BUNYI MACAM ELOK. TAPI JAGA WALAUN TAK SEKOLAH BUKAN DEPA FAHAM


 


Bunyi macam elok. Tapi kena tunggu dulu hasilnya bagaimana. Harap akan dedahkan juga bagaimana Pangkalan Data Utama (PADU) kumpul data. Dari mana segala data itu diambil kita kena ambil kira.


Dan kalau kerajaan terlalu risaukan subsidi petrol, sudah masanya kerajaan sediakan insentif untuk kenderaan elektrik. Mungkin boleh kurangkan duti import supaya dapat murahkan harga kereta.


Atau kerajaan lancarkan industri kenderaan elektrik sendiri. Mulakan dengan Proton dan Perodua. Beri insentif atau buat kerjasama. Yang penting usaha agar harga kereta elektrik dapat diturunkan.


Bukan setakat harga, kena juga banyakkan charging station. Lebih penting, kena naikkan juga prestasi kereta. Janganlah setakat 100kmj. Baru menarik minat orang ramai untuk miliki kereta elektrik.


Kalau rakyat dah ramai-ramai beli kereta elektrik, terutama yang di kawasan bandar secara automatik penggunaan petrol berkurang. Subsidi petrol pun dikurangkan secara langsung. Settle. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


BANTUAN SEGERA BINAAN BANGGUNAN ASRAMA DAN DIPERCEPATKAN


 Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan berkunjung ke SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas bersama-sama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Pendidikan dan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Kunjungan ini adalah bagi melihat secara dekat keadaan fasiliti dan prasarana sekolah susulan insiden kebakaran sebahagian daripada bangunan asrama pada Julai tahun lalu.

Sehubungan itu, atas keprihatinan dan kepentingan guru serta para pelajar, Kerajaan telah bersetuju meluluskan RM3.89 juta bagi memperbaiki asrama yang musnah akibat kebakaran tersebut.

Selain itu, untuk keselesaan dan meningkatkan motivasi warga sekolah, Kerajaan juga bersetuju meluluskan tambahan sebanyak RM310,000.00 bagi membaik pulih surau serta bilik guru.

Walau dalam keadaan asrama yang kini sesak dan kemudahan minima, kecekalan, dedikasi para guru dan disiplin anak-anak masih mampu mengangkat sekolah ini menjadi sekolah cemerlang. 

Semoga peruntukan ini dapat membantu para guru mendidik dan anak-anak di sekolah berusaha lebih kuat. Berusaha keras dengan ciri ‘Itqan Fil Amal’, kecemerlangan dalam amal untuk melahirkan para huffaz yang tegak dengan kekuatan ilmu dan akhlak dalam menyempurnakan adab.

#MalaysiaMADANI

WALAUN MENGAKU SOROK GULA.



Walaun dah mengaku dia yang sorok gula. Boleh dah kalau nak siasat ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

5 Menteri terbaik Kerajaan Perpaduan


YBM FADHLINA FROM WORST TO BEST 


Kenapa saya sentiasa membuat pernilaian gaya kerja Menteri? Bagi saya ia sgt penting utk para Menteri bekerja bersungguh sungguh membantu PMX yg dilihat bergerak terlalu laju kehadapan dari Menteri2 beliau. 


Namun jika seorang nakhoda yg hebat ia tidak dpt membawa kapal ke destinasi dituju jika tanpa kelasi yg hebat. Begitulah seorang Perdana Menteri tidak akn berjaya dlm visi dan misinya jika para Menteri tidak bijak, tidak mempunyai visi dan hala tuju.


Selepas suku pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan saya telah membuat pernilaian kpd prestasi utama KPI Menteri. Pada ketika itu saya memilih Menteri Terbaik ‘ Athony Loke’ diikuti Fadhlina, Hannah Yeoh, Salahuddin Ayob dan Dr Zaliha.


Selepas 60 hari saya membuat pernilaian semula. Siapa 5 Menteri Terbaik Kerajaan Perpaduan. Pernilaian saya berdasarkan prestasi semasa kementerian dan jabatan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif. 


Kemudian berdasarkan penilaian persepsi awam dan terpenting sejauh mana keberkesanan team Media Kementerian tersebut. Tanpa team media yg baik buatlah apa sahaja, Menteri tetap dianggap gagal kerana seorang Menteri mereka adalah permain politik. 


Bicara mengenai politik ia perlukan persepsi dan jika gagal menguasainya segala usaha seorang Menteri dianggap gagal. 3 hb Januari 2022 di meja bulat di Bukit Gasing saya bersama DS Anwar Ibrahim dan beberapa individu selama hampir 3 jam saya membicarakan mengenai penting medsos. 


Bersaksikan Ybm Fahmi Fadhil ketika itu, PMX bersetuju setiap wakil2 rakyat PKR mesti mempunyai akaun di semua rangkain laman media sosial yg ada. Ini kerana pemimpin PKR ketika itu tidak menitik beratkan pentingnya mempunyai akan di laman media sosial.


Siapa top 5 Menteri terbaik pilihan saya kali ini…


1. YBM FADHLINA SIDEK


Fadhlina adalah Menteri terbaik Kerajaan Perpaduan. Selangkah anak tangga dari sebelumnya. Saya anggap dirinya from worst to best. Saya masih ingat sidang akhbar pertama beliau yg saya rasa mengapa Menteri Pendidikan begitu. Tapi itu Fadhlina yg dulu… Fadhlina skg beliau paling cemerlang selepas 150 hari.


Ramai kalangan guru berkata mereka tidak pernah melihat seorang Menteri yg sepantas Fadhlina melakukan kerja selain sgt prihatin dgn rungutan guru2 dan masalah murid.


Antara yg langkah paling popular dilakukan ialah 7 langkah meringankan beban guru.


1. Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru. Sebagai contoh, pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik, dan yang seumpamanya.

2. Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.

3. Menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.

4. Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan….banyak lagi dilakukan olehnya.


Sewaktu bertemu Fadhlina di satu majlis makan2, beliau ada bertanya kpd saya…betul ke dia pilihan kedua terbaik. Saya beritahu ia pemilihan yg jujur kerana saya tidak perlu sesiapa mempengaruhi atau berkepentingan utk membuat pernilaian.


Saya beritahu Fadhlina ucapan tahniah juga kpd team medianya. Tanpa team medianya Fadhlina tidak akan dpt dinilai dgn baik terutama di zaman dunia medsos.


2. YBM DR ZALIHA


Dr Zaliha juga seperti Fadhilina from worst to best. Pada awalnya Menteri Kesihatan wanita pertama ini dikecam kerana tuala wanita tetapi kini beliau telah membuat byk perkara yg mengembirakan kakitangan KKM. 


Dulu saya letakkan beliau di tangga kelima tetapi jujur beliau sgt perform dan tidak dpt menolak utk meletakkan dirinya sebagai Menteri kedua terbaik.


Saya kagum dlm tempoh 100 hari sahaja sebagai Menteri Kesihatan Dr Zaliha telah berjaya menyelesaian masalah 10 ribu Dr kontrak dgn serapkan mereka kpd lantikan tetap.


Selain dari itu Dr Zaliha mengambil langkah proaktif dgn menyegerakan proses lantikan graduan perubatan secara pelantikan kontrak tanpa melalui proses temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dlm menangani masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam dan swasta.


Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan wad jangka pendek atau ‘short stay ward’ bagi hospital yg mempunyai ruang sebagai inisiatif mengatasi masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan. Tahniah Dr Zaliha dan pandangan peribadi, saya meletakkan anda sebagai Menteri kedua terbaik kali ini.


3. YBM DR ZAMBRY KADIR 


Saya melihat beliau berjaya menjalankan amanah sebagai Menteri Luar dgn sgt baik. Bukan mudah menguruskan rangka lawatan yg baik dan efektif apatah dgn seorang Perdana Menteri yg sgt agresif.


Tanya saya Dr Zambry ini jika diletakkan di Kementerian Pelancongan dia mampu melakukan dgn jauh lebih baik dari Menteri Pelancongan yg ada skg. Saya sgt teruja melihat gaya kerja… he performed well sb itu saya letakkan beliau Menteri ke 3 terbaik di dlm Kerajaan Perpaduan.


4. ANTHONY LOKE


Sejak Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan Athony Loke adalah Menteri yg perform sejak awal hingga skg. Terbaru beliau mengambil pendekatan proaktif dgn memastikan tiket kapal terbang sempena Hari Gawai dan Hari Keamaatan yg hampir tiba dgn harga maksimum RM 300. 


Saya tidak perlu menulis panjang lebar mengenai Menteri ini kerana Anthony Loke ada sahaja dilakukan utk memastikan Kementeriannya efektif memberikan khidmat yg baik utk rakyat. 


5.  YBM STEVEN SIM


Saya menilai beliau bukan kerana gaya kerja di Kementeriannya kerana beliau hanyalah seorang Timbalan Menteri. Sebagi Timbalan Menteri tidak byk yg boleh dilakukan tetapi pernilaian saya berdasarkan kerjanya sebagai wakil rakyat.


Beliau adalah wakil rakyat yg cukup prihatin dgn nasib rakyat terutama di kalangan org2 Melayu yg susah. Ramai kawan2 dan rakan media juga memuji sikap Yb Steven Sim yg byk membantu rakyat yg berada dlm kesusahan. Beliau adalah Ebit Liew versi org politik.


Team media beliau juga sgt baik utk mempromosikan kerja2 amal dilakukan. Tahniah Steven Sim disebabkan beliau ramai org Melayu mula membuka mata terhadap pimpinan DAP yg tidak selama hari ini tidak pernah putus2 dijadikan kambing hitam dlm menghidupkan api perkauman.


Dilaporkan hampir semua portal berita seantero dunia.







Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa berjumlah RM4.3 billion pada suku pertama tahun 2023.


Apabila sirih pulang ke gagang, apabila Malaysia melantik mantan Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dahulu serta seorang yang istiqomah memerangi rasuah - ini hasilnya.


Memang sosok insan bernama Anwar Ibrahim bukan siapa-siapa kepada para pembenci beliau. Pada mereka beliaulah segala yang buruk. Bukan orang biasa sahaja malah mantan PM terdahulu yang dua kali jadi PM pun memperlekehkan. Suatu ayat jahat dari mantan mamak bendahara itu, mana Anwar nak cari wang dengan pembentangan belanjawan yang sangat besar kalau tidak dengan jalan pinjam!


Sekarang sudah jelas di depan mata bahawa dengan perbelanjaan berhemah dan membanteras rasuah dengan bersungguh-sungguh maka bantuan kerajaan langit mudah turun.


Selalu kita ingatkan hadis yang PM Anwar suka menyebutnya:


ارْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ 


Bermaksud:

''Sayangilah siapa pun yang ada di bumi maka akan menyayangimu zat yang ada di langit."


Semoga pencapaian demi pencapaian dapat dicapai oleh Malaysia. Kami pendokong PH dan Kerajaan Perpaduan yakin dengan pilihan kami. Semoga Allah memberkati Malaysia seterusnya!



KISAH LEBAI YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. ISU AIR PUN MEREKA TAK PEJUANGKAN.UMMAT HADAPI MASAALAH WUDUK MEREKA ALPA.

 

Isu azan di Pulau Pinang tu, aku tak follow sangat. Yang aku tahu, ia kes melibatkan individu dengan, pihak pengurusan bangunan dan juga pihak surau/masjid.


Tak nampak pula ia membabitkan parti apatah lagi kerajaan. Individu yang membantah itu pun kita tak tahu penyokong DAP ke atau penyokong MCA/MIC. Mungkin juga Gerakan.


Tak adillah jika satu individu, di satu tempat, terus dijadikan sinopsis keadaan di Pulau Pinang secara keseluruhan. Aku diberitahu, di tempat lain elok je laungan azan berkumandang.


Tapi dasar walaun, begitulah. Selagi ada isu, semua nak dimanipulasi hanya untuk tunjuk konon orang lain semua tak Islam. Dia saja yang Islam. Tapi jika satu kes nak dirujuk sebagai kes keseluruhan, apa pula gayanya dengan kes-kes berikut?


1. Kes lebai yang meliwat murid sekolah tahfiz.

2. Kes lebai yang meliwat isteri.

3. Kes lebai yang mesej lucah dengan isteri orang dan tunjuk kemaluan di messenger.

4. Kes lebai kantoi lihat dan like post homoseks.

5. Kes lebai ceraikan isteri melalui pesanan mesej.


Cukuplah 5. Ada banyak lagi kalau nak senaraikan. Bagaimana kalau dengan 5 kes ini, kami simpulkan yang lebai PAS semua gila seks temasuk luar tabie . Boleh atau tidak?


Itu belum cerita tentang fitnah. Berapa ramai lebai yang kalah kes saman fitnah. Yang dia saman orang  pun dia kena bayar. Selesai luar mahkamah pun dia juga yang kena bayar. Kita simpulkan lebai memang kaki fitnah. Adil?


Soalnya sekarang lebai adalah makhluk yang paling tak boleh dipercayai. Setiap isu yang lebai bangkit bukanlah isu genuine. Semua isu itu yang sengaja diperbesarkan.


Sebab mereka bukan kisah tentang Islam. Mereka cuma nak kuasa. Islam entah duduk dekat nombor berapa. Kalau nak Islam, takkan sampai memfitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



JAMUAN MADANI LEBIH 50K TETAMU HADIR




Lebih 50,000 pengunjung berbilang kaum membanjiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri peringkat Negeri Perak di Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT) hari ini.  


Mereka berpeluang menyaksikan persembahan artis tempatan & merasai sendiri aktiviti menarik di LWOT secara percuma dari jam 6.30 petang hingga 11 malam.  


BERNAMA..