Zackdin Zainol
KENYATAAN KETUA PENEROKA FELDA
KEBANGSAA
Sebagai ketua Peneroka
Kebangsaan Felda,saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar..
1.Penghapusan hutang2 Peneroka
adalah PERJUANGAN wakil2 Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka
(JKPP ),yang mana saya sebagai Ketua Peneroka Kebangsaan..
2.Kami melihat,15 tahun Felda
tidak mengeluarkan Penyata hutang kepada Peneroka,byk rungutan dari
Peneroka,ada hutang yang tak wajar,saya bagi salah satu contoh..
Sepatutnya membaja setahun 5
kali,tapi Felda buat 2 kali,cas hutang pada Peneroka 5 kali,ini salah satu sebab
Peneroka ragu dan tak puas hati..banyak sebab lagi..
Selaku Ketua Peneroka Kebangsaan
Felda,saya telah berbincang perkara ini bersama Pengerusi Felda YB Tan Sri
Idris Jusoh dimasa itu..
Jalan Penyelesaiannya,Felda kena
hapuskan hutang-hutang Peneroka sehingga 2019..
Perkara ini dipersetujui bersama
oleh Felda dan Peneroka,Felda telah merangka kaedah pemotongan ini.
3.Apabila Pemansuhan ini
berlaku,Felda telah berjumpa Kerajaan dimasa itu,yang mana Ts Mahyuddin selaku
Perdana Menteri.
Apabila Pemansuhan ini
berlaku,Felda sudah hilang punca pendapatan,bagaimana nak bayar hutang-hutang Bank
dan Kwsp serta lain-lain..
Kerajaan dimasa itu telah
bersetuju untuk mengeluarkan SUKUK RM 9.9 bilion dgn JAMINAN Kerajaan..
4.Dengan dapat Jaminan Kerajaan
itu,Bank-bank telah mengeluarkan kewangan untuk disalurkan kepada Felda.
5.Saya sendiri bersama Tan Sri
Idris Jusoh,Presiden MBFM,Presiden KAF dan Wakil dari Pengurusan Felda berjumpa
Tan Sri Mahyuddin di Pjbt PM di Parlimen.
Setelah diberi Penerangan
mengenai SUKUK ini,kami berpuas hati dan mengucapkan Jutaan T.kasih kepada YAB
PM.
6.Semasa dalam penerangan,YAB PM
berkali2 bercakap,Ingat..ini bukan Percuma,kena bayar balik,sehingga lah semasa
bersalam hendak pulang dgn PM,PM masih mengulangi ayat..ingat,ini kena bayar
balik.
7.Setelah Kewangan dapat dari
Bank-bank ,Felda telah membayar segala hutang-hutang nya,termasuk untuk Felda membeli saham-saham FGV yang mana sekarang Felda menguasai sebanyak 82%.
8.Samaada Kerajaan sudah
mementerai Perjanjian dgn Felda bagaimana SUKUK ini harus dibayar itu kita
tidak dimaklumkan dan sehingga habis tahun 2022,masih ibarat menunggu buah yang
tak gugur.
9.Apabila Kerajaan Perpaduan
mengambil alih tampuk pemerintahan Negara,yang diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar
Ibrahim sebagai Perdana Menteri beliau telah menyemak perkara ini bersama
Kementerian Kewangan..
10.Pada hujung bulan Jun
2023,Perdana Menteri,Dato Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani satu Jaminan
dari Kerajaan,untuk merealisasikan dari perjanjian terdahulu yg mana Kerajaan
Perpaduan bersetuju untuk membantu Felda sebanyak RM 1B setahun untuk membayar
pokok pinjaman Felda melalui SUKUK RM 9.9 B..
11.Apabila ini berlaku,Felda
menarik nafas lega,Felda hanya perlu mendapatkan lain-lain sumber pendapatan yang
salah satunya dari FGV LLA,Kilang dan sebagainya yang akan mendapat pendapatan RM
1 B lebih..
12.Dengan Pendapatan ini,Felda
boleh membayar gaji kakitangan,Faedah bank,Pendahuluan tanam semula
Peneroka,Pendahuluan baja,sara hidup dan lain aktivit yang membabitkan kebajikan
Peneroka.
13.Mungkin dalam masa 8
tahun,FELDA sudah boleh berjalan seperti biasa dan kembali kelandasan asal
penubuhannya.
14.Semasa majlis sambutan hari
Peneroka pada 7hb julai yang lepas (jumaat),Perdana Menteri telah meluluskan
beberapa Peruntukan untuk kesejahtetaan Peneroka dan Felda.
i.Bantuan Kerajaan Rm 1b setahun
untuk membayar hutang Sukuk kepada bank-ban..( pokok sahaja)
Ini meringankan beban Felda,dan
Felda akan menggunakan pendapatan-pendapatan lain untuk kos operasi Felda termasuk
kebajikan Peneroka.
ii.Perdana Menteri telah
meluluskan peruntukan tambahan untuk menyediakan pemasangan lampu-lampu jalan
dikesemua kawasan rancangan Felda yang membabitkan 37,012 lampu jalan dgn
bayaran 2 bil bulananya ditanggung oleh Kerajaan,melalui kementerian terbabit.
iii.Perdana Menteri juga
mengumumkan 12 pusat hemodialisis didalam kawasan rancangan Felda.
iv.Perdana Menteri juga
mengumumkan subsidi Diesel sebanyak Rm 36 juta setahun untuk penjanaan
tenaga,dan rawatan air bersih di Sabah.
Ia akan memberi manfaat kepada
lebih kurang 40,000 isi rumah.
v.Bagi warga Peneroka yang berumur
65 tahun keatas,Perdana Menteri juga mengumumkan menfaat kesihatan bernilai Rm
300,ia boleh digunakan jika mereka mahu menerima rawatan diklinik swasta.
vi.YAB Perdana Menteri turut
mengumumkan Digital Madani,yg mana Digital Madani ini ialah satu program baharu
yg akan diperkenalkan diseluruh rancangan Felda,untuk memastikan anak2 dan
cucu2 peneroka Felda tidak ketinggalan dalam ekomomi GIG.
vii.Perdana Menteri juga
mengumumkan akan membantu Peneroka tanaman Getah beralih kepada tanaman sawit.
viii.Dalam isu Perumahan
Genarasi baru Felda,Perdana Menteri memberikan JAMINAN 283 unit rumah yg
terbengkalai akan disiapkan,manakala peruntukan untuk membina rumah Generasi
baru yg akan dtg,kajian kearah itu akan dilaksanakan,Perdana Menteri meminta
tempuh masa supaya Kerajaan mencari jalan
terbaik
bagi semua pihak.
Akhir sekali Perdana Menteri
mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah dan Desa,dibawah YAB Timbalan Perdana
Menteri YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,yg juga Menteri Pembangunan Wilayah
dan Desa diberikan akses untuk menyelenggara dan membaiki kemudahan2 yg rosak
didalam kawasan rancangan Felda yg sebelum ini tidak dibenarkan,kerenah
biokrasi ini telah dilonggarkan oleh Kementerian Kewangan supaya FELDA tidak
hanya menunggu dari satu sumber sahaja.
Saya melihat, ini adalah satu
KESUNGGUHAN KERAJAAN PERPADUAN,@MADANI untuk membantu Felda dan Peneroka,saya
menyambut baik atas usaha ini,dan mendoakan semoga Allah swt permudahkan
segalanya..aamiin.
15. Petikan kata2 Pengerusi Felda
yg baru,Ybhg Dato Seri Ahmad Shabery Cheek,kita ini ibarat 3 tiang tunku,yg
berdiri gagah untuk menerima kawah besar yg berada diatas kita,tiga tiang itu
ialah Peneroka,Felda dan Kerajaan,salah satu tiang ini patah,rebah lah kawah
kebumi.
Peneroka..Felda
dan Kerajaan berpisah tiada.
Kalau Felda tidak
bernyawa,Peneroka tidak bernafas,tak kiralah Kerajaan mana pun,Felda adalah
lubuk Tamaddun Melayu,sewajibnya dibantu,bila berlaku kesusahan..
Saya menyeru kepada semua
Peneroka dan warganya terus memandang kehadapan,untuk kita terus maju dan
berjaya dalam keberkatan..
Wallahhuaklam.
T.kasih..
Sulong Jamil Hj Mohamed Shariff.
Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA.