IMEJ PAS TERUS TERCEMAR ANGKARA SANUSI

 



Norman Radzuan.



Hina Sultan Selangor rakyat Kedah patut malu

IMEJ PAS TERUS TERCEMAR ANGKARA SANUSI 


Ajaran Islam apa yg mengajar memfitnah seperti apa yang dilakukannya terhadap Mahfuz Omar. Islam apa yang mengajar beliau memfitnah Perdana Menteri hingga perkara mengaibkan. Ajaran Islam mana yang mengajar umat Islam tertawakan gigi dan ketinggian tubuh badan manusia?


Perbuatan body shaming haram dan ditegah oleh Islam. Semua ciptaan Allah ada kelebihan serta hikmahnya. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik baik kejadian.”


Dulu dia pernah sindir Tengku Mahkota Johor, terbaru beliau menghina Sultan Selangor. Dari rakyat marhaen hingga Raja dihinanya.


Rakyat Kedah sepatutnya malu mempunyai seorang pemimpin seperti ini yang tidak mempunyai adab dan berpandu kepada ajaran Islam sebenarnya. Adakah anda gembira bertepuk tangan jika Sultan anda dihina?


Rasulullah saw apabila mengetahui sahabatnya Abu Zar menghina Bilal sebagai ‘ anak orang hitam ‘, baginda sgt marah. Baginda menegur dgn keras, “ Sesungguh engkau telah menghina ibunya. Di hati mu masih ada sifat jahiliyah.”


Abu Zar yg merupakan sahabat baginda yg alim sgt terkejut dgn reaksi Rasulullah lalu menyesal dan menangis. Hingga beliau tidak pasti adakah salamnya dijawab baginda. 


Lalu Abu Zar berlari keluar dari masjid menunggu di jalan yang biasa dilalui Bilal. Bila Bilal kelihatan, Abu Zar meletakkan mukanya di atas tanah dan sambil menangis meminta Bilal menginjak injak mukanya di tanah. “ Wahai Bilal, kau injaklah mukaku ini wahai Bilal sesungguhnya engkaulah yg mulia dan aku ini hina…,” kata Abu Zar.


Bilal mendekati Abu Zar dan mencium dahinya sambil berkata, “Aku tidak mungkin menginjak muka yg selalu sujud kpd Tuhan Yang Esa.”


Ini baru akhlak Islam. Ingat Islam tidak mengajar kita menghina org lain. Ibadah tiada nilai tanpa akhlak yang mulia. 


Jika ada yang mulut celupar menghina sesama manusia terutama ciptaan Allah, percayalah individu itu membawa ajaran yg sonsang. Sesungguhnya Sanusi masih menebal sifat jahiliyah.



KEGAGALAN ITU ZAMAN KAU MAHIADDIN






 Tempoh getir yang Mahiaddin cakap tu ialah bila kadar inflasi mula menurun setelah naik ketika dia menerajui pentadbiran negara. Juga getir padanya apabila ekonomi berkembang setelah menguncup sewaktu dia jadi Perdana Menteri.


Ya, sekarang tempoh getir apabila rakyat tak perlu keluarkan simpanan hari tua, dah ramai yang dapat kerja dan kadar pengangguran juga menurun tidak seperti di zaman PN memerintah di mana begitu ramai rakyat kehilangan kerja.


Mahiaddin kata kepimpinan tidak cekap pula bila barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak kini banyak di pasaran dan harga terkawal, tidak seperti ketika dia memerintah di mana minyak masak pun disorok anak menteri.


Kepimpinan lemah itu pada mata Mahiaddin ialah apabila pelaburan mula masuk dengan membawa peluang pekerjaan dan pembukaan perusahaan baru, tidak seperti ketika dia di Putrajaya di mana begitu banyak syarikat gulung tikar.


Kalau suruh Mahiaddin atau mana-mana pemimpin PN jelaskan secara terperinci apa yang getir waktu ini berbanding ketika mereka memerintah dahulu, tak mungkin seorang pun dapat jawab kerana jelas, negara ini rosak ketika mereka berkuasa.


Cuba tenangkan fikiran dan berfikir secara rasional, pasti kita akan melihat dengan begitu  jelas betapa banyak berlaku perubahan yang positif di negara ini semenjak dari Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara.


Kenyataan Mahiaddin ini adalah pemesongan fakta yang merupakan satu usaha mencipta persepsi kerana dia tahu, kalau berdasarkan fakta, Malaysia sekarang adalah jauh lebih baik berbanding ketika dia memerintah dahulu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DATO MAHFUZ RESPON AHLI DEWAN DIRAJA SELANGOR LAPOR POLIS DAN TUNTUT SAN...



DATO MAHFUZ RESPON AHLI DEWAN DIRAJA SELANGOR LAPOR POLIS DAN TUNTUT SANUSI MOHON MAAF.







MAMPOIH LA HANG SANUSI- SALAH GUNA DUIT MARRIS RM1.6 BILLION! DS SAIFUDDIN AKAN DEDAHKAN! KALAU YANG NI SAHIH..HANG DOK DALAM 12 TAHUN JA


MEMALUKAN! Duit Marris peruntukkan untuk buat jalan raya bukan untuk tujuan pembangunan. DISALAH GUNA OLEH MB LATO LATO!!

ALAH SANUSI- DEPA REPORT POLIH SAJA. BUKAN NAK BUAT APA PUN. KEDAH KITA PUNYA...LAWAN SAMPAI MASUK JEL. TU BARU TERRER. KITA APA ADA HAL.. KITA HINA ORANG, KITA TIBAI ORANG, KITA PERLEKEH SULTAN SULTAN,......DULU TMJ..LA SULTAN SELANGOR....KITA LANGGAR BUAT BODO. WALAU PUN HANG MEMANG NAMPAK BODO SEBENAQNYA.

 

Mohon maaf tak selesai tindakan undang-undang, Azalina beritahu Sanusi


Sanusi Md Nor memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin susulan kenyataannya yang didakwa memperlekehkan Baginda.



Azalina Othman Said berkata permohonan maaf Sanusi Md Nor bukan satu pembelaan dalam undang-undang.

PETALING JAYA: Tindakan undang-undang terhadap Sanusi Md Nor tidak akan selesai menerusi permohonan maaf kepada Sultan Selangor susulan kenyataannya yang didakwa memperlekehkan Baginda berhubung pemilihan menteri besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata permohonan maaf bukan pembelaan dari segi undang-undang dalam perundangan jenayah.

Menurutnya, kerajaan menjamin kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun ia tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

Namun begitu, tegasnya seseorang ahli politik harus sedar bahawa pertuturannya boleh mempengaruhi orang ramai pada musim pilihan raya.

“Sesiapa sahaja membangkitkan isu membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi Raja-Raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“(ia) Tidak akan selesai atas alasan memohon maaf kerana permohonan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang- undang dalam perundangan jenayah,” katanya dalam kenyataan.

“Biarlah polis diberi kebebasan untuk siasat sesiapa sahaja membangkitkan isu 3R (kaum, agama dan raja) yang melanggar undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.”

Beliau mengulas permohonan maaf Sanusi, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disampaikan menerusi satu warkah kepada Baginda semalam.

Sanusi berkata dalam warkah itu beliau menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah yang telah diputar belit oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”


CUEPACS puji PM prihatin kebajikan pesara kerajaan


 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap kebajikan golongan pesara kerajaan.



Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat ketika mengulas keputusan kerajaan berkait isu pencen berkata langkah diumumkan Anwar akan memanfaatkan kira-kira 720,000 pesara kerajaan.



Merujuk kepada pemberian bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP), Adnan berkata ia adalah langkah tepat bagi membantu golongan pesara yang terkesan dengan kos sara hidup semasa.



"PKKP yang diumumkan kerajaan membawa maksud bahawa bayaran kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Ini adalah wajar memandangkan pencen golongan pesara tidak tinggi.



"Kita berharap bayaran dua peratus itu terus dikekalkan sehingga pelarasan gaji dilakukan. Apabila pelarasan dibuat, sekiranya kenaikan pencen pesara di bawah dua peratus, diharap kerajaan dapat mengekalkannya manakala jika melebihi dua peratus, kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan yang lebih tinggi," katanya dipetik.



Pada Rabu, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.



Keputusan itu jelasnya selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

"Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai PKKP bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023," kata Anwar Rabu lalu.



Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan undang-undang pada 2013 yang memperkenal skim pencen baharu dan melaraskan bayaran pencen setiap tahun dengan kenaikan dua peratus sebagai kurang menguntungkan pesara dan tidak berperlembagaan.

 

PN burukkan PH: Selepas 8 bulan pentadbiran PM Anwar buktikan terbaik




Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, November 2022 pelbagai gambaran buruk sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) ditohmah PN kepada orang Melayu bakal berlaku.



Bagi Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, taktik memburuk burukkan Anwar itu kini telah memakan diri PN apabila menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) mereka terpaksa menelan semua tuduhan yang dilemparkan kerana satu pun tidak menjadi kenyataan.



"3R (Raja, Kaum, Agama) memainkan peranan dalam PRU lepas di mana ancaman terhadap Melayu dan Islam diutarakan. Lebih hebat dituduh Anwar seorang yang menganut fahaman liberal. Kalau dia jadi PM Islam terancam.



"Saya berterima kasih kepada orang Islam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak kerana mereka sayang Islam. Nak mempertahankan Islam mereka memilih Pas, Bersatu dan PN



"Ditambah pula tuduhan Pesuruhjaya Pas Perak kalau Anwar PM maka lekaki kahwin lelaki dibenarkan, ditambah video di luar negara bahawa puak LGBT menyokong Anwar.



"Namun setelah 8 bulan Anwar jadi PM rakyat mula melihat tak ada pun diizinkan kahwin lelaki sama lelaki. Peruntukan agama Islam bukan berkurang malah dipertingkatkan. Berlaku Belanjawan baru baru ini peruntukan agama, sekolah tahfiz meningkat.



"Tak ada pun yang sebelum itu dikatakan PH menang pelajar sekolah diminta pakai skirt. Ini dimainkan oleh guru guru masa itu (PRU)," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk: "Melakar Kanvas Kemenangan", malam tadi.



Tegas Mohamad lagi, tindak tanduk Kerajaan Perpaduan itu sendiri telah menangkis tuduhan yang dibuat oleh PN pada 8 bulan lalu.



Sehubungan itu, beliau yakin pengundi yang beralih pada PRU lalu sebahagian besarnya akan kembali menyokong Kerajaan pada PRN kali ini selepas PN tidak gagal membuktikan keburukan PH.



Oleh kerana gelombang hijau semakin reda, kata Mohamad, PN mula menyerang menggunakan isu isu lapuk. Di Pulau Pinang isu azan adalah taktik serangan ulang yang terbaik. Sementara di Kedah katanya, dalam himpunan selawat baru baru ini didoakan pula musuh Pas sebagai musuh Allah.



"Himpunan selawat di Kedah, doa terakhir itu, jangan Kedah jatuh kepada musuh Islam. Bila polis panggil dia (ustaz Pas) kata saya tak maksud parti lain, yang dimaksud Yahudi dan Nasrani.



"Sedangkan yang nak bertanding itu (dalam PRN bukan Yahudi dan Nasrani). Jadi kilas ikut mana pun mereka terperangkap. Saya yakin orang Melayu Islam kembali kepada kita," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.



Mengenai polisi yang diusahakan oleh Kementerian beliau pula, Mohamad berkata, pelbagai gerak kerja proaktif sedang giat dilakukan bagi meningkatkan hasil sektor pertanian.



Katanya, PM pula amat prihatin dengan harga barang dan beliau sering ditanya pada setiap kali pertemuan.



Oleh itu, kata Mohamad, Kementeriannya sentiasa berkerja kuat untuk memastikan sektor pertanian dalam negara akan membekalkan makanan secukupnya kepada rakyat dalam beberapa tahun akan datang.



"Kita akan pertingkatkan hasilnya, kita harap dalam beberapa tahun lagi capai tahap self sufficient.



"Saya tengok padi yang terbaik adalah dari Sekinchan. Jadi saya bawa cara pertanian itu ke negeri lain. Ke Perlis, Terengganu, ke Pahang. Supaya tanam ala Sekichan boleh dapat hasil tinggi.



"Sekinchan dapat 10 tan sehektar, sedangkan di MADA masih 5 - 6 tan.



"Saya juga tengok China usahakan tanam padi dalam air masin dan sekarang pakar China telah datang untuk (kerjasama) kita usahakan padi air masin. Ini kita fikirkan, bukan kita duduk diam



"Bukan macam ornag itu 'beri kami lima hari selesai (hudud)', sekarang bercakap balik pasal RUU 355. Masa jadi menteri tak bercakap," katanya Mohamad sinis.



 

 

Kedah makin panas: Pengundi mahu tukar MB Sanusi


 Oleh: Noraini Nordin



ANALISIS: Walaupun tarikh pengundian bagi PRN enam negeri hanya akan berlangsung kira-kira sebulan lagi daripada sekarang, riak-riak 'gelombang panas' yang mahukan perubahan di Kedah sudah mula dapat dikesan.



'Kalih Kasi Sama dengan Kerajaan Pusat', 'Malulah dengan MB Sanusi ni', 'kelaku tak reti nak jaga..'



Begitulah perbualan rambang yang penulis dengar dalam siri jelajah Kedah sejak beberapa hari lalu.



Dalam perbualan rambang dengan pelbagai lapisan pengundi daripada beberapa peringkat usia, tergambar jelas bahawa mereka tidak gembira negeri Kedah ditadbir Perikatan Nasional (PN).



Mereka mahukan perubahan agar kehidupan juga berubah.



Nur Nazatul Nuha Mohamad Nazar, 23 tahun, seorang pelajar UUM berkata perubahan kerajaan amat diperlukan di Kedah bagi memastikan rakyat memperolehi kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.




                                           Nur Nazuha



Katanya, rakyat Kedah perlu bekalan air bersih dan jalan-jalan kampung yang berturap sempurna.



Terutama di kawasan pedalaman, katanya, masih banyak terdapat jalan kampung yang tidak diperbaiki dan berlopak-lopak di sana sini hingga membahayakan nyawa pengguna.



"Dengan perubahan kerajaan, di mana Kerajaan Negeri selari dengan kerajaan pusat diharapkan semua masalah itu dapat diatasi," ujarnya yang pertama kali mengundi pada PRU15 November lalu.



Beliau yang berasal dari Sungai Petani akan mengundi di Sekolah Menengah Parit Panjang, DUN Kuala Ketil.



Seorang lagi penduduk, Ramli Jusoh, 73 tahun turut berharap ada perubahan dalam PRN akan datang ini.



Menurutnya, di Kedah ini apa yang diperlukan rakyat ialah pembangunan dan penyediaan kemudahan asas yang lebih baik.



"Diharap keadaan akan lebih baik bila berlaku pertukaran kerajaan," kata beliau yang merupakan pengundi DUN Bukit Pinang.



Asmah Ismail, 63 tahun dari Taman Pinang Jaya juga sependapat, perlunya perubahan di negeri jelapang padi itu.



Kata beliau, Kedah masih banyak kekurangannya berbanding negeri-negeri lain.



"Kita mahu perubahan demi kehidupan lebih baik bagi keluarga di masa hadapan nanti," jelasnya.



\



Zaharah Ismail



Manakala Zaharah Ismail, 45 tahun dari Bukit Selambau lebih berterus terang mengatakan perubahan kerajaan amat diperlukan kerana kepimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak boleh diterima sebagai Menteri Besar.



Ujar beliau, mereka malu ada Menteri Besar yang suka menghina orang secara terbuka serta tidak hormat kepada Raja.



"Perlakuannya amat tidak patut, dia bukan saja wajar mohon ampun kepada Sultan Selangor, tetapi juga kepada Menteri Besar Selangor yang dihinanya “cokia” itu," tegasnya.



Muhamad Saad, 49 tahun dari Bukit Pinang pula berasa malu dengan perlakuan Sanusi yang ditontonnya melalui video yang tersebar luas ketika ini.



"Tiada adab beliau berkelakuan begitu dan menghina orang lain sesuka hati," katanya.



Menurut Muhamad, sudah sampai masanya Kedah dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik serta tinggi budi bahasa.



                                                                                Habsah Ahmad



Habsah Ahmad, 60 tahun yang merupakan Ketua Wanita UMNO Merbok dalam pada itu berkata, perangai Sanusi yang sejak dulu suka mempersenda dan mencari salah orang lain merosakkan imej negeri Kedah.



Sikapnya yang begitu, kata beliau, tidak melayakkannya untuk terus menerajui Kedah.



Sambil mengharapkan perubahan akan menjadi kenyataan pada 12 Ogos nanti, beliau lebih bersetuju jika Sanusi memohon maaf secara bersemuka kepada Sultan Selangor dan bukan sekadar mengutus surat saja kepada baginda.

 

KALAULAH MOHAMED RAHMAT JADI MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL KETIKA INI….


Isu sedang panas dan menggelegak dalam iklim politik negara menjelang pengundian PRN 12 Ogos depan tidak lain ialah berkaitan Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor yang ucapannya didapati menghina dan memperlekeh kebijaksanaan Sultan Selangor dalam melantik Menteri Besar negeri tersebut.

Walaupun nama Sultan Selangor tidak disebut secara terang oleh Sanusi dalam ucapannya itu, tetapi adalah jelas beliau bermaksudkan Sultan Selangor tidak bijaksana dalam melantik Amiruddin Shari yang dilabelnya sebagai “cokia” atau tiada kualiti serta membandingkannya dengan Sultan Kedah.

Daripada ucapan Sanusi itu, macam-macam isu boleh dikembangkan bukan saja untuk memberi pukulan kepada Sanusi, tetapi juga untuk melumpuhkan Pas dan PN – antaranya berkaitan kebiadapan, keceluparan, tidak hormat Raja, melanggar pagar kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara, melaga-lagakan antara Sultan dan macam-macam lagi.

Tinjauan daripada pelbagai lapisan rakyat juga boleh dilakukan berkaitan ucapan Sanusi itu.

Kalau diumpamakan seperti lauk, isu Sanusi ketika ini adalah hidangan paling enak untuk dimakan dan senang-senang boleh membuatkan seseorang itu bertambah nasi dua tiga pinggan dibuatnya.

Tetapi, apakah PH/BN sebagai kerajaan yang bakal berhadapan dengan PN dan Pas dalam PRN enam negeri serta bercita-cita untuk menawan Kedah, benar-benar telah memanfaatkan isu berkaitan Sanusi itu?

Kenapa media kerajaan, khususnya TV tidak memainkan isu itu dengan seluas-luasnya?

Dalam hal ini, saya segera teringat kepada Allahyarham Mohamed Rahmat atau Tok Mat yang ketika memegang jawatan Menteri Penerangan, beliau didapati cukup cekap dan bijak memanfaatkan isu untuk kepentingan kerajaan, terutama ketika pilihan raya.

Bagi saya, dalam banyak-banyak Menteri Penerangan, beliau adalah yang paling cemerlang dari segi kecekapan mempromosi kerajaan, melindungi dan mendindingi Perdana Menteri serta melakukan serangan kepada pihak lawan.

Saya bukan saja berkawan baik dengan Tok Mat dan selalu berjumpanya untuk berbual-bual berkenaan isu politik, malah beliau juga hadir ke majlis perkahwinan saya.

Sesiapa yang kenal baik dengannya, pasti sukar untuk menafikan kebaikan hatinya dan perwatakannya yang mudah mesra serta boleh bergaul dengan sesiapa saja.

Alfatihah (dibaca) untuk Tok Mat.

Kita tentu ingat ketika PRU 1990 di mana isu tengkolok Kadazan yang dipakai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah diulang beribu kali dan berhari-hari melalui TV dengan pelbagai ulasan dan reaksi pelbagai pihak diutarakan mengenainya.

Walaupun ketika itu, Semangat 46 yang mengetuai blok pembangkang dilihat berpeluang cerah menjatuhkan BN yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad, tetapi tengkolok Kadazan yang dikaitkan dengan Kristian telah menjadikan segala-segalanya jadi terbalik di saat-saat akhir.

Isu berkenaan sangat berkesan dalam memenangkan BN kerana Tok Mat ketika itu begitu pandai menjadikannya sebagai modal serangan dan mengulang-ulang gambar dan video Ku Li memakai tengkolok Kadazan itu dalam siaran TV sehinggalah ke hari pengundian.

Hari ini ketika isu Sanusi sedang panas dan kalaulah Tok Mat masih hidup serta beliau memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Digital, pasti terduduk Menteri Besar Kedah itu, Pas dan PN dibuatnya.

Pasti kita akan melihat isu itu akan dimain dan dikembangkan dalam pelbagai sudut, sambil segala macam orang memberi komen berkenaan dengannya dan di waktu yang sama, video ucapan Sanusi yang celupar dan biadap itu pula diulang-ulangnya beratus kali dalam sehari.

Hakikatnya, itulah kaedah atau teknik komunikasi media yang paling berkesan sekali untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

Sayang sekali, Menteri Komunikasi dan Digital sekarang, Fahmi Fadzil langsung tiada keupayaan sebegitu.

Sebab itu, isu Sanusi hanya sekadar jadi berita biasa dalam TV milik kerajaan.

Sudahlah di media sosial kita agak ketinggalan, melaui saluran TV elektronik yang siarannya sampai ke setiap rumah pun tidak dipergunakan sepenuhnya.

Seorang rakan yang pernah bertugas di syarikat media berkata, kalau Fahmi ada 10 peratus saja pun ciri seperti Tok Mat, ia sudah memadai sebagai permulaan untuk beliau tahu bagaimana untuk memanfaatkan isu Sanusi dalam suasana menjelang PRN tidak lama lagi. – ShahbudinHusin 15/07/2023.