ANWAR DAN FITNAH SERTA APA JASANYA

 


*Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke 10, merupakan seorg tokoh besar yg meletakkan islam sbgai panduan, sbgai kompas  'ad-din' beliau mendidik agar rakyat bangsa dlm negara bukan hanya tahu, ttapi faham dn hormat sejarah perjuangan politik tanahair yg menobat kan islam rahmatan lill-alamin di kalangan masyarakat majmuk .. seiring jgn sama sekali menghina nista cerca adat resam budaya dn kepercayaan mereka yg bukan islam .. Anwar Ibrahim bukan sekadar diiktiraf di dunia antara bangsa, bahkan pmx.dsai telah bnyak mendapat anugerah doktor kehormat falasafah pelbagai universiti negara² maju dunia, dia juga bergelar profesor serta merupakan salah satu pensyarah jemputan yang mendapat bayaran termahal ikut kiraan minit kuliah yg di sampaikan .. abah Cow, maey  lambong dn hadiwang ada macam itu atau boley buat macam itu 🤔¿? 🫣😲🤣😆*

 

Semakin banyak 

*FITNAH* yang ditujukan kepadanya 

*(Anwar Ibrahim)* semakin jelas dan benarlah kenyataan 

*Imam As Syafie.*

 

*Anwar Ibrahim* 

seorang pemimpin yang sedang 

*’BERJUANG DILANDASAN YANG BENAR.'*

 

Anwar Ibrahim dan Pesan Imam As Syafie 

*(Pengasas Mazhab Syafie).*

 

1. Suatu hari bertanya seorang murid Imam As Syafie kepadanya;

 

2. Wahai Imam As Syafie...diakhir zaman nanti ramai pemimpin yang ZALIM...bagai manakah aku ingin mengatahui pemimpin yang berjuang pada landasan dan jalan yang benar?

 

3. Jawab Imam As Syafie; Kamu carilah pemimpin yang banyak 'Panah Fitna' menuju kepadanya...maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu...kerana dia sedang berjuang di landasan yang benar.

 

4. Berikut adalah senarai FITNAH yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

 

01. Difitnah agen CIA.

02. Dfitnah agen FBI.

03. Difitnah agen Amerika 

       Syarikat.

04. Difitnah agen Yahudi.

05. Difitnah agen Israel.

06. Difitnah agen China.

07. Difitnah agen India

08. Difitnah agen Kristian.

09. Difitnah agen George 

       Soros.

10. Difitnah agen Asing.

11. Difitnah proxy Yahudi.

12. Difitnah Perasuah.

13. Difitnah pengamal 

      LGBT.

14. Difitnah main bini 

      orang.

15. Difitnah Peliwat.

16. Difitnah main depan 

      belakang.

17. Difitnah Islam sesat.

18. Difitnah Islam Liberal.

19. Difitnah ada RM 3 

      Bilion.

20. Difitnah hanya mahu 

       jadi PM

21. Difitnah memiliki 

      Ladang IOI.

22. Dfitnah 

       bertanggungjawab 

       bawa Umno ke Sabah.

23. Difitnah menjatuhkan 

       PBS.

24. Difitnah beri IC kepada 

      PTI.

25. Difitnah rayu undi 

       kepada Nur Misuari.

26. Difitnah DALANG 

       pencerobohan Lahad 

      Datu.

27. Difitnah budak suruhan 

      IMF.

28. Difitnah Wahabi 

      kerana rapat dengan 

      Raja Saudi.

29. Difitnah menjatuhkan 

      Tun Mustapha Datuk 

       Harun.

30. Difitnah gila kuasa.

31. Difitnah memaksa 

      minta tanah di Sabah.

32. Difitnah kali langgan 

       pelacur.

33. Difitnah memberi 

       muka dan berlembut 

       dengan masyarakat 

       China.

34. Difitnah Boneka 

       Amerika Syarikat.

35. Difitnah melencap.

36. Difitnah kaki penipu 

      besar.

37. Difitnah kaki 

      sandiwara.

38. Difitnah berakhlak 

      rendah.

39. Difitnah mata lebam 

       tumbuk sendiri.

40. Difitnah tidak 

       bermoral.

41. Difitnah agen Komunis.

42. Difitnah seorang Gay.

43. Difitnah tidak sabar 

       mahu jadi PM.

44. Difitnah cakap baruah 

       kepada Azmin Ali.

45. Difitnah terburu-buru 

       mahu jadi PM.

46. Difitnah terlalu gairah 

       jadi PM

47. Difitnah mahu 

      menjatuhkan Tun 

      sedengkan ada 

      perjanjian.

48.Difitnah melakukan 

      Liwat di Singapura.

49. Difitnah ada bebarapa 

       akaun di luar negara 

       tetapi telah dinafikan 

       Wikileaks.

50. Difitnah jadi barua 

       Dap.

51. Difitnah Freemason.

52. Difitnah mahu 

       menjatuhkan Mahathir 

       dengan undi tidak 

        percaya di Parlimen.

53. Difitnah sebagai 

       dalang dibelakang 

       video seks Haziq.

54. Difitnah menjatuhkan 

       Azmin Ali sedangkan 

       Azmin Ali bukan 

       saingannya.

55. Difitnah sembahayang 

       hajat di Kuil.

56. Difitnah rakus kuasa 

       padahal Anwar 

       seorang DEMOKRAT 

       yang tidak gila kuasa,

       yang GILA KUASA 

       adalah seorang.      

       DIKTATOR.

57. Difitnah cakap barua 

      depan Mahathir.

58. Difitnah 

       menghapuskan hak 

       orang Melayu.

59. Difitnah kuda 

       tunggangan Dap.

60. Difitnah janji harga 

       minyak turun RM1.50 

       pada PRU 14 padahal 

       janji tersebut untuk 

       PRU 13 (Video Klip 

       yang tular/Viral )

61. Difitnah melakukan 

      salahlaku seks oleh 

      Yusuf Rawther.

 

5. Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno dan berpolitik pada tahun 1982 telah berjaya mencipta dan melakar sejarah sebagai ' Pendakwah dan Cendekiawan Muslim ' yang dihormati dikalangan negara-negara Islam dan Barat.

 

6. Sejak Dato Seri memasuki Umno dan berpolitik sehingga hari ini Dato Seri tetap konsisten menggunakan ' Pendekatan Islam ' dalam politik dan seluruh dunia Islam dan barat mengenali Dato Seri sebagai ' Muslim Democrats.'

 

7. Sehingga hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kekal dan Istiqomah terus ' Berdakwah dijalur Politik dan Berpolitik dijalur Dakwah.'

 

8. Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang,dari Gurunya ia itu Tuan Guru Haji Salleh Othman Al-Makki.Anwar Ibrahim seorang yang warak,taat dan berpengetahuan dalam Agama Islam.

 

9. Adakah Anwar Ibrahim termasuk dalam golongan pemimpin yang dimaksudkan oleh Imam As Syafie?

 

*RENUNG RENUNGKAN LAH*

Itu sedikit sebanyak cabaran dan dugaan yg Anwar Ibrahim

lalui & hadapi utk renungan sahabat2 seperjuangan semua.

 

*FAKTA, KENYATAAN & REALITI*

 

 


SANUSI FITNAH APA LAGI ?

 

Ni nak habaq sikit pada menteri besar Kedah, hang merapu apa sampai kata Anwar pi Amerika...pi China bukan nak tarik pelabur tapi katanya kerajaan Malaysia janji pd US nak buat pusat tentera Amerika di Sabah ?

 

Wahai Nusi, sebelum Anwar pi ke negara luar cari pelabur asing dan memeterai persefahaman 2 negara, Wisma Putra & PMO akan hantar dulu wakil utk berunding. Sudah tentu negara2 asing itu juga punyai menteri luar & bhg ekonomi utk berbincang apa pula manfaat ekonomi utk mereka.

 

Sbg contoh pergi ke Indonesia, Jokowi dan menteri bincang hal amah, sempadan perairan, kos bawa masuk pekerja, beberapa pelaburan, bincang pemutihan pekerja haram yg hampir 6juta bekerja secara haram di Malaysia. 

 

Singapore pula, kita ambil pendirian dan cuba berunding isu Pulau Batu Putih, masalah trafik di sempadan Johor & Singapore dll.

 

Sebelum Anwar sampai, dgn maklumat dua hala...Malaysia dh tahu apa yg mereka nak tanya akan beberapa isu. Dari sini PM akan bincang dgn jabatan2 menteri masing2, kelak bila sampai...kita dh ada jawapan yg bertepatan.

 

Jadi bila kita inginkan pelaburan asing (FDI) utk melabur di Malaysia yg mampu buka peluang kerja kpd tempatan, kerajaan akan merangka lebih awal dan ada wakil yg akan berunding terlebih dahulu.  Akhirnya Tesla setuju, Amazon yg tahan pelaburan ketika Muhyiddin & Ismail Sabri memerintah, kini ambil keputusan utk melabur bawah pentadbiran Anwar. Banyak lg kekuatan pelaburan yg Malaysia cuba bawa masuk di bawah tangan sdra Anwar.

 

Tang mananya kerajaan Malaysia janji nak buka kem tentera US di Sabah ? 

 

Apa ingat YDP Agong & Raja-Raja Melayu tu bisu ka sampai benarkan nak buka kem tentera US di Sabah ? Tak fikir ka apa reaksi hubungan kerajaan Malaysia & China bila US buka kem tentera ? Apa pula kesan pd Filipina & Indonesia ? 

 

Cakap main lebong ikut sedap mulut ja sana sini. Bukannya cuba cari idea nak majukan ekonomi negeri. 

 

Kesalahan yg paling nyata dlm isu nak buat projek lapangan terbang, dia pi bincang dgn Syed Mokhtar & sykt dr asing utk melabur. Tidak ada usul ke kementerian pengangkutan, kajian fisibiliti, kos2 awal yg terpaksa di tanggung kerajaan, pemerolehan tanah. 

 

Dia main buat pelan model lapangan terbang ja tanpa landasan, lepastu minta kerajaan Malaysia lulus. 

 

Mcm mana rakyat Kedah buleh dapat MB mcm ni. Tu masing2 rakyat Kedah mula berkata, kesialan apa sampai air kopi keroh dr paip yg di alami oleh Kelantan, kini Kedah pula yg terima bahana. 

 

Rosak pemikiran Nusi ni. Main tibai asalkan buleh ja nak fitnah.

 

Gino Marvela.

 


Pantun 'dah isteri dua' gamatkan dewan - 'Satu pun pening, jangan cari p...



Pantun mengenai 'isteri dua' dari ahli parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman ketika hendak bertanya kepada Menteri Pertahanan Mohamad Hassan mengundang tawa dari ahli dewan rakyat.



Anwar cuba sendiri Menu Siswa Rahmah



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencuba sendiri Menu Siswa Rahmah, yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

RENTETAN KWSP- KENAPA SEBAHAGIAN SEBAB MUSABAB TIDAK DAPAT PENGELUARAN KWSP




Tempoh hari GM ada tulis akan isu KWSP, dan sebabnya kenapa kerajaan tidak luluskan pengeluaran, dividen yg kurang & sekiranya KWSP nak luluskan pengeluaran, maka dlm saat tidak cukup kecairan nak beri...KWSP terpaksa melepaskan beberapa pegangan saham & aset harta.

Nah...bukti ada dlm gambar ini.

Kalau ikut perspektif sykt Sunwei REIT, mmg akan tunjuk kepada pengembangan pelaburan & meningkatkan aset.

Jika ikut perspektif KWSP pula, anak sykt KWSP iaitu Kwasa Properties terpaksa menjual pegangan 6 pasaraya runcit Giant kepada Sunway REIT utk dapatkan kecairan wang dgn cara jual aset & hartanah.

Tadi GM baca fb online Berita Harian, kebanyakan menulis:

- Sial, rakyat minta duit kwsp nak keluar, dia kata takde duit. Boleh pula beli 6 pasaraya.

- Berhentilah nuar, duit kwsp ko joli beli pasaraya.

- Suruh buat loan cagar kwsp, beli pasaraya guna duit pencarum boleh pulak?

Tu cuba baca...ada penyokong puak kelarah yg menulis tu faham? Anak sykt KWSP tu jual pegangan ekuiti saham & aset nak dapatkan kecairan tunai. Maksudnya terpaksa lepaskan saham berharga semata nak timbal pendapatan (short term).

Nanti, pasti akan ada yg puak kelarah tu cakap, dulu jual tabung haji. Lani jual pula aset2 yg kwsp ada.

Abih tu, dah puak nkorang yg nak sangat duit kwsp keluar sampai RM10k, kwsp nak cari duit dari mana nak bagi rakyat lepas puak kerajaan tebuk atap dh baham 600bilion sewaktu pkp & lockdown covid? Bukankah terpaksa jual aset, pegangan saham & hartanah demi nk dapatkan kecairan tunai?

KWSP itu bukan bank, ia cuma tempat simpan duit rakyat utk hari tua. Maka kwsp mmg akan guna duit pemegang melabur dlm banyak ekuiti. Hasil untung ekuiti itu setelah di campur dlm pelbagai saham & aset, barulah di kira dividen nak bg kepada penyimpan.

Tahun depan bila aset berkurang, dividen kurang...mulalah melalak tak tentu hala. Sdra Anwar tu dh kata tak benarkan pengeluaran kwsp, sebab nak jaga kepentingan rakyat juga. Mmg tindakan taknak bg keluar kwsp tu tidak popular tp utk jangka panjang ia manfaat buat peminjam dari kita terpaksa jual pegangan semata nak sedapkan hati penyimpan keluar kwsp utk beraya.

Dah kebas RM600bilion, desak nak kwsp. Tampung kecairan dgn jual aset semasa pasai duit nak bg tak cukup, kelak nanti puak lebai tu dok kata Anwar jual aset kwsp.

Nkorang ni nak apa sebenarnya...!!!

Pekat sangat pengat tahi dlm kawah.

Tu Giant sbg contoh. Kalau tak cukup lg duit, terpaksa jual kepentingan penting sprt pegangan Plus dan terlepas ke tangan luar...sapa nk di persalahkan ?

 

YB BOLEH SAJA SAMAN MEREKA- RAKYAT SOKONG




MOHD SHAH RIM
 

Berat dugaan YB Hannah yang terus jadi sasaran sejak 2018.. Semoga beliau tabah dan terus berkhidmat untuk negara.



SIAPA BAKAL MENGISI 3 NAIB PRESIDEN DITENTUKAN ESOK

 

Esok, 18 Mac adalah hari pemilihan bagi memilih kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan bahagian-bahagian di seluruh negara.

Semua 191 bahagian UMNO akan mengadakan mesyuarat masing-masing secara serentak.

Bagi peringkat MT, disebabkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO diputuskan tiada pertandingan, persaingan paling menjadi perhatian tentunya ialah untuk jawatan Naib Presiden.

Seramai kira-kira 160,000 perwakilan seluruh negara akan memilih tiga Naib Presiden daripada lapan calon yang menawarkan diri.

Bagi merebut jawatan Ahli MT pula, seramai 95 calon menawarkan diri untuk merebut 25 kerusi tersebut.

Siapakah paling mungkin dipilih bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini?

Tinjauan dengan sejumlah ahli dan pemimpin UMNO di beberapa negeri mendapati, bagi jawatan Naib Presiden, calon paling menjadi pilihan setakat ini ialah Johari Ghani, Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan serta bekas Menteri Kewangan Kedua dan Hasni Mohammad, bekas Menteri Besar Johor dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Rata-rata yang ditinjau pendapat mereka kelihatan lebih cenderung untuk memberikan undi mereka kepada kedua-dua pemimpin terbabit berbanding calon-calon lain.

Johari menjadi pilihan kerana beliau dilihat pemimpin yang ada nilai tambah kepada parti susulan banyak pandangan yang dilontarkannya berkaitan permasalahan ekonomi negara dilihat relevan dengan hakikat isi poket rakyat.

Baru-baru ini juga beliau dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lantikan beliau diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat selepas bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Hasni pula menjadi pilihan atas kewibawaannya selaku “poster boy” PRN Johor sehingga BN mencapai kemenangan dua pertiga yang kemudian disusuli rasa simpati lantaran beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas itu.

Ini bermakna, jika kecenderungan itu benar-benar diterjemahkan pada hari pengundian esok, Johari dan Hasni dilihat berada dalam kedudukan paling selesa untuk mengisi dua kerusi Naib Presiden kali ini.

Ini sekaligus bermakna, bagi satu lagi kerusi Naib Presiden yang tinggal, ia akan menjadi persaingan yang sengit antara enam calon yang berbaki.

Mereka ialah Khaled Nordin, Mahadzir Khalid iaitu penyandang Naib Presiden sedia ada, Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Wan Rosdy Wan Ismail dan Yusof Musa Jamaluddin.

Dapatan secara umum melalui tinjauan dengan perwakilan negeri-negeri mendapati tidak ada ketentuan yang ketara siapa yang bakal memperolehi undi selesa bagi mengisi satu lagi kerusi Naib Presiden itu.

Ini kerana perwakilan didapati mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza tentang siapa pilihan mereka.

Ada perwakilan dilihat cenderung untuk memberi undi kepada Azalina berikutan beliau merupakan calon wanita tunggal yang bertanding bagi jawatan itu.

Kemenangan Dr. Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO minggu lalu dilihat mampu memberi sedikit kelebihan kepada Azalina.

Ada juga perwakilan cenderung untuk memberi undi kepada Wan Rosdy atas kedudukannya sebagai satu-satu calon yang berjawatan Menteri Besar.

Selebihnya, perwakilan didapati ada yang mahu memberi undi kepada Khaled atau Mahadzir atas kedudukan mereka sebagai penyandang jawatan tersebut.

Terutama Khaled yang berjawatan menteri dan penyokong kuat Presiden UMNO, beliau dipercayai akan mendapat sokongan yang lebih daripada kelompok tersebut.

Namun, kemampuan Mahadzir dalam memberi cabaran tidaklah boleh dipandang ringan, meskipun beliau kalah dalam PRU15 baru-baru ini dan tidak menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Beliau dikatakan mempunyai rangkaian yang meluas dalam parti, selain keperibadiannya yang mudah mesra dan pemurah sejak dulu lagi.

Dalam pada itu, bagi kerusi MT, agak susah dijangka siapa pemenangnya kerana terlalu ramai calon yang bertanding dan sehingga ini beberapa cai juga turut tersebar di media sosial.

Meskipun begitu, adalah dijangka ia adalah kombinasi yang seimbang antara yang pro Presiden UMNO dengan mereka yang tidak begitu sebulu dengannya.

Peringatan Zahid Hamidi malam tadi agar perwakilan tidak memilih calon proksi dalam barisan kepimpinan baru UMNO di peringkat pusat adalah petanda kebimbangan itu dan beliau nampaknya menyedari hakikat tersebut sedang berombak dalam UMNO menjelang hari pengundian esok hari. – ShahbudinHusin 17/03/2023.



NERATIF MELAYU TENTANG KHABAR ANGIN TEBUK ATAP

 



LIYANA MARZUKI


TEBUK ATAP 2.0


Beberapa  hari  yang lepas, saya dapat tip off. Gerakan nak tumbangkan Kerajaan sedang berlangsung. Maklumat yang nak disampaikan:

1. PN sedang memujuk GPS tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Sehingga sanggup offer seat PM pada mereka.

2. Bila GPS bersetuju, GRS bawah Hajiji akan ikut sama. Dapatlah mereka bersama perintah negara.

Kalaupun GPS dan GRS bagi sokongan kepada PN, still nombor tak cukup nak tubuhkan Kerajaan.

PH dan BN secara bersendirian dah dapat majoriti mudah 112 kerusi. Walau takde kerusi Parti lain.

Makanya, saya dimaklumkan ada gerakan dalam UMNO yang digerakkan oleh 2 orang pemimpin, akan bawak keluar 10 orang UMNO dan sokong PN.

Itu maklumat yang saya dapat.

Kalau diteliti benda ni sukar nak jadi. Kerana:

1. Kalau 10 MP UMNO sokong PN, dia dah kira lompat parti. Kena kosongkan kerusi. Takkan la nak buat PRK 10 tempat sekali. Memang Rakyat akan marah mereka ini.

2. Semua sokongan kepada PM perlu en bloc. Yakni secara bersekali mengikut kepala parti. Tak boleh macam dulu lagi.

Pada saya, GPS pun pikir 2-3 kali nak terima. Kalau tak jadi, habis meranap rakyat marahkan mereka. Tambah ada PAS di situ, yang ramai rakyat Sarawak tak selesa dengan kempen mereka sebelum PRU.

So kalau tanya saya memang Tebuk Atap 2.0 susah nak berlaku.

***************************************************

Tup tup semalam, Ayoh Chik kita, dengan confidentnya cakap Kerajaan ini akan tumbang dalam masa terdekat. Mana datang jumlohnya, kita pun naik heran.

Yang saya boleh jangka, ini semua propaganda mereka. Nak takutkan pegawai awam yang sedang jalankan tugas menyiasat pemimpin PN. Nak tunjuk mereka boleh berkuasa semula.

Sesungguhnya kuasa itu penuh nikmat. Ia memabukkan. Hilang kuasa 3 bulan, lepas berkuasa sekejap 33 bulan. Mereka dah kepanasan.

Adakah saya rasa Kerajaan ini sempurna? Tidak juga. Ramai termasuk saya pun belasah mereka. Tapi untuk rakyat dan negara, kita tak boleh biar negara tak stabil kerana politik sekali lagi. Tambah penat PRU hari tu pun tak habis lagi. Baru lepas 100 hari.

Pemimpin hauk mana yang tamak nak runtuhkan Kerajaan, hanya dalam masa 3 bulan. Adakah kerana banyak lagi kes yang akan ke Mahkamah, mereka makin kepanasan?

Kita nak pemimpin wibawa untuk pimpin negara. Yang kita dapat skandal Jana Wibawa. Tunggu la 5 tahun, boleh cuba semula.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

AGEN KOMENEH RUPANYA- PAS DAN LEBAI NAK KAWAN DENGAN KOMENEH JUGA YA...ISH..ISH..ISHHH

 


Ini kalau DAP yang buat posting macam ni, teruslah cakap unsur komunis meresap masuk Malaysia ni. Confirm terus DAP parti komunis. Tapi bila yang tulis tu kaum sendiri, diam je la. Silap-silap bangga lagi pulak. Guane boh?

Raja Gelap

 

KELANTAN TERENGGANU DAN KEDAH ANTARA NEGERI TERTINGGI MASAALAH DADAH

 

MOHD SHAHRIM


Jangan bimbang MP PAS.. kjaan memang tidak pernah iktiraf LBGT dan dalam masa yang sama diminta Kjaan PAS dan MP Kelantan cari solusi selesaikan kes jenayah seksual remaja dan dadah yang tinggi diKelantan.




LFL- BIAQ BETOI BADAN LAWYER NI.....

 



Dah kenapa LFL ni? Buat laporan polis pun zalim? Habis tu yang fitnah tu tak zalim? Paling kelakar dia kata tak mengikut undang-undang. Kalau begitu, macamana Mahiaddin boleh berhadapan hukuman penjara pula? https://bit.ly/3Tl3I7M.

LFL ni ada dendam peribadi kot dengan DS Anwar? Kalau saman, dikata koyak. Lapor polis dikatakan zalim pula. Sepatutnya LFL nasihatkan Mahiaddin tu supaya terima hakikat yang dia memang ada buat salah masa jadi PM dulu.

Sebagai peguam, apakah mereka dalam LFL ni rasa memfitnah itu tak salah? Kalau begitu rosak negara ini. Setiap orang boleh cakap apa je yang dia mahu tanpa pedulikan fakta dan kebenaran. Apakah LFL mahu fitnah membudaya di negara kita?

Setakat Mengkritik itu bukan masalah. Malah MP PH sendiri, YB Hassan Karim pun banyak kritik DS Anwar secara terbuka. Tapi DS Anwar tak usik pun walaupun di peringkat parti. Terbukti DS Anwar tak halang sesiapa pun kritik kerajaan.

Cuma kritik biarlah berfakta. Biar konstruktif. Bukan ikut nafsu dan reka cerita untuk pesongkan fakta, berbohong untuk selamatkan diri. Itu bukan setakat jahat malahan tak bermoral dan boleh menimbulkan

Cuma tindakan polis saja boleh selesai masalah pemfitnah begini. Sebelum ini DS Anwar telah pun sama Mahiaddin dalam isu Penasihat Ekonomi di mana Mahiaddin memfitnah DS Anwar terima upah sehingga RM15 juta.

Tapi Mahiaddin tak belajar. Mungkin juga dia fikir dia akan masuk penjara jadi saman begitu tak akan berkesan kepadanya. Jadi laporan polis beginilah sebagai jawapannya. Kerana dakwaan ini mampu tambah jumlah penjara yang bakal Mahiaddin hadapi nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

MENGATA ORANG DIA YG LEBIH- KENAPA TAK BISING SOAL LGBT.





NORMAN RADZUAN


Ini di Kedah negeri di bawah Sanusi PAS. Saya hairan isu ini depan mata kenapa tak bising pasal LGBT? Kenapa tak hentam Sanusi? Kenapa tak rasa malu? Kenapa tak kata Islam terancam?

Sebab suka bodohkan org Melayu sb nak kuasa… demi tembolok sendiri… Begitu juga konsert di sebelah masjid di Kedah kenapa tak bising konsert itu tidak menghormati agama Islam. Cuba konsert itu di Penang sebelah masjid…

Selalu saya katakan jika bawa mereka berhujah… sebelum berhujah kita mesti ada fakta dan data… percayalah akhirnya mereka akan berkata aaaaa…aaaaa…aaaaa.

Contoh jika kena khatam ideologi Dap, MCA dan Gerakan. Baca sejarah ketiga2 parti apa yg mereka lakukan sepanjang bersama kerajaan…saya pasti mereka akn checkmate tentang isu ini. Kita kena jawab dgn hujah bukan dgn makian.

Sampai bila la org Melayu ingin diperbodohkan. Macam Tun bila dia jadi PM dia kata Melayu malas bila hilang kuasa Demi Melayu. Mudahkan mainkan isu LGBT dan perkauman…habis harta rakyat.


RENTASAN 1332 | GEMPAR!! KERAJAAN PAS KELANTAN TAK AMBIL PEDULI KES JENA...



1. APABILA PENDAKWAAN SALAH GUNA KUASA DIPOLITIKKAN 2. NEGERI PAS JUARA KES JENAYAH 3. USTAZ, MAHKAMAH CARI, AWAK DI MANA?



KAH..KAH..KAH- KENAPA AKU GELAK? SEBAB SYED MOKHTAR PUN KENA TIPU DENGAN WALAUN




Haah kan? Penghujung tahun lepas bila DS Anwar minta Syed Mokhtar RM10 juta dan lagi RM50 juta untuk tahun ini bagi membantu petani miskin, PN kata DS Anwar sengaja nak bunuh jutawan Melayu.

Tapi rupanya, PN dapat sumbangan sampai RM200 juta daripada Syed Mokhtar. Patutlah dia takut Syed Mokhtar rugi. Sebab dia dah kebas lebih tiga kali ganda banyaknya. Mana tak habis duit orang tu. Baca: https://bit.ly/42ilg8n.

Begitulah PN. Sumbangan untuk petani miskin, dia kata merugikan peniaga. Sumbangan untuk parti dia, ok je. Lebih pentingkan parti dari petani miskin. Apa yang rakyat nak harap kepada pemimpin yang sebegini? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

BERANI YA DOK PERLI SULTAN- KALAU AKU MAKAN PENAMPAR DAH.


Sultan tak betul kerana larang ulama sebar ilmu, jadi yang mati katak di Memali kerana ilmu ulama lah..??

Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.



 

JIKA TUHAN PUN SANGGUP DI TIPU

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Jumaat - 03/23

( 1 -  24 )

 

 

1.   "Bukanke  you  guru  dan  sifu  saya"

 

itu  kata - kata  manis  Zahid Hamidi , Presiden  UMNO  sewaktu  perbualan  telefon  SELEPAS  Persidangan  Agung  UMNO  atau  PAU  dan  SEBELUM  Anwar  dilantik  sebagai  Perdana  Menteri  ke10  atau  PMX

 

2.  Perbualan  tersebut  membuktikan  Zahid  lansung  tidak  peduli  keputusan  PAU  yang  tolak  Anwar , PH  dan  DAP

 

3.  Walaupun pada mulanya  dinafikan  tapi  akhirnya  mereka  TERPAKSA  mengaku  perbualan  tersebut

 

4.    "WALLAHI

         WABILLAHI

         WATATLLAHI" 

 

tanpa  mengambil  kira  apa yang  berlaku  terhadap  Najib  yang  rajin  bersumpah  dengan  nama  ALLAH ,  Zahid  juga  menggambil  jalan  sama bagi  tujuan  menyakinkan  beberapa   Ahli  Parlimen UMNO  bahawa  beliau  TIDAK  akan  menyokong  Anwar  sebagai  PMX  dan  tidak  akan  bekerjasama  dengan  DAP

 

5.  Oleh kerana  telah   TIDAK  MENGHORMATI   keputusan   PAU  dan   lebih serius    SANGGUP  BERBOHONG   dengan  menggunakan  nama  ALLAH  SWT , jika  UMNO  maseh  mahu kekal  'relevan'  dan  disokong  rakyat  khasnya  orang  Melayu  maka  UMNO  misti  berani  menggambil  tindakan  luarbiasa  dengan  MENDISIPLIN   malah   MEMECAT  beliau sebagai  Presiden PARTI

 

7.  Bagi  mendapatkan  sokongan  Wakil - Wakil  Rakyat  UMNO  Zahid  menggambil  kesempatan  dengan  alasan  sebagai  Presiden  Parti   Anwar  tidak ada pilihan  melainkan melantik  beliau  sebagai  salah  seorang  Timbalan  Perdana  Menteri

 

8.   Jika  Fadillah  Yusof  dari  Sarawak  yang  BUKAN  Presiden Parti BOLEH  dilantik juga  sebagai  Timbalan PMX  maka  sudah terbukti Zahid  lebih  pentingkan  diri  dari  memberi  keutamaan  kepada   Anwar

 

9.  Menjelang   

PRU 15   yang baru berlangsung   saya telah  memberitahu  seorang  pemimpin  UMNO  yang  kini  berjawatan  Menteri bahawa  UMNO  akan  hanya  perolehi  30 Kerusi  Parlimen  jika  ia diterajui  Zahid  dan  Najib 

 

10.  Ahli - Ahli  UMNO  perlu  sedar , Najib  TERPAKSA  melepaskan  jawatan Presiden UMNO  dan Pengurusi  BN  kerana  hanya  berjaya  memperolehi  73  Kerusi  Parlimen  sedangkan  UMNO  dibawah  pimpinan Zahid  hanya  perolehi  26  Kerusi  sahaja

 

11.  Wan Saiful  melepaskan  jawatan  Ketua  Penerangan  BERSATU  setelah  dituduh rasuah  atas prinsip TIDAK mahu melibatkan  Parti  sedangan kan  Zahid  pula  yang  dalam perbicaraan maseh  bergayut  dengan  harapan  sebagai  Presiden  UMNO   dan  sebagai TPM   beliau  akan  dibantu  oleh  PMX  dan SPRM  MELEPASKAN  diri  dari dipenjara

 

12.  Pengakuan  Zahid  semasa  ditemurah  TV  Indonesia  bahawa  ibu bapa  beliau  dari Ponorogo , dan beliau  'BALIK  KAMPUNG'   di Indonesia membuat  ramai  tertanya - tanya  apakah  UMNO  sudah  ketandusan  pemimpin  yang  berwibawa seperti  Tengku  Razaleigh  Hamzah  atau  majoriti  Perwakilan  ketika  itu  seperti  ular sawa yang  kenyang  akibat terlebih  makan 'dedak'

 

13.  Usaha  Anwar  memerangi  rasuah ,  penyelewangan  kuasa  dan ketirisan   bukan  sahaja  perlu  diberi  pujian  malah  perlu  disokong  namun usaha  murni  tersebut mungkin  tidak  dapat  dilaksanakan  sepenuhnuya  kerana    orang  dibawah  dagunya  sedang  dibicarkan dengan  47  pertuduhan di Mahkamah

 

14.  Bolehke  seorang  Timbalan Perdana  Menteri  meggunakan  'outrider'  ,  kereta  peronda  polis  dan  pegawal pengawal  ke Mahkamah  dan  berhadapan dengan Hakim didalam kandang

 

15.  Di dunia  ini  hanya  di  Malaysia  saja  terdapat  Timbalan  Perdana  Menteri  memohon  Mahkamah  memulangkan Pasport  Antarabangsa nya bagi tujuan  tertentu  TAPI  permintaan  tersebut  ditolak

 

16.  Jika  Mahkamah  membenarkan permohonan tersebut ,  Mahkamah  juga  harus  bersikap  adil  kepada  mereka  yang  berada didalam  situasi  sama

 

17.  Cuba  bayangkan   jika  Anwar  ditimpa  kemalangan  serius  atau meninggal dunia maka  sudah tentu  Malaysia  akan  dipimpin seorang  penjenayah  dan kaki pukul

 

18.   Ingatkah peristiwa dimana Zahid  terlibat  bukan  sahaja mencedera malah  hampir  menanam hidup - hidup  Amir Bazli  Abdullah dari  Kelantan ,  kekasih  anak beliau Nurul Hidayah  yang  kebetulan  seorang  janda  ketika  itu

 

19.  Pepatah Cina  ada  menyebut :

 

NANG  BO  TI  NANG

KUI  BO  TI  KUI

 

yang  membawa  maksud  

 

MANUSIA  BUKAN

HANTU  PUN  BUKAN

 

ini lah  gambaran  sebenar  Zahid  Hamidi ,  Presiden  UMNO  

 

20.   UMNO  misti BERANI  BERTINDAK   dari  sekarang  lagi  dengan  membuat  pembersihan dari  atas  hingga  ke peringkat  cawangan  jika  ianya  mahu  di percayai  :

 

IKAN  ITU  BUSUK

BERMULA  DARI  KEPALANYA

 

22.  UMNO  juga  harus  kikis  sikap 'SINDROM  PENAFIAN'  atau  'DENIAL  SYNDROME' dan  misti  terima  pandangan  yang  berbeza

 

23.  MAJORITI  PERWAKILAN  HARUS  DIPERSALAHKAN   KERANA  MEMILIH  ORANG  SEBEGINI  SEBAGAI  PEMIMPIN  ;  BAGI  MENGISI  PERUT MEREKA  SANGGUP  MENJUAL  MARUH DIRI    

 

24.  Jika  Tuhan  pun  sanggup  ditipu  , ini kan pula  Ahli - Ahli  UMNO

 

 

Wassalam 

Terima  Kasih