[[LIVE]]4.3.23 Muhyidin sasaran sebenar dakwaan?

Muhyidin sasaran sebenar dakwaan? Tiada sebab munasabah SPRM menahan Bendahari Bersatu? Zuraida kembali dalam Pesada politik dan sokong PN. Hadi nak lawan kata majlis agama Islam?

[[LIVE]]4.3.23 ANALISA PAJAKAN PULAU PINANG DARI SUDUT SEJARAH

KELAS SEJARAH: ANALISA PAJAKAN PULAU PINANG DARI SUDUT SEJARAH. APAKAH IA SEPERTI DAKWAAN SANUSI MENTERI BESAR KEDAH?

MENTEGA TERBANG: PN JARINGKAN “OWN GOAL”

Kononnyalah nak dakwa Kerajaan Perpaduan ini promosi pluralisme dsb. Kononnya lah… 🤷

Hakikatnya Mentega Terbang…

1. Mula ditayang sejak April 2021 😱

2. Masuk radio BFM pada pada Nov 2021 😱

3. Masuk Universiti Malaya pada Dis 2021 😱

Kenapa semua ini boleh berlaku pd ketika itu?

Siapa berkuasa pd ketika itu?

Siapa Mentega ter-Perdana pd ketika itu?

Siapa Mentega Agama pd ketika itu?

Siapa Mentega Dalam Negeri pd ketika itu?

Siapa Mentega Pendidikan Kanan pd ketika itu?

Baik. PH ambil alih pada penghujung Nov 2022, iaitu lebih setahun setengah selepas Mentega Terbang ditayangkan.

Lalu ianya dimuatnaik ke laman web Viu, iaitu sebuah penstriman dalam talian seperti Netflix, iFlix, HBO Go dan sebagainya. Kene bayar utk tengok.

Baru-baru ini filem ini dijadikan modal politik oleh PN dan mendapat perhatian Kerajaan Perpaduan.

JAKIM dan Menteri Agama telah keluarkan kenyataan tegas.

Viu telah turunkan filem tersebut.

Baik. Boleh dikira Kerajaan Perpaduan sekarang tegas dan ambil tindakan lah kan?

Yang menjadi persoalan ialah…… sebab apa Mentega Terbang boleh ditayang, boleh ditemuramah, boleh berjelajah ke Universiti ketika PN berkuasa?

Mentega-mentega PN buat apa?

Ish! Kan PN dah jaring “own goal” ⚽️🥅😂 dengan isu ini.

PM arah projek tebatan banjir RM600 juta ke atas disegerakan

Semua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM600 juta ke atas diarahkan supaya diluluskan dan disegerakan mulai Jun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan menyegerakan projek RTB segera itu bagi mengelakkan bencana banjir berulang semula sekali gus menjejaskan rakyat. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah, di Segamat pada Ahad.

Anwar tinjau keadaan banjir di Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, dekat sini. Anwar yang tiba kira-kira 11.20 pagi di PPS berkenaan, meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu mangsa banjir di PPS itu yang menempatkan 125 penduduk daripada 32 keluarga.

DALAM KOTAK PEMIKIRAN WALAUN DAN LEBAI

Dalam kotak pemikiran walaun dan lebai...

SPRM dah jalankan siasatan, periksa dokumen dan akaun bank, soal siasat calon tertuduh dan saksi sebelum dakwaan dibuat. Ini dikatakan fitnah dan nak jatuhkan parti lawan.

Tapi Razman tuduh DS Anwar akan benarkan LGBT, tapi akhirnya minta maaf di mahkamah, anaknya pula kata dia minta maaf sebab tak mahu lebih banyak aib DS Najib dibuka, kemudian tarik balik postingnya, itu pula bukan fitnah.

Mahiaddin tuduh DS Anwar ambil ganjaran hingga RM15 juta masa jadi Penasihat Ekonomi Selangor sedangkan sudah tertulis dalam hansard sidang DUN waktu TS Khalid jadi MB lagi yang DS Anwar cuma ambil RM1 itu pun secara simbolik

Bila nak kena heret ke mahkamah, Mahiaddin tukar cerita konon cuma bertanya. Yang ini pun bukan fitnah juga kata walaun.

Nak senaraikan fitnah yang PN talakan kepada DS Anwar memang banyak. Tapi point yang aku nak tekankan di sini, pola pemikiran lebai dan walaun memang lari dari norma manusia.

Pertuduhan yang dibuat selepas siasatan oleh agensi berkaitan, dikatakan fitnah. Tapi tuduhan liar tanpa bukti, yang mana kemudiannya orang yang menuduh tu sampai minta maaf, tak pula dianggap fitnah. Tunggang terbalik otak mereka.

Kalau nak pilih pemimpin, carilah pemimpin yang banyak panah fitnah menuju kepadanya. Maka DS Anwar adalah orangnya. Bukan dari PN kerana panah panah fitnah itu datangnya dari pemimpin mereka. Guane boh?

Raja Gelap

HARGAILAH ADIK BERADIK SENDIRI

Hargailah adik beradik kita, keluarga kita, darah daging kita.. Yakinlah, wang ringgit dan harta dunia takkan dapat membeli nilai kasih sayang dan kesenangan berkeluarga.

.

Yang muda hormati yang tua, dan yang tua kasihi yang muda. inilah prinsip dlm bersaudara.

.

Tanda menghargai hidup berkeluarga adalah dengan berlapang dada. Saling nasihat menasihati. Memberi hak kepada yang berhak. Suka memberi dan menggembirakan. Jagalah hati adik beradik kita. Jaga hati mereka samalah ertinya menjaga hati kita sendiri.

.

Bersyukurlah, kehadiran adik beradik kita memberi warna yang sangat indah pada takdir yang kita lalui. Setinggi mana pun kita berada tanpa nikmat kasih sayang adik beradik ianya jadi tawar dan terlalu sepi. Menjaga hubungan adik beradik adalah sunnah anak-anak yang soleh.

Yang paling terluka melihat adik beradik berpecah ialah ibu bapa kita! Jadi, sayangi semua adik beradik kita.

.

Alhamdulillah, nikmat kasih sayang ini ya ALLAH.

Kredit to owner

LAMBAKKAN GRADUAN

ASYRAF JEFFY

Inilah yang berlaku sekarang, lambakan graduan sedangkan dari segi nisbah,peluang pekerjaan yang berkait dengannya adalah tersangat sedikit. Yang ada,semua di luar pembelajaran.

.

Bagi saya,anak muda sekarang tidak boleh high demand sangat. Mungkin enam bulan pertama lepas habis belajar,boleh-lah cuba cari kerja-kerja yang berkait dengan bidang yang dipelajari tetapi selepas enam bulan,hentam sajalah. Ayat seperti bayar atau hutang RM50k untuk belajar sudah jadi ayat cliche.

.

Dalam Samurai Yakiniku, kami ada HR yang sangat bagus tetapi degree dalam perhutanan. Accountant dan admin yang bagus, background Hotel Management. General Manager dari bidang kulineri.

.

Sudah tentu ilmu-ilmu ini tidak datang dengan sendiri. Saya dan partner yang groom sedikit demi sedikit. Kesalahan dan kesilapan? Memang banyak,memang sakit hati tetapi sebagai majikan, kita kena bagi ruang dan peluang untuk mereka. Alhamdulillah,sekarang mereka perform dengan sangat baik. Bimbang mereka lari? Ingat konsep rezeki.

.

Tapi point saya adalah; Kalau anak muda sekarang terlalu memilih kerja, percayalah yang hal ini akan membantut perkembangan kerjaya anda kerana anda lambat mula. Lebih baik anda memilih syarikat dari memilih kerja. Syarikat yang bagus, dia akan sedia platform yang baik untuk anda bina portfolio diri.

.

Apa guna belajar Engineering, masuk syarikat Engineering tetapi hanya jadi dispatch? Lebih baik jadi Barista Starbuck. Ada Career Path. Ini sebagai contoh sahaja,bukan saya pandang rendah kerja seorang Engineer. Fahami konteks.

.

Jangan bazirkan masa anda,menganggur sebab tidak jumpa kerja yang berkait dengan bidang anda. Buatlah apa-apa kerja lain sambil cari kerja yang anda nak. Saya ingat lagi yang di Monaliza Mastura dahulu ada seorang graduan dari US, kerja sebagai jurujual Laptop di Monaliza Kb Mall. Lepas enam bulan kalau tidak silap, dia pun dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur dalam bidang dia sendiri.

.

Berusaha lah, Insya Allah akan berjaya.

.

Selamat pagi.

KPDN SANTUNI MANGSA BANJIR DI JOHOR DAN PAHANG

Salahuddin Ayub 

  · 

Keadaan banjir di Johor dan Pahang kali ini amatlah di luar jangkaan.

Dari hari pertama berlakunya banjir, KPDN telah mengambil langkah segera untuk menghantar bantuan kepada semua mangsa yang terlibat di Johor, Pahang, Melaka, dan lain-lain.

Lebih daripada 2,000 mangsa telah pun kami santuni dan bantu. Di Johor sahaja, lebih 5,000 bantuan Bakul RAHMAH dan foodbank dalam bentuk makanan kering, pembersihan diri, dan alas tidur telah pun diedarkan.

SSM salah satu agensi di bawah KPDN akan memberikan wakalah zakat kepada para peniaga yang terkesan. Selain daripada itu, SSM jugak akan memberikan sijil perniagaan ganti secara percuma buat peniaga yang terkesan dengan banjir kali ini.

Lain-lain bantuan KPDN masih lagi digerakkan.

Namun saya dihubungi oleh beberapa rakan strategik yang ingin turut sama menyumbang. Jadi jika ada rakan strategik KPDN yang berminat untuk berkongsi rahmah bersama-sama membantu mangsa banjir, antara barangan penting yang diperlukan lagi oleh para mangsa ialah alas tidur dan selimut.

Terima kasih saya ucapkan buat semua yang turut menyumbang tenaga membantu mangsa banjir kali ini.

Mari kita sama-sama doakan mereka yang terjejas.

KPDN Laman Rasmi

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)

#MalaysiaMADANI

#RAHMAH

#BakulRAHMAH

Ayub 

0:00 / 1:01

 s

BILA TIDAK MAHU PRAKTIKAL DALAM BIDANG YANG DICEBURI

ASRAF JEFFY

Apa yang saya perasan, pelajar-pelajar sekarang hanya nak praktikal dalam bidangnya sahaja. Ini tidak salah. Saya ulang, MINDSET INI TIDAK SALAH. Tapi, ini adalah mindset orang biasa sahaja, sangat susah untuk survive selepas habis belajar.

.

Katakan satu fakulti anda 100 orang termasuk anda. Maka secara tidak lansung anda akan ada 99 orang pesaing,sedangkan ada 10 sahaja jawatan kosong. Itu kalau satu University, kalau satu Malaysia? Mungkin ada beribu graduan yang sama dengan anda.Bila bakal majikan tanya apa yang anda lebih berbanding orang lain, pasti anda tiada jawapan.

.

“Saya dulu belajar Mechanical Engineering.”

.

Ini adalah skema jawapan untuk semua orang termasuk anda. Tetapi bayangkan kalau ada dua orang yang jawab;

.

“Saya dulu belajar Mechanical Engineering tapi saya pernah intern buat Sales di Monaliza dan bila cuti sem, saya buat part time di Samurai Yakiniku.”

.

Insya Allah keberangkalian anda lulus temuduga dan dapat kerja adalah tinggi sebab anda ada sesuatu yang lebih berbanding orang lain. Mungkin bakal majikan anda tidak ingin skill sales tetapi dari info yang anda bagi, bakal majikan anda tahu yang anda adalah seorang yang berdisiplin dan multi tasking.

.

Zaman sekarang adalah bukan untuk zaman orang biasa seperti zaman saya dahulu. Dulu, kalau kita kata background Mechanical Engineering, semua orang akan pandang tinggi. Tapi sekarang, orang tengok dengan biasa sahaja.

“Apa? Mechanical Engineering? Oh,kawan saya pun grad Mechanical Engineering. Tapi tu lah, takda kerja sangat.”

.

Nasihat saya kepada adik-adik. Anda boleh berkeras untuk praktikal dalam bidang anda sahaja tetapi ingat, mahir dalam bidang kita sahaja tidak cukup untuk survive dalam dunia sekarang. Kita kena ada sesuatu yang orang lain tiada, baru kita boleh menang.

.

*Saya terpaksa tambah sebab berlaku kekeliruan,silap saya. Sebenarnya post ini tuju kepada ‘mereka’ yang berkait dalam bidang IT, boleh praktikal di Monaliza tetapi tolak sebab senior-senior bagitahu yang di Monaliza kena menjual.

.

Keempat-empat syarikat saya, Monaliza Mastura, Samurai Yakiniku Bangi, Konoha.Buffet dan Hattoricoffee tawarkan tempat praktikal. Dari salesman,waiter,account,HR sampailah Youtuber. Kalau berminat,anda boleh PM saya.

FILEM YANG MENGARUT

IBRAHIM MAT ISA

Oleh kerana aku mengaji bidang komunikasi dan filem, bila ada kontroversi terkaitan filem terbaharu aku kena view dan dapatkan info.

Tajuknya agak pelik - Mentega Terbang.

Mulanya aku ingat slanga, ataupun broken language. Aku cari istilah Melayu berkenaan terbang sikit pun tak menyambung dengan mentega.

Point pertama aku mark dah, director filem tu kepala sewel tak faham bahasa.

Huh! Sepanjang menonton memang aku maki sumpah seranah segala bagai. Sengsorang je aku maki, tak tuju kat sapa². Sebenarnya aku kesal sangat kenapalah ada pemahaman yang pelik dalam pengetahuan ilmu agama pembawa watak filem ni? Dengan director pun boleh pi setuju nak direct, seolah-olah depa dah berjaya la kununnya menerbitkan sebuah karya buat orang puas hati? Porah pi mampoih...

Bagi aku, tetap berpegang kepada falsafah filem iaitu refleksi kepada dunia nyata. Kalau ada sebilangan kecil yang menyeleweng atau di luar nalar dan norma hidup setempat, itu tidak wajar diangkat untuk dijadikan tema.

Apa ke benda yang pengarah filem ni nak bawa? Konsep Reincarnation? Perlambangan suatu badan berkaitan agama dengan binatang yang diharamkan? Persoalkan hal agama dengan teori kepala hotak director yang separuh masak hal agama? Orang Melayu mudah terpengaruh dengan kitab Bible? No way!

Aduh, banyak persoalan. Aku rasa macam nak buat video saja menjawab apa yang teruk pasai filem mentega basi tu.

Mujur filem itu tidak ditayangkan di pawagam. Jadi tak perlu urusan LPF. Tapi walaupun begitu, ia sudah berlegar di internet dan katanya sudah masuk list Netflix ke apa... Entah, aku jarang buka Netflix - tak tahu.

Cuma satu sahaja yang aku perasan, selain cuba mengheret orang Islam supaya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta mengabaikan perihal agama, soal hukum, soal iman dan tauhid, medium filem seumpama ini terlalu direct untuk mengumban umat Islam ke lubang biawak. Jadi mudah kita perasan dan mudah counter balik.

Saran aku, lebih baik hangpa tonton filem aksi sains fiksyen dan rekagrafik berteraskan AI yang tulen hangpa tak bosan sebab dah tau itu cuma hiburan.

Bagi yang memahami agamanya yang benar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, soal ini gampang untuk mempertahan hujah bahawa kehidupan umat Islam di Malaysia tidak seperti yang cuba digambarkan dalam mentega terbang.

Aku bagi Mentega Terbang lima bintang sebagai filem berserabut dan teruk level jamban di Malaysia!