Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
MUNGKIN INI SALAH SATU PUNCA KETUA PEMBANGKANG TIDAK HADIR KETIKA Q&A BERSAMA PM. PM PUNYA AKSES DALAM SEMUA HAL BERKAITAN KEWANGAN DAN KETIRISAN
Anak Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Dalam Negeri
ketika PN dalam kerajaan, Hamzah Zainuddin, diheret ke mahkamah bersama seorang
lagi rakan perniagaannya atas sembilan pertuduhan mengenai perlanggaran
berhubung subsidi minyak masak. Baca di https://bit.ly/3mbdGfM.
Muhammad Faizal Hamzah antaranya dituduh telah mengeluarkan
invois palsu kepada syarikat peruncit selain daripada memiliki minyak masak
bersubsidi melebihi daripada had yang dibenarkan. Wow... Ini baru #BEST. Sampai
anak pun ikut dapat faedah.
Ketika PN jadi kerajaan, bekalan bahan asas begitu kritikal.
Minyak masak bersubsidi juga amat kurang di pasaran hingga menjejaskan golongan
peniaga dan miskin. Nampaknya dah boleh agak mengapa boleh terjadi keputusan
bekalan yang begitu teruk.
Rakyat merintih tak dapat bekalan minyak masak bersubsidi.
Rupanya ada ahli keluarga pemimpin kerajaan yang simpan melebihi had. Manakala
rakyat disuruh gunakan minyak masak mahal. Kita susah, dia kumpul kekayaan
daripada kesusahan kita.
Paling kesian dengan walaun. Bermatian 'berjuang' untuk pemimpin
mereka sampai sanggup sebarkan fitnah tanpa sedar, kepayahan yang rakyat hadapi
berpunca dari pemimpin yang mereka perjuangkan. Tapi walaun tetap takkan sedar.
Biar dia susah asal pemimpin yang dia sokong kaya raya. Guane boh?
.
KECEWA BETUL DENGAN WAN FAYHSAL NI- JIKA INILAH YANG BELIAU JADIKAN RUJUKAN..
Agaknya inilah sumber Wan Fayhsal bila dia kata rakyat sampai
nak jual buah pinggang sebab hidup susah.
Level walaun percaya pada TikTok tu aku tak kisah lagi. Tapi ni
level pemimpin. Ahli parlimen wei. Pun sama dengan walaun, TikTok sebagai
rujukan.
Memang sahlah tak matang MP tu. Tengok video je terus percaya.
Lurus bendul naw. Senang kena tipu. Kalau jadi menteri, jahanam negara. Guane
boh?
“KALAU HADIR KE PARLIMEN PUN MALAS, MEMANGLAH TAK DAPAT TANYA SOALAN”
Menjawab kritikan umum terhadap ketidakhadiran pemimpin utama blok pembangkang ketika sesi soal jawab dengan Perdana Menteri di Parlimen, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukan semua Ahli Parlimen boleh bertanya soalan ketika sesi tersebut.
Dengan itu, menurut beliau, ketidakhadiran pemimpin utama pembangkang seperti Presiden Pas, Hadi Awang; Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin tidak sepatutnya menjadi isu yang berbangkit.
“Ramai yang tersilap faham keperluan hadir semasa sesi soal jawab dengan Perdana Menteri atau PMQ yang ditetapkan pada setiap Selasa itu.
“Semasa sesi PMQ bukan semua orang boleh tanya soalan Perdana Menteri, kalau Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir pun bukan boleh tanya soalan.
“Orang yang tanya soalan bertulis saja, apabila Perdana Menteri jawab, orang yang sama saja boleh bertanyakan soalan tambahan, bukannya sesuka hati orang lain boleh mencelah,” katanya.
Dua persoalan timbul daripada penjelasan Tuan Ibrahim ini:
Pertama, kalau begitu, kenapa pemimpin utama blok pembangkang seperti Hadi, Mahiaddin dan Hamzah tidak mengemukakan soalan bertulis kepada Perdana Menteri untuk dijawab ketika sesi PMQ itu?
Jika mereka mengemukakan soalan bertulis, setidak-tidaknya dapat lagi mengemukakan soalan tambahan daripada perkara yang dibangkitkan.
Ini tidak, sudahlah tidak hadir ketika sesi PMQ, menghantar soalan bertulis pun tidak juga.
Jadi, apa peranan mereka dalam semak dan imbang terhadap kerajaan?
Yang kedua, dalam setiap soalan tambahan secara bertulis yang dikemukakan oleh seseorang Ahli Parlimen, selain penanya soalan dibenar mengemukakan soalan tambahan, ia juga terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen lain, baik kerajaan atau pembangkang, untuk turut mengemukakan soalan tambahan.
Jadi, di mana asasnya hujah Tuan Ibrahim kononnya kalau Hadi Awang hadir pun, dia tidak boleh bertanya soalan?
Hakikatnya masih terbuka ruang untuk meminta penjelasan dan bertanya soalan kepada Perdana Menteri dalam sesi soal jawab itu.
Pokoknya, mahu dan tidak mahu saja dan paling penting, jangan malas hadir ke Parlimen.
Kalau di pentas ceramah, di sidang media atau sembang sesama sendiri bukan main lagi banyak isu dalam negara yang dibangkitkan, kenapa tidak gunakan saluran yang betul?
Tulis dan kemukakan soalan secara bertulis atau bangun mencelah untuk bertanya soalan tambahan, bukankah itu bermakna ruang sentiasa terbuka?
Sudah tentu semua itu hanya dapat dilakukan dengan wajib hadir ke Parlimen dan sedia untuk aktif memainkan peranan semak dan imbang yang ditunggu-tunggu rakyat sebagaimana digalas Anwar Ibrahim ketika beliau bergelar Ketua Pembangkang sebelum ini, walaupun ketika itu belum diwujudkan lagi sesi PMQ itu.
Cuba tengok Shahidan Kassim, disebabkan beliau rajin hadir ke Parlimen, peranannya sentiasa kelihatan menonjol.
Tapi, kalau awal-awal lagi tidak hadir ke Parlimen yang memberi gambaran tidak mahu atau malas berperanan aktif, memanglah tidak dapat bertanya apa-apa soalan.
Bercakap nak tebuk atap, kenapa pula boleh aktif? – ShahbudinHusin 06/04/2023
ISU WANITA PAS MASUK TV : MENTERI KENA PRO AKTIF SIASAT SINGKIR YANG HABIS KONTRAK...SEBAB ITU DEEP STATE MASIH BERJALAN
Apabila lihat status kalian di
media sosial, ramai yg kata elok bg si Lokman Adam ja mengepalai Jkom tu.
Kemudian marah ke Fahmi Fadzil .
Ini nak beritahu, J-Kom itu di kepalai oleh sdra Prof Agus manakala Kementerian Komunikasi Digital itu sdra Fahmi. Kuasa yang tinggi itu duduk di bawah tangan Fahmi, bukan Agus. 2 entiti agensi yang berlainan cuma keduanya terkait kepada penerangan & komunikasi.
Sayugia di ingatkan, Gobind
Singh Deo sewaktu PH memerintah 2018...dia telah tutup Jasa ni. Hampir
800pekerja Jasa ketika itu merintih menangis kata anak bini nak makan. Apa yang
tidak Jasa itu lakukan semasa BN memerintah...suami tulis isu kerajaan pun di
tukar ke Sabah. Isteri cikgu rasa tak puas hati, di hantar ke tempat lain.
Ahkirnya bila di bubarkan, hampir 800 pekerja di serap ke pelbagai agensi
seperti SKMM dll.
Apabila Muhyiddin tebuk atap,
Saifudin Abdullah bekas ahli parlimen Temerloh ketika itu hidupkan kembali dengan
nama J-Kom. Sudah tentu ratusan ahli J-Kom itu pro kepada Muhyiddin Yassin.
Kemudian hat mana pekerja
kontrak J-Kom yang dah tamat, di teruskan oleh pentadbiran Ismail Sabri.
Habis PRU15, PH tidak cukup
majoriti mudah. Bukan saja PH, malah semua pihak termasuk parti pis, bersatu,
BN pun tak cukup majoriti. Maka akhirnya YDPA cadangkan Kerajaan Perpaduan tapi Anwar akan lead. Bersatu & PN tolak, BN pula terima dan buang barah yang ada
dalam Umno.
Apakah umno itu bersih ?
Jawapannya, tidak. Dalam mereka ada saki baki yang rapat dengan pembangkang. Apa
jadi dalam J-Kom ? Dalamnya masih ahli yang lama menyokong Muhyiddin, Ismail Sabri
& segelintir 12 orang umno yang cuba kucar kacirkan politik yang Agong tetapkan.
Si Lokman Adam kata, ada 10-12
saki baki masih ada, tapi terikat kepada akta lompat parti. Pemilihan umno yang
terbaru, semua wajah penyokong Zahid Hamidi.
PH di mana Anwar sebagai PM, ikut
konsensus yang di tetapkan oleh Agong menerusi Kerajaan Perpaduan. Dan kerjasama
itu di lihat berjaya dengan TPM1 dari Semenanjung...TPM 2 dari blok Borneo.
Sekali lagi, mengapa dengan
provokasi politik dan deep state ini masih segar ?
Kerana dalam J-Kom itu ratusan
ahlinya masih orang lama. Dalam SKMM itu juga masih ada orang Jasa yang di beri
kerja.
Yang seharusnya Fahmi buat ialah,
beri kata putus semua media tidak kira dari segi media sosial atau media
penyiaran perlu menyokong kerajaaan semasaa & menerangkan semua program yang
kerajaan perpaduan ini buat. Tapi malangnya, hanya 30% maklumat kerajaan di
salurkan...lebihnya di diamkan dengan berdiri sebagai kebebasan media.
Ini yang sdra Fahmi perlu buat.
Jika perlu tukar mana-mana CEO, pengarah, wartawan atau pengarang yang tidak memihak
Kerajaan semasa...ia perlu di lakukan.
Dalam isu terbaru hal untit di
beri slot Biz RTM...sdra Fahmi buleh kata, RTM pilih untit tanpa beritahu
Fahmi, jadi apa yang dia buleh buat.
Inilah kesilapannya. Fahmi
perlu berkeras, kalau jawab panggilan itu buleh...menelefon ketua di RTM itu
takkanlah tak buleh. Banyak lagi orang yang buleh beri analisa dgn lebih baik, cuma di
pejamkan mata saja sebab nak beri sokongan moral pada pembangkang.
Iyalah...katanya berdiri dengan tajuk kebebasan media. Tapi lupa maklumat &
perjalanan semasa kerajaan yang penting itu pula di pekakkan. 👈
Sisi J-Kom pula, kenapa diam ?
Bukan diam...kami lihat Syam Ghaz & Agus itu memang buat kerja. Cuma satu
pertanyaan GM...
Mengapa ratusan ahli J-Kom yang
menulis untuk penerangan sektor kerajaan itu tidak berfungsi ? Jawapannya jelas,
di samping kekurangan dana bawah tangan Agus, ratusan ahli J-kom itu TAK BUAT
KERJA! Hanya terima elaun bulanan saja sehingga tamat kontrak.
Prof Agus & Syam Ghaz tahu
bab ini. Memang ini adalah kelemahan yang J-Kom perlu hadap. Jika buang semua
sebagaimana Gobin Singh Deo buat satu ketika dahulu, memang akan bermasalah sikit.
Pegawai J-Kom yang ambil elaun bulanan itu akan habis kontrak, jadi biar ia
berjalan dengan sendirinya ibarat tarik rambut dalam tepung, tepung tak
berselerak.
Ya, lokman adam buat sesi
penerangan di Youtube itu bagus. Tapi ingat, sebelum kontrak tamat...dalam tu
masih ada orang Muhyiddin Yassin & Ismail Sabri lagi.
Tapi kalau berkira-kira nak tukar
Agus & naikkan Lokman Adam, itu bukan pilihan yg terbaik apatah lagi di
sisi lain mmg ada org parti dalaman yg cuba ganggu gugat Jakom bawah tangan
Agus demi keuntungan peribadi.
J-Kom dh cukup baik di bawah
tangan Agus. Cuma Fahmi sebagai menteri KKD perlu bergerak lebih berani & lebih
keras... (Warning @ tukar) Bukan lembik semacam.
Yang berkarya:
Gino Marvela
WRLR
WALAU PUN SIBUK PRESIDEN CHINA LAYAN PM10 DENGAN TERBAIK
China lebih hargai lawatan PM Msia daripada Arab. Walaupun
president Xi sibuk jumpa PM sepanyol dan PM Spore pada hari yang
sama, dan sibuk dengan isu perang ukraine dan isu US, dia tetap
luang masa untuk jumpa Anwar.
NAK PERHATIAN- DULU MASA KECIK JENIH KURANG KASIH SAYANG
Zainuddin Omar
Alaaan nak sangat simpati. Boleh aje beli tiket untuk ke dalam macam orang biasa.
Lain kali buatlah perangai elok dan jangan asyik nak bergaduh dengan Kerajaan Pusat.
Buanglah ego demi kebaikan rakyat Kedah dan ikutlah perangai seperti MB Perlis yang humble.
*****************
Menteri Besar Kedah Sanusi Muhammad Md Nor berkata dia tetap akan hadir acara kerajaan persekutuan, walaupun mendakwa dirinya disekat daripada menghadiri majlis tersebut.
Ini termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima 2023) pada bulan depan.
Sanusi, yang merupakan Adun Jeneri berseloroh dia akan duduk di tepi pagar landasan lapangan terbang Langkawi sambil makan laksa sajian gerai penjaja berhampiran untuk menonton pameran itu.
"Saya akan bawa teropong pergi duduk di tepi pagar airport.
"Lagipun tepi pagar itu pun, ada orang jual laksa, boleh makan-makan, sebagai pengunjung takkan lah depa nak halau.
"Saya ada kata kat pegawai saya kalau kita tak dijemput kita beli meja lipat seorang sebiji, teropong seorang satu, kita dok tepi pagar kita tengok kapal navy, kapal terbang," katanya pada sidang media yang disiarkan di Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.
Pun begitu, Sanusi berkata difahamkan dia akan dijemput ke acara tersebut menurut jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Dewan Negara sebelum ini.
"Saya ni Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan saya menteri besar, banyak lagi jawatan saya yang berkaitan, jadi kalau saya tak dijemput saya tetap akan hadir.
"Pegawai saya dah tempah hotel berbulan-bulan lalu, kenderaan, motosikal polis semua dah ada," katanya.
Bagaimanapun, Sanusi berkata selagi tidak menerima undangan rasmi maka dia kekal berpendapat kabinet telah menyekatnya daripada hadir Lima 2023.
"(Ini) sehingga terdapat keputusan membatalkan arahan itu daripada kabinet.
"Apabila saya menyuarakan mengenai halangan ataupun larangan yang dikenakan kepada menteri besar Kedah, maka kementerian-kementerian itu mengambil perhatian untuk mengabaikan.
"Tapi saya rasa satu keputusan kabinet hanya boleh diatasi dengan satu keputusan kabinet yang lain, mesti membatalkan keputusan sebelum itulah," katanya
Sanusi sebelum ini mendakwa dia dihalang daripada menghadiri majlis kerajaan persekutuan atas tuduhan membocorkan 'rahsia kerajaan'.
Dakwanya, perkara itu didedahkan kepadanya oleh seorang pegawai kanan kerajaan di Kedah yang menunjukkan salinan keputusan kabinet untuk menghalangnya daripada hadir ke majlis kerajaan persekutuan.
Sanusi mendakwa ia berpunca daripada ucapannya dalam khutbah di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini, di mana Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS itu, mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan pembentangan untuk Kementerian Kewangan sendiri dan bukannya meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan melakukannya.
Pertemuan itu, katanya, adalah antara perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri negeri, dan diadakan sempena mesyuarat Raja-raja Melayu pada hari yang sama.
Turut hadir ketika itu ialah barisan menteri kabinet persekutuan.
MB TAK CERDIK MACAMANA RAKYAT NAK DIJAGA
Jenis tak faham injuksi mahkamah. Elok2 kalah kes sivil terus jadi kes jenayah.
Cerdik tak boleh di
ajar. Mungkin denda tak cukup, dia nak penjara pula kut.
WALAUN CABAR ANWAR SAMAN BELIAU
Modal PRN 6 negeri
akan banyak guna perkataan #Liwat & #LGBT jadi tak kiralah pakai jubah & kopiah
solat 5 waktu kalau Sesat Politik akan tetap mulut keluarkan Modal Politik
Fitnah. Ini ada permintaan dari seorang Walaun untuk Ahli PKR Pakatan Harapan,
penyokong PMX Kerajaan Perpaduan untuk kita buat Laporan Polis kepada diri dia
sendiri. Begitu angkuh minta disaman walau baru anak kecil tetapi sebab politik
dia boleh sebar komen fitnah dengan harapan fitnah tu boleh menangkan parti PAS
Hadi Awang.
Seorang yang merdeka https://youtu.be/Euws3uag0gQ
PENDEDAHAN BAKAL BERLAKU- SIAPA YANG DAPAT DUIT DAN GUAN ADA BUKTI TIDAK BERSALAH
GUAN ENG
Berjaya!
Mahkamah membenarkan
permohonan pihak pembelaan bagi mendapatkan laporan forensik yang mengandungi
perbualan penuh Whatsapp diantara Zarul dan Gnanaraja dan laporan pengadu di
Mahkamah Shah Alam yang bakal mendedahkan siapa yang mendapat wang seterusnya
membuktikan yang saya tidak bersalah!
______
PELABURAN CHINA WUJUDKAN 35 RIBU PELUANG PEKERJAAN
Pelaburan China wujudkan 35 ribu peluang pekerjaan
on:
Pelaburan besar besaran China ke Malaysia dijangka akan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dalam jangka masa panjang dan boleh menyelesaikan masalah pengangguran negara.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN – Kubang Pasu) berhubung memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani oleh wakil Malaysia dan China baru baru ini dikhuatiri tidak mendatangkan apa apa komitmen perniagaan.
“Berbeza dari MoU biasa, PM Li Qiang dan saya memutuskan tidak melayani MoU atau 9 cadangan lain yang tidak ada perancangan khusus pelaksanaan tahun ini atau selewatnya akhir tahun ini.
“Yang diputuskan ini akan dipantau oleh Malaysia di bawah MITI terutamanya, dan di bawah pengawasan PM Li Qiang, iaitu syarikat (China berkenaan) akan melaksanakan akhir tahun ini atau selewatnya awal tahun depan.
“Geely akan hadir awal bulan depan dan ini disahkan oleh pihak Proton untuk melaksanakan program di Tanjung Malim. Geely mengembangkan dari projek asal kepada kereta elektrik (EV) dan lain lain.
“Tentang peluang kerja yang disebut sebanyak 35,000, tetapi saya tidak fikir perlaksana 35,000 serta merta. Peringkat awal diperlukan Proton 1,500, syarikat lain belum menyebut,” katanya dalam sesi pertanyaan PM di Dewan Rakyat sebelah pagi.
Anwar menjangka MoU kali ini akan membawa pelaksanaan lebih baik kerana Malaysia tidak tandatangan MoU dengan syarikat yang hanya umumkan pelaburan tetapi tidak melaksanakannya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
DIVIDEN PENCARUM KWSP RENDAH JIKA BENAR PENGELUARAN BERSASAR
Dividen pencarum KWSP rendah jika benar pengeluaran bersasar
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sekali lagi menegaskan rasional kerajaan tidak membenarkan pengeluaran kali kelima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Hal itu susulan tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan beramai-ramai semalam selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak.
Tegas Rafizi, walaupun tuntutan ini jika dibenarkan boleh dilihat sebagai satu program kerajaan yang sebenarnya tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat terutamanya golongan yang berisiko yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua.
Pengeluaran itu jelasnya hanya akan mengurangkan simpanan hari tua daripada caruman rakyat sendiri.
“Apabila dana KWSP menyusut, ini akan mengehadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.
“Ini akan membawa kesan kepada pencarum-pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman KWSP kerana jika pulangan secara keseluruhannya rendah, maka pencarum-pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu,” katanya menerusi hantaran video di laman Instagram.
Mengulas lanjut Rafizi berkata, kerajaan tidak memilih jalan populis membenarkan pengeluaran itu untuk meraih sokongan rakyat.
Sebaliknya kerajaan menambahkan lagi caruman dan simpanan hari tua kepada pencarum supaya simpanan hari tua mereka mencukupi.
“Oleh sebab itu kerajaan memilih jalan yang memberi kebaikan kepada semua pihak, bukan memilih jalan singkat yang akan meninggalkan masalah kepada pemimpin lain pada masa hadapan untuk diselesaikan,” katanya.
KELUAR DEWAN RAKYAT: PEMBANGKANG MAIN EMOSI RAKYAT
Keluar Dewan Rakyat: Pembangkang main emosi rakyat
Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat secara beramai-ramai semalam dikritik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Liew Chin Tong berkata, tindakan protes susulan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahaskan itu jelas membuktikan pembangkang tiada idea bernas.
Pembangkang jelasnya bukan sahaja tidak membantu kerajaan menghadapi cabaran kitaran gaji, produktiviti, kemahiran dan aktiviti nilai tambah rendah tetapi cuba bermain dengan emosi rakyat bagi meraih sokongan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Pada masa ini, pembangkang yang tidak mempunyai sebarang dasar ekonomi yang jelas cuba bermain dengan emosi rakyat.
“Mereka menggunakan isu pengeluaran bersasar KWSP di parlimen sedangkan negara kita sedang dalam proses pemulihan ekonomi,” kata anggota parlimen Iskandar Puteri itu.
Liew juga menyifatkan apa yang berlaku semalam sebagai “tindakan terancang”.
Dia mengingatkan bahawa sudah empat kali pengeluaran bersasar KWSP dibenarkan sewaktu era pentadbiran Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
“Sewaktu Mahiaddin menjadi Perdana Menteri selepas rampasan kuasa Sheraton, beliau tertekan dengan kemelut ekonomi dan politik.
“Pada mulanya beliau enggan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP tetapi tekanan yang keras menyebabkan dia mengalah pada Julai 2021. Dan sebulan kemudian beliau terpaksa meletak jawatan,” katanya.
TRM: JAWAPAN DI PARLIMEN DARI PEJABAT TANAH GALIAN
TRM: Jawapan di Parlimen dari Pejabat Tanah Galian
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menolak tuduhan pembangkang PN bahawa beliau cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapannya berkenaan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang berkurangan di Kedah pada 29 Mac 2023.
Menurut Nik Nazmi, fakta yang beliau gunakan disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), maka usul ke atas beliau untuk merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen amat tidak wajar.
“Jawapan saya ketika sidang Parlimen pada 29 Mac 2023 telah disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) yang mengumpul data TRM oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.
“Saya sertakan surat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah bertarikh 30 November 2022 kepada JKPTG yang menyatakan keluasan TRM di Kedah sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam jawapan saya pada 29 Mac.
“JKPTG tidak menerima maklumat tambahan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari 1 Disember 2022 hingga 29 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.
Sebaliknya, maklumat yang didedahkan di Dewan Rakyat bahawa keluasan TRM di Kedah meningkat sebagaimana dibangkitkan oleh Ahli parlimen Sik tidak dikongsikan dengan pihak JKPTG.
“Saya telah menyatakan angka yang disediakan oleh JKPTG berdasarkan maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, dan saya yakin dengan kerja penjawat awam yang terlibat di peringkat Persekutuan dan Negeri.
“Saya juga mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah berkenaan peningkatan TRM Kedah dari 1933 sehingga hari ini.
“Namun, memandangkan beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2020, tentulah angka dari tahun 2021 hingga 2022 menjadi tumpuan, berbanding Kedah ketika era British dan ketika jajahan Jepun atau Siam pada Perang Dunia Kedua,” katanya sinis.
WOWW…PROJEK PERTAMA DARIPADA KOMITMEN PELABURAN RM170 BILION CHINA AKAN BERMULA BULAN DEPAN
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata salah satu projek daripada rekod komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari China itu dijangka dimulakan seawal bulan depan.
Anwar berharap pelaksanaan projek-projek itu akan menjadi galakan kepada pelabur lain.
“Projek awal yang pertama dijangka bermula selewat-lewatnya Mei,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.
“Ini akan memberi dorongan kepada pelabur selain mereka yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), bermakna pelaksanaannya perlu disegerakan.
“Sebab itu saya juga merayu kepada kerajaan negeri dan majlis tempatan yang berkaitan supaya memastikan proses (berkaitan projek) dipercepatkan supaya tidak menjadi masalah kepada syarikat terbabit.
“Peraturan dan undang-undang mesti ditentukan dan dipatuhi sepenuhnya dan semua kajian daripada jabatan itu mesti diselesaikan.
“Tetapi jangan mengambil terlalu banyak masa, kerana dalam keadaan semasa kita perlu memacu pelaburan yang lebih cergas,” tambah ahli Parlimen Tambun itu.
Minggu lalu, Anwar ketika lawatan empat harinya ke China, memperoleh komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion, yang mana ia merupakan yang terbesar bagi Malaysia sehingga kini.
Sebanyak 19 MoU telah ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China.
Antaranya, kata Anwar, adalah pelaburan dianggarkan RM80 bilion oleh Rongsheng Petrochemicals Co Ltd dalam kilang penapisan petrokimia.
Beliau juga berkata pembuat kereta Zhejiang Geely Holding Group (Geely), akan melabur RM2 bilion pada mulanya dan kemudiannya akan meningkatkan jumlah itu sehingga RM32 bilion.
Anwar juga memberitahu akhbar hari ini bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pelaburan RM170 bilion bagi memastikan pelaksanaan projek-projek itu lebih berkesan.
Katanya, beliau dan menteri-menteri lain yang berkaitan daripada kabinetnya akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai projek yang dicadangkan terutama negeri yang menerima sumbangan pelaburan besar dari China. – 5 April, 2023.
WAH- BIAR BETUL MAT JARGON NI- ADA YANG JUAL BUAH PINGGANG PULAK /
Kalau ikut kenyataan Dr. Abdul Jabbar Ismail yang merupakan
pakar transplan, Wan Ahmad Fayhsal telah mengeluarkan kenyataan yang
mengelirukan dewan. Baca di https://bit.ly/3zw0FAy.
Wan Fayhsal, dalam usaha mendesak kerajaan agar pengeluaran KWSP
kali kelima diluluskan, membuat dakwaan ada pihak yang sampai tergamak menjual
menjual buah pinggang akibat terdesak.
Namun menurut Dr. Abdul Jabbar, menjual organ itu secara haram
tak mudah kerana memerlukan satu pasukan yang besar. Tambahan pula organ itu
perlu berdaftar dengan Pusat Sumber Transplan Negara.
Boleh dikatakan mustahil untuk kegiatan itu dibuat di negara
ini. Jadi Wan Fayhsal kutip cerita itu dari mana? Adalah dia hanya tak cerita
itu semata-mata untuk kelihatan wira di mata rakyat?
Walaupun kenyataan MP dalam parlimen dilindung, tapi MP tak
boleh bercakap tanpa fakta yang mana boleh dianggap sebagai mengelirukan dewan.
Jelas Wan Fayhsal ini MP yang tidak beretika.
Bahkan Dr. Abdul Jabbar menyifatkan kenyataan itu sebagai
kebudak-budakan. Dan aku setuju dengan Dr. Abdul Jabbar. Memang Wan Fayhsal sering
buat kenyataan tak matang contohnya cetak duit untuk diberikan kepada rakyat.
Payah jika ada pembangkang tak berkualiti macam Wan Fayhsal ni.
Kalau betul pun nak perjuangkan nasib rakyat, tak perlulah nak reka cerita
palsu. Lagi pun kerajaan sudah pun berikan jalan penyelesaian. Nak buat isu apa
lagi? Guane boh?