'Saya tak ada kena mengena, sudah 30 tahun tinggalkan Umno' - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan campur tangan dalam urusan Umno terutama dalam isu pemilihan dua jawatan tertingginya berikutan sudah meninggalkan parti itu. Perdana Menteri berkata, beliau tidak lagi mempunyai kaitan bersama Umno dan tidak perlu terbabit dalam apa keputusan dibuat pemimpin parti berkenaan. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Perlis di Dewan 2020 di Kangar, pada Isnin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mesyuarat Agung Umno Sabtu lalu, bahawa tiada pertandingan akan dibuat membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.

MUNGKIN SEBAB DAPAT BONUS KOT....

 



Ini apa kes pulak ni? Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu nak buat majlis makan malam dan wajibkan staff untuk join. Masalahnya kena bayar. Kalau free tak apalah lagi.

Kena bayar sampai RM80. Mungkin bagi pengarah RM80 tu tak ada apa. Celah gigi. Tapi bagi staff bawahan, jumlah itu besar nilainya. Tambah lagi di waktu ini, ketika ekonomi belum pulih sepenuhnya.

Itu belum kira temanya lagi. Pengantin Popular. Kalau yang tak ada pakaian macam tema, terpaksa pula beli. Dan kalau baca, nampaknya diwajibkan pula untuk Gred U19 - U44. Sangat membebankan.

Sedang Perdana Menteri kita sibuk aturkan langkah penjimatan, ada lagi pegawai kerajaan yang masih terikut perangai lama. Niatnya kalau untuk rapatkan hubungan dengan staff tu memang bajk. Tapi cara tak kena.

Diharap Menteri Kesihatan YB Dr. Zaliha Mustafa dapat berikan perhatian. Tolong nasihatkan pihak hospital. Majlis doa selamat pun sudah memadai. Tak perlu majlis grand. Cubalah faham keadaan staff bawahan. Guane boh?

Raja Gelap

SAMA ADA DIA TAK PERNAH BELI ATAU TEMPAT DIA TAK DAK KOT

 

~H.E.B.A.T~

Hebat tahap bodoh Walaun ni...6 tahun dulu pun kalau Ayam panggang yg jual tepi jalan jual RM25 seekor.Sebelum ni mmg Bakers Cottage ni jual seekor RM15.99 atas tujuan Promosi perniagaan mereka Sebagai pengenalan kepada perniagaan mereka.Harga RM22.90 pun dah kira berpatutan utk seekor ayam panggang.Kalau nak murah lagi kau suruh Nenek kau sendiri panggang wahai walaun Bodoh.

Lepas ni Walaun pergilah Restoran Goldon Ramsay , snap Gambar harga Dan menu ...lepas tu boleh Seronok kau maki hamun Mat Sabu..

#KalauTakBodohBukanWalaun




Rafizi jangka rundingan PH-BN di Negeri Sembilan lebih mudah muktamad

 


Rafizi Ramli berkata, Aminuddin Harun dan Mohamad Hasan
 digambarkan sebagai ‘watak senang dibawa berbincang’ dalam
 rundingan kerjasama antara PH dan BN.

PETALING JAYA: Rundingan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dijangka boleh dimuktamadkan dengan mudah, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata, tiada isu besar yang boleh menjejaskan kerjasama, termasuk berkaitan agihan kerusi kerana kekuatan setiap parti, kawasan tumpuan, dan peluang kemenangan masing-masing adalah agak jelas dan lebih mudah ditentukan.

“Tidak ada sangat hendak bertelingkah,” katanya lapor Utusan Malaysia. “Tidak banyak sangat (kerusi) bertindih seperti tempat lain.”

Rafizi berkata, kehadiran Naib Presiden PKR Aminuddin Harun, yang juga menteri besar Negeri Sembilan dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang juga bekas menteri besar, membantu rundingan kerjasama itu.

“Kedua-duanya watak yang senang dibawa berbincang,” katanya.

Negeri Sembilan belum membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membuka laluan kepada PRU15 peringkat negeri. Negeri lain adalah Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan, dan Terengganu.

Pada PRU14, PH memenangi 20 kerusi daripada 36 kerusi DUN, dan bakinya diraih BN.

MENJAWAB PERSOALAN MENGAPA SAYA BERIA-IA MAHU JAWATAN PRESIDEN UMNO DIPERTANDINGKAN

 

Artikel saya sebelum ini yang bertajuk “Zahid Hamidi, Tok Mat Sah Penakut” nampaknya mendapat respon kurang menyenangkan daripada kedua-dua pihak – UMNO dan juga PH – secara serentak.

Di pihak UMNO yang pro kepada Zahid Hamidi, mereka menyoal kenapa saya mempertikaikan usul tiada pertandingan yang diluluskan PAU2022 semalam, sedangkan ia adalah kehendak perwakilan, bukan keinginan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Seterusnya, mereka juga mengaitkan dengan Anwar Ibrahim, Mahiaddin Md Yasin dan Hadi Awang yang turut memenangi jawatan menerajui parti masing-masing tanpa pertandingan.

Bagi mereka yang menyokong PH, tulisan saya itu turut dipertikaikan, kononnya saya cuba menggugat kestabilan kerajaan perpaduan yang mana UMNO merupakan sebahagian daripadanya.

Tulisan saya yang tidak setuju dengan usul tiada pertandingan dalam UMNO itu dikaitkan juga dengan pencabar Zahid Hamidi dan Tok Mat yang kononnya mungkin pro kepada PN serta Mahiaddin.

Apa tujuan tulisan saya bersungguh-sungguh agar ada pertandingan dalam UMNO, demikian soal mereka.

Biar saya jelaskan begini – saya adalah penulis bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, tidak dibayar oleh sesiapa dan tidak menyertai mana-mana parti, walaupun pernah memegang beberapa jawatan di peringkat bahagian dan negeri dalam UMNO sehingga 2009 yang lalu.

Sebagai penulis, saya menulis berdasarkan isu semasa dalam negara, mengikut gerak hati dan ingin berkongsi pemikiran dengan pembaca.

Saya mula mengambil keputusan mengkritik UMNO sejak 2011 berikutan ada yang saya rasa tidak betul dalam era kepimpinan Najib Razak ketika itu di mana beliau seolah-olah tidak belajar daripada kemerosotan sokongan, diikuti kejatuhan yang menimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu.

Sejak itu, sokongan saya hampir tuntas terhadap kemampuan yang ada pada Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.

Meski Perdana Menteri banyak bertukar ganti selepas kejatuhan Najib, keyakinan saya tetap konsisten terhadap Anwar dan semua Perdana Menteri sebelum Anwar iaitu Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob, sentiasa menjadi sasaran kritikan saya.

Jadi, untuk mengatakan tulisan saya yang mahu melihat berlaku pertandingan dalam UMNO sebagai bertujuan menggugat kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sudah tentu tidak masuk akal dan tersasar daripada kebenaran.

Sebaliknya, tujuan saya agar berlaku pertandingan ialah untuk melihat imej yang lebih baik kepada kerajaan perpaduan melalui keabsahan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO setelah memenangi jawatan itu melalui pertandingan.

Selagi jawatan ZahidHamidi tidak diabsahkan melalui pertandingan, tambahan sebelum ini UMNO telah menunda tarikh pemilihan dan meminda perlembagaan agar pertandingan hanya berlaku selepas PRU, selagi itulah kedudukan beliau menjadi pertikaian yang terbuka.

Daripada segi moralnya, apabila pemilihan ditunda dan perlembagaan dipinda bagi maksud yang sama, tentulah tujuannya agar pemilihan tidak lagi menjadi masalah selepas PRU berakhir.

Bersama kedudukan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya yakin sepenuhnya beliau mampu memenangi jawatan itu jika berlaku pertandingan.

Saya bahkan telah menulis mengenai perkara itu sebelum ini – https://shahbudindotcom.net/2023/01/05/mustahil-zahid-hamidi-boleh-kalah-kenapa-perlu-takut-dengan-lawan-yang-tiada-jawatan.html

Sebab itu, saya tidak faham mengapa Zahid Hamidi takut dan mengelak jawatannya dipertandingkan.

Hanya setelah menang sebagai Presiden UMNO melalui pertandingan saja yang dapat menutup mulut semua pengkritik mengenai kepimpinan dan keberadaan Zahid Hamidi memimpin UMNO.

Tetapi sekarang, walaupun kerajaan perpaduan ini tidak mungkin lagi tergugat kerana keabsahan Anwar sudah disahkan di Parlimen, bahkan parti-parti yang mendokong kerajaan juga telah menandatangani perjanjian mengukuhkan kerjasama, namun imejnya tetap tidak begitu baik berikutan ketidakberanian Zahid Hamidi menguji keabsahannya sebagai Presiden UMNO.

Lihat Anwar, bukankah setelah beliau berani menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen, tiada lagi suara-suara mempertikaikannya?

Apa yang kita mahu, bila Zahid Hamidi untuk berlawan dan kemudian menang, beliau dengan sendirinya dapat mengukuh dan membantu memberi imej yang lebih baik kepada kerajaan perpaduan ini.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana jika Zahid Hamidi tewas?

Dengan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, lekeh sangatlah jika Zahid Hamidi tidak mampu menang berlawan dengan mereka yang tiada jawatan dalam kerajaan.

Sudah diberi jawatan yang baik dalam kerajaan, pandai-pandailah!!

Kepada pihak yang pro Zahid Hamidi dan Tok Mat, permintaan saya cuma satu – jangan malu menerima hakikat bahawa usul tambahan agar tiada pertandingan itu adalah dibawa oleh perwakilan daripada UMNO Bahagian Rembau yang diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO.

Adakah jika perwakilan Rembau yang membawa usul berkenaan, logikkah yang mahu tiada pertandingan itu ialah Hishammuddin, Ismail Sabri atau KJ yang sudah berpindah ke UMNO Sungai Buloh?

Juga tidak kena untuk mengaitkan kedudukan Anwar, Mahiadddin dan Hadi Awang yang menang sebagai Presiden parti masing-masing tanpa pertandingan dengan Zahid Hamidi yang mahu diberi kemenangan percuma melalui usul yang diluluskan itu.

Anwar, Mahiaddin dan Hadi Awang menang jawatan masing-masing kerana tiada siapa mahu melawan mereka lantaran masih diyakini kepimpinannya, bukan kerana ada ketetapan melalui usul yang melarang sesiapa melawannya. – ShahbudinHusin 15/01/2023.



DILEMA ANWAR IBRAHIM

 

Oleh Hassan Abdul Karim.

Simpati kepada Anwar,

Itulah kalimat awal yang ingin saya nyatakan sebagai menghormati Perdana Menteri. Tulisan ini mungkin akan mengguris hati.

Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin politik veteran, Anwar Ibrahim tentu menyedari wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 33A(1) yang menyatakan bahawa Yang diPertuan Agong (YDPA) hendaklah terhenti menjalankan fungsi YDPA jika dipertuduh atas suatu kesalahan.

Bahasa mudahnya bermaksud bahawa YDPA kena meletakkan jawatan jika baginda dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan.

Begitu tegas dan keras peruntukan undang-undang, hatta ke atas YDPA yang menjadi Ketua Negara Malaysia.Baru dituduh sahaja, sudah diminta letak jawatan.Belum bicara lagi.Belum tentu bersalah atau tidak bersalah.

Jadi Kerajaan Anwar Ibrahim sekarang tidak dapat mengelak diri jika rakyat yang celik huruf dan ilmu pengetahuan bertanya satu soalan, iaitu bagaimana kerajaan yang ada sekarang boleh dihormati jika Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM1) terdiri dari sosok tubuh individu yang sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah?

TPM1 sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Inilah yang saya simpati kepada Anwar. Inilah dilema Perdana Menteri kita sekarang.

Dalam satu segi, komitmen Anwar untuk membawa tatakelola yang baik di dalam pentadbiran kerajaan tidak dipertikaikan oleh rakyat. Hasrat Anwar untuk mengwujudkan satu pentadbiran kerajaan yang berintegriti mendapat restu dan dipercayai rakyat.

Berpuluh tahun majoriti rakyat mimpikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Termasuklah penulis kerdil ini.

Tetapi realiti yang wujud di siang hari bukannya mimpi indah itu tadi. Realitinya berbeza sama sekali.

Inilah dilema Anwar. Tolak kerjasama dengan BN-UMNO yang dipimpin oleh TPM1 bererti Kerajaan Anwar Ibrahim tumbang. Anwar hilang jawatan. PH hilang kerajaan. Ramai yang akan meroyan.

Meneruskan kerajaan yang ada sekarang dengan sokongan TPM1 dari kluster mahkamah sudah pasti menjejaskan imej Anwar, mencomotkan wajah Parti Keadilan Rakyat dan mencemarkan prinsip PH yang ingin membawa agenda reformasi institusi.

Jadi apa jalan keluar yang ada pada Anwar Ibrahim, Parti Keadilan dan PH?

Cuba lihat senario hipotetikal ini sebagai contoh. Senario ini dikemukakan sebagai contoh sahaja dengan semangat baik sangka (bona fide) bukannya berniat jahat atau mala fide. Langsung sama sekali tidak berhasrat melakukan sub judis atau cuba menghina mahkamah (contempt of court).

Penulis kena sebut ini semua sebagai exclusion clause untuk mengelak diri kecil ini dari ditangkap dan dituduh di mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah atau mungkin juga kesalahan fitnah jenayah atau lebih parah lagi dituduh di bawah Akta Hasutan.

Senario hipotetikal itu seperti berikut:

Apa jadi kalau kerajaan yang ada sekarang yang masih berkuasa dan dalam masa yang sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan TPM1 tidak bersalah dan dilepas serta dibebaskan dari berpuluh tuduhan jenayah yang dihadapinya?

Penulis percaya sudah pasti akan wujud keadaan di mana sesetengah rakyat akan cepat menuding jari dan menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah campur tangan dalam keputusan Mahkamah itu. Walhal keadaan yang sebenarnya mungkin Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana beliau tidak campur tangan urusan Mahkamah seperti janji tegasnya selama ini yang mahu sistem Mahkamah berfungsi dengan bebas.

Fitnah ke atas Perdana Menteri akan terus berlaku.

Seterusnya senario itu bergerak ke fasa berikut:

Jika TPM1 didapati tidak bersalah dan dilepaskan, adakah Pendakwa Raya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya? Pendakwa Raya adalah orang yang sama iaitu Peguam Negara yang berfungsi sebagai Penasihat Kerajaan di mana TPM1 adalah bos nombor dua dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan?

Tidak wujudkah conflict of interest di pihak Kerajaan sama ada hendak membuat rayuan atau tidak membuat rayuan. Ini satu lagi dilema Anwar Ibrahim.

Jika Pendakwa Raya yang juga Peguam Negara tidak membuat rayuan, sebagai contoh andaian, maka yang jadi mangsa fitnah tetap Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Presiden Parti Keadilan dan Pengerusi PH itu akan dituduh cuba menyelamatkan TPM1.

Itulah susahnya dan dilemanya yang sekarang dihadapi Anwar kerana melantik TPM1 yang ada kes di Mahkamah.

Sebab itulah Institusi Yang diPertuan Agong dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat kerana wujudnya Perkara 33(A)(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekali lagi, inilah dilema Anwar Ibrahim. Jika beliau tegas mengikut semangat dan konvensi perundangan perlembagaan dalam Perkara 33(A)(1) bermakna kerajaan perpaduan pimpinannya akan tumbang macam runtuhnya “daun terup”.

Sebaliknya jika kolaborasi antara Anwar, PH dengan TPM1 yang bermaslah dengan kes jenayah diteruskan, maka Anwar Ibrahim akan beransur-ansur hilang reputasi seorang reformis, Parti Keadilan Rakyat memasuki fasa gerhana dan gelap manakala PH hilang integriti dan tidak dipercayai lagi.

Pada hemat penulis, BN-Umno dari kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah ini boleh diibaratkan sebagai virus yang sedang menjangkiti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan. Tiada vaksin untuk menawar racun toksid ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen (PH/Keadilan) Pasir Gudang

16 Januari 2023.



MB PERLIS JEMPUT KE PERLIS- ANWAR MAI MAKAN LAKSA KATANYA- NI BARU SAMBUT


IBRAHIM MAT ISA

Tudia.. lagu ni baru mesra alam. Orang kecik selalu merendah diri kerana dia sedar diri bahawa dirinya bukan siapa-siapa kepada alam melainkan diri yang kerdil..  hangpa tolong sambung 




TUNGGULAH 5 TAHUN LAGI....

 

Maka dengan ini, 10 pengkhianat, KJ dan Perikatan Nasional bolehlah berehat utk membangkang 5 tahun lagi.

Bagi ruang Kerajaan Perpaduan utk memulihkan semula negara yg rosak dan memacu negara ke arah negara yg madani. 

#KerajaanYDPA #kitajagakita #kitakawan #DemiPertiwi #KitaBoleh #kitamenang





 

IYA BETUL- NABI TAK ADA GAJI PUN DAN TAK JUGA MAKAN GAJI BUTA

 

BOB KELANANG

PAPA nak beritahu la kepada sekalian walaun bahawasanya Nabi Muhammad xmakan gaji buta…

KOH KOH KOH… jilaker punya lobai!!




 

MASIH KAH KAU INGAT

 

Masih terngiang-ngiang bagaimana bantuan Pusat sampai kepada kerajaan Negeri... Di Tarah untuk nafsu lebai Isley.... Takdir.....




AKAI PUNN TURUT PENDEK

 

AHMAD ALBAB


Asal keluar dari mulut putera katak PNkhianat ni misti kelakar.

Bukan ke kluster mahkamah tu dah disucikan ulamak masa 32 bulan?




 

PERANGAI LEBAI NI MEMANG CAM GINI- TOK SAH CAKAP CERDIK KA PANDAI KA..STAIL DIA CAKAP DULU ,FIKIR KEMUDIAN.




Tabur fitnah..

Adakan berita palsu..

Mengharamkan halal..

Menghalalkan yang haram..

Agama jadi mainan mereka yang menggelar..

Konon nya..

Mereka lah ustad..

Mereka lah tok guru..

Mereka lah ulama..

Gelaran yang di beri..

Dek pengikut2 taksub..

 

MENTERI AGAMA- NAK SIMPAN LAGI KAH INI? NI BANYAK WALAUN DALAM YADIM. BANYAK LAGI YANG BERBAKAT DALAM MALAYSIA NI.

 

Kepada Senator Dato' Setia Dr. Na'im tengokkan sikit.... Jangan sampai MEMUDHARATKAN keràjaan PERPADUAN... Kenapa mereka masih pegang jawatan ni...




SEMUA DIA NAK KALUT DAN MENYIBUK.



AHMAD ALBAB

Menyebuk je Petirman nih. Dia risau kut kahwin dua tiga nanti bini tua minta cerai Description: 🤣




 

ANIMASI MALAYSIA MEMBANGGAKA






ASRAFF JEFFRY


Gembira dengan perkembangan Animasi Malaysia. Sangat hebat. Tapi saya harap apa yang berlaku di Marvel tidak berlaku di dalam industri Animasi Malaysia. Apa yang berlaku pada Marvel?

.

Disebabkan kejar kepada kuantiti dan kronologi, Marvel ’menggadaikan’ kualiti filem terutama bahagian CGI. Anda boleh perhatikan sendiri yang CGI Marvel makin teruk dan tidak sehebat End Game.

.

Kalau anda buka forum,cari Youtuber yang cerita tentang CGI,mereka highlight yang pekerja-pekerja Marvel sudah penat dan burn out. Maka, hasilnya adalah kepala terbang dalam filem Thor. Harpanya filem Ant Man mampu meraih semula momentum Marvel yang telah hilang.

.

Balik pada Animasi Malaysia,walaupun tidak dapat fokus tonton Mechamato tempohari, sejujurnya filem itu sedikit ’mengecewakan’. Saya harap filemnya sehebat Ejen Ali tetapi tidak kesampaian. Dari segi kualiti imej karakter pun ada yang tidak seimbang. Cuma,secara keseluruhan, masih lagi sedap untuk ditonton.

.

Buat masa sekarang, Ejen Ali di tangga pertama dalam senarai saya. Kemudian Upin dan Ipin, BoBoiBoy dan akhir sekali Mechamato.Jadi,saya harap filem seterusnya lebih hebat. Semoga berjayaDescription: 👍

 

BERHATI HATI...




Sepanjang aku mengaji kitab rata mesjid dan surau zaman muda-muda dulu, tidak pernah jumpa lagi dalil agama bahawa di akhirat kelak kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita undi/pilih dalam pilihanraya.


Kalau nak ambil ayat Quran 17:71, di mana Allah menyebut:


"........pada hari (akhirat) kami panggil setiap manusia dengan imam mereka....."


Perkataan "imam" tu sendiri mengikut tafsir Jalalain membawa maksud para Nabi, bukannya pemimpin politik atau pemimpin negara.


Dengan kata lain, ajaran sebuah parti politik Malaysia iaitu "kamu akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kamu undi" adalah satu kesesatan dan kepesongan agama yang nyata!


Aku nasihatkan, jauhilah ulama-ulama parti terdebut yang mereka jelas sesat dan menyesatkan. mereka jelas rosak dan merosakkan. Negara kita ni tidak kurang agamawan dan alim ulama selain daripada mereka yang boleh membimbing kita dengan ilmu agama yang benar lagi mulia.


Umat Islam hari ini sudah pasti akan dibangkitkan di akhirat bersama Nabi Muhammad SAW. Yakinlah..