FITNAH TERHADAP ANWAR- BANYAKNYA SENARAI FITNAH.-FAKTA ATAU AUTA

 

Terlebih dahulu maaf dipohon.

Sekadar mencorekkan kenyataan.

Semakin banyak

*FITNAH* yang ditujukan kepadanya

*(Anwar Ibrahim)* semakin jelas dan benarlah kenyataan

*Imam As Syafie.*

*Anwar Ibrahim*

seorang pemimpin yang sedang

*’BERJUANG DILANDASAN YANG BENAR.'*

Anwar Ibrahim dan Pesan Imam As Syafie

*(Pengasas Mazhab Syafie).*

1. Suatu hari bertanya seorang murid Imam As Syafie kepadanya;

2. Wahai Imam As Syafie...diakhir zaman nanti ramai pemimpin yang ZALIM...bagai manakah aku ingin mengatahui pemimpin yang berjuang pada landasan dan jalan yang benar?

3. Jawab Imam As Syafie; Kamu carilah pemimpin yang banyak 'Panah Fitna' menuju kepadanya...maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu...kerana dia sedang berjuang di landasan yang benar.

4. Berikut adalah senarai FITNAH yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

01. Difitnah agen CIA.

02. Dfitnah agen FBI.

03. Difitnah agen Amerika

Syarikat.

04. Difitnah agen Yahudi.

05. Difitnah agen Israel.

06. Difitnah agen China.

07. Difitnah agen India

08. Difitnah agen Kristian.

09. Difitnah agen George

Soros.

10. Difitnah agen Asing.

11. Difitnah proxy Yahudi.

12. Difitnah Perasuah.

13. Difitnah pengamal

LGBT.

14. Difitnah main bini

orang.

15. Difitnah Peliwat.

16. Difitnah main depan

belakang.

17. Difitnah Islam sesat.

18. Difitnah Islam Liberal.

19. Difitnah ada RM 3

Bilion.

20. Difitnah hanya mahu

jadi PM

21. Difitnah memiliki

Ladang IOI.

22. Dfitnah

bertanggungjawab

bawa Umno ke Sabah.

23. Difitnah menjatuhkan

PBS.

24. Difitnah beri IC kepada

PTI.

25. Difitnah rayu undi

kepada Nur Misuari.

26. Difitnah DALANG

pencerobohan Lahad

Datu.

27. Difitnah budak suruhan

IMF.

28. Difitnah Wahabi

kerana rapat dengan

Raja Saudi.

29. Difitnah menjatuhkan

Tun Mustapha Datuk

Harun.

30. Difitnah gila kuasa.

31. Difitnah memaksa

minta tanah di Sabah.

32. Difitnah kali langgan

pelacur.

33. Difitnah memberi

muka dan berlembut

dengan masyarakat

China.

34. Difitnah Boneka

Amerika Syarikat.

35. Difitnah melencap.

36. Difitnah kaki penipu

besar.

37. Difitnah kaki

sandiwara.

38. Difitnah berakhlak

rendah.

39. Difitnah mata lebam

tumbuk sendiri.

40. Difitnah tidak

bermoral.

41. Difitnah agen Komunis.

42. Difitnah seorang Gay.

43. Difitnah tidak sabar

mahu jadi PM.

44. Difitnah cakap baruah

kepada Azmin Ali.

45. Difitnah terburu-buru

mahu jadi PM.

46. Difitnah terlalu gairah

jadi PM

47. Difitnah mahu

menjatuhkan Tun

sedengkan ada

perjanjian.

48.Difitnah melakukan

Liwat di Singapura.

49. Difitnah ada bebarapa

akaun di luar negara

tetapi telah dinafikan

Wikileaks.

50. Difitnah jadi barua

Dap.

51. Difitnah Freemason.

52. Difitnah mahu

menjatuhkan Mahathir

dengan undi tidak

percaya di Parlimen.

53. Difitnah sebagai

dalang dibelakang

video seks Haziq.

54. Difitnah menjatuhkan

Azmin Ali sedangkan

Azmin Ali bukan

saingannya.

55. Difitnah sembahayang

hajat di Kuil.

56. Difitnah rakus kuasa

padahal Anwar

seorang DEMOKRAT

yang tidak gila kuasa,

yang GILA KUASA

adalah seorang.

DIKTATOR.

57. Difitnah cakap barua

depan Mahathir.

58. Difitnah

menghapuskan hak

orang Melayu.

59. Difitnah kuda

tunggangan Dap.

60. Difitnah janji harga

minyak turun RM1.50

pada PRU 14 padahal

janji tersebut untuk

PRU 13 (Video Klip

yang tular/Viral )

61. Difitnah melakukan

salahlaku seks oleh

Yusuf Rawther.

5. Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno dan berpolitik pada tahun 1982 telah berjaya mencipta dan melakar sejarah sebagai ' Pendakwah dan Cendekiawan Muslim ' yang dihormati dikalangan negara-negara Islam dan Barat.

6. Sejak Dato Seri memasuki Umno dan berpolitik sehingga hari ini Dato Seri tetap konsisten menggunakan ' Pendekatan Islam ' dalam politik dan seluruh dunia Islam dan barat mengenali Dato Seri sebagai ' Muslim Democrats.'

7. Sehingga hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kekal dan Istiqomah terus ' Berdakwah dijalur Politik dan Berpolitik dijalur Dakwah.'

8. Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang,dari Gurunya ia itu Tuan Guru Haji Salleh Othman Al-Makki.Anwar Ibrahim seorang yang warak,taat dan berpengetahuan dalam Agama Islam.

9. Adakah Anwar Ibrahim termasuk dalam golongan pemimpin yang dimaksudkan oleh Imam As Syafie?

*RENUNG RENUNGKAN LAH*

Itu sedikit sebanyak cabaran dan dugaan yg Anwar Ibrahim

lalui & hadapi utk renungan sahabat2 seperjuangan semua.

*FAKTA, KENYATAAN & REALITI*

Maafkan saya.

 

MB KEDAH- HANG NI BANYAK CELARU NI....DOK GELEMBONG ORANG KEDAH.






Sanusi kata tindakan DS Anwar dedahkan nama syarikat yang akan terlibat dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak tepat. Kerajaan Persekutuan perlu dapatkan maklumat daripada kerajaan negeri dahulu.

Sanusi tak perasan. Yang sebenarnya tidak tepat salah tindakan dia sebagai Menteri Besar umumkan tentang projek itu terlebih dahulu sebelum merujuk kepada Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya adakan dahulu perbincangan baru umum.

Sekarang ni dia main umum. Kerajaan Persekutuan pula yang kena cari info. Mana dia belajar? Bukan begitu prosedur sepatutnya. Bila dia dah umumkan, maka Kerajaan Persekutuan akan buat semakan berdasarkan apa maklumat yang ada.

Disebabkan tiada maklumat yang diberikan, maka Kerajaan Persekutuan kata tak boleh buat. Lepas tu dia sibuk salahkan kerajaan persekutuan. Fitnah konon Kedah dizalimi. Sedangkan dia yang gila nak publisiti. Sebab tu tak menyempat.

Sanusi ingat dia siapa? Dia ingat level dia tinggi sangat ke sampai Kerajaan Persekutuan yang kena tanya dia? Bila tak dilayan meroyan. Koyak habis. Ini macam punya orang pun boleh jadi MB? Mana PAS dapat pemimpin macam ni?

Masalah KXP ni boleh selesai kalau Sanusi sedar diri dan belajar hormat orang. Kalau perangai jenis tak reti nak berdiplomasi, memang yang rugi rakyat negeri Kedah sendiri. Buat projek ikutlah prosedur. Bukan hentam keromo. Guane boh?

Raja Gelap

 

Polis rampas bungkusan ganja konon 'dibeli' dua ahli politik.


SASARAN ANWAR DAN RAFIZI


Polis rampas bungkusan ganja konon 'dibeli' dua ahli politik.


BUNGKUSAN mengandungi ubat gigi ganja yang konon dibeli Anwar dan Rafizi. FOTO Ihsan PDRM.
BUNGKUSAN mengandungi ubat gigi ganja yang konon dibeli Anwar dan Rafizi. FOTO Ihsan PDRM.

Sepang: Polis merampas bungkusan mengandungi ganja yang menggunakan alamat penerima palsu kononnya dibeli dua ahli politik di sebuah hub syarikat penghantaran di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima laporan dibuat oleh Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya yang memaklumkan menerima panggilan memberitahu terdapat satu bungkusan atas nama dua ahli politik.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang, memandangkan sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut menerima bungkusan mengandungi daun ganja, minggu lalu.

"Bertindak atas laporan, polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sepang ke sebuah hub syarikat penghantaran di Putra Perdana, dekat sini pada 6.30 petang.

"Polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau/putih bercorak daun ganja tertera tulisan 'Happy Green' yang di dalamnya mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja (80 gram) yang ditemui dalam bungkusan kotak berwarna coklat ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, semakan mendapati bungkusan itu dibeli pengirim secara dalam dalam talian di sebuah laman e-dagang yang beralamat di Indonesia.

"Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan.

"Alamat barangan ini adalah sama dengan kes yang disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh BSJND Putrajaya," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Import telur ayam tak guna satu sen pun duit kerajaan, untung rugi syarikat tanggung sendiri



MALAYSIA DATELINE

Kelulusan khas sementara pengimportan telur ayam tidak melibatkan dana awam, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Menerusi satu kenyataan hari ini, MAFS berkata sebarang perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam ditanggung sepenuhnya syarikat pengimport dan tiada dana awam digunakan.

“Kerajaan Malaysia tidak ada memberikan subsidi kepada telur ayam import sepertimana yang dinikmati pengeluar telur ayam tempatan,” katanya.

Pada 6 Dis lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kebenaran bagi mengimport telur dari sumber luar sebagai langkah sementara mengatasi kekurangan bekalan telur. 

Kelulusan khas sementara sehingga 30 Jun 2023 diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd dan syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022.

Bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat dan bebas penyakit, MAFS berkata Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk negara.

Kawalan adalah secara ujian Hold, Test and Release (HTR) merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.

“Hanya telur ayam yang lepas ujian HTR sahaja dibenarkan masuk ke negara ini. Setakat ini tiada telur ayam yang diimport gagal ujian ini,” katanya. 

MAFS berkata berdasarkan rekod DVS, usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi kekurangan bekalan telur ayam dalam negara sejak Januari lepas telah mula menunjukkan perkembangan positif. 

Berdasarkan rekod itu, Malaysia mengalami kekurangan telur ayam sebanyak 118,272,070 biji pada Okt 2022; 157,543,291 biji (Nov 2022); 1,282,094 biji (Dis 2022) namun mengalami pertambahan 160,649,928 biji pada Januari tahun ini.

“Kerajaan akan sentiasa memastikan langkah-langkah proaktif untuk memastikan bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi dan terjamin,” katanya. 

— BERNAMA

 

JADILAH PEMBANGKANG YANG BIJAK

 

SUKRI MUNIR

Aku tengok Pembangkang PN yg berhujah di Parlimen sungguh menyedihkan seperti Negara Ini ketandusan orang orang yg bijak pandai. Mula mula sekali dari Hamzah Zainudin yg cuba merosakkan Nama DSAI dan di smackdown oleh DSAI sendiri. Sungguh memalukan Hamzah Zainudin disepak sepak.

Lepas tu Lebai lebai bahalol yg main hembus saja bersharah. Mereka benar benar tak tahu langsung macam mana nak mentadbir kementerian ketika menjadi kerajaan. Tapi sekarang macam "Experts" dorang berbual. Yg aku tak boleh angkat Lebai Dari Pendang yg pakai Kot Biru dan ada kala Kot Hijau. Alahai Orbitnya. Lepas tu berbangga konon dia banyak jumlah yg dia dapat dan memuji diri. Memang lah berlagak seperti badut konon nak buat lawak bodoh. Kena Slam sama Rafizi Ramli dengan jawapan yg sungguh baik dari RR. Pastu Marah. Last sekali dia kena Buang 2 hari tak boleh masuk bersidang.

Yg lain lain seperti Dr Bodoh yg cakap Menu Rahmah boleh kena kanser dan Autism sungguh memalukan Puak Puak Medical Science. Mana dia pass Licence Kedokteran nya? Addoi.

Last Sekali... Rakyat kita punya standard Education mungkin sudah harus diperbaiki. Kementerian Pelajaran banyak kerja ni. Sebab nanti kalau Amazon dan Tesla nak masuk Melabur, takkan kita nak bagi pada orang orang yg tak pandai yg terus menerus membabi buta mengundi PN Lebai dan Bunga. Aku tengok Walauntit yg 4 orang itu betul betul mencerminkan kebodohan pelajar pelajar University di negara ini. Atau mereka hanya pass darjah 6? Entah lah. Wake Up Malaysia

 

NASIB MACHAI CALON MENANG KAMU BAKAL DUDUK DALAM.

 



Nasib machai... Susah payah aturkan beri rasuah nak beri menang calon dia. Bila SPRM siasat, dia yang kena tanggung.

Calon dah menang. Takde hal dah. Boleh selamba je cakap orang awam nak bagi sedekah. Takde kena mengena dengan dia.

Tapi si tukang bayar ni, tak pasal naik mahkamah. Nasib tak baik, kena penjara. Nasib la. Siapa suruh jadi machai. Guane boh?

Raja Gelap

DIA UGUT KERAJAAN. GAYA MACAM TERDESAK SANGAT NI..

 

Hamzah kata dia ada simpan banyak fail masa jadi menteri KDN dulu. Tengah fikir nak gunakan atau tidak. Kalau kerajaan terus buru Bersatu, dia akan buka fail tersebut.

Kenyataan Hamzah ni dah berbaur ugutan. Dia ugut kerajaan supaya tutup fail kes salah laku pemimpin Bersatu. Maknanya Hamzah mengakui ada berlaku salah laku la dulu?

Punya terdesak sampai tahap mengugut. Dah jem la tu. Tak tahu nak buat apa lagi. Nampak sangat ketakutan. Benda macam ni buat aku bertambah yakin mereka ini bersalah.

Tapi fail apa yang Hamzah simpan? Betul ke wujud fail-fail tu? Atau sekadar gimik je? Kalau betul ada, aku mohon Hamzah dedahkan. Jangan bersubahat dengan kejahatan.

Takutnya Hamzah gempak je lebih. Sekadar nak rabunkan mata penyokong kononnya dakwaan yang mereka hadapi tak betul. Padahal tak ada fail apa pun yang dia simpan.

Dedahkan la. Setiap perbuatan jahat mesti dihukum tak kira siapa pun pelakunya. Bawa ke SPRM, PDRM atau mana-mana agensi berkaitan. Barulah nampak berintegriti.

Tak payah ugut-ugut. Kerja mengugut ni penjenayah je yang buat. Orang bermoral tak buat kerja macam tu. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

NAK SIASAT UNTUK KES APA MAHIADDIN-MEREKA ADA BANYAK DUITKAH DALAM PARTI MEREKA

 



Agak kelakar. Dia cabar SPRM untuk dakwa DS Anwar dan Zahid. Tapi nak dakwa atas tuduhan apa? Bukan sepatutnya kena siasat dulu ke?

Patutnya Mahiaddin cabar suruh siasat dulu. Dah lepas siasat, kalau terbukti meragukan, macam kes Mahiaddin sendiri, baru boleh dakwa.

Ini tiba-tiba terus nak dakwa. Gila ke apa? Nak kata tak tahu proses, mustahil. Sebab dia ni pernah jadi menteri KDN. Jadi PM pun pernah.

Nak SPRM siasat bukan susah. Laporkan je kepada SPRM salah laku DS Anwar dan Zahid. Atau laporan pasal parti mereka pun boleh.

Tapi kenapa Mahiaddin tak buat laporan? Sebab dia sendiri tak tahu salah laku apa nak kaitkan dengan DS Anwar. Takat sembang kosong tipu penyokong je ni. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

AYUH MENTERI PENERANGAN - CEPAT JELASKAN - JANGAN LENA - KENAPA TIBA TIBA KUMPULAN SONGSANG INI BERARAK . SETIAP KALI PH MEMERINTAH ISU INI TIMBUL.




Tiba-tiba ada kumpulan LGBTQ yang berani berarak di ibu kota. Tiba-tiba mereka jadi berani suarakan 'hak' mereka. Dan tiba-tiba LGBTQ jadi isu besar di negara ini.

Semalam, aku tak tahu apa terjadi, news feeds aku dipenuhi dengan posting dari pakar fitnah Malaysia. Rasanya kalau sebut pakar fitnah, orang tahu dari blok mana.

Ada antara mereka yang sentuh soal ini. Bila tengok ruangan komen, memang nampak kesemua mereka menyalahkan kerajaan. Semua buat seolah kerajaan benarkan LGBTQ.

Jadi muncul dalam pemikiran aku. Memang setiap kali PH memerintah, LGBTQ mula tunjuk berani. Apa punca sebenarnya? Sedangkan DS Anwar dah jelas tolak LGBTQ.

Tapi kali kita fikirkan semula, bila isu LGBTQ hangat, siapa yang untung? Siapa yang dapat tunggang isu ini untuk menanamkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan?

Bila ingat pula ucapan Abg. Mad sebelum ini yang mengatakan ada pihak bayar golongan ini untuk berkempen seolah sokong PH dalam PRU lepas, aku jadi sangsi.

Apakah golongan LGBTQ ini benar-benar LGBTQ? Wujud tak kemungkinan mereka bukannya LGBTQ tetapi dibayar untuk menyamar demi memburukkan kerajaan?

Sebab isu LGBTQ ini merugikan PH. Dan pemimpin pembangkang pula ada yang pernah guna isu ini untuk fitnah DS Anwar tapi kemudian minta ampun bila disaman.

Seolah ada pertalian di situ. Itu apa yang terlintas dalam fikiran aku.

Jadi aku harap kerajaan dapat siasat mereka yang berarak ini. Pastikan siapa sebenarnya dalang di sebalik semua ini. Mungkin ini tak lebih daripada agenda politik.

Seperti bomoh yang melepaskan polongnya untuk merasuk kampung supaya nanti dia dipanggil untuk mengubati orang yang dirasuk. Bomoh dapat laba dari ketakutan orang kampung.

Aku tak menuduh sesiapa. Ini soal kemungkinan. Aku cuma harap siasatan dapat dijalankan agar dalang di sebalik kejadian ini dapat didedahkan biar kita tahu, LGBTQ ini agenda siapa. Guane boh?

Raja Gelap