KEMENTERIAN MAT SABU COROT- TAPI USAHA SEDANG BERJALAN.
Semalam ketika di Perlis, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar
Ibrahim ada mengingatkan semua pimpinan dan penjawat awam tentang perlunya kita
semua berani mengakui segala kelemahan dan perlu ada tekad untuk memperbaiki
dan melakukan Islah.
Semalam juga sewaktu saya menyampaikan amanat kepada warga MAFS,
saya telah mendedahkan laporan penilaian persepsi rakyat terhadap MAFS
sepertimana yang dibentang oleh Tan Sri KSN dalam pemukiman menteri-menteri di
Seri Perdana.
Hasil dari pemerhatian sepanjang tahun 2022, MAFS telah mendapat
markah yang tercorot kerana isu kekurangan bekalan ayam dan telur telah
berlarutan terlalu lama sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
Misalnya daripada data yang saya perolehi dari Jabatan
Veterinar, kekurangan telur agak kritikal pada:
Oktober 2022: Kurang (-) 118 juta biji telur.
November 2022: Kurang (-) 157 juta biji telur.
Saya melapor diri di MAFS pada 5 Disember 2022. Selepas
mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama
pengurusan tertinggi MAFS telah bertemu dengan beberapa pengeluar utama telur
untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.
Dalam masa yang sama juga MAFS cuba mencari sumber alternatif
dari negara luar untuk mencukupkan bekalan. Maka bermula bulan Disember, kita
telah membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara untuk mencukupkan
bekalan dalam negara.
Ada yang bertanya ketika itu kenapa kita tidak menghentikan
sahaja eksport telur?
Untuk pengetahuan semua, setelah saya berbincang dengan beberapa
pengeluar telur tempatan, mereka sangat mengharapkan hasil eksport telur itu
untuk menampung kerugian yang mereka alami di pasaran dalam negara kerana
kawalan harga yang dikenakan terlalu lama boleh menyebabkan lebih banyak
syarikat terpaksa menghentikan operasi.
Kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan
harga yang terlalu lama telah menekan pengeluar telur tempatan.
Lalu MAFS telah berbincang dengan KPDN dan Kementerian Kewangan
untuk mencari jalan supaya kawalan harga dapat diberhentikan namun saya meminta
subsidi bersasar perlu diberikan kepada rakyat yang susah terlebih dahulu
sebelum harga telur hendak diapungkan semula.
Alhamdulillah dengan kerja keras warga MAFS pada bulan Disember,
kekurangan telur hanya 1 juta biji sahaja.
Pada saya ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana dalam
tempoh sebulan, MAFS telah berjaya mengatasi kekurangan telur daripada 157 juta
biji pada bulan November 2022 kepada 1 juta biji pada bulan Disember 2022.
Alhamdulillah sekarang ini bekalan ayam dan telur sudah mula pulih
dan insyaAllah akan kembali stabil tidak lama lagi.
Pada saya komitmen dan kemampuan pegawai dan kakitangan saya di
MAFS untuk menyelesaikan semua isu-isu bekalan makanan amat tinggi dan mereka
sangat profesional. Saya amat yakin dengan keupayaan semua warga MAFS.
Sebab itulah dalam amanat saya semalam saya telah meletakkan 5
agenda penting untuk dilaksanakan tahun ini. Antaranya ialah memulakan tanaman
jagung bijirin (grain corn) bermula tahun ini supaya tahap kebergantungan
industri terhadap sumber jagung bijirin dari negara luar dapat dikurangkan dari
setahun ke setahun. Saya yakin warga MAFS mampu melaksanakannya.
hipokrit juga
Masa benda ni jadi, tak ada orang kata tak sah atau demokrasi
mati. Aku tak sokong UMNO tapi aku benci hipokrasi. Nampak jelas sekarang yang
sibuk persoalkan keputusan UMNO tu sebenarnya balaci Mahiaddin yang matlamatnya
cuma nak jatuhkan kerajaan perpaduan ini. Jelas. Guane boh?
.
ABAHCOOW JELAS SEDAR UNDANG UNDANG YA...TAPI MASA DIA BUAT PKP DULU DIA HENTAM SAJA
Aku suka berita ni. Jelas tunjukkan sikap Mahiaddin terhadap
perlembagaan dan undang-undang.
Speaker Dewan, Datuk Johari Abdul memutuskan 4 ahli parlimen GRS
yang meninggalkan Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka. Keputusan itu
dibuat berdasarkan fasal 10.2.3 perlembagaan parti itu.
Yang best tu cara Mahiaddin respon. Bila keputusan Johari tak
memihak kepadanya, walaupun ia dibuat berdasarkan perlembagaan parti, Mahiaddin
pun putar belit. Tiba-tiba fasal itu tak terpakai kepada 4 MP tersebut.
Akhir sekali Mahiaddin kata, Johari tak layak tafsir
undang-undang Bersatu.. Terpulang kepada MPT Bersatu untuk takrifkan
perlembagaan. Pulak.
Kalau begitu memang tak boleh selesailah semua perkara. Kalau
ada kekeliruan, rujuk perlembagaan. Tapi bila ikut perlembagaan pun dia kalah,
dia tukar tafsiran. Dah macam diktator dah. Sukati dia la nak tafsir
undang-undang macamana.
Nasib baiklah Mahiaddin tak dapat jadi PM. Tengok cara dia
pusing perlembagaan parti, macam itulah dia buat main perkembangan negara. Dia
dah buat masa nak isytiharkan darurat dulu. Jenis tak hormat undang-undang.
Tapi itulah. Dah macam ni pun walaun dan chai bunge tak nampak
lagi. Macam tu baru boleh kata pentaksub. Guane boh?
SYABAS PM BERJAYA HALANG PENGUSIRAN PENDUDUK KG SG BARU
Syabas PM berjaya halang pengusiran penduduk Kg Sg Baru
Mantan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Titiwangsa, Khalid Abdul Samad berharap Kerajaan Perpaduan dapat mengusahakan penyelesaiaan adil dalam isu pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata, pemilik tanah terutama di Kampung Sungai Baru yang terkesan dengan projek pembangunan dan pengambilalihan tanah perlu dibela hak serta kepentingan mereka.
“Pemilik (tanah, kediaman) tidak menentang pembangunan. Sebaliknya mereka ingin dilayani secara adil, sebagai pemilik sah dan bukan sebagai setinggan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyusul keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat yang menangguhkan arahan pengusiran penduduk oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) bertarikh 19 Disember lalu.
“Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu pembangunan Kampung Sungai Baru.
“Semoga kerajaan Perpaduan yang dipimpin PH dapat mengasaskan satu budaya politik baharu di mana kerajaan membela rakyat secara adil dan prihatin serta tidak lagi membuli rakyat demi keuntungan golongan kaya,” katanya menyambut baik keputusan itu.
Melalui kenyataan sama, Khalid melahirkan rasa kecewa atas kegagalan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim dan kerajaan terdahulu yang pernah berjanji menyelesaikan isu dihadapi penduduk.
Menurut Khalid, Shahidan pernah membuat janji dalam kamar khas Parlimen untuk menyelesaikan isu dihadapi penduduk itu melalui “pakej Harmoni” dengan pendekatan ‘menang-menang’.
“Namun amat mengecewakan pemilik terus dibuli oleh kerajaan PN – BN dan Akta Pengambilan Tanah 1960 digunakan untuk merampas tanah mereka dengan dijanjikan pampasan yang terlalu rendah.
“Oleh kerana pemilik adalah Melayu, maka dianggap mereka boleh diperlakukan sesuka-hati oleh kerajaan Melayu Islam.
“Amat jelas kerajaan Melayu Islam PN-BN pada ketika itu hanya bercakap tentang Islam dan Melayu tetapi menindas rakyat Melayu,” tegas Khalid.
Pada 26 Disember lalu, pendudukan merayu untuk campur tangan Perdana Menteri supaya menangguhkan arahan pengusiran dilakukan. Penduduk mendakwa arahan itu adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Tempoh singkat yang diberikan juga turut menyebabkan penduduk sukar menyewa atau membeli kediaman lain, apa lagi ada di kalangan penduduk belum menerima pampasan yang dijanjikan.
Kebanyakan penduduk tidak berpuas hati kadar pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan oleh PTGWPK yang dakwa mereka jauh lebih rendah berbanding nilai semasa.
‘SAYA MAHU BUKTIKAN TAK SEMUA TOKOH POLITIK GILA KEKAYAAN’
‘Saya mahu buktikan tak semua tokoh politik gila kekayaan’
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mendedahkan rasional kepada tindakannya tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri setelah memegang tampuk pentadbiran negara.
Dalam satu wawancara dengan televisyen Indonesia yang rakamannya disiarkan pada malam Jumaat, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, keputusan tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa masih ada ahli politik yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukan mahu kedudukan untuk memunggah kekayaan.
Tidak sekadar itu, Anwar menegaskan beliau tidak tergamak mengambil gaji memandangkan masih ada rakyat di Malaysia yang hidup dalam keadaan miskin.
“Kerana saya nak menunjukkan bahawa tidak semua tokoh politik itu gila harta dan hendak memunggah kekayaan. Walaupun ia agak mempersulitkan sedikit, tapi alhamdulilah Azizah dan anak-anak menerima kenyataan itu.
“Rakyat masih ada yang miskin, saya tolak gaji saya (namun) masih ada gaji kecil Ahli Parlimen, dan semuanya percuma… naik kereta tidak perlu bayar tol, bertahanlah sedikit,” jelasnya.
Presiden KEADILAN itu turut ditanya berhubung tindakannya yang sering dilihat menyantuni rakyat.
Katanya tindakan turun ke lapangan itu bertujuan untuk mendengar sendiri luahan rakyat, tindakan itu juga jelasnya bagi memastikan beliau tidak terleka dengan apa yang diperjuangkan selama ini.
“Saya kenal tokoh-tokoh masyarakat sivil, ahli politik dan para intelek, Sebaik sahaja mereka itu naik ke satu kedudukan yang tinggi, sudah masuk ciri yang disebut ‘keangkuhan kuasa’…. (hal) itu memperingatkan saya.
“Sebab itu acara saya mesti turun ke bawah, ke warung, mendengar rintihan mereka. Kita tidak ada semua jawapan, kita harus mendengar, belajar secara kritis.
“Bila bicara soal ekonomi dan Islam itu seolah-olah tidak boleh dibahas. (Sedangkan) dalam Islam itu dibolehkan untuk bertanya dan berbahas,” jelasnya dalam program Nation Hub: Special Interview Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan di saluran CNBC Indonesia TV sempena lawatan rasminya ke negara jiran itu minggu lalu.
SUSAH MACAM NI...
Sejak hilang jawatang dan gaji buta, nampak macam orang gila talak pun ada ambo
tengok. Orang-orang yang dia sebut tu semua pernah sekapal dengan dia
semasa jadi KERAjaan gagal 32 bulan.
SOALAN BALAS UNTUK MENTERI BESAR TERENGGANU.
SOALAN BALAS UNTUK MENTERI BESAR TERENGGANU.
14 Januari 2023
1. Baru baru ini, dalam satu majlis dialog Menteri Besar
Terengganu mempersoalkan kononnya sudah dua bulan menjadi Kerajaan tetapi Dato'
Sri Anwar tidak memanggil mesyuarat dengan Kerajaan Negeri melibatkan menteri
menteri besar.
2. Samsuri turut mempersoalkan "apa yang Dato Seri Anwar
buat?" pada 2 bulan tersebut.
3. Sebagai permulaan saya ingin mengingatkan Samsuri, kerajaan
gagal PN sebelum ini yang turut dianggotai oleh PAS telah meninggalkan banyak
masalah liabiliti termasuk berkaitan persoalan perbelanjaan negara semasa COVID
19, hutang negara yang melambung tinggi, kontrak mencurigakan dan harga barang
keperluan yang amat tinggi.
4. Kerajaan PN yang mempunyai lebih 70 orang menteri serta
timbalan meninggalkan begitu banyak masalah yang diwarisi oleh kepimpinan DS
Anwar Ibrahim dari 2 kerajaan gagal Mahyuddin dan Ismail Sabri yang dianggotai
oleh PAS.
5. Dalam masa yang sama juga Perdana Menteri terpaksa bergelut
menghadapi situasi banjir buruk seluruh negara dan di atas rasa prihatin beliau
tidak sempat bercuti pun walau ke negara dekat seperti negara New Zealand.
6. Kalau Samsuri ingin tahu apa yang DS Anwar buat dalam 2 bulan
selepas menjadi ketua negara, kami juga ingin bertanya apa yang Samsuri lakukan
selama hampir 5 tahun menjadi ketua negeri Terengganu Darul Iman?
7. Sejak 5 tahun jadi Menteri Besar Terengganu, nasib 120
pembeli rumah terbengkalai di Gong Chempedak di kawasan DUN Rhu Rendang
disandang Samsuri sendiri tidak diselesaikan, mereka tidak pernah menerima
jawapan dari 4 pucuk surat aduan kepada MB malah tidak dapat bertemu MB.
8. Janji Exco Perumahan untuk kerja di mulakan semula selepas
Raya telah menyaksikan 3 kali raya puasa berlalu tanpa tindakan. Apa yang MB
buat?
9. Apabila kawasan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu terputus
bekalan air begitu lama, hampir satu minggu baru Samsuri pulang ke Terengganu
menjenguk kawasan bermasalah. Apa yang Samsuri buat luar Terengganu?
10. Selepas 5 tahun PAS menjadi Kerajaan, Terengganu masih tidak
ada peningkatan dilihat dalam menangani masalah dadah di mana Terengganu masih
kekal di antara negeri tertinggi penagih dadah di Malaysia. Satu sahaja pusat
pemulihan dadah kerajaan sementara negeri negeri jiran mempunyai beberapa pusat
pemulihan. Apa Samsuri buat selama ini?
11. Apabila penduduk miskin kampung Pulau Sekati di tengah
tengah bandar Kuala Terengganu di tolak permohonan tanah ganti tempat tinggal
tanah asal mereka yang diambil, kerajaan negeri dipercayai melulus tanah
bernilai puluhan juta kepada tokey judi untuk Hotel mewah di Teluk Keke di Pulau
Perhentian. Betulkah ini boleh terjadi?
12. Apakah Samsuri sanggup buat sedemikian meluluskan permintaan
peniaga luar yang kaya dan tidak untuk orang miskin Terengganu di Pulau Sekati?
13. Selepas 5 tahun jadi Menteri Besar, pendapatan hasil negeri
Terengganu masih kekal tahap lama sekitar RM330 juta setahun serta masih tidak
ada peningkatan dan hampir tidak cukup untuk membayar gaji dan pentadbiran
bulanan negeri. Apa yang Samsuri buat dalam masa 5 tahun?
14. Kalau Samsuri ingin bertanya apa Anwar Ibrahim lakukan dalam
2 bulan setelah jadi Perdana Menteri, rakyat juga ingin tahu apa yang beliau
buat selama hampir 5 tahun jadi Menteri Besar.
15. Dua bulan nyata jauh lagi pendek dari lima tahun tempoh
Samsuri jadi Menteri Besar Terengganu.
Mohon jawapan.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.
ELOK LA PERGI MELINGKUP- ORANG UATARA KATA BAIK PEE MAMPOIH. SENDIRI YANG BUAT SENDIRI YANG KELUAR
APABILA perjuangan tiada paksi atau Narratif yg jelas... Dok
macam tu la.. tidak istiqamah Dan sentiasa mencari peluang di tempat tertentu
untuk tujuan yg tertentu...
Bungkus JER Bhai...
PENCABAR ZAHID HAMIDI/TOK MAT MESTI KUASAI JAWATAN NAIB PRESIDEN DAN MT UMNO
Oleh kerana ruang untuk bertanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sudah tertutup bagi pemimpin yang ingin mencabar Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, apa langkah seterusnya yang harus mereka lakukan selepas ini?
Apakah berdiam diri pilihan yang terbaik?
Sudah tertutupkah masa depan mereka dalam UMNO?
Satu perkara yang bukan lagi rahsia ialah usul tambahan menghalang pertandingan itu dibentangkan adalah kerana Zahid Hamidi dan Tok Mat takut untuk berlawan.
Mereka takut berlawan kerana tidak yakin mampu menang jika berlaku pertandingan.
Mahu tidak mahu, bagi Ismail Sabri Yaakob, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Johari Ghani, Shahril Hamdan dan lain-lain yang kini disebut sebagai Kumpulan Demokrasi dalam UMNO, mereka tidak harus menganggap lulusnya usul tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi dalam parti itu sebagai kekalahan buat mereka.
Ia mesti dilihat sebagai cabaran dan pemberi semangat untuk terus bergerak ke hadapan bersama keyakinan tinggi untuk memenangi hati perwakilan akar umbi.
Untuk itu, bagi pemilihan UMNO yang akan datang ini, mereka mesti menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden dan MT parti.
Jika boleh, pastikan Kumpulan Demokrasi ini memenangi ketiga-tiga jawatan Naib Presiden dan sebahagian besar atau kesemua sekali 25 kerusi MT UMNO.
Begitu juga bagi jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, susun elok-elok agar jawatan-jawatan ini juga dapat dikuasai.
Jika diusaha dan digerakkan dengan betul, penguasaan itu pasti boleh dilakukan dengan jayanya kerana respon akar umbi yang mahukan perubahan setelah keputusan buruk PRU15 lalu masih lagi membara.
Jangan bimbang untuk berlawan kerana pertandingan akan ditentukan oleh hampir 160 ribu perwakilam cawangan dan bahagian dan bukan 3,000 perwakilan seperti mana lulusnya usul tambahan di Dewan Merdeka WTCKL, Sabtu lalu.
Dengan menguasai kerusi Naib Presiden dan MT UMNO, ia bermakna Kumpulan Demokrasi akan menjadi suara sebenar dalam UMNO selepas ini, bukan lagi oleh Presiden dan Timbalan Presiden yang sekarang disokong oleh Kumpulan Pengampu yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian “yes man” di belakang mereka.
Tidak perlu untuk dihuraikan dengan terperinci apa yang boleh dilakukan selepas itu jika Kumpulan Demokrasi ini berjaya menguasai jawatan Naib Presiden, MT dan sayap-sayap parti.
Yang pasti, usul tambahan menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden baru-baru ini akan bertukar menjadi “bala besar” dan penyesalan buat mereka.
Kepada pencinta dan pendokong demokrasi dalam UMNO, gunakanlah pemilihan kali ini untuk memulihkan semua parti selepas kehilangan lebih separuh daripada 54 kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2018 dahulu.
Jika tidak diubah dan tidak dikembalikan demokrasi, tidak mustahil UMNO hanya tinggal
16 kerusi Parlimen saja lagi pada PRU16 tahun 2027 akan datang.
Pemilihan UMNO akan datang inilah peluang terakhir bagi 160 ribu perwakilan cawangan dan bahagian untuk menentukan hidup mati UMNO.
Pastkan Kumpulan Demokrasi mempunyai suara yang kuat dalam barisan kepimpinan tertinggi selepas pemilihan UMNO akan datang agar parti tidak mati dilenyapkan oleh Kumpulan Pengampu yang tiada lagi jiwa perjuangan dalam diri mereka. – ShahbudinHusin 17/01/2023.
RINGGIT CATAT PARAS TERTINGGI SEJAK APRIL 2022. SEJAK DISEMBER LEPAS NILAI RINGGIT PALING COROT ADALAH 4.70+HAMPIR 4.80. DALAM MASA SEBULAN MENYUSUT SEHINGGA HARI INI ADALAH NILAI 4.33.
RINGGIT CATAT PARAS TERTINGGI SEJAK APRIL 2022. SEJAK DISEMBER
LEPAS NILAI RINGGIT PALING COROT ADALAH 4.70+HAMPIR 4.80. DALAM MASA SEBULAN
MENYUSUT SEHINGGA HARI INI ADALAH NILAI 4.33.
Hari ini, 16 Jan 2023, nilai matawang Ringgit berbanding Dolar
telah meneruskan trend pengukuhan dan berjaya mencatat paras 0.2317.
RM1 = $0.2317
Paras 0.2317 ini merupakan paras yg TERTINGGI dicatat oleh
matawang Ringgit sejak paras 0.2312 yang dicatat pada 22 Apr 2022.
Dalam bahasa bukan pakar ekonomi, maksudnya begini...
Pada 22 April 2022:
RM1 bernilai $0.2312
Di antara 23 April 2022 sehingga 15 Jan 2023:
RM1 bernilai tidak sampai $0.2312
Pada 16 Jan 2023:
RM1 bernilai $0.2317
Nilai setiap Ringgit berbanding Dolar dalam poket kamu pada hari
ini, 16 Januari 2023 berada pada paras yang tertinggi sejak April 2022.
Dalam masa 10 bulan sebelum hari ini, Ringgit tidak pernah lagi
mencatat nilai setinggi ini.
Penanda ini mencerminkan keyakinan para pelabur terhadap keadaan
ekonomi negara Malaysia yang semakin stabil dan kukuh.
PATUT LAMA DAH BUDAK NI KENA CEKUP. BUAT BAIK BERPADA PADA.....
Ustaz muda penipu…( anda sudah lihat klip video )
SIAPA YG MEMUSUHI ISLAM?
Sepatutnya kenyataan ini wajib ramai2 buat report. Ambil
tindakan saman. Jgn lembik, jgn lalai, take thinks for granted klip2 video yg
memfitnah dan berbau perkauman ini akn buat kerajaan tidak stabil dan ekonomi
gagal dipulihkan.
Ingat kerajaan 22 bulan dulu sb kita lalai, slow dan konon
berintergriti. Nak tahu bagaimana pula Mahathir boleh kekal 23 tahun sebagai
PM… sb dia tegas dan teamnya pantas mengambil tindakan ke atas lawan.
Ingat 80% anak muda terpengaruh dgn segala tohmahan di Tik Tok
hingga membuatkan byk kerusi jatuh kpd pembangkang . Jika tidak diambil
tindakan tegas seperti saman… kerajaan yg ada tidak akn mampu bertahan.
Bagaimana fitnah melahirkan persepsi mampu dilawan dgn hujah
berfakta? Sejarah membuktikan fitnah itu lebih dipercayai kerana ia cerita
rekaan yg mudah dipengaruhi dari berkata benar.
Persoalannya yg mudah dijawab oleh kita pernah anda dgr DS Anwar
memusuhi Islam? 22 bulan agama Islam dihina itu, budak ini mesti jelaskan
secara fakta? Adakah pemimpin kerajaan perpaduan ini tidak menjaga agama Islam
sdgkan rumah rasmi Perdana Menteri dibuka setiap minggu utk majlis agama.
Kena siasat dan bawa ke mahkamah siapa kumpulan yg anti Islam
itu seperti didakwa budak ini? Mengungkit peristiwa 13 Mei di mana signifikan
pemerintahan kerajaan dgn peristiwa tersebut utk membangkitkan isu perkauman.
Jika tidak dikawal ia sgt bahaya.
Kata budak muda ini ‘Tak hairan kita akn jadi pelarian di
tanahair kita.’ Kita tanya dia kembali kerajaan tak pernah menjadikan sesiapa
pelarian tetapi siapa yg melarikan diri ke London?
Saya juga nak beritahu di Yadim atau di TV Al Hijrah itu ramai
yg masih dikuasai lawan. Itu belum termasuk ribuan lantikkan politik masih
dikuasai pembangkang yg hanya akn menjadi duri dlm daging kerajaan ini. ‘Jgn
tunggu lama2 nanti diambil org.’
Anwar Ibrahim Bicara Soal Penyelamatan Uang Negara, TKI Hingga Mahathir ...
Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Malaysia terus berstrategi memperkuat ekonomi dalam negeri hingga penguatan kerjasama bilateral maupun multilateral agar tetap kuat melalui 2023. Seperti apa Malaysia menghadapi ancaman global 2023? dan bagaimana arah kebijakan ekonomi dan politik 2023?
Selengkapnya simak Simak Special Interview bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Nation Hub, CNBC Indonesia (Jum’at, 13/01/2023). Terus ikuti berita ekonomi bisnis dan analisis mendalam hanya di https://www.cnbcindonesia.com/.