𝗜𝗦𝗨 𝗞𝗪𝗦𝗣
Ada pihak yang melatah dengan cadangan YAB Tambun agar simpanan
KWSP dijadikan cagaran untuk pinjaman bank. Pendukung Perikatan Nasional
seharusnya mendengar penggulungan Belanjawan 2023 oleh YAB Tambun bagi memahami
secara menyeluruh. Belanjawan yang dibentangkan cukup inklusif bagi menjana
pertumbuhan ekonomi negara termaksuklah komitmen tuntas YAB Tambun untuk
menoktahkan miskin tegar.
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 - Cadangan
untuk pengeluaran KWSP ketika ini tidak boleh kita samakan pada keadaan sebelum
ini. Hal ini kerana pelaksanaan sebelum ini adalah disebabkan negara berada
dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi dimana terdapat banyak sekatan
ekonomi akibat pkp. Manakala keadaan sekarang adalah berbeza apabila ekomomi
negara, serantau dan dunia telah beroperasi seperti sediakala dan kitaran
ekonomi mula berkembang tanpa sekatan.
Apabila ekonomi mula berkembang, setiap daripada rakyat
mempunyai ruang dan peluang untuk menjana pendapatan melalui perkerjaan ataupun
berniaga secara skala kecil atau sederhana. Dalam belanjawan 2023 juga telah
memperuntukan sejumlah bajet bagi membantu para usahawan.
𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔- Pengeluaran
KWSP tidak akan menyelesaikan masalah secara akar dan akan menjadi acara
tahunan bagi politikus menunggang tanpa menyelesaikan masalah tunjang iaitu kos
sara hidup dan inflasi. Ini jelas terbukti apabila 2 kali pengeluaran KWSP
dibenarkan tetapi rakyat masih tersepit untuk kelangsungan hidup. Usaha yang
sedang dilakukan oleh YAB Tambun adalah untuk menyelesaikan masalah akar iaitu
menangani kos sara hidup dan menjana pertumbuhan ekonomi tanpa rakyat
bergantung kepada simpanan KWSP mereka. Matlamat Simpanan KWSP iaitu simpanan
untuk hari tua akan menjadi satu malapetaka jika tidak dikawal sekarang.
𝗔𝗡𝗔𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗖𝗔𝗚𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗪𝗦𝗣
Seorang pencarum telah kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai
simpanan KWSP. Beliau mempunyai perniagaan skala kecil sebelum ini dan ingin
mengembangkan perniagaan kepada skala sederhana dengan membuat pinjaman RM10K
kepada intistusi kewangan untuk membuat modal tambahan bagi menjalankan
perniagaan kedai makanan Menu RAHMAH.
Bayaran pinjaman bulanan beliau terhadap institusi kewangan
anggaran RM116/bulan selama 10 tahun. Jumlah yang dibayar adalah rm14k termasuk
interest.
Selepas 10 tahun, beliau dapat:
1. Perniagaan kedai makan
2. KWSP beliau akan menjadi Rm15500 termasuk pulangan KWSP bagi
5.5% setahun
Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan YAB
Tambun dalam membantu rakyat dibawah dan akhir sekali sekiranya ada antara
mereka yang benar-benar memerlukan dana simpanan KWSP untuk kelangsungan
kehidupan maka boleh membuat cagaran kepada institusi kewangan disamping
simpanan dihari tua anda terjamin. Hal ini boleh mengelakkan anda terjerumus
dalam kesempitan sejak usia muda hingga ke hari tua.
𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐔𝐃𝐈𝐍
𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍