SANUSI KENA TIPU ?- SYARIKAT ITU MENGHADAPI MASAALAH PENANAM DURIAN DAN TEROWONG BAWAH LAUT PENANG- KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN SANUSI BUKAN BIASA-BIASA
Cadangan pembinaan KXP dimulakan oleh ECK Group sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri. Setakat Mei 2022, syarikat tersebut telah membatalkan penglibatan mereka.
Pelabur yang kemudiannya dikatakan bakal terlibat dalam pengurusan KXP pula ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Dakwaan Hamzah retorik, ragu sanggup dipenjara - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan keraguannya sekiranya Hamzah Zainudin sanggup mengambil risiko untuk dipenjarakan demi mendedahkan fail-fail yang didakwa disimpan sejak menjadi menteri dalam negeri.
Rafizi berkata, dia melihat dakwaan Hamzah tidak lebih sekadar retorik kerana mempertaruhkan diri sendiri sekiranya memilih untuk mendedahkan fail-fail berkenaan.
HILANG KEWARASAN HANYA KERANA INGIN POPULAR DALAM DEWAN.CAKAP DULU KENA GEMPAQ MOHON MAAF-KAH..KAH
PENYANYI INI HADIR KETIKA ZAMAN PN MEMERINTAH-LEBAI JADI KERAJAAN JUGA
Ahli parlimen PAS hilang kewarasan bila tak dapat berkuasa.
Pertama sekali, MP PAS ini membuktikan dirinya adalah seorang yang tak
bertanggungjawab. Seorang yang bercakap tanpa kepastian.
Sebelum ini terpaksa minta maaf kepada penyanyi Baby Shima atas
tohmahan yang dia lontarkan dan semalam, tarik balik kenyataan kerana
perkatakan sesuatu yang tak pasti. Dah biasa sangat mereka ni bercakap tanpa
berfikir nampaknya.
Aku mulanya nak kongsi videonya tapi download tak lengkap. Pun
begitu, video ini telah tersebar luas dan banyak page yang dah kongsikan.
Pertama, tanpa rasa berdosa, dia tuduh perarakan sempena Hari
Wanita membabitkan LGBT. Kedua, dia mengaitkan perarakan itu dengan kerajaan.
Dia tuduh seolah-olah kerajaan berikan kebenaran. Sedangkan
acara itu dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan. Berita lanjut di https://bit.ly/3mV1bVs.
Mujurlah ada Speaker Dewan yang tegas dan bijak. Itu pun pada
awalnya bila ditanya, dia mengaku dia pasti perarakan itu ada unsur LGBT.
Tapi bila Speaker kata nak semak dan kalau tiada dia boleh
dikenakan tindakan, terus tukar, kata tak pasti pula. Sama macam kes Baby
Shima. Bila kata nak ambil tindakan, terus U-turn.
Sebagai peringatan, perkara yang sama pernah juga berlaku pada 9
Mac 2020 ketika pentadbiran PN. LGBT ikut sama perarakan Hari Wanita. Tapi
ketika itu pembangkang tak gunakan isu itu untuk fitnah kerajaan.
Malahan seorang artis pro LGBT, Billie Eilish juga pernah
diberikan kebenaran membuat konsert di negara ini ketika PN ada dalam kerajaan.
Dan sekali lagi, PH tak ambil kesempatan untuk memfitnah kerajaan.
Tapi pembangkang sekarang nampak sangat suka fitnah dan berniat
jahat. Perkara yang tak pasti pun mereka boleh selamba kata pasti. Makhluk
begini yang boleh merosakkan negara.
Kejadian begini sepatutnya membuka mata rakyat betapa ahli
parlimen PN tidak pedulikan fakta dan tak takut dosa dalam mereka fitnah.
Mereka hanya takut tindakan dunia. Bukan akhirat.
Ini bukan kali pertama. Dah berapa kali mereka buat perangai
begini. Dan semestinya bukan kali yang terakhir. Rakyat perlu jadi bijak dan
tolak pembuat fitnah seperti pemimpin PN. Guane boh?
HUTANG NEGARA RM1.2 TRILION, KERAJAAN, PEMBANGKANG PERLU LAWAN RASUAH
Hutang negara RM1.2 trilion, kerajaan, pembangkang perlu lawan rasuah
Penyelewengan dan rasuah tidak perlu dianggap sebagai urusan mencari ‘derma politik’ atau untuk melancarkan urusan perniagaan kerana hutang negara telah pun membengkak kepada RM1.2 trilion.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata disebabkan rasuah yang berleluasa itu negara telah kekurangan wang untuk mentadbir atau pembangunan dan terpaksa meminjam dalam jumlah yang besar.
Katanya, hal itu tidak boleh dibiarkan sehingga RM40 bilion setahun hanya untuk membayar faedah atas hutang.
“Mengapa saya menyokong usaha yang tegas Perdana Menteri (PM) Anwar memerangi rasuah? Saya telah mengikuti sebagai Ahli Parlimen, bahawa hutang negara kita lebih RM1.2 trilion.Sekarang tempoh perbahasan belanjawan negara dan saya meneliti dokumen kewangan pada setiap tahun termasuk 2023, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM46 bilion untuk interest (faedah) hutang sahaja.
“Hutang pokok tidak dibayar, RM46 bilion bayar interest. Semua pihak perlu tegas, baik Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan kalau kita sayangkan negara ini. Kita ketepikan perbezaan politik kepartian.
“Ini satu usaha PM bersama agensi kerajaan. Negara kita berlaku ketirisan. Duit untuk pembangunan negara, yang rasuah, tiris, bocor, banyak pihak sama ada kakitangan kerajaan, agensi dan lain lain terlibat, lebih RM20 bilion tiris (setiap tahun),” katanya dalam satu siaran media.
Menurut Hassan lagi, jika rakyat tidak menyokong usaha PM maka siapa lagi yang akan melakukannya
Katanya, usaha yang dilancarkan sekarang tepat pada waktunya ketika negara belum muflis akibat keberhutangan yang melampau.
Dalam pada itu, Hassan juga menyokong kenyataan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Peguam Negara semalam bahawa tiada pendakwaan terpilih dilakukan ke atas pemimpin pembangkang dan siasatan dijamin SPRM bebas.
“Saya bersetuju dengan kenyataan media yang dibuat oleh SPRM dan Peguam Negara yang kedua dua kenyataannya keluar semalam menyatakan tidak wujud apa yang dipanggil pendakwaann terpilih, pendakwaan politik untuk sengaja menzalimi ahli politik tertentu.
“Saya meneliti kenyataan dari SPRM dan Peguam Negara. Dua ketua agensi ini, Ketua Pengarah SPRM dilantik oleh PM ke 8. YAB Pagoh. Begitu juga Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga dilantik oleh PM ke 8, Ahli Parlimen Pagoh.
“Saya menyatakan kita perlu menjaga imej 2 agensi terpenting pelaksanaan undang undang tersebut, SPRM dan Peguam Negara (daripada ditohmah sebagai alat tuan politik),” katanya.
Kepada pihak yang telah didakwa atau disiasat, Hassan menolak tuduhan mereka bahawa PM melakukan pendakwaan untuk membalas dendam kepada musuh dan pesaingnya.
Hassan berharap pembangkang menjadi negarawan dan mengutamakan rakyat daripada politik.
“Pihak yang didakwa (dihadap ke mahkamah) supaya berlapang dada. Jangan mudah anggap ini pendakwaan terpilih. Anggap M yang ada cuba nak zalimi sesiapa. Negara kita ini PM dan menteri Kewangan tidak dibenar bermaharaja lela. Kita tidak biarkan PM menzalimi sesiapa.
“Tetapi bila PM menentang rasuah, menyelamatkan wang negara, tentu kita sokong beliau. Kita tidak akan biar PM berseorangan dalam melawan rasuah,” katanya lagi.
SEMUA NAK TALA KE KERAJAAN- INI KES PERIBADI- BUKAN PELAKON ITU KE SANA DAN DIDERA.
Dia nak kerajaan bersuara apa pasal kes Kamal Adli kena pukul
tu? Ini bukan kes dera pekerja. Bukan kes Kamal Adli pergi berlakon di sana
kemudian dipukul oleh pihak penerbitan sana.
Kalau macam tu lain. Ini adalah kes peribadi. Kalau kerajaan
sana tak ambil tindakan, bolehlah kerajaan bersuara. Tapi tindakan sepatutnya
telah dibuat. Dia nak macamana lagi sebenarnya?
Bukan aku tak kesian dekat Kamal Adli. Aku kesian sangat. Tapi
aku benci jenis yang semua benda nak kaitkan dengan kerajaan. Semuanya nak
ditalakan kepada kerajaan. Tak betullah begitu.
Dia ingat jadi selebriti tu level kerabat Di Raja ke? Dia nak
kerajaan sediakan bodyguard untuk setiap selebriti yang pergi luar negara ke?
Artis tu sama je dengan rakyat yang lain. Artis dekat sini pun ada yang kena
pukul. Nak suruh kerajaan bersuara juga?
Tahulah awak tu penyokong pembangkang. Tapi itu tak bererti awak
tu kena ikut jadi bangang. Lain kali kalau rasa nak selamat, duduk rumah
diam-diam. Apa pun, kita doakan semoga Kamal Adli diberikan kesembuhan segera.
Guane boh?
TUKAR KERAJAAN: ‘PEMIMPIN PN HANYA TAHU SUSAHKAN RAKYAT’
Tukar kerajaan: ‘Pemimpin PN hanya tahu susahkan rakyat’
Rakyat Malaysia telah melalui tempoh pemerintahan kerajaan PN yang menyaksikan banyak perniagaan gulung tikar, bunuh diri dan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga tinggal baki minimum.
Namun belum pun setengah tahun Kerajaan Perpaduan memerintah, PN mahu melancarkan pertukaran kerajaan sekali lagi untuk mereka memerintah ala tahun 2020 – 2022.
Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, ahli politik PN seharusnya berpada padalah menyusahkan kehidupan rakyat. Beri peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri baharu yang lebih cekap mentadbir ekonomi dan banyak idea mengurangkan kos hidup rakyat untuk memulihkan negara.
Katanya, tiada guna pertukaran kerajaan sekiranya rakyat mendapat kembali gaya pemerintahan Mahiaddin Yassin yang tidak cekap.
“Saya rasa ini juga yang disebut oleh Tuanku Agong berkali kali, bahawa kita tidak sudah sudah mesti ada pertukaran kerajaan bukan melalui saluran pilihanraya
“Jadi kerajaan ditumbangkan melalui penarikan sokongan dan sebagainya. Saya rasa kalau kita dapatkan pandangan umum pun, mereka telah serik dengan pertukaran begitu.
“Dalam hal ini kita tak boleh tengok dari sudut politik semata mata. Kita tengok dari sudut yang lebih besar, misalnya ekonomi,” katanya kepada Suara Keadilan.
Syed Ibrahim mahu PN mencontohi Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang pada 2020 – 2022 yang sanggup berunding dan menandatangani Memorandum Kerjasama (MoU) bersama Kerajaan Persekutuan bagi menjamin ekonomi rakyat stabil dan mampu meneruskan hidup.
“Kita terbukti bersedia untuk bekerjasama sain MoU sehingga selesai penggal. Kemudian kita kata kita akan bertarung dalam pilihanraya
“Saya rasa tiba masanya tindakan tegas diambil atas kenyataan kenyataan yang bagi saya satu penderhakaan kepada titah Tuanku Agong ini.
“Naratif kononnya itu (pertukaran kerajaan) suara rakyat, tidak banar. Naratif lebih tepat ialah ini suara segelintir elit politik yang nak dapatkan kuasa semula menggunakan sentimen pelampau agama dan kaum,” katanya.
PN tegas Syed Ibrahim, lebih baik menumpukan kepada Pilihan Raya Umum ke 16 jika mahu melakukan perubahan.
Pertukaran kerajaan di tengah jalan, ujarnya, akan menyebabkan Malaysia tidak akan menjadi negara berpendapatan tinggi buat selama lamanya.
“Saya rasa kita tidak akan selama lamanya boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, cukuplah.
“Nak buat apa apa, pilihanraya akan datang silakan. Kalau sebelum itu (tukar kerajaan) itu adalah satu tindakan terkebelakang, menyebabkan rakyat bertambah susah,” katanya lagi.
MESTI DENDAM LAGI PADA ANWAR YA- LAAAA- ATOK AWAT LAGU TU- TUKAQ SANA SINI..
PAWANG SOOD
Dulu masa langkah Sheraton berselindung konon bermusuhan. Sekarang sendiri
ia terbuka. Game atok
ni dah pakat boleh baca.
BERMANFAAT JANGAN SOMBONG MACAM MB SATU LAGI- JUMPA TAK MAHU DOK PEMBOHONG RAKYAT NEGERI SENDIRI- UNTUK RAKYAT NEGERI TERENGGANU- ANWAR JUMPA MB TERENGGANU-PUAS WALAUN MAKI ANWAR. ..ANWAR MERENDAH DIRI BERJUMPA . BEZA YA ...
Kalau kata tak hormat tuan rumah..Anwar sudi jumpa MB di Sri Perdana jumpa MB.Walaun, macam biasa maki hamun Anwar macam macam dah..Anwar turun sendiri jumpa....ni orang PKR kata pemaaf tahap dewa.
Anwar Ibrahim
Alhamdulillah selesai
pertemuan dengan YAB DS Perdana Menteri di Seri Perdana pada petang ini, Selasa
14 Mac 2023.
Pelbagai perkara dibincangkan
dengan penuh semangat keterbukaan dan positif, berkait dengan urusan
Negeri - Persekutuan, program pembasmian kemiskinan, pembangunan, kewangan dan
lain lain.
Mengurus tadbir Negeri dan
Pusat memerlukan lebih dari "political will" untuk melaksanakan
tajdid yang hakiki, untuk melonjakkan minda masyarakat ke arah Maju - Berkat -
Sejahtera.
JANGAN PERASAN SANGAT KAMU BERJASA PADA AGAMA ISLAM. APA YANG KAMU BUAT SELAIN BERFB DAN MENGECAM ORANG LAIN YANG TIDAK SEALIRAN KAMU.
Ahmad Shahril
Awat yang dia nak berdengki sangat ni...orang tu harumkan nama negara di persada dunia.Bidang dia. Kamu yang ada dalam bidang agama pun, kamu rasa kamu hebat sangat. Ingat lebai..jangan ada sesikit pun riak kecil dalam hati kamu...
RENTASAN 1330 | PANAS!! HAMZAH ZAINUDDIN BAKAL DIHERET KE MUKA PENGADILAN?
MENARIK DALAM RENTASAN 1330
1. USAH DIHIAS RASUAH DENGAN SEDEKAH
2. SEMBUNYIKAN JENAYAH, SIAPA SEBENARNYA ‘PENDERHAKA’?
3. KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN SANUSI BUKAN BIASA-BIASA
MAHIADDIN JANGAN HINA PARA DEMONSTATOR- DEMONTRASI LAH YANG MELENYAPKAN DIKTAKTOR
Mahiaddin tak perlu hina Reformasi. Kalau bukan sebab
demonstrasi jalanan zaman Reformasi dulu, Malaysia masih dicengkam diktator.
Tengok hari ini, Mahiaddin sebagai pembangkang dapat liputan
meluas media. Bagaimana perkara ini berubah? Sebab demonstrasi jalanan yang
dibuat.
Kalau dulu, dah kena sumbat dalam ISA dah dia ni. Tapi sekarang,
boleh dia bebas berucap sana sini fitnah dan kutuk kerajaan. Dasar tak kenang
budi!
Dalam ruangan komen aku baca ada penganut PN yang kutuk DS Anwar
kata dulu berdemonstrasi menentang BN atas sokongan PAS. Sekarang lawan PAS dan
bentuk kerajaan dengan BN.
Dia lupa, PAS yang menyokong dulu ada almarhum TG Nik Aziz dan
Ustaz Fadzil Noor. PAS yang itu dah mati sekali dengan pemergian dua tokoh itu.
Manakala BN yang kita tentang dulu ada Mahathir. Sekarang
Mahathir di luar. Malah Mahathir kini lebih menyokong PN berbanding PH. Guane
boh?
SILAP KAMU SANUSI- BUKAN SILAP KERAJAAN. KAMU TAK TAHU MENTADBIR KERAJAAN NEGERI DAN TAK TAHU PROSEDUR KAH ?
Sanusi kata tindakan DS Anwar dedahkan nama syarikat yang akan
terlibat dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak tepat.
Kerajaan Persekutuan perlu dapatkan maklumat daripada kerajaan negeri dahulu.
Sanusi tak perasan. Yang sebenarnya tidak tepat salah tindakan
dia sebagai Menteri Besar umumkan tentang projek itu terlebih dahulu sebelum
merujuk kepada Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya adakan dahulu perbincangan baru
umum.
Sekarang ni dia main umum. Kerajaan Persekutuan pula yang kena
cari info. Mana dia belajar? Bukan begitu prosedur sepatutnya. Bila dia dah
umumkan, maka Kerajaan Persekutuan akan buat semakan berdasarkan apa maklumat
yang ada.
Disebabkan tiada maklumat yang diberikan, maka Kerajaan
Persekutuan kata tak boleh buat. Lepas tu dia sibuk salahkan kerajaan
persekutuan. Fitnah konon Kedah dizalimi. Sedangkan dia yang gila nak
publisiti. Sebab tu tak menyempat.
Sanusi ingat dia siapa? Dia ingat level dia tinggi sangat ke
sampai Kerajaan Persekutuan yang kena tanya dia? Bila tak dilayan meroyan.
Koyak habis. Ini macam punya orang pun boleh jadi MB? Mana PAS dapat pemimpin
macam ni?
Masalah KXP ni boleh selesai kalau Sanusi sedar diri dan belajar
hormat orang. Kalau perangai jenis tak reti nak berdiplomasi, memang yang rugi
rakyat negeri Kedah sendiri. Buat projek ikutlah prosedur. Bukan hentam keromo.
Guane boh?
ROSLAN MAT ALI KENA DAH- HAAA...ITU AJAR DIA- JANGAN LARI....TIDOR TAK LENA
IBRAHIM MAT ISA
Alhamdulillah. Report
polis laku sebenarnya! Khusus buat walaun dari Mamang tu, lepas ni kami tak mau
tengok video menangis minta maaf.
AGENSI KERAJAAN DAN GLC MESTI DITERAJUI ORANG PARTI, ANWAR HARUS BERTEGAS KALI INI
Susulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini, khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA, riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah perkara itu.
Sebelum ini mereka kerapkali bersuara mengenai bantahan itu.
Mereka seterusnya melahirkan kekesalan kerana Anwar Ibrahim masih membenarkannya berlaku dalam kerajaan perpaduan ini.
Sehubungan itu, mereka menggesa Perdana Menteri agar segera menghentikan amalan tersebut, sambil menuntut sepatutnya golongan profesional yang dilantik, bukan orang politik.
Siapa sepatutnya menerajui GLC dan agensi kerajaan – orang politik atau golongan profesional?
Apa yang semua orang perlu faham dan sedar, termasuk kumpulan masyarakat sivil yang membantah itu, yang menang pilihan raya dan menerajui kerajaan adalah parti politik.
Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya dan disebabkan itulah sebahagian besar menteri, kalau pun tidak semuanya, ialah orang politik belaka.
Parti yang akan membentangkan manifesto serta dasar demi kebaikan rakyat, maka hanya mereka yang faham perjuangan parti saja yang ada iltizam untuk melaksanakannya setelah berjaya menjadi kerajaan.
Dengan demikian, parti politik dan orang politik tidak boleh dipisahkan daripada berada dalam kerajaan, bukan saja sebagai menteri dan anggota pentadbiran, malah yang lain-lain yang bersesuaian.
Dalam konteks agensi kerajaan dan GLC atau syarikat berkaitan kerajaan, ia secara mudah difahami adalah di bawah penguasaan parti yang membentuk dan menguasai kerajaan.
Namanya pun agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, maka sepatutnya tentulah orang politik yang sealiran dengan kerajaan yang harus menerajuinya.
Golongan profesional boleh berada dalam agensi kerajaan atau GLC sebagai Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, CEO, pengurusan dan seterusnya.
Ia sama seperti dalam kementerian, sementara menteri adalah orang parti, tetapi KSN, KSU, ketua-ketua jabatan dan seterusnya adalah kakitangan awam.
Pengerusi atau peneraju agensi kerajaan atau GLC itu kena diberikan kepada orang politik agar perjalanan serta hala tujunya selari dengan aspirasi kerajaan yang dipimpin oleh parti yang berkuasa itu.
Dalam hal ini, meskipun dilantik daripada orang politik, lantikan peneraju itu bukanlah bermakna boleh dibuat secara semberono, sebaliknya wajib berdasarkan kelulusan, kemampuan, kebolehan, kewibawan dan latar belakang seseorang itu yang bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Jangan ingat dalam parti politik tiada orang profesional dan hanya orang profesional yang tidak berparti atau tidak memegang jawatan dalam parti saja yang layak menerajui atau menjadi pengerusi agensi kerajaan dan GLC.
Kalau kita boleh menerima menteri dan anggota pentadbiran kerajaan daripada kalangan orang politik yang memenangi pilihan raya, tiada sebab kita tidak boleh menerima apabila agensi kerajaan dan GLC turut sama diterajui oleh orang politik daripada parti yang sama.
Lagi pun, setiap lima tahun, parti perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan dan undi melalui pilihan raya.
Dengan lebih ramai orang politik yang berkebolehan menerajui agensi kerajaan dan GLC, ia secara tidak lamgsung akan menyebabkan parti lebih diyakini, dihormati dan dilihat benar-benar berfungsi kepada rakyat.
Bolehkah parti lebih dihormati dan menang lagi dalam pilihan raya jika selepas menjadi kerajaan, yang dapat banyak jawatan adalah kalangan profesional yang entah daripada mana-mana asul usul serta hala tuju jiwa politiknya?
Malah, dengan orang politik dan mereka yang berjawatan dalam parti menerajui agensi kerajaan dan GLC, mereka terbabit juga akan turun sama berkempen atau memainkan peranan setiap kali PRU diadakan.
Sebaliknya, jika orang profesional yang tidak berparti mengetuai agensi kerajaan atau GLC, mereka bukan saja tidak masuk campur ketika kempen PRU diadakan, malah mungkin membawa diri bercuti ke London, Paris, Milan dan sebagainya bersama keluarga masing-masing.
Akhirnya, siapa yang rugi?
Untuk menutup isu ini daripada terus diperdebatkan, Anwar tiada pilihan melainkan harus segera mengisi semua kekosongan dalam agensi kerajaan dan GLC dalam kadar yang segera dengan tidak ragu-ragu menempatkan pemimpin politik yang bersesuaian dan berkebolehan di jawatan-jawatan berkenaan.
Lagi lambat lantikan dilakukan, lagi macam-macam hal jadi cecehan.
Titik, noktah, fullstop. – ShahbudinHusin 14/03/2023.
JAHAT YA, INILAH KESILAPAN BILA MELETAKKAN AGAMA KE ATAS NAMA PARTI- NAYA LA HANGPA NI-ADA BUKTI BARU CAKAP .JIKA TIDAK IANYA HANYA TUDUHAN
IBRAHIM MAT ISA
Aku komen MP bangang je, maki datang berjela². Tapi memang bangang pun
lebai sekoq ni. Tersengih je perangai dia. Tak rasa bersalah pun . haiishh..
RAFIZI SELAR HAMZAH
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli “menasihatkan” ketua pembangkang, Hamzah Zainudin supaya memastikan beliau mendedahkan maklumat yang didakwa ada kaitan salah laku pemimpin kerajaan atas alasan betul.
“Jika mereka ingin melakukan pendedahan, pastikan ia demi kepentingan umum, bukannya untuk mendapat kelebihan politik kerana orang ramai lebih bijak.”
Katanya, beliau tidak terganggu dengan dakwaan Hamzah mempunyai “fail” berhubung salah laku pemimpin kerajaan semasa.
Timbalan presiden PKR itu bagaimanapun meragui Hamzah bersedia mendedahkan maklumat yang didakwa dimilikinya dan menyifatkan kenyataannya sekadar retorik.
“Jika ia adalah skandal besar, saya tak fikir anda memerlukan dokumen OSA (Akta Rahsia Rasmi) untuk mendedahkannya.
“Jika ada skandal besar membabitkan sesiapa, maklumat dan dokumen itu akan bocor dan ada pada media sekarang. Kita hidup dalam era anda tidak boleh menyembunyikan perkara seperti ini.”
Ahad lalu, Malaysiakini memetik Hamzah memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mencari salah Perikatan Nasional memandangkan beliau boleh berbuat demikian kerana mempunyai “banyak fail berkenaan mereka juga” ketika menjadi menteri dalam negeri.
Beliau berkata, terpulang kepadanya sama ada mahu menggunakan fail itu terhadap mereka.
Peguam dan penyokong kerajaan kemudiannya mengingatkan pemimpin Bersatu itu bahawa ia merupakan kesalahan menyimpan maklumat salah laku pemimpin kerajaan. Mereka mempersoalkan kenapa beliau tidak bertindak ketika menjadi menteri dalam negeri.