KALAU TAK KERANA KEMALANGAN LORI CURI REE....SAMPAI SEKARANG NI DOK CURI LAGI PA.





Bayangkan jika lori pencuri ini tidak accident? Tentu perampokan hasil bumi kedah akan disimpan kemas Dan tidak ada sesiapa tahu.


Itu baru kantoi satu lori. Satu lori je membawa nilai REE sebanyak rm3.5 juta. Bagaimana jika beratus-ratus lori yg telah terlepas keluar? Memang kaya la si pencuri itu. Bayangkan la jika dapat satu beg pun, harga nilainya dah dekat RM19000. 


Sebulan cilok satu beg dah cukup. Janji tau kat port mana boleh jual tanah sebeg itu. Kalau tak, tanah sebeg itu buat kambur perdu pokok ja la.

Hangpa pikirlah sendiri.



NAIK HELI PUN NAK CEMBURU KA?

 




"Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?


"Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, Perdana Menteri boleh pakai," katanya ketika berucap pada majlis Segalanya Felda di Felda Felda Teloi Timur, semalam.


#PRN #PRN2023 #PRNKedah

KEPUTUSAN MELABUR ADA LAH URUSAN DI IBU PEJABAT INFINEON DI JERMAN DAN PROJEK INI ADALAH PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.

 



Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon. Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah.


Kepada penyokong PN, jangan teruja lebih.


-Segala projek dalam Kulim Hi Tech adalah di bawah Kerajaan Persekutuan termasuklah pelaburan terdahulu dan terkini oleh Infineon.


-Keputusan untuk pelaburan besar oleh syarikat multinasional (MNC) dalam mana-mana negara dibuat oleh pengurusan di ibu pejabat besar negara masing-masing. Dalam kes Infineon, ibu pejabat di Jerman.


-Jadi bila ada keputusan untuk menambah pelaburan RM25 bilion, operasi MNC di negara masing-masing akan cuba yakinkan ibu pejabat mereka untuk labur di negara masing-masing.


-Maka, apa pertimbangan ibu pejabat untuk pilih negara mana untuk melabur RM25 bilion ini? Insentif dari kerajaan? Potongan cukai?


-Sebagai sebuah syarikat semikonduktor seperti Infineon yang menggunakan elektrik yang banyak, pengurusan mereka melihat sama ada negara itu mempunyai penjanaan kapasiti tenaga solar yang tinggi.


-Pemilik atau pelabur syarikat-syarikat seperti Infineon kebanyakannya berada di negara-negara Eropah yang kini sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Operasi syarikat mereka mesti patuh kepada peraturan menyelamatkan iklim yang kini menjadi isu pemanasan global


-Pendek kata, mereka mencari operasi syarikat yang menggunakan tenaga boleh baharu yang tinggi seperti solar.


-Apa kaitan Infineon dengan PM? Bila PM lancarkan Ekonomi Madani, saya juga pada petangnya lancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Dua dokumen penting ini sebenarnya untuk menarik pelaburan baru kerana fokus kita kepada tenaga solar dan boleh baharu.


-Lagi banyak solar, lagi banyak syarikat besar nak masuk ke Malaysia kerana mereka memang sedang mencari negara yang boleh membekalkan tenaga solar sebagai sebahagian komitmen alam sekitar mereka.


-Sebab itu dalam kenyataan PM, pelaburan Infineon RM25 bilion ini adalah berkaitan dengan Ekonomi Madani kerana rancangan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Bateri Solar paling besar di rantau Asia Tenggara.


Harap penyokong PN faham bahawa pelaburan tambahan itu tak akan berlaku hanya kerana Sanusi sengih-sengih ya.


PROGRAM GAJI NI SEJAK AWAL BELIAU BERTEMU DENGAN KAKITANGAN AWAM JPM PUTRAJAYA LAGI PMX DAH CAKAP. TUNGGU KEWANGAN STABIL SIKIT DAN PELABURAN MASUK.

 

Gino Marvela.

Kerajaan sedang bina program gaji progressif bagi perkhidmatan awam & swasta, di katakan gula-gula pilihanraya. Sedangkan nak capai keputusan akhir sebelum kerajaan bentangkan cara & kaedah di dewan parlimen, ambil masa yang banyak dengan sektor-sektor industri sedia ada.


Ini bukan kes macam Muhyiddin Yasin tu dok umum hapus hutang peneroka Felda tapi hangus begitu ja tak buat apa-apa. 


Hat program nak buat peningkatan taraf gaji pun puak PN nak tentang ? Abih tu, hangpa puak lebai & pn ni nak apa sebenarnya. Bagi rakyat berterusan susah agar kamu buleh cucuk hidung kemudian kebas berbilion atas nama pahlawan Melayu ?


Idea program gaji ini dah ada sejak bulan pertama lg Anwar di pilih oleh YDP Agung. Kalau nak mengundi bulan 8, kemudian tiba2 umum...tu mmglah gula pilihanraya. Tapi hakikatnya, hal ini akan masuk ke Parlimen...sudah tentu ia di rangka teliti. 


Wahai pembangkang...kami sewaktu Mahathir jadi PM 22 tahun dulu, kami lawan. Tapi ada yg dia buat, kami sokong. Begitu juga Najib & Rosmah jadi PM, kami berhabisan lawan...tapi ada juga yg betul Najib buat tu kami sokong. Sama juga Muhyiddin jadi PM, ada yg kami sokong, tapi banyak juga kami bantah.


Ini puak pas & pemain isu rasis ni, yg salah dia sokong...hat yg betul pun diam membisu tak tahu apa2. 


Pembangkang harini sangat lemah! Mereka tidak mampu nak bawa apa2 aspirasi pembaikan dan cadangan. 


Yg ada, minyak kelapa naik RM 55 dia suka...lani 5kg minyak RM26-RM29 dia tak suka. Dalam diam penuh troli, tunjukkan gula harga mahal sedangkan pek gula warna hijau yg murah buat2 tak nampak.


Rosak pembangkang harini. Apa yg mereka nak pun, mereka sendiri pun tak tahu. Ni baru sebut gaji progressif bagi swasta, hat gaji kerajaan mmg saban tahun ada kenaikan. Belum lg sentuh FDI masuk, kilang buat penambahan plan pun dikata panglemau utara dia yg bawa masuk. 😆



Pemimpin PAS digesa tegur ahli ‘kafirkan’ Umno

 


Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengulas penularan video ahli PAS didakwa ‘mengkafirkan Umno’ sewaktu kempen PRN.


Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua pihak agar tidak memutuskan ukhuwah Islamiyah hanya kerana berbeza pendirian politik. (Gambar Facebook Barisan Nasional)

PETALING JAYA: Kepimpinan PAS digesa mengeluarkan arahan bagi menjernihkan keadaan bahawa sesiapa sahaja mengundi mana-mana parti tidak sesekali akan jatuh kafir, apatah lagi masuk syurga atau neraka.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian mengulas penularan video ahli PAS didakwa “mengkafirkan Umno” sewaktu kempen PRN.

“Saya memohon agar semua dapat membezakan, jangan sesekali menjatuhkan tahap kekafiran seseorang hanya berbeza politik,” katanya di Facebook.

Terdahulu tular di media sosial seorang wanita bertemu pengundi untuk berkempen bagi calon BN, namun kehadirannya tidak disambut baik.

Pengundi itu, yang juga wanita warga emas, memberitahu beliau tidak mahu mengundi Umno kerana “akan kafir sampai kiamat”.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata penularan video itu amat menyedihkan kerana masih ada ahli PAS yang terpengaruh dengan kepimpinan yang dulunya menanam ideologi mengundi Umno akan rosak akidah dan masuk neraka.

“Saudara kita harus bezakan antara Islam dan parti. Islam adalah agama, PAS adalah parti politik, dua perkara berbeza. Tidak menyertai PAS, tidak mengundi PAS, tidak sesekali menjadikan kita kufur.

“Tidak mengundi Umno pun tidak jatuh kufur kerana Islam lebih tinggi daripada parti politik. Jangan sesekali kita putus ukhuwah Islamiyah hanya kerana berbeza politik.

“Saya amat berharap barisan kepimpinan tertinggi PAS agar dapat mengeluarkan arahan dan kenyataan bagi menjernihkan fenomena ini,” jelasnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Padang Terap Nurul Amin Hamid menggesa pengguna media sosial menurunkan video tersebut.

“Ahli keluarga makcik ini tidak izin video disebar, ramai yang tidak tahu keadaan makcik ini yang sebenar. Jangan sebar membabi buta,” katanya.



Budaya takfiri Pas perlu dihentikan - Ustaz Rosidi



 Oleh: Abdullah Zaid



Budaya melabelkan orang lain sebagai kafir atau keluar daripada agama Islam (Takfiri) adalah perbuatan melampau dan ekstrem.


Demikian kata, calon DUN Penanti Ustaz Rosidi Hussain apabila diminta mengulas mengenai klip video seorang penyokong Pas yang mendakwa mana-mana orang Islam yang mengundi UMNO terkeluar daripada Islam dan menjadi kafir.


Jelasnya yang berpengalaman luas dalam bidang agama itu, umat Islam seharusnya mengambil contoh dan panduan daripada peristiwa Saidina Ali R.A. dan Muawiyah sebagai pengajaran.


"Jika kita ambil daripada peristiwa perang Jamal dan Siffin, tidak kira sama ada pengikut Muawiyah atau Ali mereka adalah mati syahid (pada pendapat ulama muktabar)


"Jadi begitulah hari ini, tidak boleh mengkafirkan orang lain atas perbezaan parti politik," katanya kepada Suara Keadilan.


Justeru itu, calon DUN Peranti itu menyeru masyarakat memperbanyakkan budaya menuntut ilmu agar mempunyai kefahaman agama yang luas agar tidak menjadi golongan pelampau.


"Saya sebenarnya sedih dan sayang pada masyarakat kita.


"Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat terus menuntut ilmu dan mengkaji agar kita dapat keluar daripada kelompok yang melampaui batas ini," katanya.


Semalam, tular satu klip video warga emas wanita dipercayai penyokong Pas mendakwa mereka yang menjadi ahli UMNO menjadi kafir sehingga kiamat.


Wanita yang dipercayai rakyat Kelantan berdasarkan dialog pertuturan itu berkata demikian selepas didekati seorang ahli UMNO yang berkempen dan meminta makcik tersebut mengundi UMNO.


"Tak nak. Kalau kamu dalam UMNO, kamu kafir sampai kiamat. Dalam kitab dah berkata begitu. Kitab besar ada, kitab panjang ada.


"Kalau sokong orang UMNO dalam dasar sekular, assabiah kafir sampai kiamat," kata wanita itu tanpa menyedari Pas telah pun memansuhkan 'UMNO kafir' itu apabila mereka bekerjasama pada 2020 hingga 2022 dalam Kerajaan PN - BN.

PRN P Pinang: PN tiada manifesto tanda tidak bersedia




 Oleh: Abdullah Zaid


Kegagalan Perikatan Nasional Pulau Pinang mengumumkan manifesto selepas 7 hari berkempen disifatkan oleh Calon N10 DUN Seberang Jaya, Datuk Johari Kassim sebagai tiada hala tuju dan tidak bersedia untuk menerajui pentadbiran negeri.


Jelasnya bukan kegagalan itu sahaja yang menjolok mata, malah pergelutan di antara parti komponen khususnya Pas dan Gerakan dilihat menjadi faktor menyukarkan PN menambat hati pengundi.


"Sehingga kini pihak lawan (PN) masih belum membuat manifesto walaupun PH-BN telah melancarkan Manifesto Perpaduan sejak awal Ogos lalu.


"Perkara itu ditambah lagi dengan pertelingkahan sesama sendiri di antara Gerakan dan Pas dalam isu meletakkan calon.

"Saya kira rakyat pada ketika ini sudah tentu tidak akan memberi undi buat mereka terutamanya pengundi Cina," katanya.


Dalam pada itu, Johari berharap agar pengundi di Pulau Mutiara tersebut tidak termakan dakwaan PN yang sering kali mengaitkan Pilihan Raya Negeri ini dengan isu pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.


"Saya nasihatkan pengundi jangan membazirkan satu undi kepada PN yang kononnya jika mereka menguasai PRN maka kerajaan (Persekutuan) akan bertukar.


"Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana PRN ini hanya melibatkan negeri sahaja," ujarnya.


Terdahulu, dalam hal berkaitan, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Goh Choon Aik menyifatkan bahawa bertembungan mereka dengan PN seolah-olah bertarung dengan “bayang-bayang sendiri” kerana sukar untuk melihat bendera perikatan tersebut.


Dalam pada itu, pemimpin KEADILAN itu juga yakin bahawa 26 kerusi DUN sudah berada dalam genggaman PH-BN sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.