JADI T 20 ADALAH SALAH....
Dekat Malaysia ni, jadi orang orang berpendapatan tinggi tu satu dosa dan mesti dihukum.
Aku bukan bantah tapi kerajaan kena takrif semula T20 macamana sebelum praktikkan. Bukan guna klasifikasi sekarang. Kalau pakai yang ada ni, tak lama lagi T20 akan jadi lebih miskin daripada B40.
Contoh macam kos pergi haji. Sekarang ni berapa ramai T20 tak mampu untuk pergi haji? Sebaliknya B40 pulak yang mampu. Sebab nak dapatkan label T20 bukan perlu gaji besar sangat pun.
Kerajaan kena hati-hati. Yang menangkan PH dalam PRU lepas majoritinya T20. Maksud aku bukan T20 kayangan tu tapi T20 yang ada di border line. Kalau klasifikasi ini tidak diperbetulkan, kumpulan ini yang akan paling terjejas dan PH pasti akan hilang undi.
Dalam kerajaan cuba nak senangkan orang susah, jangan sampai susahkan orang senang. Dah ramai orang T20 bottom yang DM aku mengadu. Aku pun dah tak mampu nak jawab dah. Guane boh?
Raja Gelap
.
Cc:
Anwar Ibrahim
Rafizi Ramli
.
T20 PUN BUKAN MELIANA
Bila aku tulis tentang subsidi untuk T20, ada saja orang B40 yang tak puas hati. Kenapa ek? Bukan aku suruh hapuskan subsidi untuk B40 pun. Aku cuma kata jangan hapuskan subsidi untuk semua T20.
Korang yang dapat subsidi, tak payahlah nak sakit hati. Bukan orang T20 dengki dekat korang. Tapi cuma tak mahu sebahagian T20 menjadi mangsa keadaan.
Paling tak tahan, siap buat kira-kira demi nak tunjuk yang T20 hidup mewah. Kalaulah hidup semudah kira-kira yang dibuat, seronok betul.
Ok. Apa akan jadi kalau T20 yang border line ni tak dapat langsung subsidi? Komitmen bulanan akan bertambah. Jadi nak kena kurangkan, kena amalkan penjimatan. Betul?
Apa cara nak berjimat? Paling mudah, jual kereta mahal, beli kereta murah. Kemudian? Permintaan kereta murah pun meningkat. Kemudian? Harga kereta itu pun naik.
Cuba tengok Axia. Berapa harga Axia sekarang? Sebab apa naik? Sebab permintaan tinggi. Itu belum lagi T20 ramai-ramai tukar kereta pakai Axia tu.
Kalau T20 mula berjimat, maka B40 akan terpaksa bersaing dengan T20 untuk dapat barangan yang murah. Apa kesudahannya nanti?
Itu belum kira kalau ada yang berhenti makan angin dan sebagainya. Yang henti langganan Astro, henti makan di luar. Banyak industri yang akan melingkup nanti.
Kalau industri ni semua melingkup, siapa agaknya yang paling terkesan? Siapa yang kena buang kerja dulu nanti? Jangan pandang enteng semua benda.
Kesimpulannya, B40 tak perlu nak merah mata bila aku tulis tentang T20. Selagi hak korang tak diusik, tak payah nak sakit hati orang lain bercerita tentang hak mereka. Itu je. Guane boh?
Raja Gelap
.
Majlis Ilmu Madani bersama YAB Perdana Menteri
KELUARGA HOI YA HOI...
PNxBest.
AWAS…KES PN TERIMA DANA JUDI SEBENARNYA BELUM DITUTUP LAGI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata dia tidak pernah menyatakan siasatan isu pendanaan pilihan raya daripada syarikat perjudian sudah ditamatkan atau digugurkan.
Sebaliknya kata ahli parlimen Pengerang itu, jawapan tersebut – yang dibuatnya di Dewan Rakyat semalam – hanya memaklumkan tiada fail siasatan dibuka.
“Dalam hal ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan yang bebas dan berkecuali tentu sekali akan dan berhak menjalankan siasatan berkaitan dan membuka fail siasatan sebagaimana perlu mengikut Akta SPRM atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa berdasarkan kepada maklumat dan bukti yang diperolehi dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam media melaporkan SPRM tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa PN menggunakan dana daripada syarikat perjudian untuk membantu membiayai kempen mereka pada PRU tahun lepas.
Katanya SPRM telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu.
“Bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.
“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat.
Ekoran kenyataan itu PAS – salah satu parti komponen PN – hari ini mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan berkaitan isu itu pada Dis tahun lalu.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula sedang berbincang dengan peguam untuk melihat kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undangke atas Anwar.
Azalina berkata selain SPRM ada agensi penguat kuasa lain yang boleh menjalankan tugas menjalan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
Antaranya kata Azalina, ialah polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
“Undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa (time limit) untuk memulakan sebarang tindakan ke atas mana-mana kes jenayah,” katanya.
Dia turut menegaskan agar semua pihak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak membuat kenyataan melulu ekoran kenyataan dibuatnya di parlimen.
“Tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan yang saya berikan kepada ahli parlimen Pasir Mas dalam Dewan Rakyat berhubung dengan isu ini mahupun membuat tuduhan tidak berasas kepada perdana menteri,” katanya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/666
SILA BACA JANGAN HAPPY SANGAT KALAU TAK FAHAM
Norman Radzuan
Saya ingin menegaskan bahawa jawapan yang saya berikan dalam Dewan Rakyat bagi pihak SPRM tidak menyatakan bahawa apa-apa siasatan berkenaan dengan dakwaan berhubung perkara ini telah dihentikan atau digugurkan.
KE MANA 1 BILLION PERUNTUKAN SEBELUM INI
Isu sebenar, bukannya duit tapi bagaimana menguruskan duit untuk selesaikan isu air. ✅
Dah lebih 1 billion diterima AKSB dari Kerajaan sebelum ini, hasilnya tidak ada.. rakyat terpaksa bergantung dgn air telaga dan boring juga...
Kronisme dan Nepotisme …
Baru baru ini tular berita dari Kelantan mengenai imbuhan saguhati yang di berikan kepada Lembaga Pengarah AKSB yang telah menabur bakti dan menjalankan tugas dengan begitu baik untuk rakyat. Malah umum juga tahu bahawa adik kepada Menteri Besar Kelantan juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah AKSB.
Memang patut Pas bangga dengan AKSB sebab mempunyai rekod khidmat cemerlang iaitu setelah 30 thn berkhidmat tidak dapat menyelesaikan isu air di Kelantan.
Baru baru ini Presiden PAS telah menyalahkan Kerajaan pusat sebagai punca utama kegagalan mereka selesaikan isu air dan turut mengaitkan Kerajaan Perpaduan yang baru lebih kurang 6 bulan berkuasa.
Beliau lupa bahawa PAS telah menjadi Kerajaan pusat selama 33 bulan dan Timbalan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air pada ketika itu. Kenapa peluang ini tidak di gunakan sebaiknya untuk mendapatkan peruntukan dan memulakan kerja kerja membaikpulih dengan segera? Apa yang telah menghalang Pemimpin Pemimpin PAS daripada bertindak untuk memastikan Negeri di bawah pemerintahan mereka mendapat manafaat besar?
Ramai saudara mara pemimpin PAS di lantik untuk memegang jawatan dalam Kerajaan atau Syarikat di bawah naungan Negeri. Apakah ini satu budaya yang sihat? Adakah mereka ini betul betul menyumbang kepada kemajuan Negeri atau rakyat? Bukankah ini secara moralnya salah kerana akan berlaku konflik kepentingan? Golongan ini berpendapatan tinggi dan di bayar mengunakan duit rakyat.
Pemimpin PAS ada juga yang mendakwa bahawa Kerajaan pusat sekarang tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Soalannya adalah, ke mana hala tuju Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS? Apa model dan KPI yang di gunakan? Adakah polisi mereka tu jelas dan dapat di lihat oleh rakyat? Urus tadbir dan kawal selia amat penting untuk pembangunan dan Ekonomi. Tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan pimpinan PAS ada kemampuan dan wawasan untuk mentadbir dengan baik.
Suara Keramat
PADAN MUKA DEMO.
Ir Jo La.
Saguhati dah dapatkan seebab perah minda, fikirlah maacam mana nak bayar hutang tunggakkan 35 juta tu, kalau lah benar apa yang sedang diviralkan sekarang tentang hutang 35 juta? sibuk Naikkan elaun2 ADUN/MP shingga 20k boleh beli Mercedes dll,Fikir fikirin lah wahai Penganut PAS PIS PUS yang tertipu oleh golongan ini, yang hidup mewah selama ini, EXCO2 bergaya Dan kaya raya, TIADA LAGI ARTI ZUHUD PADA MEREKA, Berbeza dengan zaman ARWAH TG NIK AZIZ….
Wallahualam
Jika tidak benar, mohon pihak AKSB nafikan..kami sebagai rakyat marhaen hanya sekadar ingin tahu benar atau tidak berkenaan dengan hutang AKSB dengan TNB yang tertunggak ini..
NI BUKAN UNTUK PM. TAPI UNTUK MENTERI KOMINIKASI. BUKAN SAJA LEMAH ,TAPI LEMBAB BUAT KERJA.
Surat terbuka untuk PM10 dan Kerajaan Perpaduan ……..
Sejak menjadi Kerajaan selama lebih 6 bulan, tidak boleh di sangkal bahawa banyak perubahan dapat di lihat dari segi urus tadbir dan ekonomi Negara. Banyak perkara yang memberikan manafaat kepada rakyat marhaen diumumkan hampir setiap hari oleh Kerajaan. Contoh yang boleh di berikan adalah peningkatan pelaburan asing, pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi yg menurun, kadar pengangguran yg menurun, inisiatif Rahmah, kawalan harga barang, penambahbaikan fasiliti Perubatan dan Pendidikan dan banyak lagi.
Majoriti rakyat akur bahawa Kerajaan yang sedia ada sekarang ini berada di landasan yang betul untuk memulihkan dan menaikkan kembali martabat Negara di mata dunia. Majoriti rakyat juga akui bahawa PMX dan jemaah Menteri sedang bekerja keras untuk kebaikan rakyat dan Negara. Namun, ada satu kumpulan di luar sana yang mempertikaikan segala benda yang di lakukan oleh Kerajaan hari ini. Mereka buat tomahan jahat dan fitnah tanpa asas. Ramai juga rakyat terutamanya di kawasan pendalaman yang terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda politik ini.
Jadi, apakah cara untuk menangani isu ini?
Kelemahan yang sangat nyata dari pihak kerajaan adalah dari segi publisiti dan komunikasi media perdana. Segala tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan tidak mendapat liputan yang sewajarnya dimedia dan ada pula yang langsung tidak sampai ke pengetahuan rakyat. Soalannya sekarang, kenapa pihak media Kerajaan yang sepatutnya bertindak sebagai alat komunikasi utama tidak berfungsi dengan baik dan sempurna? Apakah wujud elemen khianat atau sobataj? Contoh yang baik adalah dakwaan bahawa harga barangan semakin meningkat di Malaysia sekarang ini. Kita tahu bahawa perkara ini tidak benar kalau perbandingan harga di lakukan sejak 2 tahun yang lepas. Perkara ini boleh dijawab dengan mudah menggunakan data dan fakta tetapi maklumat penting seperti ini tidak sampai kepada rakyat marhaen melalui saluran perdana.
Kerajaan seharusnya menggunakan TV3 dan RTM untuk membuat publisiti positif asalkan mengunakan data dan fakta yang sahih. Kerajaan juga mesti wujudkan satu pasukan yang mantap untuk menangkis isu isu di media sosial dengan cepat, tepat dan bernas. Walaupun sudah menjadi Kerajaan, banyak isu isu yang di timbulkan di media sosial terpaksa di tangani oleh penyokong kerajaan secara sukarela buat masa ini. Jadi dengan PRN yang semakin hampir, saya harap perkara ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan madani sebelum terlambat atau dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
Suara Keramat
SCAMMERS...
Katanya Dah Cukup Jumlohhhh Melebihi Dari Cukup 🤣🤣🤣🤣🤣
Tup Tup Buat Undian Dekat Parlimen 52 Dari Pihak PemBohong Negara ( PN ) 🤣🤣🤣🤣🤣
Celah Mak Kiah Mana 126 Tu Yer🤣🤣🤣🤣🤣 Maybe 126 Sesumpah Kot🤣🤣🤣🤣🤣
KISAH KETUA KAMPUNG TIDAK DIAJAK KENDURI
Ada ketua kampung tu bising. Majlis dianjurkan di kampungnya tapi dia tak dijemput. Marah betul dia. Hari-hari dok membebel mengutuk penganjur.
Tiba majlis pelancaran, tengok-tengok elok muka dia tercongok dekat majlis tu. Bukan setakat ada, siap main 'cosplay' lagi. Macam terencat pun ada.
Tapi bagusnya si ketua kampung ni, muka jenis tak reti malu. Kena kutuk pun selamba badak je dia. Tak tau berapa inci tebal kulit mukanya. Kesian pun ada. Tapi kelakarnya yang lebih. Guane boh?
Raja Gelap
.
NAK UNDI TAK PERCAYA PUKUL CURI.
Pendang nak ke Tg Rambutan🙄...
Arau pula akan ke Tampoi🤓...
Taki2 dah nak berhenti buat lagu🎵
Yang selebihnya akan pulang ke zoo🛖...
#SekumpulanYangTidakCerdikDiParlimen🐒🐒🐒
PM TAK ADA...KALAH KELUAR DEWAN..KALAU MENANG SEKALI PUN ITU BACUL..KALAU MENANG LA...
MASAALAH AIR KEDAH.
Ada rakan minta surat penutupan Uitm kampus Kota Bharu mengenai masalah air yang aku kongsikan semalam salinan lagi clear.. boleh jer..
*UNTUK INFO, SAMPAI HARI INI, MASIH TIDAK ADA AIR LAGI.. AKU PUN TAK TAHU MACAM MANA AHLI LEMBAGA PENGARAH AKSB BOLEH DAPAT SAGU HATI KERANA 'PERAH MINDA' ...
KELUARGA SAKAW
Begitulah hebatnya keluarga sakau. Dah sakau, nak kena reman, cuba pula rasuah penguatkuasa agar boleh lepas. Memang rasuah dah jadi darah daging.
Bayangkan negara ini kalau diserah kepada orang yang bukan setakat curi duit rakyat, malah langsung tak menghormati undang-undang. Apa akan terjadi?
Malangnya manusia durjana negara kita boleh tutup kebejatan mereka cuma dengan mainkan sentimen agama dan kaum. Ramai terpedaya. Guane boh?
Raja Gelap
.
JANGAN MALAS USAHA TEBUK ATAP
Memang menyusahkan.. Midin bangun cadangkan undian belah bagi.. Speaker Dewan pun setuju setelah didesak MP PN.. berlaku perang mulut, tuduh menuduh semasa menanti keputusan undian belah bagi, MP dah macam babun dalam ZOO ..yang paling jahat Pendang dan Arau.. dari sebelah PN, PH pula kaki melawan Jelutong..
Bila Speaker bacakan keputusan undi belah bagi, PN kalah, Babun PN yang buat kacau, selamber jer keluar dewan.. terutama lebai babun PAS...
Datang Parlimen saja nak buat kacau...
Sanusi malukan tentera Malaysia, mana ada pegawai tentera BMI macam tu
(MB yang suka minta dipuji)
BORHAN AHMAD BORHAN AHMAD
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor disifatkan sebagai memalukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila datang ke majlis pelancaran LIMA 23 semalam dengan berpakaian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Awatlah Sanusi pakai lagu tu. Buat malu tentera je. Mana ada pegawai tentera badan dengan BMI macam tu pi majlis rasmi.
“Apa kata pegawai-pegawai tentera asing yang menjadi tetamu majlis itu melihat badan tentera kita.
“Itu ka rupa badan tentera Malaysia. Kalau ada yang macam tu, kami bagi dok belakang-belakang ja. Malu lah,” kata Kapten (B) Mohamad Yahaya, bekas tentera berpangkat kapten ketika bertugas dahulu.
Sanusi satu-satunya pemimpin politik yang datang ke majlis perasmian LIMA 23 dengan pakaian tentera, tidak sebagaimana pemimpin lain.
Ia telah menarik perhatian pelbagai pihak dan menjadi bahan bualan hangat para netizen di dalam sosial media.
Bagi seorang lagi bekas tentera, MB Kedah itu memalukan TLDM di dalam satu majlis bertaraf antarabangsa.
Katanya, mengikut sejarah LIMA belum ada lagi ahli politik mengenakan pakaian pegawai tentera di upacara perasmian.
Acara ini, katanya, bertaraf antarabangsa dan di sertai oleh pegawai-pegawai tentera pelbagai negara.
“Walaupun di beri gelaran Laksamana kehormat oleh kerajaan terdahulu tetapi dari segi protokol ianya tidak sesuai dan akan memalukan ATM sendiri.
“Saya yakin ramai Veteran Tentera terutamanya TLDM akan berasa malu kerana belum lagi ujud pegawai atasan yang gagal Body Mass Index atau BMI.
“Pegawai-pegawai tentera antarabangsa akan mempersoalkan bagaimana seorang yang gagal BMI boleh menyarung uniform pegawai dengan pangkat Laksamana Pertama,” kata beliau yang menggunakan nama OMN KD dalam komennya.
Sanusi dengan pakaian TLDM di majlis perasmian Lima 23 semalam.
Katanya, pihak penganjur sepatutnya mengeluarkan garis panduan supaya perkara yang memalukan ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
Sebelum ini, Sanusi mendakwa beliau dihalang oleh pihak tertentu dari datang ke majlis anjuran Kerajaan Persekutuan termasuk perasmian LIMA 23 di Langkawi.
Namun semalam beliau datang dengan pakaian TLDM.
Kapten (B) Mohamad ketika ditanya apakah komen terhadap badan Sanusi ini beretika, Mohamad dengan tegas menjawab “Yang dia dok komen tentang gigi orang tu boleh pulak.”
Sebelum ini, Sanusi menghina Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kononnya gigi beliau tidak sama.