RENTASAN 1364 | GEMPAR!! AKHIRNYA PN TERPAKSA TUNDUK KEPADA KEHENDAK TUN M?




MENARIK DALAM RENTASAN 1364
1. PEMIMPIN BERSATU DIBURU SPRM KERANA KERAJAAN GOYAH? 2. KE MANA PERGINYA SIFAT ‘NELANG’ PAS DAN BERSATU? 3. SIAPA YANG TERANG-TERANG TIPU MELAYU?




KITA UCAPKAN SYABAS FAMILY MART

 



Berita ni besha besha je! Tapi kalau zaman PN, berita sebegini akan disebar hingga ke ceruk kampung oleh walaon dengan menempelkan label Kerajaan Tebuk Atap berserta wajah lebai sekali..

Tapi kita berbeza. Dengan tulus ikhlas diucapkan ,

" Syabas ' Family Mart' ".

 

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT KELANTAN


NORMAN RADZUAN





Pencapaian PMX luar biasa bawa politik Madani

AKHIRNYA ANWAR BANTU PULIHKAN AIR KELANTAN

Sebenarnya saya tidak pasti yg mana satu ingin saya tuliskan sb terlalu byk dilakukan oleh PMX utk disampaikan kpd pembaca dlm tempoh 24 jam lalu.

Dipendekkan cerita pagi ini saya ingin menulis kisah contoh pemimpin Islam yg tidak membawa politik dendam, pemimpin yg adil, pemimpin yg penuh rasa tanggungjawab dan pemimpin yg ingin melakukan perubahan utk negara.

Sebelum pesawat yg membawa PMX landing ke Bumi Serambi Mekah, kita telah mendapat khabar gembira bahawa KDNK Malaysia telah meningkat sebanyak 5.6% iaitu melebihi dari ramalan.

Malah KDNK suku pertama ini lebih baik dari Indonesia dan China. Menurut Jabatan Statistik kita telah terus catat lebihan RM 4.3 billion daripada keluaran negara kasar.

Ia luar biasa kerana Anwar tidak sampai 6 bulan menjadi PM. Saya pernah menulis dan memberitahu kpd mereka berikan Anwar satu kali peluang sahaja… Alhamdulillah tidak sampai setahun telah nampak ‘hasilnya’. Yes…Malaysia on the right track.

Atas faktor apa keyakinan saya? Mana2 negara jika melawan rasuah pasti negara itu akan maju seperti Norway, Singapura dan lain2. Jadi siapa pemimpin yg benar2 anti rasuah? Jawabnya hanya ada pada insan bernama Anwar Ibrahim yg konsisten memerangi rasuah hingga sanggup dipenjarakan.

———————————————————————————

Baru ingin mengulas panjang lebar mengenai KDNK, saya terpaksa batalkan hasrat tersebut apabila melihat kpd kejadian di Kelantan yg luar biasa.

Pertama sayu saya melihat puluhan ribu rakyat Kelantan menyambut Anwar di mana ia pernah berlaku di Stadium Sultan Muhammad 25 tahun dahulu. Kehadiran Anwar disambut dgn laungan Reformasi.

Malamnya pula Anwar bersama legasi Tuan Guru Nik Aziz iaitu Nik Omar dan Nik Abduh. Ia adalah moment nostalgia yg memperlihat aura yg ada kpd Anwar. Bukti Anwar menyatukan dua saudara ini yg terpisah kerana politik dan bukan membawa politik kebencian.

Walaupun rakyat Kelantan menolak PH parti pimpinan Anwar, beliau tidak berdendam. Malah derita 60 tahun rakyat Kelantan tidak mendapat bekalan air bersih, Anwar berjanji utk selesaikan permasalahan ini.

Bukan Mahathir, bukan Najib, bukan Muhyiddin dan bukan Ismail Sabri yg kononnya ingin membela nasib Melayu utk memulihkan bekalan air bersih buat rakyat Kelantan. Tetapi insan bernama Anwar Ibrahim yg dikeji dgn pelbagai fitnah inilah yg mengambil pendekatan utk menghilangkan penderitaan rakyat Kelantan.

Org beri tuba kita balas dgn madu itu style DS Anwar Ibrahim di mana di kalangan org parti di dlm PKR selalu menyindirnya sebagai ‘ Pemaaf tahap dewa’.

Di mana karektor itu kurang disenangi pengikutnya dan ahli parti tetapi Anwar tetap dgn prinsip sesuai dgn amalan Islam tidak mengamalkan politik dendam.

Apa kata Anwar ? “ Saya tidak sanggup berlaku zalim kpd tokoh2 politik kerana saya sudah rasa apa itu kezaliman.”

Kita tahu ramai org2 agama memfitnah Anwar dgn pelbagai tuduhan memburukkan dirinya. Apapun fitnah dilemparkan kpdnya, Anwar tetap meluluskan RM103.6 juta utk Imam, guru, bilal, guru takmir, KAFA di Kelantan. Tak cukup dgn itu bayaran khas sebanyak RM 3.2 juta kpd 5470 guru KAFA.

Bukan itu sahaja utk tambatan banjir Anwar telah meluluskan RM 1 billion utk negeri Kelantan. Saya sgt berharap rakyat Kelantan buka pintu hati mereka… insan yg mereka fitnah pelbagai tuduhan inilah yg telah membantu mereka sehingga memperuntukkan berbillion ringgit.

Sdgkan mereka yg menjerit Melayu itu tidak ada apa yg mereka lakukan. Malah pemberian ratusan juta ringgit kereta Mercedes yg dibeli.

Di hati kecil saya yakin dgn puluan ribu yg hadir dgn laungan Reformasi… rakyat Kelantan ingin melakukan perubahan. Rakyat Kelantan Insyallah sedar mereka sendiri kena bantu diri mereka utk keluar dari kesusahan dan kemunduran negeri ini.

Saya dpt merasakan ‘ PMX Wave’ akan berlaku di Kelantan. Nanti kita bincangkan perkara ini…

Esok apa lagi yg PMX mahu lakukan?

 

APA CERITA HARI INI DAN APA YANG BERLAKU DI KELANTAN SEMALAM?


Description: 🟢Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik

Description: 🟢Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Kerajaan Perpaduan yang didukung pelbagai parti politik tidak pernah melupakan agenda kepentingan Melayu dan Islam

Description: 🟢Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah kewangan RM103.86 juta khusus kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan tahun ini

Description: 🟢Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan Malaysia MADANI

Description: 🟢Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kelantan disambut meriah lebih 15,000 pengunjung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.

Description: 🔵Kerajaan belum membuat keputusan lagi berhubung kadar tambang yang akan ditetapkan bagi perkhidmatan Keretapi Laluan Pantai Timur (ECRL). Kendatipun begitu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan berharap agar projek ECRL mampu menjadi projek pemangkin dan pencetus perubahan pembangunan di negeri-negeri Pantai Timur

Description: 🔵Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun penuh 2023 di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan langkah Belanjawan 2023

Description: 🔵Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut

Description: 🔵Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang turut disertai UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi

Description: 🔵Kadar dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 yang melibatkan hampir 8,000 pelabur

Description: 🔵Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Negeri Perak berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.2 bilion diluluskan ke negeri itu yang mana ia menunjukkan peningkatan 24.3 peratus berbanding tahun lalu

Description: 🔵Datin Seri Rosmah Mansor telah memasukkan memorandum kehadiran dalam kes saman difailkan sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan terhadapnya bagi menuntut AS$14.57 atau RM67.46 juta, atas dakwaan melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas kepunyaan syarikat itu yang diserahkan kepadanya lima tahun lepas

Description: 🔵Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Pertandingan Antarabangsa Aritmetik Mental ALOHA 2023 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 30 Julai

Disusun semula

WFAUZDIN NS

 

KONONYA DIA MAHUKAN SESANGAT PENYATUAN MELAYU- TAPI SEMUA DIA CUNGGIT

 






IBRAHIM MAT  ISA

Beliau dikatakan sangat kental mahukan Melayu bersatu dalam satu gerombolan.

Tapi semua parti Melayu yang beliau sertai - beliau cunggit. Yang terkini cunggit kerana parti tak laku hilang deposit!

 

JALAN MATI UNTUK RASUAH

 Jalan mati utk Rasuah..



1. PMX anti rasuah


2. Polisi anti rasuah Kerajaan Madani


3. Pemimpin politik dan pegawai2 tinggi kerajaan & GLC Melayu yg mula takut utk meminta rasuah


4. Peniaga2 cina-india-melayu-dll yg tidak perlu lagi suap rasuah menjadikan perniagaan lebih berdaya saing


5. Pengguna dan rakyat akan berada dlm kitaran ekonomi dan kewangan yg lebih consumer-friendly/rahmah



MUNGKIN ADA PERUBAHAN POLITIK.

 


Minggu lepas saya ada menulis. Little Bird bagitau saya. Di Kelantan mungkin akan ada perubahan lanskap politik. 


PAS di Kelantan makin mesra PMX. Mereka ada keinginan sertai Kerajaan Perpaduan. Kita tengok sambutan Hari Raya Madani di Kelantan semalam. Dari jalanan hingga ke istana. Disambut meriah. 


Little Bird juga beritahu legasi Tun Guru Nik Aziz juga mungkin akan meninggalkan PAS. Dulu Nik Omar sekarang dengarnya Nik Abduh. 


Selepas berapa lama adik-beradik ni bergaduh. Tak bertegur sapa, dan keluarga jadi porak peranda kerana politik parti. Sejuk hati tengok, semalam hubungan mereka kembali bertaut. Berdamai pula di depan pemimpin negara nombor satu. 


Bagi pengundi biasa dan non partisan. Kami dah tak larat tengok pergaduhan. Kami dambakan politisyen negara tingkatkan kedamaian. Itu yang diperlukan untuk kestabilan. 


Kalau ikuti penulisan saya dari mula, saya selalu promosikan Kerajaan Unity/ Perpaduan. Tak kira la siapa Perdana Menterinya. Kita nak politikus pakat elok2. Bangunkan negara bersama. 


This is a good start. Perpaduan Ummah bermula di Serambi Mekah. Sama2 kita doakan yang lain terbuka hatinya. Kalau boleh kita nak dapat Kerajaan Perpaduan dengan erti kata sebenar. Seperti yang ada di Indonesia. Kerajaan dan Pembangkang bersatu jua. 


Mereka kata saya gila. Harapkan benda yang takkan kunjung tiba. Jawapan saya, in history, every great thing was once a crazy idea. 


In politics, apa pun boleh jadi. Nothing is impossible. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki 


Gossip politik saya bagi sikit: Nik Abduh bakal diangkat jadi Menteri Besar Kerajaan Perpaduan Kelantan. Sama2 kita doakan.



KEH..KEH..KEH...KALAU DAH TAK PERFORM...ADA SAJA KENA KUTUK



Shahbudin Husin.


 Kelantan saja ke Fahmi Fadzil

Kampung pedalaman di negeri-negeri lain bagaimana pula?



RINGKASAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN. PERTEMUAN DAN HASILNYA BAKAL MENYUSUL.

 





Sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di Labuan Bajo, saya sempat mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah selain pertemuan bilateral dengan beberapa rakan sejawat di rantau ASEAN.


Dalam kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, saya sampaikan hasrat Putrajaya selaku tuan rumah untuk melihat kehadiran dan keterlibatan Bandar Seri Begawan dalam Annual Leaders’ Consultation (ALC) tahun ini.


Selain itu, diskusi juga terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara.


Dalam pertemuan bilateral dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pula, saya sampaikan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulangtahun ke-50 kedua-dua negara.


Diskusi juga menyentuh bidang pelaburan selain berharap agar isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani setegasnya.


Dalam sidang kemuncak kali ini juga, saya sempat mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Laos Sonexay Siphandone dimana kami sepakat untuk lebih bekerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur.


Arakian, saya juga mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Timor Leste, Taur Matan Ruak dimana saya mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN.


Malah, diskusi juga membincangkan keperluan meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur, dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara.


#MalaysiaMADANI



ANWAR DI MAJLIS PELUNCIRAN TESEN ECRL DI KOTA BHARU..KONTRAKTOR MELAYU DAPAT PROJEK.

 







Selesai Majlis Peluncuran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Tunjong, Kota Bharu yang merupakan titik permulaan bagi jajaran merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan berakhir di Pelabuhan Klang, Selangor.


Insha Allah, kewujudan ECRL kelak menjadi pemangkin kepada pembangunan mampan di Kelantan selain didorong kerancakan projek lain di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 termasuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, pembangunan Terminal Laut Bersepadu Bandar Maritim Tok Bali dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3.


Kerajaan Perpaduan juga sedar akan kepentingan penglibatan kepakaran dan tenaga kontraktor Bumiputera membabitkan projek berimpak tinggi. Justeru, sejumlah RM2.2 bilion atau 62% dari sasaran RM3.5 bilion kerja Sivil ECRL akan diberikan kepada subkontraktor dan pembekal Bumiputera. 


Pada masa sama, pemberian kontrak pakej kerja ‘Minor Works’ di sepanjang Jajaran Projek ECRL di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor turut akan diberikan kepada syarikat kontraktor Bumiputera G1, G2 dan G3.


Semoga pelaksanaan Projek ECRL ini berjalan lancar dan menepati jadual bagi mewujudkan perhubungan dua hala Pantai Timur yang berkesan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang terlibat serta agensi-agensi berkenaan atas kerjasama erat dalam membangunkan Projek ECRL.


#MalaysiaMADANI


CERITA SEMALAM. ANWAR DAN RAKYAT KELANTAN.





Siang tadi, turut berlangsung program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Kelantan yang dihadiri Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.


Kerajaan Perpaduan ketika ini senantiasa cakna dan menghargai segala usaha para ulama’ serta umara’ dalam menyebarkan ilmu serta kefahaman Islam kepada masyarakat.

 

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen sebelum ini, saya telah pun mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 1.5 bilion kepada pengurusan hal ehwal Islam sebagai bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk memperkasa Islam dan umat Islam di Malaysia.


Di Kelantan, peruntukan bagi imbuhan imam seramai 1,170 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11,934,000.00 dan elaun Guru Takmir seramai 341 orang dengan peruntukan sebanyak RM3,682,800.00 telah pun disalurkan bagi suku kedua tahun ini.


Bayaran khas sebanyak RM600.00 secara “one-off” juga diteruskan lagi pada tahun 2023 ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir Negeri Kelantan seramai 2,605 penerima yang melibatkan peruntukan RM1,563,000.00.


Selain itu, caruman Kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO juga diteruskan lagi tahun 2023 ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir Negeri Kelantan seramai 2,605 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM606,444.00 setahun.


Jumlah keseluruhan peruntukan kewangan bagi Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir Negeri Kelantan bagi tahun ini adalah sebanyak RM17,543,331.20 yang melibatkan seramai 6,721 orang penerima.


Besar harapan saya agar semua pihak sama ada agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri akan terus bekerjasama erat dalam penganjuran Jelajah Madani pada kali ini demi kemaslahatan umat Islam.


#MalaysiaMADANI



ANWAR MENGADAP SULTAN KELANTAN.





 Menjunjung kasih Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Muhammad V atas perkenan menerima patik menghadap petang tadi di Istana Negeri Kelantan, Kota Bharu.


Sesi menghadap turut diserikan dengan berlangsungnya Majlis Penyerahan Warkah Peruntukan Kewangan Kerajaan Persekutuan dibawah JAKIM Tahun 2023 bagi negeri Kelantan berjumlah RM103,863,258.00.


Patik juga menzahirkan rasa terharu di atas kesudian Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid menerima patik menghadap di Istana Mahkota Kelantan.


Mendoakan agar KDYMM Sultan Muhammad V dan seluruh kaum kerabat senantiasa dikurniakan keafiatan serta dirahmati Allah S.W.T.


#MalaysiaMADANI



APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN ANWAR?

 



Norman Radzuan.


Melayu, Cina, India, Dusun, Iban…musuh kita yg sama

APA LAGI YANG TIDAK KENA DENGAN ANWAR?


Tuan Guru Nik Aziz pernah bertanya kenapa membenci Anwar. Begitulah juga saya tertanya tanya apa salah Anwar mentadbir negara ketika ini?


1.Anwar tidak mencuri duit rakyat? Dari zaman Mahathir, Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak ada satu sen duit rakyat atau sekaki tanah rakyat dicuri hingga beliau boleh didakwa ke mahkamah.


2. Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menolak kontrak melibatkan abangnya. Membatalkan pemberian beribu ribu ekar tanah di Sabah yg diberikan kpd bapanya dgn alasan rakyat lebih memerlukannya.


3. Anwar lawan utk bela rakyat miskin. Anwar suruh Tan Sri Syed Mothar berikan wang ratusan juta ringgit kepada petani2 miskin. Anwar tidak melindungi tauke2 besar tetapi konsisten membela nasib org2 miskin.


4. Anwar tunaikan perjanjian MA63 yg sudah lebih 50 tahun tidak ditunaikan. Katanya, “Kita dalam dunia politik berpegang kepada prinsip Al Quran bahawa perjanjian itu harus dipegang dan ditunai, jadi saya pegang prinsip itu.” 


Kenapa Pas waktu menjadi sebahagian kerajaan tidak menggesa kerajaan menunaikan janji tersebut?Tawaran politik 'janji mahu buat Islam' atau menuduh mana2 pihak sebagai musuh Islam retorik memancing undi.


5. Anwar menegaskan meskipun difitnah zalim membabitkan isu peruntukan namun beliau tetap menambah peruntukan menerusi Belajawan 2023 bagi Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.


“Peruntukan bagi Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah pun saya tambah kerana kita bawa konsep Madani iaitu semangat kemanusiaan berteraskan beberapa nilai termasuk menegakkan keadilan,” ujar Anwar. Adakah menambah peruntukkan itu dikatakan zalim dlm kamus Melayu.


6. Anwar dipenjarakan kerana membela nasib penduduk Baling. Anwar juga difitnah hingga sanggup terkorban hilang jawatan dan dipenjarakan sekali lagi kerana membela nasib org termiskin dan tidak memperdulikan arahan ketuanya utk membantu anak2 dan kroni. Apakah pengorbanannya ini tidak dipandang sebagai sifat yg mulia?


7. Anwar menonjolkan ciri2 pemimpin Islam walaupun tidak boleh menandingi para sahabat. Pemimpin Islam yg hebat dia tidak akan berasa selesa bila melihat rakyatnya susah. Anwar sanggup tidak mengambil gaji kerana hatinya sgt terkesan melihat begitu ramai rakyatnya hidup dlm kesusahan.


Sedangkan pemimpin2 yg berteriak atas nama Islam dan Melayu sebelum ini tidak berbuat demikian. Malah bermegah dgn kereta Mercedes di kala rakyatnya dlm kemiskinan dgn infrastruktur air dan jalan yg teruk.


8. Anwar bukan pendendam. Jika dia berdendam sudah lama dia tukarkan Ketua Polis Negara, Peguan Negara, Ketua Pengarah SPRM yg bukan lantikan darinya. Anwar hanya memberi kebebasan kpd institusi ini menjalankan amanah dan tugasa secara bebas tanpa gangguan politik.


Di Twitter begitu banyak komen dari Pegawai, keluarga2 Pegawai LHDN memberitahu bapa,ibu, kawan mereka yg bekerja di agensi tersebut kini sangat gembira. Kakitangan LHDN dikhabarkan sgt gembira kerana kini mereka bebas mengambil tindakan kpd tauke2 besar yg dilindungi utk membayar cukai sejak sekian lama.


KATA ANWAR…


“Saya selalu ingatkan kawan2 apabila ada kuasa, kita guna untuk rakyat. Negeri ini kaya, hasilnya banyak, tapi kenapa yang kaya makin kaya, yang miskin ramai.


“Sebabnya wang yang ada, kontrak dan projek dicuri. Saya guna kuasa untuk selamatkan negara. Jangan ada yang mencuri sebaliknya bagi bantuan balik kepada rakyat.”


Jadi apa salah Anwar? Mencuri harta rakyat??? …Sdgkan Anwar sgt konsisten memerangi rasuah. Dgn memerangi rasuah wang berbillion itu beliau mahu pulangkan kepada rakyat.


Anwar menjadi PM baru 6 bulan tak sampai 36 bulan. Jgn membenci kerana berlainan ideologi/fitrah parti. Ingat kemiskinan hanya dapat diatasi apabila rakyat  faham punca sebenarnya dan bersatu untuk perjuangkan perubahan.


Ingatlah org Malaysia… musuh kita bukan komunis lagi. Ia tidak wujud dan jika masih diceritakan ia kisah dongeng atau mitos politik.


Ingat org Melayu, org Cina, org India, org Dusun, org Iban, org Bugis, org Bajau…. musuh kita adalah musuh yg sama merentasi kaum. Musuh kita adalah perasuah2 yg merompak kekayaan yg menjadi kita papa kedana !



KELANTAN KALAU NAK BAGI ISU AIR NAIK DAN MENEKAN KERAJAAN. BAGINLEBAI JADI PEMBANGKANG. DIA TUMPANG NEGERI ORANG DAH BAGUS AIR DARI NEGERI SENDIRI




 Kuman seberang laut.                          Gajah depan mata Masa dia pegang KASA dulu dia buat apa? Tanya ja lebai Brahim ni.


Jadi kalau nak mereka cakna bab isu air di Kelantan, pakat-pakat jadikan lebai lebai ini sebagai pembangkang di Kelantan dan Kedah. 


Unless kalau demo gembira air Americano keluar dari kepala paip, undilah lebai-lebai yang sama.


MASA NI MENTERI AGAMA DARI PAS...OK JA DEPA JALAN ELOK..,HAAAUMMMMM.,



Ketika 33 bulan memerintah, 5-6 konsert antarabangsa ok je depa bagi buat di Malaysia. Ada geng pelangi, ada geng perempuan seksi, tapi PAS sebagai Menteri Agama, boleh berkompromi. 


Bila tang orang lain memerintah, depa pakat bunyi pulak dah 😅 suruh batal segera. 


Ini serupa cerita judi la. Pong pang sebelum jadi Kerajaan, nak haramkan. Bila dia masuk jadi Kerajaan, pergi naikkan jumlah cabutan. Padahal Kerajaan dulu dah turunkan 🤦🏻‍♀️


Berpuluh tahun modal politik yang sama. 


Kalau tak judi, arak. Kalau tak arak, konsert pulak. Katanya budaya hedonism barat. Kita kena tolak. 


Yang heran, dalam semua negeri di Malaysia, Kelantan satu2nya negeri yang EXCOnya semua pakai Mercedes. Itu boleh pulak ya? 


Itu budaya hedonism Arab, gamaknya. Pada mereka, diharuskan jua… 


#justsaying #punintended 


~LM~

DARI PENCINTA ATOK KEPADA PENGKRITIK ATOK.....PANTAI PUN BERUBAH

 





2016: keluar UMNO buka Bersatu 


2020: keluar Bersatu buka Pejuang


2022: keluar Pejuang buka GTA


2023: keluar GTA masuk PUTRA


“Orang Melayu, kalau gaduh dia buka parti baru. Macam mana nak bersatu?” kenyataan seorang negarawan suatu ketika dulu. 


~LM~



ALAHAI...SERET JA PUN. BUKAN SEPAK TERAJANG TUMBUK BAGAI....AAAUUUUMMMM




Nak hairan apa? Projek semua bawah kementerian yang dia selia. Memang patutlah dia dipanggil. Bukan dituduh pun. Panggil untuk soal siasat. Itu normal. Menggelabah kenapa pulak?


Kalau tak salah, nak takut apa? Pergi je la. Berikan kerjasama sepenuhnya supaya yang bersalah dapat dihukum. Takkan panggil beri keterangan pun dikira cemar nama? Tak boleh sentuh langsung?


Nasib baik PN tak memerintah. Kalau tak, orang dia memang tak boleh usik langsung. Dipanggil untuk beri keterangan pun dah merungut. Macamana nak tegakkan keadilan begini? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


COLDPLAY SEDEKAH 3.2 JOTA. BILLIE ELIS SEDEKAH APA PADA WALAUN?KEH..KEH..KEH





 Ada walaun persoal apa keistimewaan Coldplay sampai DS Anwar ucapkan selamat datang? Untuk walaun yang lama terperap dalam gua, ini ada sedikit petikan berita untuk dihadamkan.


Coldplay ada menyumbang Interceptor 005, jentera berteknologi tinggi dari Belanda yang digunakan untuk membersihkan Sungai Kelang dalam usaha jadikan Sungai Kelang lebih bersih.


Mesin tu bernilai RM3.2 juta. Nilai yang bukan kecil apa lagi mereka bukan rakyat Malaysia. Walaun marah kenapa? Coldplay lebih baik dari lebai yang nak uruskan sampah pun tak mampu. Bekalan air untuk rakyat pun berkarat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.