bukan akal, emosi yang menguasai diri. 


Parlimen ini seperti theatre. Banyak benda kita boleh decipher. Kalau kena cara gaya. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



ANWAR LETAK PENANDA ARAS YANG TINGGI UNTUK SESIAPA YANG ADA ANGAN-ANGAN NAK JADI PERDANA MENTERI


Menyaksikan ucapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen semalam, paling ketara ialah beliau telah meletakkan tanda aras yang tinggi bagi sesiapa yang memegang jawatan tersebut.


Ertinya, pemegang jawatan Perdana Menteri mestilah seorang yang bertanggungjawab, tidak lari dari medan perjuangan, berani berdepan soalan lawan dan pantas melibas balik jika diserang atau dipertikaikan.


Berpuluh tahun lamanya kita tidak ada Perdana Menteri yang memiliki ciri-ciri sedemikian rupa.


Dulu, ketika era BN, hanya Tun Mahathir Mohamad yang ada kualiti seperti itu, cuma cara penyampaian beliau berucap terlalu biasa dan bersahaja.


Selepas Tun Mahathir – Tun Abdullah Badawi, Najib Razak, Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob yang pernah menjadi Perdana Menteri kemudiannya, kita langsung tidak melihat terserlah kehebatan seorang Perdana Menteri dalam berhujah dan berdepan lawan, khususnya di Parlimen.


Najib sama sekali tidak berani membenarkan isu 1MDB dibahas di Parlimen, Mahiaddin pula menutup dan mendaruratkan Parlimen manakala Ismail Sabri, selain tiada kontroversi di era pentadbirannya, wataknya juga terlalu biasa seperti orang kebanyakan saja.


Selain itu, kita tentu faham sejauh mana kemampuan dan kewibawaan Ismail Sabri sendiri sebagai Perdana Menteri.


Berbeza dengan Anwar semalam, beliau telah menampilkan gaya berpidato seorang Perdana Menteri yang hampir sempurna.


Dari segi pidato, memang Anwar lebih hebat jika dibandingkan dengan Tun Mahathir.


Dalam keseluruhan ucapannya semalam juga, Anwar jelas tidak lari daripada semua isu semasa dan memberi jawapan yang penuh berfakta terhadap segala persoalan yang timbul dalam negara ketika itu.


Termasuk dijelaskannya ialah isu DNAA Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang jika ikut logiknya, tidak perlu lagi diberi penjelasan lanjut kerana ia adalah kuasa Peguam Negara menutusnya.


Bahkan, jika Anwar mahu memilih jalan selamat, isu DNAA itu lebih baik diserahkan saja kepada Azalina Othman Said, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang saja untuk menjawabnya.


Namun, tidak demikian dengan Anwar kerana beliau terbukti seorang yang bertanggungjawab atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, lalu memilih untuk tidak lari daripada memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.


Agaknya kerana panas telinga dengan jawapan Anwar, lalu membuatkan seorang Ahli Parlimen blok pembangkang tiba-tiba “koyak” setelah kena libas, seterusnya terjerit-jerit perkataan “tarik balik”, “tarik balik” persis seorang budak sekolah rendah saja lagaknya.


Kemudian, seluruh blok pembangkang PN turut “terkoyak” dengan mereka keluar secara beramai-ramai meninggalkan Dewan Rakyat.


Kenapa mudah sangat mereka koyak?


Patutlah ketika jadi menteri semasa era PN sebelum itu, kerajaan ketika itu ditakrif sebagai gagal secara total.


Ketika ada kuasa dan berjawatan menteri, mereka tak berfungsi dan entah apa-apa yang dilakukan di kementerian yang diketuai, bila jadi pembangkang pula terlalu mudah koyak dan seolah-olah hanya memiliki hati selembut tisu.


Mudah kata, mereka ini tidak layak langsung jadi kerajaan, jadi menteri, jauh sekali untuk mengidam jawatan Perdana Menteri.


Kalau jenis ini jadi kerajaan, bakal kembali macam dululah perangai mereka.


Ketika Putrajaya (masa itu masih bertaraf senator lagi) jadi menteri, apa rekod pencapaian dan pernahkah kita dengar suaranya di Parlimen?


Kenapa setelah tiada kuasa baru nak bersuara dan tunjuk hero?


Yang nyata, dengan penampilan Anwar di Parlimen semalam, tidak mudah lagi bagi sesiapa berangan-angan untuk jadi Perdana Menteri selepas ini.


Sesiapa yang ingin jadi Perdana Menteri mesti ada keberanian, punya rasa tanggungjawab yang jitu, sedia berdepan lawan dan tidak lari daripada medan perjuangan.


Kalau rasa-rasa tiada ciri-ciri itu, lebih baiklah berhenti segera daripada berangan-angan nak jadi Perdana Menteri.


Jika tidak mampu menandingi Anwar, sekurang-kurangnya biarlah setara dan tidak lebih bawah daripadanya.


Perdana Menteri yang sekadar membaca perutusan khas, menghantar kenyataan media dalam bentuk pdf, tiada keberanian berhujah dan berdepan lawan, lebih-lebih lagi yang penakut dengan gelanggang Parlimen sehingga memilih jalan darurat, sudah tiada tempat lagi untuk masa depan Malaysia. – ShahbudinHusin 20/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/


Sarang Tebuan jangan dijolok.. buruk padahnya! Kan dah mendapat!



Dia yang mulakan! Dia yang koyak! 

Ketawa dahulu! Menangis kemudian!


Ahli parlimen Putrajaya, Radzi Jidin mengamuk dan koyak selepas mendapat sindiran keras dari perdana menteri, Anwar Ibrahim.


Anwar ketika itu sedang memberikan penerangan mengenai isu keputusan mahkamah memberikan DNAA (lepas tanpa bebas) kepada DS Zahid Hamidi.


“Apa yang dibincangkan di antara saya dengan peguam negara sebelum ini, Idrus Harun, dibangkitkan oleh ahli parlimen Larut”.


“Apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding mahkamah membabitkan DS Zahid, saya bertanya kepada Idrus”.


“Saya bukan berbincang mengenai keputusannya (menghentikan prosiding)”.


“Saya tanya alasan, minta penjelasan dan can you defend it (adakah kamu boleh mempertahankan keputusan tersebut)?”.


Ketika itu Radzi ketawa apabila mendengar kata-kata Anwar.


“You belah gelak, you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu”.


“Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” dakwa Anwar.


Mendengar apa yang dikatakan oleh Anwar, Radzi koyak dan serta merta bangun dan mahu supaya Anwar menarik balik dakwaan tersebut.


Menurut Radzi, dakwaan Anwar itu tidak mempunyai bukti dan mencalarkan maruah beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya.


#TerbaiklahPMX



TAKAN JATUHLAH...TUNGGU LA PRU 16 . SEMALAM MAT SABU DAN PMX CABAR BAGI TAU KAWASAN MANA TAK ADA BERAS. SENYAP JA PUN. TAK BERSUARA...KAH..LEBAI

 



Hadi kata masa PN memerintah, banyak kerengga nak runtuhkan kerajaan. Tapi cuba ingatkan balik, ada tak keadaan begini berlaku masa PN perintah dulu? Tak ada, kan?


Siapa kerengga sebenarnya? Masa Mahiaddin PM dulu, tak ada pun cerita-cerita nak jatuhkan kerajaan pada tarikh-tarikh Shopee. Yang ada cuma kritikan kerajaan lemah je.


Masa Ismail PM, siap ada MoU lagi antara kerajaan dan pembangkang. Jadi sebenarnya yang kerengga adalah PN sekarang ini. Tak ada hasil kepada rakyat kecuali nak rampas kuasa je. Guane boh?


 


 

Raja Gelap II 


.


HEBAT PMX. ..RAMAI LAGI DALAM PH..

 


Kehebatan pemimpin kita. Diiktiraf di peringkat global. Akan berucap di UNGA tu satu hal, dijemput untuk menyampaikan khutbah di New York.


Bukanlah suatu kebiasaan PM negara kita diberi penghormatan sebegitu rupa. Bukan setakat PM, malah yang gelar diri ulama pun tak dilayan begini. Iyalah. Takkan yang tak reti berbahasa Inggeris atau yang cuma pandai baca PDF nak dijemput baca khutbah pula. Kan?


DS Anwar kebanggaan negara. Jasa beliau kepada dunia Islam antarabangsa diiktiraf. Pemimpin yang luar biasa. Terima kasih Allah berkati kami dengan pemimpin hebat ini. Alhamdulillah. Guane boh?


 

Raja Gelap II


.


JANGAN PEKAK

 


Mahathir pemangkin kemenangan PH dalam PRU14 kata walatuk. Tapi Mahathir terhina dalam PRU15.


Bukan setakat terhina sebab kalah sampai hilang deposit. Bahkan tengoklah orang yang dipilih untuk gantikan dia.


Rakyat Langkawi lebih mahukan YB yang nak buat LRT atas air berbanding Mahathir. Maknanya apa? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KOYAK

 

Wang Xiang


INGAT ke ori heavy metal, ghopanya mental yang koyak ...

Aduiiiii ....





SALAH TETAP SALAH



Nak aje aku jerit kat depan muka dia "BODOH!!!” Tapi tak apalah. Biar Sanusi je yang kata dorang ni bodoh.


Dia kata Kerajaan Perpaduan kena berhenti tekan pembangkang. Aku jawab senang je, pembangkang kena berhenti main sentimen dan buat fitnah serta henti usaha tebuk atap.


Tapi hakikat sebenarnya, kerajaan tak tekan pun. Tapi dorang gagal ikut undang-undang. Walaupun polis dah berulang kali ingatkan. Dah buat salah tu, terima je la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Dan bertempik lah mereka…





“Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!” Penuh emosi. 


Satu lagi menyambut “Duduk… Duduk… Duduk…” 


Dan anak2 saksikan, Yang Berhormat kita sebegini. 


Set2 ni nanti la yang naik jadi Menteri. 


#ohmalaysiaku


~LM~



Anwar sampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York



NEW YORK: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) pada Jumaat ini.


Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCN yang bersejarah, iaitu masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Jemputan menyampaikan khutbah itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika sidang media bersama wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia di sini petang semalam.


ICCNY adalah sebuah organisasi agama dan budaya Islam yang ditubuhkan pada awal tahun 1960-an. Rancangan asal pusat ini adalah menjadi institusi Muslim yang terdiri daripada sebuah masjid, sekolah, perpustakaan, dewan ceramah, muzium, dan rumah untuk Imam.


Objektifnya termasuk melayani komuniti Muslim di Manhattan khususnya dan keseluruhan komuniti Muslim Amerika secara umum.


Antaranya, untuk keperluan keagamaan mereka dan menyediakan tempat ibadah, kelas untuk membantu mereka dan anak-anak mempelajari pengetahuan terperinci tentang agama mereka, Islam dan mencerahkan pendapat awam Amerika Syarikat dengan pengetahuan sebenar mengenai Islam.


Dr Zambry berkata, Perdana Menteri akan berada di sini pada 20 hingga 23 September untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-78.


Beliau diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengk Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Speaker Dewan Undangan Negeri, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan dari kementerian yang berkaitan.