MASA DEPAN KJ SUDAH MATI DALAM UMNO, JANGAN TANGGUH LAGI SERTAI BERSATU


JIKA BERSATU DIHARAMKAN. KJ MATI BERSAMA TENGGELAMNYA BERSATU DI LAUTAN PASIFIC 


Sebagaimana dilaporkan media, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sah telah ditawarkan oleh Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin untuk bertanding dalam PRN akan datang ini.


Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, tawaran itu dibuat ketika KJ bertandang ke rumah Mahiaddin tidak lama dulu selepas beliau dipecat daripada UMNO.


Katanya, Mahiaddin terbuka untuk menawarkan KJ bertanding atas tiket PN dengan syarat bekas Ketua Pemuda UMNO itu hendaklah mengisi borang keahlian Bersatu terlebih dahulu.


“Soal di negerimana KJ akan diletakkan bertanding, itu bakal ditentukan pucuk pimpinan BN,” ujarnya.


Bagaimanapun, tambah Razali, KJ memaklumkan beliau memerlukan masa untuk memikirkan perkara itu dan sehingga ini masih lagi belum memberikan jawapannya.


Berdasarkan perkembangan ini, terutama kerana KJ yang datang mengunjungi Mahiaddin selepas dipecat daripada UMNO, ia dengan sendirinya menunjukkan beliau berminat terhadap Bersatu dan PN.


Kalau tiada minat itu, sudah tentu KJ tidak datang ke rumah Mahiaddin selepas dia dipecat daripada UMNO.


Dalam hal ini, KJ tidak harus menunggu lebih lama dan bertangguh lagi untuk membuat keputusan mengenai masa depan dirinya.


Menyertai Bersatu dan bertanding atas tiket PN dalam PRN akan datang adalah satu-satunya pilihan untuk KJ dapat kembali dan bernafas semula dalam dunia politik.


Setelah dipecat daripada UMNO dan Zahid Hamidi kini semakin mencengkam dalam UMNO selepas pemilihan parti baru-baru ini, hakikatnya tiada lagi ruang untuk beliau dapat kembali semula bersama UMNO.


Masa depan dan laluannya dalam UMNO sebenarnya sudah mati dan tidak guna lagi beliau meletakkan sebarang harapan kepada parti itu.


Beliau harus melupakan UMNO dan segera mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.


Di ketika ini dan berdasarkan kesesuaian perjuangan KJ sendiri, menyertai Bersatu dan PN adalah pilihan terbaik baginya untuk terus bernyawa dalam dunia politik negara ini.


Meskipun ada dua kemungkinan di mana KJ sesuai bertanding – di Negeri Sembilan atau Selangor – tetapi oleh kerana beliau sendiri sudah memindahkan keahlian UMNOnya ke Selangor sebelum dipecat, maka adalah perlu beliau bertanding di negeri tersebut dalam PRN akan datang ini.


KJ perlu meyakinkan Mahiaddin antara keperluan beliau harus diletakkan bertanding di Selangor ialah untuk memberi nilai tambah kepada usaha menawan negeri itu sebagai lonjakan bagi PN menghadapi PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Jika menang di Selangor, gambarannya cerahlah peluang PN dalam PRU akan datang nanti.


Tetapi, jangan meletakkan harapan bertanding di Selangor semata-mata untuk menjadi calon Menteri Besar, sebaliknya menawan negeri itu hendaklah dijadikan sasaran utama.


Berbanding Negeri Sembilan, menang di negeri itu tidak memberi apa-apa lonjakan kepada usaha PN memenangi PRU akan datang.


Untuk itu, KJ mesti bertanding di Selangor dan berpadu tenaga bersama pimpinan Bersatu dan Pas sedia ada untuk menawan negeri itu.


Kepada KJ, jangan bertangguh lagi dan buatlah keputusan segera untuk menyertai Bersatu dan PN dalam waktu terdekat ini.


Masa depannya kini ada di PN, bukan lagi dengan BN, melainkan jika beliau hanya mahu jadi DJ HotFM dalam tempoh lebih lama lagi. - ShahbudinHusin 23/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/


KISAH WAKESAH WAKELANTAN WAKEDAH WAKANDA. AIR TAK ADA SEMBANG KENCANG MACAM MENJADI ANGAN ANGAN MAT JENIN.






MB KEDAH PN PAS sembang nak jadikan KEDAH sebagai THE GREATER KEDAH apa bekalan air bersih pun tak mampu uruskan jadi angan2 mat jenin ja WAKEDAH WAKANDA https://twitter.com/lady_bugg11/status/1649811403233202184


LITAR LUMBA untuk sukan permotoran pun tinggal sejarah dongeng mat jenin SANUSI MD NOR.Litar lumba kau kencing hancing,Lapangan terbang KULIM kamu berak merata rata konon untuk angkut kargo,hahaha.Kami bersimpati dengan nasib anda di KELANTAN,KEDAH yg kene scam dengan PN PAS,PPBM.Ini bukti wabak air bermasalah di Kelantan sekian lama merebak di Kedah bawah PN PAS https://twitter.com/amer7211/status/1649946190899978240


Kak Lah : Air tiada sebab cuaca panas dan kering 

Nik Amar : Air banyak tetapi tiada tempat untuk simpan


Kak Lah penipu Nik Amar Pendusta.Itu pun kalian masih undi menangkan mereka selame ini


🎬🎞️🎭🎞️🎭🎞️🎞️🎞️🎥

Wayang PAS sampai Kiamat ...🙁


PRN JULAI 2023 pastikan kamu semua main peranan anda buang jauh tolak ramai2 semua calon2 PN PAS,PPBM letak di DUN.Kita dah masuk abad 21 tahun 2023 malulah air bersih pun tak boleh setel lagi sebab ade mangkuk jamban jadi kerajaan.bagi PH BN peluang tadbir semua akan jadi lebih baik seperti di PENANG,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN


Aiya Cik Siti - Apek feat Marjina

Ai Hadi Awang - Zupek feat Marjina 

https://www.youtube.com/watch?v=1DO4SIE0Uc0  minit 1.29.56-1.32.55 


Ai Hadi Awang,

MP dari Marang,

Jenis sembang kencang,

Mulut cukup lancang.

Muka si petualang,

Wajib kita tentang,

Habis di petiknya semua nama binatang.


Oh Mahiaddin Abah Cow Pagoh,

Jadi PM pun bongkak cukup angkuh,

Tapi penakut berdepan wartawan,

Semua livenya hanyalah rakaman.


Hamzah Zainuddin jangan nak membongak,

Tiba masanya engkau kami hentak,

Dirimu itu cuma sekor katak,

Perangai hodoh yang paling haprak.


Marilah rakyat pengundi semua,

Kita menolak politik perkauman,

Mainan kebencian Perikatan,

Yang menyusahkan tiada masa depan.


Apek jaga depan ada longkang,

Mana,

Lompat,

Aiya,

Lompat,

Aiya,

Lompat apek lompat,

Aiya.


Kamu jangan bimbang,

Kalian usah takut,

Puak Perikatan penuh karut marut,

Masa berkuasa dia buat darurat,

Tutup semua habis susahkan rakyat.


Ayuh sokongah PMX kita,

Mari sokonglah kabinet perpaduan,

Agong dan Majlis Raja2 Melayu,

Terus ke depan oh melangkah laju.


Ai Hadi Awang,

MP dari Marang,

Jenis sembang kencang,

Mulut cukup lancang.

Muka si petualang,

Wajib kita tentang,

Habis di petiknya nama binatang.


Oh Mahiaddin Abah Cow Pagoh,

Jadi PM pun bongkak cukup angkuh,

Tapi penakut berdepan wartawan,

Semua livenya hanyalah rakaman.


Apek jaga depan ada longkang,

Mana,

Lompat,

Aiya,

Lompat,

Aiya,

Lompat apek lompat,

Aiya.


p/s tengok gambar no 3.Gambar Marjina filem Alibaba Bujang Lapok (1961) pangkah jamban supaya penyamun tak rompak rumah majikan dia.Silap pangkah kamu semua dapat tahi PN PAS,PPBM.Ingat pesan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, salah pangkah dapat tahi.



DUIT RAYA TAK DAPAT-MAHFUZ INGATKAN SANUSI BAYAR HUTANG.





ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 seperti diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Beliau berkata, sehingga kini Muhammad Sanusi belum melunaskan tuntutan tersebut walaupun tempoh pembayaran telah ditetapkan 14 hari daripada proses penghakiman.

Menurutnya, sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkenaan mahu menangguhkan pembayaran tersebut, beliau diminta berhubung dengan peguam bagi meneruskan hasrat itu.

“Muhammad Sanusi perlu bayar segera kerana tempoh diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini ialah 14 hari daripada penghakiman.

“Beliau ketika itu telah minta tangguh sebab mahu buat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tiada pindaan dilakukan kecuali satu saja, iaitu denda daripada RM50,000 kepada RM120,000. Tempoh 14 hari masih kekal daripada tarikh penghakiman,” katanya.

Mahfuz memberitahu, Muhammad Sanusi tidak seharusnya menunggu sehingga perintah mahkamah dikeluarkan kerana keputusan telah pun diputuskan.

“Bermakna sekiranya nak bayar tak perlu tunggu perintah mahkamah dikeluarkan terhadap beliau, terus bayar sahaja. Kecuali mungkin beliau mahu merayu pula ke Mahkamah Persekutuan, yang itu perlu beritahu kepada peguam saya, tiada masalah.

“Saya akan arah pula peguam saya buat rayuan pencelahan di mahkamah mungkin untuk minta tambah daripada RM120,000 kepada RM240,000,” jelasnya.

SANUSI- UMAH HANG OK KA ?AYAQ ADA KOT- TAK ADIL BETUL....MANA ACI.

 


Nak tanya, dalam hampir sejuta pendudukan Kedah yang terjejas bekalan air tu, rumah Sanusi dan exco negeri termasuk tak? Agaknya Sanusi pun sama tak dapat air ke atau rumah dia air macam biasa? Nak tahu juga. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



JADUAL MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DI BEBERAPA NEGERI


 

Peluang untuk rakyat bertemu PMX kita, DS Anwar Ibrahim secara lebih dekat. Program rumah terbuka Malaysia Madani.

Rakyat Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor diharap jangan lepaskan peluang ini.

Perincian seperti yang terdapat pada gambar di bawah. Guane boh?

 
Raja Gelap 
.

FB MERAJUK


Gino Marvela.

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


Semalam cuba buat posting, tapi tak lepas. Like posting hangpa pun di kenakan bar sehari. Apa gila mark zuckerberg ni. Silap hari jadi seperti Friendster la FB.


Bagi yg kenal GM secara langsung atau sekadar maya, kami sekeluarga mendoakan kalian di kurniakan kesihatan yg baik, di limpahkan keberkatan rezeki dunia & akhirat. 


Walaupun GM menggunakan nama mata pena utk berkarya bagi menyembunyikan identiti & keselamatan kami, acapkali kami berada di luar sana berdekatan membantu tanpa kalian sedar kehadiran kami di sesuatu tempat.


Apapun sekali lg, semoga hari lebaran ini sentiasa ukhwah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.



KEH KEH...KALAU HANGPA SOH MAT JARGON URUSKAN. BAIK BAGI PAK PANDIR BUAT...SAMA JA HASILNYA.


Hurjunot Ali


 Masa saya dulu, kuliah dah rancang dah. Tiba-tibaa ada orang PAS report JAIS, maka kuliah saya terpaksa diberhentikan.


Lain kali, mohon tauliah dulu. Sekadar bayar siaran sahaja tidak mencukupi.



DAH TOBAT LAHUM ATAU GUNA NAMA LAIN PULAK ?

 


Reza Razali yg bergiat di Twitter sebagai @_rezarazali_ telah ditahan oleh PDRM.


Reza seorang ahli PAS yg gemar melakukan fitnah terhadap kerajaan demi mengalih sokongan kepada PN.


KESIAN LA WALAUN...

 


Adrian Lim Chee An


Bila KWSP tidak dibenar usik demi menjamin waktu persaraan, dia desak supaya KWSP dipakai.


Bila KWSP dibenar pakai, dia desak pula KWSP tidak dibenar usik demi menjamin waktu persaraan.


Sia-sia aksi Norazlan yg "berjalan" dari Johor ke KL tempoh hari.