Firma AS cadang labur AS$100 bilion di Malaysia - Duta AS

 

Firma AS cadang labur AS$100 bilion di Malaysia - Duta AS

Gambar fail. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters. - NSTP/ASWADI ALIAS.
Gambar fail. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters. - NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Syarikat Amerika Syarikat (AS) telah menyatakan ikrar pelaburan bernilai AS$100 bilion (RM465 bilion) dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lalu, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Menurut McFeeters, pelaburan besar itu membabitkan bidang yang menjadi tumpuan AS untuk mengukuhkan kedudukannya seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang menjadi bidang pertumbuhan besar.

"Pelaburan AS semakin ketara ke Malaysia dan ini sememangnya baik untuk AS. Ini kerana, kami mendapat tahu bahawa Malaysia berperanan penting dalam (menyumbang kepada) rantaian bekalan dunia sewaktu pandemik COVID-19.

"Banyak kilang yang bergantung secara langsung terhadap produk yang dibuat di Malaysia. Kami juga telah menjalin hubungan ekonomi yang saling memberi manfaat dan masih wujud sehingga ke hari ini," katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Nation terbitan Bernama TV di sini, hari ini.

McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat AS yang melabur di Malaysia turut meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini.

Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia telah memainkan peranan paling konstruktif dari segi integrasi ekonomi dalam rantau Asean.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan perundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada Oktober ini untuk membincangkan pendekatan mewujudkan ekonomi lebih bersih dengan penggunaan tenaga boleh baharu (RE).

Pusingan rundingan itu akan meneliti isu-isu berbangkit pada abad ke-21 yang merangkumi bidang untuk mewujudkan ekonomi bersih dengan menggunakan RE selain meningkatkan rantaian bekalan bagi mengelak berulangnya gangguan di masa akan datang, kata beliau.

"Pertemuan pada Oktober itu penting kerana menjelang November 2023, AS pula akan berperanan sebagai hos Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang turut menjadi lokasi mengumumkan hasil rundingan berkenaan.

"Adalah diharapkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghadiri acara itu berikutan peranan besar Malaysia sebagai hos rundingan ini," katanya.

-- BERNAMA



BUANG TABIAT

 



Che Ibrahim.


Mengapa baru kini Pas amat prihatin berkenaan peruntukkan kepada pembangkang?


Mengapa kebaikan dan keprihatinan ini tidak kedengaran zaman zaman sebelumnya??


Ada apa disebaliknya? 


Zaman atgna jadi MB dikira kemuncak zaman terbaik Pas... Takdak pun peruntukkan kpd pembangkang.


Zaman Haji Hadi jadi MB Terengganu, zaman Arwah Ustaz Azizan jadi MB Kedah ... Takdak sapa kecek perlunya pembangkang diberi peruntukkan yang samarata..... Guana buang tabiat ni????



LARI......


Zamri Abd Rahman


Hahahahahaaha.........ingatkan handal sangat....tu lah mulut tu jangan jadi mulut longkang......fitnah sana....fitnah sini....




PENGUNDI TIGA PRK BOLEH BERPERANAN ‘TUTUP TERUS’ CERITA-CERITA TUKAR KERAJAAN

 

Cerita dan cita-cita pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sepertinya masih bagai sebuah hikayat yang belum ada titik penamat.

Pantang ada kesempatan dan terbuka peluang, itulah yang sentiasa ingin mereka lakukan.

Meski PRN sudah berakhir dan mereka terbukti gagal untuk menjadikan keputusan pilihan raya itu sebagai pemangkin untuk menjatuhkan kerajaan. tiga PRK yang menyusul pula nampaknya cuba digunakan untuk maksud yang sama.

Tiga PRK berkenaan kalah Pulai, Simpang Jeram dan Pelangai.

Melihat bagaimana mereka bercakap untuk menghadapi PRK itu, khususnya Pulai dan Simpang Jeram yang hari penamaan calonnya adalah Sabtu, 26 Ogos ini, PN dilihat tetap mahu menjadiikannya sebagai isyarat penolakan rakyat terhadap kerajaan dan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

Dalam beberapa video ceramah PRK itu yang tersebar di media sosial, PN dengan jelas sudah mula membakar perasaan pengundi di kedua-dua PRK itu untuk tidak mengundi parti yang mewakili kerajaan.

Mesejnya, walaupun diketahui keputusannya nanti tidak mampu mengubah kerajaan, tidak lain ialah sebagai isyarat kerajaan sedia ditolak rakyat.

Untuk apa isyarat itu mahu ditunjukkan?

Kalau ikut logik, setelah PRN enam negeri berakhir yang memperlihatkan kedudukan Anwar tidak tergugat hasil daripada keputussnnya, mereka sepatutnya berlapang dada dan menunggu PRU16 akan datang saja jika ingin bercakap semula tentang hasrat menukar kerajaan.

Ini tidak, masih lagi tak habis-habis nak menjatuhkan kerajaan.

Begitu juga dengan PRK Pelangai yang akan diadakan selepas Pulai dan Simpang Jeram nanti, oleh kerana di situ nanti UMNO yang akan bertanding, sekali lagi ia mahu digunakan sebagai medan untuk menunjukkan oang Melayu tidak menyokong parti itu.

Seharusnya PN dalam hal ini mesti menunjukkan jiwa besar dan bersama-sama dengan kerajaan membina semula negara ini, khususnya dalam hal berkaitan pemulihan ekonomi dan memberi kesejahteraaan kepada rakyat.

PRK yang diadakan hanyalah sekadar untuk mengisi kedudukan wakil rakyat yang kosong berikutan berlakunya kematian penyandang sebelumnya.

Ia tidak lebih daripada itu.

Pun begitu, untuk menutup cerita-cerita menukar kerajaan ini daripada terus dimainkan dan PN terus ghairah untuk menebuk atap sekali lagi, pengundi di tiga PRK yang bakal tiba ini boleh memainkan peranan mereka.

Caranya ialah dengan memastikan parti yang mewakili kerajaan terus diberi kemenangan sebagaimana keputusan yang dicapai sebelum ini.

Hanya dengan cara itu saja yang boleh membuatkan mereka sedar dan tidak lagi bercakap soal untuk menukar kerajaan dengan ghairahnya.

Ayuh pengundi Pulai, Simpang Jeram dan Pelangai – buktikanlah bahawa membina masa depan negara bersama kerajaan sedia ada adalah pilihan sebenar yang diingini berbanding memenuhi cita-cita ahli politik yang sentiasa kemaruk terhadap kuasa. – ShahbudinHusin 24/08/2023.


7 MP BN lompat: 'Jangan bimbang, kedudukan Zahid, parti kukuh'




 Spekulasi mendakwa kononnya 7 Ahli Parlimen (MP) BN akan melompat parti menyertai lawan mungkin agak membimbangkan namun status berita tersebut sehingga kini masih berstatus khabar angin.


Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Nor Adam dalam siaran langsung Facebooknya malam tadi mengesahkan wujud khabar angin tersebut tetapi berkata keadaan terkawal dan dalam pemantauan rapi.


"Dia (yang cuba berkhianat) akan tengok mood bagaimana kita punya sokongan di Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai, (DUN) Simpang Jeram dan DUN Pelangai.


"Pulai mungkin kita akan menang kalau semua turun mengundi, yang duduk Singapura balik, pengundi Cina keluar.


"Sekarang saya nampak yang ketegaq 3 orang yang banyak mengatur perjumpaan dengan geng pemuda lama. Mereka dah mula buat gerakan," katanya yang bersiaran bersama Facebooker KEADILAN, Dzulhilmi, membincangkan isu politik semasa.


Lokman menyifatkan Ahli Parlimen yang diura urakan akan melompat itu tidak peduli kepada rakyat kerana mereka akan menghadapi PRK akibat kerusi akan dikosongkan.


Namun begitu, beliau memberi jaminan UMNO kekal kukuh dan tidak akan terjejas dengan spekulasi tersebut.


Katanya, selain 7 MP itu, Ahli Parlimen teguh berada di belakang Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi dan kerajaan tidak akan tumbang.


"Jangan bimbang kita dah tutup rapi. So diorang yang bising bising setakat boleh melalak saja.


"Habis kuat dia suruh puak puak dia maki DAP. Suruh setengah dari kita (tohmah) DAP punca kita kalah. Tak ada kesan apa pun.


"Kita dah tutup rapi, Presiden UMNO dalam kedudukan yang sangat kuat, sangat kukuh. Kerajaan ini akan bertahan satu penggal penuh, 5 tahun. InshaAllah," katanya lagi..




Felo Perdana platform anak muda timba ilmu kepimpinan - PM


 Program Felo Perdana merupakan pendedahan kepada anak muda dalam aspek kepimpinan dan budaya kerja dalam sektor kerajaan, kata Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Felo Perdana di Bangunan Perdana Putra pada Rabu berkata, peserta dipilih khas dari kalangan anak-anak yang mempunyai prestasi baik dan cemerlang untuk memperoleh manfaat sebaiknya sebagai persiapan bagi pimpinan masa.


Katanya, program itu menjadi platform terbaik untuk memberi ruang kepada para peserta memahami dan menimba pengetahuan berhubung pelaksanaan dasar-dasar yang dibangunkan kerajaan.


"Peserta program ini dapat mengenali bukan sahaja sosok pimpinan, tetapi lebih penting hala kerja tradisi dan budaya di kerajaan.


"Pendedahan ini memberi ruang lebih kepada mereka untuk memahami dasar-dasar (kerajaan) dan saya percaya dapat menimba pengalaman dan pengetahuan. Itu sangat penting," katanya.


Bagi edisi kesepuluh tahun ini, seramai 56 orang Felo dipilih dan akan memulakan tugas mulai 23 Ogos sehingga 31 Disember depan.


Felo Perdana merupakan program berbentuk mentor dan latihan industri dengan matlamat melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing, mempunyai pengetahuan relevan berkaitan sistem pentadbiran negara.


Ini termasuk untuk bersedia menghadapi cabaran pada masa akan datang selaras dengan aspirasi di bawah kerangka Malaysia Madani.


Melalui program ini, Felo akan mendapat bimbingan dan menimba pengalaman berkhidmat secara terus daripada Ahli Jemaah Menteri dengan nisbah dua orang bagi setiap Ahli Jemaah Menteri dan seorang bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN).


Felo yang dipilih perlu melalui proses pemilihan yang teliti dan mengikuti sesi orientasi ditetapkan bagi tujuan pendedahan terutamanya melibatkan tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seorang pegawai berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.