SEMUA PARTI PERNAH BERKAWAN DENGAN DAP, APA SALAHNYA AHMAD MASLAN MENJIWAI PERSAHABATAN?
Berikutan kenyataan Ahmad Maslan yang meminta ahli UMNO mengundi calon PH, termasuk daripada DAP dalam PRN akan datang, riuh-rendah orang memberi respon mengenainya macamlah Timbalan Menteri Kewangan itu telah melakukan satu dosa yang sangat besar.
Dalam keadaan UMNO sudah berada dalam kerajaan perpaduan bersama PH yang memang ada DAP di dalamnya, hakikatnya kenyataan Ahmad Maslan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Adalah normal sebenarnya bagi sesebuah parti untuk menyokong atau memberi undi kepada parti rakan yang sama-sama berada dalam kerajaan, meskipun sebelumnya pernah bermusuh selama bertahun-tahun.
Bukankah dalam politik tiada kawan yang abadi dan tiada musuh yang kekal?
Lebih menjengkelkan lagi bila mana mereka yang mempertikaikan itu sendiri pernah berkawan dengan DAP sebelum ini.
Dalam politik negara ini, kalau mahu dikira, DAP adalah parti rebutan atau ibarat dara pingitan kepada semua parti utama yang ada.
Dengan UMNO akhirnya berkawan dengan DAP melalui pembentukan kerajaan perpaduan dengan PH, maka lengkaplah semua parti utama di negara ini pernah berkawan dengan parti tersebut.
PKR, Pas, Semangat 46 (sudah dibubarkan), Bersatu dan UMNO yang terakhir, semuanya menjadikan DAP sebagai rakan untuk melengkapkan erti sebuah perjuangan.
Sementara Anwar masih kekal dan paling setia berkawan dengan DAP, Tun Mahathir Mohamad, Hadi Awang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahiaddin Md Yasin, semuanya pernah bersama dengan DAP sebelum ini.
Tidak kira sama ada ketika berkawan itu mereka pernah membuat kenyataan atau seruan agar ahli parti masing-masing mengundi calon DAP atau tidak, kebersamaan yang pernah tercatat itu tetap merupakan sejarah yang tidak boleh dipadamkan begitu saja.
Apa bezanya antara menyeru ahli parti mengundi calon DAP dengan mereka yang sebelum ini sering sepentas dan berpelukan dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?
Sebenarnya tiada beza sama sekali, malah berpelukan di khalayak ramai itu lebih dahsyat lagi isyarat sayangkan DAP berbanding kenyataan Ahmad Maslan yang sekadar menyeru agar ahli-ahli UMNO memberi undi kepada calon PH, termasuk daripada DAP atas nama dan semangat kerajaan perpaduan yang sudah pun terbentuk kewujudannya sekarang ini.
Adalah diakui bahawa DAP merupakan parti pilihan masyarakat Cina di mana pada PRU15 lalu mereka berjaya memenangi 40 kerusi Parlimen berbanding MCA yang hanya menang dua kerusi saja.
Dengan demikian, membawa DAP bersama dalam kerajaan bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia adalah pilihan yang tepat dengan maksud ia tidak meminggirkan pilihan kaum Cina yang merupakan kaum kedua terbesar selepas Melayu di negara ini.
Cuma, sesetengah pihak melihat tindakan Ahmad Maslan itu sebagai janggal berdasarkan sejarah perjuangan UMNO yang bermusuh sekian lama dengan DAP.
Tetapi, apabila seseorang pemimpin itu keluar UMNO seperti pernah berlaku kepada Tengku Razaleigh, Tun Mahathir dan Mahiaddin misalnya, tindakan mereka berkawan dengan DAP boleh pula diterima, bahkan dianggap sebagai keperluan untuk tujuan memenangi pilihan raya serta menumbangkan BN.
Oleh kerana dunia sudah berubah, persahabatan antara UMNO dan DAP juga sepatutnya harus diterima sebagai keperluan untuk membentuk dan mengekalkan kerajaan.
Dengan UMNO bersama PKR dan Amanah sudah dikira mewakili komuniti Melayu, melibatkan DAP bererti melengkapkan lagi kemajmukan kerajaan perpaduan ini dengan wajah Malaysia yang sebenar.
Kedudukan ini jika dijaga dengan baik serta dalam masa yang sama diberi kefahaman yang betul kepada masyarakat, ia adalah resepi yang sebaik-baiknya dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.
Kepada yang keliru dan tertanya-tanya, itulah sebabnya dalam artikel sebelum ini saya mengucapkan syabas atas kenyataan Ahmad Maslan itu kerana beliau sebetulnya sangat menjiwai erti persahabatan bila lawan sudah bertukar menjadi kawan. – ShahbudinHusin 21/05/2023.
https://shahbudindotcom.net/
DI NEGERI SENDIRI TIDAK DICALONKAN, INIKAN PULA DI SELANGOR.
AZMIN TIDAK BERTANDING, BAGILAH KJ CALON MB SELANGOR!!
Pemimpin penuh warna-warni, Azmin Ali membayangkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN Selangor akan datang ini.
Memberi alasan ingin berehat kerana sudah beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen dan Adun di Selangor, beliau menambah, sekarang juga adalah masa yang sesuai memberi peluang kepada pelapis muda untuk mengambil alih kedudukannya.
“Saya telah beritahu yang saya ingin berehat.
“Jadi saya fikir kita harus memberi peluang kepada generasi muda dan kita mempunyai calon yang berpotensi, malah mereka sangat komited dalam usaha itu.
“Itu adalah keputusan yang saya buat enam bulan lalu sejurus selepas pilihan raya umum. Saya masih berpegang kepadanya,” kata Azmin lagi.
Selepas kalah di Parlimen Gombak pada PRU15 lalu, pelbagai laporan menyebut beliau akan dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam PRN akan datang ini mewakili PN.
Oleh kerana kalah kepada Amirudin Shari di Parlimen Gombak dalam PRU15 lalu, PN melihat dengan meletakkannya sebagai calon Menteri Besar Selangor akan berpotensi besar dalam menjayakan misi balas dendam terhadap Menteri Besar Selangor itu, di samping tujuan besar yang sebenar ialah untuk merampas negeri tersebut daripada PH.
Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan bertanding di Dun Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak beberapa penggal lalu, sebaliknya disebut-sebut akan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat.
Dilaporkan terdapat tujuh kawasan yang berpotensi untuk ditandingi Azmin, antaranya Morib, Sijangkang dan Hulu Kelang.
Tetapi, dengan Azmin sendiri membayangkan mahu berehat dan tidak ingin bertanding lagi, dengan sendirinya PN tidak mempunyai calon dalaman yang benar-benar berpotensi dan ada “wow factor “untuk mewakili gabungan itu bagi merampas negeri Selangor.
Berehat dan berundur diri adalah pilihan terbaik buat Azmin kerana jika bertanding lagi, terutama jika dinamakan sebagai calon Menteri Besar, bimbang nanti akan dimunculkan semula kes-kes lamanya yang tentu akan membuat beliau sendiri serta keluarganya bertambah pening kepala.
Sudah kalah di Gombak, baguslah berehat saja.
Maka di sini, PN tidak perlu berfikir panjang lagi, sebaliknya hendaklah segera menawarkan jawatan itu kepada Khairy Jamaluddin atau KJ yang sehingga ini masih belum membuat keputusan mengenai hala tuju masa depannya.
Meskipun seperti kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menyebut bahawa KJ lebih berminat menyertai Bersatu berbanding Pas, namun beliau belum lagi memuktamadkan pendiriannya itu.
Tetapi, caranya berdekat-dekat dengan Mahiaddin Md Yasin memang jelas memperlihatkan keinginannya untuk menyertai Bersatu.
Ditawarkan sebagai calon Menteri Besar Selangor, pasti dengan sepantas kilat KJ akan mengisi borang keahlian Bersatu.
Yeahhh…tunggu apa lagi? ShahbudinHusin 22/05/2023.
https://shahbudindotcom.net/
NIK ABDUH BERJUMPA PMX MEMBAWA SENARAI RASUAH-RASUAH?
Minggu lepas agak kecoh bila ada gambar PMX dan Nik Abduh serta abangnya Nik Omar tersebar dalam satu pertemuan. Ada orang PAS kata dia orang “terserempak”. Ada kata ia dirancang. Ini aku nak bagitau, benda ni memang di rancang dan sebab-sebabnya.
Kalau perasan, nik Abduh ada membawa satu sampul surat dan sampul itu diserahkan secara private kepada PMX. (lihat gambar). Kalau lah pertemuan ini “terserempak” mana mungkin sampai Nik Abduh membawa satu sampul dan menyerahkannya secara private.
Setelah kita tahu pertemuan ini dirancang dan bukannya secara tidak sengaja, sekarang timbul persoalan – Apa di dalam sampul tersebut.
Minggu lepas, sewaktu kejadian ini berlaku, sampul tersebut tidak menjadi bualan ramai. Namun, hari ini aku dedahkan apa kandungan di dalamnya.
Siapa aku tidak penting. Tidak sepenting kandungan di dalam sampul tersebut. Jeng Jeng Jeng. Iswardy Morni Utama dalam FB nya menyebut tentang ada isu rasuah di Terengganu pada 19 mei lepas.. malah dia sendiri ada menyebarkan beberapa gambar pertemuan tersebut. Namun, dia mungkin tak perasan tentang sampul tersebut.
Apa yang Iswardy sebut ada betulnya. Kisah rasuah pas di Terengganu. Namun ia tidak membawa kepada cerita yang lebih luas dan apa kaitan sampul tersebut?
Audio Nik Abduh
Audio Nik Abduh tersebar dengan istilah “ana tahu”. Ia merujuk kepada PAS menerima duit dari UMNO. Nik Abduh juga tahu tentang perkara tersebut. Apa yang ramai tidak tahu, audio itulah yang menyebabkan Nik Abduh marah kepada Haji Hadi. Sebab apa marah? Sebab dia diperangkap sewaktu bercakap tentang perkara “rasuah UMNO” tersebut dan yang merakamnya tidak lain tidak bukan, Din Ayam – Menantu Haji Hadi.
Tapi, aku boleh cakap macam ni la. Kepada Nik Abduh, Din ayam tu bukan dihantar untuk perangkap Nik Abduh. Audio tu sebenarnya nak dijadikan bukti bahawa Samsuri (MB Terengganu) dan Hadi ada terpalit dengan skandal “rasuah” dari UMNO dan membenarkan apa yang disebutkan oleh Sarawak report tentang 90 Juta.
SPRM kata tiada 1MDB masuk ke dalam akaun PAS. SPRM betul. Tapi cerita itu hanya separuh. Satu, duit 90 Juta tu bukan duit 1MDB. Ia duit UMNO. Kedua, siapa kata duit tu masuk akaun PAS?
Haaa… maka ni nak cerita pasai sampul surat tu. Tersebar di kalangan ahli politik bahawa Samsuri sudah ada dalam list rasuah di SPRM dan sekarang sudah sampai kepada Azam Baki. Tunggu arahan PMX untuk jalankan siasatan. Tapi dengar cerita PMX tak nak sabitkan kes tersebut tanpa bukti yang benar-benar kukuh dan sekadar akan bagi persepsi tetapi akhirnya terlepas. Nama PMX akan terpalit. Ditambah pulak, Hadi itu kawan lama dalam ABIM PMX.
Eh apa kaitan Hadi dengan Samsuri? Samsuri tu budak Hadi. Semua orang tahu Samsuri sekarang tidak disukai oleh Ustaz-ustaz PAS di Terengganu macam juga Husam dulu tak disukai ustaz-ustaz PAS di Kelantan. Sebab apa Samsuri tak disukai? Sebab dia bukan Ulama aliran Agama. Dia professional. Tapi kenapa hadi tetap lantik dia? Haaaaa… apa kaitan cerita ini dengan kandungan sampul surat tu? Jeng jeng jeng...
Samsuri dikaitkan dengan skandal rasuah yang sekarang berlegar dalam senarai SPRM. Samsuri pulak, akan jatuh sorang-sorang. Hadi akan selamat. Namun, sampul tersebut dikatakan membawa kaitan Samsuri dan Hadi serta pemimpin PAS yang lain yang akan membawa mereka ke lembah kehancuran.
Kenapa ini semua berlaku?
Pertama Ustaz PAS Kelantan dan Pas Terengganu sentiasa berlaga angin. Malah, Nik Abduh sendiri tidak bersetuju dengan Hj Hadi sampai Nik Abduh di sisihkan terus dari pimpinan PAS.
Kedua, legasi Nik Aziz wajib di padamkan. Nik Aziz lah yang menolak UG dahulu dan memalukan Hj Hadi.
Ketiga, Nik Amar (Pro Hadi) nak jadi MB Kelantan. Maka tidak akan berlaku Nik amar nak jadi Menteri Besar kalau masih ada keluarga Nik aziz. Maka strategi mereka, gaduhkan nik Abduh dan nik omar. Lepas tu. Bila nik omar sudah lemah, hasut ibu mereka tidak merestui nik omar bertanding di Kelantan. Akhir sekali, sisihkan Nik Abduh yang Pro UMNO itu (walhal hadi memang dari awal pro UMNO jugak. Tapi itu sandiwara) . Maka lengkaplah pelan nak jatuhkan legasi nik aziz dan utk nik amar berkuasa. Haaa sekarang nampak?
Keempat – PAS dan UMNO perlu Bersatu. Memasukkan Annuar musa itu satu kesilapan. Sepatutnya PAS tidak menerima Annuar Musa dan menjauhkan hubungan dengan UMNO. UMNO hanya cara untuk PAS kekal di Terengganu. PAS Kelantan sudah silap Langkah. Ini atas arahan siapa? Hadi awang. Maka Hadi patut di sisihkan dan wajib di jatuhkan.
Kalau melalui pemilhan parti, agak susah sebab geng yang walak dengan hadi masih ramai. Tapi, melalui SPRM, dia tidak ada pilihan sama ada dia perlu bersara, letak jawatan atau MASUK PENJARA macam funder dia – Najib.
Kita tunggu kisah selanjutnya. Hadi dan samsuri nak diam ke.. atau dia orang nak jawab?
Tok Peti
C&P
JOM DEMO... AAIIIKKKK....
RMS
Jika anda bukan T20, jangan pula nak berdemo kononnya kjaan tidak adil.. sebab T20 tak akan berdemo tengah panas..
😇😇
SAMPAI HATI MAHIADDIN. ZAMAN AWAK JADI PM, SEMUA MELINGKUP DAN BARANG MELAMBUNG.
Agak menggelikan hati bila baca berita yang tersiar dia Sinar Harian ini. Macamana tanpa rasa malu Mahiaddin boleh kata Kerajaan Perpaduan ini gagal tunaikan janji? Baca di https://bit.ly/3WEDq25.
Kos sara hidup meningkat bukan baru berlaku sejak November 2022. Ia berlaku semenjak Mahiaddin jadi PM lagi. Tindakannya buat PKP paling panjang dalam dunia diikuti darurat mencengkam rakyat.
Kadar inflasi juga melonjak ketika itu. Punya teruk sampaikan ayam dan telur bukan sahaja tidak ada di pasaran bahkan kalau ada pun harganya mahal melambung. Minyak masak pun terpaksa dicatu.
Banyak perniagaan gulung tikar. Rakyat menderita kesusahan sampai ada yang kibar bendera putih. Kes bunuh diri meningkat. Tapi Mahiaddin tak buat apa pun masa tu selain dari kutip komisen melalui Jana Wibawa dan beli MP untuk kekalkan kuasa.
Kabinet Kerajaan Perpaduan dibentuk awal bulan Disember 2022. Serta merta PMX YAB DS Anwar arahkan kos sara hidup jadi priority. Semenjak dari itu pelbagai usaha dijalankan oleh semua pihak.
Mula-mula bekalan minyak masak pulih. Kemudian bekalan dan harga ayam serta telur pula pulih. Balik kepada harga sebelum Mahiaddin berkuasa. Harga dedak juga mula terkawal. Bahkan kerajaan sedang berusaha menghasilkan dedak dalam negara
Dalam beberapa minggu saja, banyak pelaburan baru masuk. PMX ke beberapa negara tandatangani MoU perdagangan yang bakal membawa peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Inflasi tak jadi naik hinggakan Bank Negara berani kekalkan OPR yang naik 4 kali berturut-turut ketika PN dalam kerajaan (tapi terpaksa naik juga baru baru ni kesan aktiviti antarabangsa terutama di US).
Pesawah miskin segera dibantu dengan gunakan dana dari syarikat yang monopoli perniagaan beras. Kerajaan juga lancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat yang berikan peluang kepada golongan B40 tambah pendapatan dengan memulakan perniagaan.
Banyak lagi kalau nak senaraikan. Tapi cukup ini dulu sebab point aku, cuma nak ingatkan rakyat yang kebanyakan masalah sebenarnya diwarisi daripada pentadbiran Mahiaddin. Bukannya baru.
Ketika Mahiaddin berkuasa, tak ada langsung jalan penyelesaian yang dikemuka. Yang ada waktu itu hanya cerita perebutan kuasa. Dalam masa yang sama, dia sakau berbilion. Sampai minyak masak bersubsidi pun anak menteri PN boleh kebas.
Punyalah muka tak malu, Mahiaddin kata kerajaan ini gagal. Sedangkan kegagalan itu berpunca dari dia sendiri. Kerajaan Perpaduan inilah yang susah payah betulkan segala kepincangan yang dia cipta.
Kabinet Mahiaddin terbesar dalam sejarah. Malah lebih besar dari negara yang berbelas kali ganda lebih ramai rakyatnya berbanding Malaysia. Tapi satu apa hasil pun tak ada. Semua makan gaji buta.
Tapi kabinet yang saiznya separuh daripada saiz kabinet Mahiaddin jauh lebih berjaya. Dah kurang dengar rakyat mengeluh. Bahkan bila kerajaan tak benarkan pengeluaran KWSP pun, keluhan rakyat tidak sehebat ketika Mahiaddin jadi PM dulu.
Kenapa? Sebab rakyat kini dah boleh survive. Bukan macam zaman PN dulu. Sekarang tanpa keluarkan KWSP pun rakyat boleh usaha cari duit selain beban kos sara hidup tidak setinggi sewaktu PN berkuasa.
Bila PN sebut kos sara hidup melambung, itu bukti yang PN sekarang dah ketandusan isu. Terpaksa reka isu yang tak wujud sebab dah tak ada isu lain yang nak dimainkan. Nak sentuh pasal rasuah pun tak ada kes. Lagipun makan diri nanti.
Hakikatnya, rakyat sekarang tak lagi derita seperti zaman pentadbiran PN dulu. Kalau ada pun yang mengeluh cuma walaun. Tapi kami rakyat bersyukur kerana terselamat dari kerosakan yang dijana tanpa wibawa oleh Mahiaddin dan PN. Guane boh?
Raja Gelap
.
POLITIK TU DINAMIK .TAPI PAS BERMUSUH DENGAN SEMUA PARTI. MALANGNYA PAS TAK ADA LAGI YANG JADI PM.
Politik ni dinamik. Tiada musuh atau sahabat yang kekal dalam politik. Hari ni musuh, esok boleh baik. Jadi tak usah hairan UMNO suruh penyokong undi DAP. Begitu juga sebaliknya.
Permusuhan UMNO dan DAP/PH lebih kepada isu politik dan ideologi. DAP kata UMNO rasis, sebagai balasan UMNO tuduh DAP komunis.
Permusuhan yang lebih mendalam sebenarnya di antara PAS dengan banyak pihak lain. Contoh PAS dulu bermusuh dengan UMNO. PAS siap kafirkan seluruh UMNO.
Sampai solat dua imam, haram makan sembelihan, nikah semula dan sebagainya. Begitu juga hebatnya permusuhan MCA dengan PAS sampai Hadi dan TG Nik Aziz dilukis sebagai monyet.
Tapi bila nak bekerjasama, semua hilang. Tiba-tiba UMNO dah tak kafir. Dosa MCA pun dilupakan. Jadi suci semuanya. Macam yang berlaku sebelum ini cuma mimpi saja.
Begitu juga Mahiaddin pernah tuduh PAS itu Parti Ajaran Sesat. Akhirnya Mahiaddin melutut minta nyawa daripada PAS. Tiba-tiba PAS dah tak sesat pula di mata Mahiaddin.
PAS juga pernah suruh Mahathir jadi doktor di klinik desa atau Klinik 1Malaysia. Mahathir pun pernah kafirkan PAS. Malah Mahathir label mereka yang terkorban di Memali sebagai mati katak.
Hari ini elok pula mereka. Lupa sudah cerita kafir mengkafir, cerita mati syahid dan mati katak bagai. Jadi kamceng macam BFF dari zaman sekolah tadika dah jadinya.
Kalau permusuhan UMNO dan DAP hanya berkaitan politik. Tapi permusuhan PAS dengan semua pihak terkait akidah. Jadi apa nak pelik UMNO dan DAP berbaik kalau yang bermusuh sebab akidah pun boleh jadi mesra. Kan?
Itulah dinamika politik. Jadi tak perlu nak havoc sangat pun. Walaun yang berlebihan mainkan isu ni kena tipu je dek lebai. Nanti bila lebai nak berbaik dengan Kerajaan Perpaduan, walaun kena u-turn lagi.
Soalnya di sini, tak usah taksub. Tak usah fanatik. Ini cuma politik. Nak benci pemimpin silakan tapi tak perlu sampai bermusuhan dengan orang di sekeliling kita. Guane boh?
Raja Gelap
.
DULU ZAMAN REFORMASI ADA UTUSAN MELOYA DAN TELAH BANGRAP..BERITA HARIAN JADI BERITA HAIRAN. TU LAH PENUNGGANG. RASANYA HARAMKAH NI PUN BAKAL JADI BEGITU JUGA.
RMS
Ada tiket percuma untuk tonton wayang, walaun heboh cakap filem tak laku.. yang ni.. sebab tak laku juga ke..??
😆😆😆
BERSAMA YDPA DI BUMI KENYALANG
Hadir ke Bumi Kenyalang bagi menyertai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan.
Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching.
Hatta, penganjuran Minggu Perpaduan seperti ini penting dalam menyemarakkan semangat perpaduan sementelahan mampu menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan rakyat Malaysia tentang kepelbagaian budaya dan segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme.
YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#KerajaanPerpaduanMalaysia
#PMX
MERAIKAN DUA TETAMU DARI AUSTRALIA DAN US.
Saya dan Azizah meraikan Shaykh Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia pada malam ini.
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Pendidikan, serta tokoh-tokoh ilmuwan agama tempatan.
Saya dan hadirin mengambil peluang bermuzakarah bersama Mufti menyentuh beberapa ittijahat (jalur pemikiran) umat semasa.
Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan, dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh.
Sering diingatkan bahawa sayugia kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan faham yang lebih sederhana, serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan.
Turut disingkap ialah persoalan Adab al-Ikhtilaf serta kepentingan mewacanakannya seperti yang dikupas secara tuntas oleh Almarhum Shaykh Taha Jabir Alwani.
Pada masa yang sama, Malaysia juga akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, dan ini akan menjadi kebijakan yang spesifik dalam Kementerian Luar Negeri.
Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.
Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka, dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT.
#MalaysiaMADANI
BUKAN SANDIWARA..PAK LAWAK SAEKAS
Zahid: Kedah perlu MB yg serius menangani masalah rakyat, bukan 'juara sandiwara'.
Berita berkenaan:
https://www.sinarharian.com.my/article/259558/berita/politik/menang-dulu-prn-kedah-baru-fikir-siapa-mb--ahmad-zahid
JAJA BENDA TAK TAHU UJUNG PANGKAL
Walaun asyik la sebut pasal kes liwat DS Anwar. Padahal kes Liwat I DS Anwar tak sabit kesalahan pun. Kes tutup begitu saja.
Kes Liwat II, siapa yang ikut perbicaraan pasti tahu ia jelas fitnah. Malah walaun masa tu pun ramai je yang kata tuduhan tu fitnah.
Bayangkan Saiful kata simpan air mani DS Anwar dalam lubang duburnya selama tiga hari? Ada logik tak berak, tak kentut selama tu?
Dalam 3 hari tu termasuklah hari Jumaat. Sampai mendiang Karpal pun tanya, tak mandi junub ke? Tak solat Jumaat ke?
DS Anwar kena fitnah, dia ungkit. Azmin tu dah jelas ada video. Lebai pun dah berapa orang kena dakwa liwat pelajar tahfiz. Disokong pulak?
Apakah menurut agama PAS, homoseksual berdosa kalau bukan ahli yang buat. Tapi kalau ahli sendiri, terutamanya lebai, tak berdosa. Guane boh?
Raja Gelap
.
GAYA MACAM SAKIT HATI- KATANYA KES BUDAK FITNAH TU ADA TERKAIT?
Dah nampak dah apa yang buat PN sakit hati dekat DS Anwar sangat. Rupanya dia cemburu DS Anwar dapat sambutan oleh rakyat dan jadi ikutan. Baca di https://bit.ly/42SdUIX.
Dia bengang cara berpakaian DS Anwar (kemeja tak bertali leher) jadi ikutan. Di menderita apabila gaya DS Anwar berlari anak masuk ke parlimen jadi viral. Katanya tak nampak seperti PM.
Untuk Mat Katak, ni aku nak jelaskan. Soal pakaian DS Anwar tu praktikal. Cuaca panas di Malaysia jadi kenapa nak bertali leher? Melainkan jika menghadiri majlis-majlis atau acara rasmi.
Kalau orang nak ikut, apa masalahnya? Bukannya DS paksa orang ikut. Dan ia jadi ikutan pun sebab ianya praktikal. Sesuai dengan iklim semasa.
Lagi satu, DS Anwar jenis turun ke padang. Bukan macam Mahiaddin yang terperap dalam ofis. Mana Mahiaddin perasan cuaca panas. Sidang media dia pun guna PDF je. Macamana?
Soal berlari anak tu, memang patut jadi ikutan. DS Anwar jenis tepati masa. Walaupun beliau seorang PM, beliau tak mahu lewat. Takkan nak ikut cara Mahiaddin yang suka ponteng?
Mahiddin pun pernah jadi viral dulu. Tak ingat suara Mahaiddin jadi lagu TikTok yang sebut ke sana ke sini tu, masa rakyat satu negara kena kurung. Tak cukup lagi ke dah viral begitu?
Bab burukkan orang lain, sebenarnya apa yang DS Anwar sebut benda yang orang dah tahu. Macam kes Jana Wibawa. Kes tu kecoh kot. Kalau tuduhan palsu, saman je la.
Masalahnya orang lain tak burukkan DS Anwar ke? Kalau tengok rekod, cara Mahiaddin burukkan DS Anwar lebih teruk. Sekali dengan Hadi dan Mahathir, mereka memfitnah DS Anwar. Setidaknya DS Anwar sebut benda yang benar.
Akhir sekali, Saifuddin kecil hati dengan istilah lebai dan serban. Sebenarnya istilah tu bukan menghina pun. Lebai ni gelaran kepada orang yang kelihatan kuat beragama.
Kita tak panggil lebai kepada orang yang selalu ke kelab malam. Gelaran lebai untuk orang yang rajin ke masjid. Gelaran tu tak hina. Tapi yang digelar tu yang hina sebenarnya.
Saifuddin ni sebenarnya dah tak ada isu. Tapi dia semakin hanyut. Namanya semakin pudar dalam arena politik Malaysia. Jadi terpaksalah dia cakap sesuatu walaupun mengarut. Takut nanti orang lupa pula padanya. Guane boh?
Raja Gelap
.
JANGAN PERCAYA SI RAZMAN KAKI FITNAH DAN PENIPU BESAQ NI.
Tak sudah-sudah cerita nak tebuk atap. Malu sikit kepada Sultan kalau tak mahu malu kepada rakyat.
Tapi Razman ni penipu besar. Anak beranak penipu, pemfitnah besar. Dah terbukti di mahkamah. Jadi kalau dia yang cerita, jangan terus nak percaya.
Tapi tetap kena berhati-hati. Perak rasanya belum buat lagi akta anti lompat parti. Sebab syaitan tak akan putus asa rosakkan manusia. Guane boh?
Raja Gelap
.
Pembetulan: Perak telah meluluskan enakmen anti lompat parti pada Disember 2022.
.
MAMAT NI MEMANG BIASA KHIANAT SEMASA ANWAR DIPECAT
Mamat ni seorang dari perancang Langkah Syaiton dulu ... sekarang teraba raba mencari lubang .. bila parti dia membuat pembersihan pengkhianat2 parti dia masih belum sedar dari tido ... pi mabuk lar ...