MCA..GERAKAN PUN CINA JUGA. APA SALAH KERJASAMA...


 UMNO hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Zahid Hamidi muncul sebagai Presidennya yang pertama hadir ke Kongres DAP setelah puluhan tahun saling bermusuhan.


Di bawah ini adalah artikel yang saya tulis pada 23 Okt 2020 tentang perlunya UMNO dan DAP bekerjasama demi masa depan negara yang kita cintai ini.


**************************************


DEMI NEGARA, ALANGKAH BAIKNYA JIKA UMNO DAN DAP DAPAT BEKERJA BERSAMA 


Walaupun UMNO dan DAP diketahui sudah bermusuhan sejak sekian lama, permusuhan itu jika dihalusi hanyalah sia-sia saja.


Ini kerana kedua-dua parti tidak pun bertembung dalam pilihanraya di kawasan yang sama.


UMNO hanya bertanding di kawasan Melayu atau luar bandar, manakala DAP lebih tertumpu di bandar serta kawasan majoriti Cina.


Tindakan UMNO terus memusuhi DAP hanya meringankan kerja MCA dan membuatkan parti Cina dalam komponen BN itu lebih banyak masa untuk goyang kaki daripada membuat kerja.


Sepatutnya, biarlah MCA saja mendepani DAP kerana ia parti Cina juga, selain itulah lawannya dalam pilihanraya.


Ini tidak, UMNO lebih melihat DAP macam mereka takutkan hantu, walaupun tidak pernah melihat rupa sebenar hantu.


DAP juga begitu, mereka turut takut kepada UMNO seperti takutnya kepada hantu.


Hakikat mudahnya, ketakutan UMNO kepada DAP, begitu juga ketakutan DAP kepada UMNO, lebih banyak diselubungi imaginasi.


Realiti yang nyata, UMNO adalah parti Melayu yang bukan saja bertanding di kawasan Melayu, tetapi turut menang banyak kerusi di kawasan Melayu.


Sama juga dengan DAP, ia adalah parti Cina yang cuma bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang banyak kerusi di kawasan Cina.


Makna kata, kedua-dua parti iaitu UMNO dan DAP adalah parti yang diterima di kawasan masing-masing yang berbeza kelompok kaumnyq.


Jadi, di mana logiknya mereka perlu bermusuh dan bergaduh?


Kebelakangan ini, berikutan ura-ura Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan baru dengan sokongan UMNO, ternampak ramai sekali pemimpinnya menolak kerjasama itu dengan alasan ada DAP di dalamnya.


Sesetengah pemimpin juga enggan memberi komitmen kerana ia melibatkan UMNO.


Sebagaimana disebut di atas, ketakutan itu sebetulnya hanya imaginasi dan seperti takutnya kepada hantu, walaupun seumur hidup tidak pernah melihat rupa hantu.


Kenapa perlu takut sesama sendiri sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama dan bertanding pula di kawasan yang berbeza?


Dalam konteks masyarakat majmuk dan untuk kebaikan negara, oleh kerana UMNO adalah parti paling diterima oleh orang Melayu, sementara DAP parti paling diterima oleh orang Cina, bukankah lebih baik jika mereka saling bekerjasama?


Dengan bekerjasamanya UMNO dan DAP dalam kerajaan, mereka mampu saling berperanan dengan lebih baik untuk memajukan negara mewakili sokongan kuat daripada kaum masing-masing


Lebih daripada itu, dengan bersama dalam kerajaan juga, mereka mampu saling menyesuaikan diri, berkompromi dan mengawal atau menegur antara satu sama lain dalam mengurus negara.


Lagi pula, dengan kedudukan MCA yang ditolak oleh pengundi Cina, keharmonian kaum hanya dapat dicapai melalui wujudnya kerjasama kedua-dua parti yang mendapat sokongan kaum Melayu dan Cina itu.


Selagi mereka bermusuhan dan seperti takutkan hantu, selagi itulah keharmonian antara Melayu dan Cina tiada jambatan penghubungnya.


Namun demikian, UMNO dan DAP tidak perlu bersama dalam sebuah gabungan parti yang sama, mereka boleh terus berbeza seperti sedia ada untuk menghadapi pilihanraya.


Mereka bebas bertanding di kawasan yang berbeza, tetapi setelah pilihanraya selesai dan demi kebaikan negara, bersama membina negara dalam kerajaan adalah pilihan yang lebih baik daripada terus bermusuhan dari segi politik dan bermusuh juga dengan satu pihak menjadi kerajaan dan satu pihak lagi menjadi pembangkang.


Sebagaimana musuh DAP adalah MCA, musuh UMNO yang sebenar ialah parti Melayu seperti Bersatu yang bukan saja mahu merampas banyak kawasan Melayu yang biasa ditandingi UMNO, malah merupakan halangan terbesar kepada parti itu untuk mendapatkan balik kerusi Perdana Menteri.


Berbeza dengan DAP, oleh kerana kawasan Cina kurang berbanding kawasan Melayu, parti itu tidak mengancam survival UMNO dan kerusi Perdana Menteri yang dikejarnya.


Seperti sudah ramai orang Melayu suka makanan Cina serta dim sum dan ramai orang Cina pula gemar masakan Melayu serta hidangan pedas-pedas, berdamai dan bersama dalam kerajaan dengan masing-masing harus sedia berlapang dada dan melakukan penyesuaian tidak harus lagi dilihat sebagai imaginasi atau seperti takutkan hantu. (Shahbudindotcom 23/10/2020)

NI BUKAN PENGANALISA...NI BUSUK HATI.

 

Shahbudin Husin.


Masalahnya kenapa PN masih tak menang?


Bukan teman saja pening, KJ pun barangkali tengah pening juga sekarang ini…





ADA DALAM PARTI KAMU PUN BANYAK JUGA KAKI FITNAH..NEGERI ADA PUN TAK LEH NAK WAT CONTOH. JADI NAK SALAH SAPA AGAKNYA.

 




Susulan kekalahan Pertikaian Nasional di Parlimen Pulai & DUN Simpang Jeram semalam, Presiden PAS mula mengecam warga Johor yg dikatakan jahil politik ..


Sebelum itu Hadi juga mendakwa bahawa anak muda dari kalangan pengundi PH tidak mengaji kitab, hanya mengaji beberapa minit di Facebook & Whatsapp

ADA PUN KO TAK BERGUNA JUGA DALAM KERAJAAN. TAK ADA APA PUN SUMBANGAN IDEA YANG KO BERIKAN.ELOK BERAMBUS

 


Alhamdulillah. Lama aku tunggu berita ni. Dari 9 bulan lepas lagi. Akhirnya hari ni jadi kenyataan.


Terima kasih Syed Saddiq kerana keluar daripada Kerajaan Perpaduan ni. Cuma aku nak pesan, nak keluar ikut pintu. Tak perlu Panjar pagar tau.


Semoga Muda hilang terus tanpa jejak dari pentas politik Malaysia. Guane boh?


 

Raja Gelap


..


SUDAH BANYAK KALI GAGAL, KINI MASA UNTUK MAHIADDIN BERUNDUR TELAH TIBA

 


Satu perkara yang tidak boleh dinafikan berikutan kekalahan PN dalam dua PRK di Johor semalam ialah bertambahnya lagi koleksi kegagalan Mahiaddin Md Yasin selaku ketua gabungan tersebut.

Meskipun ada cubaan menutup malu kononnya kekalahan itu adalah kekalahan bermaruah lantaran undi PN bertambah, manakala undi PH berkurangan, tetapi dalam apa juga perlawanan di dunia ini – kalah tetap kalah walau dengan perbezaan satu undi.

Dengan itu, tiada hukum untuk memaruahkan kekalahan PN itu dengan apa juga selimut yang semata-mata untuk menutup kegagalan yang makin bertimpa.

Kegagalan pertama Mahiaddin ialah gagal membawa PN memenangi PRU15 lalu di mana gabungan itu hanya beroleh 74 kerusi Parlimen berbanding PH sebanyak 82 kerusi.

Kegagalan dalam PRU15 itu disusuli pula dengan kegagalan kedua iaitu gagal menubuhkan kerajaan melalui cubaan mengumpul akuan bersumpah atau SD, termasuk dengan mencuri sokongan sejumlah kecil Ahli Parlimen BN.

Hakikatnya, kegagalan itu lebih menyerlahkan kerakusan Mahiaddin untuk berkuasa tanpa menyedari di bawah undang-undang anti lompat yang telah diluluskan di Parlimen, SD secara peribadi oleh mana-mana Ahli Parlimen sudah tidak terpakai lagi.

Pokoknya macam mana Mahiaddin nak jadi Perdana Menteri buat kali kedua jika undang-undang dalam negara pun gagal difahaminya?

Kemudian apabila Yang Dipertuan Agong memanggil semua ketua parti untuk menubuhkan kerajaan perpaduan disebabkan tiada mana-mana pihak beroleh majoriti secara sendirian, Mahiaddin dengan sombong dan ego menolak titah murni baginda itu.

Berikutan enggan menyertai kerajaan perpaduan dan semua parti lain setuju, maka termenjadilah PN sebagai pembangkang, manakala BN yang cuma ada 30 kerusi Parlimen berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Dan ini adalah kegagalan ketiga Mahiaddin, terutama gagal menyekat UMNO daripada menjadi kerajaan adalah tamparan paling pedih dirasai PN hinggalah sekarang

Seorang pemimpin Bersatu pernah berkata, jika bukan Mahiaddin mengetuai PN ketika itu, kemungkinan besar hari ini PN adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan sebagaimana telah dititahkan Agong.

Ertinya, kegagalan PN menjadi kerajaan selepas PRU15 lalu, sebahagian besar penyebabnya, kalau pun tidak semua, terletak pada diri dan keegoan Mahiaddin selaku Pengerusi PN.

Kegagalan keempat Mahiaddin ialah apabila beliau bercita-cita besar mahu menjadikan PRN enam negeri baru-baru ini sebagai referendum untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Apa yang terserlah kemudiannya, keputusan PRN itu bukan saja membuatkan PH/BN berjaya mempertahankan tiga negeri yang sedia dikuasainya iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, bahkan undi popular PN kurang sekitar 17,000 berbanding yang diperolehi oleh PH/BN.

Siapa yang kalah referendum akhirnya?

Kegagalan kelima Mahiaddin adalah kerana gagal menunjukkan teladan yang baik dalam kes menantunya, Adlan Behran yang didapati melarikan diri ke luar negara dan kini telah diletakkan dalam “notis merah” serta menjadi buruan Interpol.

Adlan melarikan diri ke luar negara dipercayai untuk mengelak siasatan SPRM terhadapnya dan sebagai pemimpin utama blok pembangkang, Mahiaddin seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membantu pihak berkuasa, sama ada meminta menantunya segera pulang atau memberi maklumat di mana keberadaan menantunya itu,

Memberi jawapan “no komen” ketika ditanya sebelum ini bukan petunjuk sikap bertanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin.

Dalam PRK Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan PRK Dun Simpang Jeram semalam, cita-cita Mahiaddin adalah untuk menafikan majoriti dua pertiga kerajaan perpaduan yang sekarang mempunyai sokongan sebanyak 148 Ahli Parlimen.

Memandangkan hasrat itu juga gagal menjadi kenyataan, ia dengan sendirinya menjadi kegagalan keenam buat Mahiaddin.

Gagal menang dalam dua PRK di Johor, selain menunjukkan gabungan itu gagal menafikan majoriti dua pertiga kerajaan perpaduan, malah memperlihatkan PN gagal dalam cita-cita untuk merampas negeri itu dalam PRU seterusnya.

Maklumat banyak pihak menyebut, faktor penyumbang kegagalan PN di Pulai khususnya, adalah disebabkan faktor calon yang tidak begitu diterima rakyat setempat, tetapi tetap menjadi pilihan Mahiaddin.

Sama sebagaimana Chegubard sebelum ini menyalahkan Mahiaddin atas kegagalan PN menawan Negeri Sembilan yang banyak disebabkan oleh pemilihan calon-calon tidak berkualiti, keadaan yang sama sebenarnya berulang lagi di Pulai.

Mudah kata, semua siri kegagalan PN sejak PRU15, tidak lain, penyumbang utamanya ialah Mahiaddin selaku nakhoda yang semakin kehilangan wibawanya.

Menjelang pemilihan Bersatu pada awal tahun depan, jika Bersatu dan PN ingin lebih maju dan diterima, sampai sudah masanya untuk beliau berundur, tidak bertanding lagi atau ahli-ahli Bersatu mesti berani memilih seorang nakhoda baru.

Tanpa perubahan, PN lebih berpotensi menempa lebih banyak kegagalan lagi. – ShahbudinHusin 10/09/2023



Kemenangan PH di PRK Johor matikan spekulasi perubahan kerajaan


 Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pembangkang memainkan isu yang membangkitkan semangat Melayu untuk menyaksikan Kerajaan Perpaduan tumbang sebelum hujung tahun ini.



Kononnya dengan kemenangan PN di parlimen Pulai Kerajaan Pesekutuan akan bertukar, juga kemenangan di DUN Simpang Jeram akan menyebabkan Kerajaan Negeri bukan lagi daripada blok Perpaduan.



Hakikatnya, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kedua dua kerusi tersebut dimenangi oleh calon Pakatan Harapan dan menenggelamkan impian besar PN.



"(Sejak awal) saya rasa PRK ini tidak lah sampai kepada sambungan gelombang (hijau dari Utara Ke Selatan). Saya dari awal percaya ini proses demokrasi untuk memilih wakil rakyat yang akan menyambung legasi wakil sebelum itu, atau yang mewakili kawasan itu.



"Cuma sebagai pembangkang, mereka jadikan ini satu agenda besar. (Konon) boleh tumbang, boleh jatuh negeri.



"Macam saya ceramah hari itu (hujah tersebut) tidak relevan langsung. Kita nak pilih, biarlah rakyat yang pilih di kawasan itu dia yakin dengan calon itu, dan soal kedua ialah soal bersama Kerajaan Negeri atau Persekutuan. Itu sahaja," katanya kepada Suara Keadilan.



Justeru itu, Syed Ibrahim berharap pembangkang tidak lagi meneruskan teori merapu gelombang hijau melanda Johor pada masa hadapan.



Hal itu kerana, katanya, terbukti orang Melayu Johor lebih matang berfikir dan tidak akan termakan propaganda karut marut yang dibawa oleh PN.



"Kalau nak ambil mudah Johor ini masih 'kebal'. Orang Johor boleh berfikir dan tidak termakan dengan sentimen, gelombang dan semua itu," katanya lagi.



Malam tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan calon Pakatan Harapan Suhaizan Kayat menang dengan majoriti 18,641 undi di Pulai, sementara di Simpang Jeram, Ir Nazri Abd Rahman berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,514 undi.



Kemenangan itu selepas kempen sengit sepanjang 2 minggu dan menyaksikan kebangkitan pengundi Melayu di kedua dua kawasan. Bagaimanapun PN terpaksa menelan realiti bahawa di kawasan pengundi Melayu bawah 80% mereka memerlukan undi kaum lain, dan politik ekstrem Melayu tidak akan membuat mereka berjaya memerintah negara.


MAKSIAT KA IDOK ?. KALAU NEGERI LAIN HUKUM MACAM MACAM. KALAU NEGERI KELANTAN BUAT OK SEMUA...




AGAK2 konsert ini terlepas ke daripada kemaksiatan?

Kalau berlaku kemaksiatan siapa yang akan menanggungnya dosa kemaksiatan itu.

Elok juga kalau terma maksiat itu dihurai dengan detail. Jangan disebut secara umum sahaja. Jangan hanya difahami bila diasing lelaki perempuan maka tiadalah maksiat.

Bukan ke Kelantan Serambi Mekah!


HANG TAKUT APA GORGON- KAJIAN SEPARUH PENGGAL KE 12. MASA PARTI HANG LA MEMERINTAH..

 





Budak ni nak cadangkan sidang esok ditangguhkan supaya Peguam Negara dapat dipanggil untuk beri penjelasan isu pelepasan Zahid.


Korang tahu esok ada apa? Esok permulaan sidang khas 6 hari menumpukan pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 


KSP RMKe-12 itu untuk mengukur pencapaian pada tahun 2021-22. Itu yang dia takut sangat. Masa tu siapa jadu kerajaan? Siapa PM?


Risau la dia. Bila dibentangkan nanti, akan terserlah kegagalan PN mentadbir. Rakyat seluruh Malaysia akan saksikan kegagalan mereka.


Nak elakkan perkara itu berlaku, pandai dia jadikan kes Zahid sebagai isu. Memang licik macam belut budak ni. Guane boh?


 

Raja Gelap


.


MASA HANG BERKUASA..TUTUP DEWAN MENDERHAKA......





 Kecoh la mamat ni. Dia nak kata DS Anwar dahului kuasa Speaker. Dia tak ingat dulu Mahiaddin dan dia sendiri dahului kuasa YDP Agong dalam soal darurat?


Dia sibuk nak juga isu pelepasan Zahid dibincang dalam parlimen. Dia tak ingat masa dia ada kuasa tu dia tutup parlimen sampai isytihar darurat sebab takut undi tak percaya?


Auta lebih la. Korang tu dah pernah memerintah. Kami rakyat dah tengok korang punya temberang. Yang jelas masa memerintah dulu korang jauh lebih jahat. Guane boh?


 

Raja Gelap


.


Rakyat Johor tolak ‘politik agama’, kata pemimpin DAP



Kemenangan PH pada PRK Pulai dan Simpang Jeram isyarat rakyat Johor menolak politik memperalat agama, kata Sheikh Umar Bagharib Ali.

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali meminta PN kembali fokus dan menjadi pembangkang yang konstruktif. (Gambar Fcebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Pulai dan Simpang Jeram semalam memberi isyarat bahawa rakyat Johor tidak menerima politik memperguna agama yang keterlaluan.

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali memberi amaran bahawa memperalatkan agama dalam politik ialah tindakan sangat tidak bertanggungjawab.

“Ia hanya akan mencalar kesucian Islam. Lebih bahaya lagi, ia boleh membenihkan ekstremisme yang meruntuhkan perpaduan kita,” katanya dalam kenyataan.

Pada PRK semalam, calon-calon PH, Suhaizan Kayat di Parlimen Pulai dan Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram, menang dengan masing-masing memperoleh majoriti 18,641 undi dan 3,514 undi.

PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka akibat pemergian penyandangnya Salahuddin Ayub, yang juga timbalan presiden Amanah, pada 23 Julai lepas.

Dalam pada itu, Sheikh Umar meminta Perikatan Nasional (PN) kembali fokus dan menjadi pembangkang yang konstruktif.

Katanya, pembangkang perlu memainkan peranan untuk membantu kerajaan membangunkan rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Cadangkan polisi-polisi yang baik. Berhentilah daripada perangai adu domba dan manipulasi agama demi kepentingan politik.

“Ia hanya merugikan rakyat dan negara,” katanya.



TAHNIAH PH PERTAHAN KERUSI PULAI DAN SIMPANG JERAM

 


Berikut adalah keputusan rasmi bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Di Pulai, PH melalui Suhaizan Kaiat berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18,641 undi.


Di Simpang Jeram pula, calon PH Nazri Abdul Rahman menang dengan majoriti 3,514 undi.

Tahniah PH dan tahniah kepada kedua-dua calon yang menang.



[gempak] DS ANWAR PMX KAMU SIAPA MAHU HARAMKAN CALON KERAJAAN PERPADUAN ...



CERAMAH MEGA MADANI PRK P.161 PULAI Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ramai lagi pimpinan kerajaan perpaduan Tarikh: 3 September 2023 (Ahad) Masa: 9.00 Malam Tempat: Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Tampoi (Berhampiran Masjid Asmaul Husna)



KAH KAH KAH

 



Wowww...trperanjat la saya pkcik Annuar😱😱😱


Tuan² dn Puan² trperanjat jugak ke😝😝😝




MOHON PERANAN MENTERI AGAMA SOAL FATWA DAN KESESATAN BERAGAMA.

 

DSAI.... mohon pencerahan peranan Menteri Agama dan  JAKIM, bila sesuatu fatwa sewenang2nya dibuat oleh orang perseorangan dalam media sosial yg mana sekarang ini adalah dunia maklumat tanpa sempadan. Bukan saja di Malaysia, malahan satu dunia boleh mendengar melihat bagainana fatwa boleh dikeluarkan sewenang2nya

 Bila perlembagaan negara menyatakan Agama Islam agana rasmi, maka dengan sendirinya kerajaan memerintah dan majlis fatwa berkuasa penuh untuk mengeluarkan fatwa.- bukan orang perseorangan. Jika ada apa2 keraguan, wajib dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.


Umat islam di Malaysia sedang berada dalam kekeliruan yg tersangat impak dari fatwa2 yg dikeluarkan.

Seharusnya ada satu akta  larangan mengeluarkan fatwa dan dikuatkuasakan kepada  semua warga. Apa2 kekeliruan WAJIB merujuk ke Majlis Fatwa Kebangsaan, dan  kepada yg ingkar, penalti atau penjara wajib dikenakan kerana ini satu kesalahan besar yg melibatkan akidah umat  islam. Masyarakat setempat dan maya dalam sekelip mata boleh berpecah dan bermusuhan.

MOGA NASI TAK JADI BUBUR!



MAKAN SAMAN KERANA SUKA MEMFITNAH. LEBAI APA KELAKU MACAM NI ?



 PAS dan fitnah berpisah tiada. Kalau tanpa fitnah, PAS dah lama tersungkur. Memalukan Islam. Orang Islam yang Soleh takkan menipu, apa lagi membuat fitnah. Buanglah nama Islam pada parti tu. Buruk sangat perangai. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

TUAN GURU NAFI.

 




Pemimpin utama PN, Tuan Guru Dominic nafikan buat u-turn isu modul 40 hadits. Sebelum ini dia ada kata nak saman kerajaan kalau teruskan pengajaran modul tersebut.


Tapi dia salahkan Menteri Pendidikan. Katanya ada masalah komunikasi yang buatkan dia menentang modul tersebut. Sedangkan kalau dijelaskan dari awal, dia akan setuju.


Dia sendiri kelam kabut, dia salahkan oleh pulak. Sepatutnya belum keluarkan kenyataan nak saman, check la dulu fakta. Ini dengar je terus nak saman. Tak tanya untuk siapa modul tu.


Fikir logik pun, takkan la kerajaan nak paksa pelajar bukan Islam belajar modul begitu. Tapi mungkin disebabkan excited nak tunggang isu, ataupun dia memang anti Islam. Itu yang bila dengar je, laju dia buat statement.


Tapi tak perlu risaukan. Dominic kan sekarang dah bersama PAS dalam PN. Bila bersama PAS, buat apa pun semua halal. Jadi tak payah risau. Walau. Tetap akan taat. Guane boh?


 

Raja Gelap


.

UGUTAN TAK LAKU. TAPI PH BIAQ LAGI MUSINAT NI DALAM PH.


 Ugutan yang tak laku.


Muda ingat parti dia besar sangat. Ugut nak tarik diri dari Kerajaan Perpaduan. Kemudian tuduh DAP sebagai lapdog UMNO. Tapi dia tak sedar dia cuma parti hama. Halus, tak kelihatan tapi merimaskan.



Ugutan Saddiq telah disambut dengan cabaran oleh Puad Zarkashi. Tarik diri kalau betul anak jantan. Manakala Howard Lee dari DAP juga menggesa agar Muda benar-benar tarik di dari kerajaan.


Saifuddin Nasution pula lebih sopan. Terpulanglah kepada Muda. Tapi tak ada riak risau, terkejut atau ingin memujuk. Jelas Muda tak ada nilai tambah dalam kerajaan. Kerajaan ini tak perlukan Muda tapi sebaliknya Muda hang perlukan kerajaan ini.


Hari ini, bila ditanya, Saddiq cakap belum putuskan pula. Bila didesak, dia pusing cerita pasal mengundi pula. Tak berani langsung nak jawab. Nampaknya jerat dipasang si budak mentah terkena diri sendiri. 


Di kalangan penyokong PH juga, kami semua amat mengalu-alukan Muda tarik diri. Kami tak perlukan Trojan Horse atok dalam kerajaan ini. Muda, tolong sedar diri. Tak usah perasan besar. Guane boh?


 

Raja Gelap


.


WALAUN CABAR SOH BELI BERAS. BILA BELI DIA BLAH....


Iqbal Shafiq.


 Nak cerita sikit isu beras ni.

Dah 3 hari senyap sampai skg. Isnin lepas ada sorg Mamat ni up pasal beras mahal. Aku komen la, ada je beras murah bukan takda. Kita kena Jadi pengguna / Rakyat yang bijak. Download la apps pasaraya masing2 tgk kat situ. 







Jadi ada sorg Mamat ni balas komen aku. Dia mintak aku tolong belikan beras murah tu. Dan dia beli balik kat aku. Aku ok je takda masalah. Dah beli dia senyap pulak sampai hari ini. Kalau nk cakap la nak. Kalau taknak cakap tak nak. Aku boleh letgo kat orang lain. BERAS terhangat dipasaran ni. 

Harga 10kg RM 25.69. Satu lagi Harga 10kg RM 25.89 beza 20 sen je 😆😂



NANTI HANG RANCANG LAIN DI PAHANG.

 

Sudah kalah 2-0 di PRK DUN dan Parliament Johor? How ah? No worry nanti PRK DUN Pahang dia boleh ulangi cerita tebok atap yang sama



KISAH KEDUNGUAN MP ALOQ SETAQ








 Aku tertarik dengan berita ni. MP Alor Setar ni telah menunjukkan level kedunguannya pada satu tahap yang tak terjangkau.


Tapi sebelum tu, dia secara menyindir menasihati DAP agar 'bertabahlah' atas berita pembebasan DS Zahid Hamidi.


Secara tak langsung, dia beritahu dunia yang DAP memang parti yang berintegriti. Bererti DAP ni jauh lebih baik dari PAS.


Masa PAS ada dalam kerajaan bersama PN dulu, berderet kes yang DNAA. Rasanya ada lebih 70 kes yang bebas tanpa lepas termasuk Zahid sendiri pun lepas dalam kes VLN.


Tapi masa tu dia tak nasihatkan PAS bertabahlah. Sebaliknya Tun Ibharim pula yang nasihatkan rakyat untuk terima.


Sebab apa? Sebab dia tahu PAS tak berintegriti. Tak macam DAP. Jadi perkara begitu tak menjadi isu kepada PAS. 


Kedua, dia kata DAP ada dalam kerajaan yang melantik Peguam Negara ini. Eh dia ni mimpi lagi ke ni? Tak sedar?


Peguam Negara yang baru hanya akan mulakan tugas hari ini, 6 September 2023. Jadi keputusan kes Zahid di buat oleh Peguam Negara sebelum ini.


Siapa dia? Idris Harun. Bila mula dilantik? Tahun 2020. Siapa PM masa tu? Mahiaddin la. Siapa kata DAP terlibat?


Yang ada dalam kerajaan masa Peguam Negara ini dilantik adalah PAS sendiri. Dah kenapa PAS terima orang begini jadi Peguam Negara?


Kesian. Jadi MP tapi tak tahu pengetahuan terhad. Hal parti sendiri pun tak tahu. Sebab tu la aku kata kedunguannya  satu tahap yang tak terjangkau. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


FATWA BAHCOW LAHIRNYA KESAN BEGINI

 

Mohd Afendi Abas.

Akibat Amanat AbahCow kot? Gambar bakal MP Pulai diconteng oleh puak yang x bertanggungjawab! 


#PRKPulai







Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu..



Oleh - Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung KEADILAN)


Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.


Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!


Terserlah ketakutan Mahathir 


Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.


Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.


Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.


Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.


Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.


Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.


Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.


Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.


Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.


Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.


Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.


Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.


Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.


Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.


Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.


Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.


Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.


Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.


Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.


Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.


Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.


Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.


Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb..