AZMIN CALON MB SELANGOR, TAPI VIDEO HAZIQ PENGHALANG DIA DINAMAKAN POSTER BOY
Semalam, PN memaklumkan,
walaupun mereka sudah mempunyai calon Menteri Besar jika gabungan itu berjaya
merampas Selangor dalam PRN akan datang, tetapi tiada “poster boy” akan
dinamakan.
Alasan gabungan itu tidak menamakan ‘poster boy’ untuk PRN
berkenaan kerana berpendapat siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar
pada akhirnya akan diputuskan oleh Sultan Selangor.
Dengan alasan demikian, maka
disebut tiadalah sesiapa dinamakan sebagai “poster boy” bagi negeri Selangor.
Soalnya, apakah hanya Selangor saja tiada “poster boy” yang
dinamakan?
Bagaimana dengan Kelantan, Terengganu dan Kedah – ada “poster
boy” atau tidak?
Sepatutnya jika PN meletakkan alasan calon Menteri Besar adalah
hak dan budi bicara pihak Istana negeri masing-masing membuat penentuan, maka
semua negeri juga tidak perlu ada “poster boy”.
Sementara Menteri Besar sedia ada difahamkan akan diletakkan
sebagai “poster boy” bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah, PN sebaliknya tidak
berbuat demikian di Selangor adalah disebabkan hal-hal yang merunsingkan
gabungan itu sendiri.
Melalui beberapa maklumat yang
diterima, adalah tidak disangsikan lagi bahawa Azmin Ali, Adun Bukit
Antarabangsa sekarang adalah calon Menteri Besar jika gabungan itu berjaya
mengalahkan PH di Selangor.
Perkara itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi PN,
Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini yang mahu dan meletakkan keyakinan kepada
Azmin untuk menghadiahkan Selangor kepada gabungan itu.
Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan bertanding lagi di Bukit
Antarabangsa, sebaliknya akan berpindah ke Dun Hulu Kelang, satu kawasan dalam
Parlimen Gombak.
Dalam PRU15 lepas, meskipun Azmin tewas kepada Amirudin Saari di
Gombak, tetapi beliau menang di semua peti undi dalam Dun Hulu Kelang.
Hakikat itulah yang memberi
keyakinan kepadanya untuk berpindah ke Hulu Kelang, kawasan yang kini diwakili
Saari Sungib daripada Amanah/PH.
Meskipun dinamakan secara diam-diam sebagai calon Menteri Besar,
Azmin tidak dinamakan sebagai “poster boy” adalah kerana PN dikatakan bimbang
isu “video Haziq” akan dimainkan semula sebagai bahan utama ketika kempen
diadakan nanti.
PN dipercayai amat bimbang jika isu berkenaan dimainkan semula,
malah disebarkan dengan meluas, ditambah jika disertai dengan pelbagai pihak
pula tampil membuat laporan polis bagi menuntut sesuatu tindakan diambil oleh
pihak berkuasa, ia akhirnya akan menjejaskan peluang gabungan itu untuk menang
PRN nanti.
Sebab itu difahamkan langkah paling selamat ialah tidak menamakan
sesiapa sebagai “poster boy” bagi negeri Selangor.
Yang nyata, Azmin adalah satu-satunya calon pilihan untuk
jawatan Menteri Besar Selangor yang ada dalam hati Mahiaddin dan perkara
berkenaan memang dalam pengetahuan kebanyakan pemimpin utama Bersatu serta PN.
Selain Noh Omar telah mengumumkan tidak bertanding, sebaliknya
akan menjelajah ke seluruh Selangor bagi memastikan kemenangan PN merampas
negeri berkenaan,!beberapa bekas menteri seperti Mohd Zin Mohamed, Shahidan
Kassin dan lain-lain lagi dipercayai akan turut membantu dengan aktif sepanjang
kempen diadakan.
Yang nyata, dalam enam negeri yang bakal berlangsung PRN nanti,
Selangor akan menyaksikan pertandingan paling sengit sekali.
Selangor menjadi matlamat
utama bagi PN untuk melonjakkan harapan mereka memenangi PRU akan datang dan
negeri itu juga menjadi benteng utama kepada PH sama ada mampu kekal bertahan
lagi atau bakal terkulai dalam pelukan kuasa yang dengan kekalahan di Selangor
nanti, semua cengkaman kekuasan bakal melonggar dengan sendirinya. –
ShahbudinHusin 20/06/2023.
TIADA NAMA CALON PN SELANGOR ANAK NEGERI.PN TAK CALONKAN NAMA MB
PN tak namakan calon MB sebab dalam PN tiada pemimpin kelahiran negeri yang berkualiti sebagai ketua. Sedangkan Sanusi dah main isu kenegerian.
Macam Azmin. Dikatakan kelahiran Singapura. Nak letak Azmin jadi calon MB? Dah macam Sanusi jilat kahak sendiri. Terpaksalah buat bermacam alasan.
Lagi pun dengarnya ada perebutan di kalangan PAS dan Bersatu soal siapa bakal MB. Apa nak pelik? Bila pengkhianat berkerjasama, dah pasti ada rebut kuasa. Guane boh?
Raja Gelap
.
DAH SAH SURAT TU PELESU
Ok, dah sah surat itu palsu.
Macam aku tulis tadi, surat ini boleh
menggegarkan kesepaduan parti-parti dalam kerajaan. Ada pihak yang dapat
untung. Jadi kita boleh agak siapa buat.
Sungguh terdesak mereka nak jatuhkan kerajaan
ini. Sampaikan fitnah pun jadi halal. Orang beriman tak akan jadikan fitnah
sebagai senjata. Guane boh?
Raja Gelap
.
KISAH LEBAI TAK SEDAR DIRI
Ini kisah lebai tak sedar diri. Lebai
Edi nama diberi. Hidup miskin tidak terperi. Tetapi malas cari rezeki. Cuma nak
melepak di kedai kopi. Terabai langsung anak isteri.
Bukan tak pernah lebai diingatkan.
Tanggungjawab jangan diabaikan. Kena beri pakai dan makan. Tapi lebai tak mahu
layan. Ingat syurga neraka, lebai beri amaran.
Tapi si lebai tak sedar diri. Walaupun miskin
nafsu gergasi. Isteri yang ada pun nafkah tak diberi. Ada niat nak beristeri
lagi. Nak membereng orang kaya punya isteri.
Tiap hari lebai memujuk. Dah macam iblis si
lebai merasuk. Isteri si kaya lebai pujuk, mintalah cerai, jangan dirujuk.
Ikutlah lebai, jalan ke syurga lebai nak tunjuk.
Si lebai jenis tak faham bahasa. Wanita itu
mewah hidupnya. Suaminya dah berikan dia segala. Makan pakai cukup adanya.
Malah berlebihan, tak perlu diminta. Ikut lebai dapatnya apa? Gila!
Lebai masih tak puas hati. Terus memujuk lagi
dan lagi. Difitnah si kaya tak henti-henti. Reka cerita itu dan ini. Agar
suaminya si wanita benci. Kepada si lebai, terjatuh hati
Namun isteri si kaya bijak orangnya. Takkan
mahu dia hidup derita. Segalanya jelas hadapan matanya, lebai itu bagaimana
orangnya. Cerita hebat hasilnya tiada.
Jadilah si lebai sang gila bayang. Sering
meroyan, bercakap seorang. Dakwa kepadanya si wanita kan datang. Tinggalkan
suaminya si kaya itu seorang.
Begitulah perangai si lebai jahanam. Berjiwa
iblis, bertopengkan Islam. Nampak baik tapi hati hitam. Isteri orang pun
nak digodam. Isteri sendiri dibuat pekasam.
Ini seloka, bukan mengata. Cuma nak ingatkan
saja. Dah ada yang baik, eloklah dijaga. Usah terpedaya yang bertopengkan
agama. Tapi, siapa kunyah cili, terasalah dia akan pedasnya.
Islam itu sempurna. Hak manusia perkara
utama. Akhirat nanti akan ditanya, tanggungjawab masa di dunia. Lebai bukan
tiket ke syurga. Kalau amanah tidak dijaga, neraka jualah tempat akhirnya.
Ada orang berjubah labuh. Duduknya di masjid
dari subuh ke subuh. Tapi imannya lusuh, hatinya jahat tak bisa diasuh. Jenis
begini kita tolaklah jauh jauh. Guane boh?
Raja Gelap
.
PENJAWAT AWAM, INI BUKAN FITNAH NIH...INI REALITY- KALAU KAMU SOKONG LAGI.........
MMMS
Seorang jurucakap parti dalam Perikatan
Nasional (PN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam “merupakan
beban kepada negara”.
Mok Kok On, jurucakap parti Gerakan di
Gerakan Penang 檳州民政
telah menggesa Kerajaan untuk antara lain “mengurangkan bilangan penjawat
awam”.
Posting ini sudah dipadam, mungkin sebab
menimbulkan kemarahan.
Ada ramai penjawat awam yang tinggal di
kawasan Parlimen Bangi.
Sebagai Ahli Parlimen Bangi, saya membantah
kenyataan ini, yang langsung tidak membantu dan hanya mampu mengguris hati
penjawat awam.
Permohonan maaf juga harus dibuat.
RETORIKA
Saya pernah hentam dia pasal suka buat
retorik. Budget 2023 hanya hambar, yang interesting hanya mengenai menokhtakan
kemiskinan. Tetapi tak nampak apa 6 bulan ini yang dibuat Kerajaan.
Semalam they proved me wrong. Kementerian
Pengajian Tinggi buat polisi terbaru:
1. Kecualikan yuran pengajian untuk anak2
yang tak mampu. Yang terlibat 10,000.
2. Pendekkan tempoh waktu pengajian. Dari 4
tahun ke 3 tahun. 44 kursus pengajian terlibat.
3. Sistem hybrid pengajian. Pelajar perlu
datang kuliah sepenuh masa tahun pertama dan ketiga. Tahun kedua boleh pilih
duduk di rumah saja.
PMX juga cakap akan bagi pendidikan percuma
peringkat Universiti. Tapi perlukan masa lagi.
Dia juga naikkan nilai biasiswa pelajar
bermula Julai ini.
**************
Saya percaya, only through education we can
break the vicious cycle of poverty. Saya lihat sendiri bagaimana Mak Andak saya
kena drop out dari UPM, kerana Atok tak mampu.
Alhamdullilah… sekarang anak2 Mak Andak ada
yang jadi Peguam, Doktor dan Jurutera. Dia push anak2 dia belajar. Ada yang
sampai dapat biasiswa pergi luar negara. Hidup mereka tambah senang.
Jadi polisi bantu pelajar Marhein ini dekat
di hati. Bravo Menteri Pengajian Tinggi. This is the most impactful policies so
far by Kerajaan Madani.
Cuma satu, umum2 juga. Tapi kena pantau juga
pelaksanaannya. Sebab ada yang komplen tak turun dana. Itu apa cerita?
Jangan pula sampai orang kata PM kita retorik
semata2.
NB- posting ini Taksuber dua2 belah pihak
akan hentam saya. Kalau tak percaya tengok komen di bawah nanti.
Taksuber PMX akan backup dia. Panas kalau
saya sebut Pemimpin Pujaan. Taksuber Pembangkang pulak marah saya puji
Kerajaan.
Jangan pajak otak tuan puan pada taksuber
atau pada saya. Nilai sendiri fakta yang ada, tepuk dada tanya iman jua…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
PULAU MUTIARA- NAK TRY KALIH?
PULAU MUTIARA- NAK TRY KALIH?
1. Nampaknya ada ops khas oleh PN, untuk take
over Penang. Sanusi bawa naratif pada mulanya, katanya Penang itu Kedah yang
punya. Semalam, geng Kluster Mahkamah terbaru, TSMY pula umum, PN boleh menang
20 kerusi negeri.
2. Bagi pemerhati politik seperti saya, dari
segi psywar ini brilliant sekali. Mereka tahu dalam PRN 6 negeri, mereka akan
paling kalah teruk di Penang. Makanya, naratif nak tawan Penang dibuat dari
awal. Bagi pihak lawan kelam kabut, dan defensive.
3. Tapi mampukah PN berbuat begitu? Kata
mereka ada 15 kerusi Melayu majoriti, mereka boleh menang. Lagi 5 kerusi
harapkan magic dari Parti Gerakan. Katanya juga, 80% pengundi Melayu akan
sokong mereka.
4. Kalau ikut keputusan PRU15, PN dapat 53%
undi Melayu di Pulau Pinang, diikuti dengan BN 31%. Makanya, kalau PN confident
dia nak dapat 80% undi Melayu, mereka percaya, hampir kesemua penyokong UMNO
akan undi mereka.
5. Pada saya, super unlikely. Melayu Penang
bukan seperti Melayu Kedah. Mereka lebih pragmatik. Paling kuat pun kalau ada
transfer undi UMNO ke PN, setakat 10-15%. Makanya semua 15 kerusi Melayu tu
susah nak jatuh.
6. Kalau ikut keputusan PRU15, bila undi PH
campur undi BN, sebenarnya 2 kerusi saja yang PN boleh menang. Takde la sampai
20 kerusi. Angan2 tu memang free.
7. Lagi satu, yang mereka kata Gerakan boleh
menang 10 kerusi. Pada saya super unlikely. Undi Cina kepada DAP, ialah 95%
hari tu. Takdenya mereka nak tukar ke Gerakan, tambah bila Gerakan join
dengan PAS pula. Lagi la mereka menyampah.
8. Tambahan pula, pengundi nampak ada banyak
beza. Naratif PAS dan Gerakan. Satu nak pemimpin Melayu Islam take over negeri.
Yang Gerakan pula canang dia boleh ganti DAP, dia juga nak Ketua Menteri.
Mereka tidur sebantal tapi mimpi lain2.
9. Kepada pengundi atas pagar, ini yang saya
boleh bicara. Kena tahu, populasi Melayu di Penang ialah 41%. Kita nak ada
wakil orang kita juga ada dalam Kerajaan.
10. Sekarang kita tahu sembang PN nak rampas
Kerajaan negeri ini mustahil. Makanya kalau kita undi mereka, hatta mereka
menang pun di kawasan kita, mereka tetap jadi Pembangkang jua.
11. Satu perkara kita kena hadam, kalau semua
kerusi PHBN wakil Melayu kalah, maknanya, Kerajaan Negeri akan dipimpin 100
peratus orang bukan Melayu.
12. Ini pada saya tak patut berlaku, kerana
ada 41% orang Melayu di situ. Takkan la EXCO agama pun DAP? Kalau saya jadi
pengundi Melayu Penang, saya akan pastikan ada wakil rakyat Melayu dalam
Kerajaan. Makanya saya akan pastikan wakil Melayu PHBN ramai juga yang
menang.
13. Saya diajar, kita mengundi bukan untuk
menangkan pemimpin atau parti. Tapi kita undi apa yang baik untuk negara atau
negeri. Dalam konteks Penang, saya nak komposisi kaum adil, dalam kepimpinan
Kerajaan Negeri. Ada juga wakil kaum majoriti.
14. Akhir cerita, saya percaya kata2 PN nak
rampas Penang ini hanya psy war mereka. They want to appear strong at their
weakest point. Jadi ia tinggal mimpi di siang hari…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Sokong gesaan PM beri elaun pelajar latihan industri oleh PM - Pemuda Amanah
Gesaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya syarikat tempatan mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar latihan industri wajar disokong oleh semua pihak bagi memastikan beban kewangan yang dihadapi golongan pelajar dapat dikurangkan.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Razak Ridzuan, dengan mengambil kira tenaga dan sumbangan yang diberikan oleh pelajar latihan industri kepada syarikat, peruntukan elaun yang munasabah kepada pelajar-pelajar berkenaan dikira wajar selain sebagai saguhati kepada mereka dalam menampung kos perjalanan dan tempat tinggal sepanjang menjalani latihan.
"Pemberian elaun ini sudah tentunya memberi motivasi kepada pelajar dalam proses belajar dan menjalani latihan di syarikat tersebut.
"Seperti kita semua maklum, terdapat juga situasi di mana terdapat pelajar yang menjalani latihan industri dengan begitu komited menyamai kualiti pekerja terlatih dan ini semestinya memberi nilai tambah kepada syarikat terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda AMANAH menyatakan sokongan penuh
kepada saranan PM yang sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pelajar latihan
industri di negara ini.
Program latihan graduan di SC selari aspirasi Madani - Anwar
Kekuarangan tenaga kerja berkemahiran tinggi sebagaimana
kebimbangan pelabur yang menanam modal di Malaysia boleh diatasi melalui
program latihan mahasiswa di sektor perniagaan atau industri bagi memberi
pendedahan yang lebih baik.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian
dalam majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia (SC) di Kuala Lumpur, hari ini.
"Inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
dan universiti ini harus dibanggakan kerana dalam perbincangan bersama industri
dan pelabur saya sendiri mendapat laporan usul Amazon, saya sendiri temui Geely
dan beberapa syarikat besar, semuanya menganggap Malaysia ini satu tapak
pelaburan yang sesuai, tetapi mereka gusar kekurangan tenaga mahir di peringkat
tinggi, dan sebenarnya universiti kita mampu tetapi harus dibantu oleh sektor
industri
"Bidang kewangan itu perlu dikuasai tentunya oleh bank dan
institusi kewangan yang mampu, dan boleh diuruskan oleh Bank egara Malaysia dan
dalam pasaran modal, tentunya satu bidang yang boleh dikendali oleh Suruhanjaya
Sekuriti (SC).
"Kita juga harus faham dalam usaha ini graduan muda punya
potensi luar biasa (untuk melatih kemahiran) cuba tanggungjawab kita
menyediakan persiapan," katanya.
Anwar dalam pada itu memuji program latihan yang dilancarkan hari
ini dengan penglibatan banyak graduan muda dan beliau percaya Suruhanjaya
Sekuriti tidak ada masalah untuk menambah dana pada masa hadapan untuk program
sama.
PM turut berkata, corak latihan kemahiran dengan kerjasama
industri dan institusi pendidikan seperti itu selaras dengan nilai Madani,
berkongsi kemahiran untuk meningkatkan pendapatan rakyat secara bergandingan.
"Program graduan pasaran modal yang diluncurkan pada hari ini
selari dengan aspirasi Madani, peluang mengembangkan kemahiran dalam pasaran
modal kepada graduan muda.
"Saya yakin anak anak dapat menggunakan peluang ini. Tidak
ada dalam sejarah kita begitu ramai yang boleh dibawa ke SC yang selalu dianggap
sebagai gedung elit perniagaan.
"Tetapi hari ini kita kumpulkan mereka, dedahkan mereka
dengan industri, dengan segala kecanggihan yang ada. Saya minta anak anak
menjadikan ini sebagai kesempatan terbaik meningkatkan kemahiran kita
berkhidmat kepada bangsa dan negara," katanya.
Selain itu, pada majlis tersebut Anwar juga mengumumkan kadar duti
setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan
kepada 0.10 peratus nilai kontrak daripada 0.15 peratus pada masa ini,
tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak dan berkuat kuasa pada
Julai.
Manakala SC dan Bursa Malaysia akan melaksanakan pembaharuan untuk
memudahkan penyenaraian di bursa pada tahun ini dengan mempercepatkan proses
tawaran awam permulaan (IPO) serta memendekkan masa ke pasaran bagi memastikan
daya saing dan daya tarikan Malaysia.
DULU TAK DENGAR PUN BUNYI TERANCAM
Untuk Melayu yang mudah lupa. Tahun 2004, 41
kerusi yang dimenangi oleh MCA + Gerakan, 100% orang bukan Melayu.
Tapi 40 kerusi yang DAP ada sekarang, 3
darinya orang Melayu. Ada beberapa lagi pula merupakan bumiputera Sarawak.
Tahun 2004 dulu, Mahiaddin, Hamzah, Annuar
ada dalam BN. Sikit tak bunyi Melayu terancam bagai. Hari ini lain ceritanya.
Kenapa? Sebab Tahun 2004, mereka berada dalam
kerajaan. Hari ini, mereka pembangkang. Bezanya cuma kuasa di tangan.
Cerita Melayu muncul cuma bila tiada kuasa.
Masa ada kuasa, tak timbul pun isu ni. Dah miskin kuasa baru cakna nasib
Melayu. Kononnya. Dasar hipokrit. Guane boh?
Raja Gelap
PEMBOHONGAN YANG RAKYAT KELANTAN PERCAYA.
Ibrahim Mat Isa
Nabi tak pernah ajar camtu la lebai. Nabi
suruh berusaha tak tunggu lama. Yang Nabi ajar, kalau jadi pemerintah mesti
adil, Mesti setaraf dengan jiran. Mesti didik akhlak dekat rakyat.
Namanya parti agama tapi howseow
ORANG DAH TOLAK DAH...HILANG DEPOSIT..PARTI PUN RANAP. TAK KAN BUDAK UNIVERSITI LUAR NEGARA NAK DENGAR DIA LGI ?
Di negeri sendiri pun parti
sendiri hilang deposit tersungkur makan tanah pada PRU15, pi kempen dekat budak
U di London buat apa? Nak tunjuk ada kelas? Balik mai kempen di Kedah la ..
TAK JADI UMUM ATAU TAKUT NAK UMUM, ATAU TAKUT NAK UMUM SEBAB BEREBUT JAWATAN. YAKIN MENANG KA BHAI.....BELUM MENANG DAH KECOH
Ahmad Shahril.
Kenapa takut nak umumkan calon MB...adakah
ada perebutan dalaman dalam isu ini...yelah noh udang dengar kata berminat,Jemin
sembu apatah lagi malah dengar kata pimpinan pas pun ada juga yang dah
mencalonkan pimpinan mereka.
TAK SEMUA GRADUAN SAMA
Nik Hasyudeen.
Ini adalah gambaran pencapaian graduan
berdasarkan taburan normal. Taburan sebenarnya bergantung kepada institusi ke
institusi.
Apabila pihak pendidik membuat dakwaan bahawa
kesemua anak murid mereka sama pandai, ini memberikan gambaran yang tidak
tepat. Inilah yang berlaku di dalam profesion perakaunan. Semua di atas
diletakkan di dalam satu kapal mahu industri menerima mereka seadanya.
Tentunya diperingkat pelajar, corak ini sudah
ada. Majikan sememangnya mencari-cari pelajar di kelompok teratas untuk
dijadikan intern. Peluang untuk diserap sebagai pekerja amat tinggi. Bagaimana
pula dengan yang berada di kedudukan terkebelakamg? Ini realiti yang ada.
Jangan nafikan.
Namun jika kualiti orang-orang yang berada di
belakang itu boleh ditinggikan sehingga cukup bagus untuk industri, mungkin
masalah boleh ditangani. Ini bermakna kena pilih pelajar secara lebih teliti
untuk masuk institusi dan pengajar-pengajar juga kena hebat macam orang di
luar. Tu semua kerja payah.
Ni analisa semasa saya pengerusikan Committee
to Strengthen the Accountancy Profession pada tahun 2015.