DULU LEBAI NI MASA SEKOLAH DOK KELAS AKHIR. KALAU 5 KELAS, DIA NANTI DOK KELAS AKHIR. MAK AYAH LA PAKSA HANTAQ PI SEKOLAH PONDOK.



MMMS


Lebai PAS memang lemah matematik ke apa? Padan 74 pun mereka kata lagi besar dari 82, bahana makan banyak sangat ikan seluang. 


Kalau satey 18k, dah pengunjung 50k, makna satu cucuk satey kena kongsi dengan 2.7 orang. Pernah tengok satu cucuk satey kongsi 2 orang? Logik letak mana? Average satey orang makan 10 cucuk, jadi untuk 50k pengunjung, kena ada setengah juta cucuk satey. 


Pastu satu ekor kambing golek biasa 60 orang makan, kalau 15 ekor maknanya hanya untuk 900 orang. Jadi lagi 49 ribu orang makan apa?


Lagi satu celah mana korang dapat 3000 jenis juadah, kalau betul ada boleh masuk Guiness book of record. Paling kuat pun 10 juadah itu pun jenuh nak arrange vendor yang nak uruskan penyediaan makanan. 


Lain kalau kalau nak main angka nampak bloated,  ikut logik akal dulu, unless lupa tebus akal yang di Rahnu pada ketua lebai.


Siti Zailah berdepan siasatan salah guna air pili bomba !!!





W.Faudzin


Akhirnya selepas jadi MP Rantau Panjang Kelantan sejak 2008 Kak Lah akhirnya akan di heret ke muka pengadilan kerana menyalah gunakan PILI BOMBA untuk kepentingan politik dan parti PAS https://twitter.com/mkini_bm/status/1655039009599684610


Ini bukti ketidakupayaan Ahmad Yacob selaku MB Kelantan sejak 6 mei 2013,ketidakcekapan AKSB melaksakan tugas masing2 sekian lama mentadbir negeri.Mari pakat tukar ramai2 PRN Julai nanti bagi PH BN peluang pula buat yang terbaik untuk anda semua bukan bagi alasan konon kerajaan PH BN pusat anaktirikan Kelantan,salah Madey puluhan tahun tak bagi royal minyak,salah BN sabotaj bagai.5 tahun 2018-2023 baru 500 plus kilometer paip air lama berjaya kau tukar?PAS buat ape same RM 400 JUTA PH 22 bagi dulu 2018?Mahu tunggu 30 tahun lagi baru habis tukar baki 2500 kilometer pair itu bawah PAS eh?


Awat @ harakahdailyHD tak siar berita ni? Tak cukup sohehkah berita ni?Adakah @ harakahdailyHD nak bagi nampak benda yang baik2 je berkenaan dengan PAS?Kerajaan Negeri Kelantan PAS memang GENIUS pandai selesaikan masalah rakyat 😁


Air takde? 

✅Ambil dari pili bomba 


Ekonomi mundur? 

✅Cari kerja di Selangor dan Pulau Pinang 


Besarkan jalan? 

Tak perlu sebab guna pun sekali setahun ja


Lekas tangkap MP RANTAU PANJANG heret ke mahkamah.memalukan mengaibkan ade ahli parlimen buat sesuka hati serupa undang2 bawah tapak kaki dia.Jangan bagi peluang dan ruang lagi @ NgaKorMing.Dalam politik sama ada kamu hapuskan musuh atau musuh cuba jatuhkan kamu dan menyusahkan semua.


Anda boleh lihat sendiri semua tembelang PAS di Kelantan di fb Wan Mahussin Wan Zain https://www.facebook.com/OrangMiskinDilarangBerjaya .Masuk dan ikuti twitter Menteri Pasola untuk isu air Kedah di sini https://twitter.com/PasolaOfficial 


#ManaAyaq #ManaAir #PNPASScam #AhmadYakobLemah #SanusiLembik



BARANG ORDER, BARANG SAMPAI


MMMS




Layan puak-puak pertikaian nasional ini boleh jadi isim setahun.


Dia ingat nak tukar PM macam tukar kain basahan? Oh lupa geng yang sama yang pro-rogue parlimen sebab takut undi tak percaya.


Tak chukupppppp jhemmlahhh, masih lagi belum chukupppppp.



SOKONG PN KEADILAN TIDAK AKAN DAPAT DISELESAIKAN.

 



Betul cakap Azmin. Memang dalam perlembagaan tukar kerajaan dibenarkan. Pertama melalui PRU ataupun melalui undi tidak percaya. Tapi bukannya melalui tebuk, kumpul SD.


Kalau kemaruk nak jadi kerajaan, usulkan undi tidak percaya. Bila PM tak mampu buktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti, PM boleh nasihatkan YDP Agong bubarkan parlimen.


Atau, kalau YDP Agong berpendapat pembubaran tak diperlukan, Baginda boleh lantik seorang yang lain, yang baginda percaya dapat sokongan majoriti ahli parlimen, sebagai PM.


Itu kaedah mengikut perlembagaan. Bukan kumpul SD kemudian senyap-senyap bawa pergi ke istana. Itulah yang dipanggil tebuk atap. Masuk tak ikut pintu. Kerajaan luar tabie.


Sebab apa perlu begitu? Sebab setakat mengumpul SD boleh dimanipulasi. Boleh rasuah atau berlakon. Tandatangan SD je berani. Tapi bila tanya berpesan tak berani angkat muka.


Satu lagi perkara, Azmin kata rakyat mengeluh yang kerajaan perpaduan ini tak bela nasib rakyat. Cuma bercakap saja (https://bit.ly/3B2qrNy). Rasanya dia ni baru keluar gua agaknya.


Dalam tempoh 6 bulan ini kerajaan perpaduan telah buat berarus kali ganda lebih baik berbanding apa yang PN buat dalam tempoh 33 bulan. Banyak isu yang telah diselesaikan.


Masa PN dulu, harga barangan keperluan seperti minyak masak, telur, tepung bahkan bahan binaan seperti simen adalah tidak terkawal mengakibatkan kenaikan harga barangan.


Bukan setakat itu, minyak masak bersubsidi paket 1 kg yang sepatutnya untuk rakyat miskin pun disorok oleh anak menteri. Patutlah kata tak mampu nak banteras. Anak dia yang buat.


Sepanjang harga barang meroket, PM dan menteri waktu itu tak buat apa pun. Tahunya cuma salahkan ekonomi global, suruh rakyat bersabar serta beribu alasan yang tak munasabah.


Itu belum kira dana rakyat digunakan untuk kayakan kroni yang mana parti mereka dapat hasil dalam bentuk komisen. Rakyat sampai kibar bendera putih dan kes bunuh diri meningkat.


Tapi sekarang, barangan keperluan asas terkawal harganya. Bekalan pun banyak bahkan di musim perayaan baru-baru ini, tak kedengaran lagi keluhan rakyat keputusan bekalan.


Kerajaan juga memperkenalkan beberapa inisiatif bertujuan untuk tambah pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah, tanpa perlu usik simpanan hari tua macam masa PN dulu.


PN adalah kerajaan paling gagal di antara semua yang gagal. Tapi Azmin pura-pura buta. Kononnya rakyat mengeluh kerajaan teruk. Padahal mereka yang mengeluh mengenangkan nasib bakal jadi banduan tak lama lagi.


Cubaan rampas kerajaan bukanlah sebab rakyat pun sebenarnya. Tapi sebab nak hentikan dakwaan di mahkamah. Dia ingat bila dapat kuasa, dia boleh tutup semua kes dia.


Nak takut apa? Kalau betul tak bersalah, hadap je la perbicaraan tu. Kalau bersih, pasti boleh buktikan di mahkamah. Kalaulah ada campur tangan kerajaan, rakyat boleh buat penilaian.


Contoh macam masa DS Anwar kena dulu. Rakyat nampak ianya konspirasi. Sebab itu masa PRU14 kerajaan itu dihukum. Jadi PN nak risau apa? Kalau betul konspirasi, rakyat akan hukum kerajaan ini masa PRU16 nanti.


Tapi rasanya dia pun tahu semua yang didakwa tu tak mampu nak buktikan mereka bersih. Sebab itu mereka berusaha untuk ambil alih kerajaan sebab itu saja cara nak selamatkan diri.


Jadi marhaen, nilaikanlah. Usah sokong PN kerana keadilan tak akan dapat ditegakkan jika PN yang memegang kuasa. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



PROKLAMASI MELAYU MENUJU LESU, BAKAL GAGAL SEBAGAIMANA TUN MAHATHIR DITOLAK PADA PRU15 LALU


Walau apa jua hujah yang cuba disimpang-siurkan, secara umumnya semua orang sedar Proklamasi Melayu yang merupakan sebuah gerakan tajaan Tun Mahathir Mohamad adalah bertujuan untuk membawa orang-orang Melayu menjauhi dan menolak kepimpinan Anwar Ibrahim.


Meski proklamasi itu dikatakan bertujuan memperjuang dan membela nasib orang Melayu, realitinya orang Melayu yang terancam ketika ini hanyalah mereka yang tidak berada di luar kerajaan lantaran tidak lagi ada kuasa dan ditolak pengundi sehingga hilang deposit pada PRU lalu.


Selebihnya, orang Melayu masih aman dan baik-baik saja kerana kerajaan dan kepimpinan kerajaan masih dipegang secara majoriti oleh pemimpin Melayu.


Lebih daripada itu, sejak Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, tiada elemen atau tindakan yang menggugat kedudukan orang Melayu pernah dilakukan.


Jadi, nak perjuangkan nasib Melayu apa lagi?


Menoleh ke belakang pula, Tun Mahathir yang kini memperjuangkan Melayu kononnya, kalau mahu dikira adalah pemimpin yang paling tidak layak bercakap untuk memperjuangkan nasib Melayu.


Ketika berkuasa, beliau memecahkan Melayu dengan menolak kemasukan Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam UMNO Baru yang ditubuhkannya selepas pemilihan 1987 sehingga bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu terpaksa menubuhkan Semangat 46.


Kemudian pada 1998, lantaran bimbang kepada ancaman Anwar, beliau telah memecat bekas timbalannya itu sehingga tercetusnya gerakan reformasi dan tertubuhnya parti PKR.


Adakah memperjuangkan Melayu sehingga sanggup membuatkan UMNO terpecah demi ingin menyelamatkan kuasa sendiri?


Orang Melayu pasti tidak terpecah dan kekal terangkum jika Semangat 46 dan PKR tidak ditubuhkan atau jika selepas bersara, Tun Mahathir tidak lagi mencampuri urusan politik negara.


Seterusnya dalam usaha untuk kembali berkuasa pada 2018 bagi tujuan untuk menumbangkan Najib Razak, Tun Mahathir telah memilih DAP untuk mencapai cita-citanya itu, selain kembali berbaik semula dengan Anwar.


Kemenangan beliau pada 2018 bukan saja disebabkan oleh sokongan bukan Melayu, malah selepas itu dilantiknya pula Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.


Lagi pula, kalau mahu menolong dan membela nasib Melayu, Tun Mahathir telah diberikan peluang selama 22 tahun campur 22 bulan untuk berbuat demikian.


Tetapi, apa perjuangan untuk Melayu yang boleh kita ingati dan kenang pernah dilakukannya ketika berkuasa dahulu?


Sebab itu, bak kata Anwar- sudah hilang kuasa baru bicara soal Melayu?


Dalam erti kata yang mudah, Tun Mahathir sebenarnya paling tidak sesuai dan malu sendiri untuk bercakap soal membela dan memperjuangkan nasib Melayu pada ketika ini.


Hakikatnya, beliau pernah ada kesempatan paling terbaik berbanding semua orang Melayu yang lain untuk membela dan memperbaiki nasib orang-orang Melayu.


Dalam usianya di hujung senja ketika, Tun Mahathir tidak lain hanya mahu mencipta satu lagi rekod iaitu menjatuhkan seorang lagi Perdana Menteri melalui gerakan yang Proklamasi Melayu yang digerakkkannya ini.


Itulah sebetulnya motif Proklamasi Melayu dan tiada sebab-sebab lain. Noktah. Titik.


Namun demikian, dengan beliau senakin di hujung usia, kemampuannya dirasakan kian tiada, bukan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, tidak berparti dan anaknya sendiri, Mukhriz tidak lagi bersama dalam perjuangannya, matlamat yang ingin dicapai melalui Proklamasi Melayu itu semakin menuju sendu serta lesu.


Sementara hanya beberapa pemimpin Pas yang sudi menandatangani proklamasi itu, parti Bersatu secara kolektifnya menolak sama sekali untuk bersama.


Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja bersama dua pemimpin Bersatu yang lain sekadar menandatangani Proklamasi Melayu itu atas kapasiti peribadi dan tanpa restu Mahiaddin Md Yasin.


Selain Mahiaddin, Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang juga enggan membabitkan diri dalam Proklamasi Melayu, meskipun dilaporkan ada cubaan mengajak Ahli Parlimen Larut itu hadir sama ke rumah Tun Mahathir bersama pimpinan Pas yang berhari raya pada minggu lalu.


Parti Melayu yang lain, bahkan majoriti orang Melayu secara umumnya tidak merasakan Proklamasi Melayu itu sesuatu yang perlu dan penting untuk disertai.


Ada yang turut menandatanganinya sekadar suka-suka dan tidak lebih daripada itu.


Sebagaimana Pejuang telah gagal dan hilang deposit pada PRU15 lalu, Proklamasi Melayu juga semakin hampir menuju destinasi yang sama dan Anwar tidak perlu cemas mendepaninya. – ShahbudinHusin 07/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KESAN OPR DITURUNKAN



Andrian Lim


Kos meminjam menjadi lebih rendah -> org ramai didorong membuat pinjaman berlebihan utk meningkatkan perbelanjaan berlebihan -> inflasi berlaku


KESAN OPR DINAIKKAN

Kos meminjam menjadi lebih tinggi -> org ramai didorong mengurangkan pinjaman utk mengurangkan berbelanja berlebihan -> inflasi dikawal


OPR direndahkan di zaman Covid kerana pihak berkuasa di zaman itu nak rakyat membuat pinjaman berlebihan.


OPR dikembalikan ke paras asal 3.0 sekarang kerana pihak berkuasa tak nak rakyat membuat pinjaman berlebihan.


Dari segi implikasi……


Sekiranya anda membuat pinjaman bank sebelum Covid, keadaan cuma kembali kepada asal, tiada penambahan beban.


Sekiranya anda membuat pinjaman bank semasa Covid seperti yang didorong oleh pihak berkuasa pada ketika itu, penambahan beban itu wujud.


Ini lebih kurang kes “syok sekarang, merana kemudian”.


Golongan yang paling terkesan ialah golongan “syok sekarang, merana kemudian” kerana kebanyakan golongan ini telah ingat bahawa zaman Covid sangat seronok, kerana kadar faedah membuat pinjaman baru sangat rendah.


Maka mereka membuat pinjaman berlebihan dan berbelanja pada ketika itu. Sekarang mereka sangkut.


Ini ibarat dengan prinsip kumpulan yang terpukau dengan pengeluaran KWSP.


Keluarkan KWSP sangat syok kerana boleh berbelanja. Tiba-tiba boleh berbelanja RM10k, beli iPhone, beli perabot, makan besar, siapa tak nak?


Tetapi waktu uzur dan pencen macam mana?


Syok sekarang, merana kemudian.



3MONOPOLI DIPECAHKAN



Andrian Lim


6 bulan berkuasa, 3 monopoli dipecahkan.

Apa yang tidak baik?

Persaingan sihat sudah tentunya memanfaatkan rakyat dan pengguna.


Tetapi ada juga pihak yang akan bengang dan marah.

Sebab itu pelbagai komplot dibuat untuk menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.



IMAM MASJID MENINGGAL KETIKA BERMAIN BADMINTON


 [5/7, 10:09 AM] PAk Ek: Imam Masjid Muaz bin Jabal Taman Setiawangsa KL meninggal malam tadi semasa main badminton. Alfatihah untuk arwah semuga rohnya didalam rahmat Allah SWT
[5/7, 10:09 AM] PAk Ek: Peringatan utk kita semua. Bila2 masa je malaikat maut mari.

TAK DAK NOMBOR LAH NAK.TUKAR. TUNGGU MASUK JEL SAJA .KES BANYAK BAB SAKAW DUIT.

 TUKAR


Ada kawan2 di kedutaan, yang dok text saya sepanjang 2 minggu ini. Tanya2 pasal gossip politik. Ada juga sahabat berlainan parti tetiba tanya khabar. Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya? 


Jawapan saya standard, ”not in the near future”. Ini semua psywar saja. 


Kenapa? 


1. Sejak ada pindaan Perlembagaan mengenai lompat parti, pihak Istana takkan terima personal SD (iaitu dokumen sokongan MP untuk lantik Perdana Menteri). Setiap sokongan kepada Perdana Menteri perlu dibuat melalui parti. 


NB- ini saya akan buat posting undang2 mengenainya sebentar lagi. 


2. Kalaupun nak tukar PM, kena buat undi tidak percaya di lantai Dewan Rakyat. Pihak Pembangkang perlu masukkan usul 2 minggu sebelum Parlimen bermula. Maknanya usul dah perlu masuk minggu ini. 22hb Mei akan bermula. Tapi apa pun tak dibuat lagi. 


3. Kita dengar nak tumbangkan Kerajaan sejak awal penubuhan Kerajaan Madani lagi. Mula2 Hadi kata dalam masa 3 bulan. Nothing. Pastu katanya sebelum bulan puasa. Nada! Alih2 ada yang kata ada yang nak letak jawatan 5 Mei, nothing juga. Ini sembang “a boy who cried wolf” namanya. 


4. Beberapa Little Birds bagitau saya. Dari pelbagai sumber. Psywar ini dibuat kerana dalam blok Pembangkang pun ada banyak masalah. Ada yang over sampai cakap, seperti retak menanti belah. 


A. Dalam blok Bersatu, semua orang tahu DS Hamzah dan DS Azmin Ali tak sebulu. Mereka aiming untuk jadi nombor satu. Ada satu little bird bgtahu SD yang kononnya dah dibuat, bukan letak nama TSMY pun. Nama Hamzah pulak yang naik, tapi tak semua berkenan dengannya. Ada sailang menyailang juga. 


B. Ramai pemimpin Bersatu terkesan dengan kes Hoi Ya Hoi mereka. Sejak akaun Bersatu kena sita, banyak benda tak jalan. Ramai yang pikir kan tengkuk mereka saja. Takut rumah diketuk SPRM. Hamzah pun mereka kata dah mula slow down. Sebab kes anak dia. 


C. Hubungan Bersatu dengan PAS tak sekukuh dulu. Tiada lagi event bersama TGHH dan TSMY. Mereka pergi event jumpa orang lain pun asing2. Standard la set PAS ni, geng parasit politik. Bila Bersatu tiada duit, mereka sure akan kalih orang lain. Itulah yang dibuat sepanjang 30 tahun ini. 


D. Dalam kem PAS pun banyak fractionnya. PAS Kelantan dikatakan mula dah sabo TGHH, berlari untuk cari peluang dengan PMX. Ini termasuk keluarga dan saudara mara TG Nik Aziz. MB mereka pun sama. Mencari nyawa juga. 


E. Di Terengganu, anak menantu TGHH pula tak satu kem dengan MB Terengganu. Perang dingin sama. Walaupun PRN ni PAS confirm menang di sana. 


F. Mereka kata, ada gerakan oleh 2 Tun nak tumbangkan Kerajaan. Itu pun susah juga. Walaupun berduit, penentuan PM mereka sure nak jadi puppet master. 


G. Tambah satu Tun ni fussy orangnya. Yang jadi PM nanti habis akan dikacaunya. Akan ada banyak benda tak kena. Yang nak naik jadi PM pun pikir dua kali. Kalau 2 Tun ni bantu dia, sure terhutang budi. Apa yang mereka nak kemudian hari? Makanya, konklusi saya susah nak jadi. 


Jadi berdasarkan ini cerita, saya simpulkan, cerita ada nombor ni sembang saja. Itu saja idea yang mereka ada buat masa ini. Nak bangkang tak banyak isu lagi. Semua artificial. Bukan level 1MDB. 


PMX pun redha saja lah. Bukan tak biasa. Masa dia jadi Pembangkang pun cerita sama. Cerita ada nombor sejak tahun 2008. Katanya sampai MP2 UMNO lari ke Taiwan. 


Strong, convincing and formidable number, yang dok diulang. Tapi nasib baik juga masa tu Kerajaan tak pernah tumbang. 


La ni, PMX kena la seimbang. If you can give one, you can take one. Mungkin sebab tu dia pun macam chill saja. Perhaps dia tahu ini semua trick lama 😅


Kita yang dibawah perlu tetap nilaikan prestasi mereka. Sama ada Kerajaan atau Pembangkang. 


Set2 sembang kencang, kita letak ke belakang. Come PRU16, kalau tak perform kita tendang 😊🙏


Salam hormat, 

Liyana Marzuki


NB- To be fair, sat lagi saya letak gossip politik sebelah Kerajaan juga. Mereka pun ada gaduh sama.

NAK JADI PEMBANGKANG PUN TAK PANDAI.

 


MAMAT TAK GUNA SEDUIT PUN.


Sudah dinafikan. Oleh Timbalan Presiden Bersatu sendiri hari ini. Tiada gerakan nak tumbangkan Kerajaan. Diaorg nak fokus PRN pula. 


Eloklah tu. Bantu rakyat jadi Pembangkang berwibawa. Bukan kerja nak menjatuhkan saja. Rakyat pun muak mendengarnya. 


So mamat MPT Bersatu yang trigger benda ni kat FB dia, korang dah boleh mark dah. Cakap dia next time tak payah pakai lah. 


~LM~



NAK BANTU MELAYU. PULANGKAN SEMULA APA YANG KAMU SAKAW.

 



Tegas dan padu. Tak ada lagi berselindung. Tak ada lagi nak sinis-sinis. Jelas DS Anwar sebut Mahathir dan Daim.


Betul apa yang DS Anwar katakan. Mereka ini masa dalam kerajaan dulu, bukan sikit yang mereka kaut untuk diri dan keluarga mereka. Masa tu tak ingat pun orang Melayu.


Dah menganggur ni la baru teringat Melayu. Dulu dia siap kutuk Melayu malas. Dia jugalah yang buat dasar penswastaan yang susahkan rakyat terutama orang Melayu. Tapi kroni dia jadi jutawan belaka.


Sekarang cerita nak bela Melayu? Kalau nak tolong sangat, bagi la setengah kekayaan hasil sakau dulu. Bukan banyak pun. Setengah je. Bukan semua. Itu baru betul nak tolong.


Selain itu, aku lihat kenyataan DS Anwar ini sebagai gendang perang. Jadi para pemimpin PH terutama menteri, sambutlah gendang perang tu. Usah nak tangguh-tangguh lagi.


Gabung tenaga. Kerah segala jentera yang ada. Tak payah nak acah gentleman lagi. Kami dah lama nak tengok tindakan yang lebih agresif. Kini masa yang paling sesuai. Apa tunggu lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KENAPA DIMAINKAN ISU BANGSA DAN AGAMA.

 Aku pernah baca...


Dulu di India, apabila rakyat Muslim dan Hindu mula berbaik, penjajah akan cuba pecahkan mereka.


Maka dicampak kepala babi di masjid manakala di kuil pula akan dilontarkan kepala lembu.


Sebab bila Muslim dan Hindu berperang semula, kedudukan penjajah akan jadi lebih selamat.


Sebab itulah di Malaysia pun, ada pihak yang guna sentimen kaum dan agama untuk pisahkan rakyat.


Sebab bila rakyat terpengaruh dengan sentimen sebegitu, maka mereka akan dapat mencengkam minda rakyat.


Lalu mereka akan perkudakan rakyat. Rompak dana negara. Dan rakyat tak melawan kerana konon nak jaga bangsa.


Sebab itu kalau mahu negara terus maju dan hidup sejahtera, maka wajib kita tolak semua penunggang agama dan kaum ini.


Sebab yang mainkan sentimen kaum dan agama ni bukanlah mereka yang ada iltizam majukan negara.


Mereka bukan pandai mentadbir. Sebab itu mereka guna isu kaum dan agama untuk raih sokongan.


Dan niat mereka memerintah hanya untuk mencuri duit negara dan menindas rakyat. Jauhilah mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KEH..KEH...ADA MENTERI YANG TAK BERFUNGSI.

 




Tegas dan padu. Tak ada lagi berselindung. Tak ada lagi nak sinis-sinis. Jelas DS Anwar sebut Mahathir dan Daim.


Betul apa yang DS Anwar katakan. Mereka ini masa dalam kerajaan dulu, bukan sikit yang mereka kaut untuk diri dan keluarga mereka. Masa tu tak ingat pun orang Melayu.


Dah menganggur ni la baru teringat Melayu. Dulu dia siap kutuk Melayu malas. Dia jugalah yang buat dasar penswastaan yang susahkan rakyat terutama orang Melayu. Tapi kroni dia jadi jutawan belaka.


Sekarang cerita nak bela Melayu? Kalau nak tolong sangat, bagi la setengah kekayaan hasil sakau dulu. Bukan banyak pun. Setengah je. Bukan semua. Itu baru betul nak tolong.


Selain itu, aku lihat kenyataan DS Anwar ini sebagai gendang perang. Jadi para pemimpin PH terutama menteri, sambutlah gendang perang tu. Usah nak tangguh-tangguh lagi.


Gabung tenaga. Kerah segala jentera yang ada. Tak payah nak acah gentleman lagi. Kami dah lama nak tengok tindakan yang lebih agresif. Kini masa yang paling sesuai. Apa tunggu lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



GUNA NAMA ISLAM. TAPI BAB FITNAH NO WAHID

 




Tengok cara walaun berfikir. Dia tak faham maksud yang orang nak sampaikan. Atau dia sengaja putar belit sebab nak tutup kejahatan ulama su' mereka.


Hakikatnya, bukan kita malu nama Islam dilekatkan pada sesebuah parti, tapi Islam dimalukan dengan perangai buruk dan huduh pemimpin parti tersebut.


Seandainya parti itu betul jalannya, nescaya umat Islam boleh berbangga. Tapi bila sang pemimpin gemar putar belitkan dalil untuk kepentingan diri, ia buatkan nama Islam itu tercemar. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.