NAZLAN ADALAH HAKIM YANG MULA SEKALI MENJATUHKAN HUKUMAN PADA NAJIB.

 

GINO MARVELA.


Berkaitan dgn Hakim Nazlan yang umno cuba sentuh demi menyelamatkan Najib, GM ambil sisipan nukilan dr seorang peguam yg menarik dalam penulisannya, "kesalahan jenayah yg di lakukan oleh Najib juga tidak pula di katakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti". πŸ‘‡


Ramai yang bertanya kenapa Majlis Peguam dan bekas2 President membela sangat Hakim Nazlan itu? Adakah mereka (Bar Council dan bekas2 President) telah dilantik sebagai peguambela kepada Hakim Nazlan. Atau mereka telah juga dilantik sebagai peguambela untuk Tengku Maimun?


Bukan begitu....Bar Council ini mengambil tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Legal Profession Act 1976 terutama S.42 seperti dlm screenshot di bawah.


"To uphold the cause of justice without regard to its own

interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;"


Apabila ada berlaku sesuatu yang akan mengganggu gugat sistem keadilan negara, Bar Council akan berbunyi lah. Cara mana mereka berbunyi bergantung kepada keadaan.


Biasanya keadilan pada mereka ialah mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jarang sangat lah mereka memuji kerajaan itu. Itu lah nampak seolah2nya mereka itu anti kerajaan dan mereka menyokong pembangkang.


Dalam hal kes Hakim Nazlan ini, nampaknya BC dan bekas2 President nya bermati-matian mempertahankan. Apakah sebabnya?

Adakah kerana Hakim itu malaikat tidak melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan atau adakah concept "the enemy to your enemy is your friend" digunakan?


Hakim Nazlan adalah hakim yang mula menjatuhkan hukuman kepada Najib. Disitu lah mulanya jenayah yang dilakukan oleh Najib diadili dan disabitkan. ✅


Kemudian nya di sambut pula oleh 3 hakim lagi di Mahkamah Rayuan. Terus juga mengatakan Najib bersalah melakukan jenayah. ✅


Selepas itu 5 hakim Mahkamah Persekutuan juga setuju semua bukti dan undang2 nya menjurus kpd Najib bersalah melakukan jenayah. ✅


Panel lain pula yg terdiri dari 5 hakim lagi, 4 darinya mengatakan tiada apa salah atau silap nya mahkamah2 itu menjatuhkan hukuman terhadap Najib. ✅


πŸ‘‰ Hanya 1 hakim kata yg najib tidak di berikan keadilan dalam proses perbicaraan, tidak boleh tangguh kes dll, maka mensabitkan Najib itu tidak sepatutnya berlaku begitu. 


πŸ‘‰ Tidak menyentuh merit atau kesalahan yg dilakukan hanya berpendapat ada prinsip undang2 tidak dipatuhi. Kesalahan jenayah yang dilakukan tidak pula dikatakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti. πŸ‘ˆ


Serangan terhadap kehakiman ini bukan perkara baru. Macam2 serangan telah berlaku. Ada yang Bar Council pun turut menyerang malah memboikot apa juga aktiviti selain perbicaraan dan pendengaran kes, yg di buat oleh mahkamah. Malah ada Ketua Hakim Negara yg tidak diiktiraf oleh Bar Council pun. Sampai meninggal pun masih tidak di iktiraf lagi.


Kenapa dgn Tengku Maimun ini Bar Council sokong sangat? Ini kita ulas di lain kesempatan....kalau ada rezeki.


Kredit: Shamsuddin Nawawi - Peguam & Firma Guaman.



DIA JADI PAK LAWAK

 


Sanusi suruh cari moment yang kelakar. Tapi yang kelakar sebenarnya dia sendiri. Sibuk kata konon ada larangan dia ikut majlis kerajaan pusat. Dah ni apa benda? Sendiri menipu, sendiri yang kantoikan. Tu pun jangan. Walaun puja semacam. Guane boh?

Raja Gelap

 

NAJIB BEBAS, PH-BN PASTI DITOLAK PENGUNDI DALAM ENAM PRN NANTI


Ada dua kemungkinan mengapa UMNO begitu tergesa-gesa mahu memohon pengampunan buat Najib Razak, walaupun bekas Perdana Menteri itu belum sampai setahun menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah terhadapnya.

Pertama, untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri semula, paling awal barangkali selepas PRU16 nanti.

Kedua, untuk memanfaatkan pengaruh bekas Perdana Menteri itu bagi menghadapi PRN di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam hal ini, UMNO dipercayai punya keyakinan Najib mampu menjelmakan keputusan cemerlang buat BN sebagaimana peranan yang telah dimainkannya dalam PRN Melaka dan Johor sebelum ini di mana BN menang dengan majoriti dua pertiga di kedua-dua pilihan raya itu.

Untuk kemungkinan pertama, walaupun segelintir penyokong Najib masih ghairah untuk melihatnya dapat kembali sebagai Perdana Menteri, sebenarnya adalah lebih baik perkara itu dilupakan saja.

Najib bukan seperti Tun Mahathir Mohamad yang meletak jawatan secara sukarela pada 2003 dan dengan itu tiada masalah bagi rakyat untuk mengangkatnya semula sebagai Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018.

Sebaliknya Najib adalah Perdana Menteri yang gagal, ditolak rakyat dan menjadi punca yang menyebabkan UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu, malah sekarang dijatuhi bersalah atas kesalahan rasuah.

Dengan demikian, pengundi tentu akan berfikir lebih daripada sekali untuk memberinya peluang kembali menghuni Seri Perdana.

Lagi pula, dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, sementara Najib berada di penjara, tiga anaknya telah muncul sebagai pemimpin dalam senarai kepimpinan baru parti itu di pelbagai peringkat.

Anak sulungnya, Mohd Nizar Najib, kini adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, selain memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Seorang lagi anak beliau, Mohd Nazifuddin pula menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Yana menang Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai dan Exco Puteri UMNO Malaysia.

Apabila sudah ada tiga anaknya berada dalam kepimpinan UMNO, ini adalah masa yang terbaik untuk Najib berundur dan bersara sepenuhnya.

Oleh itu, UMNO tidak harus membuang masa memohon pengampuan yang segera buat Nakib, sebaliknya biarkan saja proses pengampunan dilakukan oleh keluarga Najib sendiri setelah beliau selesai menjalani tempoh tertentu di penjara dan mendepani perbicaraan tiga lagi kesnya berkaitan 1MDB di mahkamah.

UMNO harus bergerak ke depan dengan barisan kepimpinan sedia ada tanpa perlu menoleh lagi kepada Najib.

Untuk kemungkinan kedua iaitu bagi kepentingan BN berdepan enam PRN, apa yang UMNO harus sedar ialah bukan saja sekarang ini keadaan Najib sudah berbeza berbanding ketika PRN Melaka dan Johor sebelum ini, bahkan kedudukan kerajaan juga sudah berubah.

Oleh kerana PH dan BN sudah bersama dalam kerajaan dan setuju untuk bertanding sebagai satu pasukan dalam PRN di enam negeri nanti, keberadaan Najib sebenarnya sudah tidak memberi banyak manfaat lagi.

Gandingan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi lebih perlu diletakkan sebagai dua kepala perang bagi memastikan PH-BN mampu menggapai kemenangan.

Malah, jika adanya Najib dengan andaian desakan UMNO agar beliau diberi pengampunan penuh diperkenankan setelah ia dibawa oleh pihak kerajaan kepada Lembaga Pengampunan, ia akan memberi peluru percuma kepada PN untuk menyerang dan mengajak rakyat menolak PH-BN.

Rakyat pasti sukar menerima keadaan di mana Najib diberi pengampunan terlalu awal yang mana ia difahami adalah atas kehendak kerajaan melalui desakan UMNO tadi.

Dalam sistem Raja Berperlembagaan, meskipun kata akhir dalam memberi pengampunan adalah atas budi bicara Agong, tetapi baginda juga tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dan kerajaan dalam hal berkenaan.

Akhirnya, rakyat dan pengundi pasti akan melampiaskan isyarat penolakan mereka dengan tidak mengundi calon PH-BN di enam negeri yang berlangsung PRN itu.

Apa lagi jika PN memanfaatkan isu tersebut semaksimum mungkin untuk menyerang PH-BN.

Sudahnya nanti, bukan saja PN bakal menang besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah, silap-silap Selangor dan Negeri Sembilan yang kini dalam genggaman PH juga bakal terlepas.

Pulau Pinang yang nampak selesa dalam genggaman PH pun tidak mustahil akan terumbang-ambing untuk mengekalkan kemenangan.

Jika itu berlaku dalam PRN nanti, jangan bermimpi lagi untuk menang dalam PRU16 pada tahun 2027 akan datang. – ShahbudinHusin 09/04/2023.

 

JENUH LAH SANUSI- SANUSI DIKATAKAN ORANG KAYA BARU- PEKONG SUDAH PECAH DAN BERBAU BUSUK



"Saya akan bawa teropong pergi duduk di tepi pagar airport (lapangan terbang). Saya ada kata kat pegawai saya kalau kita tak dijemput kita beli meja lipat seorang sebiji, teropong seorang satu, kita dok tepi pagar kita tengok kapal navy, kapal terbang. "Lagipun tepi pagar itu pun, ada orang jual laksa, boleh makan-makan, sebagai pengunjung takkanlah depa nak halau," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.



TUNTUTAN TUN M | "Saya Akan Kemuka Bukti" - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau akan mengemukakan bukti bagi semua kenyataan berkaitan kekayaan membabitkan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.