LHDN SIASAT HAMZAH. BELUM PUN DAKWA. KAMU KATA NAK BURUKKAN PARTI KAMU ? LHDN TAK SERBU KALAU TAK ADA PASAL...

 










Dia buat salah, bila disiasat dia kata helah politik murahan untuk burukkan partinya.

Kalau main bola, umpama dia tackle player lawan sampai kawan tu berusung dalam stretcher, bila kena kad merah dia cakap pengadil sengaja nak bagi kalah pasukannya.

Semalam DS Anwar dah jelaskan yang beliau tidak dimaklumkan soal serbuan tu. Urusan LHDN, bukan arahan PM. Kalau tak salah, kenapa takut? Lagipun baru serbuan. Belum dakwaan.

Kalau kena dakwa pun jawab sajalah di mahkamah. Ini bukan zaman Mahathir jadi PM. Kena tangkap terus sumbat dalam, tak ada perbicaraan. Sekarang pentadbiran adalah telus.

Rakyat dah terbiasa dengan kediktatoran. Sampai hari ini masih teringat kezaliman Mahathir dan tak dapat terima kebebasan agensi untuk bertindak. Itu legasi Mahathir yang sebenar. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SHIDAN JANGAN CEMBURU DENGAN UMNO. KAMU BUKAN AHLI UMNO LAGI. UMNO PILIH PH SEBAB YAKIN DENGAN PH.

 



Shahidan kata, UMNO menumpang pada PH. Jadi dia ajak UMNO berkerjasama dengan PN pula. Dah itu bukan menumpang PN ke tu?

Sebelum ni UMNO berkerjasama dengan Mahiaddin tapi apa UMNO dapat? Parti itu tidak dihormati oleh PN. Lantikan menteri pun ikut suka.

Dengan PH suara UMNO didengari. Menteri yang dilantik pun mengikut senarai yang UMNO berikan. Bukan ikut suka hati DS Anwar.

Lagipun PN dah gelar UMNO macam-macam bila UMNO buat keputusan nak bersama dengan PH. Ini pujuk pulak UMNO bersama mereka.

Tak malu ke jilat ludah sendiri? PH dan BN dulu pun saling mengutuk tapi sewaktu PRU. Itu normal. Tapi PN kutuk UMNO sampai habis PRU.

Hadi Awang sampai ke hari ini tak sudah lagi buat dalil yang macam-macam tentang UMNO. Takkan la tak ada rasa segan walau pada diri sendiri?

Demikianlah sifat PN. Demi kuasa, sanggup buat apa saja. Sebab tu jangan sekali-kali percaya puak yang hipokrit ni. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

ETIKA PAKAIAN PENJAWAT AWAM TELAH ADA DALAM GARIS PANDUAN KKM. SOAL LAIN TAK ADA IDEA KAH ?








MUZAMAL MUS


Kementerian kesihatan telah punyai garispanduan dan etika pemakaian jururawat yang tidak bercanggah dengan budaya profesionalisme apatahlagi sebagai seorang Muslim yang tiada sekatan untuk berpakaian menutup aurat serta sopan.

Jika ada pun masalah yang berlaku, itu hanyalah berpunca dari individu jururawat itu sendiri yang memilih untuk berpakaian yang mungkin tidak selesa dilihat oleh segelintir orang awam.

Nescaya isu tersebut, ia bukanlah masalah Nasional. Namun ia hanyalah melibatkan tataurus dalaman Jabatan saja.

Dalam setandan pisang nescaya ada yg buruknya.

Yang mana isu ini berlaku di mana mana saja Hatta dalam keluarga org PAS. Nescaya dalam ramai² pastikan kan ada yang tidak menuruti etika yang benar dalam sesuatu hal

 

MUKA TAK PUAAIHH HATI NIH....KERAJAAN DULU MENJADI KA ?

 

PAK TAM DAHALAN

Pandai cakap saja dan menunjukkan muka tak puas hati..habak mai laa nak buat macamana?...PMX dok buat dah sebahagian besar,,tak ikuti ka?...wartawan lalang yang paling aku menyampah!




WAN AZIZAH ZIARAH MAT SABU DI HOSPITAL

 

RMS

Terima kasih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana meluangkan masa melawat Datuk Seri Hj Mohamad bin Sabu tengahari tadi.

Admin.







 

TUNTUTAN SULU: KERAJAAN TIDAK KOMPROMI CUBAAN SABOTAJ NEGARA

 


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pentadbiranya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ‘tali barut’ yang bersekongkol atau membantu kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.

Mengulas isu tuntutan kumpulan itu terhadap Sabah, Anwar menegaskan pihak berkuasa telah pun memulakan siasatan terhadap pihak yang membuat tuntutan, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang membelakangkan kepentingan dan keselamatan negara dengan memberikan sebarang sokongan, bantuan secara langsung mahupun tidak langsung dan bersekongkol dengan pihak yang membuat tuntutan,” katanya.

Pendirian itu dinyatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam sesi penerangan berhubung tuntutan waris Sulu terhadap Sabah, di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam bertindak secara proaktif bagi menamatkan isu tuntutan berkenaan, selain memastikan kepentingan Malaysia serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

“Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia akan terus mara ke hadapan dan berjuang habis-habisan, demi melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa,” katanya.

Mahkamah Rayuan Perancis pada 6 Jun lalu mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang, sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini tidak menolak kemungkinan orang dalam menjadi dalang dalam tuntutan kumpulan Sulu itu.

Ia berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara.

 

FITNAH LAGI BERKAITAN WARGA CHINA DAPAT MYKAD WALAU IANYA BERLAKU 2019.

 


Saifuddin Nasution Ismail 

tSrsonpeod8f7h1a8aa5tug4ifmhmh30942g02c2a1f7566741uc31l0ah92  · 

Luas sekali berlegar dalam group whatsapp isu warga china dapat MyKad. Seperti biasa serangan ditala kepada Kerajaan Madani tanpa rasa bersalah untuk semak maklumat. Asal dapat mainkan sentimen kaum dan dapat keuntungan politik mereka puas hati.

Kes ini berlaku tahun 2019. Bukan Kerajaan Madani. Masa itu Muhyiddin Yassin Menteri KDN. Saya pun yakin beliau tak terlibat.

Pegawai Jabatan Pendaftaran yang berkenaan pun dah ditangkap, disiasat dan kini sedang dibicarakan.

Pemegang MyKad itu pula telah diusir balik negara asalnya.

Sekian adanya..

 





Ini ceritanya yang sebenar. Kes warga China dapat MyKad tu berlaku dalam 2019, ketika itu Mahathir jadi PM manakala Mahiaddin pula Menteri KDN.

Seperti YB Saifuddin, bukan aku kata Mahathir dan Mahiaddin terlibat. Tapi kalau nak salahkan menteri, maka mereka berdualah yang perlu dipersalahkan.

Walaun bila nak belajar tak taulah. Lain kali kalau nak buat isu, semak dulu fakta. Guane boh?

Raja Gelap

 

SEKILAS FAKTA - DAP hanya 4 menteri sebab..., PM bangkit kontrak RM214j, Naungan politik...



Antara paparan Sekilas Fakta 15 Jun 2023:

 1) DAP hanya dapat 4 menteri kabinet? - Ini penjelasan Loke

2) Rosmah dapat pasport kali ketiga untuk lawat anak di S’pura

3) Anak beranak Dr M dapat kontrak RM214.2 juta, dakwa Anwar

 4) 'Ya! Memang wujud 'naungan politik' judi atas talian' - Menteri KDN

5) KPM sahkan hampir 30,000 calon tak ambil SPM tahun lalu

6) Muhyiddin gesa tangguh kaji kadar fi KKM, Zulkafperi sokong

7) Subsidi bersasar untuk petrol, diesel rumit dan kompleks -

 

PONTENG PARLIMEN TAPI MENGUTUK NOMBOR WAHID


 

Presiden PAS ponteng Parlimen. Makan gaji buta. Tetapi bab mengutuk musuh politik guna media bukan main galak lagi.

Presiden PAS dicabar masuk Parlimen & berdepan dengan pihak yang dia tuduh tak berakidah, tak bermoral, tak berakhlak. Jangan sembang belakang². Silakan.

#MalaysiaMadani

 

PEMIMPIN TINDAS RAKYAT, YANG BODO PULA CEPAT TINDAS YANG BERSUARA TERHADAP PEMIMPIN


 


Saya tulis,”Alhamdulillah,bonus RM10k seorang jadi RM100k seorang. Pening fikir masalah umat.”

.

Satu statement sarkistik yang general. Tapi yang tentu, Kerajaan PAS gagal selesaikan isu ini dalam tempoh 30 tahun. Ya, Kerajaan Pusat ada sekat bantuan tetapi sekurang-kurangnya, dalam tempoh 30 tahun, selesaikan lah di beberapa tempat dahulu seperti Kota Bharu sahaja.

.

Tetapi sayangnya, pemimpin tunggu wang berbilion ringgit dahulu, baru nak selesaikan. Dan yang penting, POYO boleh selesaikan semua secara serentak.

.

Bila rakyat tanya isu air, pemimpin-pemimin yang dapat Merc menjawab;

.

“Ambo hidup di Kelate 50 tahun, hidup molek-molek eh.”

“Air sunga Kelate tu banyok keh, tok habis 7 keturune.”

“Isu air isu politik.”

.

Tapi sedar atau tidak, ahli Lembaga Pengarah dapat bonus RM10k seorang. 30 tahun memerintah, isu air di bandar Kota Bharu, kawasan Hospital tidak mampu diselesaikan pun. Yet, mereka dapat RM10k disebabkan pening cari solusi.

.

Bayangkan berapa bonus yang mereka dapat kalau isu mampu diselesaikan?

.

Ada orang komen;

.

“Kalau kedai demo tok laku, demo cerminlah diri sendiri.”

.

Susah jadi rakyat biasa, pemimpin tindas tetapi bila bersuara, rakyat lain yang tertindas ugut yang bersuara juga. Inilah hakikatnya di Kelantan.

 

SEJAK BILA KJ DIKENALI SEBAGAI AHLI EKONOMI?

 

Petang semalam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan berkaitan hala tuju ekonomi negara dengan sekumpulan manusia yang disebutnya sebagai ahli atau pakar ekonomi.

Antara yang hadir adalah Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Turut hadir ialah bekas Menteri Kewangan Kedua ketika era Najib Rqzak yang kini merupakan Naib Presiden UMNO, Johari Ghani dan bekas Menteri Kesihatan yang dipecat daripada UMNO, Khairy Jamaluddin.

Menurut catatan Anwar di laman sosialnya, pertemuan tersebut sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

Katanya, perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan.

“Segala pandangan yang dikongsikan pastinya akan digunakan untuk membentuk Naratif Ekonomi MADANI yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.

“Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia ke landasan yang betul,” demikian catatan Anwar mengenai perjumpaan yang diadakan di Kementerian Kewangan itu.



Inisiatif Anwar mengadakan perjumpaan dengan ahli serta pakar untuk mendepani keadaan ekonomi negara, terutama di ketika kedudukan bursa saham dan nilai ringgit sedang merudum teruk, harus diakui memang suatu usaha yang baik dan terpuji.

Ini menunjukkan beliau komited untuk memulihkan ekonomi negara dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, di samping pelbagai kesibukan lainnya seperti bertemu pelajar universiti di seluruh negara dan menyantuni rakyat setiap minggu sambil bersolat Jumaat di pelbagai destinasi.

Tetapi, apabila Khairy Jamaluddin atau KJ turut serta dijemput dalam perjumpaan bersama ahli dan pakar ekonomi itu, ramai yang jadi tertanya-tanya – sejak bila KJ dikenali sebagai ahli atau pakar ekonomi dan tersenarai dalam kelompok tersebut?

Apa tujuan beliau dijemput oleh Anwar?

Kenapa Anwar tidak menjemput misalnya, Mustapha Mohamad, seorang bekas menteri yang diketahui banyak idea serta pengalaman berkaitan ekonomi?

Adakah jemputan kepada KJ ada kaitan dengan ura-ura bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal menyertai PN menjelang PRN enam negeri tidak lama lagi?

Dalam menyemarakkan kemungkinannya menyertai PN, KJ bukan saja telah bertemu dengan Mahiaddin Md Yasin serta ditawarkan jawatan Ahli MPT Bersatu dan sebagai calon dalam PRN akan datang ini, malah Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan turut berharap bekas Ketua Pemuda UMNO akan memilih PN sebagai wadah perjuangannya sebagai mengikut jejak beberapa bekas pemimpin UMNO yang sudah berbuat demikian.

 

Jika KJ tidak menunjukkan petanda berminat kepada PN selepas dipecat, adakah Anwar masih teringin berjumpa dengannya?

Tidak dinafikan, Bersatu dan PN memang berharap KJ akan bersama mereka dalam menghadapi PRN ini, khususnya dalam cubaan untuk menawan Selangor.

Bagaimanapun, KJ dalam hal ini amat berhati-hati dalam membuat penentuan dan setakat ini tidak memberi apa-apa kata putus tentang hala tuju barunya.

Apakah dengan dijemput mengadakan perjumpaan dengan Anwar petang semalam dan KJ pula sudi menerima jemputan itu, ini menandakan beliau sudah tiada hati lagi terhadap Bersatu dan PN?

Ke mana seterusnya beliau selepas ini?

Apakah KJ akan segera bergerak dalam politik melalui parti baru yang diterajuinya sendiri dan melupakan terus PN?

Adakah dengan kesediaan KJ berjumpa Anwar semalam juga memungkinkan beliau bakal diberikan sesuatu peranan dalam kerajaan perpaduan bagi tujuan “mengikat” menantu Tun Abdullah Badawi itu? – ShahbudinHusin 17/06/2023.



RENTASAN 1389 | GEMPAR!! KINI PM10 SEKALI LAGI DISERANG TUN M?







MENARIK DALAM RENTASAN 1389

1. JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH 2. BILA PAKAIAN JURURAWAT DIJADIKAN KEUTAMAAN NASIONAL 3. HANYA ORANG PAS AHLI SUNNAH WAL JAMAAH? 4. BEREHATLAH TUN, BIAR ANWAR TADBIR NEGARA




TANDA BERPECAH ATAU SEDANG MENUJU KE ALAM BARZAKH?

 

KALAU IKUTKAN ZAMAN KEGEMILANGAN UMNO. KEHADIRAN PENUH KERANA BANYAK YB YANG SPONSOR. NAMUN SEKARANG BELUM BOLEH BEGITU DAN SUDAH TIDAK BOLEH BEGITU. ITU UMNO YANG BOLEH JAWAB.


Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini mencatatkan kehadiran lebih rendah berbanding sebelumnya, kata beberapa perwakilan, dengan seorang mengaitkannya dengan perpecahan dalam parti.

Seorang pemimpin akar umbi dari Johor yang enggan namanya disiarkan berkata, suasana pada PAU yang diadakan awal bulan ini amat menyedihkan.

“Ia tidak seperti dulu. ‘Mood’ kali ini sangat tidak baik.

“Ahli parti berpecah-belah. Ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan manakala yang lain memilih untuk menyertai parti yang mereka rasa perjuangkan hak Melayu,” katanya kepada FMT, merujuk kepada Bersatu.

Seorang lagi pemimpin akar umbi dari Tapah bersetuju PAU tahun ini menyaksikan perhimpunan perwakilan yang lebih kecil.

“Sebagai orang lama dalam Umno, (keadaan) ini menyedihkan saya. Rakan seperjuangan saya enggan hadir kerana tidak percaya dengan kepimpinan (parti),” kata pemimpin itu yang juga enggan namanya disiarkan.

Beliau berkata, ramai hadir pada PAU untuk menunjukkan solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Razak. Semasa perhimpunan itu, mereka mengangkat poster menuntut keadilan bagi bekas presiden Umno yang kini dipenjarakan.

Seorang lagi pemimpin akar umbi dari Negeri Sembilan, yang juga enggan namanya disiarkan, berkata beliau hanya menghadiri perhimpunan untuk menilai perancangan parti bagi PRN akan datang.

“Tetapi sebaik sahaja saya masuk ke dewan pada hari pertama (perhimpunan), saya dapat rasa kami tidak akan berjaya pada PRN.

“PAU ialah acara terbesar bagi parti, tetapi, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kali ini tidak ramai yang hadir,” katanya.

Seorang pemimpin Pemuda dari Kuala Lumpur bersetuju penyertaan pada PAU kali ini lebih rendah, tetapi beliau menyangkal dakwaan ia disebabkan rasa tidak puas hati ahli terhadap kepimpinan semasa.

Beliau berkata, kekurangan dana untuk menganjurkan acara, menyediakan pengangkutan, dan menyediakan makanan menyebabkan tidak ramai ahli menghadiri PAU kali ini.

 

 


KES PERAMUGARI TAK SELESAI ,KECOH BAB JURURAWAT PULAK.

 



Jenuh saya pikirkan, ketat tang mana? Sampai Pemimpin PAS suruh tukar.

Dulu kecoh pasal peramugari. Sekarang nurse pulak.

Naik memerintah 33 bulan, apa hangpa buat? Adakah hukum Islam hanya perlu ditegakkan ketika jadi Pembangkang?

Solidariti untuk Nurse SeMalaysia.

~LM~

 

Demi content. Pening netizen dibuatnya.




Ahaks. 

 

************

Pengguna media sosial tampil mempersoalkan tindakan personaliti terkenal, Ebit Liew, yang memuat naik usaha membantu ‘gelandangan’ Indonesia ketika individu terbabit didapati seorang pempengaruh (influencer).

 

Bahkan wanita itu juga memiliki kira-kira sejuta pengikut di TikTok.

 

Perhatian tertumpu ke Ebit selepas dia memuat naik gambar dan video memaparkan pertemuannya dengan ibu tunggal dikenali sebagai Mondy itu.

 

Penampilan wanita muda itu - yang dipanggil adik oleh Ebit - juga pantas menarik perhatian, antara lain kerana imej punk serta tatu pada tubuhnya termasuk di bahagian muka serta memakai pendakap gigi.

 

“Rezeki bertemu Mondy ibu tunggal 21 tahun di Jakarta yang menyara anak kecil 4 tahun seorang diri.

 

"Wajahnya penuh tatoo termasuk dalam matanya penuh tatoo. Cantik dan baik adik ni. Kehidupan anak punk jalanan.

 

"Dari kecil hidup susah dan di jalanan. Masa kami mula sampai Mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa tak mampu bayar tidur dijalanan.

 

“Saya tanya adik nak kerja. Dia kata ada ke orang nak ambil saya kerja? Insya-Allah kami cuba carikan," kata Ebit melalui hantaran tersebut.

 

Dia juga mendakwa Mondy menangis setelah diberikan baju dan tudung, sementelah dia dikatakan mahu menjadi hamba tuhan yang baik.

 

"Baik adik ni. Allahuakbar,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan dengan beberapa keping gambar memaparkan Mondy terbaring di tepi jalan beralaskan kotak ketika disantuni figura terkenal berkenaan.

 

Ebit kemudian menghadiahkan Mondy jubah selain turut membawanya ke Malaysia.

 

Susah celah mana

Mondy dilihat menukar penampilannya dengan berjubah dan bertudung.

 

Bagaimanapun netizen mendedahkan status Mondy sekali gus meragui kebenaran yang ada di sebalik usaha dibuat Ebit.

 

Semakan akaun TikTok miliknya @mondy_tatto mendapati video-video diuat naik di situ merekodkan lebih 10 juta suka.

 

Malah terdapat juga video yang memaparkan wanita itu memperagakan pakaian pengantin dengan solekan indah.

 

Selain komen-komen yang memuji ramai pengguna Facebook mempersoalkan tindakan Ebit menyantuni individu berkenaan.

“Influencer buat paid review bagai, susah dan di jalanan celah mana?” soal pengguna Facebook.

 

“Ini kan influencer punk di Indonesia, susah? Hai tukang edit Ebit Liew punya page tak buat homework ke? 

 

Awek ni bukan susah macam yang digambarkan dia lagi masyuk kot.

"Influencer punk yang bergaji. Harap-harap follower jangan bodoh sangat kena perdaya,” dakwa seorang yang lain.

 

Sementara itu Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Liew dan Mondy berhubung perkara itu.

 


TEMU ANWAR DI KELANTAN





 Saya ingin menjemput warga Kelantan khususnya anak-anak muda untuk ikut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada hari Ahad ini bersamaan 18 Jun 2023 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok.


Para peserta bebas melontarkan apa jua soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya.


Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.


Kita jumpa Ahad ini!


#MalaysiaMADANI



MP NI MEMALUKAN

 Pakaian ‘ketat’: Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS





MMA: sangat memalukan!


Pakaian ‘ketat’: Kesatuan jururawat, pakar bidang bidas wakil rakyat PN

Ahli Parlimen PAS ditempelak kerana dikatakan lebih kisah tentang etika pakaian jururawat berbanding kemampanan sistem penjagaan kesihatan negara.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya Nor Hayati Abd Rashid berkata pakaian jururawat rekaan fungsian yang memudahkan mereka menjalankan tugas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kesatuan jururawat dan pakar-pakar bidang kesihatan membidas wakil rakyat Perikatan Nasional berhubung kenyataannya mengenai pakaian jururawat, yang didakwa ketat dan tidak patuh syariah.

Kesatuan Jururawat Malaya berkata pakaian jururawat rekaan fungsian manakala Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata sangat memalukan apabila Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor, lebih kisah tentang pakaian jururawat ketika orang ramai bimbang tentang kemampanan sistem kesihatan.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Nor Hayati Abd Rashid, berkata rekaan fungsian memudahkan mereka menjalankan tugas dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Peraturan untuk pakaian seragam adalah ia tidak boleh terlalu ketat dan (labuh baju) mestilah melebihi punggung,” katanya kepada FMT.

“Terpulang kepada penyelia jururawat untuk memantau (pakaian seragam). Selalunya, ketua jururawat akan menasihati jururawat jika pakaian seragam mereka terlalu ketat.”

Katanya, pada 1980-an, jururawat memakai skirt tetapi kod pakaian ditukar kepada pemakaian seluar supaya lebih patuh syariah.

“Saya tak pasti apa yang Ahli Parlimen itu fikirkan apabila buat kenyataan sebegitu. (Pakaian seragam) ini bukan baharu, kami sudah pakai lama,” katanya.

Semalam, ketika Dewan Rakyat membahaskan Kertas Putih Kesihatan yang menggariskan strategi bagi reformasi sistem kesihatan, wakil rakyat PAS itu menarik perhatian Parlimen kepada pakaian jururawat yang menurutnya menampakkan bentuk badan.

Bekas pensyarah kejururawatan di Universiti Malaya, Rasnah Abdul Rahman, berkata tidak ada kajian yang menunjukkan pakaian jururawat membahayakan pesakit.

Beliau juga mengingatkan bahawa kebolehan jururawat menjalankan tugas yang diterapkan melalui pendidikan, latihan, dan pengalaman tidak boleh diremehkan dengan isu seperti ini.

“Jururawat boleh berfungsi dengan berkesan dalam apa jua pakaian, sama ada ketat atau bukan. Tiada kajian mencadangkan pakaian ketat yang dipakai jururawat memberikan kesan negatif kepada pesakit,” katanya.

Beliau menambah dasar mengenai kod pakaian mungkin berbeza, bergantung pada budaya, misi, dan nilai-nilai sesebuah hospital.

Sementara itu, bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata pakaian jururawat berfungsi, selesa, dan sopan, serta membolehkan variasi bagi memenuhi keperluan institusi dan pilihan individu.

“Kita mahu wakil rakyat tumpu kepada membahaskan reformasi sistem penjagaan kesihatan, tetapi Ahli Parlimen PAS itu fokus pada pakaian seragam. Lucu,” katanya.

“Komen Wan Razali tidak profesional dan bermotif politik.”

Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, mengingatkan bahawa semua jururawat di sektor awam mematuhi kod pakaian perkhidmatan awam.

“Kami percaya pakaian seragam jururawat sekarang yang diluluskan KKM adalah praktikal kerana ia tidak menyekat pergerakan jururawat ketika menjalankan tugas.

“Dalam penjagaan kesihatan, semua orang perlu bergerak pantas.”

Sementara itu, CEO Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib menyarankan pakaian jenis sut bedah (scrub) dipertimbangkan, bagi menekankan kawalan jangkitan.

“Reka bentuk sut bedah adalah ringkas, mudah dicuci, dan murah diganti jika rosak,” katanya.



JANGAN HINA KERETA MARHAEN.


 Padahal dapat bantu golongan yang kurang berkemampuan yang teringin nak pakai kereta






BUKAN KAH KJ PERNAH SILAP MATA BERSAMA KBS 100 JUTA DAN KES VANTILATOR KAH ?




NORMAN RADZUAN 


Bila KJ bersama meeting MOF dgn PMX… 

DASAR KETERBUKAAN PMX

 

“Alhamdulillah, petang tadi saya telah mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara antaranya bersama sama ahli ekonomi, YB Datuk Seri Johari Ghani dan juga saudara Khairy Jamaluddin.

 

“Antara yang turut hadir adalah Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

 

Ini sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

 

Perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan. 

 

Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul,” jelas PMX.

 

#MalaysiaMADANI