TERLANJUR BERI SARANAN. ELOK TUKAR SAJA MENTERI INI.




Shahbudin Hussein


 Terlanjur Anwar Ibrahim sendiri sudah memberi laluan untuk mengemukakan cadangan, maka dengan hormatnya dicadangkan agar menteri tak semenggah  ini diganti dengan orang lain…


1. Gagal memperbahrui siaran RTM.

2. Menjawab  segala fitnah pembangkang dengan idea yang lebih baik melalui siaran media.

3. Tidak memperkemaskan akhbar parti pemerintah Suara Keadilan kerana bergantung kepada siaran media lain, sedangkan  PM adalah Anwar Ibrahim. SK adalah media reformasi utama.

4. Sepatutnya wujudkan ruang soaljawab agama secara langsung  dengan cara lama atau baru bagi menjawab tuduhan pembangkang.

5. Masih ada walaun Pas dalam media Astro yang tidak dipedulikan ,sedangkan mereka masih berkempen. Kamu lalai atau tidak cakna.


CUKUP TAKAT NI DULU. ADA LAGI MENTERI DARI PKR. MASA NAK BERTANDING, SAKAN..CALL ANGKAT..LEPAS JADI MENTERI CALL PUN TAK BERANGKAT. 

ALA...ORANG TAK MINTA JAWATAN LAH. HANGPA PUN TAK PANDAI MANA NAK BUAT KERJA , NAK WUJUDKAN JAWATAN MACAMANA.? 





TERKINI




"Saya tak beri kenyataan JIKA tiada Asas" - Anwar 27Mei 2023


I. Sebelum itu "Takiyudin jangan gopoh dokumen ada bersama saya" - Anwar 06Dis 2022


II. Kenyataan pertama "Anwar bayangkan Dana Pilihanraya PN dari syarikat Judi" 05Dis 2022


Tunggu Peguam Mahiadin kemukakan surat Saman. Alang² menyeluk pekasam.....


JIKA Saman , "Untung sabut timbul untuk batu tenggelam". 


JIKA tidak Saman , bermaksud menyerah kalah sebelum masuk gelangang. 


RUMUSAN

Hampir pasti ada lagi TOKOH² besar PN PAS BERSATU ke Sg Buloh.



PROGRAM ILMUAN MADANI.

 



Tidak benar, Kerajaan Perpaduan ni tidak pedulikan syiar Islam seperti dakwaan PN..

Program Ilmu yang melibatkan Perdana Menteri dan Ulama Besar  mendapat sambutan luar biasa..Islam tetap terpelihara dan subur dibumi Malaysia..



ISLAM TETAP SUBUR TANPA WALAUN PAS DAN LEBAI.




RMS


Tidak benar, Kerajaan Perpaduan ni tidak pedulikan syiar Islam seperti dakwaan PN..

Program Ilmu yang melibatkan Perdana Menteri dan Ulama Besar  mendapat sambutan luar biasa..Islam tetap terpelihara dan subur dibumi Malaysia..



PUNCANYA KERANA JAWAPAN AZALINA DI PARLIMEN TERLALU LEMAH DAN CUAI



Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said terpaksa membuat kenyataan media selepas memberikan jawapan di Parlimen mengenai dana judi yang didakwa diterima PN pada PRU15 lalu, ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat memalukan.


Sepatutnya, jawapan di Parlimen itu sudah cukup sebagai suatu penjelasan yang meyakinkan serta bernoktah, di samping tidak seharusnya membuatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mula menyebut perkara berkenaan, terus dihentam dan dikritik lawan.


Malangnya, oleh kerana jawapan Azalina mengenainya terlalu lemah dan cuai, maka Anwar akhirnya menjadi sasaran kritikan, bahkan dilabel sebagai penipu kerana didakwa membuat tuduhan melulu.


Ini sesuatu yang tidak patut sama sekali berlaku kerana menteri, baik melalui apa juga tindakan atau pengucapan, lebih-lebih dalam menjawab di Parlimen, keutamaan mestilah melindungi kerajaan dan Perdana Menteri.


Apa guna jadi menteri jika jawapan di Parlimen mengenakan balik kepada Perdana Menteri?


Dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas berhubung status siasatan berkenaan dakwaan PN menerima dana judi, Azalina menyebut, hasil siasaran SPRM mendapati maklumat yang diperolehi terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya, lalu tiada kertas siasatan dibuka mengenainya.


Jawapan sebegini dengan sendirinya memberi tafsiran bahawa Anwar yang membuat dakwaan mengenai perkara itu telah membuat tuduhan melulu kepada PN.


Ketika mula-mula tersebar jawapan Azalina itu di media sosial pada Khamis,  saya yang ketika itu bersama beberapa kawan turut geleng kepala dengan bentuk jawapan yang diberikannya itu.


Selepas Anwar dikritik dan dihentam berikutan jawapan itu, malah Mahiaddin Md Yasin turut berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Azalina kemudian tampil dengan kenyataan media yang memaklumkan, meskipun tiada fail siasatan dibuka tetapi kes itu tidak pernah digugurkan.


Katanya lagi, SPRM berhak membuka kertas siasatan pada bila-bila masa berdasarkan bukti yang diperolehi daripada semasa ke semasa.


Di sinilah lemah dan cuainya Azalina memberi jawapan dan meletakkan keutamaan dirinya sebagai menteri yang harus melindungi Perdana Menteri dalam jawapan yang diberikannya itu.


Jawapan yang menyebut – siasatan telah dijalankan, maklumat diperolehi terlalu umum serta tidak dapat disahkan dan tiada fail siasatan dibuka – secara automatik seperti memberi peluru kepada PN untuk menyerang balik Anwar yang membangkitkan perkara itu sebelum ini.


Kenapa tidak disambung jawapan di Parlimen itu dengan ayat? – bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan dan kertas siasatan boleh dibuka pada bila-bila masa jika terdapat bukti yang boleh mengukuhkan pendakwaan.


Dalam hal ini, mustahil Azalina tidak sedar atau tidak tahu bahawa isu dana judi kepada PN itu telah dibangkitkan oleh Anwar tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


Bahkan ia juga dilaporkan secara meluas dalam media-media.


Kalau beliau sedar dan tahu mengenainya, mustahil tiada sekelumit perasaan dalam hatinya sebagai menteri untuk melindungi Anwar yang melantiknya ke jawatan tersebut.


Walaupun kenyataan media Azalina kemudiannya boleh dianggap bermaksud demikian dan agar Anwar tidak berterusan dihentam, tetapi ia boleh dikira sudah terlewat dan akhirnya timbul pula pelbagai dakwaan lain yang sekali lagi menjejaskan imej Perdana Menteri.


Semua ini boleh dielakkan jika jawapan Azalina di Parlimen tidak lemah serta tidak cuai dengan keutamaan ialah untuk melindungi kerajaan dan Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 27/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



STRATEGI LEMAH BILA PEMIMPIN LEMAH

 Dua benda yang dia sebut.


Pertama, DS Anwar takkan jadi PM selagi bersama DAP. Dan kedua, Peja akan menang besar melawan DS Anwar.


Akhirnya DS Anwar jadi PM dan masih lagi bersama DAP. Peja juga telah ditewaskan.


Bongkak masa bercakap. Kalau mufti yang sorang tu tengok, mesti dah kena tegur sebab dia tak sebut insyaAllah.


Biar apa pun yang Mahiaddin dah rancang, tapi bila Allah tak izinkan, maka takkan terjadi. Dia mungkin lupa pasal tu.


Nampak pembacaan politik Mahiaddin pun lemah. Patutlah jahanam ekonomi negara masa dia jadi PM. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


SEMUA NYA SILAP. DAPAT KE PUAK GARPU NI SELANGOR, PENANG, DAN N9. TAK HANCUR...MEMANG LINGKUP PUNAH RANAH.

 

JAMZURI ARDANI


Bayangkan kalau puak-puak GARPU nie perintah Selangor. Bagi kat pemaju tanah 1,000 hektar dengan bayaran cuma RM1,000 se ekar.  Lepas tu mengaku silap buat perjanjian. 


Mati laa nak oiii!



PUNYA LA BENGONG. SAMPAI BUDAK BUDAK NAK BELAJAR PUN GAK DAPAT SEBAB KETIADAAN AIR DALAM JANGKAMASA LAMA. YANG MENGEKALKAN KERAJAAN MACAM NI LAGI DUA KALI BANGGANG.

 

RMS


Surat makluman Penutupan Kampus UiTM Caw Kota Bharu date 17 Mei,, isu sebenar tidak ada bekalan air, sebelum ni cuaca dah memang panas..


*Kawasan ni memang kerap berlaku terputus bekalan air, memang  pelik kerana banyak institusi pengajian disini, Kjaan negeri kena cakna  tapi syukurlah Ahli Lembaga Pengarah AKSB dapat RM10k seorang kerana memerah minda nak selesaikan isu air..



Dibawah kerajaan Malaysia MADANI pimpinan YAB PM



RMS.


negara kita berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yg kukuh, defisit berkurangan, kadar inflasi menurun & pelaburan asing meningkat. 


Ringgit akan naik dan turun, KLSE juga sama.. tapi asas yang paling penting, ekonomi kita berkembang, jumlah pelaburan meningkat, pengangguran dikurangkan export keluar negara bertambah dan  kebergantungan pada  produk import dapat diturunkan.



Mengingatkan berkenaan syurga neraka tak berkesan?


Nik Hasyudeen


Di antara komen ke atas berkenaan tulisan saya berkenaan menjaga dana awam semalam ialah mengapa saya asyik menginggatkan berkenaan soal jawab di akhirat dan syurga neraka sahaja sedangkan orang-orang yang menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah memang tak takut akan perkara-perkara berkenaan.


Mungkin kenyataan seperti ini timbul kerana setakat ini negara tidak pernah tidak ditadbir dan diurus oleh orang-orang yang tidak ada di dalam kepercayaan mereka syurga dan neraka. Walaupun orang-orang politik sentiasa mengancam bahawa kita akan kehilangan kuasa, itu hanyalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang yang tidak melihat kiri kanan dan suka membuat keputusan berdasarkan emosi sahaja. Hanya tuan tanah yang boleh menjual tanah, kan? 


Saya pernah berkhidmat di Suruhanjaya Sekuriti dan tanggungjawab saya di situ adalah menyelia pasaran modal negara. Untuk mempastikan bahawa pasaran modal berjalan dengan adil dan teratur (fair and orderly) di adakan pelbagai jenis undang-undang dengan hukuman-hukuman yang berat ke atas orang-orang yang memanipulasi pasaran, menipu dan juga menyalah gunakan kedudukan.


Semua undang-undang di atas dibentuk dengan tidak mengambil kira syurga neraka. Walaupun ramai juga orang yang didapati bersalah, didenda dan dipenjarakan, itu tidak bermakna tidak ada penipuan, salah laku dan pelanggaran undang-undang di pasaran modal. Ada satu kes yang mana sudah didakwa di mahkamah, namun ditukar pula kepada kompaun sahaja walaupun jenayah yang asalnya didakwa itu berbilion nilainya. Macamana orang nak takut?


Saya senyum apabila ada golongan yang mendakwa mereka bersih kerana setakat ini tidak ramai di antara mereka yang tertangkap dan didakwa di atas kesalahan salah guna kuasa. Kita semua tahu tak tertangkap dan tak terdakwa tidak bermakna tidak ada salah guna kuasa. Lagi pun mereka mungkin berada di dalam kedudukan yang mana tak ada banyak benda yang boleh dicuri kerana mereka tak ada kemampuan untuk diberikan kedudukan yang lebih tinggi dan bermakna.


Berbalik kepada pasaran modal, selain dari undang-undang, Suruhanjaya Sekuriti juga mengeluarkan kod tadbir urus korporat mulai tahun 2000 sebagai panduan kepada pemain pasaran modal agar mewujudkan sistem dan proses untuk membolehkan syarikat-syarikat ditadbir dan diurus dengan baik. Sesudah 23 tahun, kita boleh tanya diri kita sendiri samada kod ini membantu untuk menjadikan semua orang yang ada kedudukan dan kuasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti yang diharapkan?


Saya tahu ada sebuah institusi (di luar pasaran modal) yang mana ada pelbagai mekanisma untuk membentetas salah guna kuasa. Ada sistem anti-rasuah, ada penempatan pegawai agensi penguatkuasa, namun akhirnya didapati institusi berkenaan kerugian berbilion dan memerlukan pertolongan dari kerajaan.


Berdasarkan realiti seperti yang saya bincangkan di atas dan juga realiti bahawa di negara ini orang-orang yang ada kedudukan, pangkat dan kuasa rata-ratanya sepatutnya mahukan syurga dan takutkan neraka, maka saya banyak memperingatkan orang-orang seperti itu akan hisab Allah SWT dan ancaman neraka jika mereka melakukan kerosakan di muka bumi ini. Setakat ini, orang-orang yang termasuk di dalam golongan ini sentiasa menyebut berkenaan nak menjaga agama di dalam kempen-kempen mereka, kan? 


Jadi, saya merumuskan masih ada harapan untuk menggunakan agama sebagai kaedah untuk memperbaiki kedudukan tadbir urus di negara ini. Melainkan apa yang mereka ucapkan itu sekadar cakap-cakap seperti burung kakak tua mengucap dua kalimah syahadat dan penyokong-penyokong mereka yang mengundi orang-orang sebegini pun dua kali lima sahaja.


Sekiranya Rasulullah SAW boleh membawa tauhid di kalangan masyarakat yang mengamalkan syirik dan akhirnya berjaya membuang kesyirikan itu, mengapa kita tidak boleh mengubah keadaan dengan kaedah yang sama? Yang penting ialah memperkukuhkan aqidah dengan dalil dan kefahaman, bukan sekadar mendengar cakap-cakap yang sedap didengar tetapi tidak mempengaruhi tindakan dan keputusan. Yang bercakap pun ada benda lain yang dikejar.


Inilah respon saya kepada persoalan mengapa yang timbulkan soal syurga neraka di dalam isu tadbir urus, bukannya undang-undang, kod tadbir urus dan lain-lain kaedah.


والله أعلم



GAGALIS. ..PEMBANGKANG YANG BANGANG

 


Zainuddin Omar


Ini menunjukkan bahawa pembangkang tak cukup jummlooh untuk jatuhkan Kerajaan Madani. 


****************


PARLIMEN l Cubaan pembangkang untuk menolak usul yang dibawa kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak kesampaian apabila mereka gagal memperoleh majoriti dalam undi belah bahagian.


Undi belah bahagian itu menyaksikan sejumlah 83 Ahli Parlimen menyokong usul tersebut manakala 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju, seorang tidak mengundi serta sejumlah 86 Ahli Parlimen tidak hadir.


Usul tersebut adalah untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak ditangguhkan sehingga Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan seperti yang termaktub dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Ia dibawa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Ugak Anak Kumbong.


Berikutan keputusan undian itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor memutuskan di bawah Perkara 12(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, usul yang dibawa Ugak dipersetujui.


Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit bagi menolak usul yang dikemukakan Ugak dan bertanya adakah kerajaan mempunyai rang undang-undang lain yang akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.


Beliau berkata mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, hanya berbaki dua rang undang-undang lagi yang akan dibentangkan dan diputuskan hari ini.


"Kita baru memasuki hari keempat persidangan Dewan Rakyat dan kita mempunyai tujuh hari lagi. Adakah kerajaan mempunyai RUU kejutan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat? Waktu perbahasannya juga begitu singkat," katanya.


Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang turut bangkit pula mencadangkan agar persidangan hari ini diteruskan dengan usul persendirian yang dikemukakan Ahli-ahli Parlimen sekiranya kesemua urusan kerajaan telah selesai.


Ramli kemudian membuat keputusan menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan loceng dibunyikan bagi memberi peluang kepada wakil rakyat yang berada di luar dewan untuk kembali semula untuk proses undi belah bahagian.


Situasi kembali menjadi kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat beberapa Ahli Parlimen Kerajaan masuk ke dewan selepas pintu diarah tutup.

- Bernama



Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu


(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)


Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.


Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!


Terserlah ketakutan Mahathir 

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.


Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.


Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.


Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.


Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.


Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.


Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.


Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.


Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.


Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.


Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.


Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.


Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.


Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.


Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.


Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.


Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.


Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.


Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.


Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.


Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.


Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb 


#mm