POODAHHH DUDUK DILUAR KO KERIAU. BELUM LAGI KAU DIUJI DUDUK DALAM JERIJI BESI. INGAT JERAT TAK PERNAH LUPA PELANDUK

 


'Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT' - Radzi Jidin

Sinar Harian
'Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata, solat, ibadah, hidup dan mati hanya kerana Allah SWT. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin membuat hantaran di laman Facebooknya dipercayai berkaitan dengan kekecohan di Dewan Rakyat ketika penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Mohd Radzi berkata, solat, ibadah, hidup dan mati hanya kerana Allah SWT.
"Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT," tulisnya pada Selasa.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh apabila Mohd Radzi (PN-Putrajaya) bangkit meminta Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.
Kekecohan berlarutan selama beberapa minit apabila pemimpin-pemimpin pembangkang turut bangkit mempertahankan Mohd Radzi.

Parlimen: Anwar perjelas isu 'turun harga minyak'

 

Fareez Azman
Parlimen: Anwar perjelas isu 'turun harga minyak'
Anwar Ibrahim ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan janji harga minyak turun yang dikatakannya sebelum ini adalah persetujuan bersama parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) ketika itu.
Ujarnya, tindakan pembangkang menggunakan isu terbabit terhadapnya adalah tidak tepat dan seharusnya melihat semula harga minyak ketika ini.
"Ada pertikai soal minyak, hari ini kita menang esok minyak turun.
"Bila saya sebutkan perkara itu semasa PKR, DAP dan Pas bersama, apa saya sebutkan itu dipersetujui oleh PKR, DAP dan Pas.
"Masa itu berapa harga minyak Arab Saudi? 50 sen per liter. Sekarang saya jadi PM, berapa harga petrol tahun 2018? Di Malaysia RM2.21, Arab Saudi dah naik RM2.19.
Sekarang tahun 2023, minyak di Arab Saudi RM2.84, berapa harga minyak di Malaysia? RM2.05.
"Jadi kita ambil kira ini bahawa kenaikan penurunan minyak, maknanya harga minyak kita masih rendah.
"Brunei sekarang RM1.84, oleh itu untuk terus menggunakan komen dan hujah yang kita buat bersama dalam PR tidak semuanya tepat," kata Anwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan bagaimanapun bertukar kecoh apabila berlaku pertikaman lidah di antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Ahli Parlimen Jengka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bangun mencelah dan menafikan dengan kenyataan Perdana Menteri itu.
"Terima kasih, saya bersama masa itu, Pas tidak pernah bersetuju masa itu," kata Tuan Ibrahim.
Tindakan itu disusuli Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohammad Sabu.
"Masa itu saya setuju, masa itu dia (Tuan Ibrahim) bukan lagi pimpinan," ujarnya.
Keadaan kecoh bagaiamanapun ditenteramkan apabila Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan setiap Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri menggulung.

Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah


Hasimi Muhamad
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Menurut Perdana Menteri, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 sebanyak 8.7 peratus, yang disifatkan terbaik di rantau ini adalah tidak benar - Foto fail
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat bertukar hangat ketika sesi penggulungan melibatkan Kementerian Kewangan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan fakta pembangkang mengenai kedudukan ekonomi di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Menurut Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 sebanyak 8.7 peratus, yang disifatkan terbaik di rantau ini adalah tidak benar.
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan kedangkalan pengetahuan asas terhadap ekonomi.
"Perbahasan ini dimulakan dengan Ketua Pembangang (Hamzah) yang membuat satu kesilapan besar tentang pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tidak pernah dipertikaikan iaitu 8.7 peratus pada 2022.
"Dalam pembentangan saya sebut, dari asas rendah negatif 5.5 peratus (pada 202), sebab itu Titiwangsa (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) bagi kuliah kepada beliau (Hamzah). Ini kerana, kalau tidak faham tentang hal ini, ia akan mempersulitkan tentang kerja kita.
"Kadar pertumbuhan itu mesti terkait dengan kadar pertumbuhan sebelumnya. Sebab itu Singapura umpamanya berkembang 7.6 peratus, lebih rendah daripada Malaysia. Tetapi 2020, tahun sebelumnya 4.1 peratus, (tetapi) Malaysia pada tahun sebelumnya ialah negatif 5.5 peratus.
"Jadi saya tidak nafikan naik 8.7 peratus (pada 2022) tetapi janganlah riuh rendah mengatakan kejayaan paling besar dalam negara, nampak kedangkalan dalam ilmu ekonomi asas ini," katanya pada sesi penggulungan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
Situasi itu menyebabkan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut bangkit mempertahankan kenyataan beliau.
"Saya juga nak terangkan kepada Yang Berhormat, asas itu betul... asas itu rendah, kita bersetuju. Tetapi oleh kerana inisiatif dan acara kita menentukan, ia dapat melonjakkan ekonomi. Itu yang sepatutnya kita bangga. Ia sesuatu yang sama-sama kita pastikan supaya ia mencapai angka yang baik," kata Hamzah.
Anwar kemudian sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menafikan fakta pertumbuhan KDNK sebanyak 8.7 peratus.
"Tetapi saya pertikai ini kejayaan paling besar daripada negara-negara lain, ini tak betul. Ini yang saya kata asas ekonomi iaitu 8.7 peratus kena timbang (ambil kira) negatif 5.5 peratus. Tetapi tak apalah kalau dia nak menang, tak ada masalah," kata Perdana Menteri.
Begitu pun Hamzah menjawab: "Saya bukan nak menang...".

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar

 

Fareez Azman
Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Anwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan campur tangan dalam keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pendakwaan jenayah.
Menurutnya, perkara itu telahpun dijelaskan melalui 11 alasan yang dikemukakan Peguam Negara.
"Saya pilih untuk jawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah jelaskan perkara 145 (3).
"Ia tidak memuaskan semua pihak kerana mereka menyatakan ini sesuatu yang baharu, seolah-olah Perdana Menteri campur.
"Kita cakap hukum, keadilan, tapi kita (pembangkang) boleh pula menghukum orang hanya dengan andaian.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.
Berlaku perbalahan di antara Perdana Menteri dan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) apabila Anwar mengeluarkan kenyataan membabitkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin.
"You boleh gelak (Radzi Jidin) Putrajaya kerana you buat perkara itu. Masa pentadbiran you buat perkara itu. Yes," dakwa Anwar.
Kenyataan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila Radzi bangun dan meminta Perdana Menteri menarik balik kenyataan itu.
Kekecohan berlarutan hampir 15 minit sehingga Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mengambil tindakan keluar Dewan.


Peruntukan pembangkang: "Kalau tak runding, tunggulah sampai bilapun, saya tidak luluskan!" - Anwar


Ridauddin Daud
Peruntukan pembangkang: "Kalau tak runding, tunggulah sampai bilapun, saya tidak luluskan!" - Anwar
Perdana Menteri mengkritik kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa tiada peruntukan diberikan ke kawasan mereka. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan wakil rakyat pembangkang supaya berunding dengan kerajaan sekiranya mahu peruntukan disalurkan kepada mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong, sebaliknya berbincang dengan kerajaan.
Beliau juga mengkritik dan menafikan kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa tiada peruntukan diberikan kepada kawasan mereka.
Tegas Perdana Menteri, peruntukan di kawasan dan rakyat tetap disalurkan melalui beberapa projek untuk rakyat.
“Bila Yang Berhormat Bera (Datuk Seri Ismail Sabri) ambil alih (jadi Perdana Menteri), saya terima kasih kepada YB Bera, kerana YB Bera kata, kalau betul nak (peruntukan pembangkang), kita bincang baik-baik.
“Jadi kita hantar perwakilan (ketika itu pembangkang), bincang baik-baik dan kemudian ada hala tuju. Akhirnya beliau jemput saya, bincang sekali lagi. Lepas putus, tandatangan dan luluslah.
“Ini (sekarang ini) tak perlu tandatangan, bincang... (mereka) kata ini hak kami…bukan... ini bukan hak Ahli Parlimen. Rundinglah, lepas itu lulus.
“Kalau tak nak runding, tunggulah sampai bilapun. Saya tidak akan luluskan,” tegas beliau.
Tambah Anwar lagi, itu adalah keputusan muktamad daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

HAMPIR MUSTAHIL TUN MAHATHIR BOLEH JADI PM KALI KETIGA


Veteran UMNO Sabah, Salleh Tun Said Keruak membayangkan Tun Mahathir Mohamad boleh kembali sekali lagi sebagai Perdana Menteri jika tindakan politiknya tidak diperhati serta diawasi.


Berikutan keputusan empat negeri tadbiran Pas melantik bekas Perdana Menteri dua kali itu sebagai penashat tidak rasmi mereka, Salleh seterusnya melihat Tun Mahathir sekarang ini adalah “ketua de facto” blok pembangkang PN.


“Dalam arena politik, cita-cita tiada had dan umur pula bukan menjadi penghalang. Oleh itu jangan memandang rendah kehendak orang tua,” katanya lagi.


Secara mudah difahami, Salleh dalam hal ini sebenarnya ingin memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim, PH dan UMNO agar sentiasa berjaga-jaga.


Persoalan asas ialah bolehkah Tun Mahathir jadi Perdana Menteri sekali lagi?


Walaupun tiada perkara yang mustahil di dunia ini. tetapi daripada segi kemunasabahan dan hukum akal, terlalu sukar untuk Tun Mahathir mampu kembali ke puncak kuasa.


Pertama, beliau ketika ini bukanlah Ahli Parlimen dan ini, setidak-tidaknya sehingga PRU16 akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2027, sudah tertutup jalan buatnya untuk menjadi Perdana Menteri.


Memberi jawatan penasihat tidak rasmi kepada empat negeri itu hanyalah untuk Pas memanfaatkan pengalaman dan pengaruh beliau, di samping Tun Mahathir sendiri melihat ia sebagai platform agar suaranya selepas ini lebih didengari.


Menjadi penasihat tidak rasmi seumpana “Perdana Menteri Tidak Rasmi” juga bagi empat negeri berkenaan.


Yang mungkin berlaku, dengan kedudukan tersebut ialah pengikut dan penyokong Tun Mahathir barangkali lebih dulu terbuka peluang untuk berniaga atau mengemukakan apa-apa proposal kepada empat negeri sebagai peluang mencari rezeki.


Kedua, selagi ada Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN dan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan dua tokoh utama gabungan blok pembangkang, ruang untuk Tun Mahathir menguasai PN boleh dikata sentiasa tertutup.


Ini kerana Mahiaddin dan Hamzah juga teringin mahu jadi Perdana Menteri – seorang untuk kali kedua can seorang lagi kali pertama.


Malah Hamzah, sejak kebelakangam ini, sudah ramai yang memaggilnya PM11.


Ertinya, sebelum PRU16 akan datang, kalau pun kiranya Pas sedia menjadikan Tun Mahathir sebagai Ahli Parlimen semula dengan meminta mana-mana Ahli Parlimennya sedia ada meletakkan jawatan, laluan mendaki kerusi Perdana Menteri tidak mudah buat bekas Pengerusi Pejuang itu kerana Mahiaddin dan Hamzah mustahil akan memberi sokongan.


Jangan lupa, di sebalik PN mempunyai 74 kerusi Parlimen, 31 daripadanya adalah milik Bersatu dan hanya selelebihnya menjadi milik Pas.


Silap-sikap dengan keghairahan yang keterlaluan untuk menonjolkan semula Tun Mahathir itu hanya akan menyebabkan PN sendiri berpecah.


Ketiga, perubahan kerajaan sudah jadi mustahil berlaku sebelum PRU16 berikutan ikrar dan komitmen GPS di Sarawak untuk terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.


Tak usah sembanglah, tanpa sokongan GPS yang mempunyai 23 Ahli Parlimen, cita-cita menukar kerajaan oleh blok pembangkang hanya sekadar santapan bual-bual kosong di kedai kopi saja tarafnya.


Tambah kukuh kedudukan kerajaan kerana ia terus disokong mantap oleh UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi.


Keempat dan terakhir, detik paling dekat untuk melihat kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan, khusus kerana komitmen sokongan GPS ialah pada PRU16 tahun 2027 akan datang.


Tun Mahathir sekarang berusia 98 tahun dan empat tahun lagi usianya ialah 102 tahun.


Memang tidak mustahil Tun Mahathir masih ada pada tahun 2027 itu nanti, tetapi dalam usia sebegitu, sudah tentu beliau tidak mampu lagi untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat.


Jangankan sebagai Perdana Menteri, tugas sebagai Ahli Parlimen pun mungkin tidak berupaya lagi dipikulnya.


Kalau diletakkan juga bertanding, besar kemungkinan pengundi sendiri secara berjemaah lebih dulu menolaknya, mengulangi kekalahan di Langkawi sebelum ini kerana rakyat secara umumnya tentu mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat, bukan yang memiliki ciri-ciri tenat.


Dengan empat sandaran di atas, mungkin dianggap terlalu takbur atau cuba mendahului takdir jika menghukum mustahil, tetapi dengan akal yang ada, tidak salah untuk mengatakan hampir mustahil bagi Tun Mahathir boleh jadi Perdana Menteri sekali lagi.


Lagi pun, asyik dia, dia dan dia saja, Malaysia ini nak jadi apa? – ShahbudinHusin 19/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/



Nampak sangat menipu Mahathir ni.






Masa kempen PRU14, tak sentuh kes Zahid. Masa tu serangan hanya terhadap Najib. Zahid kena pun sebab dia kata dah jumpa dengan Pak Arab yang beri derma tu.


Kes Zahid muncul hanya lepas Mahathir jadi PM. Lebih tepat lagi, lepas Zahid enggan ikut cakap dia untuk bubarkan UMNO. Kita pun terkejut tak sangka Zahid pun ada kes.


Mahathir ni dia sendiri yang mudah lupa, nak kata Melayu mudah lupa  rasanya Mahathir dah nyanyuk ni. Cakap pun dah mula menyanyah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

HONG SENG CABUT DARI KEDAH

 



Namun, satu perkara pasti, dalam dunia politik yang penuh drama,

Kisah Sanusi jatuh ditimpa tangga akan tetap menjadi cerita yang menggelora!

Mari kita sambutnya dengan senyuman dan gelak tawa,

Kerana dalam kehidupan, kadang-kadang kita perlu juga bergurau dengan riang gembira!


Sanusi, wahai Sanusi, jatuh ditimpa tangga,

Kisahmu mengundang tawa dan gelak ketawa.

Menghilang dari dunia politik, oh betapa tragisnya,

Hong Seng pun terkejut, pelaburan terhenti, sedihnya!


Namun, mungkin Sanusi perlu berehat sejenak,

Dari sorotan politik yang memenatkan hati dan pikiran.

Mungkin dia terjebak dalam isu yang membingkai,

Atau mungkin mencari ketenangan di tepi pantai.


Tak lupa SPRM yang memanggilnya minggu ini,

Kabarnya cerita rasuah yang mesti dijawab dengan jujur hati.

Namun, kita berharap Sanusi takkan hilang selamanya,

Mungkin dia belajar silap mata, bak magikus di pentas dunia.


Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi,

Sanusi mungkin kembali dengan semangat yang membara.

Kita berdoa agar Hong Seng tak merajuk dan kecewa,

Pelaburan RM3 bilion tetap berkilauan, mekar bagaikan bunga mawar!


Dalam dunia politik yang penuh dengan drama,

Kisah Sanusi jatuh ditimpa tangga tetap menggelora.

Mari kita sambut dengan senyuman dan tawa yang meriah,

Kerana hidup ini perlu diisi dengan keceriaan dan kebahagiaan yang tiada tara!



HAIYAAA...

 

Ibrahim Mat Isa


Kawan2... tolong bacakan tulisan jawi di dalam bena tu... tulisan melayu xder ker...


KOH KOH KOH... jilaker!!





MELAYU TERANCAM….HAKIKATNYA ?

 



Sampai bila bangsa Melayu terus diperbodohkan

MELAYU TERANCAM….HAKIKATNYA ?


Jana Wibawa yg melibatkan berbillion duit rakyat kononnya utk membantu kontraktor Melayu… akhirnya bangsa Cina juga yg kuasai. 


Musang King yg melibatkan berbelas ribu ekar, boleh sahaja Kerajaan Kelantan berikan kpd usahawan Melayu atau melalui GLC utk bantu beratus org Melayu usahakan tetapi diberikan kpd China. 


REE melibatkan berpuluh billion diseludup keluar oleh bangsa Cina dari China. Wang tersebut sepatutnya boleh digunakan utk membantu rakyat termiskin.


Atas nama Melayu akhirnya habis wang rakyat, tanah rakyat dan hasil bumi yg melibatkan berbillion diberikan kpd tauke2 Cina malah dari China.


Kesemua ini bukan kerajaan Perpaduan apatah lagi PH yg berikan… ia diberikan oleh mereka yg menggunakan persepsi Islam terancam dan Melayu terancam.



ZAMAN MAHATHIR ATAU DEMOKRASI YANG DIAMALKAN

 

Kalau keratan ini benar, bermakna kerajaan PAS Kelantan perlu jawab adakah masih mengamalkan politik demokrasi atau politik ala Mahathirism?





BUKAN TAK TAU..SAJA TIMBULKAN PERSEPSI.



Bukannya x tau India yang sekat eksport beras ke negara luar telah menyebabkan harga beras import naik mendadak & menyebabkan permintaan tinggi terhadap beras tempatan sehingga stok beras tempatan kurang akibat dari 'panic buying' oleh peniaga & rakyat! 


Yang lagi menyedihkan ada pulak peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga beras import sewenang²nya kerana permintaan tinggi akibat kekurangan beras tempatan di pasaran!


Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga beras sewenangnya!


KATA SANUSI BEST. AWAT TAK PI PUJUK

 

Jamzuri Ardani


Tak ada rezeki orang Kedah.  Pelaburan RM3 bilion batal.




LEGASI ANWAR YANG AKAN DIKENANG

 


Berita baik dan berita tidak baik…utk kita dgr

LEGASI ANWAR YANG AKAN DIKENANG


Ini pertemuan kali kedua ke kamar Speaker. Sewaktu bertemu Speaker, Tan Sri Johari Abdul kali ini…terus beliau berkata … “Wah sekarang rambut K-Pop style.” Ini akibatnya bila sikat, kawan ambil di dlm kereta jadi hak milik 😂


Ada beberapa perkongsian sahaja yg ingin saya sampaikan. Tan Sri Speaker beritahu beliau sgt kagumi PMX yg bekerja tanpa bercuti utk pulihkan ekonomi negara.


Ceritanya Insyallah negara kita dijangkakan menerima pelaburan sebanyak RM200 billion dari negara China, Amerika, Eropah, India, Turki dan beberapa negara lagi. 


Impaknya sgt besar kpd ekonomi negara tetapi yg menyedihkan usaha PMX dicemuh oleh rakyat yg termakan persepsi negatif hasil naratif yg dimainkan pembangkang. Sepatutnya ketika ini kita kena sama2 membantu dgn menyokong usaha2 beliau ke sana sini mencari pelabur.


Berita yg merunsingkan Tan Sri pula, apabila pelajar IPT 74% dikuasai kaum wanita. Kebimbangan ini kerana hasil kajian menunjukkan ramai juga diantara anak2 muda menolak utk sambung belajar kerana lebih tertarik dgn pendapatan bekerja sebagai ‘e-hailing’ dan ‘p- hailing.’


———————————————————————————


Tanya saya mengapa PMX terus bekerja tanpa henti… jawapannya beliau mahu dlm tempoh 3 tahun dari skg Malaysia akn bangkit menjadi gergasi ekonomi sekurang kurangnya di Asia Tenggara. Tempoh yg singkat itu mampu dicapai hanya dgn usaha gigih tanpa mengenal erti penat.


Beliau bukan mahu mencipta legasi pemerintahannya ada bangunan tertinggi, ada jambatan terpanjang dan sebagainya tetapi beliau mahu mencipta legasi sebagai Perdana Menteri yg membawa negara Malaysia kembali menjadi juara Asia dan menghapuskan rasuah.


Itu yg saya dpt baca pemikiran beliau. Kdg2 saya pun ‘marah’… PMX perlu berehat dua tiga hari bimbang akan kesihatan beliau. Bayangkan kelmarin di Sarawak, semalam di China dan pagi ini sudah berada di Parlimen. 


Tapi saya tahu masa tidak ada dan tidak menanti beliau. Sebab itu kita kena sama2 bersama dgnnya. Pemimpin lain seperti mengikut media Taiwan curi ratus billion duit rakyat tapi PMX ke sana sini mencari pelabur utk membela nasib rakyat.


Kita kena bantu PMX. Sumbangan walaupun kecil hanya menulis atau membuat content di Tik Tok, ia sgt bermakna buat insan bernama Anwar Ibrahim.



Ok, saya baca cerita ni, saya tepuk dahi.


Ingat tak dulu masa Pandemik, ada mamat sorang ni dia claim dia dapat kerja NASA di Amerika. Ramai pun percaya. Lepas tu terkantoi, orang cari nama dia di website NASA tiada. Bila ditanya, dia claim dia kena scam. 


Tetiba minggu ni, dia kantoi lagi. Jadi Felo Perdana. Felo Perdana ni kalau tuan/ puan nak tahu, ialah program internship Kerajaan tapi level kayangan. Duduk Pejabat Menteri. Bukan calang2 orang boleh dapat. Tapi Mamat ni lepas. 


Dengan tipu sijil dari UM, dengan adakan award BNM yang takde, senang2 je terus jadi Felo Perdana. 


Nasib baik netizen Malaysia hebat2. Ternampak gambar dia dalam FB Menteri, terus mereka gali. Terkantoi lagi! 


Kalau takde bawang rangers Malaysia, entah2 PRU16 dia bertanding, terus jadi Menteri 😅


Tapi tak boleh salahkan dia. Menteri sijil tipu bersepah. Yang dah terkantoi berlambak. Marzuki dr Pejuang, Zuraidah ex-PKR dan Peja dari Bersatu. 


Mungkin jadi aspirasi mamat ni, kalau mereka pun boleh, takkan saya tak boleh 😂


Lawak2 juga. Tapi tengokkan kualiti mereka yang duduk di corridors of power. Anak muda sanggup scam, sebab nak bersama mereka. Mana tak rosak negara. 


PRU16 nanti, moga kita dapat lebih ramai calon berkualiti untuk diangkat jadi MP dan Menteri. Set2 musibat harap undur diri. 


~LM~