Sanusi ingat bina lapangan terbang macam buat padang bola?





 Pelbagai pihak kecewa dengan sikap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terus menyerang Perdana Menteri berhubung 'penolakan' projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh Kerajaan Persekutuan.



Terbaharu, Sanusi menuduh PM mempunyai kepentingan peribadi kerana menahan projek pembinaan KXP tersebut.



Membidas hujah Sanusi, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata membina lapangan terbang yang melibatkan kos berbilion ringgit tidak semudah dibayangkan Sanusi.



Katanya, kos pembinaan, kesesuaian dan kebolehuntungan projek perlu diambil kira terlebih dahulu, apatah lagi projek berkenaan memerlukan Kerajaan Kedah mencari pelabur untuk pembiayaan.



"Bina lapangan terbang bukan macam bina padang bola sepak. Ia perlu kajian teliti, supaya tak jadi projek Gajah Putih.



"MB @SanusiMNor hanya jaga Kedah, PM@anwaribrahim kena jaga seluruh Malaysia.



"Amat keterlaluan MB tuduh PM ada kepentingan peribadi," ciap Tze Tzin di Twitter.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_653f0cb5cfe54c6391a680ae129df261~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_284,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_653f0cb5cfe54c6391a680ae129df261~mv2.jpg



Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan tidak menolak cadangan pembangunan Lapangan Terbang KXP namun kajian NASP berhubung projek itu masih belum dimuktamadkan.



Tuduhan Sanusi bahawa PM cenderung kepada projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Subang sebagaimana dalam kenyataan terbaharunya pula kurang berasas kerana kedua dua lapangan terbang tersebut telah pun diminta oleh Kerajaan Negeri untuk dinaiktaraf sejak sedekad lalu.



Manakala projek KXP hanya dirancang pada waktu 2018 sewaktu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

 

𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟


Rafizi Ramli cabar Perikatan Nasional (PN) dengan memberi fokus dalam PRN bahawa siapa yang akan mentadbir negara dengan baik dan bukannya cerita wayang yang tidak akan membaiki kehidupan rakyat. #AWANInews.


𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟

𝗠𝗘𝗡𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗬𝗕 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 beliau sudah tidak banyak respon secara politik kerana sebagai Menteri dalam Kerajaan beliau perlu FOKUS kepada kerja untuk Rakyat memperbetulkan ekonomi dan hutang negara.

Beliau tidak lagi aktif menjawap isu kerana menumpukan kerja sebagai anggota Kerajaan. Berbanding dengan PEMBANGKANG, mereka perlu menjadi 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝘆𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸.

𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 : Utk menjadi 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝘆𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 Fokus pada polisi kerajaan dan cara melaksanakan dasar atau polisi yg lebih baik. Fokus utk menjelaskan kepada Rakyat kenapa PNakut Nasional tidak buat perkara-perkara tertentu sewaktu 33 bulan jadi KERA j atas sebab-sebab tertentu. Itu cara paling baik utk PNyakau berkempen dalam PRN ini.

PNyakau tidak perlu buat cerita wayang Kerajaan nak jatuh itu ini sbb ia bukan isu yg memperbaiki kehidupan Rakyat.

𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥 𝗣𝗡𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 : Ayuh masuk ke PRN ini FOKUS utk menjelaskan kpd Rakyat SIAPA yg paling layak utk mentadbir negara ini. Asas dan corak pentadbiran ialah berkaitan 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗬, 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗖𝗬 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗖𝗬.

Pentadbiran bukanlah berkaitan Melayu lawan Cina, sapa lagi

hebat

, sapa lagi ramai pengikut, sapa boleh mengumpulkan konvoi motor terbesar.

Sbb kalau kumpul 20 ribu menatang walaun & untit anak seluang pembaham tahik pun boleh ke kita bayar hutang negara? Tak boleh kan? Takde faedah, takde manfa'at pun pada Rakyat dan Negara. Lebai, Walaun & Untit PA$ 𝗦𝗬𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗷𝗲.

Melihatkan kecelaruan dan merapunya puak PA$ dan PNyakau ni menyebabkan YB Rafizi tak jawap isu-isu mengarut dan tak masuk akal dari PNunggang Agama dan PNyakau Nasional.

Lebih menghairankan YB Rafizi kenapa puak PNyakau ini yg pernah jadi Kerajaan tidak menjelaskan apa yg lebih baik mereka buat sewaktu jadi kerajaan berbanding Kerajaan MADANI supaya boleh didebatkan.

SIFIRnya mudah, PNyakau terutama lebai PA$ tak reti apa. Tak tau buat kerja. Tak layak. BODO. 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚. Jadi Menteri pun makan gaji buta. Full Stop..!!

*NOTA : Saya terpaksa translate sebahagian kata-kata YB Rafizi in English ke Bahasa Melayu kerana saya faham 𝗺𝗲𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗱𝗼𝗻𝗻𝗼 𝗘𝗻𝗴𝗹𝗶𝘀𝗵 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗧𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠. Kalau boleh dengar, baca pun tetap tak faham. Level lembu.

- Zus Din

21062023

 



MAKLUMAT AMBALAT- SEKADAR MASUK DALAM BLOG- SELEBIHNYA TANYA JKOM




 

𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔-𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 : 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜

#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham

(Setiap dari kita perlu jadi Agen Perubahan, bantu Media Perpaduan sebarkan info)

BERIKUT adalah penjelasan RASMI dari Kementerian Luar Negeri, Malaysia yg terlibat 18 tahun dalam rundingan dengan pihak Indonesia. Ia dirundingkan dan dirujuk kpd pakar. "PAKAR" mana yg disebut oleh puak PNyakau? 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗡𝗧𝗢𝗡𝗚, 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚??

Pada mukasurat 3 kenyataan Kementerian menyebut Triti Laut Sulawesi yg akhirnya ditandatangani oleh kedua-dua negara 𝗟𝗔𝗡𝗦𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗟𝗢𝗞 𝗡𝗗𝟲 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗗𝟳 yg dianggap rezab petroleum Malaysia dan dianggap sebagai 𝗔𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝘁 bagi Indonesia. Adalah tidak benar dan berniat jahat persepsi yg cuba dibina puak penyakau ke atas PMX.

Makhluk pemakan dedak yg mcm Bardak cuba menimbulkan Fitnah utk mengaitkan kununnya terdapat video yg membolehkan pihak Presiden Jokowi mengugut PMX utk menyerahkan kedaulatan Malaysia.

Fitnah itu disebarkan oleh puak PA$ dan PNyakau melalui TikTok, FB dan lain-lain SocMed. Mengaku parti dan pejaung Islam tapi perangai mcm SETAN lsg tak takut dosa.

Mari kita semua berdoa, 𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗠𝗣𝗔𝗟 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗠𝗫. Aamiin....

- Zus Din

21062023

 

Masih lagi isu peningkatan bil elektrik. Ada pihak yang menuduh cytro PH menafikan kebenaran.

 


Masih lagi isu peningkatan bil elektrik. Ada pihak yang menuduh cytro PH menafikan kebenaran.




Benda ni tak susah nak check. Tengok je dekat bil bulanan tu. Dekat situ ada tertera kadar bagi setiap blok.

Aku lampirkan bil aku sendiri sebagai contoh. Cuba bandingkan tarif di bulan Disember dengan yang terbaru.

Dekat mana naiknya? Kadar bagi setiap blok kekal tak berubah walau 0.0001 sen pun. Jadi apa asas tuduhan itu?

Aku bukan pakar elektrik jadi tak tahu kalau cuaca panas ada kesan pada bacaan meter. Tapi kalau rasa ragu, laporkan saja kepada TNB.

Melainkan korang ada tukar meter, sepatutnya tiada beza pun dalam bacaan oleh meter tersebut.

Begitu juga kalau syak pegawai TNB tak jujur masa ambil bacaan meter. Boleh periksa sendiri dan buat laporan kalau bacaannya silap.

Pokoknya di sini, tarif elektrik tetap sama semenjak Disember hingga Jun. Tak naik pun. Jelas ini suatu fitnah.

Cuba tengok balik bill korang. Tengok penggunaan setiap blok terutama blok yang bawah sekali. Itulah perbezaannya.

Bukan nak bela tak tentu pasal. Aku pun tak suka bil elektrik naik. Tapi biarlah berfakta. Kalau ada fakta yang aku tertinggal, boleh beritahu. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

PRN 6 NEGERI- INDIKATOR INI AKAN BERUBAH KERANA PENGGABUNGAN BN/PH





PRN6

Zaman sekarang semua data di hujung jari.

Malaysiakini melalui platform Newslab buat satu database berdasarkan undian PRU15.

Mereka rangkumkan semua data dalam suatu sistem, supaya kita boleh try test sendiri. Apa senario yang ada masa PRN 6 Negeri nanti.

Saya cuba la main tadi. Nak test teori kalau betul Pembangkang boleh menang 6 negeri.

Best case scenario, kalau kita ambil peratusan keluar mengundi penyokong PN 77%. Umno dan PH hanya 60 %. Dan lepas andaikan 50% penyokong BN akan undi PN, nampaknya semua negeri kekal status quo.

(Terengganu tak kira, sebab depa ada petition pilihanraya lagi)

PN boleh menang lebih seat tapi data tunjuk masih tak boleh tumbangkan negeri PH.

Tapi ini data PRU15 la. Apa pun boleh jadi PRN nanti.

Dalam politik ada mantra:

“Appear strong when you’re weak, weak when you’re strong” - Sun Tzu, Art of War

Both sides akan guna mantra ini.

Kita sebagai pengundi bolehlah decipher taktik mereka ini.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

Link- https://newslab.malaysiakini.com/greenwave-state-polls/ms

 

LIDAH RASMI PARTI AGAMA BUAT PENIPUAN DAN FITNAH







 Bila lidah rasmi Parti Islam buat penipuan dan fitnah. 


Mereka nak cuba malukan Kerajaan negeri lain. Tapi terkantoi guna gambar paip dari Jepun, nak tunjukkan seolah2 paip negeri lawan. Dah kantoi dan2 tukar pula gambar lepas tu. Typical MO. 


Dalam banyak Parti di Malaysia, direkodkan parti Pas yang paling banyak kalah saman fitnah. Dari tahun 2016-2022, terdapat 16 kes pemimpin PAS terbukti buat fitnah dan terpaksa bayar denda hingga lebih RM2juta. Harakah juga merupakan Akhbar paling banyak buat permohonan maaf secara terbuka.


Tapi tak pernah serik. Perhaps flow kerja mereka: Fitnah, Padam, Repeat. 


Modal politik Parti ni senang, main sentimen kaum dan agama, most of the time guna dua senjata. Satu, fitnah dan retorik semata2. Dan dua, budaya takfiri atau menghukum orang lain: kafir, liberal, sekular. Macam dia terpaling suci dalam dunia. 


Tersasar jauh parti ni berbanding zaman Nik Aziz dan Fadhil Nor. 


Tapi malangnya, PRU15 mereka dapat paling banyak undi Melayu. Menunggang Naratif Melayu Islam perlu memerintah negara secara bersendirian, walhal ada 47% populasi negara bukan orang Melayu Islam. 


Mungkin dalam 10 tahun ni Malaysia akan jadi seperti Indonesia masa zaman Gus Dur. Bagi orang agama berkuasa hanya tahan 2 tahun. Lepas tu mereka tersedar, beliau tidak sekompeten mana. Boleh jahanamkan negara. 


Dalam sejarah politik dunia, telah lama terbukti, retorik politik agama selalunya hanya untuk berkuasa. 


Lepas dapat kuasa mereka lupa semuanya. Hudud pun mereka boleh buat lupa. Padahal dulu itulah pejuangan paling utama. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



NAMPAK GAYANYA ANWAR BERTEMU PELAJAR PUN TAKUT KAH ?

 



Nampaknya PN dah mula ketakutan. Apa tidaknya, sambutan yang diterima oleh DS Anwar setiap kali beliau bertemu dengan pelajar amat amat hebat. 

 

Kalau tengok pada keadaan, memang seksi masa depan PN. 17 bulan Mahiaddin jadi PM dulu pun tak pernah lagi peserta pelajar sanjung dia begitu.

 

Benda biasa la PM jumpa pelajar. Dalam pertemuan tu banyak isu yang diutarakan. Ini bukti DS Anwar mendengar suara dan keluhan semua rakyat.

 

Komentar MP Besut ni membuktikan PN tak kisah pun nasib pelajar. Yang mereka mahukan cumalah berpolitik. Setiap masa cuma berpura-pura saja.

 

Dah terbukti pun. Lepas rampasan kuasa, mereka tekan rakyat sampai ada yang bunuh diri tak tahan derita. Syukur Allah takdirkan mereka dan mampu bentuk kerajaan. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

KJ SEBENARNYA SUDAH TOLAK, TAPI MUHYIDDIN MINTA FIKIR LAGI

 

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi bayangan tidak akan menerima pelawaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyertai BERSATU.

Bercakap ketika podcast ‘Keluar Sekejap’, bekas Menteri Kesihatan itu mengakui Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU meminta beliau untuk berfikir lebih lanjut sejurus menyuarakan pandangannya mengenai tawaran dikemukakan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai jawapan diberikan kepada Muhyiddin meskipun ia kelihatan menjurus ke arah menolak pelawaan Ahli parlimen Pagoh itu.

“Saya fikir lagi (pelawaan dibuat Muhyiddin)…saya pun sudah bersetuju untuk berfikir lagi dan saya pun minta beliau (beri) sedikit masa.

“Bagi saya ada (jawapan muktamad mengenai pelawaan itu sudah ada) tetapi beliau (Muhyiddin) minta supaya saya berfikir lagi.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) pun belum dibubarkan, jadi ada sedikit masa lagi untuk apa-apa berlaku.

“Bagi saya ada kata putus, tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah,” katanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

Semalam, sumber Perikatan Nasional (PN) memaklumkan Khairy tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk BERSATU mahu pun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat.

Ia susulan pertemuan Khairy dengan Muhyiddin yang dikatakan berlangsung di kediaman Perdana Menteri kelapan itu di Bukit Damansara, di sini, kelmarin.

Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu. 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu. 

Beliau dipetik berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuh kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1117361