TERBAIK RAFIZI WALAUN PN JAHAT.

 









Waktu siang saya dihabiskan meneliti data ekonomi terkini, berunding dengan pemegang taruh berbeza, dan merangka penyelesaian kepada masalah struktur. 


Waktu malam pula saya kena berhadapan dengan tuduhan dari walaun PN bahawa Kerajaan Perpaduan tak buat apa dan tiada hala tuju ekonomi, ha3. 


Semalam di Bukit Melawati saya terpaksa memberi balasan kepada tuduhan terkini - bahawa ekonomi Malaysia makin merudum. 


Biar kita tengok data. Semenjak Kerajaan Perpaduan mengambil alih, pertumbuhan ekonomi negara merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.6% pada suku pertama 2023 - ini lebih baik berbanding dengan jiran-jiran kita di Indonesia (5%), China (4.5%), dan Vietnam (3.3%). 


Kadar inflasi kita juga terus mereda - dari 4.0% pada November 2022 ke 2.8% pada Mei 2023. 


Macam mana pula PN boleh kata ekonomi kita merudum?


Dan selepas pengumuman Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR), serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang kini sedang dimuktamadkan - macam mana pula PN boleh kata ekonomi kita tiada hala tuju?


Saya akan menumpukan seterusnya usaha untuk menaikkan gaji rakyat menerusi dasar gaji progresif supaya kita boleh terus membantu rakyat menangani kos sara hidup. Dasar gaji progresif akan ada cabarannya tetapi kalau kita ada niat baik untuk bantu rakyat, dengan rancangan yang tepat, kita mampu laksanakannya



Persenda Sultan Selangor: Ambil tindakan tegas terhadap Sanusi - KEADILAN Shah Alam


Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah yang mempersenda Sultan Selangor sewajarnya diambil tindakan tegas sebagai amaran terhadap mana mana ahli politik agar tidak lagi menggunakan isu kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.



Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Shah Alam, Suryamuizzudin Kamarudin pagi ini membuat laporan polis ke atas Sanusi di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam susulan ucapan MB baru baru ini.



Ucapan Sanusi tersebut katanya telah dimuatnaik di banyak saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter dan memberi kesan memperlekehkan wewenang serta pertimbangan Sultan Selangor dalam urusan pelantikan Menteri Besar.



"Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, enam negeri termasuk Selangor bakal mengadakan pilihanraya pada 12 Ogos akan datang dan ketika ini pelbagai parti-parti politik mengadakan program ceramah dan kempen penerangan.



"Namun demikian, pentas ceramah politik tidak seharusnya menjadi saluran untuk menghambur serangan, penghinaan dan pelecehan terhadap institusi diraja termasuklah wewenang sultan.



"Ucapan Muhammad Sanusi ini secara terang bersifat menghina Sultan Selangor dan tidak dapat diterima oleh rakyat Selangor yang kasih dan menghormati institusi diraja di negeri ini.



"Oleh itu, KEADILAN Shah Alam menggesa pihak berkuasa segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap Sanusi yang saban hari menjadikan pentas ceramah Perikatan Nasional untuk menghambur penghinaan terhadap pimpinan negara serta menyemai perpecahan di kalangan rakyat menerusi kenyataan beliau yang bersifat perkauman serta menunggang ajaran Islam," katanya.



Menurut Suryamuizzudin lagi, KEADILAN Shah Alam juga mendukung pendirian tegas Kerajaan Perpaduan sebelum ini dalam usaha menangani kelompok-kelompok bejat yang menggunakan isu-isu 3R untuk mencapai tujuan politik sempit mereka.



"Kami berharap pendirian tegas Kerajaan Perpaduan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan penguatkuasaan undang-undang yang tuntas dan bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir.



"Negara ini tidak boleh dibiarkan musnah dek kerana politik perpecahan yang cuba dianjurkan oleh pemimpin Perikatan Nasional," katanya.

 

Sanusi terbukti main isu 3R, pengundi Kedah wajib rasa malu


 


Sanusi oh Sanusi… apa nak jadi dengan hang ni?

Selama ini ramai yang menganggap Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor sebagai pemimpin yang berani, hebat dan begitu menghiburkan ketika berceramah.

Ketika berceramah, ada saja lawak jenaka dan mereka yang ditibainya pun banyak dalam bentuk lawak jenaka juga.

Tetapi, sesiapa yang mendengar ceramah beliau baru-baru ini yang memperlekeh Sultan Selangor dalam isu pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar pada 2018 lalu, rata-ratanya kini mula mengubah fikiran mereka.

Ucapan beliau yang memperlekeh Sultan Selangor itu adalah suatu kebiadapan yang melampau, apa lagi tindakannya membandingkan dengan Sultan Kedah yang didakwanya lebih hebat yang tidak mungkin melantik pemimpin “cokia” seperti Amirudin sebagai Menteri Besar.

Apa hak Sanusi mempertikaikan Sultan Selangor, sedangkan kuasa melantik Menteri Besar adalah hak mutlak dan kebijaksanaan baginda selaku negeri?

Selain itu, dengan menyifatkan Amirudin sebagai pemimpin tak cukup inci atau pendek, Sanusi juga secara nyata melakukan penghinaan atas sesuatu ciptaan Tuhan.

Walaupun menarik balik kata-kata tak cukup inci itu, perbuatan Sanusi tetap tidak boleh diterima kerana beliau adalah pemimpin negeri dan tidak seharusnya begitu celupar menghina bentuk tubuh seseorang bila bercakap di depan khalayak yang terbuka.

Sedarkah beliau, kalau mahu dikira tak cukup inci, siapa lebih tinggi antara Amirudin dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas sendiri?

Kenapa juga Sanusi hanya menarik balik kata-kata tak cukup inci yang ditujukan kepada Amirudin saja, tetapi tidak menarik balik perlekehannya terhadap Sultan Selangor?

Dalam ceramah beliau itu, sekurang-kurangnya ada tiga kesalahan telah dilakukan oleh Sanusi.

Pertama, beliau secara terang-terang telah menyentuh isu berkaitan 3R (Raja, Kaum dan Agama) secara tidak bertanggungjawab, biadap dan melampau.
Kedua, menghina fizikal individu lain secara terbuka dan sengaja.

Ketiga, menghina sesuatu ciptaan Tuhan kerana sama ada pendek, tinggi, hitam, putih atau apa juga rupa bentuk seseorang itu, ia adalah ketentuan serta rahsia tentang kebesaran-Nya yang kita sebagai manusia adalah berdosa menghinanya.

Dengan tiga kesalahan tersebut, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Sanusi.

Kalau orang biasa didapati menghina Sultan atau Raja, mereka pasti akan didakwa di mahkamah dan dalam kes Sanusi ini, pihak berkuasa wajar lebih pantas lagi untuk bertindak.

Ini kerana sebagai pemimpin, perlekehannya terhadap Sultan lebih membawa kesan buruk berbanding rakyat biasa yang melakukannya.

Dan kebetulan PRN Kedah akan berlangsung pada 12 Ogos depan, berdasarkan perlakuan Sanusi yang memalukan itu, inilah masanya untuk pengundi Kedah menghukum beliau dan parti yang diwakilinya.

Kedah tidak memerlukan pemimpin seperti Sanusi yang langsung tiada adab dan budi bahasa kepada Tuhan, Raja serta sesama manusia.

Orang Kedah wajib berasa malu daripada terus berketuakan Sanusi memimpin negeri itu.

Dalam hal ini, jika Pas dan PN mahu mengelak daripada turut terbeban dengan apa yang Sanusi lakukan, langkah paling wajar ialah dengan tidak meletakkan beliau sebagai calon Menteri Besar Kedah lagi selepas ini.

Pas dan PN, demi nama baik Kedah dan nama mereka sendiri sebagai parti yang menjaja nama Islam, hendaklah berani menggugurkan Sanusi dan meletakkan pemimpin lain sebagai penggantinya.



'Politik adalah ijtihad bukan akidah, elak budaya takfir' - Fadhlina







 Sikap ahli politik pembangkang yang mengelirukan para penyokong mereka sehingga menganggap politik menghampiri kesucian akidah amat dikesalkan.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek berkata, politik adalah satu haluan pemikiran atau ijtihad dan bukannya akidah sehingga boleh menghukum seseorang yang tidak sehaluan sebagai sesat atau sebagainya.


Beliau bimbang budaya politik melampau akan mengembalikan masyarakat ke era kafir mengkafir (takfir) pada 1980an lalu yang banyak merosakkan keharmonian.


"Politik adalah ijtihad bukan akidah. Sebab itu apabila kita menjadikan politik ini akidah maka akan lahir satu pemikiran yang dipanggil kegalauan atau dalam bahasa Arab disebut ghuluw atau ekstrem.


"Dari budaya inilah dijadikan budaya takfir dalam masyarakat. Bila tak sama pandangan itu terus dikatakan kafir. Saya ni tak tahulah berapa kali dah kafir. Maknanya sampai ke tahap itu budaya politik kita yang sangat menakutkan.


"Sebab itu Dr Taha Jabir Alwani menyebut antara penyakit berbahaya dalam kalangan umat Islam ialah perselisihan faham (tanpa adab)," katanya dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk "Malaysia Di Ambang PRN 2023", malam tadi.


Menteri Pendidikan itu turut membangkitkan perlunya adab dalam berbeza pendapat atau aliran pemikiran.


Meskipun negara akan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan pelbagai jalur pemikiran akan diketengahkan, katanya, amat penting pemimpin dan penyokong mengekalkan budaya kesusilaan dan kesantunan dalam berkempen.


Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga tidak mahu politik di negeri beliau, Pulau Pinang, sepanjang PRN ini berkisar isu azan tidak boleh dilaungkan, sebaliknya pembangkang perlu mempunyai pengetahuan luas dalam isu pentadbiran dan ekonomi.


"Kalau di Pulau Pinang setiap kali pilihanraya isu yang dimainkan ialah 'azan tak daq', macam mana hangpa sembahyang? Jadi maknanya apa, tak boleh bahas isu ekonomi, kemajuan, ekonomi sebab itu dia (pembangkang) serang azan sahaja.


"Kalau dia betul ... lawan idea, bukan lawan azan. Kalau ini yang diulang ulang (ertinya pembangkang) miskin idea.


"Kita suruh masuk Dewan Rakyat bahas isu polisi, masuk Dewan Undangan Negeri pun isu polisi," katanya yang juga anak kepada tokoh pemikir Islam terkemuka, Datuk Dr Sidek Fadzil.


Mengenai pengundi muda pula, Fadhlina menjawab soalan moderator dengan menekankan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak anak mengundi kerajaan yang betul.


Katanya Undi 18 masih mempunyai keterkaitan rapat pemikiran dengan pemikiran keluarga dan tidak seharusnya dibiarkan anak anak mengundi berdasarkan pendapat kawan kawan semata mata.


"Pengaruh keluarga juga amat besar dalam pengundian kali pertama. Ada kajian menunjukkan apa ibu mereka undi akan memberikan kesan kepada mereka. Sebab itu ibu pastikan anak ini undi kerajaan yang betul demi masa depan mereka," katanya lagi.




Menteri Pertanian arah siasat 'memo' naik harga telur


 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan bahawa arahan telah diberikan agar siasatan dilakukan terhadap dakwaan berlaku kenaikan harga telur oleh beberapa pembekal.


Mohamad berkata pihak kementerian akan memberikan maklum balas dengan segera sebaik saja isu berkenaan dapat dikenal pasti.


"Saya telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menyiasat aduan ini dan memberikan maklum balas segera mengenai aduan tersebut.


"Saya juga telah meminta KPKM berhubung dengan persatuan penternak ayam untuk mendapatkan maklum balas yang sama," katanya dipetik malaysiakini.

Portal itu mendakwa melihat memo daripada sebuah ladang pembekal telur bahawa harga telur akan dinaikkan sebanyak RM0.60 bagi setiap papan.


Walau bagaimanapun menurut laporan itu, seorang pemain industri pembekal dan pemborong telur yang tidak mahu dinamakan tidak menolak kemungkinan memo daripada pihak pengurusan ladang itu palsu.


Ini jelasnya kerana walaupun negara masih berdepan isu kekurangan bekalan telur, namun kerajaan tetap melakukan pemantauan rapi supaya harga barang keperluan itu tidak meningkat.


"Kita masih sedang menghadapi kekurangan telur tetapi kerajaan memantau rapi harganya.


"Maka mustahil bagi ladang menaikkan harga telur. Ini mungkin kerja kartel telur," katanya merujuk tindakan pihak tertentu yang membeli telur dari ladang dengan kuantiti melebihi keperluan mereka untuk memanipulasi harga pasaran.


Untuk rekod, kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelanjutan subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam hingga Disember ini pada kadar 80 sen sekilogram (kg) bagi ayam dan 8 sen sebiji bagi telur.

Ia bagi memastikan industri ayam dan telur terus berdaya tahan dan pada masa yang sama memastikan kesejahteraan rakyat.