GAGAL MAJUKAN NEGERI .ALIH ISU LAIN.

 




Hang ni, nak majukan negeri Kedah tak mampu, selesai isu air pun terhegeh2.  Cara mudah, hang sibuk  ungkit negeri P.Pinang yang dah maju tu Kedah punya.  Negeri yng dah maju tu hang nak ambik? Pemalasss !!


Jangan sampai Siam ungkit Kedah mereka punya....

hang bodo...hang bodo....kena balik kat hang.



PESARA UNISEL TUNTUT FAEDAH PERSARAAN.




 Saya berharaplah selesaikan isu ini segera sebelum memberi kesan kepada kerajaan negeri hari ini. Ini isu rezeki yang nampaknya ada pihak cuba menjadi 'God' penentu


.

ANWAR PILIHAN TERTINGGI PALING SESUAI PIMPIN MALAYSIA


SILA JANGAN KOYAK.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan tertinggi sebagai individu yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, ketika ini.


Dapatan tersebut diperoleh hasil tinjauan pendapat awam yang dijalankan oleh Endeavour-MGC membabitkan 1,068 responden semua kaum, dan 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.


Menerusi dapatan tersebut, 46 peratus responden semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memimpin negara untuk tempoh sekarang.


Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menjadi pilihan kedua dengan 25 peratus responden Melayu dan 17 peratus responden semua kaum berpandangan bekas Perdana Menteri itu sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.


Ia diikuti dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin yang memperoleh enam peratus daripada responden semua kaum, manakala responden Melayu masing-masing sembilan peratus memilih Ismail Sabri dan lapan peratus (Khairy).


Sementara itu, PH memperoleh undian tertinggi dengan 39 peratus daripada responden semua kaum memilih gabungan itu sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan esok.


Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 18 dan 17 peratus undian daripada kumpulan responden tersebut.


Bagaimanapun, bagi responden Melayu, PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan berada di kedudukan teratas dengan undian sebanyak 26 peratus, jika PRU diadakan esok.


Manakala, BN di tangga kedua dengan 24 peratus diikuti PH sebanyak 20 peratus.


Bagi soalan apakah pertimbangan yang paling penting untuk memilih parti yang hendak diundi, isu agama adalah paling tinggi dengan responden Melayu merekodkan 30 peratus, manakala semua kaum sebanyak 22 peratus.


Sementara faktor calon pula menjadi pilihan kedua dengan masing-masing responden Melayu dan semua kaum memberikan undian sebanyak 27 peratus.


Tinjauan pendapat awam itu dijalankan dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.


Dari segi demografi gender dan kaum, jumlah responden lelaki dan wanita masing- masing 50 peratus manakala kaum Melayu mewakili 62.2 peratus, Cina (28.7 peratus), India (8.2 peratus) dan lain-lain (0.9 peratus).


Kesemua mereka berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas dengan golongan yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah paling ramai iaitu 26 peratus.


Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-pilihan-tertinggi-sebagai-pm-kaji-selidik-endeavourmgc-421817



DAP Parti Yang Cukup Luar Biasa



Dituduh komunis, dituduh anti Islam, dituduh anti Melayu, dituduh anti Raja-raja Melayu, dituduh liberal, dituduh macam-macam tetapi…


Orang yang membuat pertuduhan sedemikian tidak pernah pun mengharamkan DAP semasa berkuasa.


Bahkan orang yang membuat pertuduhan sedemikian semuanya pernah bersama DAP.


PAS bersama DAP (1999 - 2001 zaman Barisan Alternatif; 2008 - 2015 zaman Pakatan Rakyat)

Bersatu bersama DAP (2016 - 2020 zaman Pakatan Harapan)


Pengerusi Pejuang bersama DAP (2016 - 2020)

Presiden PAS bersama DAP (1999 - 2001; 2008 - 2015)

Presiden Bersatu bersama DAP (2016 - 2020)

Ketua Armada Bersatu bersama DAP (2016 - 2020)

Ketua Pemuda PAS bersama DAP (1999 - 2001; 2008 - 2015)


Itulah dinamika politik.


Bosan dah dengar zikir “DAP DAP DAP”…… Next please



UNTUNG PERCUMA




 Tak pastilah aku berlaku di negeri mana, syarikat apa yang terbabit. Cuma yang aku tahu, tak guna pun tapi kena bayar RM19.50. Aku pun nak bisnes macam ni. Atau jadi BOD pun cukup la. Paling tak pun boleh dapat bonus raya RM10,000. Ye la. Tak ada jual apa pun tetap dapat bayaran kan? Mana tak kaya. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DAP PUNYA SUSU, PAS AMBIL NAMA



Adriam Lim.


Pemilik-pemilik Majestic Plaza (Taman Terubong Indah) mengucap terima kasih kepada semua pihak dan wakil rakyat yang membantu mereka dalam pemilikan rumah pada baru-baru ini.



Mereka menyenaraikan beberapa nama pihak yang ingin dizahirkan penghargaan, termasuk Ketua Menteri DAP dan wakil-wakil rakyat DAP.


Tetapi PAS tidak bersikap jujur.


PAS membuang gambar banner pemilik rumah yang menyatakan “terima kasih Chow Kon Yeow (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang)”.


Kemudian dibuat posting Facebook seolah-olah PAS seorang je yang menjadi hero dalam isu ini.


Amboi puak-puak PAS ni. Dia punya putar dan mainan persepsi betul-betul tahap pengemis ekstrim lah.



PEJA KOYAH DENGAN PENULISAN DI FB



 Sorry la. Saya ni reactive. 


Tambah seorang YB cuba nak membuli seorang penulis marhein tidak berparti. 


Hujung minggu lepas saya bantai Kerajaan pasal Rampasan Swatch, geng dia jugak yang jaja. Geng Kerajaan cool saja. 


Sekarang bila saya posting tak memihak pada dia, dia kata posting saya lawak saja. 


Please la. Inikah kualiti MP kita? 


The same MP yang kata penyokong PAS bodoh. Lepas tu menyembah kembali meminta maaf, hanya kerana nak jadi Wakil Rakyat. 


Sorry YB, you’re not my kind of leader. 


~LM~



TERKINI- KESEDAR - KELANTAN ..



KES KESEDAR.



Kes songlap RM24.8 juta: Polis ambil keterangan 9 kakitangan KESEDAR ..


N Faizal Ghazali

Diterbitkan:  May 30, 2023 11:39 AM

Dikemaskini: 11:39 AM


Polis mengambil keterangan sembilan kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah membabitkan nilai RM24.8 juta.


Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata identiti sembilan individu berkenaan dikatakan digunakan oleh penolong akauntan Kesedar untuk tujuan pecah amanah.


“Ya sudah tentu kita rekod keterangan semua, sebagai saksi dan keterangan untuk kes berkenaan.


“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kita percaya jenayah ini dilakukan berseorangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Semalam Malaysiakini melaporkan seorang lelaki ditahan atas dakwaan menggelapkan RM24.8 juta daripada Kesedar dengan menyalahgunakan pengenalan diri sembilan kakitangan lain untuk memindahkan wang berkenaan.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolong akauntan itu telah melakukan "perbuatan licik" itu selama lapan tahun.


Pendedahan timbalan perdana menteri itu susulan penahanan seorang penolong akauntan Kesedar selepas dipercayai pecah amanah berjumlah RM24.8 juta.


Sabtu lalu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 12.21 tengah malam oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.



SYARAT PUN MERAPU DEMAND...KERAJAAN PERPADUAN NI CERDIK DAN BIJAK UNTUK HADI NAK KELENTONG.

 


Ramai yang bincang tentang cakap Hadi kononnya ada yang tawarkan PAS sertai Kerajaan Perpaduan.


Tapi mungkin sebenarnya Hadi yang berminat nak join kerajaan. Bukan ada sesiapa pun tawarkan.


Yang aku fikirkan, kalau betul la, perkara ini berlaku selepas Hadi tandatangani Proklamasi Melayu.


Kenapa?


Kita pun kenal Mahathir dan taktiknya yang pandai hantar Trojan Horse ke dalam pasukan musuhnya.


Kalau betul PAS mahu sertai Kerajaan Perpaduan, mungkin sebagai agen Mahathir untuk musnahkan perpaduan ini. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


KERAJAAN PUSAT TAK ZALIM LA,,



Bagus MOT buat projek pembangunan untuk rakyat Kedah walaupun berbeza parti. Tapi jangan lupa yang pihak tu pandai bab claim ni.


Pastikan rakyat Kedah tahu itu projek Pusat, bukan kerajaan negeri. Jangan nanti tiba-tiba yang tak reti malu tu kata projek ni hasil usaha dia.


Lembu punya susu, sapi dapat nama. Bukan boleh kira sangat puak jenis kulit tebal ni. Nak harap dia buat projek, memang tak la. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



BARGAINING CHIP




Dalam kalangan pemerhati politik, dah mula bercakap. TG Hadi Awang sudah tidak nampak bersama PPBM. Kebanyakan Open House PPBM dia tak nampak bayang. 


Termasuk di Rumah Terbuka Aidilfitri PN di Shah Alam. Katanya meriah tapi orang PAS tak datang. Sama juga dengan jamuan raya TSMY, langsung mereka hilang. 


Ini berbeza dengan Open House CNY bulan Januari. Kesemua mereka pakai Samfu merah. Utuh sekali kita tengok ikatan. 


Namun sekarang, ramai kata hubungan mereka seperti retak menanti belah. Open House masing2 pun bolayan. 


Sebab utamanya, saya dapat dari banyak little birds. Duit sudah tiada. Tidak boleh bermewah2 lagi seperti PRU15. Perjanjian mereka simple, PPBM sediakan duit, PAS sediakan jentera. Seperti match made in heaven. 


La ni, bila akuan PPBM dibeku dan disita. Pemimpin mereka pula join Kluster Mahkamah, PAS mula mengorak langkah. Benarlah kata orang, perkahwinan politik ni susah nak kekal lama. Sehati sejiwa tiada makna. 


Makanya, PAS sekarang tengah meminang dan dipinang new partner. Hari tu nampak bersama Tun M. But everyone in politics knows, Pejuang dan GTA takkan ke mana. Susah mereka nak mendapat tempat dalam dunia politik negara. 


Sekarang pula, TGHA sudah mula berbunyi, dia boleh bincang dengan siapa saja.


Tambah pula, kes rasuah pilihanraya beliau di Marang seperti nak lekat. Ada pula ura2 siasatan sudah bermula atas kes rasuah melibatkan kepimpinan tertinggi negeri Terengganu. Kes rasuah RM90juta  PAS juga takkan ditutup buku. 


Makanya, bunyi Presiden PAS kita dah lain kembali.  Dah mula hint untuk sertai Kerajaan Perpaduan. Of coz dengan high demand. Katanya, PAS merupakan seat paling banyak. Patutnya parti ni ambil seat paling hadapan. 


Firasat saya, melihat antics dia sebelum ini, he’s eyeing for TPM seat. Tu yang diminta dahulu ketika Kerajaan 33 bulan. He thinks he deserves it. 


Namun, apa yang saya belajar dalam politik. Pemenang ialah mereka, with the biggest bargaining chip. At last, orang lain akan kena kompromi. 


Jadi Kerajaan PMX kena pertimbangkan demand PAS ini. Whether worth it? Worse come to worst, PAS akan lari ke PN semula. 


Atau sebaliknya, PMX sudah pegang, a bigger and better bargaining chip. Yang boleh buat TG dan PAS terciduk juga. Kita nantikan aja. 


Ingat, kita dalam era fluid politic. Jangan taksub dengan mereka. Kita doakan yang baik2 untuk negara. 


#LMgoss #MYpolitics 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



SANUSI CUBA KETEPIKAN PERANAN AULTAN KEDAH?



 Dakwaan yang dibuat oleh Mr. Badut (MB) Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah, DS Anwar jawab dengan jelas. Walau ada perjanjian lama pun, tapi yang terpakai adalah perjanjian terakhir sewaktu penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


Perjanjian itu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu termasuklah Sultan Kedah. Tindakan mempersoal kedudukan Pulau Pinang sama seperti menidakkan kuasa Sultan Kedah dalam membuat keputusan. Boleh baca di https://shorturl.at/qrwyU.


Kita pun dah kenal dah puak PN ni jenis macamana. Demi nak tipu Melayu, lawan Sultan pun sanggup. Contohnya masa isytihar darurat dulu. Sekarang isu ini pula. Pemimpin PN jenis mulut laju dari otak. Syukurlah bukan PN yang tadbir negara sekarang ini. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.